LARI JARAK SEDERHANA

download LARI JARAK SEDERHANA

of 18

Transcript of LARI JARAK SEDERHANA

LARI JARAK SEDERHANADisediakan oleh:Merrylyn Binti Jelson Satriana Hapi

Umumnya, Lari Jarak Sederhana boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:

800 Meter

1500 Meter

Kedudukan Pemulaan Acara 800 Meter dan 1500 Meter

800 Meter DEFINISILapan ratus meter merupakan sejenis acara yang dijalankan di atas trek sama ada berturap ataupun di atas rumput.

Permulaan

Menamatkan larian

Pemakaian

PeraturanPeraturan Acara 800 Meter

Semasa Larian

Arahan dari Pelepas

PermulaanPada peringkat permulaan, undian akan dibuat bagi menentukan lorong bagi setiap peserta. Kemudian, apabila para peserta melepasi 100 meter yang pertama, peserta yang lain boleh memotong masuk ke lorong yang pertama.

PemakaianBaju dan seluar yang dipakai perlulah ringan dan tidak menyerap air agar tidak wujud halangan ketika berlari. Pakaian juga mestilah bersih dan tidak lutsinar serta menjolok mata. Jika peserta berpakaian tidak senonoh, penyertaannya akan terbatal. Nombor juga perlu dilekatkan pada baju bagi memudahkan pengadil untuk mengenal pasti.

Peserta boleh bertandng sama ada ingin memakai kasut (spikes) ataupun tidak. Namun, memakai kasut adalah lebih baik kerana ia dapat memberi cengkaman yang kuat pada trek. Kasut yang dipakai mestilah mengikut spesifikasi antarabangsa yang telah ditentukan.

Setiap kasut hanya dibenarkan menggunakan sejumlah enam paku dengan panjangnya tidak melebihi 25 mm (1 inci) dengan diameter paku tidak boleh melebihi 4 mm (0.16 inci). Ini penting untuk mengelakkan diri semasa peserta menggunakan kasut untuk tujuan lain.

Arahan PelepasSemua peserta akan dimulakan dengan arahan ke garisan (bersedia) kemudian pistol akan ditembak. Semasa berlari, peserta dilarang untuk tolakmenolak. Jika berlaku, penyertaan mereka akan terbatal. Peserta juga ditegah berlari luar dari trek atau cuba menghalang pergerakan pelari lain. Peserta juga ditegah berlari luar dari trek atau cuba menghalang pergerakan pelari lain.

Semasa Larian Selalunya peserta akan membuat permulaan secara berdiri. Hal yang demikian memudahkan kaki diletak paling dekat dengan garis permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki. Satu perkara yang penting di sini ialah ketika pelari dilepaskan, mereka perlu mengimbangkan diri di antara turning force dengan linear force. Begitu juga dengan horizontal force dan vertical force. Ini kerana dengan adanya keseimbangan diri, peserta dapat berada di dalam trek apabila ditolak.

Rajah 1 : Teknik Memulakan Larian

Menamatkan LarianSetiap peserta perlu menghabiskan dua pusingan dalam sebuah trek 400 meter. Semasa larian dijalankan, bantuan luar adalah dilarang sama sekali. Justeru, para peserta akan terbatal apabila mereka tidak berlari atas trek walaupun mereka tiba dahulu. Apabila tiba di garisan penamat, pelari masing-masing berusaha melepasi badan dan kaki mereka.

Rajah 2 : Teknik Menamatkan Larian

APLIKASIDalam larian 800 meter, teknik permulaan amat penting supaya dapat mencari kedudukan yang baik sebaik sahaja pesertapeserta dilepaskan. Untuk 200 meter pertama, pelari mesti berlari agak laju tetapi langkah kaki jangan terlalu lebar. Pelari juga perlu menjarakkan diri denfan pelari lain untuk mengekalkan kedudukan larian.

Pemegang Rekod 800 MeterMemegang rekod dunia dalam acara 800 meter dengan catatan masa 1:41.09 dalam kejohanan IAAF World Challenge ISTAF di Berli pada 22 0gos 2010.

David Lekuta Rudisha

Video Larian 800 Meter