2.0 Bahan Dan Peralatan

download 2.0 Bahan Dan Peralatan

of 26

Transcript of 2.0 Bahan Dan Peralatan

4.0 BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN.BAHANMDF (Medium Density Fibre)

Dibuat daripada serat kayu lembap dan bahan kayu terbuang yang dimampatkan serta diglukan. Dijual dalam saiz 4'X dengan pelbagai ketebalan. MDF biasanya disadurkan dengan bahan kemasan untuk mendapatkan permukaan yang berwarna atau bercorak ira kayu. Kegunaan MDF biasanya adalah untuk pembuatan perabot moden dan perumahan.

Papan lapis

Dibuat daripada beberapa lapisan kayu nipis yang dikenal sebagai vernier Lapisan vernier ini ditindih dan digam bersama-sama dengan perekat tiruas untuk dijadikan papan lapis. Dijual mengikut ketebalan Jenis o jenis kalis air dan o jenis tidak kalis air. Kegunakan o membuat perabot, o dinding bilik, o pintu, dan o kotak.

KAYU

Sifat-sifat kayu Kekuatan la bergantung kepada ketumpatan, kandungan lembapan, struktur ira kayu, kecacatan kayu modulus keanjalan kayu. Kayu yang berketumpatan tinggi lebih kuat daripada berketumpatan rendah. Dinding set yang tumpat akan menghasilkan kayu yang kuat. Set ini akan menyediakan ruang untuk menyimpan makanan seperti kanji, gula garam dan resin. Ketahanlasakkan kayu bergantung pada kandungan lembapan. Kayu yang mempunyai lembapan yang tinggi menyebabkan pertumbuhan kulat dan menarik minat serangga perosak.

Kekuatan Tegangan Sifat rintangan kayu terhadap daya yang cuba menarik kayu ini. Dinyatakan dalam bentuk tegasan. Kekuatan tegangan selari dengan ira jauh lebih tinggi daripada kekuatan tegangan tegak dengan ira iaitu 40 kali panda pada keadaan kering udara.

Kekuatan Mampatan Diperhatikan dalam selari dan tegak kepada ira. Dinyatakan dalam bentuk tegasan. Kekuatan mampatan selari dengan ira untuk kayu lampung adalah lebih kurang 1/2 hingga 1/3 kekuatan tegangan selari dengan iranya. Kekuatan mampatan tegak kepada iranya mempunyai kaftan rapat dengan kekerasan kayu.

Kekerasan Kayu Adalah rintangan kepada daya yang cuba melekukkannya. Kekerasan kayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kekuatan mampatan tegak kepada iranya. Ke kera san ju ga adalah ketaha nan te rh adap hausan, be rg antung kepa da ketumpatan, kekutuban dab lekitan sel kayu.

Rintangan Terhadap Hentaman Dan Rekahan Rintangan terhadap hentaman adalah keupayaan bahan kayu menyerap tenaga daripada hentaman dan kejutan tanpa mengalami kerosakan. la bergantung kepada kekuatan, keanjalan dan keplastikan. Rekahan adalah gerak balas kopakan kayu yang berlaku jika suatu tindakan baji dikenakan kepadanva. Apabila paku diketuk masuk ke dalam kayu, suatu tindakan baji diwujuudkan terhadap iranya, akibatnya sebahagian daripada serat kayunya terpisah menyebabkan sentuhan antara kayu dan paku.

PERALATANAlat Menanda dan MerancangPembaris Keluli

Kegunaan alat ini ialah : -mengukur dan memindahkan -membina garisan lurus pada permukaan -menguji kerataan permukaan

Sesiku L

Kegunaan Sesiku L Menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu Menguju kepersegian kayu Menguji tepi yang bertsudut tepat Menguji Kerataan kayu

Pita Pengukur

Kegunaan: Mengukur jarak yang pendek serta panjang Memindahkan ukuran

Pisau Penanda

Kegunaan: Menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.

Pensil TukangKegunaan: Menanda Merancang tanda.

Pembaris Lipat

Kegunaan: Sebagai alat pengukur Memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang dibuat.

Alat Mengapit dan MenyanggaRagum Meja

Kegunaan: Memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan

Apit G dan Apit F

Kegunaan: Mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu. Memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.

Apit Panjang

Kegunaan: Proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan

Apit Rencong

Kegunaan: Menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan

Kakak Tua

Kegunaan: Mengeluarkan paku, memotong dawai, dan sebagainya

ALAT MEMOTONG DAN MENAJAMAlat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki.Alat memotong ialah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji lengkung halus.Manakala bagi menajamkan alat-alat ini pula ia adalah seperti ketam pelicin, ketam kasar,ketam tetingkat, ketam pangkas, ketam lurah, dan ketam golek.

Ketam Kasar Terdiri daripada jenis kayu atau logam Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan dengan cepat Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat. Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm

Ketam Pelicin

Badannya terdapat yang berukuran 203-228 mm. mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm.

Kegunaannya: Permukaan kayu selepas diketam dengan Ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.

Ketam Tetingkat Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu. Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.

Ketam Pangkas Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara melintang ira. Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong. Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.

Ketam Lurah Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu. Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.

Ketam Golek Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang cembong. Ketam ini diperbuat daripada logam. Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan

Ketam Pancaguna Ketam ini besar dan berat. Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah Ketam ini diperbuat daripada logam Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.

Jenis-jenis GergajiGergaji Kerat

Kegunaan: Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu

Gergaji Belah

Kegunaan: Membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau selari dengan ira kayu

Gergaji Puting

Kegunaan: Mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.

Gergaji Lengkung halus

Kegunaan: Membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.

Gergaji Bajang

Kegunaannya: Membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan tepat

Gergaji Tebok

Kegunaan: Memotong benda kerja yang lurus dan melengkung di bahagian dalam

Gergaji Ekor Tikus Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok. Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar. Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat benda kerja yang lurus atau melengkung di bahagian dalam yang lebih sempait.

Jenis-Jenis PahatPahat Pelubang atau Pahat Kukuh

Kegunaan: Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar. Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30 hingga 35. Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20 hingga 25.Lihat rajah di sebelah

Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25.Manakala untuk menajamkan menggunakan mesin pencanai pula ialah 20. Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai. Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat ini.

Pahat Kuku Jenis Peraut Serong Dalam Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm

Pahat Kuku Jenis Peraut Serong Luar Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat. Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir. Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.

ALAT MENUKUL DAN MEMUTARTukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)

Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg. Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.

Tukul Besi Warrington.

Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari. Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.Saiznya ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am. Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit

Gandin

Kegunaan: Memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam

Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip

Kegunaan: Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm. Pemegangnya dibuat daipada kayu atau plastik. Kegunaan alat ini aialah untuk memasang atau menaggalkan

Gerudi tangan

Kegunaan: Membuat lubang yang melebihi 8 mm. berdiameter tidak

Gerudi Engkol

Kegunaan: Menebuk lubang pada kayu.

Senggerek

Kegunaan: Membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke kiri sambil menekan.

Kikir Pipih Tirus Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagaibagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat halus. Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya berbentuk tirus.

Kikir Pipih Kasar Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus. Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan. Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat. Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam.

Kikir Belah Rotan Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik. Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.

Kikir Bulat Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus. Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus. Bentuk giginya lurus dan bersilang. Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang melengkung

Mesin Mudah AlihGerudi

Kegunaan: Menebuk kayu, keluli, tembok bata dan struktur

Gergaji Jig

Kegunaan: Memotong papan tau kayu yang sederhana tebal dan nipis Membuat lengkung pada kayu atau papan Membuat lubang di tengah-tengah kayu atau papan

Gergaji Bulat

Kegunaan: Memotong kayu tebal, sederhana dan nipis Membelah kayu atau papan

Gergaji Bulat Rencong

Kegunaan: Memotong kayu atau papan berbentuk rencong Untuk memotong dengan sudut tertentu Memotong 45 atau 90

Mesin Pelelas (pemasir)

Kegunaan: Melicinkan permukaan Membuang serat-serat kayu yang terkeluar

Mesin Router

Kegunaan: Membentuk (kumai) sisi dan kayu

Mesin KekalMesin Gergaji Lengan

Kegunaan: Memotong kayu atau papan dalam keadaan lurus atau serong Membuat tetingkap atau parit

Mesin Gergaji Bulat

Kegunaan: Membelah kayu atau papan Membuat lurah atau tetingkap pada kayu dan papan

Mesin Ketam Penebal

Kegunaan: Mengetam kayu atau papan untuk mendapatkan ketebalan yang sama Melicinkan permukaan kayu dan papan

Mesin Ketam Pelurus

Kegunaan: Mengetam dan melicinkan bahagian sisi Meratakan dan meluruskan bahagian sisi

Mesin Pelarik

Kegunaan: Melarik kayu kepada bentuk tertentu Membuat alur atau lurah pada kayu

Mesin Pelubang

Kegunaan: Menebuk lubang pada kayu atau papan

Mesin Gergaji Pita

Kegunaan: Memotong kayu atau papan Membuat lengkung pada kayu atau papan