Windows Server 2008 - AHM ILPS · PDF fileTajuk : Pengenalan Windows Server 2008 ......

21
Tajuk : Pengenalan Windows Server 2008 (Siri 1) Oleh : En. Abdul Hak Bin Mahat

Transcript of Windows Server 2008 - AHM ILPS · PDF fileTajuk : Pengenalan Windows Server 2008 ......

Tajuk : Pengenalan Windows Server 2008 (Siri 1) Oleh : En. Abdul Hak Bin Mahat

LE 1: Network Operating System Installation

Task 04.04 – Install Network Operating System

Task 04.05 – Set Up Network Server Services

LE 2: Develop Network Configuration Documentation

Task 04.07 - Develop Network Configuration Documentation

LE 3: Contingency Measures Implementation

Task 06.07 – Develop Contingency Measure

Task 03.09 – Implement Contingency Measures

LE 4: Supervise Back-Up Activities

Task 06.08 – Supervise Data Back-Up

Lebih mudah disebut sebagai OS, ia membawa maksud Sistem Pengoperasian.

Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT.

Terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, Suse dan sebagainya.

Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.

Katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan MS Word:

Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware) melalui NIC.

Interaksi software dan hardware diuruskan oleh OS dan ia memudahkan kerja pengaturcara untuk membuat aplikasi.

Berbanding dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna individu bagi mengawal sesebuah komputer, contohnya DOS dan Windows95, NOS mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian.

NOS bertindak sebagai pengarah bagi memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik.

Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:

1. Sesama pelanggan (peer-to-peer)

2. Pelanggan-pelayan (client-server)

Membenarkan pengguna berkongsi sumber maklumat dan fail yang terdapat pada komputer peribadi masing-masing.

Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat kerana di dalam sistem rangkaian ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang.

Ini bermakna kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.

Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN).

Sering digunakan bagi memudahkan kerja perkongsian maklumat di pejabat.

Kos dapat dikurangkan

- fail pelayan tidak diperlukan

Aplikasi sistem yang tersedia

- Satu sistem operasi contohnya Windows 7

sudah semestinya mempunyai aplikasi

peer-to peer bagi membolehkan ianya

beroperasi. Oleh yang demikian, ia hanya

perlu disetkan bagi membolehkan

sistem tersebut digunakan.

Tidak berpusat

- Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi

Keselamatan

- Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan

bagi pelayan-pelanggan rangkaian

NOS membenarkan sesebuah rangkaian disatukan secara fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan.

Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.

Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan.

Sistem pengoperasian rangkaian turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

1. Berpusat - Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan. 2. Memenuhi keperluan - Dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat. 3. Fleksibel - Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem. 4. Interoperasi - Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.

1. Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan secara cekap. 2. Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi. 3. Permasalahan - Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut terganggu dan bermasalah.

Windows NT (New Technology) adalah keluarga sistem pengendalian dihasilkan oleh Microsoft (versi pertama yang dikeluarkan pada Julai 1993).

Perisian asal sebagai sistem pengendalian berkuasa berasaskan bahasa tahap tinggi, Ia bertujuan untuk melengkapi versi-versi pengguna Windows yang berdasarkan MS-DOS.

NT adalah versi 32-bit penuh Windows.

Windows 2000

Windows XP

Windows Server 2003

Windows Vista

Windows 7

Windows 8

Windows Server 2008

Windows Server 2012

Windows Server 2008 adalah salah satu perisian sistem pengoperasian (Pelayan)dari Microsoft yang telah menggantikan Windows Server 2003.

Windows Server 2008 memperkenalkan sebanyak ciri-ciri dari Windows Vista kepada Windows Server.

Ini serupa perkaitan dengan di antara Windows Server 2003 dan Windows XP.

Server atau pelayan akan memastikan sistem pengurusan rangkaian diurus tadbir dengan baik.

Server juga membolehkan maklumat disimpan secara berpusat.

Walau bagaimanapun, keselamatan data perlu menjadi keutamaan.