TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

10
PROGRAMME’S DETAIL Session : 02 Presentation Date : 14 July 2006 Paper No : 12 Presentation Time : 11.00 am – 11.30 am Duration : 30 minutes Name : HAMDAN BIN MOHD. KASSIM Designation : Director Organisation : Department of Town Country Planning Negeri Sembilan Darul Khusus ACADEMIC AND PROFESSIONAL QUALIFICATION : Msc. Planning Studies (Oxford Brooke University, UK) Dip. In Planning (Glos, CAT, UK) Dip. Perancangan Bandar dan Wilayah, UiTM PROFESION EXPERIENCE : Appointed to Govt. Service in 1980 Managed the preparation of several Local Plans, Structure Plans other plans from 1981- 1995 Appointed Director JPBD.NS since 2004 OTHER EXPERIENCE : On loan to KL International Airport Berhad as Construction General Manager (Planning and Landscape) 1995-2000 TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9); Cabaran dan Halatuju Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS9) dibangunkan khusus untuk membantu pihak berkuasa perancang negeri dalam proses pengurusan organisasi pentadbiran di peringkat negeri. Pembangunan GIS9 melibatkan pembangunan pangkalan data, pembangunan analisis, pembangunan antara muka pengguna, pembangunan web GIS dan sistem pemantauan di peringkat RSN dan RTD. Pada mulanya GIS9 dibangunkan untuk keperluan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Sembilan (JPBDNS) dan apabila melihat kepada keperluan di peringkat negeri, penglibatan semua agensi kerajaan dan swasta adalah perlu supaya data-data yang digunakan berada pada asas yang sama dan dapat digunakan untuk manfaat pelbagai pihak. PRESENTATION BRIEF BIODATA

Transcript of TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

Page 1: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

PROGRAMME’S DETAIL

Session : 02 Presentation Date : 14 July 2006

Paper No : 12 Presentation Time : 11.00 am – 11.30 am

Duration : 30 minutes

Name : HAMDAN BIN MOHD. KASSIM

Designation : Director

Organisation : Department of Town Country Planning

Negeri Sembilan Darul Khusus

ACADEMIC AND PROFESSIONAL QUALIFICATION :

• Msc. Planning Studies (Oxford Brooke University, UK)

• Dip. In Planning (Glos, CAT, UK)

• Dip. Perancangan Bandar dan Wilayah, UiTM

PROFESION EXPERIENCE :

• Appointed to Govt. Service in 1980

• Managed the preparation of several Local Plans, Structure Plans other plans from 1981-

1995

• Appointed Director JPBD.NS since 2004

OTHER EXPERIENCE :

• On loan to KL International Airport Berhad as Construction General Manager (Planning

and Landscape) 1995-2000

TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9); Cabaran dan

Halatuju

Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS9) dibangunkan khusus untuk membantu

pihak berkuasa perancang negeri dalam proses pengurusan organisasi pentadbiran di peringkat

negeri. Pembangunan GIS9 melibatkan pembangunan pangkalan data, pembangunan analisis,

pembangunan antara muka pengguna, pembangunan web GIS dan sistem pemantauan di

peringkat RSN dan RTD. Pada mulanya GIS9 dibangunkan untuk keperluan Jabatan Perancang

Bandar dan Desa Negeri Sembilan (JPBDNS) dan apabila melihat kepada keperluan di peringkat

negeri, penglibatan semua agensi kerajaan dan swasta adalah perlu supaya data-data yang

digunakan berada pada asas yang sama dan dapat digunakan untuk manfaat pelbagai pihak.

PRESENTATION BRIEF

BIODATA

Page 2: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

1

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS (GIS9) : CABARAN DAN HALA TUJU

Disediakan Oleh:

Abstrak

Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan dibangunkan khusus untuk membantu

pihak berkuasa perancang negeri dalam proses pengurusan organisasi pentadbbiran

di peringkat negeri. Pada mulanya GIS9 dibangunkan untuk keperluan Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (JPBDNS) dan apabila melihat

kepada keperluan di peringkat negeri, penglibatan semua agensi kerajaan dan swasta

adalah perlu supaya data-data yang digunakan berada pada asas yang sama dan

dapat dikongsi serta digunakan untuk manfaat pelbagai pihak. Unit penyelarasan data

diperingkat negeri adalah perlu dalam proses mengawal selia perkongsian data dan

mengelakkan data-data disalahgunakan.

Kertas kerja ini adalah untuk membincangkan cabaran dan hala tuju perlaksanaan

GIS9 pada masa hadapan ke arah yang lebih mantap dan berkualiti setanding dengan

GIS yang dibangunkan dinegara-negara maju. Hala tuju ini memfokuskan kepada

pembangunan pangkalan data di peringkat negeri, pembangunan aplikasi GIS9 bagi

setiap jabatan-jabatan teknikal, perkongsian data dan pengurusan GIS9 pada masa

hadapan.

1.0 PENDAHULUAN

Page 3: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

2

Pembangunan teknologi maklumat melalui aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS)

telah mewujudkan perubahan kepada proses perancangan di Malaysia melalui sistem

pembangunan data dan aplikasi analisis bagi setiap kajian pembangunan yang

dijalankan. Penggunaan GIS di pelbagai peringkat penyediaan Rancangan

Pembangunan (RFN, RSN dan RTD) telah disediakan dalam bentuk yang berbeza,

pangkalan data dan aplikasi analisis yang dibangunkan adalah berbeza mengikut

peringkat, di mana data dan aplikasi bagi penyediaan RFN adalah peringkat nasional,

data dan aplikasi RSN adalah peringkat negeri(makro), manakala data dan aplikasi

RTD adalah di peringkat daerah yang bersifat mikro.

Pembangunan GIS9 menumpukan kepada aspek penting yang meliputi 3 fasa

pembangunan di mana pada fasa I ditumpukan kepada reka bentuk dan

pembangunan pangkalan data, fasa II adalah proses peningkatan pangkalan data

peringkat makro dan mikro, pembangunan aplikasi analisis untuk keperluan JPBD,

melaksanakan sistem pemantauan rancangan pembangunan diperingkat RSN dan

pembangunan web GIS9 online. Fasa III pula meliputi peningkatan pangkalan data

peringkat mikro, pembangunan sistem pemantauan peringkat RTD dan peningkatan

web GIS9 online.

Pihak kerajaan negeri telah mengambil langkah awal di dalam menerapkan

penggunaan ICT di dalam pengurusan pentadbiran negeri dengan menyediakan

laporan “Negeri Sembilan ICT Strategic Plan, 2003”. Antara lain, laporan tersebut

telah mengenal pasti sistem-sistem maklumat yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan

negeri mengikut keutamaan dan mudah untuk pelaksanaan. Oleh itu, pelaksanaannya

adalah perlu supaya Negeri Sembilan dapat setanding dan setara dengan negeri-

negeri lain dalam pembangunan ICT. Oleh yang demikian, projek GIS9 adalah selaras

dengan matlamat di atas dan menjadi salah satu input penting bagi Bank Data

Negeri/Portal Negeri yang akan diwujudkan diperingkat negeri.

2.0 PENDEKATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI NEGERI SEMBILAN (GIS9)

Page 4: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

3

Negeri Sembilan (665,374.77 hektar) terletak di wilayah tengah bersama-sama

dengan Negeri Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur yang mengalami pembangunan

paling pesat. Negeri Sembilan diliputi oleh 7 daerah yang ditadbir oleh 8 Pihak

Berkuasa Tempatan(PBT). Asas pembangunan GIS9 pada mulanya timbul apabila

wujudnya satu sistem maklumat data yang lengkap untuk tujuan perancangan dan

pembangunan diperingkat negeri. Maklumat data yang lengkap ini diperlukan oleh

JPBD Negeri Sembilan bagi tujuan menyokong atau menolak sesuatu perancangan

dan pembangunan yang dicadangkan diperingkat negeri. GIS9 perlu diteruskan kepada pembangunan peringkat kedua (RMK 9) di mana

melibatkan kerja-kerja perkongsian data dipelbagai jabatan-jabatan teknikal dan Pihak

Berkuasa Tempatan. Perkongsian data perlu diwujudkan supaya saluran maklumat

antara jabatan dapat dilaksanakan bagi memperkemaskan sistem pengurusan

perancangan di Negeri Sembilan. Data-data jabatan dan PBT akan diletakkan di

server GIS9 yang menjadi ‘one-stop data centre’. Semua maklumat akan diselaraskan

dalam GIS9 dengan kerjasama Pusat Infrastruktur Geospatial Negara (MaCGDI).

2.1 Pembangunan Pangkalan Data Pangkalan data GIS9 direka bentuk mengikut keperluan Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa Negeri Sembilan. Ianya dibangunkan berasaskan kepada lot

kadastral tahun 2002 dan 2004; Kajian Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001-

2020; Kajian Rancangan Tempatan; dan pelan pengesahan jabatan tahun 2005.

Pangkalan data GIS9 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu makro dan mikro.

Pangkalan data ini menunjukkan data sehingga lot kadastral, sesuai digunakan oleh

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan teknikal di peringkat daerah.

Pangkalan data dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu makro dan mikro. Pangkalan

data makro mempunyai 12 set dan 64 kelas data dan sesuai digunakan oleh jabatan

kerajaan di peringkat negeri kerana data-data terdiri daripada data agregat seluruh

Negeri Sembilan. Manakala pangkalan data mikro dibangunkan mengikut 7 daerah di

Negeri Sembilan dengan setiap satu pangkalan data mepunyai 8 set dan 20 kelas

data. Pangkalan data ini yang menunjukkan data sehingga lot kadastral, sesuai

Page 5: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

4

digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan teknikal di peringkat

daerah.

Peranan JPBD sebagai pusat data guna tanah (fizikal) akan dapat direalisasikan

dengan baik dengan adanya data-data yang lengkap yang dapat membantu di dalam

pemajuan di peringkat negeri dan juga kepada pembuat keputusan. Penentuan

komponen data GIS9 yang merangkumi pangkalan data dan integrasi sistem telah

mengambil kira kehendak dan keperluan JPBD dan juga jabatan-jabatan terknikal lain

di Negeri Sembilan. Matlamat GIS adalah mereka bentuk dan membangunkan

pangkalan data GIS dalam kawasan pentadbiran negeri di mana JPBD akan menjadi

bank data GIS bagi guna tanah(fizikal) selain turut menyelenggara bank data. Di

peringkat wilayah, keperluan data untuk GIS9 lebih menjurus ke arah keperluan

makro. Perlaksanaan GIS9 akan

mempercepatkan penyediaan

RSN, RTD dan RKK dalam aspek

penyediaan dan penyimpanan

maklumat samada data peringkat

makro mahupun peringkat mikro.

2.2 Pembangunan Aplikasi Sistem Pemantauan Rancangan Pembangunan Pembangunan sistem pemantauan rancangan pembangunan meliputi keseluruhan

peringkat perancangan yang perlu dipantau dan sistem yang dibangunkan hendaklah

bergerak secara horizontal dan vertical di antara satu sama lain. Ini adalah perlu

supaya segala garis panduan yang digazetkan di peringkat RTD adalah selaras

dengan dasar-dasar yang telah ditentukan di peringkat RSN dan di peringkat RFN.

Pembangunan sistem pemantauan merangkumi Sistem Pemantauan Rancangan

Fizikal Negara(RFN), Sistem Pemantauan Rancangan Struktur Negeri(RSN) dan

Sistem Pemantauan Rancangan Tempatan Daerah(RTD).

2.2.1 Sistem Pemantauan RSN

Pangkalan DataGIS9

Feature Class

Object Class

Relationship Class

Geodatabase

Feature Dataset

MAKLUMAT TANAHFeature Dataset

PENTADBIRANFeature Dataset

KEMUDAHAN AWAMFeature Dataset

GEOPOLITIKFeature Dataset

ALAM SEKITARFeature Dataset

FIZIKALFeature Dataset

UTILITIFeature DatasetPenduduk

Feature Dataset

PENGGUNAAN TANAHFeature Dataset

TRAFIK & PENGANGKUTANFeature Dataset

SOSIAL & EKONOMIFeature Dataset

Pangkalan DataGIS9

Feature Class

Object Class

Relationship Class

Geodatabase

Feature Dataset

MAKLUMAT TANAHFeature Dataset

PENTADBIRANFeature Dataset

KEMUDAHAN AWAMFeature Dataset

GEOPOLITIKFeature Dataset

ALAM SEKITARFeature Dataset

FIZIKALFeature Dataset

UTILITIFeature DatasetPenduduk

Feature Dataset

PENGGUNAAN TANAHFeature Dataset

TRAFIK & PENGANGKUTANFeature Dataset

SOSIAL & EKONOMIFeature Dataset

Komponen Asas Pangkalan Data GIS9

Page 6: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

5

Sistem ini dibangunkan bagi membantu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Negeri Sembilan(JPBDNS) memantau pembangunan di peringkat negeri dengan lebih

berkesan dengan melihat kepada status pencapaian strategi yang telah dibentuk

dalam Rancangan Struktur Negeri(RSN), Negeri Sembilan. Sistem ini berperanan

sebagai alat pengukuran bagi JPBD menterjemah dasar-dasar Rancangan Struktur

Negeri (RSN) yang diwartakan kepada unit pencapaian dan pematuhan dasar.

SPRSN ini dibangun berdasarkan kepada keperluan keberkesanan proses pembuat

keputusan, yang mana melihat kepada polisi dan pencapaian perlaksanaan

pembangunan. Ia dinilai berdasarkan pencapaian terus terhadap Dasar Umum(DU),

Dasar Subjek(DS) dan Dasar Khusus(DK).

Kemasukan data diperingkat langkah pelaksanaan

akan berasaskan indikator yang dikategorikan

mengikut senario tertentu bagi menilai dasar yang

bersifat kualitatif dan kuantitatif. Pencapaian

SPRSN ini akan menjadi ukuran kepada penilaian

perubahan senario pembangunan berdasarkan

strategi pembangunan di peringkat negeri.

2.2.2 Sistem Pemantauan RTD

Sistem ini melibatkan peringkat pemantauan perancangan fizikal di mana ia

melibatkan ruang, lokasi dan aktiviti guna tanah. Sistem pemantauan ini hanya

melibatkan pemantauan pencapaian dan pematuhan guna tanah semasa berbanding

guna tanah cadangan di dalam gambarajah utama. Selain itu, ia dapat mengumpul

maklumat-maklumat kesesuaian pelaksanaan RTD untuk digunakan sebagai asas

dan pertimbangan dalam cadangan pindaan RTD

pada masa akan datang. Sistem Pemantauan RTD

ini juga dapat dipantau dengan sub sistem RSN

bagi melihat dasar-dasar yang berkaitan dengan

peta cadangan di dalam RTD.

Pelaksanaan Sistem Pemantauan RSN

Antara Muka Utama SPRTD

Page 7: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

6

2.3 Sistem Maklumat Kampung Sistem Maklumat Kampung diwujudkan bagi memaparkan lokasi dan maklumat setiap

kampung di Negeri Sembilan. Maklumat yang dipaparkan merangkumi maklumat profil

kampung seperti jumlah penduduk, aktiviti kampung, kemudahan awam dan

infrastruktur dan lain-lain. Sub modul kampung ini bertujuan untuk memaparkan

maklumat-maklumat kampung mengikut daerah, mukim dan JKKK. Sistem ini juga

mampu membantu pengguna mencapai sesuatu

maklumat berkaitan kampung yang dikehendaki

dalam jangka waktu yang singkat serta mampu

melakukan proses kemaskini terhadap maklumat

tersebut jika berlaku sebarang kesilapan.

2.4 Pembangunan Laman Web GIS9 Online Penyediaan Sistem Pemantauan Rancangan Pemajuan adalah selari dengan

pembangunan GIS9 Online dan ianya adalah bertujuan memudahkan perkongsian

data dan menyebarkan maklumat yang terdapat di dalam pangkalan data GIS9.

Melalui web, konsep perkongsian maklumat dapat dicapai melalui kerjasama yang

erat antara agensi pentadbiran Negeri Sembilan. Terdapat 2 kaedah capaian data

melalui ‘aksesibiliti’ sistem yang direkabentuk

dalam pembangunan GIS9 iaitu secara

intranet dan internet.Di dalam GIS9 Online

terdapat enam aplikasi utama disediakan

kepada pengguna iaitu laman utama, artikel,

stakeholders, login, aktiviti dan peta interaktif

awam.

Pembangunan web GIS9 online secara

intranet ini menggunakan data sedia ada

dalam pangkalan data. Sistem ini lebih mudah dan pantas untuk dicapai oleh

Interface GIS9 Online

Sub Sistem Maklumat Kampung

Page 8: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

7

pengguna tanpa memerlukan capaian melalui rangkaian internet. Ia dapat membantu

pengguna mengaplikasi data GIS dengan lebih interaktif dan tidak memerlukan

perisian GIS yang banyak. Walau bagaimanapun, ia hanya dapat memberikan

paparan dan melaksanakan aktiviti GIS tanpa pembaikan(editing). Pencapaian data

melalui intranet ini lebih praktikal dari segi keselamatan data. Data-data yang

dipaparkan adalah mengikut keperluan pengguna setempat dan bersesuaian dengan

aktiviti GIS yang hendak dilaksanakan.

Sistem rangkaian internet pula membenarkan aktiviti capaian data dilakukan oleh

semua peringkat pengguna sama ada agensi kerajaan, swasta mahupun orang

awam. Walau bagaimanapun, ia terhad kepada penggunaan data-data tertentu sahaja

kerana sistem ini dibangunkan mengikut keperluan data.

3.0 CABARAN DAN HALA TUJU PEMBANGUNAN GIS 9 Pembangunan projek merupakan perintis Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT)

bagi Negeri Sembilan terutama dalam pengurusan perancangan bandar dan desa

negeri. Perancangan masa depan GIS9 merupakan proses transformasi

pembangunan projek peringkat kedua yang perlu dipertimbangkan supaya projek

yang dijalankan ini akan sentiasa berjalan dan dapat digunakan oleh agensi kerajaan

dan swasta untuk tujuan pengurusan pentadbiran dan perancangan samada di

peringkat negeri mahupun di peringkat daerah. Matlamat utama strategi dan hala tuju

GIS9 adalah memfokuskan kepada beberapa aspek pemantapan dan peningkatan

yang merangkumi aspek peningkatan pembangunan pangkalan data, Pembangunan

Aplikasi Sistem Perancangan dan Pelaksanaan, perkongsian data dan aplikasi dan

juga pengurusan GIS9. Aspek-aspek ini harus ditekankan dan perlu mendapat

perhatian Kerajaan Negeri Sembilan supaya GIS9 dapat memberi manfaat kepada

penggunanya dalam pengurusan pentadbiran, pengurusan perancangan, pengurusan

pembangunan, kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan.

GIS 9 akan mempertingkatkan lagi Sistem Pangkalan Data kepada sistem aplikasi-

aplikasi yang bersesuaian dengan aktiviti jabatan. Antaranya adalah Sistem Aplikasi

Profil Kampung, Aplikasi Perancangan Kawalan Pembangunan, Aplikasi Modelling

dan Analisis Pembangunan dan Aplikasi Persembahan Mesyuarat. GIS 9 juga

Page 9: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

8

berperanan dalam menyelenggara analisis pangkalan data di samping mengawal

selia pengemaskinian data dan maklumat oleh jabatan/agensi yang terlibat. GIS 9

juga bertindak sebagai penyelaras bagi perkongsian maklumat yang terdapat di dalam

pangkalan data GIS9, mereka bentuk dan melaksanakan program antara muka

pengguna, membangunkan laman web GIS9 dan melaksanakan sistem pemantauan

pelaksanaan rancangan pemajuan pembangunan seperti Rancangan Struktur Negeri

(RSN) dan Rancangan Tempatan Daerah (RTD).

Pembangunan GIS9 diharap dapat diperkembangkan kepada penggunaan oleh

jabatan-jabatan teknikal dan agensi-agensi kerajaan Negeri Sembilan. Ini akan

membantu mencapai sistem pengurusan data yang lebih sistematik dan dapat

membantu Negeri Sembilan ke arah mencapai Negeri Maju 2020. Pembangunan

GIS9 peringkat kedua(RMK 9) perlu diperkembangkan dan menjadi salah satu pusat

pengumpulan dan perkongsian data dan maklumat bagi negeri. GIS9 juga dapat

diperluaskan untuk memantau rancangan pembangunan yang akan dan sedang

dilaksanakan. Ini seterusnya dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan dan

keupayaan dalam membuat keputusan dengan lebih tepat.

Dengan adanya GIS9, ia berupaya menyediakan data dan maklumat yang boleh

dipertingkatkan dengan gabungan sistem sokongan perancangan lain.

Kesinambungan ini juga dapat mengarah keputusan perancangan ke arah yang lebih

efisien dan rasional. Walau bagaimanapun, ia bukan sahaja bergantung kepada tool

GIS semata-mata, sokongan dari segi sumber manusia, kos dan masa perlu diteliti.

Strategi pelaksanaan adalah faktor penting yang harus diberi penekanan bagi

memastikan kejayaan pembangunan GIS9 yang dibangunkan.

4.0 PENUTUP Seiring dengan itu, pembangunan GIS ini juga diharapkan dapat mencapai

matlamatnya dan dapat dijadikan sebagai satu alat atau sistem yang memberi

panduan dan amaran awal di dalam melaksanakan proses perancangan

pembangunan samada di bandar ataupun desa. Diharapkan pembangunan GIS ini

Page 10: TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9 ...

9

dapat meningkatkan kualiti perancangan pembangunan di Negeri Sembilan. Dengan

adanya Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS9) telah memberi lembaran

baru kepada Kerajaan Negeri Sembilan seiring di dalam arus teknologi maklumat.

Kemudahan yang ditawarkan di dalam GIS9 online memberi peluang kepada

masyarakat umumnya mengetahui hal ehwal negeri dengan lebih mudah dan

berkesan. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja terutamanya

bagi jururancang di dalam mentadbir pembangunan negeri.