APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

22
APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS RUANGAN PERTUMBUHAN PENDUDUK: KAJIAN KES NEGERI-NEGERI DI WILAYAH UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA Ruslan Rainis Noresah Mohd Shariff ABSTRACT Population is a spatial phenomenon. However, most of the studies carried out related to the population problems in Malaysia have focussed mainly on the structural or sectoral aspects. Very few have studied the spatial relationship between one area to the others. Among others. this might be due to the lack of an efficient and effective spatial data handling system. The recent advances in information technology especially geographical information system (GIS) have provided various capabilities for doing spatial analysis. The study described in this article attempts to demonstrate the use of a spatial anlysis technique namely spatial autocorrelation in detecting the existence of spatial relationships of population growth for 1970-1980 and 1980-1991 as well as between the two periods. Mukims in the northern states (namely Perlis. Kedah and Penang) of Peninsular Malaysia were used as the case study area. Our study hasfound that the population growth ofmukimsfor both time periods were spatially correlated. It was also found that the spatial relationships of the population growth have increasedfrom 0.18 in 1970-1980 to 0.36 in 1980-1991. Further investigation revealed that this increase might be related to the rapid development that have occurred in several mukims in the study area. Therefore this study have demonstrated that the use of spatial analysis technique such as the spatial autocorrelation provided a useful indicator for detecting spatial effects of development that have occured in certain areas. PENGENALAN Masalah kependudukan di Malaysia telah banyak dikaji dan dibincangkan oleh be be rap a pengarang. Antaranya termasuklah kajian-kajian yang telah dilaporkan oleh United Nations (1993), Tan (1992), Tan dan Tey (1992), Saw (1988), Jones dan Sidhu (1981), Hairi (1989), Khong dan Salleh (1986) dan Lim (1983). Tetapi kebanyakan kajian ini adalah berbentuk analisis struktural atau sektoral yang tertumpu kepada aspek-aspek sosio-ekonomi. Tidak ban yak analisis berbentuk ruangan dijalankan bagi mengkaji perbezaan atau pertalian ruangan pembolehubah-pembolehubah penduduk seperti pertumbuhan, pekerjaan dan sebagainya. Memandangkan penduduk adalah fenomena ruangan, maka sifat-sifat 17

Transcript of APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Page 1: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS RUANGAN PERTUMBUHAN PENDUDUK: KAJIAN KES NEGERI-NEGERI DI WILAYAH UTARA

SEMENANJUNG MALAYSIA

Ruslan Rainis Noresah Mohd Shariff

ABSTRACT

Population is a spatial phenomenon. However, most of the studies carried out related to the population problems in Malaysia have focussed mainly on the structural or sectoral aspects. Very few have studied the spatial relationship between one area to the others. Among others. this might be due to the lack of an efficient and effective spatial data handling system. The recent advances in information technology especially geographical information system (GIS) have provided various capabilities for doing spatial analysis. The study described in this article attempts to demonstrate the use of a spatial anlysis technique namely spatial autocorrelation in detecting the existence of spatial relationships of population growth for 1970-1980 and 1980-1991 as well as between the two periods. Mukims in the northern states (namely Perlis. Kedah and Penang) of Peninsular Malaysia were used as the case study area. Our study hasfound that the population growth ofmukimsfor both time periods were spatially correlated. It was also found that the spatial relationships of the population growth have increasedfrom 0.18 in 1970-1980 to 0.36 in 1980-1991. Further investigation revealed that this increase might be related to the rapid development that have occurred in several mukims in the study area. Therefore this study have demonstrated that the use of spatial analysis technique such as the spatial autocorrelation provided a useful indicator for detecting spatial effects of development that have occured in certain areas.

PENGENALAN

Masalah kependudukan di Malaysia telah banyak dikaji dan dibincangkan oleh be be rap a pengarang. Antaranya termasuklah kajian-kajian yang telah dilaporkan oleh United Nations (1993), Tan (1992), Tan dan Tey (1992), Saw (1988), Jones dan Sidhu (1981), Hairi (1989), Khong dan Salleh (1986) dan Lim (1983). Tetapi kebanyakan kajian ini adalah berbentuk analisis struktural atau sektoral yang tertumpu kepada aspek-aspek sosio-ekonomi. Tidak ban yak analisis berbentuk ruangan dijalankan bagi mengkaji perbezaan atau pertalian ruangan pembolehubah-pembolehubah penduduk seperti pertumbuhan, pekerjaan dan sebagainya. Memandangkan penduduk adalah fenomena ruangan, maka sifat-sifat

17

Page 2: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

RUB/an Ra/n/s, Noresah lIohd. Shariff

ruangan haruslah diambilkira secara langsung. Salah satu aspek kependudukan yang penting ialah pertumbuhan penduduk. Pertumbuhan penduduk secara amnya adalah penting kepada sesebuah negara terutamanya negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Penduduk yang ramai diperlukan untuk menyediakan tawaran gunatenaga dan pasaran dalaman bagi keluaran negara. Walaubagaimanapun, pertumbuhan penduduk haruslah sejajar dengan kadar pembangunan ekonomi. Apabila kedua-dua fenomena ini tidak seimbang. maka akan berlaku beberapa masalah sosio-ekonomi seperti pengangguran yang tinggi atau kekurangan gunatenaga dan masalah sosiallain yang berkaitan. Oi samping itu pertumbuhan penduduk juga akan memberi kesan kepada pennintaan dan perancangan kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah dan kemudahan kesihatan. Masalah ini akan menjadi lebih ketara sekiranya pertumbuhan penduduk tidak sekata dari segi ruangan iaitu antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Oleh itu analisis ruangan tabu ran pertumbuhan penduduk adalah penting dalam memahami ketidakseimbangan ini dan mengkaji samada terdapatnya pengaruh perkaitan ruangan pertumbuhan penduduk di satu kawasan dengan kawasan yang lain. Misalnya. adakah pertumbuhan yang tinggi di satu kawasan memberi sebarang kesan kepada kawasan yang berjiranan dengan kawasan tersebut at au sebaliknya. Secara kuantitatif. keadaan sedemikian adalah satu contoh fenomena yang dikenali sebagai autokorelasi ruangan (Unwin, 1981) yang berkait dengan hukum pertama geografi yang menyatakan "sesuatu adalah berkait dengan sesuatu yang lain. tetapi sesuatu yang berhampiran adalah lebih berkait rapat berbanding dengan yang terletak berjauhan" (Tobler. 1970). Analisis ruangan sedemikian berguna dalam mengkaji samada terdapatnya sebarang kesan Iimpahan ruangan daripada sesuatu kejadian at au dasar. Bagaimanapun. menurut Anselin dan Griffith (1988). walaupun telah banyak kajian di dunia yang dijalankan berdasarkan kepada data ruangan. namun sebahagian besamya gagal untuk mengenalpasti/mengambilkira kemungkinan wujudnya autokorelasi atau pertalian ruangan sedangkan setiap fenomena ruangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor struktural dan juga faktor-faktor ruangan.

Oi samping batasan dari segi tumpuan kajian seperti yang dibincangkan di atas, liputan ruangan kajian lampau juga adalah terhad samada kepada peringkat negen atau daerah sahaja. Tidak banyak kajian telah dibuat pada peringkat yang lebih terperinci seperti mukim, at au blok bancian. Kelemahan ini an tara lainnya mungkin discbabkan oleh ketiadaan data. kesukaran untuk memproses data yang banyak dan ketiadaan sistem pengendalian data ruangan yang efisyen. Perkembangan pesat dalam teknologi komputer sejak kebelakangan ini seperti sistem maklumat geografi (geographical information system - GIS) telah dapal menyediakan keupayaan pengendalian data yang diperlukan. Sistem maklumat geografi merupakan satu sistem maklumat yang berkeupayaan untuk menginput, mengurus. mengolah. menganalisis dan memaparkan data ruangan (spatial data) dan data bukan ruangan (non-spatial data) dengan efisyen. Ia boleh menyediakan

18

Page 3: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

ApllkBSI Sistem "'BklumB' GeogrBfI dBlam Anallsls Ruangan PertumbuhBn Penduduk

satu rangka kerja untuk mengintegrasikan data dari berbagai sumber dan jangka masa. Lebih penting lagi sistem maklumat ini dapat menyediakan samada seeara langsung atau tidak langsung berbagai kaedah bagi menjalankan anal isis ruangan yang sukar dilaksanakan dengan kaedah konvensional. Ini termasuklah analisis­analisis seperti pengukuran penghubungan dan rangkaian, penindanan peta, kejiranan dan interaksi ruangan.

Tujuan artikel ini ialah untuk mengkaji serta membandingkan pertalian ruangan pertumbuhan penduduk pada tahun 1970-1980 dan 1980-1991 dengan bantuan sistem maklumat geografi. Negeri-negeri di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang meliputi Periis, Kedah, dan Pulau Pi nang dijadikan kawasan kes bagi kajian ini. Wilayah ini merupakan salah satu wilayah yang pesat membangun dan semakin menjadi penting lebih-Iebih lagi dengan terbentuknya zon pertumbuhan segitiga antara utara Indonesia, utara Malaysia dan selatan Thailand (IMT-GT). Aspek pertumbuhan penduduk dikaji di tiga peringkat iaitu negeri, daerah dan mukim. Pertalian ruangan pertumbuhan penduduk dijalankan dengan terperinci di peringkat mukim dengan menggunakan kaedah autokorelasi tuangan.

KONSEPASASAUTOKORELASIRUANGAN

Perbandingan dan pertalian ruangan antara fenomena (seperti pertumbuhan penduduk) boleh dijalankan sam ada seeara visual (kualitatiO atau kuantitatif. Walaupun kaedah visual adalah mudah digunakan melalui paparan peta, namun ia adalah subjektif dan tidak sesuai bagi perbandingan antarajangka masa yang berlainan. Disamping itu, ia euma sesuai bagi kajian yang melibatkan jumlah unit ruangan yang keeil. Apabilajumlah unit ruangan menjadi besar, maka kaedah visual ini tidak lagi sesuai kerana sukar lintuk mengekstrak sebarang pola dengan jelas dan tidak dapat menilai tahap kekuatan perkaitan yang wujud. Oleh itu beberapa kaedah numerikal telah dibentuk untuk menilai kewujudan sebarang pertalian ruangan seeara kuantitatif. Salah satu daripada kaedah kuantitatif ini ialah autokorelasi ruangan yang akan digunakan dalam kajian ini kerana ia melibatkan perbandingan pertumbuhan penduduk bagi duajangka masa berlainan.

Dalam konsep yang paling asas, autokorelasi ruangan adalah ukuran setakat mana objek-objek yang terietak di lokasi tertentu di permukaan bumi adalah serupa dengan objek-objek lain yang terletak berhampiran dengannya (Shen,1994). Sekiranya objek-objek itu adalah serupa dari segi perletakan dan juga serupa dari segi atribut, maka pola tersebut seeara keseluruhan menunjukkan autokorelasi ruangan yang positif. Sebaliknya, jika objek-objek yang berhampiran dalam ruang mempunyai atribut yang tidak serupa an tara satu dengan

19

Page 4: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Ruslln Rlinis, NOrtSih lIohd. Shlriff

lain berbanding objek-objek yang terletak berjauhan, maka autokorelasi ruangan yang dihasilkan ialah negatif. Tiada autokorelasi berlaku bila atribut-atribut adalah be bas mengikut lokasi. Autokorelasi ruangan adalah teknik analitik yang istimewa dan berkuasa kerana menggunakan maklumat perletakan dan atribut secara serentak. la boleh membantu penyelidik menjawab soalan-soalan asas berkaitan dengan taburan ruangan 'sesuatu fen omena (Cliff dan Ord, 198 I; Goodchild, 1986). Ukuran autokorelasi ruangan boleh dianggap sebagai satu indeks deskriptifyang menyediakan sejenis maklumat berkaitan fenomena yang bertaburan mengikut ruang yang tidak kedapatan pada anal isis-anal isis statistik yang lain (Shen,1994). la juga boleh dianggap sebagai satu petunjuk bagi satu proses sebab-akibat (causal) yang boleh memperlihatkan kesan ataupun pengaruh yang diakibatkan oleh sesuatu objek terhadap jiran-jirannya.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam mengkaji autokorelasi (pertalian) ruangan. Menurut Cliff dan Ord (1981), indeks Moran I adalah statistik yang paling berguna untuk menilai autokorelasi ruangan. Indeks I ini boleh dikira seperti berikut:

I = nL;L jWij(X;- 1')(X j- x)

L;L jWij(X;- 1')2

di mana n adalah jumlah objek ruangan; X; ialah pembolehubah yang dikaji (seperti pertumbuhan penduduk) bagi kawasan i; X j pembolehubah yang dikaji (seperti pertumbuhan penduduk) bagi kawasan yang berjiranan dengan kawasan i; X ialah purata pembolehubah yang dikaji iaitu pertumbuhan penduduk; dan W ij ialah pemberat ruangan antara kawasan i dengan;. W ij juga dikenali sebagai rnatriles keharnpiran lolcasi manakala rnatriles Iceserupaan atribut diwakili

(Xj- X)(X j- X),

Pengiraan W ij dan autokorelasi ruangan amnya memerlukan maklumat pertalian (kejiranan) antara satu kawasan dengan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Kawasan-kawasan yang berhampiran boleh didefinisikan sebagai jiran terdekat iaitu kawasan yang bersempadanan secara langsung atau sebagai kawasan-kawasan yang terletak dalam lingkungan jarak tertentu dari kawasan yang sedang dikaji (Rajah I). Di samping itu, berbagai ukuran boleh digunakan bagi mewakili pemberat ruangan W ij' Dalam bentuk yang mudah, pemberat

20

Page 5: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Apl/kasl Sistem Maklumat Geografl dalam Anallsl. Ruangan Pertumbuhan Penduduk

ruangan didefinisikan berasaskan kepada perdampingan ruangan (spatial contiguity) semata-mata yang mungkin tidak berubah mengikut topologi. Dengan kaedah ini, nilai pemberat 1 diberi sekiranya poligon/kawasan i berkongsi sempadan dengan kawasanj dan 0 sebaliknya. Walaupun kaedah ini mudah, ia mungkin bukan petunjuk yang terbaik dalam mengkaji kesan kejiranan atau perta\ian ruangan. Oleh itu, terdapat tiga fungsi pemberat yang lazim dicadangkan, termasuklah (1) pemberatjarak yang diwakilkan sebagaijarak an tara lokasi pusat kedua-dua poligonlkawasan, (2) pemberat keluasan yang diwakilkan oleh keluasan kawasan-kawasan yang terlibat, dan (3) pemberat sempadan iaitu panjang sempadan yang dikongsi dengan kawasan yang berjiranan (Chou,1990).

• Lokasi sasaran

(I] Jiran

Rajah 1: Konsep kejiranan a) kejiranan langsung b) kejiranan terdekat dan c) kejiranan dalam lingkunganjarak tertentu

Nilai indeks I berubah dari 0 hingga 1 samada dalam bentuk negatif at au positif, yang mana 0 menandakan perubahan pembolehubah yang dikaji tidak berkait atau bebas mengikut ruang manakala 1 pula menunjukkan bahawa perubahan tersebut berkait rapat mengikut cuang. NiIai I akan positif sekiranya kawasan­kawasan yang berhampiran cendecung untuk mempunyai nilai atribut yang serupa. Sebaliknya, nilai Moran I akan negatif apabila pertalian tersebut adalah seeara songsang iaitu kawasan-kawasan yang berhampiran eenderung untuk mempunyai nilai pembolehubah yang tidak serupa dari apa yang sepatutnya eli jangkakan.

Untuk menjadikan indeks Moran I sebagai as as dalam penilaian, satu ujian kesignifikanan diperlukan. Menurut Cliff dan Ord (1981), nilai jangkaan (E( /) ) dan varian ( Var( 1) ) indeks Moran I boleh dihasilkan samada mengikut andaian rawak atau normal. Andaian rawak mengandaikan pilihatur (permutation) nilai

21

Page 6: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

data secara rawak manakala andaian normal pula mengandaikan pembolehubah yang dikaji bertaburan secara bebas. Walaupun nilai jangkaan adalah sarna bagi kedua-dua andaian, varian di bawah andaian rawak lebih kompleks berbanding andaian normal. Apabila taburan pembolehubah yang dikaji adalah nonnal, varian di bawah andaian rawakakan menyamai normal. Dalam kajian in~ memandangkan tujuan utama pengujian kesignifikanan adalah bagi tujuan perbandingan pertumbuhan penduduk antara tahun 1970-1980 dan 1980-1991, hasilan bagi kedua-dua andaian adalah sarna. Statistik kesignifikanan ini boleh diuji seperti yang berikut:

Skor = (I-E(I)/J(Var(l» di mana

E(I)=-l/(n-l) dan

di mana

SO=L.iL.jWij

s, = (l/2)L.; L. jCWij + W j;)2 dan

Dengan menggunakan nilai Skor yang telah dikira, kesignifikanan indeks Moran I yang dikira boleh diuji dengan membanding nilai tersebut dengan nilai keberangkalian yang diperolehi dari keluk normal (Goodchild, 1986).

SUMBER DATA DAN PROSEDUR KAJIAN

Kajian terperinci pertalian ruangan pertumbuhan penduduk dijalankan di peringkat mukim. Bagaimanapun, sebagai latar belakang, pertumbuhan penduduk juga akan diterangkan secara ringkas di peringkat daerah dan negeri. Kajian di peringkat negeri akan dibuat bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia. manakala bagi peringkat daerah dan mukim pula. kajian cuma tertumpu kepada negeri­negeri di Wilayah Utara sahaja iaitu Perl is, Kedah dan Pulau Pinang (Rajah 2). Duajenis data diperlukan bagi kajian ini: data ruangan iaitu lokasi sempadan negeri, daerah dan mukim yang biasanya diwakilkan dalam bentuk peta, dan data atribul yang menerangkan ciri-ciri negeri, daerah dan mukim yang dikaji iaitu data penduduk. Semua data penduduk yang digunakan dalam kajian ini

Page 7: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Aplikasl Sistem Idak/umat Geografl da/am Anal/sis Ruangan Pertumbuhan Penduduk

diperolehi dari data banci yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kerajaan Malaysia telah menjalankan banci penduduk dan peru mahan bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia sejak tahun 1957 dan bagi keseluruhan Malaysia pada tahun 1970. Banci yang terbaru telah dijalankan pada tahun 1991 dan keputusan awalnya telah dikeluarkan pada akhir tahun 1992. Untuk tujuan kajian ini, semua data penduduk dari tahun 1970 hingga 1991 dan data lain yang berkaitan telah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam satu pangkalan data geografi menggunakan perisian sistem rnaklumat geografi PC ARClInfo (ESRI, 1992a). Peta-peta sempadan pentadbiran di peringkat mukim dan peta-peta lain bagi ketiga-tiga negeri didigitkan menggunakan perisian yang sarna. Terdapat sejumlah 17 daerah di ketiga-tiga negeri yang dikaji: 5 di Pulau Pinang. 11 di Kedah dan satu di Perl is. Jumlah mukim di kawasan kajian ialah 238, iaitu 22 di negeri PerIis. 133 di Kedah dan 83 di Pulau Pi nang.

l1li Kawasan Kajian

• lee

MakmaJ Maklumat Geografi dan AnaJisis Ruangan Pusat Pengajian IImu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

Rajah 2 : Lokasi kawasan kajian.

23

Page 8: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Rus/an Ralnls, Noresah Idohd. SharIff

Kadar pertumbuhan penduduk (r,) dari satu tahun t-n ke tahun t dikira menggunakan formula yang digunakan oleh labatan Perangkaan Malaysia (Jabatan Perangkaan Malaysia. 1982) seperti berikut:

1 (p, ) r, =-loge --n P,-n

di mana n adalahjumlah tahun (biasanya 10 tahun). P, adalah penduduk pada tahun, dan P,-n adalah penduduk pada tahun t-n.

Oalam kajian ini. tahap sejauhmana pertumbuhan penduduk berkait secara ruangan an tara satu mukim dengan mukim yang lain diuji dengan menggunakan indeks Moran I seperti yang telah diterangkan di Bahagian 2.0. Pengiraan indeks Moran I ini memerlukan matriks kehampiran tokasi iaitu maklumat pertalian ruangan (atau kejiranan) antara satu mukim dengan yang lain. Oalam kajian ini. kejiranan didefinisikan sebagai kawasan-kawasan yang bersebelahan at au berkongsi sempadan secara langsung dengan kawasan yang sedang dikaji. Oalam perisian ARCIINFO. maklumat kejiranan antara satu kawasan dengan yang lain (atau lebih dikenali sebagai maklumat topologi dalam terminologi sistem maklumat geografi) diwakilkan sebagai topologi (pertalian) antara garisan (Arc) dengan paligon1 dalam bentuk paligon kiri (LPOLY -> dan paligon kanan (RPOLY -> yang tersimpan dalam Jadual Atribut Garisan (Arc Attribute Table - AAT) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Maklumat topologi ini adalah merupakan salah satu daripada maklumat yang dihasilkan secara automatik oleh perisian ARCIINFO semasa pembentukan pangkalan data geografi. Berdasarkan kepada jadual ini. maklumat kejiranan sesebuah kawasan boleh dikumpulkan dengan memeriksa senarai paligon yang terletak di sebelah kiri atau kanan poligon yang sedang dikaji. Contohnya. dari Rajah 3. jika kita bergerak dari nod 6 ke nod 11 melalui arc 11. paligon di sebelah kiri ialah Poligon 4 dan paligon di sebelah kanan ialah Poligon 3. Jadi kita boleh tahu bahawa poligon-poligon 4 dan 3 adalah bersebelahan. Seterusnya komputer juga dapat tahu bahawa poligon 4 juga bersebelahan atau berjiranan dengan paligon 1 (melalui arc 8 dan 9) dan 5 (melalui arc 16).

24

Page 9: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

N III

Topologi kiri-kanan a) COVER.AAT

3 SRECNO FNODE TNODE LPOLY RPOLY LENGTH MUKlM MUKlM II

I 5 I ·1 2 300.00 I 12

z 0) • '0 0 2 I 2 ·1 6 300.00 2 \3 3 2 3 ·1 4 750.00 3 15

• ,. 7 " II

® ® 0" 12 @,. • II

'4

@

4

.....-- 4 3 4 ·1 S 650.00 4 14 5 4 5 ·1 3 250.00 5 16 6 5 6 2 3 230.00 6 17 7 I 6 I 2 220.00 7 18 8 2 7 4 1 100.00 8 19 9 7 6 4 I 100.00 9 20

5 10 7 8 4 4 120.00 10 21

6) No.pOligon II 6 II 4 3 400.00 II 23 12 II 10 5 3 130.00 12 22

• NO .• rc 13 10 9 3 3 110.00 13 24 No.nod 14 4 10 3 5 90.00 14 25

15 12 12 5 6 350.00 15 26 16 II 3 4 , 5 , 500.00 16 27

I J

COVER. PAT SRECNO AREA PERIMETER MUKlM MUKIM ID PDK70 PDK80 PDK91

I 12.50 42.00 1 30 12320 14400 13SOO 2 12.50 42.00 2 31 15550 13500 16500 3 30.00 85.00 3 32 6SOO 7500 10000

f-+ 4 100.00 175.00 4 33 10000 12000 9000 ~5 ...... .......... . .... . ........ . ..... . ...... . ....

6 10.00 12.00 6 40 8500 9500 11000

Rajah 3: Cara perwakilan makIumat topologi (kejiranan) dalam perisian system makIumat geografi PC ArcJInfo a). Jadual AtributArc (AAT) dan b). Jadual Atribut Poligon (pAT).

~ "1:1

~ ~

~ ; ~ ... ;: :3 ~ C) III

~ ::!:

~ iii> :3 ~

ii: iJi' .. ::a ~

cS ... ~

~ [ g­ii:" ~

~ ~

g. g. ...

Page 10: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Rus/an Ra/n/s, Noresah Afohd. SharIff

Bagi tujuan kajian ini. satujadual baru telah dihasilkan memandangkan senarai dalam Jadual Atribut Garisan yang disediakan oleh ARCIINFO adalah tidak tersusun mengikut poligon. ladual baru ini telah dijanakan dengan menggunakan satu set arahan bagi modul TABLES yang telah ditulis menggunakan 'Simple Macro Language - SML' yang tersedia ada dalam perisian ARCIINFO (ESRI. 1992b).

Se1epas jadual baru ini dihasilkan, ia akan dihubungkaitkan dengan 1 adual Atribul Poligon (Polygon Attribute Table - PAT) yang menyimpan maklumat mengenai setiap poligon (iaitu mukim) untuk menghasilkan matriks keserupaan atribut yang diperlukan. Dalam kajian ini. Wij diwakilkan oleh keluasan memandangkan data penduduk yang digunakan mewakili unit kawasan. Ini bermakna kawasan jiran j yang mempunyai keluasan yang besar dijangkakan memberi kesan atau pengaruh yang lebih tinggi kepada kawasan j berbanding kawasan yang keci!.

Pengiraan indeks Moran 1 dan statistik yang berkaitan seperti yang dinyatakan di atas telah dilaksanakan menggunakan satu program komputer dalam bahasa BASICS yang dibentuk dan ditulis berasaskan kepada program yang ditulis olch Shen (1994).

PERTUMBUHAN PENDUDUK 1970-80 DAN 1980-91

Peringkat Negeri Jadual 1 dan Rajah 4 menunjukkan' kadar pertumbuhan penduduk tahunan di peringkat negeri di Semenanjung Malaysia bagi tahun 1970-1980 dan 1980-1991. Purata kadar pertumbuhan penduduk bagi Semenanjung Malaysia ialah masing-masing 2.2 dan 2.3 peratus bagi tahun 1970-80 dan 1980-91. Bagi tahun 1970-1980. kadar pertumbuhan di kalangan negeri berbeza-beza antara 1.0 dan 4.2 peratus. Negeri Pahang merupakan negeri yang mempunyai kadar pertumbuhan teninggi (4.2 peratus) manakala Melaka pula yang terendah (l.0 peratus). Negeri Pulau Pinang. Kedah dan Perlis masing-masing mempunyai kadar 1.1. 1.2 dan 1.5 peratus. Bagi tahun 1980-1991 pula. kadar pertumbuhan berbeza-beza an tara 0.7 dan 4.3 peratus. dengan negeri Selangor mengalami pertumbuhan tertinggi dan negeri Pulau Pi nang yang terendah. Negeri Pulau Pi nang, Kedah dan Perlis masing-masing mempunyai kadar 0.7. 1.7 dan 1.5. Jadual 1 menunjukkan terdapat perubahan tren pertumbuhan penduduk yang mana sebahagian daripada negeri yang mengalami pertumbuhan yang pesat pada tahun 1970-1980 telah mengalami penurunan kadar pertumbuhan dan sebaliknya. Walaupun secara keseluruhannya semua negeri mengalami peningkatan jumlah penduduk dari tahun 1970 hingga 1991, namun pertumbuhan bagi negeri-negerj Pahang, Pulau Pi nang dan Wilayah Persekutuan Kulau Lumpur telah menurun pada tahun 1980-1991. Manakala negeri-negeri selebihnya pula menunjukkan peningkatan dalam kadar pertumbuhan.

26

Page 11: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

N .....

1970-1980 Kodar P.rt~mbu~O~ Penduduk To~u~on

~ e 0- e "

~ o - 20"

~20-3e"

~3e-4e%

.4a-se"

• k, I a-.t.,.

Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia (1972, 1982, 1992)

2011

1980-1991

Makmal MakJumat Geografi dan Analisis Ruangan Pusat Pengajian IImu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

Rajah 4: Taburan ruangan pertwnbuhan penduduk tabunan periogkat negen di Semenanjung Malaysia bagi tabun 1970-80 dan 1980-91. .

:bo "Q

~ !!!. (I) i;;­ii; 3

~ ~ 3 !!:. C') III

i :::: Ii} iii" 3 :bo ::. II> ;;;: iii"

~ ::. ~ ::.

~ § t7 c: ::r II> ::.

~ ::. 2-~

Page 12: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Ruslan Ralnls, NoresBh Ifohd. Shariff

Jadual 1: Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan Negeri-negerl Di Semenanjung Malaysia dari 1970 hingga 1991.

Bil. Negeri Jumlah Penduduk Perturnbuhan Penduduk Tahunan(%)

1970 1980 1991 1970-80 1980-91

1 Johor 1,277,180 1,580,433 2,fJl4,297 21 25 2 Kedah 954,947 1,077,815 1,304,800 12 1.7

3 Kelantan 684.738 859,270 181.680 2.3 29

4 Melaka 404,125 446.769 504,502 1.0 l.l 5 N.Sembilan 481,563 551.442 691.150 1.4 21

6 Pahang 504,945 768.801 1,036.724 42 27 7 P.Pinang 1,569.139 1.743.655 1,880,016 1.1 0.7 8 Perlis 121.062 144.782 184,070 1.8 22 9 Perak 776,124 9OO,m 1.065,075 15 1.5 10 Selangor 982.000 1,426,250 2,289,236 3.7 4.3 11 Terengganu 405,368 525,255 770.931 2.6 3.5 12 Kuala Lumpur 648,276 919.610 1,145.075 35 20

Sumber: labatan Perangkaan Malaysia (1972.1982. 1992).

Peringkat Daerah

Bagi tahun 1970-1980. kadar pertumbuhan berbeza-beza antara daerah dengan yang terendah di Kota Setar (-0.8 peratus) dan yang tertinggi di Seberang Perai Tengah (3.2 peratus). Bagi tahun 1980-1991 pula. kadar pertumbuhan berbeza_ beza dari 0.1 hingga ke 4.3 peratus. dengan daerah Barat Daya (Pulau Pinang) mengalami pertumbuhan tertinggi dan Timur Laut (Pulau Pinang) pula yang terendah. ladual 2 dan Rajah 5 menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk di peringkat daerah di negeri-negeri Wilayah Utara Semenanjung Malaysia bagi tahun 1970-1980 dan 1980-1991. Tidak seperti pertumbuhan di peringkat negeri yang mana semua negeri menunjukkan pertumbuhan yang positif. pertumbuhan di peringkat daerah lebih berbagai memandangkan ada sebahagian daerah yang mengalami penurunan jumlah penduduk atau pertumbuhan negatif manakalct sebahagian besar yang lain pula mengalami pertumbuhan yang positif. Rajah S juga menunjukkan terdapat perubahan tren pertumbuhan penduduk yang manct sebahagian daripada daerah yang mengalami pertumbuhan yang pesat pada tahun 1970-1980 telah mengalami penurunan kadar pertumbuhan dan sebaliknya.

18

Page 13: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Apl/kasl Sistem Mak/umst Geogrsf/ da/am Ansl/sl. Rusngsn Pertumbuhan Penduduk

Jadual2: Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan Daerah-daerah di WiJayah Utara Semenanjung Malaysia dari 1970 ke 1991.

Daerah Jwnlah Penduduk Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%)

1970 1980 1991 1970-80 1980-91

KEPAH Baling 104.118 104.858 114.489 0.1 0.8 BandarBaru 33,210 31.724 32,957 -05 0.3 Kota Setar 302,305 '1:79,567 323,580 -0.8 13 Kuala Muda 160,070 192,308 255.091 1.8 2.6 Kubang Pasu 118.403 129.808 158.189 0.9 1.8 Kulim 88,421 92,525 128,394 0.4 3.0 Langkawi 23.819 28,340 42,755 1.7 3.7 Padang Terap 30,380 40,428 50.734 29 2.1 Sik 39.051 43,366 54.653 1.0 21 Van 54.972 59.030 60.823 0.7 03 Pendang fI).917 75.861 83.135 0.8 0.8

~ Perlis 120.991 144.782 184,070 1.8 2.2

~ULA:U ~INANQ

Seberang Perai Tengah 117.714 161.975 236,319 3.2 3.4 Seberang Perai Utara 161,317 199.449 225.7f1) 21 1.1 Seberang Perai Selatan 63,587 71,558 84,568 12 15 TimurLaut 372,200 391.400 395,232 05 0.1 Barat Daya 60.622 76,390 123.187 23 43 KuJim 88,421 92,525 128,394 0.4 3.0 Langkawi 23.819 28,340 42,755 1.7 3.7 Padang Terap 30,380 40.428 50.734 2.9 21 Sik 39.051 43,366 54.653 1.0 21 Van 54.972 59.030 60.823 0.7 03 Pendang fI),917 75.861 83.135 0.8 0.8

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (1972.1982, 1992).

29

Page 14: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

I.-0:>

1970-1S!80 1980-19')'

" ,(ado" '."0"'0'0" '."'OO"'~ ~-s e k. -0 01 :t,

§ ee x

m eel "' .. 2 5 X ... ' ~ 251 "6 5 (3 x

... ilPJI!!'T e 50

.,10"'.:."

Sumber Jabatan Perangkaan MalaYSia (1982, 1992)

Makrrial Maklumat Geografi dan Analisis Ruangan Pusat Pengajian IImu Kemanusiaan Univer.illi Sains Malaysia

Rajah 5: Taburan ruangan kadar pertumbuhan penduduk tahunan peringkat daerah di negeri Perlis. Kedah dan Pulau Pinang Bagllahun 1970-80 dan 1980-91.

:=a c III .­::s :=a .. :;" ~.

~ ;; III .. ~

~ ~

!=L (I)

~ ~

Page 15: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Apl/kasl Sistem Alaklumat Geografl dalam Analls/. Ruangan Pertumbuhan Penduduk

Peringkat Mukim

Rajah 6 dan 7 masing-masing menunjukkan tabu ran ruangan kadar pertumbuhan penduduk tahunan mukim bagi tahun 1970-80 dan 1980-91. Bagi tahun 1970-1980, Mukim 1 (daerah Tengah) di negeri Pulau Pinang merupakan mukim yang mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi (17.3 peratus) manakala mukim Pering (Kedah) pula yang terendah (-13.6 peratus). Terdapat II mukim yang mengalami kadar pertumbuhan tahunan melebihi 5.0 peratus. Antaranya termasuklah Pumpong dan Keladi (Kedah), Mukim 1 dan Mukim II (daerah Tengah, Pulau Pinang). Di samping itu, cuma satu mukim yang mengalami pengurangan penduduk melebihi 5 peratus. Berbanding dengan pertumbuhan di peringkat daerah, kadar pertumbuhan di peringkat mukim jauh lebih berbagai. Ada sebahagian mukim yang mengalami penurunan jumlah penduduk atau pertumbuhan negatif manakala sebahagian besar yang lain pula mengalami pertumbuhan secara positif.

K.dar Peotu ...... an P..,duduk 198~1I1

~C15.0%

·15.0 k. ·5.01 % - 6.0 k. ~.01 %

0 0.0 % [Zl 0.01 k. 25% ~ 2.61 k. 6.0 % III 5.01 k. 15.0 % .-15.0%

Makmal Maklumat Geografi dan Analisis Ruangan Pusat Pengajian IImu Kemanusiaan Universili Sains Malaysia

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 1992

Rajah 6 : Taburan ruangan kadar pertumbuhan penduduk tahunan peringkat Mukim di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bagi tahun 1970-80.

31

Page 16: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Rus/an Ra/n/s, Noresah lIohd. Shariff

Kadar Pertumbuhan Penduduk 1990-91

~<15.0% -15.0 ke ·5.01 % - 5.0 k. -0.01 %

§O.O% ~ 0.01 ke 2.5% ~ 2.51 ke 5.0'" _ 5.01 ke 15.0 % _ > 15.0'"

o 20 Kilometers ~~~

Makmal Maklumat Geografi dan Analisis Ruangan Pusat Pengajian t1mu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. 1992

Rajah 7: Taburan ruangan kadarpertumbuhan penduduk tahunan peringkat Mukim di negeri Perl is, Kedah dan Pulau Pinang bagi tahun 1980-91

32

Page 17: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Apllkasl Sistem Mak/umat Geogran da/am Anallsl. RUlngan Pertumbuhan Penduduk

PERTAUAN RUANGANPERTUMBUHAN PENDUDUK 1970-80 DAN 1980-91

Analisis pertalian ruangan pertumbuhan penduduk telah dijalankan di peringkat mukim sahaja. Terdapat sebanyak 238 mukim di kawasan kajian. Jadual 3 menyenaraikan indeks Moran 1 bagi pertumbuhan penduduk tahun 1970-80 dan 1980-91. Bagi kedua-dua kes. indeks tersebut adalah positif masing-masing 0.18 dan 0.36 bagi tahun 1970-80 dan 1980-91. Memandangkan indeks tersebut adalah signifikan pada paras 0.05. maka ini menunjukkan wujudnya pertalian ruangan pertumbuhan pendurluk antara mukim-mukim di kawasan kajian. Jadi pertumbuhan penduduk di kawasan tersebut bukanlah sesuatu fenomena yang berlaku secara rambang atau bebas mengikut ruang. Autokorelasi positif ini menandakan nilai­nilai yang hampir serupa telah berlaku berjiranan antara satu dengan lain. Dengan kata lain. terdapat sebilangan mukim yang mengalami kadar pertumbuhan positif adalah berjiranan atau berkelompok dengan mukim-mukim yang juga mengalami pertumbuhan positif. Manakala ada pula mukim-mukim yang mengalami penurunan jumlah penduduk yang terletak berjiranan dengan mukim-mukim lain yang juga mengalami penurunanjumlah penduduk. Walaupun autokorelasi yang diperolehi adalah agak rendah dan sederhana iaitu masing-masing 0.18 dan 0.36 sahaja. namun ia telah berjaya menunjukkan wujudnya pertalian ruangan dalam pertumbuhan penduduk di kawasan kajian yang mungkin sukar dikesan dengan kaedah visual ataupun analisis berjadual. Nilai-nilai indeks ini juga menunjukkan terdapatnya imbangan an tara kawasan yang mengalami autokorelasi positif dengan yang mengalami autokorelasi negatif (walaupun secara keseluruhan autokolerasi positifmelebihi yang negatit). Ini menandakan adajuga sebahagian daripada kawasan kajian yang mengalami autokorelasi yang songsang atau neg at if ' yang mana mukim-mukim yang mengalami pertumbuhan penduduk yang positif dikelilingi at au berjiran dengan mukim-mukim yang mengalami pertumbuhan negatif atau sebaliknya. Keadaan sedemikian telah mewujudkan pol a-pol a pertumbuhan penduduk yang berbeza dan ini jelas dilihat dalam Rajah 6 dan Rajah 7.

Di samping berguna sebagai indeks yang menunjukkan wujudnya pertalian ruangan antara objek-objek dalam satu set data. indeks autokorelasi ruangan yang berbentuk numerikal dan kuantitatif ini juga berguna sebagai as as perbandingan antara dua set data yang berlainan. Hasilan daripada kajian ini juga telah mendapati terdapatnya perubahan dalam autokorelasi ruangan bagi pertumbuhan penduduk bagi tahun 1970-80 dengan tahun 1980-1991. Indeks Moran 1 telah meningkat dari 0.18 ke 0.36 iaitu peningkatan hampir 100 peratus. Ini bermakna pertumbuhan penduduk pad a tahun 1980-1991 adalah lebih berkait rapat mengikut ruang berbanding tahun 1970-1980. Ini jelas jika dilihat dari Rajah 8 yang menunjukkan taburan mukim-mukim yang mengalami penurunan dan peningkatan dalam kadar pertumbuhan penduduk an tara kedua-duajangkamasa tersebut. Analisis autokorelasi ruangan bagi perbezaan ini juga menunjukkan terdapatnya perkaitan ruangan dengan nilai indeks Moran 1 sebanyak 0.27 (Jadual3).

33

Page 18: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Rus/.n Ralnls, Nores.h Afohd. Sh.rlff

~ !Coder P ... tuoob~ P~ "-"""

S 1. odo P.,.t.lbahon

_ 0<_ P ... t~ P ........... -'.nokol

Geographic Inlormalion and Spatial Analysis laboratory School 01 Humanities, Universiti Sains Malaysia

Rajah 8 : Taburan ruangan perbezaan kadar pertumbuhan penduduk antara tahun 1970-80 dan 1980-91_

34

Page 19: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Apl/kasl Sistem Ifaklumat Geografl dalam Anal/sl. RUBngBn Pertumbuhan Penduduk

Jadual 3: Indeks Moran I dan Vjian Kesignifikanan Statistik Pcrtumbuhan Penduduk.

Pertumbuhan Penduduk Moran I Purata Varian

1970-80 0.178 1980-91 0.361 Perbezaan antara 1970-80 o.m dengan 1980-91

* signifikan pad a paras keertian 0.05 ** signifikan pada paras keertian 0.01

(Nota)

1.28 1.60 0.23

10.7 9.7 18.7

E(l)

-D.OO4 -D.OO4 -D.OO4

Nilai ZeN)

2.0 * 4.0** 3.0"

01 .Dalam tenninologi sistem maklumat geografi amnya dan perisian ARCI INFO khasnya. poligon bennakna atau merujuk kepada kawasan.

Peningkatan dalam indeks autokorelasi ini mungkin menjadi petanda wujudnya faktor-faktor luaran yang menyebabkan meningkatnya perkaitan ruangan pertumbuhan penduduk di mukim-mukim berkenaan. Ini berdasarkan kepada andaian bahawa sekiranya tiada sebarang faktor luaran. pertumbuhan penduduk di kawasan kajian dijangkakan menyamai tren yang dial ami pad a jangkamasa 1970-1980. Peningkatan pertalian ruangan ini mungkin disebabkan oleh bertambahnya bilangan mukim yang berkait antara satu sarna lain samada di kalangan mukim-mukim yang mengalami peningkatan ataupun penurunan kadar pertumbuhan penduduk. Penelitian lanjut di kawasan kajian antara lain mendapati bahawa kebanyakan mukim yang mengalami peningkatan pesat dalam pertumbuhan penduduk terletak berhampiran atau berkait dengan mukim-mukim yang terlibat dengan pembangunan baru yang berlaku dalam jangka mas a 1980 hingga 1991 seperti perkembangan ban dar (Ruslan dan Santokh. 1992), kawasan perindustrian baru atau perkembangan kawasan industri sedia ada. Contohnya ialah kawasan industri baru di Sungai Petani dan Kulim (Kedah) dan Seberang Jaya, Bayan Lepas dan Seberang Perai (Pulau Pinang); pembangunan kawasan pelancongan (Pulau Langkawi) dan pembangunan Vniversiti Vtara Malaysia di Sintok. Kedah.

Sebagai rumusan, kajian ini telah menunjukkan wujudnya pertalian ruangan dalam pertumbuhan penduduk di negeri-negeri Wilayah Vtara Semenanjung Malaysia. Ia juga memperlihatkan faedah penggunaan analisis ruangan iaitu autokorelasi ruangan sebagai ukuran atau petanda dalam mengesan sebarang pengaruh ruangan sesuatu pembangunan terhadap kawasan sekitarnya. Analisis yang bersifat kuantitatif ini dapat menjadi pet and a awal dalam membantu pengkaji

35

Page 20: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Rus/an Ra/n/s, Noresah Afohd. Shariff

mengenal pasti pola-pola ruangan yang wujud dalam fenomena yang dikaji yang mungkin tidak dapat dikesan dengan baik sekiranya kajian dibuat semata-mata berdasarkan kaedah visual ataupun analisis berjadual, lebih-Iebih lagi bagi kajian yang melibatkan bilangan objek ruangan (seperti mukim) yang ban yak. Analisis autokorelasi ruangan menggunakan indeks Moran I ini telah dipermudahkan dengan bantu an sistem maklumat geografi yang merupakan satu sistem maklumat yang berkeupayaan untuk mengendalikan dan menganalisis data ruangan dan data bukan ruangan dengan efisyen.

Kajian ini telah membincangkan pola dan pertalian ruangan pertumbuhan penduduk antara mukim-mukim di negeri-negeri Wilayah Vtara Semenanjung Malaysia bagi tahun 1970-80 dan 1980-91. Ia juga memperlihatkan potensi penggunaan sistem maklumat geografi sebagai alat bantuan anal isis ruangan seperti autokorelasi ruangan dalam mengesan samada terdapatnya pertalian ruangan pertumbuhan di kalangan mukim-mukim di negeri-negeri tersebut. Antara lain, analisis ruangan sedemikian berpotensi digunakan dalam mengkaji sebarang kesan Iimpahan ruangan perlaksanaan sesuatu dasar atau kejadian di kawasan tertentu. Contohnya dalam kajian ini didapati peningkatan dalam pertalian ruangan pertumbuhan penduduk di sebahagian mukim ada kaitan dengan kewujudan pembangunan baru seperti kawasan pelancongan, perindustrian yang terdapat di mukim yang berhampiran dengan mukim-mukim tersebut. Walaupun analisis ruangan sedemikian adalah satu kaedah penyelidikan yang berguna, namun ia kurang digunakanlpraktikan di masa lampau, antara lainnya disebabkan kesukaran dalam mengolah data ruangan yang banyak. Perkembangan terkini dalam teknologi maklumat seperti sistem maklumat geografi sepertimana yang digunakan dalam kajian ini telah dapat menyediakan keupayaan analisis ruangan dengan lebih efisyen. Ia memungkinkan analisis yang bersifat kuantitatif seperti autokorelasi ruangan dijalankan dengan agak mudah berbanding kaedah manual.

Walaupun kajian ini telah dapat memperlihatkan penggunaan analisis autokorelasi ruangan, namun ia masih boleh diperkembangkan. Pertama, dalam kajian ini pertalian ruangan telah didefinisikan sebagaijiran langsung iaitu mukim-mukim yang bersebelahan antara satu dengan yang Illin. Seperti yang telah diterangkan dalam Bahagian 2.0, kejiranan juga boleh didefinisikan dari segi jarak tertentu. Satu kajian lain boleh dijalankan untuk melihat sam ada penggunaan definisi yang berlainan akan mempengaruhi pertalian ruangan pertumbuhan penduduk yang dikaji. Yang kedua adalah berkaitan dengan pemberat ruangan Wij yang boleh didefinisikan dengan beberapacara. Kajian ini telah menggunakan keluasan mUkirn sebagai pemberat. Ukuran-ukuran lain juga boleh digunakan seperti jarak antara titik tengah atau kepanjangan sempadan yang dikongsi bersama. Kajian inijuga

36

Page 21: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Aplikasl Sistem Maklumat Geografl dalam Anails/s Ruangan Pertumbuhan Penduduk

boleh dikembangkan untuk me\iputi kawasan yang lebih luas. malahan keseluruhan negara. Di samping itu. kajian yang dibincangkan dalam kertas kerja ini cuma tertumpu kepada pertalian ruangan antara mukim-mukim dalam satu wilayah yang sarna iaitu kajian intra-wilayah. Kaedah yang sarna boleh digunakan untuk kajian bandingan pertalian ruangan antara wilayah-wiJayah yang berlainan. Definisi wilayahjuga boleh diubahsuai samada mengikut wilayah pentadbiran (spt. negeri atau daerah). wilayah ekonomi atau sebarang unit analisis lain yang sesuai. Kajian seumpama ini berguna dalam menilai kesan ruangan pembangunan atau dasar terhadap wilayah-wilayah yang berlainan. Adalah diharapkan dengan perkembangan pes at dalam teknologi sistem maklumat geografi akan dapat menggalakkan penggunaan anal isis berbentuk ruangan dan membantu pembuatan keputusan yang lebih efektif di masa depan.

RUJUKAN

Anselin. Luc dan D.A. Griffith (1988). "Do Spatial Effects Really Matter in Regression Analysis?". Papers Regional Science Association. 65. ms. 11-34.

Cliff.A.D. dan 1.K. Ord (1981). Spatial Processes: Models and Applications. Pion: London.

Chou. Vue-Hong dll. (1990). 'Spatial Autocorrelation of Wildfire Distribution in the Idyllwild Quadrangle. San Jacinto Mountain. California". Photogrammetric Engineering and Remote Sensing. 56 (1/).1507-1513.

Environmental Systems Research Institute [ESRI] (1992). PC Arc/Info Version 3.4D Plus: The geographic information software. Redlands. California. U.S.A.

Environmental Systems Research Institute [ESRI] (1992). SML User's Guide Version 3.4D Plus: The macro language for PC ARC/INFO. Redlands. California. U.S.A.

Hairi Abdullah. penyunting (1989). Penduduk Semenanjung Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Goodchild, M.F. (1986). Spatial Autocorrelation. Concepts and Techniques in Modem Geography, 47, 56.

labatan Perangkaan Malaysia (1972). Band Penduduk 1970. Kuala Lumpur

labatan Perangkaan Malaysia (1982). Banci Penduduk 1980: Mukim. Kuala Lumpur

37

Page 22: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DALAM ANALISIS ...

Rus/an Ra/n/., Noresah lIohd. Shariff

Jabatan Perangkaan Malaysia (I992). Band Penduduk 1991: Laporan Permulaan. Kuala Lumpur.

Khong. Kim Hoong dan Salleh Ismail (1986). Papers on Population and Demographic Issues in Malaysian Industrialization. Population Studies Unit. Faculty of Economic and Administration. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Lim. Lin Lean (1983). Population and Development: Theory alld Empirical Evidence the Malaysian Case. International Book Service. Petaling Jaya.

Ruslan Rainis dan Santokh Singh (1992). • Analysing Urban Growth Using GIS: An Example from Malaysia'. Kertas kerja dibtntangkan di Seminar on GIS in Developing Countries. Utretch. Netherlands.

Saw. Swee Hock (1988). The Population of Peninsular Malaysia. Singapore University Press. National University of Singapore. Singapore.shen. Qing (I994). An Application of GIS to the Measurement of Spatial Autocorrelation. Computers, Environment and Urban Systems. I 8( 3). 167-191.

Tan. Poo Chang (1992). Consequences of Population Change in Malaysia: National Level Analysis. Faculty of Economic and Administration. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Tobler. WR. (1970). "A Computer Movie Simulating Urban Growth in the Detroit Region". Economic Geography. 46. 234-40.

United Nations (1993). Studies on Consequences of Population Change in Asia: Malaysia. New York: United Nations.

Unwin, David (1981 ).lntroductory Spatial Analysis. London:Methuen.

38