Pra Tesis 501

7
koKEFAHAMAN GURU SEKOLAH RENDAH DI BANDAR DAN LUAR BANDAR DALAM DAERAH UTARA PULAU PINANG MENGENAI PERUBAHAN IKLIM (THE UNDERSTANDING OF PRIMARY TEACHERS IN RURAL AND URBAN AREA IN NORTH DISTRICT PENANG ABOUT CLIMATE CHANGE) 1.1 Pengenalan 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Kepentingan Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Hipotesis Kajian BAB 1 1.1 PENGENALAN Keadaan bumi sekarang berubah terutamanya dari segi suhu. Peningkatan suhu menyebabkan banyak tempat mengalami hujan yang berterusan, dan akhirnya melibatkan banjir serta laut menjadi lebih berasid dan sungai glasier cair dengan begitu cepat. Contoh ini dan lain lain kejadian alam menyebabkan alam sekitar dan komuniti menghadapi cabaran dalam menangani masalah perubahan iklim ini.

Transcript of Pra Tesis 501

Page 1: Pra Tesis 501

koKEFAHAMAN GURU SEKOLAH RENDAH DI BANDAR DAN LUAR BANDAR

DALAM DAERAH UTARA PULAU PINANG MENGENAI PERUBAHAN IKLIM (THE

UNDERSTANDING OF PRIMARY TEACHERS IN RURAL AND URBAN AREA IN

NORTH DISTRICT PENANG ABOUT CLIMATE CHANGE)

1.1 Pengenalan

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Kepentingan Kajian

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Keadaan bumi sekarang berubah terutamanya dari segi suhu. Peningkatan suhu menyebabkan

banyak tempat mengalami hujan yang berterusan, dan akhirnya melibatkan banjir serta laut

menjadi lebih berasid dan sungai glasier cair dengan begitu cepat. Contoh ini dan lain lain

kejadian alam menyebabkan alam sekitar dan komuniti menghadapi cabaran dalam menangani

masalah perubahan iklim ini.

Perubahan iklim boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam ciri statistik yang melibatkan

suhu, tekanan udara, angin, curahan hujan dan kelembapan bagi sistem iklim dalam tempoh satu

dekat atau lebih panjang, tanpa mengira puncanya daripada manusia atau faktor lain. Apabila ini

berlaku, litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan akan cair lalu menyebabkan

berlakunua kenaikan air laut. Kenaikan air laut ini akan menyebabkan banjir-banjir besar di

kawasan rendah. Selain itu, suhu yang tinggi menyebabkan tanah kurang subur dan menjadi

Page 2: Pra Tesis 501

tandus mengakibatkan aktiviti pertanian tidak sesuai dijalankan. Ini boleh mengancam bekalan

makanan bagi manusia apabila hasil pertanian terjejas teruk

Perubahan iklim adalah berhubung kait dengan kehidupan seharian. Manusia perlu

menyesuaikan diri dengan perubahan ini yang akan mungkin memburukkan keadaan, kesihatan

manusia dan juga sektor pertanian. Walaupun isu ini hangat diperkatakan, namun ia tidak diajar

secara menyeluruh di dalam pendidikan sekolah rendah.

Pendidikan adalah penting dan sebagai sumber maklumat yang utama dalam membina

pemahaman tentang perubahan iklim bagi murid-murid sekolah rendah. Murid perlu tahu bahawa

pentingnya memelihara alam sekitar bagi masa depan mereka dan guru-guru perlu tahu matlamat

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan juga menekankan dalam pentingya kesedaran memelihara

alam sekitar.

Ilmu mengenai alam sekitar adalah merupakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan

kefahaman atau pengetahuan mengenai pengurusan alam sekitar yang amat berguna kepada

masyarakat. Ia juga bukan hanya merupakan kumpulan pengetahuan tetapi lebih kepada sebuah

penyelidikan dalam mengenalpasti pengurusan alam sekitar agar dapat mengurangkan

pemanasan global. Selain itu, ia merupakan proses yang mempunyai kesinambungan dalam

mencari punca-punca baru, penjelasan baru serta pemahaman-pemahaman baru dalam

menguruskan alam sekitar.

Peranan guru amatlah penting dalam mendidik murid-murid mengenai alam sekitar. Jika

pengetahuan guru mengenai alam sekitar dan perubahan iklim lemah maka kelemahan ini akan

diturunkan kepada murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Perubahan iklim adalah sesuatu topik yang mencabar untuk diajar pada murid-murid sekolah

rendah. In kerana mereka belum didedahkan lagi dengan keadaan sebenar yang terhasil akibat

daripada aktiviti manusia. Selain itu, mereka juga belum dapat mengaitkan aktiviti manusia

dengan perubahan iklim kerana mereka tidak terlibat secara langsung. Oleh itu, guru perlulah

pandai dalam mengaitkan sesuatu aktiviti atau tindakan yang menyumbang kepada perubahan

iklim dengan kehidupan seharian murid. Ini penting dalam menyampaikan konsep yang betul

agar tidak berlakunya miskonsepsi kepada murid-murid.

Page 3: Pra Tesis 501

Guru mempunyai peranan yang penting dalam mendidik murid-murid tentang alam sekitar tidak

kira subjek apa yang diajar. Kefahaman guru mengenai alam sekitar dan perubahan iklim akan

memberi kesan atau impak yang besar dalam kehidupan murid. Dalam menangani isu ini, guru

hendaklah memahami erti perubahan iklim serta kesan-kesannya dan menggunakan strategi yang

berkesan dalam mendidik murid memahami erti dan kesan-kesan perubahan iklim dalam

menyampaikan maklumat yang berkesan agar murid dapat bertindak dengan aktiviti yang

berkesan.

1.2 Pernyataan masalah

Banyak kajian mengenai miskonsepsi guru-guru terutamanya guru pelatih terhadap alam sekitar

dan perubahan iklim telah dilakukan dan akhirnya mempersoalkan kebolehan dan kredibiliti

guru-guru dalam mendidik murid-murid mengenai perubahan iklim. Kajian oleh Vasiliki

Papadimitriou (2004) mengenai kefahaman guru pelatih tentang perubahan

iklim dan kesannya mendapati terdapat miskonsepsi di kalangan guru

pelatih dan kebanyakan guru pelatih tidak dapat memberi jawapan yang

lengkap dalam soalan yang diberikan kerana kurangnya pemahaman

mengenai perubahan iklim.

Kajian yang dicadangkan adalah untuk melihat samaada guru-guru di

sekolah rendah daerah Utara, Pulau Pinang tanpa mengira latarbelakang

guru tersebut sama ada mengajar subjek Sains ataupun tidak, maklum akan

perubahan iklim yang berlaku dan ingin mengetahui sama ada wujudnya

miskonsepsi di kalangan guru dan sama ada guru memahami peranan

mereka dalam mendidik muird-murid tanpa mengira subjek yang diajar

mengenai pendidikan alam sekitar serta akibatnya.

tentang guru sains di Australia mendapati Sains sebagai usaha manusia (science as human

endavour) dalam mendidik manusia memahami konsep pemanadan global dan seterusnya kepada

perubahan iklim

Page 4: Pra Tesis 501

Pendidikan yang diberikan kepada murid termasuk kesedaran, pengetahuan, kemahiran, nilai dan

peluang untuk memastikan mereka

Mendidik mengenai perubahan

Mendidik untuk berubah akan menolong mengurangkan perubahan negatif, menyesuaikan diri

untuk berubah dan menggalakkan perubahan positif serta memerlukan penglibatan kesemua

komuniti.

Guru perlu sentiasa menambah dan memperkembangkan ilmu serta kemahiran-kemahiran

profesional yang dirasakan perlu. Ini kerana kemahiran yang ada pada seorang guru akan

digunakan untuk melahirkan para pelajar yang akan

Guru juga memainkan peranan dalam melahirkan murid yang celik dalam alam sekitar. Umpama

peribahasa ” sediakan payung sebelum hujan” dan ”mencegah adalah lebih baik daripada

mengubati”, langkah-langkah awal perlu diambil untuk mengurangkan pemanasan global dan

seterusnya mengelakkan berlakunya perubahan iklim. Oleh itu, guru memainkan peranan penting

dalam mendidikan generasi baru. Pendidikan alam sekitar tidak mengira apa subjek perlu

diselitkan agar langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesan adalah perlu dalam

memelihara alam sekitar.

2. Peranan guru terhadap pelajar

Guru memainkan peranan yang amat besar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan memiliki

kemahiran yang tinggi sebagai tenaga kerja.Untuk membentuk seorang pelajar sedemikian, guru

haruslah membimbing, memotivasi, memberikan pendidikan yang sewajarnya dan mengajar

kemahiran-kemahiran yang pelbagai kepada para pelajar.

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan masyarakat.

Page 5: Pra Tesis 501

2. Memastikan perubahan dan perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai,

norma dan kehendak masyarakat.

3. Bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna

selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.

RUJUKAN

Mohamad Termizi Borhan, Zurida Ismail, Literasi Iklim: Pandangan dan Kefahaman Guru

Pelatih tentang Perubahan Iklim, 48-61, Diges Pendidik (JILID 10, Bil 1/2010)

Vasiliki Papadimitriou, Prospective Primary Teachers’ Understanding of ClimateChange, Greenhouse Effect, and Ozone Layer Depletion