Kaedah Penyelidikan tentang "Selfie"
Transcript of Kaedah Penyelidikan tentang "Selfie"
Nama Pensyarah : Cik Izzarul Amira Nazir PutraNama Pelajar : Sarmina Binti Mohd Sabur
Dayang Zarina Binti Mohd Sabur
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji Persepsi masyarakat
tentang ‘Selfie’ yang semakin popular dikalangan
masyarakat pada zaman metropolitan ini.
kajian ini juga dijalankan untuk mencari faktor-faktor
yang mempengaruhi masyarakat tentang ‘Selfie’ yang dikatakan menjadi Trend.
Memberikan pendedahan tentang kebaikan dan
keburukan ‘selfie’ kepada pengguna, terutamanya
golongan remaja.
Memberi keutamaan kepada dua frasa utama iaitu
persepsi pengguna dan kepuasan atau keseronokkanremaja yang gemar menangkap gambar “Selfie”.
PENGENALAN
LATAR BELAKANG Perkataan “Selfie” ini adalah singkatan daripada bahasa
Inggeris iaitu “Self Potrait Photography”.
“Selfie” bermaksud mengambil gambar atau wajah sendirimenggunakan kamera atau telefon bimbit tanpamemerlukan bantuan orang lain dan dimuat naik ke dalammedia sosial.
Gambar “selfie” pada tahun 2013 adalah paling banyakdigunakan hingga diangkat menjadi istilah paling popular sehingga kini.
Gambar “selfie” pertama didunia dirakam pada tahun 1909 yang diambil oleh Joe Bryon di atas sebuah bumbungbangunan di New York.
Joe Byron Kononel Marceau, Pop Teras, Ben Falk dan Pirie MacDonald.
Gambar “selfie” mereka telah dipamerkan di Muzium Bandaraya New York
Penggemar “selfie” tersebut berharap agar gambarnya
mendapat perhatian umum seperti komen, “like”, dan
sebagainya.
“Selfie” adalah perkataan terbaik pada tahun 2013 kerana
perkataan tersebut telah mencapai lebih 17 000 peratus sejak12 bulan yang lalu pada tahun 2013 yang telah dinyatakan
dalam Oxford Dictionaries.
Laman media membantu mempopularkan perkataan itu
dengan “hashtag selfie” (#selfie) yang muncul di Flickr seawal
2004 tetapi hanya meluas pada tahun 2012
PENYATAAN MASALAH Mengapa “selfie” masih tidak surut dan menjadi perhatian
masyarakat di seluruh dunia dan tidak terkecuali di negara kita sendiri.
“Selfie” semakin diminati oleh semua golongan termasuklah golongan
atasan sendiri, dan ia adalah salahsatu sebab mengapa “selfie”
semakin menjadi ikutan dan semakin diminati ramai pengguna laman
media.
Tertumpu kepada mengapa remaja adalah golongan pengguna
laman media sosial yang mudah terpengaruh dan mendapat tempat
di dalam “ranking” dunia pengguna “selfie” yang paling tertinggi.
Penelitian dalam mencari sesuatu fakta untuk menjawap dan
menyatakan permasalahan phenomena “selfie” dilakukan untuk
merumus sesuatu perkara yang menjadi persoalan oleh masyarakat.
OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah mengkaji persepsi pengguna terhadap
“selfie” yang telah menjadi satu fenomena baru yang semakin
popular bukan sahaja dikalangan masyarakat malah Presiden,
yang menjadi ikutan tidak mengira darjat, jantina atau faktor umur.
Mengenal pasti masalah, kebaikan dan keburukan “selfie”
seseorang yang mungkin memberikan kesan kepada kesihatan
serta emosi pengguna.
Objektif yang terakhir ialah memahami fenomena dengan lebih
jelas serta mengumpul pendapat pengguna tentang fenomena“selfie” ini.
SIGNIFIKAN KAJIAN Fenomena ini terjadi adakah dipengaruhi oleh media massa atau
pengaruh sekeliling yang menjadi ikutan daripada orang lain.
Perasaan golongan remaja yang ingin tahu adalah punca
pertama yang mempengaruhi peningkatan penggunaan “selfie”.
Memahami kebaikan dan keburukan “selfie” yang mungkin
memberikan kesan yang mendalam kepada pengguna sekiranyatidak mengawal diri daripada memikirkan kritikan masyarakat.
contohnya selepas ber”selfie” individu tersebut menunggu tindak
balas atau komen daripada “followers” dan sanggup menunggu
berjam-jam kerana perasaan yang ingin tahu yang akanmenyebabkan gangguan perasaan.
SKOP DAN LIMITASI Target audiens adalah skop dan limitasi kami kerana target audiens tidak
tertumpu kepada satu golongan sahaja.
Sebagai contoh, “selfie” yang kerap dilakukan oleh pengguna bukan
sahaja dikalangan remaja tetapi golongan dewasa. Serta Presiden
Amerika Syarikat Barack Obama juga pernah ber”selfie”.
Masa menjadi punca utama permasalahan kami kerana sesebuah kajian
memerlukan masa yang banyak untuk mengkaji dan merumus sesuatu
isu tersebut.
Jika masa yang diberikan tidak mencukupi, maka kajian yang kami
lakukan tidak dapat mencapai apa yang dikehendaki seperti yang telah
tetapkan.
Fakto pemikiran masyarakat yang kurang memberi kerjasama apabila
kami mengajukan soalan dan ia adalah salah satu skop dan limitasi yang
kami hadapi dalam menjalankan kajian.
SOROTAN LITERTUR Siti Ezaleila Mustafa & Hazizah Hamzah (2011), Trend penggunaan
jaringan sosial dalam kalangan pengguna di Malaysia. Jurnal
Pengajian Media Malaysia, Vol. 13, No. 2, 2011: Jilid 93–110.
Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi Abd. Rahim (2013),
Penerimaan Media Sosial dalam kalangan pelajar Universiti di
Palembang. Jurnal Pengajian Kebangsaan Malaysia, Jilid 29(2)
2013: 125-140.
Kee-Man Chuah (2013), Aplikasi Media Sosial dalam pembelajaran
bahasa. Universiti Malaysia Sarawak, Language Studies (Vol. 2 No.
1- 2013).
James Franco (2013), Maksud mengambil gambar diri sendiri, di dalam artikel ini penyelidik ingin mengkaji makna gambar orang
yang ber’selfie’
METODOLOGI Kami menggunakan Teori Kegunaan dan Kepuasan (Uses and
Gratification) yang diperkenalkan oleh Jay Blumler dan Elihu Katz
pada tahun 1974.
Kebanyakan kajian mengenai komunikasi tertumpu pada sejauh
mana sesuatu maklumat yang disebarkan melalui media dapat
mempengaruhi sikap atau tingkah laku orang ramai sehingga
mampu memberi kesan terhadap peribadi dan persekitarannya.
menekankan bukan pada apa yang dilakukan media pada
khalayak “what media do to people” tetapi pada apa yang
dilakukan khalayak kepada media “what people do to media”.
Secara amnya, teori ini menerangkan bahawa manusia mencapai
tahap kepuasan tertentu dalam menggunakan media.
KAEDAH KAJIAN
Laporan kualitatif untuk menjelaskan dan menyusun data dalam
bentuk deskriptif dan membuat penghujahan secara analitikal ke
atas data yang ditemui.
Data pemerhatian melalui soal selidik dengan soalan tertutup yang bermaksud soalan jenis berstruktur yang mempunyai pilihan yang
tetap atau pilihan alternatifnya.
Responden hanya perlu memilih dari jawapan yang telah disediakan
dan tidak perlu memberi input peribadi.
POPULASI DAN PERSAMPELAN Kami memilih data kuantitatif untuk mengaplikasikan kaedah soal
selidik secara langsung.
Soal selidik secara langsung tersebut disempurnakan oleh seramai
103 orang pelajar Diploma Komunikasi di Kolej Teknologi Pulau (ICT)
di Balik Pulau.
30% merupakan responden dari kalangan mahasiswi sementara 60%
adalah responden daripada mahasiswa dengan majoriti berumur 19
– 21 tahun yang terdiri daripada mereka yang masih bujang dan
selebihnya sudah berkahwin.
Soal selidik diedarkan secara terus kepada pelajar secara rawak.
KAEDAH ANALISA DATA
Analisa Jadual 1 menunjukkan mahasiswa bujang lebih
banyak masa ber’selfie’ berbanding mereka yang telah
berkahwin.
Kategori jantina pula menunjukkan mahasiswa perempuan
yang paling ramai ber’selfie’ berbanding mahasiswa lelaki.
Carta 2 Menunjukkan jawapan kekerapan dan kepuasan responden.
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
Setuju Sangat Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju
Jadual 2
Jadual 2
KESIMPULAN Hasil kajian yang telah dilakukan ke atas seramai 103 responden
pelajar Diploma Komunikasi menunjukkan bahawa terdapathubungan yang signifikan dalam ber’selfie’.
Tujuan responden mengambil gambar sendiri adalah untukberkongsi gambar dengan kenalan baru untuk saling mengenalidengan lebih rapat lagi.
Ber’selfie’ untuk menunjukkan bahawa mereka memberikanperkembangan penampilan mereka setiap hari kepada rakan-rakan atau kepada keluarga yang jauh.
Walaupun tujuan dan kepuasan pengguna yang kerap ber’selfie’ dilihat boleh memberi impak yang berbeza, namun hampir kesemua di kalangan responden berpendapat bahawa ber’selfie’ tidak memberi kesan yang buruk.