Asemen Bintang
-
Upload
irfan-naufal -
Category
Documents
-
view
274 -
download
0
Transcript of Asemen Bintang
-
8/10/2019 Asemen Bintang
1/21
1
1.0 PENGENALAN
1.1 BINTANG DI ANGKASA .
Apabila kita memandang ke langit pada waktu malam melalui teleskop ataupun
dengan mata kasar, kita akan melihat satu paparan yang kompleks. Bintang sama juga seperti
Matahari, mempunyai banyak variasi jenis bintang. Bintang merupakan bebola jisim gas yang
terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri.
Satu perkara yang benar, semua bintang sebenarnya ada kehidupan dengan percikan
pelakuran nuklear di teras sesuatu bintang. Bintang terbentuk kebanyakannya daripada unsur
yag paling ringkas iaitu hidrogen dan helium. Unsur ini berada dalam keadaan gas.
Kebanyakan bintang, suhunya begitu tinggi sehinggakan gas tersebut terion (dengan elektron
tertanggal daripada nukleus atom) iaitu suatu keadaan yang dikenali sebagai plasma. Cahaya
bintang terhasil dari tindak balas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen
digabungkan untuk menghasilkan helium, gelombang elektromagnet, dan tenaga.
Hampir setiap titik di langit malam yang kita lihat adalah bintang-bintang yang
berkerdipan. Semua bintang terdapat di dalam Galaksi Bima Sakti kita. Sangat jarang akan
sebuah bintang tunggal benar-benar wujud dalam ruang antara galaksi, itu adalah norma
untuk bintang hanya wujud dalam galaksi.Terdapat dua kumpulan utama bintang iaitu Populasi Bintang Lama dan Populasi
Bintang Baru. Dalam Populasi Bintang Lama, terdapat pelbagai jenis logam lama yang
terbentuk di dalam bintang tersebut manakala bagi Populasi Bintang Baru pula, terdapat
pelbagai jenis logam baru yang terbentuk dalam bintang tersebut.
Bintang juga mempunyai jangka hayat tertentu dalam kehidupnnya. Permulaan
kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang
membentuk Nebula. Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan
menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan membentuk
bebola gas. Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan
meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas hidrogen yang
membebaskan helium, haba, dan cahaya.
Bintang terdekat dengan bumi adalah Matahari pada jarak purata 149,680,000
kilometer, diikuti oleh Proxima Centauri dalam gugusan bintang Centaurus kira-kira 39.9
trilion kilometer atau 4.2 tahun cahaya. Bintang dikelaskan melalui melalui spektrum cahaya
http://ms.wikipedia.org/wiki/Heliumhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Habahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cahayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mataharihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Proxima_Centaurihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cahayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cahayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Proxima_Centaurihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mataharihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cahayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Habahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Helium -
8/10/2019 Asemen Bintang
2/21
2
yang dihasilkan yang menentukan warna nyalaan bintang, suhu, kecerahan, saiz, jisim,
ketumpatan, dan komposisi kimianya.
1.2 SAIZ DAN KECERAHAN BINTANG .
Saiz dan suhu sesebuah bintang menentukan sebanyak mana tenaga sinaran yang
dipancarkannya setiap saat, iaitu kecerahan bintang sebenar. Selain itu, semakin dekat bintag
itu dengan bumi, semakin banyak tenaga sinaran yang akan sampai ke Bumi dan semakin
terang bintang itu kelihatan.
Ahli astronomi menyatakan kecerahan sesebuah bintang dalam bentuk magnitudnya.
Dua nilai magnitud memerihalkan sesebuah bintang. Magnitud ketara merujuk kepada
secerah mana bintang itu kelihatan dari Bumi. Magnitud mutlak bagi sesebuah bintang pula
ialah nilai magnitud ketaranya jika bintang itu berada 10 parsek dari Bumi. Magnitud ketara
bagi sesebuah bintang bergantung pada saiz, suhu dan jaraknya. Suhu tersebut diperoleh
daripada spektrumnya, jika jaraknya diketahui, maka kta dapat mengira saiz bintang tersebut
di samping menguntukkan suatu nilai bagi magnitud mutlaknya. Kecerahan sebenar bintang
boleh dibandingkan dengan menggunakan magnitud mutlak.
Pada bintang, kecerahan sebenar berhubung rapat dengan tempoh perubahankecerahan bintan tersebut. Bintang mempunyai suhu permukaan yang rendah namun
disebabkan inya begitu terang, menyebabkan bintang ini terlampau besar sehingga berupaya
memancarkan tenaga yang sebegitu banyak. Sebaliknya, bintang kerdil putih kelihatan sangat
malap meskipun suhu permukaannya tinggi iaitu hanya lebih kirang sebesar Bumi.
Kecerahan bintang dibahagi kepada 1 hingga 6, dimana satu ialah bintang paling
cerah, dan 6 sebagai bintang paling malap. Terdapat juga kecerahan yang diukur secara
mutlak yang dikenali sebagai magnitud mutlak antara +26.0 sehingga -26.5. Saiz bintangmenurut turutan kecil ke besar adalah Neutron < Kerdil (0.01 saiz Matahari) < matahari