Post on 17-Jan-2017
PROGRAMME’S DETAIL
Session : 02 Presentation Date : 14 July 2006
Paper No : 12 Presentation Time : 11.00 am – 11.30 am
Duration : 30 minutes
Name : HAMDAN BIN MOHD. KASSIM
Designation : Director
Organisation : Department of Town Country Planning
Negeri Sembilan Darul Khusus
ACADEMIC AND PROFESSIONAL QUALIFICATION :
• Msc. Planning Studies (Oxford Brooke University, UK)
• Dip. In Planning (Glos, CAT, UK)
• Dip. Perancangan Bandar dan Wilayah, UiTM
PROFESION EXPERIENCE :
• Appointed to Govt. Service in 1980
• Managed the preparation of several Local Plans, Structure Plans other plans from 1981-
1995
• Appointed Director JPBD.NS since 2004
OTHER EXPERIENCE :
• On loan to KL International Airport Berhad as Construction General Manager (Planning
and Landscape) 1995-2000
TITLE : Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS 9); Cabaran dan
Halatuju
Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS9) dibangunkan khusus untuk membantu
pihak berkuasa perancang negeri dalam proses pengurusan organisasi pentadbiran di peringkat
negeri. Pembangunan GIS9 melibatkan pembangunan pangkalan data, pembangunan analisis,
pembangunan antara muka pengguna, pembangunan web GIS dan sistem pemantauan di
peringkat RSN dan RTD. Pada mulanya GIS9 dibangunkan untuk keperluan Jabatan Perancang
Bandar dan Desa Negeri Sembilan (JPBDNS) dan apabila melihat kepada keperluan di peringkat
negeri, penglibatan semua agensi kerajaan dan swasta adalah perlu supaya data-data yang
digunakan berada pada asas yang sama dan dapat digunakan untuk manfaat pelbagai pihak.
PRESENTATION BRIEF
BIODATA
1
SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS (GIS9) : CABARAN DAN HALA TUJU
Disediakan Oleh:
Abstrak
Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan dibangunkan khusus untuk membantu
pihak berkuasa perancang negeri dalam proses pengurusan organisasi pentadbbiran
di peringkat negeri. Pada mulanya GIS9 dibangunkan untuk keperluan Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (JPBDNS) dan apabila melihat
kepada keperluan di peringkat negeri, penglibatan semua agensi kerajaan dan swasta
adalah perlu supaya data-data yang digunakan berada pada asas yang sama dan
dapat dikongsi serta digunakan untuk manfaat pelbagai pihak. Unit penyelarasan data
diperingkat negeri adalah perlu dalam proses mengawal selia perkongsian data dan
mengelakkan data-data disalahgunakan.
Kertas kerja ini adalah untuk membincangkan cabaran dan hala tuju perlaksanaan
GIS9 pada masa hadapan ke arah yang lebih mantap dan berkualiti setanding dengan
GIS yang dibangunkan dinegara-negara maju. Hala tuju ini memfokuskan kepada
pembangunan pangkalan data di peringkat negeri, pembangunan aplikasi GIS9 bagi
setiap jabatan-jabatan teknikal, perkongsian data dan pengurusan GIS9 pada masa
hadapan.
1.0 PENDAHULUAN
2
Pembangunan teknologi maklumat melalui aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS)
telah mewujudkan perubahan kepada proses perancangan di Malaysia melalui sistem
pembangunan data dan aplikasi analisis bagi setiap kajian pembangunan yang
dijalankan. Penggunaan GIS di pelbagai peringkat penyediaan Rancangan
Pembangunan (RFN, RSN dan RTD) telah disediakan dalam bentuk yang berbeza,
pangkalan data dan aplikasi analisis yang dibangunkan adalah berbeza mengikut
peringkat, di mana data dan aplikasi bagi penyediaan RFN adalah peringkat nasional,
data dan aplikasi RSN adalah peringkat negeri(makro), manakala data dan aplikasi
RTD adalah di peringkat daerah yang bersifat mikro.
Pembangunan GIS9 menumpukan kepada aspek penting yang meliputi 3 fasa
pembangunan di mana pada fasa I ditumpukan kepada reka bentuk dan
pembangunan pangkalan data, fasa II adalah proses peningkatan pangkalan data
peringkat makro dan mikro, pembangunan aplikasi analisis untuk keperluan JPBD,
melaksanakan sistem pemantauan rancangan pembangunan diperingkat RSN dan
pembangunan web GIS9 online. Fasa III pula meliputi peningkatan pangkalan data
peringkat mikro, pembangunan sistem pemantauan peringkat RTD dan peningkatan
web GIS9 online.
Pihak kerajaan negeri telah mengambil langkah awal di dalam menerapkan
penggunaan ICT di dalam pengurusan pentadbiran negeri dengan menyediakan
laporan “Negeri Sembilan ICT Strategic Plan, 2003”. Antara lain, laporan tersebut
telah mengenal pasti sistem-sistem maklumat yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan
negeri mengikut keutamaan dan mudah untuk pelaksanaan. Oleh itu, pelaksanaannya
adalah perlu supaya Negeri Sembilan dapat setanding dan setara dengan negeri-
negeri lain dalam pembangunan ICT. Oleh yang demikian, projek GIS9 adalah selaras
dengan matlamat di atas dan menjadi salah satu input penting bagi Bank Data
Negeri/Portal Negeri yang akan diwujudkan diperingkat negeri.
2.0 PENDEKATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI NEGERI SEMBILAN (GIS9)
3
Negeri Sembilan (665,374.77 hektar) terletak di wilayah tengah bersama-sama
dengan Negeri Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur yang mengalami pembangunan
paling pesat. Negeri Sembilan diliputi oleh 7 daerah yang ditadbir oleh 8 Pihak
Berkuasa Tempatan(PBT). Asas pembangunan GIS9 pada mulanya timbul apabila
wujudnya satu sistem maklumat data yang lengkap untuk tujuan perancangan dan
pembangunan diperingkat negeri. Maklumat data yang lengkap ini diperlukan oleh
JPBD Negeri Sembilan bagi tujuan menyokong atau menolak sesuatu perancangan
dan pembangunan yang dicadangkan diperingkat negeri. GIS9 perlu diteruskan kepada pembangunan peringkat kedua (RMK 9) di mana
melibatkan kerja-kerja perkongsian data dipelbagai jabatan-jabatan teknikal dan Pihak
Berkuasa Tempatan. Perkongsian data perlu diwujudkan supaya saluran maklumat
antara jabatan dapat dilaksanakan bagi memperkemaskan sistem pengurusan
perancangan di Negeri Sembilan. Data-data jabatan dan PBT akan diletakkan di
server GIS9 yang menjadi ‘one-stop data centre’. Semua maklumat akan diselaraskan
dalam GIS9 dengan kerjasama Pusat Infrastruktur Geospatial Negara (MaCGDI).
2.1 Pembangunan Pangkalan Data Pangkalan data GIS9 direka bentuk mengikut keperluan Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Negeri Sembilan. Ianya dibangunkan berasaskan kepada lot
kadastral tahun 2002 dan 2004; Kajian Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001-
2020; Kajian Rancangan Tempatan; dan pelan pengesahan jabatan tahun 2005.
Pangkalan data GIS9 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu makro dan mikro.
Pangkalan data ini menunjukkan data sehingga lot kadastral, sesuai digunakan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan teknikal di peringkat daerah.
Pangkalan data dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu makro dan mikro. Pangkalan
data makro mempunyai 12 set dan 64 kelas data dan sesuai digunakan oleh jabatan
kerajaan di peringkat negeri kerana data-data terdiri daripada data agregat seluruh
Negeri Sembilan. Manakala pangkalan data mikro dibangunkan mengikut 7 daerah di
Negeri Sembilan dengan setiap satu pangkalan data mepunyai 8 set dan 20 kelas
data. Pangkalan data ini yang menunjukkan data sehingga lot kadastral, sesuai
4
digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan teknikal di peringkat
daerah.
Peranan JPBD sebagai pusat data guna tanah (fizikal) akan dapat direalisasikan
dengan baik dengan adanya data-data yang lengkap yang dapat membantu di dalam
pemajuan di peringkat negeri dan juga kepada pembuat keputusan. Penentuan
komponen data GIS9 yang merangkumi pangkalan data dan integrasi sistem telah
mengambil kira kehendak dan keperluan JPBD dan juga jabatan-jabatan terknikal lain
di Negeri Sembilan. Matlamat GIS adalah mereka bentuk dan membangunkan
pangkalan data GIS dalam kawasan pentadbiran negeri di mana JPBD akan menjadi
bank data GIS bagi guna tanah(fizikal) selain turut menyelenggara bank data. Di
peringkat wilayah, keperluan data untuk GIS9 lebih menjurus ke arah keperluan
makro. Perlaksanaan GIS9 akan
mempercepatkan penyediaan
RSN, RTD dan RKK dalam aspek
penyediaan dan penyimpanan
maklumat samada data peringkat
makro mahupun peringkat mikro.
2.2 Pembangunan Aplikasi Sistem Pemantauan Rancangan Pembangunan Pembangunan sistem pemantauan rancangan pembangunan meliputi keseluruhan
peringkat perancangan yang perlu dipantau dan sistem yang dibangunkan hendaklah
bergerak secara horizontal dan vertical di antara satu sama lain. Ini adalah perlu
supaya segala garis panduan yang digazetkan di peringkat RTD adalah selaras
dengan dasar-dasar yang telah ditentukan di peringkat RSN dan di peringkat RFN.
Pembangunan sistem pemantauan merangkumi Sistem Pemantauan Rancangan
Fizikal Negara(RFN), Sistem Pemantauan Rancangan Struktur Negeri(RSN) dan
Sistem Pemantauan Rancangan Tempatan Daerah(RTD).
2.2.1 Sistem Pemantauan RSN
Pangkalan DataGIS9
Feature Class
Object Class
Relationship Class
Geodatabase
Feature Dataset
MAKLUMAT TANAHFeature Dataset
PENTADBIRANFeature Dataset
KEMUDAHAN AWAMFeature Dataset
GEOPOLITIKFeature Dataset
ALAM SEKITARFeature Dataset
FIZIKALFeature Dataset
UTILITIFeature DatasetPenduduk
Feature Dataset
PENGGUNAAN TANAHFeature Dataset
TRAFIK & PENGANGKUTANFeature Dataset
SOSIAL & EKONOMIFeature Dataset
Pangkalan DataGIS9
Feature Class
Object Class
Relationship Class
Geodatabase
Feature Dataset
MAKLUMAT TANAHFeature Dataset
PENTADBIRANFeature Dataset
KEMUDAHAN AWAMFeature Dataset
GEOPOLITIKFeature Dataset
ALAM SEKITARFeature Dataset
FIZIKALFeature Dataset
UTILITIFeature DatasetPenduduk
Feature Dataset
PENGGUNAAN TANAHFeature Dataset
TRAFIK & PENGANGKUTANFeature Dataset
SOSIAL & EKONOMIFeature Dataset
Komponen Asas Pangkalan Data GIS9
5
Sistem ini dibangunkan bagi membantu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri Sembilan(JPBDNS) memantau pembangunan di peringkat negeri dengan lebih
berkesan dengan melihat kepada status pencapaian strategi yang telah dibentuk
dalam Rancangan Struktur Negeri(RSN), Negeri Sembilan. Sistem ini berperanan
sebagai alat pengukuran bagi JPBD menterjemah dasar-dasar Rancangan Struktur
Negeri (RSN) yang diwartakan kepada unit pencapaian dan pematuhan dasar.
SPRSN ini dibangun berdasarkan kepada keperluan keberkesanan proses pembuat
keputusan, yang mana melihat kepada polisi dan pencapaian perlaksanaan
pembangunan. Ia dinilai berdasarkan pencapaian terus terhadap Dasar Umum(DU),
Dasar Subjek(DS) dan Dasar Khusus(DK).
Kemasukan data diperingkat langkah pelaksanaan
akan berasaskan indikator yang dikategorikan
mengikut senario tertentu bagi menilai dasar yang
bersifat kualitatif dan kuantitatif. Pencapaian
SPRSN ini akan menjadi ukuran kepada penilaian
perubahan senario pembangunan berdasarkan
strategi pembangunan di peringkat negeri.
2.2.2 Sistem Pemantauan RTD
Sistem ini melibatkan peringkat pemantauan perancangan fizikal di mana ia
melibatkan ruang, lokasi dan aktiviti guna tanah. Sistem pemantauan ini hanya
melibatkan pemantauan pencapaian dan pematuhan guna tanah semasa berbanding
guna tanah cadangan di dalam gambarajah utama. Selain itu, ia dapat mengumpul
maklumat-maklumat kesesuaian pelaksanaan RTD untuk digunakan sebagai asas
dan pertimbangan dalam cadangan pindaan RTD
pada masa akan datang. Sistem Pemantauan RTD
ini juga dapat dipantau dengan sub sistem RSN
bagi melihat dasar-dasar yang berkaitan dengan
peta cadangan di dalam RTD.
Pelaksanaan Sistem Pemantauan RSN
Antara Muka Utama SPRTD
6
2.3 Sistem Maklumat Kampung Sistem Maklumat Kampung diwujudkan bagi memaparkan lokasi dan maklumat setiap
kampung di Negeri Sembilan. Maklumat yang dipaparkan merangkumi maklumat profil
kampung seperti jumlah penduduk, aktiviti kampung, kemudahan awam dan
infrastruktur dan lain-lain. Sub modul kampung ini bertujuan untuk memaparkan
maklumat-maklumat kampung mengikut daerah, mukim dan JKKK. Sistem ini juga
mampu membantu pengguna mencapai sesuatu
maklumat berkaitan kampung yang dikehendaki
dalam jangka waktu yang singkat serta mampu
melakukan proses kemaskini terhadap maklumat
tersebut jika berlaku sebarang kesilapan.
2.4 Pembangunan Laman Web GIS9 Online Penyediaan Sistem Pemantauan Rancangan Pemajuan adalah selari dengan
pembangunan GIS9 Online dan ianya adalah bertujuan memudahkan perkongsian
data dan menyebarkan maklumat yang terdapat di dalam pangkalan data GIS9.
Melalui web, konsep perkongsian maklumat dapat dicapai melalui kerjasama yang
erat antara agensi pentadbiran Negeri Sembilan. Terdapat 2 kaedah capaian data
melalui ‘aksesibiliti’ sistem yang direkabentuk
dalam pembangunan GIS9 iaitu secara
intranet dan internet.Di dalam GIS9 Online
terdapat enam aplikasi utama disediakan
kepada pengguna iaitu laman utama, artikel,
stakeholders, login, aktiviti dan peta interaktif
awam.
Pembangunan web GIS9 online secara
intranet ini menggunakan data sedia ada
dalam pangkalan data. Sistem ini lebih mudah dan pantas untuk dicapai oleh
Interface GIS9 Online
Sub Sistem Maklumat Kampung
7
pengguna tanpa memerlukan capaian melalui rangkaian internet. Ia dapat membantu
pengguna mengaplikasi data GIS dengan lebih interaktif dan tidak memerlukan
perisian GIS yang banyak. Walau bagaimanapun, ia hanya dapat memberikan
paparan dan melaksanakan aktiviti GIS tanpa pembaikan(editing). Pencapaian data
melalui intranet ini lebih praktikal dari segi keselamatan data. Data-data yang
dipaparkan adalah mengikut keperluan pengguna setempat dan bersesuaian dengan
aktiviti GIS yang hendak dilaksanakan.
Sistem rangkaian internet pula membenarkan aktiviti capaian data dilakukan oleh
semua peringkat pengguna sama ada agensi kerajaan, swasta mahupun orang
awam. Walau bagaimanapun, ia terhad kepada penggunaan data-data tertentu sahaja
kerana sistem ini dibangunkan mengikut keperluan data.
3.0 CABARAN DAN HALA TUJU PEMBANGUNAN GIS 9 Pembangunan projek merupakan perintis Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT)
bagi Negeri Sembilan terutama dalam pengurusan perancangan bandar dan desa
negeri. Perancangan masa depan GIS9 merupakan proses transformasi
pembangunan projek peringkat kedua yang perlu dipertimbangkan supaya projek
yang dijalankan ini akan sentiasa berjalan dan dapat digunakan oleh agensi kerajaan
dan swasta untuk tujuan pengurusan pentadbiran dan perancangan samada di
peringkat negeri mahupun di peringkat daerah. Matlamat utama strategi dan hala tuju
GIS9 adalah memfokuskan kepada beberapa aspek pemantapan dan peningkatan
yang merangkumi aspek peningkatan pembangunan pangkalan data, Pembangunan
Aplikasi Sistem Perancangan dan Pelaksanaan, perkongsian data dan aplikasi dan
juga pengurusan GIS9. Aspek-aspek ini harus ditekankan dan perlu mendapat
perhatian Kerajaan Negeri Sembilan supaya GIS9 dapat memberi manfaat kepada
penggunanya dalam pengurusan pentadbiran, pengurusan perancangan, pengurusan
pembangunan, kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan.
GIS 9 akan mempertingkatkan lagi Sistem Pangkalan Data kepada sistem aplikasi-
aplikasi yang bersesuaian dengan aktiviti jabatan. Antaranya adalah Sistem Aplikasi
Profil Kampung, Aplikasi Perancangan Kawalan Pembangunan, Aplikasi Modelling
dan Analisis Pembangunan dan Aplikasi Persembahan Mesyuarat. GIS 9 juga
8
berperanan dalam menyelenggara analisis pangkalan data di samping mengawal
selia pengemaskinian data dan maklumat oleh jabatan/agensi yang terlibat. GIS 9
juga bertindak sebagai penyelaras bagi perkongsian maklumat yang terdapat di dalam
pangkalan data GIS9, mereka bentuk dan melaksanakan program antara muka
pengguna, membangunkan laman web GIS9 dan melaksanakan sistem pemantauan
pelaksanaan rancangan pemajuan pembangunan seperti Rancangan Struktur Negeri
(RSN) dan Rancangan Tempatan Daerah (RTD).
Pembangunan GIS9 diharap dapat diperkembangkan kepada penggunaan oleh
jabatan-jabatan teknikal dan agensi-agensi kerajaan Negeri Sembilan. Ini akan
membantu mencapai sistem pengurusan data yang lebih sistematik dan dapat
membantu Negeri Sembilan ke arah mencapai Negeri Maju 2020. Pembangunan
GIS9 peringkat kedua(RMK 9) perlu diperkembangkan dan menjadi salah satu pusat
pengumpulan dan perkongsian data dan maklumat bagi negeri. GIS9 juga dapat
diperluaskan untuk memantau rancangan pembangunan yang akan dan sedang
dilaksanakan. Ini seterusnya dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan dan
keupayaan dalam membuat keputusan dengan lebih tepat.
Dengan adanya GIS9, ia berupaya menyediakan data dan maklumat yang boleh
dipertingkatkan dengan gabungan sistem sokongan perancangan lain.
Kesinambungan ini juga dapat mengarah keputusan perancangan ke arah yang lebih
efisien dan rasional. Walau bagaimanapun, ia bukan sahaja bergantung kepada tool
GIS semata-mata, sokongan dari segi sumber manusia, kos dan masa perlu diteliti.
Strategi pelaksanaan adalah faktor penting yang harus diberi penekanan bagi
memastikan kejayaan pembangunan GIS9 yang dibangunkan.
4.0 PENUTUP Seiring dengan itu, pembangunan GIS ini juga diharapkan dapat mencapai
matlamatnya dan dapat dijadikan sebagai satu alat atau sistem yang memberi
panduan dan amaran awal di dalam melaksanakan proses perancangan
pembangunan samada di bandar ataupun desa. Diharapkan pembangunan GIS ini
9
dapat meningkatkan kualiti perancangan pembangunan di Negeri Sembilan. Dengan
adanya Sistem Maklumat Geografi Negeri Sembilan (GIS9) telah memberi lembaran
baru kepada Kerajaan Negeri Sembilan seiring di dalam arus teknologi maklumat.
Kemudahan yang ditawarkan di dalam GIS9 online memberi peluang kepada
masyarakat umumnya mengetahui hal ehwal negeri dengan lebih mudah dan
berkesan. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja terutamanya
bagi jururancang di dalam mentadbir pembangunan negeri.