storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan...

20
Jurnal Kaunselor Berdaftar, Vol 2, No.6 ; 2018 E-ISSN 2600-8076 Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) ______________________________________________________________________________ ___________ Abstrak This article is written to portray the differences between the conventional counseling and Islamic counseling. The objective of the comparison is to highlight the fortes of Islamic counseling. The results of the analysis demonstrate that there are significant differences between the two streams regarding the sourse or theory, personality development, obligation and the counseling’s objectives. There are a few additional exclusive aspects pertaining the function of Islamic counseling, counselors’ criteria and skill. This article also highlighted a few unique aspects in Islamic counseling that present in the concept of God’s gratification (redho), total dependence on God (tawakkal), empowerment and absolute certitude (yaqin) towards Allah’s promises and decrees in the Quran concerning fate and relief. Keywords: Islamic counseling, comparative counseling, religious counseling, creed. Istimewanya Kaunseling Berperspektif Islam Berbanding Dengan Kaunseling Konvensional Amir bin Awang Felo Akademik Kolej Universiti Insaniah (KUIN) E-mel: [email protected] Norazlina Binti Zakaria Pensyarah Kulliyyah Usuluddin E-mel: [email protected]

Transcript of storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan...

Page 1: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

Jurnal Kaunselor Berdaftar, Vol 2, No.6 ; 2018E-ISSN 2600-8076Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) _________________________________________________________________________________________

Abstrak

This article is written to portray the differences between the conventional counseling and Islamic counseling. The objective of the comparison is to highlight the fortes of Islamic counseling. The results of the analysis demonstrate that there are significant differences between the two streams regarding the sourse or theory, personality development, obligation and the counseling’s objectives. There are a few additional exclusive aspects pertaining the function of Islamic counseling, counselors’ criteria and skill. This article also highlighted a few unique aspects in Islamic counseling that present in the concept of God’s gratification (redho), total dependence on God (tawakkal), empowerment and absolute certitude (yaqin) towards Allah’s promises and decrees in the Quran concerning fate and relief.

Keywords: Islamic counseling, comparative counseling, religious counseling, creed.

Page 2: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

Jurnal Kaunselor Berdaftar, Vol 2, No.6 ; 2018E-ISSN 2600-8076Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) _________________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Kaunselor profesional tentunya mengenali Freud, Adler, Jung, Sullivan, Ellis, Perls,Skinner, Bandura, Glasser, Berne, Victor Frankl dan lain-lain dengan teori-teori mereka yang beraneka jenis. Mereka juga biasanya kenal dengan Frank Parsons, Anne Roe, Kuder, Strong, Williamson, Rogers, Ginzberg dan rakan-rakannya, John Holland, Bordin, Tiedemen, Donald E.Super dan lain-lain. Malah, terapis-terapis berikut juga mereka kenali: Milton Erikson, Gregory Bateson, Ackerman, Virginia Satir, Bowen,de Shazer, Salvador Minuchin, Jay Haley dan lain-lain. Mereka semua telah menggubalkan berbagai-bagai teori masing-masing yang merangkumi Teori Personaliti dan Psikoterapi, Teori Perkembangan dan Pemilihan Kerjaya serta Teori Kaunseling Keluarga, Perkahwinan dan Pasangan.Walaubagaimanapun, tidak ramai kaunselor profesional Muslim yang boleh memperkatakan tentang Kaunseling Islam atau membahaskan pandangan al-Ghazali dan Ibn Qayyim al-Jawziyah berkaitan personaliti, atau teori perkembangan yang diutarakan oleh Ibn Miskawayh, atau dapatan-dapatan al-Tabari dan Ibn Sina berkaitan psikoterapi, atau pandangan al-Balkhi tentang pemusatan klien (lama sebelum Rogers memperkatakannya). Namun, setelah disergah Malik Badri dalam karyanya ‘Ulamā’ al-Nafs al-Muslimūn Fi hujr Al-dhab (Psikologis Muslim Dalam Lubang Biawak)1 ramai kaunselor Muslim ‘terjaga’ dan mula bangkit mengkaji tentang asas-asas kaunseling dalam al-Quran dan al-Sunnah serta karya-karya ulama Islam.

Kaunseling Islam hanya mula diperkatakan sekitar tahun 80an di Malaysia. Antara tokoh kaunseling Malaysia yang awal yang memperkatakan tentang kewajaran memperkenalkan modul kaunseling Islam di Malaysia adalah Hasan Langgulung, Halim Othman, Amir Awang dan Kamal Abdul Manaf. Kemudian, muncul tokoh-tokoh seperti Wan Hussein @ Wan Azmi Wan Abdul Kadir, Aziz Salleh, dan Amaluddin Abdul Rahman yang menulis buku-buku berkaitan pengenalan ilmu kaunseling Islam2.Kebanyakan penulisan inimemfokuskan kepada pembentukan falsafah dan

1 Badri, M. (1398H), ‘Ulamā’ al-Nafs al-Muslimūn Fi hujr Al-dhab, Majallah Al-Muslim Al-Maāshir.

matlamat kaunseling Islam serta etika kaunselor Muslim berpandukan nas al-Quran dan al-Sunnah, dan tidak banyak yang menjurus kepada kritikan terhadap teori kaunseling Barat.

Justeru, artikel ini ditulis bagi mengenengahkan hasil analisa penulis dalam membandingkan Kaunseling Konvensional dengan Kaunseling Islam. Disebabkan penulis adalah seorang Muslim, dan beriman bahawa segala dasar hidup yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah itulah yang terbaik untuk manusia, maka perbandingan ini dibuat bukanlah untuk menilai konsep kaunseling manakah yang lebih unggul, sebaliknya tujuan perbandingan adalah untuk mengenengahkan keistimewaan Kaunseling Islam berbanding Kaunseling Konvensional. Perbandingan telah dilakukan dalam aspek-aspek berikut: sumber atau asas teori, komponen kaunseling,perkembangan personaliti, fungsi kaunseling, obligasi kaunseling, elemen penting dalam hubungan, kemahiran kaunseling, matlamat kaunseling dan ciri-ciri kaunselor. Seterusnya, penulis juga akan menonjolkan beberapaaspek yang menjadi nilai tambah kepada kaunseling Islam.

Istilah kaunseling konvensional yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah kaunseling sekular atau kaunseling arus awam (mainstream) atau yang berasaskan teori tokoh-tokoh dari Barat yang disebutkan sebelum ini. Kaunseling spiritual tidak penulis masukkan dalam kategori kaunseling konvensional dalam artikel ini.

2. SUMBER ATAU ASAS TEORI KAUNSELING KONVENSIONAL VERSUS KAUNSELING ISLAM

Semua teori kaunseling konvensional adalah berdasarkan pemikiran manusia atau “man made” dan berasaskan dapatan-dapatan duniawi sahaja. Konsep akhirat tak pernah wujud dalam kajian kaunseling konvensional.

Kaunseling Islam tidak berasaskan sesuatu ‘teori’ seperti teori barat, kerana teori bukanlah sesuatu

2Rizal Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam : Apa, Siapa, Kenapa Dan Bagaimana (Counselling From The Islamic Perspective : What, Who, Why And How).

35

Page 3: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

yang mutlak(absolute) bahkan boleh dipertikaikan atau dibatalkan oleh bukti-bukti empirikal yang terkemudian.Sebaliknya, asas utama kaunseling Islam adalah al-Quran dan hadis-hadis sahih (صحيح) atau hasan(حسن)yang merupakan sumber yang mutlak dan tidak boleh dipertikai oleh seorang yang mengaku Muslim. Selain al-Quran dan al-Sunnah, dasar-dasar Kaunseling Islam juga dibentuk oleh sumber-sumber lain yang dinyatakan oleh ulama-ulama sepertiijmak(إجماع), qias(قياس), istihsan(استحسان), istishab(استسحاب)dan masalihul mursalah(

المرسلة Di samping itu, terdapat teori-teori para.(مصالحsarjana Islam berkaitan psikologi dan aspek-aspek kaunseling yang lain yang ditulis dalam karya-karya besar mereka seawal kurun kelapan masehi. Walaubagaimanapun, teori yang dihasilkan mereka masih terikat dengan kesimpulan(istinbatاستنباط - ) mereka terhadap pemahaman nas al-Quran dan al-Sunnah. Tidak seperti pemikir Barat yang sekular, pemikiran sarjana Islam ini diikat dengan batas akidah dan syariat. Namun, dalam kerangka perundangan Islam (usul fiqh الفقه - أصول ), ‘teori’ mereka masih dikategorikan sebagai tidak mutlak atau dzanni(ظني)dan boleh diperbahaskan.Teori-teori ini hanya menjadi asas sekunder kepada Kaunseling Islam. Bahkan, mana-mana ‘teori’ yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah tertolak.

3. PERKEMBANGAN PERSONALITI KAUNSELING KONVENSIONAL VERSUS KAUNSELING ISLAM

Semua teori Kaunseling Konvensional, mengambil kira hanya tiga alam/domain sahaja ketika menghuraikan tentang personaliti/sahsiah seseorang insan serta masalah manusia. Domain tersebut adalah kognitif (akal), psikomotor(jasad) dan afektif (emosi). Perkaitan hubungan antara domain ini ditunjukkan dalam Rajah 1:

Rajah 1: Hubungan antara komponen personaliti manusia

manakala dalam Kaunseling Islam, personaliti seseorang insan itu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam elemen iaitu:jasad, roh, akal, qalb(قلب) , nafs(نفس) , dan emosi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Nilai min bergantung pada skala. Skala bagi WAI-SF adalah 1-7, dan nilai min keseluruhan WAI-SF adalah 5.43. Nilai berkenaan menunjukkan responden kajian mempunyai tahap WAI-SF yang tinggi (Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4). Jadual 2 menunjukkan konstruk WAI-SF mempunyai nilai min paling rendah adalah 4.60, konstruk terlibat adalah matlamat. Manakala nilai min tertinggi adalah 5.88, dan konstruk terlibat adalah ikatan. Kajian ini menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai tahap tertinggi dalam konstruk ikatan (Jadual 2).

Rajah 2: Enam elemen personaliti manusia menurut Kaunseling Islam

Elemen-elemen tersebut dinyatakan Allah swt dalam al-Quran.Komponen jasad dan roh manusia disebut dalam Surah Shad ayat 72 :

ت فيه من ته ونف خ�فإذا سو ۥ خ� جدين وحي فقعوا له س ۥر

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya (manusia),serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku)…”

Ulama-ulama Islam berbeza pendapat dalam membuat perkaitan antara keenam-enam elemen tersebut (jasad, roh, akal, qalb, nafs, dan emosi).

36

37

37

Page 4: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

Imam al-Ghazali3 telah membezakan di antara roh dengan jasad. Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ia adalah entiti yang boleh wujud tanpa bergantung kepada elemen lain. Jasad pula adalah entiti yang bergantung kepada roh untuk hidup. Roh yang ada pada manusia kekal dan abadi di syurga atau di neraka kelak, manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah. Berbanding dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, roh manusia mempunyai elemenhati (al-Qalbالقلب - ), nafsu(al-Nafsالنفس - ) dan akal (al-‘Aqlالعقل - ).

Qalb dikonotasikan dengan istilah ‘hati’ oleh orang Melayu sedangkan orang Arab menggelar hati sebagai kibd(كبد) . Qalb dalam Bahasa Arab adalah jantung. Allah berfirman tentang qalb(قلب)dalam al-Quran seperti berikut:

Firman Allah swt4:

ض فتكون له قلو أ يسيروا في ب�أفل خ� خ� خ ٱ خ� مى ها ال ت معون به فإن ءاذا ي قلون بهآ أ خ�ي ا� خ� ب� خ� خ�

تي في ل قلوب مى صر ولكن ت ٱأ خ ٱ خ� خ� خ ٱٱلصدور

Maksudnya: “Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”.

Ayat ini mencirikan qalbالقلب -(hati) sebagai satu entiti yang boleh berfikir dan ia terletak di dalam dada.Qalb(القلب) sangat penting dalam domain personaliti manusia, kerana menurut hadis, ia adalah ‘raja’ yang mengawal keseluruhan domain lain. Sabda Nabi Muhammad saw5:

د لح الجس88 لحت ص88 غة إذا ص88 د مض88 أال وإن في الجس88ه أال وهي القلب ه وإذا فسدت فسد الجسد كل كل

3 Ihya Ulumuddin. Thaqiq Abdul Rahim bin al-Husin al-Iraqi. Kaherah: Dar al-Taqwa li al-Turath, 2000.4Al-Quran: Surah al-Hajj, ayat 46. 5 Hadis riwayat Muslim.

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, seluruh tubuh baik. Jika ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah (segumpal daging) itu ialah hati.”

Perkataan nafsالنفس - (jiwa) dalam Al-Qur’an membawa pelbagai makna antaranya diri (jasad beserta roh)6,”kecenderungan atau syahwat7, serta kehendak(rughbah رغبة -) dan sanubari (dhamirضمير - )8, dan jenis-jenis jiwa9.Perkataan nafs dalam hadis juga membawa makna yang sama seperti yang terdapat dalam al-Quran, cuma terdapat satu penambahan makna nafs yang membawa makna emosi dan perasaan contohnya dalam hadis10

berikut:

“Sesuatu yang baik itu adalah yang membuat perasaan (nafs) tenteram dan hati tenang. Sebaliknya, dosa itu adalah yang membuat perasaan tidak tenang dan hati gelisah sekalipun orang banyak memberikan fatwa.” 

Jiwa atau al-nafs ini pula telah diciptakan Allah dengan satu kualiti yang disebut ‘fitrah’(فطرة), iaitu sifat-sifat manusia yang terbaik yang dihendaki oleh Allah swt, termasuklah potensi dan kecenderungan manusiawi, termasuklah kecenderungannya untuk beragama dan melakukan kebaikan. Firman Allah swt11

ل�ا ا� ل� خ� ل� ل� ل� ��� ل ٱل �ل �ل ل� ت!ي �ل ل ٱ ت# ل�� ٱل ل$ �ل �خ ت� ا� ف% ت�� ل' ت) د*ي تل� ل, ل� خ- ل� خ. ت/ ل�0 ل�ل� م2و ل� خ4 لي ل�ا ت� ��� ل ٱل �ل ل5 خ6 ل0� ل�) ت7 للل ل� م. د� ل9 خل ٱ م) د*ي ٱل ل, تل لل: ت# ا �� ل ٱل ت; خ� ل> تل ل= ت*ي خ< ل?

Maksudnya “Maka hadapkanlah dirimu(engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah memfitrahkan manusia (dengan 6 As-Sajadah[11]: 13.7 QS. Al-Maidah: 30.8 Lihat, Al-Quran: Surah Ar-Ra’d[13]: 11 dan Qaf[50]: 16.9 Lihat Al-Quran: SurahAl-Qiyamah[75]: 2, Yusuf[12]: 53, Al-Fajr[89]: 27-28 dan An-Nazi’at[79]: 40.10 Hadis riwayat Ahmad11Al-Quran: Surah al-Rum, ayat 30.

Page 5: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Jiwa atau al-nafs ini pula telah diciptakan Allah dengan satu kualiti yang disebut ‘fitrah’(فطرة), iaitu sifat-sifat manusia yang terbaik yang dihendaki oleh Allah swt, termasuklah potensi dan kecenderungan manusiawi, termasuklah kecenderungannya untuk beragama dan melakukan kebaikan. Firman Allah swt12:

ل$ �ل �خ ت� ا� ف% ت�� ل' ت) د*ي تل� ل, ل� خ- ل� خ. ت/ ل�0 ل�ل�ا ا� ل� خ� ل� ل� ل� ��� ل ٱل �ل �ل ل� ت!ي �ل ل ٱ ت# ل�� ٱلل� م2و ل� خ4 لي ل�ا ت� ��� ل ٱل �ل ل5 خ6 ل0� ل�) ت7 للل ل� م. د� ل9 خل ٱ م) د*ي ٱل ل, تل لل: ت# ا �� ل ٱل ت; خ� ل> تل ل= ت*ي خ< ل?

Maksudnya “Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah memfitrahkan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Justeru, apabila dibandingkan, konsep personaliti manusia antara kaunseling Konvensional dan Kaunseling Islam, daripada segi kuantiti dan kualiti komponen, kita dapati personaliti kaunseling Islam melebihi kuantiti dan kualiti teori Kaunseling Konvensional. Dari segi kuantiti, terdapat enam domain Kaunseling Islam berbanding tiga domain dalam Kaunseling Konvensional. Hasil perbandingan daripada segi kualiti pula, Kaunseling Konvensional hanya ada dua dimensi iaitu ada yang ‘tangible’ – jasad, dan ada yang ‘tidak tangible’– kognitif dan afektif manakala dalam Kaunseling Islam, ada tiga dimensi iaitu yang ‘tangible’– jasad, yang ‘tidak tangible’– kognitif(aqal) dan afektif(emosi), serta ada yang ghaib – ruh, nafs dan qalb.Kewujudan elemen ruh, nafs dan qalb yang dalam konsep personaliti manusia ini menyebabkan penambahan dalam pendekatan Kaunseling Islam kepada fungsi ‘tazkiyah’(تزكية) yang akan dibincangkan selepas ini. Disamping itu, perberbezaan pentakrifan akal oleh ulama Islam berbanding sarjana Barat turut membezakan

12Al-Quran: Surah al-Rum, ayat 30.

pendekatan pengembangan kognitif dalam Kaunseling Islam yang akan turut melibatkan fungsi ‘tazkiyah’. Demikian juga, jikaditinjau dari perspektif Islam, pengembangan kecerdasan emosi juga sebenarnya lebih menjurus kepada proses pembersihan hati dan jiwa13.

Analisa seterusnya, personaliti dalam teori konvensional, tidak ada hirarki untuk meningkat. Kejayaan Kaunseling Konvensional didasarkan kepada konsep “fully functioning person” manakala personaliti dalam Kaunseling Islam, ada hirarki dan ada pula manifestasi setiap nafs (Lihat Rajah 3). Maka, konsep “fully functioning” dalam Kaunseling Islam adalah pemilikan sekurang-kurangnya jiwa mutmainnah (مطمئنة) . Kewujudan hirarki jiwa ini memudahkan proses memulih klien atau mengembangkan potensinya dan membimbing perubahan daripadanafs ammarah( الأمارة (النفسhingga ke nafs rodhiyah( الراضية kerana(النفسmanifestasi setiap nafs itu menjadi pengukurnya.

Rajah 3: Hirarki Nafs

Ciri-ciri dan manifestasi nafs adalah seperti berikut:14

13 Siti Sarawati Johar & Ishak B. Mad Shah, Kecerdasan Emosi Ketua Dalam Elemen Tadbir Urus Insan Dari Perspektif Model Kerohanian Imam Al-Ghazali, International Management Conference (IMaC2011) (hlm. 01-20). Kuala Terengganu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2011.14 Al-Jailani, Abd al-Qadir, Futuh al-Ghayb, Al-Baz Publishing, 1992.

38

Page 6: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

Nafs Ammarah ( الأمارة : (النفس Hati tergoda oleh nafsu dan syaitan Sentiasa gemar melakukan kejahatan, dosa dan

tidak menyesal. Sebaliknya berasa puas dan gembira

Allah SWT berfirman dalam al-Quran15:

وء إال ما لس س ألمار ب لن س إن ئ ن ٱومآ أبر م@ ة Bخ ٱ �C ا Bخ حيم ي غفو ر إن رب ب�رحم رب �C ا

Maksudnya : "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Nafs Lawwaaamah( اللوامة :(النفس Selalu mengkritik diri sendiri bila melakukan

kejahatan/dosa Segera beristighfar kepada ALLAH swt bila

melakukan ma’siat Allah SWT berfirman dalam al-Quran16:

وامة لل س لن سم ب ٱوآل أ Bخ ٱ Dخ

Maksudnya: “Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!”

Nafs Mulhamah( الملهمة : (النفس Menjelma apabila individu dapat

menewaskan dorongan nafsu ammarah dan lawwaamah

Tidak sayangkan harta berlebihan, selalu bersyukur (buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang), tawadduk, sabar, redha, dan selalu bertaubat.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran17:

همها وما سوىها فأ خون Eس خ�ىها لح من زك وىها ق أ خBفجورها وت Gخ Dخ

ىها خGوق خاب من دس

Maksudnya: “Demi jiwa (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yg buruk dan mana yg baik,

15Al-Quran: Surah Yusuf, ayat 53.16Al-Quran: SurahAl-Qiyamah, ayat 2.

17Al-Quran: SurahAs-Syam, ayat 8-10.

sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucikan hatinya dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya”. 

Nafs Mutmainnah( المطمئنة :(النفس Nafsu yang agak bersih dan suci tapi belum

jernih Murah hati, suka bersedekah, tawadduk, arif

dan bijaksana, kuat beribadah, bersyukur, redha dan bertaqwa

Allah SWT berfirman dalam al-Quran18:

ك جعي إلى رب ة مئن م س لن تها خ�يأي ٱ Hخ خ ٱ Bخ ٱ ة ضي خ�راضية م

Maksudnya: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! –

Nafs Rodhiyah( الراضية :(النفر Nafs maqam wali Mencapai kejernihan hati Zuhud, ikhlas dan wara’ Tinggalkan perkara-perkara yang bukan

tugasnya Tunai dan tepatkan hukum-hukum ALLAH

swt.

Nafs Mardziyyah( المرضية :(النفس Nafs yang lebih tinggi tahapnya. Segala

perlakuan mereka diredhai ALLAH swt Mempunyai budi pekerti yang elok dan

terpuji Lemah lembut dalam percakapan Sentiasa selesa berdampingan dengan

ALLAH swt Selalu berfikir tentang kebesaran ALLAH

swt Redha dengan segala ketentuan ALLAH

swt

Nafs Kamilah( الكاملة :(النفس Nafsu ini telah melalui semua peringkat

nafsu dari nafsu ammarah Maqam para Nabi dan Rasul

18Al-Quran: Surah Al-Fajr, ayat 27-28.

39

Page 7: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

4. Fungsi Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam (Fungsi 5M versus Tazkiyah)

Fungsi kaunseling konvensional terhad kepada 5M sahaja, iaitu: Mencegah/preventive Mengembang/developmental Memulih/remedial Melerai krisis/crisis intervention Mengendalikan perundingan/ consultation

Fungsi kaunseling Islam bukan sahaja merangkumi 5M, malah ditambah dengan fungsi tazkiyah. Bagi meningkatkantahap nafs\ klien kepada tahap nafs yang lebih tinggi, klien hendaklah dibimbing untuk melalui proses tazkiyah. Tazkiyah bermaksud pembersihan atau penjernihan. Proses tazkiyah ini adalah proses membuang (stamping out) apa yang buruk (takhalli), dan digantikan (stamping in) dengan perkara yang baik(tahalli) dan ia melalui 5 proses:

1 Muhasabah diri. Ia adalah proses introspeksiatau merenung ke dalam diri.

2 Bertaubat: iaitu dengan mengaku kesalahan yang telah dilakukan serta memohon keampunan daripada Allah SWT, sungguh-sungguh menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya.

3 Sabar: untuk menghapuskan ciri-ciri buruk, dan untuk beristiqamah dengan ciri-ciri baru

4 Khauf: mesti ada rasa takut kalau-kalau Allah tidak menerima taubat kita

5 Roja’:sentiasa berharap akan berjaya

Dalam kerangka pelaksanaan fungsi 5M pula, kaunselor yang melaksanakan Kaunseling Islam akan melaksanakan fungsi-fungsi khusus yang Islamik iaitu membantu klien membuat pilihan yang benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, membantu memberi kefahaman dan celik aqal (bashiirah) bagi membolehkan berlaku perubahan tingkahlaku ke arah mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat, membantu klien agar sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, manusia dan semua makhluk (hablun minallah wa hablun minannaas), membantu klien yang terlibat dalam maksiat atau perbuatan keji untuk mematuhi syariat, membantu mengubah cara hidup klien ke arah yang diredhai Allah.

5.0 Obligasi Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam

Daripada segi obligasi, Kaunseling Konvensional berobligasi hanya kepada klien sahaja, manakala dalam Kaunseling Islam, kaunselor amat terikat dengan obligasi dan kewajipan-kewajipan kepada Allah swt menerusi niat yang ikhlas serta kepatuhan terhadap syariat Islam.Kaunseling dalam Islam ditegakkan atas prinsip bahawa agama itu merupakan keperluan asas manusia juga kepercayaan kepada kewujudan tuhan sebagai pencipta, pemilik setiap individu, penentu takdir, penentu dan pengatur tugasan serta hukum-hakam dalam kehidupan di dunia. Keimanan kepada tuhan harus diyakini menjadi faktor utama kepada ketenteraman jiwa, kebahagiaan dan segala kebaikan dalam hidup manusia. Keimanan kepada tuhan juga perlu dianggap sebagai faktor penting untuk kejayaan kaunseling.Bahkan terapi utama yang patut diusahakan oleh kaunselor Muslim ke atas kliennya adalah membina iman yang utuh dan menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Demikian juga di pihak kaunselor Muslim, keimanan adalah tunggak kepada gerak kerjanya, dan segala proses kaunseling dan bantuannya kepada klien hendaklah dilakukan ikhlas semata-mata mencari redha Allah SWT19.Redha Allah dan kebahagiaan di akhirat pula menjadi matlamat utama dalam kaunseling Islam. Keimanan ini juga menjadikan kaunselor dan klien percaya bahawa Allah adalah‘tempat’yang paling unggul untuk mengadu sebarang masalah atau memohon untuk menghilangkan kesedihan serta memperolehi ketenangan hati. Ia sejajar dengan apa yang dinyatakan oleh Nabi Yaakob dalam dalam Surah Yusuf, ayat 84-87, yang bermaksud :

"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa

19Lihat Ahmad Raba, Abdul halim Othman (1998), Toward Islamization of Guidance and Counselling, Jurnal PERKAMA, Bil.7, Sabah: Persatuan Kaunseling Malaysia, m.s. 127-135.

40

4041

Page 8: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

6.0 Elemen penting dalam hubungan Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam

Kaunseling Konvensional menekankan “rapport” secara mendatar (horizontal) dengan klien sahaja seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

Rajah 4: Hubungan dalam kaunseling konvensional

manakala kaunseling Islam pula menekankanhubungan horizontal bukan sahajadengan klien bahkan dengan semua manuasia (hablum minannaas الناس من - حبل ) dan makhluk lain. Selain itu Kaunseling Islam juga berteraskan hubungan vertikal dengan ALLAH swt (hablum min Allah الله من - حبل ), sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 5.

Rajah 5: Hubungan dalam Kaunseling Islam

Firman Allah swt20:

ن ة أ لذل هم عل خ�ضرب ٱ خ� خ$ ه وح لل س=ما ثقفوا إال بح من Iخ ٱ س= Iخ

اس لن ٱمن

Maksudnya: “Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala urusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya tali (hubungan) dengan Allah dan adanya tali (hubungan) dengan manusia”.

20Al-Quran: Surah Ali Imran ayat 112.

Justeru, dalam proses pencegahan, pemulihan atau pengembangan, klien akan dibimbing untuk mendahulukan hak Allah swt yang perlu dimanifestasikan dalam bentuk pematuhan terhadap syariat Islam disamping memastikan hubungan yang baik dengan ibu bapa, sahabat, jiran tetangga dan persekitarannya.

Carl Rogers21 menekankan tiga elemen penting dalam hubungan kaunselor-klien, iaitu:

Genuineness Unconditional Acceptance/Positive Regard Emphatic Understanding

Kaunseling Islam pula bukan sahaja menekankan ketiga-tiga elemen ini, bahkan amat mementing dan menekankan:

Niat yang ikhlas– tujuan perlakuan kita hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah swt

Nabi Muhammad saw bersabda22:

88ه لى اللهم علي ول الله ص88 عن عم88ر أن رس88ة ولكل امرئ م88ا ي ما األعمال بالن م قال إن وسلوله 88ه إلى الله ورس88 88انت هجرت 88وى فمن ك ن88ه 88انت هجرت وله ومن ك فهجرته إلى الله ورس888ه إلى م8ا لدنيا يصيبها أو امرأة يتزوجها فهجرت

هاجر إليه

Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat. Dan (dikira) bagi setiap individu itu apa yang telah dia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya karena Allah dan rasulNya Maka hijrahnya untuk Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya karena urusan dunia atau wanita untuk dinikahi maka hijrahnya untuk apa (niat) yang dihijrahinya.”

Perbuatan yang ikhlas – apa yang kita lakukan adalah dilakukan kerana Allah swt semata-mata tanpa mengharapkan timbal balas. Firman Allah swt23:

بد أ ت أ ي أم خ�ق إن خ� خ� خ لدين ه لصا ل ه م ٱلل خ� ٱ

21Rogers, C. (1986). Client-centered therapy. In I.L Kutash and A. Wolf (Eds).Psychotherapist’s casebook:

Therapy and Techniquein Practice(pp 197-208). San Francisco: Jossey Bass.22 Hadith Riwayat Bukhari, Muslim.23Al-Quran: Surah al-Zumar, ayat 11.

Page 9: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

Maksudnya: “Katakanlah lagi (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya”

Ihsan– apa yang kita lakukan kita mesti rasa bahawa Allah swt sentiasa melihatnya. Rasulullah menerangkan mengenai ihsan ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibril tentang ihsan dimana jawapan tersebut dibenarkan oleh Jibril, dengan mengatakan24:

ك تراه فإن لم تكن تراه أن تعبد الله كأنه يراك فإن

“Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, dan apabila engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”.    

Justeru itu, apa yang pengamal Kaunseling Islam lakukan adalah lebih tulen dan lebih berintegriti.

7.0 KEMAHIRAN KAUNSELING KONVENSIONAL VERSUS KAUNSELING ISLAM

Kemahiran-kemahiran yang dilatih dan perlu ada pada Kaunselor Konvensional adalah menyoal, memparafrasa, membina hubungan, merumus, merefleksi, mengkonfrontasi, minimal encourager, senyap, eye contact, body language/movement, modelling, mengeko dan lain-lain. Semua kemahiran dalam Kaunseling Konvensional boleh kita terapkan ke dalam Kaunseling Islam secara “lock, stock and barrel” ditambah dengan kemahiran-kemahiran tambahan seperti berikut:

Menyampai dan menjelaskan ilmu dan amalan, serta mendidik dan berdakwah secara berhikmah

Kemahiran membaca ayat-ayat suci al-Quran dan mengaitkannya dengan isu klien

Kemahiran membaca berzikir, syahadah, salawat, dan doa yang sesuai dengan kondisi serta isu klien

Kemahiran mendemonstrasi ibadat, khususnya berwudhuk, solat fardhu, solat hajat dan solat istikharah.

Kemahiran pengkisahan al-Quran dan Sirah Nabi yang berkaitan isu klien.

24Hadith Riwayat Muslim.

Kemahiran pemantauan berterusan (regular monitoring)

Selain itu, adab-adabmengikut syariat Islam dalam proses Kaunseling Islam juga amat ditekankan. Antaranya: Berpakaian menutup aurat dan berpersonaliti

Islamik Memulakan proses kaunseling dengan

bismillah. Nabi saw bersabda25:��و ” ” �ل�# Iس. Iـ #�� �0 ي<* �ا �I �: �0�م =6 . : البركة ” ناقص أي ، أبتر

Maksudnya: “Setiap perkara (kehidupan)  yang tidak dimulai dengan bismillaahir-rahmaanir-rahiim, maka dia akan terputus. Artinya adalah kurang barakahnya” Berdo’a pada awal dan akhir sesi Klien dilayan sebagai tetamu Menghindari fitnah Mematuhi syariat berkaitan pengendalian klien

berlainan jantina

8.0 MATLAMAT KAUNSELING KONVENSIONAL VERSUS KAUNSELING ISLAM

Kaunseling konvensional menekankan kesejahteraan kognitif, tingkahlaku atau afektif, sebagai matlamat kaunseling.Kaunseling Islampla amat menekankan kesejahteraan jasad, akal, qalb, nafs dan roh. Lebih daripada itu, Kaunseling Islam turut memberi tumpuan khas kepadamerealisasikan tujuan hidup seorang manusia diciptakan Allah iaitu sebagai ‘Ab - �hamba) yang diperintahkan untuk menjadi khalifahــ<ــ*ــdi bumi. Matlamat hidup manusia adalah untuk mencapai redha Allah SWT dan mengecapi kebahagiaan hakiki di akhirat26. Selain matlamat-matlamat ini, kaunseling dalam Islam mestilah bertujuan membimbing dan menunjuk klien ke arah jalan Allah ( ــ ــ�ـ.ـ ــ!ـ9 �ــلــ2ــســ ــ ــHــ ـ� ــ �ــ (�ــلــصـ dengan menjunjung prinsip menyuruh berbuat baik dan menghalang daripada kemungkaran(al-amr bi al ma’ruf wa an-nahy ‘an al-munkar)27, serta menolong klien untuk28 :- menerima takdir tuhan secara positif

25Hadis riwayat Ibnu Hibban.26Lihat Zulkifli Yusuf (1992), Bimbingan Kaunseling di Malaysia Satu Tinjauan, Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd., m.s.140-14127Lihat Nor Anisah Abdul Malek (1992), Konsep manusia Menurut Pandangan Islam: Satu Pemikiran Ke Arah Pembentukan Teori Kaunseling Islam, Kuala Lumpur : Arena Ilmu, m.s.95-97.28Zulkifli Yusuf, op.cit.

42 43

Page 10: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

mengambil keputusan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam

meletakkan matlamat diri yang tidak bertentangan dengan syariat

mengambil keputusan yang boleh mendatangkan manfaat di dunia dan akhirat.

9.0 CIRI-CIRI KAUNSELOR KONVENSIONAL VERSUS KAUNSELING ISLAM

Bagi mencapai kejayaan dalam kaunseling Islam, pengendalinya mestilah seseorang kaunselor profesional yang mempunyai ciri-ciri tambahan berikut:

Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT Mengakui dan menerima Rasulullah sebagai

kaunselor terbaik Siddiq Amanah Tabligh Fatonah Berani dan adil Sabar dan tenang Sentiasa menambah ilmu dan kemahiran Tawadduk dan altruistik Bertolak ansur dan bertoleransi

10.0 NILAI TAMBAH KAUNSELING ISLAM

Dalam Kaunseling Islam terdapat beberapa “konsep” penting bagi menjamin ketenangan dan kesentosaan jiwa yang tidak terdapat dalam Kaunseling Konvensional. Konsep-konsep Islamik tersebut adalah:

Redha akan taqdir Allahyang akan mendorong wujudnya sabar. Firman Allah swt29.

ف خ كم بش888 من ل888ون خ�ولن خ ٱ Nس خ� خ�أنفس ول و أ من ج888وع ون خو ٱ خ� خ ٱ Oس خ/ خ ٱذين إذآ ل برين لص88 ر مر وبش88 لث ٱو ٱ ت$ ت ٱآ ه وإن ا لل ق88الوا إن يب هم مص88 ب ب@أص88 خ$

جعون ه ر خ�إل

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang

29Al-Quran: Surah Al-Baqarah, ayat 155-157.

yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Tawakkal. Firman Allah swt30:

لو Qم ل��ا �Rت ل# لـ لل �Rت ل�ا م# ل��ـ �ل لي ت< سس مT  ل' س� ل�6 لو ل? ت# س� ل� ل�  ا العظيم العر ش ر ب وهو ا

“Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tidak ada Tuhan(yang berhak disembah) selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar Empowerment – Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya. Firman Allah swt31:

لم� ���م د� Uل مي �!ى ل ل' م� سو ل9 Iت لم� �م د� Uل مي �ا ل# ل�� �ل ل�� �Rت بأنفسهم

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri”

Yaqin, iaitu: Yaqin bahawa apabila ALLAH swt mengambil

sesuatu daripada kita, ALLAH swt pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Rasulullah SAW bersabda :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :ل� ل* ل? س) لل ل, Xل� �Rت

خير هو ما به الله بدلك إال وجل عز لله شيئام# س� تم ل, لل

“Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu karena Allah ‘Azza wa Jalla, kecuali Allah akan menggantikannya bagimu dengan yang lebih baik bagimu” (HR Ahmad no 23074)

Yakin bahawa ujian musibah itu tanda peningkatan iman. Firman Allah SWT32:

30Al-Quran: Surahat-Taubah, ayat 129.31Al-Quran: Surah Arra’d, ayat 11.

32Al-Quran: Surah Ali Imran, ayat 139.

43

44

Page 11: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

ل) ت�� تم Yس م�م م!. م�6 ��Rت ل� سو ل� س� ل0ا س� � م. م! X�0ل ل� مXو� Zل س] ل? ل�ا ل� م�و� ت� ل? ل�ا ل�

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu berdukacita (bersedih hati terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” 

Yaqin bahawa setiap kesusahan/ujian Allah swt ke atas kita, akan disusuli dengan kesenangan, jika kita redha dan sabar. Firman Allah SWT33:

﴿ �‌�ر سس مي ‌�ت سس م4 سل � ل_ لم ل�� �Rت ﴿ ٥ل� �‌�ر سس مي ‌�ت سس م4 سل � ل_ لم ل�� �Rت ﴾٦

“Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disudahi dengan kemudahan.” 

Yaqin bahawa segala taqdir Allah itu adalah yang terbaik untuk kita. Firman Allah swt34:

كم وهوشر شيئا وا تحب أن م.  وعسى ل� س4 لي م# ل��ـ ل��ل ت تعلمونل ال وأنتم

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Yaqin bahawa segala yang Allah timpakan kepada kita adalah sesuatu yang kita mampu untuk tanggung. Firman Allah swt35:

ل�� ل4 aس م� ل��ا �Rت رس� س% Xل م# ل��ـ �ل bم د� ل7 مي ل�ا  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Yaqin yang semua do’a akan ALLAH swt qabulkan mengikut ketentuan ALLAH swt. Firman Allah swt36:

33 Al-Quran: Surahal-Insyirah ayat 5-6.

34Al-Quran: Surah al-Baqarah, ayat 216.35Al-Quran: Surahal-Baqarah, ayat 286.

36 Al-Quran: Surah Surah Al-Mu’min, yat 60.

ل. �� ل ل� ل- ل� م�و cم س* ل� aل ت?ي Gل ل<� ت� س) ل� ل� ��م ت< س7 ل! سس لي ل) تdي �ل ل � ل�� �Rت eا س. م7 لل fس gت ل! aس ل0� تXي م�و Gس � م. م7 Iم� ل� ل ل/� ل�ل) ت�ي cت �Gل

Maksudnya “Dan Tuhanmu berfirman:Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".

Yaqin bahawa solat adalah sebaik-baik kaedah memohon pertolongan. Firman Allah SWT37:

1.1 والصالة بالصبر ل)  واستعينوا ت�4 hت ل>� سل � ل�ى ل� ل��ا �Rت ة@ ‌�ل ت<� ل7 لل ل�� Xل� �Rت ل� ا

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; Dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” 

Yaqin dengan berzikir (yakni, mengingati ALLAH swt) hati menjadi tenang.Firman Allah swt38:

الله بذكر قلوبهم وتطمئن أمنوا الذينالقلوب تطمئن الله أالبذكر

Ertinya : "orang-orang mu'min hatinya tenteram karena mengingat allah, ingatlah allah, karena dengan mengingat allah hati menjadi tenteram"

Yaqin bahawa dengan beristighfar dan membaca AL-QURAN, Allah swt akan memudahkan setiap usaha kita.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yangtidak disangka-sangka.” (HR. Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Yaqin yang al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit. Firman Allah swt39:

ر�� لس� cل ل�ا ��Rت ل) س� ت2 تل �jل� �ل م* سي Zت لي لا ل�� ل) س� ت� تم Yس م2 س� تل kة ل2 س' ل� ل� Nة ل%� hت لو Qم لم� ت� �C �س م9 سل � ل) تم م Zد ل� Xم ل�

37Al-Quran: Surah al-Baqarah, ayat 45.

38Al-Quran: Surah Ar Ra'd, ayat28.39Al-Quran: Surah Al-Isra`, ayat 82.

Page 12: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

 “Dan Kami turunkan dari Al-Qur`an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang dzalim selain kerugian.” 

Yaqin bahawa bagi setiap penyakit, ada baginya ubat, kecuali mati. Nabi s.a.w bersabda:

"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)".

Yaqin bahawa Allah akan menolong hamba-Nya yang gigih mematuhi perintahNya. Firman Allah swt40:

ل) ت�� تس خ] م2 خل ٱ ل_ ل2 لل ل# ل�� ٱل ل�� �Rت ل� ا� ل� ل� م< aم خ. م� �� ل لي ت* خ� ل� لل ل�� ت�� س� م*� ل� لل- ل) تdي �ل ل ٱMaksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan (membaiki amalannya)”.

Tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH swt dalam apa keadaan sekalipun. Firman Allah SWT41:

8ه الل ر وح من تيأسوا م�  وال سو ل9 سل � ل��ا �Rت ت# ل��ـ �ل lت س� ‌�� ل تم) م� ل�0 س� لي ل�ا م# X� ل �Rت ا ل� �‌�م ت� ل�7 سل �“…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah.Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” 

Bahkan apa yang paling istimewa kepada pengamal (kaunselor) Kaunseling Islam ialah kerjaya atau praktis sebagai kaunselor merupakan suatu amal soleh yang akan diganjari oleh Allah swt serta menjadi bekalan untuknya di akhirat kelak. Itu janji Allah swt, dan Dia tidak akan memungkiri janji sebagaimana firman-Nya42:

40Al-Quran: Surah al-Ankabut, ayat 69.41Al-Quran: Surah Yusuf, ayat 87.42Al-Quran: Surah Ali Imran, ayat 194.

نا وآتنا ما وعدتنا على رسلك وال تخزنا يوم ربك ال تخلف الميعاد القيامة إن

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji”.

11.0 PENUTUP

Hasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat ketara diantara dua aliran ini, terutamanya yang melibatkan aspek persoalan teori atau dasar, teori atau konsep personaliti, obligasi dan matlamat kaunseling. Terdapat beberapa aspek tambahan yang eksklusif berkaitan fungsi kaunseling serta ciri-ciri dan kemahiran kaunselor dalam Kaunseling Islam. Seterusnya, terdapat beberapa aspek yang unik dan istimewa dalam Kaunseling Islam yang tidak ada dalam Kaunseling Konvensional iaitu konsep redha, tawakkal, empowerment serta yakin kepada Allah SWT yang Maha Mencipta (al-Khaliq- (الخالق manusia, isu atau masalah, Maha Mentaqdirkan (al-Qadir- القادر) segala yang berlaku, yang juga menjadi tempat pergantungan manusia untuk mengadu segala sesuatu dan memohon pertolongan (al-Somad- ــ*ــ .(�ــلــصـــ2

Perbezaan-perbezaan tersebut menjadi sebahagian justifikasi bahawa Kaunseling Islam adalah satu aliran kaunseling yang khusus serta genuine, dan bukannya sekadar tempelan kepada Kaunseling Konvensional. Tidak cukup dalam mengislamisasikan Kaunseling Konvesional, hanya dengan mengubah pengendalinya kepada oleh seorang kaunselor Muslim. Sebaliknya terdapat beberapa struktur dan elemen dalam Kaunseling Konvensional itu sendiri yang perlu diubah atau ditambah untuk menjadikannya Islamik.

Sebagai lanjutan kepada analisis ini, penulis mencadangkan agar beberapa kajian yang lebih terperinci dilakukan untuk menyaring beberapa teori Kaunseling Konvesional untuk menilai elemen-elemen yang patuh syariah atau sebaliknya. Semoga para sarjana terus melakukan penyelidikan berkaitan Kaunseling Islam agar ia dapat dipersadakan di Malaysia khusunya dan di dunia Islam amnya.

45

Page 13: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Al-Jailani, Abd al-Qadir (1992).Futuh al-Ghayb, Al-Baz Publishing.

Siti Sarawati Johar & Ishak B. Mad Shah (2011).Kecerdasan Emosi Ketua Dalam Elemen Tadbir Urus Insan Dari Perspektif Model Kerohanian Imam Al-Ghazali, International Management Conference (hlm. 01-20). Kuala Terengganu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Muslim, Abi Hussain Hajjaj Qusyairy (2001). Sahih Muslim, Beirut Lebanon: Dar al-Kotob al-Ilmiyah

Abu Bakar, Rizal (2009). Kaunseling daripada perspektif Islam : Apa, siapa, kenapa dan

bagaimana, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

Ahmad B. Hanbal (t.t.), Al-Musnad li Imaam Ahmad B. Muhammad B. Hanbal, Kuala Lumpur: Pustaka Azzam.

Ahmad Raba, Abdul halim Othman (1998), Toward Islamization of Guidance and Counselling, Jurnal PERKAMA, Bil.7, Sabah: Persatuan Kaunseling Malaysia.

Al-Bukhari, M.I. (1997). Sahih Bukhari. Translated by Muhammad Muhsin Khan. Riyadh: Darussalam.

Al-Ghazali, (2000).Ihya Ulumuddin. Thaqiq Abdul

Rahim bin al-Husin al-Iraqi. Kaherah: Dar al-Taqwa li al-Turath.

Al-Tuftazani, (2009).Syarh al-Aqaid al-Nasafiyya, Karachi: Maktabah al-Madaniyyah.

Badri, M. (1398H), ‘Ulamā’ al-Nafs al-Muslimūn Fi hujr Al-dhab, Majallah Al-Muslim Al-Maāshir.

Ibn Hibban (t.t.), Shahih Ibnu Hibban, Tahqiq: Syu'aib al-Arnauth, Kuala Lumpur: Pustaka Azzam.

Ibn Manzuur, J.M. (1300H), Lisan al-‘Arab, Vol.13, Cairo: Daar al-Misriyyah.

Nor Anisah Abdul Malek (1992), Konsep manusia Menurut Pandangan Islam: Satu Pemikiran Ke Arah Pembentukan Teori Kaunseling Islam, Kuala Lumpur : Arena Ilmu.

Rogers, C. (1986). Client-centered therapy. In I.L Kutash and A. Wolf (Eds).Psychotherapist’s casebook:Therapy

and Techniquein Practice, San Francisco: Jossey Bass.

Zulkifli Yusuf (1992), Bimbingan Kaunseling di Malaysia Satu Tinjauan, Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.

47

46

Page 14: storage.googleapis.com · Web viewHasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Vol 2, No.6 ; 2018