TERAPI BIBLIO (isl 6)

download TERAPI BIBLIO (isl 6)

of 20

Transcript of TERAPI BIBLIO (isl 6)

TERAPI BIBLIOAHLI KUMPULAN: Muhamad Rosli bin Meli Nabilla binti Mohamad Nasri

SEJARAH TERAPI BIBLIO Kaunseling atau terapi biblio paling awal digunakan adalah pada zaman Yunani yang mana terdapat satu papan kenyataan yang tergantung di pintu masuk sebuah pusat sumber dengan kata-kata: TempatMerawat Jiwa (Zaccaria dan Moses, dalam Nystul, 2003)

PENGAPLIKASIAN SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA Terapi biblio digunapakai oleh tentera yang cedera di mana mereka mendapati membaca adalah satu proses pemulihan (healing process) yang lebih pantas dan tenang.

NAMA/ISTILAH LAIN Kaunseling biblio Panduan biblio Psikologi biblio Terapi literatur Terapeutik perpustakaan Terapi membaca

DEFINISI TERAPI BIBLIO MENURUT PANDANGAN TOKOH Shrodes (1950):- proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca dengan kesusasteraan di bawah bimbingan seorang yang terlatih. Harris dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan bahanbahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari segi kesedaran kendiri. Pardeck dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui buku-buku.

KONSEP TERAPI BIBLIO Fleshman dan Fryrear (dalam Nystul,2003) menyatakan bahawa konsep utama kaunseling atau terapi biblio berasal daripada teori psikoanalisis Freud iaitu:Unsur kesejagatan Identifikasi Catharsis Celik akal Penyelesaian masalah

UNSUR KESEJAGATAN Klien akan mengurangkan perasaan malu, serba salah, dan terasing apabila dapat berkongsi masalah

IDENTIFIKASI Klien mengaitkan dirinya dengan watak tertentu di dalam buku Menjadikannya sebagai role-model dari segi sikap dan nilai

CATHARSIS (PENGUBAT HATI) Buat pendedahan kendiri Luahan perasaan tanpa had Lihat bagaimana watak selesaikan masalah yang dialami Pemahaman kendiri

CELIK AKAL Membaca dan membuat perbandingan dengan alternatif penyelesaian yang digunakan oleh watak dalam buku

PENYELESAIAN MASALAH Ambil masa untuk mencapai matlamat kaunseling Berlaku secara beransur-ansur Mencuba pelbagai alternatif penyelesaian

KEGUNAAN TERAPI BIBLIO Mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya, bahan-bahan seperti Chickens Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih (dari segi emosi). Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan (misalnya ketika beratur menunggu sesuatu) Menghilangkan ketegangan (panas baran, marah, tidak sabar). Meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Dapat menyelesaikan masalah murid. Membantu murid memperoleh ilmu.

ALAT/KAEDAH TERAPI BIBLIO Cerita Pendek Biografi Buku Bantu-kendiri Cerita Dongeng Buku Gambar Video

PROSES TERAPI BIBLIO MENURUT PARDECK (1993)1. IDENTIFIKASIkenal pasti keperluan klien dalam sesi kaunseling.

2. PEMILIHANpemilihan buku bersesuaian mengikut masalah klien. Proses pemilihan memerlukan kemahiran dan insight. Buku perlu memberikan gambaran realistik dalam kehidupan dan bukannya hanya memberi khayalan indah semata-mata.

3. PEMBENTANGANPersembahan dan pembentangan. Diberikan dengan teknik yang strategik supaya klien dapat melihat persamaan tingkah laku dirinya dengan watak utama buku cerita yang diberi.

4. SUSULANTindakan susulan Berkongsi apa yang didapati daripada buku cerita. Melahirkan Catharsis secara lisan dan bukan lisan di dalam perbincangan atau penulisan Bila Catharsis berlaku, maksudnya klien telah mendapat meneroka dan merungkai penyelesaian

KELEBIHAN PENGGUNAAN TERAPI BIBLIO Meningkatkan pemahaman empatik terhadap orang lain dari segi budaya, cara hidup dan pengalaman sebenar. Meningkatkan pemahaman dan integrasi. Menggalakkan kemahiran keupayaan mengendalikan sesuatu. Membekalkan maklumat dan alternatif. Merangsang perbincangan perasaan dan idea. Meningkatkan kebolehan untuk menikmati kesusasteraan dan pembacaan.

Menggalakkan kelegaan emosi. Membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah harian. Membantu kanak-kanak dalam menangani perubahan dalam perkembangan dan gangguan emosi. Membantu kanak-kanak memahami bahawa orang lain juga mengalami masalah dan perasaan yang sama

Membekalkan maklumat berkenaan cabarancabaran yang mungkin dihadapi. Membekalkan rekreasi apabila membaca cerita yang baik berkenaan orang lain.

KEKURANGAN TERAPI BIBLIO Sesuai atau terhad kepada klien yang minat membaca sahaja Boleh diaplikasikan kepada murid yang boleh membaca sahaja Mengambil masa yang agak lama Kurang praktikal dalam kaunseling individu Memerlukan pemahaman yang tinggi. Perlu disesuaikan mengikut masalah yang dihadapi.

KESIMPULAN Terapi biblio ini jelaslah merupakan alat atau rawatan yang biasa dijalankan. Terapi biblio ini merupakan jalan penyelasaian alternatif kepada para kaunselor terhadap masalah yang dihadapi oleh kliennya.