Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

74
0 Analisa Teknikal zamrich TEKNIKAL ANALISIS PASARAN BURSA SAHAM MALAYSIA (BSKL)

description

ANALISIS SAHAM

Transcript of Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

Page 1: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

0

Analisa Teknikal

zamrich

TEKNIKAL

ANALISIS

PASARAN

BURSA SAHAM

MALAYSIA

(BSKL)

Page 2: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

1

Analisa Teknikal

zamrich

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/SURAT

1 Candlestick 2

2 Hubungan Harga dan Volume 6

3 Sokongan dan Rintangan 13

4 Corak Carta 16

TEKNIKAL INDIKATOR

5 Simple Moving Average 32

6 Moving Average Convergence Divergence 37

7 Relative Strength Index 43

8 Stochastic 49

9 Bollinger Bands 52

Page 3: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

2

Analisa Teknikal

zamrich

CANDLESTICK

Pada zaman Jepun Tokugawa Shogunate (1603 – 1687), carta candlestick diciptakan

oleh seorang peniaga beras, Honma Munehisa. Dia menggunakan carta candlestick

untuk merekod dan menganalisis perubahan harga beras. Peralatan ini telah membantu

dia meramal pergerakan harga beras dengan tepat.

Pada zaman sekarang, carta candlestick merupakan satu peralatan yang biasa

dikajikan dan diaplikasikan dalam pasaran saham. Candlestick boleh menggambarkan

pergerakan harga dalam bentuk grafik bagi satu tempoh masa tertentu.

Pembentukan Candlestick

Candlestick terdapat 2 jenis, candlestick yang berwarna putih dan hitam. Candlestick

yang berwarna putih menunjukkan harga saham naik, harga tutup (Close) lebih tinggi

daripada harga buka (Open). Sebaliknya, candlestick hitam melambangkan perkara

yang terbalik, iaitu harga tutup adalah lebih rendah daripada harga buka.

Candlestick terbentuk daripada 3 bahagian:

badan (body)

bayang atas (upper shadow)

bayang bawah (lower shadow)

Setiap candlestick mempunyai 4 nilai:

Open: Nilai pada pasaran buka

Close: Nilai pada pasaran tutup

High: Nilai paling tinggi yang tercapai dalam suatu tempoh masa

Low: Nilai paling rendah yang tercapai dalam suatu tempoh masa

 

Page 4: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

3

Analisa Teknikal

zamrich

Tempoh masa candlestick boleh ditentukan mengikut keperluan pelabur. Contohnya,

tempoh masa boleh diubahsuaikan menjadi sehari, dua hari, lima hari, seminggu, lima

minggu, sebulan dan lain-lain.

Faktor Utama Dalam Analisa Candlestick

2 faktor penting yang perlu diberi perhatian:

Kepanjangan badan

Kepanjangan bayang

Kepanjangan Badan

Secara amnya, kepanjangan badan boleh menunjukkan penguasaan pihak tertentu dan

kekuatan tekanannya. Semakin panjang badan candlestick, maka semakin besar

tekanan pihak penguasa.

Candlestick putih yang panjang menunjukkan pihak pembeli telah menguasai keadaan

perdagangan dan tekanan pembelian yang besar. Pihak pembeli sedang menyerang

dengan agresif dan serangannya berjaya menolak harga ke paras yang tinggi.

Sebaliknya, candlestick hitam yang panjang pula menunjukkan pihak penjual telah

menguasai keadaan perdagangan dan tekanan penjualan yang besar. Pihak penjual

telah berjaya menawan pembeli dan harga jatuh ke paras yang rendah.

Page 5: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

4

Analisa Teknikal

zamrich

Kepanjangan Bayang

Kepanjangan bayang boleh menunjukkan status pihak pembeli dan penjual. Adakah

pihak dominasi masih menguasai seluruh perdagangan? Adakah pihak dominasi masih

mempunyai tenaga untuk menyerang?

Secara umumnya, bayang atas yang panjang telah menunjukkan pihak pembeli tidak

berjaya menyerang ke paras atas dan tenaganya sudah kehabisan. Masa ini

kemungkinan besar pihak penjual akan menyerang balik, akibatnya harga akan

jatuh. Bayang atas semakin panjang, isyarat kelemahan pihak pembeli semakin kuat.

Bayang bawah yang panjang menunjukkan pihak penjual telah diserang balik oleh

pembeli. Tekanan pembelian yang besar telah berjaya menawan pihak penjual, harga

telah melantun ke paras yang lebih tinggi. Bayang bawah semakin panjang, isyarat

kelemahan pihak penjual semakin kuat.

JENIS CANDLESTICK

Big Black Candle

Biasanya, lilin ini mempunyai badan hitam yang panjang. Kewujudan lilin jenis ini selalu

menunjukkan pihak penjual sedang menguasai seluruh perdagangan.

Big White Candle

Biasanya, lilin ini mempunyai badan putih yang panjang. Tekanan yang kuat daripada

pihak pembeli telah menguasai seluruh perdagangan.

Page 6: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

5

Analisa Teknikal

zamrich

Doji

Terbentuk apabila nilai open dan close adalah sama. Panjang bayangan boleh berbeza-

beza. Dalam trend turun atau naik, doji memainkan sebagai satu isyarat pembalikan,

tekanan pembelian adalah seimbang dengan tekan penjualan. Bayang atas dan bawah

semakin panjang, isyarat pembalikan semakin kuat.

Long Lower Shadow

Lilin putih yang mempunyai bayangan bawah yang panjang. Bayangan bawah yang

panjang bermakna tekanan pihak pembeli telah berjaya menghalangkan penjatuhan

harga dan berjaya menolak harga bergerak ke atas. Isyarat kelemahan pihak penjual

tertunjuk.

Long Upper Shadow

Lilin hitam yang mempunyai bayangan atas yang panjang. Bayangan atas yang

panjang bermakna tekanan pihak penjual telah berjaya menghalangkan kenaikan harga

Page 7: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

6

Analisa Teknikal

zamrich

dan berjaya menolak harga bergerak ke bawah. Isyarat kelemahan pihak pembeli

tertunjuk.

 

HUBUNGAN HARGA-VOLUME

Pengenalan

Carta saham terdapat dua elemen yang penting, iaitu Harga dan Volume. Hubungan

antara dua elemen ini berhubungkait dengan emosi dan pandangan pasaran. Maka

dengan ini, pelabur mestilar memberi perhatian ke atas perubahan dua elemen ini pada

masa yang sama.

Biasanya, pemula hanya mementingkan perubahan Harga sahaja tetapi pakar selalu

memerhatikan perubahan Harga dan Volume sekali. Jika pelabur memerhati elemen

Harga sahaja, tafsiran pelabur mudah dibiaskan kerana pergerakan Harga tidak boleh

menggambarkan emosi pasaran sepenuhnya.

Terdapat 6 jenis hubungan Harga-Volume yang asas:

1. Harga naik, Volume naik

Keadaan ini menunjukkan pasaran yang beremosi positif, berpandangan optimistik

serta berharapan tinggi terhadap saham. Jadi, keinginan pelabur untuk membeli saham

tersebut sangat tinggi.

Harga naik, Volume naik ialah satu tanda yang baik.

Page 8: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

7

Analisa Teknikal

zamrich

2. Harga naik, Volume turun

Keadaan ini menunjukkan pasaran beremosi konservatif terhadap saham. Pelabur tidak

ingin mengambil tindakan untuk membeli saham walaupun harga naik tetapi mereka

lebih cenderung untuk menunggu dan memerhati prestasi pasaran pada masa ini.

Harga saham tersebut kemungkinan besar akan patah balik kerana keinginan pelabur

untuk membelinya sangat rendah.

Harga naik, Volume turun ialah tanda yang tidak baik.

Page 9: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

8

Analisa Teknikal

zamrich

3. Harga sama, Volume naik

Keadaan ini menunjukkan harga susah naik ke atas lagi walaupun banyak pelabur

membeli saham. Tekanan penjualan amat tinggi sehingga tekanan pembelian tidak

cukup besar untuk menolak saham bergerak ke atas.

Oleh itu, pelabur harus berhati-hati dalam keadaan ini kerana saham tersebut mungkin

akan jatuh.

4. Harga sama, Volume turun

Keadaan ini menunjukkan pasaran ingin menunggu dan memerhati prestasi saham

sebelum mengambil tindakan. Harga tidak bergerak kerana pihak pembeli dan pihak

penjual kurang aktif dan tidak ambil tindakan.

Page 10: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

9

Analisa Teknikal

zamrich

5. Harga turun, Volume naik

Keadaan ini menunjukkan emosi pasaran yang panik. Pasaran terkejut dan ingin

lepaskan saham dalam masa singkat. Pelabur lebih cenderung untuk menjual saham

walaupun transaksi dilaksanakan dalam paras harga yang rendah.

Harga turun, Volume naik merupakan satu tanda yang tidak baik.

Page 11: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

10

Analisa Teknikal

zamrich

6. Harga turun, Volume turun

Keadaan ini menunjukkan pihak penjual dalam pasaran semakin berkurang. Walaupun

tekanan penjualan sedang berkurang, tetapi masa ini masih tidak sesuai untuk membeli

saham kerana harga masih menurun.

Pelabur harus menunggu sehingga harga saham menjadi stabil dan berehat pada suatu

paras (tidak jatuh lagi). Lebih-lebih lagi, Volume berada pada tahap yang sangat rendah

untuk suatu tempoh masa. Situasi ini jelas menunjukkan tekanan penjualan telah

menjadi sangat rendah dan tidak berupaya menekan harga jatuh ke bawah lagi.

Page 12: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

11

Analisa Teknikal

zamrich

Page 13: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

12

Analisa Teknikal

zamrich

SOKONGAN DAN RINTANGAN

Dalam konsep sokongan dan rintangan, pasaran saham dibagaikan seperti medan

perang. Terdapat dua pasukan tentera di medan perang tersebut,

1. Pihak pembeli yang berpandangan positif (Bull)

2. Pihak penjual yang berpandangan negatif (Bear)

Dalam perang tersebut, kedua-dua pasukan akan meletakkan askar di tempat yang

sesuai untuk mendirikan kubu pertahanan. Kubu tersebut digunakan untuk

mempertahankan serangan pihak lain.

Dalam perdagangan saham, kubu-kubu yang didirikan boleh digambar sebagai tahap

sokongan dan rintangan saham, satu tahap harga yang menghalang saham terus

bergerak.

Sokongan dan Rintangan

Sokongan ialah tahap harga yang saham cenderung kepada berhenti dalam tren

kejatuhan.

Tekanan pembelian yang cukup besar telah wujud pada paras ini

berjaya menyokong kejatuhan saham

Pergerakan saham yang seterusnya bergantung kepada keadaan tekanan

pembelian dan penjualan

Rintangan ialah tahap harga yang saham cenderung kepada berhenti dalam tren

kenaikan.

Tekanan penjualan yang cukup besar telah wujud pada paras ini

berjaya menghalang kenaikan saham

Pergerakan saham yang seterusnya bergantung kepada tekanan pembelian and

penjualan

Page 14: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

13

Analisa Teknikal

zamrich

Hubungkait Sokongan dan Rintangan

Sokongan akan bertukar menjadi tahap rintangan selepas saham berjaya memecah

tahap sokongan. Sebaliknya, rintangan akan bertukar menjadi tahap sokongan selepas

saham berjaya memecah tahap sokongan.

Tahap sokongan dan rintangan selalu wujud pada

1. Fibonacci Retracement

2. Tahap sokongan/rintangan yang lepas

3. Harga dalam nombor bulat

Fibonacci Retracement

Nisbah Fibonacci dipercayai merupakan satu siri nombor ciptaan tuhan yang ajaib:

0, 23.6, 38.2, 50, 61.8, 78.6, dan 100

Keunikan siri nombor ini tergambar dalam alam semula jadi seperti dunia haiwan,

tumbuhan, manusia, pasaran saham dan lain-lain. Siri nombor ini sentiasa digunakan

untuk meramal tahap sokongan dan rintangan saham.

Dalam aplikasi Fibonacci Retracement,

1. Satu titik permulaan dan titik perakhiran perlu ditentukan.

2. Bahagikan jarak di antara titik permulaan dan perakhiran mengikut nisbah 0%,

23.6%, 38.2%, 50.0%, 78.6%, 100.0%.

Page 15: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

14

Analisa Teknikal

zamrich

3. Harga pada siri Fibonacci tersebut merupakan tahap rintangan/sokongan yang

diramalkan. 

4. Apabila harga saham mendekat tahap nombor Fibonancci, tekanan

sokongan/rintangan kemungkinan besar akan wujud dan menghentikan pergerakan

saham.

Carta di bawah jelas menunjukkan pergerakan harga menghadapi sokongan dan

rintangan apabila mendekati tahap Fibonacci Retracement.

Garisan biru ialah tahap Fibonanci retracement (0%, 23.6%, 38.2%, 50.0%, 78.6,

100.0, 123.6, 138.2%, ……).

Kawasan kuning merupakan tahap sokongan/rintangan yang mendekati Fibonacci

Retracement.

Page 16: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

15

Analisa Teknikal

zamrich

Tahap sokongan/rintangan yang lepas

Tahap sokongan/rintangan yang lepas memainkan peranan yang penting kerana ia

mudah menjadi sokongan/rintangan saham pada masa depan. Kebanyakan pelabur

akan merujuk kepada sejarah pergerakan saham, maka pelabur akan beli ketika saham

jatuh ke tahap sokongan dan jual ketika saham naik ke tahap rintangan.

Puncak dan lembah harga yang lepas juga merupakan tahap yang penting untuk

memprediksi sokongan dan rintangan saham. Hal ini demikian kerana pasaran selalu

mentafsirkan puncak sebagai titik penjualan dan lembah sebagai titik pembelian.

Carta di bawah jelas menunjukkan tahap rintangan dan sokongan pada masa lepas

ialah satu rujukan yang penting untuk meramalkan sokongan dan rintangan saham.

Harga dalam Nombor Bulat

Page 17: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

16

Analisa Teknikal

zamrich

Dalam pasaran saham, harga yang bernombor bulat selalu mempunyai tahap sokongan

dan rintangan yang ketara. Konsep ini boleh diterangkan daripada sudut psikologi

manusia.

Manusia lebih sensitif terhadap nombor bulat dan teringin mengambil tindakan apabila

harga mendekati nombor bulat. Contohnya, $1.00, $2.00, $3.00 dan sebagainya. Harga

di nombor bulat biasanya akan mencetuskan emosi dan keinginan pelabur untuk

membeli atau menjual.

CORAK CARTA

Carta merupakan satu alat yang rekod pergerakan harga. Jadi, ketafsiran carta menjadi

satu kemahiran pelaburan yang utama. Pelbagai jenis corak carta yang tampil di

pasaran, pelabur selalu menghadapi kesulitan dalam analisi corak carta. Sebenarnya,

corak carta yang berlainan boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan corak yang asas

sahaja.

1. Corak pembalikan – ciri corak yang wujud ketika proses pembalikan sedang

berlaku dalam suatu tren.

2. Corak pembetulan – proses pembetulan sebelum pergerakan yang seterusnya.

Page 18: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

17

Analisa Teknikal

zamrich

HEAD AND SHOULDERS

Pengenalan

Corak carta Head and Shoulders merupakan corak pembalikan yang terkenal. Corak ini

boleh dibahagikan kepada:

Head and Shoulders Top

Head and Shoulders Bottom

Head and Shoulders terdiri daripada left shoulder, head, dan right shoulder serta satu

paksi yang dilukis sebagai neckline.

Head and Shoulders Top

Ciri-ciri yang unik dalam head and shoulders top ialah:

Volume berkurang secara beransur-ansur dari left shoulder ke right shoulder.

Paksi yang menyambungkan dua lembah (right and left shoulder) dinamakan

sebagai neckline, tahap sokongan yang ketara.

Pembentukan head and shoulders top selalunya bermulakan dengan harga bergerak ke

atas secara beransur-ansur, tetapi ia terkena tekanan dari atas dan tidak berupaya

mengatasi tekanan tersebut. Tekanan penjualan jauh lebih kuat daripada tekanan

pembelian dan volume juga berkurang secara beransur-ansur.

Keadaan ini menunjukkan sebahagian pelabur telah mula bimbang dengan tekanan

penjualan saham tersebut. Isyarat kejatuhan menjadi lebih ketara apabila saham telah

jatuh ke bawah neckline dan tidak berupaya melantun ke atasnya.

Page 19: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

18

Analisa Teknikal

zamrich

Head and shoulders Bottom

Pembentukan ini mempunyai ciri-ciri yang terbalik daripada head and shoulders top.

Corak head and shoulders bottom selalu membawa isyarat kenaikan. Semasa

pembentukan ini, ciri-cirinya ialah:

Page 20: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

19

Analisa Teknikal

zamrich

Pergerakan harga selaras dengan volume: harga naik, volume naik; harga turun,

volume turun.

Garisan yang menyambungkan dua puncak (right dan left shoulder) dinamakan

sebagai neckline, tahap rintangan yang ketara.

Apabila harga berjaya memecahkan neckline dengan volume yang tinggi dan tidak jatuh

ke bawah neckline lagi, maka isyarat kenaikan yang tercetus adalah kuat.

Page 21: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

20

Analisa Teknikal

zamrich

DOUBLE TOP/BOTTOM

Pengenalan

Double top dan double bottom juga merupakan corak pembalikan yang selalu wujud.

Pelabur perlu memberi perhatian kepada pembentukan jenis corak ini supaya

boleh mengambil tindakan pelaburan yang sesuai.

Double top

Ciri-ciri yang unik dalam double top ialah:

Bentuknya sebagai perkataan “M” yang mempunyai dua puncak.

Satu garisan lurus yang dilukiskan untuk menyambung dua lembah dinamakan

sebagai neckline, tahap sokongan yang ketara.

Volume di puncak kiri sentiasa lebih tinggi daripada puncak kanan.

Page 22: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

21

Analisa Teknikal

zamrich

Double top ialah corak yang membawa isyarat pembalikan dalam trend naik. Dua

puncak yang agak sama tinggi menunjukkan harga tidak dapat memecahkan tahap

rintangan yang wujud di paras puncak tersebut.

Kekuatan isyarat kejatuhan dalam double top bergantung kepada:

Ketinggian puncak kanan; puncak kanan lebih rendah daripada puncak kiri,

menunjukkan isyarat kejatuhan yang lebih ketara.

Jarak di antara dua puncak; jarak di antara dua puncak semakin jauh, isyarat

kejatuhan semakin kuat.

Jatuh ke bawah neckline; isyarat kejatuhan sudah boleh dipastikan jika

harga jatuh ke bawah garisan ini dan tidak berupaya melantun ke atasnya.

Page 23: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

22

Analisa Teknikal

zamrich

Double bottom

Ciri-ciri yang unik dalam double bottom ialah:

Corak yang berbentuk “W”

Pergerakan harga selaras dengan volume: harga naik, volume naik; harga turun,

volume turun.

Paksi lurus yang menyambungan 2 puncak dinamakan sebagai neckline, tahap

rintangan yang ketara.

Double bottom ialah corak yang membawa isyarat kenaikan dalam trend turun. Dalam

trend turun, dua lembah yang terbentuk menunjukkan harga telah menemui satu tahap

sokongan yang kuat dan tidak jatuh ke bawahnya.

Kekuatan isyarat kenaikan dalam double bottom bergantung kepada:

Ketinggian lembah kanan; lembah kanan lebih tinggi daripada lembah kiri

menunjukkan isyarat kenaikan yang lebih kuat.

Page 24: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

23

Analisa Teknikal

zamrich

Melantun ke atas neckline; neckline adalah tahap rintangan yang kuat,

isyarat kenaikan sudah boleh dipastikan jika harga melantun ke atas garisan ini.

CUP AND HANDLES

Pengenalan

Cup and handle mempunyai corak yang bentuknya sama dengan cawan. Terdapat 2

jenis Cup and Handle:

Cup and Handle

Inverted Cup and Handle

Cup and Handle

Pembentukan ini berciri berikut:

pergerakan harga selaras dengan volume.

Neckline yang terbentuk merupakan tahap rintangan yang kuat.

harga memecah neckline dan bergerak ke atasnya, maka pergerakan bullish akan

melanjut.

Page 25: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

24

Analisa Teknikal

zamrich

Inverted Cup and Handle

Inverted cup and handle mempunyai corak yang bentuknya terbalik dengan cup and

handle. Dalam pembentukan ini,

Pergerakan harga selalunya tidak selaras dengan volume.

Neckline yang terbentuk merupakan tahap sokongan yang kuat.

Isyarat bearish tercetus sekiranya harga jatuh ke bawah neckline.

Page 26: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

25

Analisa Teknikal

zamrich

 

Page 27: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

26

Analisa Teknikal

zamrich

 

BOX

Box adalah corak pembetulan yang harga aset bergerak dalam satu jarak harga yang

tetap. Box terdiri daripada kotak atas (tahap rintangan) dan kotak bawah (tahap

sokongan) yang mengehadkan pergerakan harga. Semasa harga bergerak dalam box,

arah tujunya selalu tidak jelas.

Arah pergerakan saham hanya akan menjadi jelas apabila ia berjaya memecahkan

kotak atas atau kotak bawah dengan volume yang tinggi. Oleh itu, pelabur hendaklah

menunggu dan memberi perhatian kepada pergerakan yang berjaya memecahkan

tahap atas atau bawah.

Page 28: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

27

Analisa Teknikal

zamrich

Harga memecahkan tahap kotak atas

Page 29: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

28

Analisa Teknikal

zamrich

Harga memecahkan tahap kotak bawah

Page 30: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

29

Analisa Teknikal

zamrich

TRIANGLE

Pengenalan

Triangles merupakan corak pembetulan yang berbentuk sama dengan segi tiga.

Ciri-cirinya ialah:

Jarak pergerakan harga smakin lama semakin sempit.

Upper trendline menyambung semua titik puncak.

Lower trendline menyambung semua titik lembah.

Trendlines menumpu ke titik yang sama, lower trendlines akan bertemu

dengan upper trendline pada satu titik.

Volume juga akan semakin berkurang untuk bereaksi dengan pergerakan harga

yang semakin tidak aktik (bergerak dalam ruang yang sempit).

Apabila harga bergerak dalam triangle, dua trendlines yang membentukkan segi tiga itu

memainkan peranan yang penting. Trendlines tersebut adalah tahap rintangan dan

sokongan yang penting.

Harga bergerak ke atas dan memecahkan upper trendline dengan volume yang

tinggi, bullish.

Page 31: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

30

Analisa Teknikal

zamrich

Harga bergerak ke bawa dan memecahkan bottom trendline dengan volume yang

tinggi, bearish.

Page 32: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

31

Analisa Teknikal

zamrich

Page 33: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

32

Analisa Teknikal

zamrich

SIMPLE MOVING AVERAGE

Simple moving average (SMA) ialah satu alat teknikal yang terkenal dengan

penggunaannya yang mudah dan nilai kerujukan yang tinggi. Gangguan dan turun naik

yang wujud dalam pergerakan harga harian boleh disingkirkan dan dineutralkan dengan

aplikasi SMA.

Formula SMA

Formula Matematik SMA:

Contoh Penghitungan SMA 10 hari:

Dalam setiap penghitungan SMA, jumlah harga 10 hari dibahagikan dengan 10 untuk

mendapatkan harga purata. Untuk setiap hari yang berikutnya, data pertama dalam

pengiraan sebelumnya akan dikeluarkan dan digantikan dengan data harian terbaru.

Page 34: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

33

Analisa Teknikal

zamrich

Fleksibiliti SMA

SMA ialah satu penunjuk yang fleksibel kerana parameter “tempoh masa” boleh

disesuaikan mengikuti kegemaran dan keperluan pelabur. Tempoh masa yang biasa

digunakan dalam aplikasi SMA ialah 15, 20, 30, 50, 100 dan 200 hari. Intraday trader

selalu menggunakan SMA dengan parameter 5, 10, 15 dan 60 minit dalam

perdagangan hariannya.

Walaupun fleksibiliti SMA tinggi, tetapi SMA boleh dibahagi kepada 3 jenis:

Secara amnya,

Tempoh masa yang ditentukan semakin pendek, maka SMA tersebut semakin

sensitif kepada perubahan harga.

Tempoh masa yang ditentukan semakin panjang, maka SMA tersebut semakin

kurang sensitif kepada perubahan harga.

Fungsi dan Aplikasi SMA

1. Fungsi utama SMA ialah mengenalpasti trend. Ia merupakan satu lagging indicator,

satu penunjuk yang hanya boleh memastikan trend yang telah ditubuhkan tetapi tidak

boleh meramalkan trend yang akan datang.

Trend naik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

SMA (jangka pendek, serdehana, panjang) menuju ke atas

Lembah yang terdiri semakin tinggi

Trend turun mempunyai ciri-ciri yang berikut:

SMA  (jangka pendek, serdehana, panjang) menuju ke bawah

Puncak yang terdiri semakin rendah

Page 35: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

34

Analisa Teknikal

zamrich

2. Momentum pergerakan hargajuga boleh digambarkan dalam SMA. Momentum ialah

kekuatan pergerakkan dalam arah tertentu. Aplikasi ini menggunakan 3 SMA yang

berlainan untuk mengukur momentum pergerakan harga aset.

Contoh combinasi SMA dalam aplikasi ini ialah 10, 50 dan 100 hari. Arah pergerakan

SMA yang akan menggambarkan kekuatan momentum. Momentum yang kuat

bermaksud arah trend tidak mudah berubah dan tenaga yang besar telah wujud dalam

pergerakan tersebut.

Arah tuju ketiga-tiga SMA sama: momentum kuat.

Arah tuju ketiga-tiga SMA berbeza: momentum kurang.

Page 36: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

35

Analisa Teknikal

zamrich

3. Pencetus isyarat pembelian dan penjualan. Sepasang SMA akan digunakan dalam

aplikasi ini,isyarat tercetus apabila crossover berlaku di antara SMA jangka pendek

(sensitif) dengan SMA jangka panjang (kurang sensitif).

Page 37: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

36

Analisa Teknikal

zamrich

4. SMA sebagai tahap sokongan dan rintangan. Setiap saham mempunyai SMA yang

unik dan berfungsi sebagai rujukan tahap sokongan dan rintangan yang tepat.

SMA yang selalu berperanan sebagai tahap sokongan dan rintangan adalah:

SMA 10 hari

SMA 20 hari

SMA 50 hari

Page 38: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

37

Analisa Teknikal

zamrich

 

MOVING AVERAGE CONVERGENCE DIVERGENCE

Pada keakhiran tahun 1970-an, Gerald Appel telah berjaya mencipta suatu alat teknikal

yang bernama Moving Average Convergence Divergence (MACD) yang terkenal

dengan fungsinya dalam perdagangan pasaran saham dan komoditi.

MACD terdapat 4 elemen yang perlu diberi perhatian:

Garisan MACD

Garisan Signal

Garisan Neutral

Histogram

Penghitungan MACD

Page 39: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

38

Analisa Teknikal

zamrich

Formula matematik yang digunakan untuk pengiraan Garisan MACD:

1. Garisan MACD = (12 period Exponential Moving Average) – (26 period Exponential

Moving Average)

2. Garisan Signal adalah 9 period Exponential Moving Average untuk Garisan MACD.

3. Garisan yang bernilai O adalah garisan neutral.

4. Histogram merupakan hasil penolakan Garisan MACD dan Signal.

Parameter Piawai

Parameter piawai yang digunakan dalam penghitungan MACD adalam 12 EMA dan 26

EMA.

Garisan signal piawai yang digunakan adalah 9 EMA.

Walaupun pelabur boleh mengubahkan parameter ini mengikut strategik pelaburan,

tetapi pelabur digalakkan menggunakan parameter piawai sebelum membiasakan diri

dengan penggunaan penunjuk teknikal ini.

Aplikasi

1. Crossover di antara Garisan Signal dan MACD dijadikan sebagai isyarat pembelian

dan penjualan.

Apabila MACD cross garisan Signal dan jatuh ke bawahnya. Isyarat penjualan tercetus.

Apabila MACD cross garisan Signal dan naik ke atasnya. Isyarat pembelian tercetus.

Graf histogram merupakan penunjuk awal bagi isyarat crossover. Sebelum crossover

berlaku, histogram yang terbentuk akan semakin kecil. Perubahan histogram

membolehkan pelabur memberikan perhatian kepada crossover yang akan berlaku

tidak lama lagi.

Page 40: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

39

Analisa Teknikal

zamrich

2. Divergence yang berlaku apabila gerakan saham tidak selaras dengan MACD,

MACD memberikan isyarat teknikal bahawa tren semasa saham akan berakhir tidak

lama lagi.

Bullish divergence – MACD membentuk lembah yang semakin tinggi sewaktu saham

membentuk lembah yang semakin rendah. MACD memberikan isyarat kenaikan.

Page 41: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

40

Analisa Teknikal

zamrich

Bearish Divergence – MACD membentuk puncak yang semakin rendah sewaktu

saham membentuk puncak yang semakin tinggi. MACD memberi isyarat kejatuhan.

Page 42: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

41

Analisa Teknikal

zamrich

3. Garisan neutral adalah tahap sokongan dan rintangan yang ketara bagi penunjuk

MACD.

Saham cenderung kepada melantun ketika MACD mendapat sokongan daripada

garisan neutral.

Saham cenderung kepada jatuh ketika MACD menghadapi rintangan pada garisan

neutral.

Page 43: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

42

Analisa Teknikal

zamrich

Page 44: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

43

Analisa Teknikal

zamrich

RELATIVE STRENGTH INDEX

Relative Strength Index (RSI) merupakan salah satu penunjuk yang diciptakan oleh

J.Welles Wilder pada tahun 1970-an dan pertama kali diterbitkan dalam bukunya “New

Concept in Technical Trading Systems”. Penunjuk ini terkenal dengan penggunaannya

yang mudah serta nilai rujukan yang tinggi.

Penunjuk RSI direkakan untuk mengukur kekuatan relatif pasaran berdasarkan

perbandingan antara kenaikan dan penurunan yang ditampilkan dalam bentuk indeks

yang bergerak daripada skala 0 sehingga 100.

Formula:

N = purata kenaikan harga selama n hari

T = purata penurunan harga selama n hari

Zon Indeks

Nilai RSI berskala dari 0 – 100. Zon yang berlainan membawa mesej yang berbeza.

80 ke atas - Zon jenuh beli (overbought)

51 ke atas - Tekanan pembelian yang tinggi

Paras 50 - Neutral. Tekanan pembelian seimbang dengan tekanan penjualan

49 ke bawah – Tekanan penjualan yang tinggi

20 ke bawah – Zone jenuh jual (oversold)

Page 45: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

44

Analisa Teknikal

zamrich

Fleksibiliti

RSI menggambarkan tekanan pembelian atau penjualan yang wujud dalam satu

tempoh masa, n. Parameter, n dalam formula RSI boleh disesuaikan mengikuti

keperluan dan strategik pelabur.

Parameter masa piawai ialah 14

Parameter masa semakin pendek, RSI menjadi sensitif dan menghasilkan banyak

isyarat

Parameter masa semakin panjang, RSI menjadi kurang sensitif dan kurang

menghasilkan isyarat

Zon Overbought dan Oversold juga boleh disesuaikan mengikut strategik pelabur.

Misalnya, pasangan level (20,80) dan level (30,70) selalu ditentukan sebagai zon

oversold dan overbought.

Aplikasi RSI

1. Isyarat Overbought dan Oversold

Aplikasi ini adalah berdasarkan prinsip bias dalam pergerakan saham.

saham akan mengalami pembetulan jika naik terlalu banyak (overbought)

saham akan melantun jika jatuh terlalu banyak (oversold)

Pelabur bukan sahaja memerhati isyarat yang dihasilkan daripada RSI tetapi juga perlu

memerhati gerakan harga. Pelabur hanya boleh mengambil tindakan sekiranya gerakan

harga selaras dengan isyarat RSI yang tercetus.

RSI jatuh ke zon oversold, gerakan harga perlu menunjukkan kejatuhannya telah

berhenti dan mula naik dengan perlahan.

RSI naik ke zon overbought, gerakan harga perlu menunjukkan kenaikannya telah

menjadi lemah dan mula turun dengan perlahan.

Page 46: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

45

Analisa Teknikal

zamrich

2. Harga bergerak dalam BOX

Fungsi utama penunjuk RSI adalah untuk mengesan tahap sokongan dan rintangan

saham. Apabila saham bergerak dalam corak kotak, tahap sokongan(kotak bawah) dan

rintangan(kotak atas) amat ketara.

Biasanya, tahap rintangan akan wujud di kotak atas apabila RSI berada dalam zon

overbought. Apabila harga menemui sokongan dari kotak bawah, indeks RSI akan

berada dalam zon Oversold.

Page 47: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

46

Analisa Teknikal

zamrich

3. Divergence

Divergence adalah situasi yang berlaku apabila gerakan indeks RSI berbeza dengan

gerakan harga.

Divergence positif – harga membentuk lembah yang semakin rendah; RSI tidak

mengikut pergerakan harga tetapi mengarah ke atas. Isyarat pembelian tercetus. 

Divergence negatif – harga membentuk puncak yang semakin tinggi; RSI tidak

mengikut pergerakan harga tetapi mengarah ke bawah. Isyarat penjualan tercetus.

Carta di bawah menunjukkan Divergence Positif. RSI sepatutnya membentuk indeks

yang berparas sama (lembah harga berhenti pada paras yang sama), tetapi RSI

berbeza daripada gerakan harga dan membentuk lembah yang semakin tinggi. RSI

telah memberi isyarat bahawa harga akan naik.

Page 48: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

47

Analisa Teknikal

zamrich

Carta di bawah menunjukkan Divergence Negatif. RSI sepatutnya membentuk puncak

yang semakin tinggi sewaktu puncak harga yang terbentuk semakin tinggi, tetapi RSI

berbeza daripada gerakan harga dan membentuk puncak RSI yang semakin rendah.

RSI telah memberi isyarat bahawa harga akan turun. 

Page 49: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

48

Analisa Teknikal

zamrich

4. Failure Swing

Failure swings merupakan aplikasi RSI yang unik. Aplikasi ini bebas daripada gerakan

harga tetapi hanya fokus dalam gerakan RSI.

Failure swings Bottom – RSI jatuh ke bawah 30, lantun ke atas, jatuh lagi tetapi

berjaya berdiri di atas 30, seterusnya ia mula bergerak ke atas tanpa kembali balik.

Failure swings Top – RSI naik ke atas 70, jatuh ke bawah, naik lagi tetapi gagal

menyeberang 70, seterusnya ia mula jatuh ke bawah tanpa lantun balik.

Page 50: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

49

Analisa Teknikal

zamrich

STOCHASTIC

Stochastic adalah salah satu teknikal indikator yang popular dalam perdagangan

saham. Alat teknikal ini diciptakan oleh George C.Lane pada keakhiran tahun 1950-an.

Teori penciptaan stochastic adalah berdasarkan kedudukan harga tertutup pada julat

puncak-lembah yang lepas. Pencipta tersebut yakin bahawa saham akan mengalami

pembetulan jika kedudukan relatif adalah tinggi; kedudukan relatif yang rendah

akan menyebabkan lantunan berlaku.

Selain itu, prinsip momentum juga diutamakan dalam penggunaan stochastic.

Momemtum sentiasa berubah sebelum arah gerakan saham berubah.

Formula dan penggunaan Stochastic agak sama dengan Relative Strength Index (RSI).

Oleh itu, kombinasi 2 penunjuk teknikal ini selalu digunakan untuk menghasilkan

keputusan yang lebih baik.

Formula Stochastic

%K = (Harga Tutup – Lembah)/(Puncak – Lembah) * 100

%D = Simple Moving Average 3 hari untuk %K

Lembah = Harga terendah yang terbentuk pada suatu tempoh masa

Puncak = Harga tertinggi yang terbentuk pada suatu tempoh masa

Parameter masa yang piawai adalah 14.

Page 51: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

50

Analisa Teknikal

zamrich

Stochastic bergerak dalam skala 0 hingga 100.

Aplikasi

1. Isyarat Overbought dan Oversold.

Overbought = Stochastic berdiri di atas paras 80.

Oversold = Stochastic berdiri di bawah paras 20.

Pasangan overbought dan oversold yang piawai adalah (80 , 20). Terdapat pelabur

yang menggunakan pasangan nilai (70 , 30) sebagai pencetus isyarat.

2. Divergence yang berlaku ketika gerakan saham tidak selaras dengan penunjuk

Stochastic. Stochastic memberikan isyarat teknikal bahawa tren semasa saham akan

Page 52: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

51

Analisa Teknikal

zamrich

berakhir tidak lama lagi. Momemtum stochastic sentiasa bergerak di depan gerakan

saham.

Bullish divergence – Stochastic membentuk lembah yang semakin tinggi sewaktu

saham membentuk lembah yang semakin rendah. Isyarat kenaikan dipastikan apabila

Stochastic naik ke atas paras 50.

 Bearish Divergence – Stochastic membentuk puncak yang semakin rendah sewaktu

saham membentuk puncak yang semakin tinggi. Isyarat kejatuhan dipastikan apabila

Stochastic jatuh ke bawah paras 50.

Page 53: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

52

Analisa Teknikal

zamrich

BOLLINGER BANDS

Harga saham sekarang berada pada paras tinggi atau rendah?

Salah satu kesusahan yang dihadapi oleh pelabur adalah ketidaktahuan tentang paras

saham…Beli pada pucuk…Jual pada lembah…

Sekarang saya akan memperkenalkan satu penunjuk teknikal kepada anda.

Bollinger Bands

Saya yakin Bollinger Bands dapat bantu anda menjawab pertanyaan dalam

penentuan strategik supaya keuntungan anda ditingkatkan.

Bollinger Bands adalah teknikal indikator yang diciptakan oleh John Bollinger pada

tahun 1980-an.

Teknikal indikator ini terdiri daripada 3 garisan yang dinamakan:

Page 54: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

53

Analisa Teknikal

zamrich

Upper band

Middle band

Lower band

Bollinger bands berfungsi sebagai terowong saham, arah gerakan saham sentiasa

selaras dengan middle band. Kajian statistik menunjukkan 90% gerakan saham

terbentuk dalam terowong ini.

Secara amnya, saham naik dekat upper band, kedudukan relatif saham adalah tinggi;

sebaliknya, kedudukan relatif saham adalah rendah jika saham jatuh dekat lower band.

Pencipta Bollinger Bands menekan bahawa Bollinger Bands tidak memberi isyarat

pembelian/penjualan, penunjuk teknikal ini hanya memberitahu kedudukan relatif

saham (sama ada kedudukan saham tinggi atau rendah). Dalam tren naik yang ketara,

saham selalu bergerak dekat upper band. Sama juga dalam tren turun, saham selalu

dekat lower band.

Kadang-kala, pengguna salah faham konsep Bollinger Bands, tersilap guna Bollinger

Bands sahaja untuk beli dan jual saham. Di sini, saya tekan lagi aplikasi Bollinger

Bands adalah untuk menguji kedudukan relatif saham tetapi bukan memberi isyarat

beli/jual.

Gambar rajah di bawah boleh meningkatkan kefahaman anda terhadap fungsi Bollinger

Bands:

Page 55: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

54

Analisa Teknikal

zamrich

Sebagai terowong saham

90% gerakan saham berlaku dalam terowong

Tidak memberi isyarat beli/jual

Kenalpasti kedudukan relatif saham

Selain itu, Bollinger Bands perlu digunakan bersama teknikal indikator yang lain untuk

memberikan isyarat beli/jual. Kajian John Bollinger menunjukkan ketepatan isyarat

beli/jual boleh ditingkatkan dalam kombinasi Bollinger Bands dengan teknikal indikator

lain.

Penunjuk teknikal yang selalu dipasangkan dengan Bollinger Bands adalah

Relative Strength Index (RSI)

Stochastic

Moving Average Convergence Divergence (MACD)

Page 56: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

55

Analisa Teknikal

zamrich

Kesimpulannya, banyak Top Trader di dunia ini menggunakan Bollinger Bands

sebagai asas sistem perdagangan saham. Teknikal indikator yang lain hanya

berfungsi sebagai rujukan beli/jual dalam sistem perdagangan.

Dalam tren naik, Trader selalu abaikan isyarat overbought kerana momentum

saham yang kuat akan meneruskan kenaikannya, manakala, nilai rujukan isyarat

oversold yang dijanakan adalah lebih tinggi.

Sebaliknya, dalam tren turun, isyarat oversold selalu diabaikan; ketepatan isyarat

overbought adalah lebih tinggi.

Page 57: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

56

Analisa Teknikal

zamrich

TIPS PEMILIHAN KAUNTER PELABURAN

Berapakah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia? Saya telah melayari laman

web Bursa Malaysia dan informasi yang saya dapatkan adalah seperti berikut:

Data ini menunjukkan 906 syarikat tersenarai dalam pasaran kita.

Mampukah kita menjalankan analisa fundamental dan teknikal ke atas kaunter yang

banyak ini untuk memilih sasaran pelaburan?

Adakah anda juga menghadapi masalah ini?

Saya juga seorang pelabur runcit. Oleh itu, saya jelas dengan masalah yang dihadapi

oleh pelabur runcit. Hari ini saya ingin berkongsi suatu pendekatan yang

boleh memudahkan proses pemilihan sasaran pelaburan, iaitu top down approach.

Top Down Approach

Prinsip utama kaedah ini adalah kaji dan analisis situasi keseluruhan pasaran dulu,

lepas itu melanjutkan kepada sektor yang berlainan. Akhirnya, kita akan fokus dalam

individu kaunter yang terdapat dalam sektor yang baik.

Sekiranya prestasi keseluruhan pasaran baik, maka kita perlu meneruskan kajian ke

peringkat kedua – cari sektor yang sedang melambung. Selepas kenalpasti sektor,

kaunter yang kita perlu kaji hanya terhad kepada syarikat yang dalam sektor tersebut.

Kaedah ini telah banyak jimat masa kita, betulkan?

Page 58: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

57

Analisa Teknikal

zamrich

Sebaliknya, situasi keseluruhan pasaran kurang baik, maka kita tidak perlu meneruskan

kepada proses analisis sektor. Biasanya, kebanyakan kaunter berprestasi lemah dalam

pasaran yang kurang baik. Jadi, pelabur harus elakkan diri daripada pasaran pada

masa ini.

Peringkat 1: Market Index

Kaji dan analisis situasi Kuala Lumpur Composite Index (KLCI). Tren naik, tren turun

atau tidak terdapat arah tuju yang jelas?

Kenalpasti Tren Utama

Salah satu kesilapan pelabur ialah jual saham yang dalam tren naik apabila pembetulan

berlaku. Pembetulan yang sentiasa wujud dalam tren naik akan menyebabkan pelabur

panik dan terjual kaunternya. Sebenarnya, kebanyakan kaunter dapat melantun lebih

tinggi daripada sebelumnya selepas pembetulan.

Sebaliknya, lantunan yang berlaku dalam tren turun hanya berlangsung sementara. Beli

lantunan dalam tren turun juga akan membunuh pelabur.

Apakah sebab yang menyumbang kepada semua kesilapan tersebut?

Kekurangan pengetahuan dan ilmu dalam mengenalpasti tren utama!

Page 59: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

58

Analisa Teknikal

zamrich

Bagaimanakah kita boleh mengenalpasti tren utama? Hari ini saya ingin berkongsi cara

yang berkesan dengan anda! Cara ini saya telah guna selama 5 tahun.

Sekarang, anda perlu buat mengikut langkah yang saya tulis di bawah:

1. Buka carta mingguan saham

2. Lukiskan upper trendline yang menyambung titik puncak

3. Lukiskan lower trendline yang menyambung titik lembah

4. Lukiskan garisan sokongan dan rintangan

5. Masukkan Simple Moving Average (SMA) 10 Minggu

OK! Carta saham yang berada di mata depan anda sudah boleh memberitahu tren

utama yang sedang berlangsung! Anda hanya perlu merujuk kepada ciri-ciri tren yang

saya rumuskan di bawah.

Tren Naik

Ciri-ciri tren naik:

Saham bergerak dalam saluran naik yang terdiri daripada upper & lower trendline

Paras sokongan dan rintangan yang semakin tinggi

SMA 10 Minggu menuju ke atas

Pembetulan pasaran sentiasa diiringi dengan volume yang kecilTren Turun

Ciri-ciri tren turun:

Page 60: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

59

Analisa Teknikal

zamrich

Saham bergerak dalam saluran turun yang terdiri daripada upper & lower trendline

Paras sokongan dan rintangan yang semakin rendah

SMA 10 Minggu menuju ke bawah

Lantunan sentiasa diiringi dengan volume yang kecilBertindak Ikut Tren

Setiap pelabur yang bijak akan mengkaji tren utama saham dulu sebelum melompat ke

dalamnya.

Jika tren utama saham adalah naik, maka anda boleh beli saham dengan harga lebih

murah dalam pembetulan sementara.

Jika saham dalam tren turun, anda dapat elakkan diri membeli dalam lantunan palsu.

Peringkat 2: Sektor

Sektor yang berlainan akan mempunyai prestasi yang berbeza. Dalam peringkat ini, kita

akan mencari sektor yang sedang melambung! Tema dan isu yang hangat akan

memberi kesan kepada keseluruhan kaunter dalam sektor tertentu. Semua tema dan

isu yang berlaku di kehidupan harian akan memberi impak kepada sektor yang tertentu.

Contoh:

1. Pihak syarikat Petronas mengumumkan anugerah sesiri kontrak yang penting

kepada sektor oil & gas.

2. Tragedi penerbangan MH-17 akan memberi kesan negatif kepada seluruh sektor

penerbangan.

3. Pelaksanaan GST akan memberi impak negatif kepada sektor retail kerana

perbelanjaan pengguna akan berkurang.

4. Penyebaran penyakit SARS yang berleluasa akan membangkitkan sektor hospital.

Peringkat 3: Individu Saham

Dalam peringkat ini, kita hanya perlu fokus kepada syarikat terlibat dalam sektor yang

sedang melambung. Skop pilihan kaunter kita sudah menjadi kecil. Pada masa ini, kita

menjalankan analisa fundamental dan analisa teknikal untuk menyingkirkan syarikat

yang tidak memuaskan.

Page 61: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

60

Analisa Teknikal

zamrich

Contoh: Saya akan menyenaraikan semua Price Earning Ratio (PE) untuk semua

syarikat dalam sektor tersebut. Seterusnya, syarikat yang bernilai PE tinggi akan

disingkirkan. Maka dengan ini, skop pilihan saya menjadi lagi kecil.

 

Top Down Approach adalah pendekatan kegemaran saya kerana kaedah ini telah

banyak mempercepatkan proses pemilihan kaunter.

Harap kaedah yang saya kongsikan di sini dapat membantu anda.

KENALPASTI TREN UTAMA

Salah satu kesilapan pelabur ialah jual saham yang dalam tren naik apabila pembetulan

berlaku. Pembetulan yang sentiasa wujud dalam tren naik akan menyebabkan pelabur

panik dan terjual kaunternya. Sebenarnya, kebanyakan kaunter dapat melantun lebih

tinggi daripada sebelumnya selepas pembetulan.

Page 62: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

61

Analisa Teknikal

zamrich

Sebaliknya, lantunan yang berlaku dalam tren turun hanya berlangsung sementara. Beli

lantunan dalam tren turun juga akan membunuh pelabur.

Apakah sebab yang menyumbang kepada semua kesilapan tersebut?

Kekurangan pengetahuan dan ilmu dalam mengenalpasti tren utama!

Bagaimanakah kita boleh mengenalpasti tren utama? Hari ini saya ingin berkongsi cara

yang berkesan dengan anda! Cara ini saya telah guna selama 5 tahun.

Sekarang, anda perlu buat mengikut langkah yang saya tulis di bawah:

1. Buka carta mingguan saham

2. Lukiskan upper trendline yang menyambung titik puncak

3. Lukiskan lower trendline yang menyambung titik lembah

4. Lukiskan garisan sokongan dan rintangan

5. Masukkan Simple Moving Average (SMA) 10 Minggu

OK! Carta saham yang berada di mata depan anda sudah boleh memberitahu tren

utama yang sedang berlangsung! Anda hanya perlu merujuk kepada ciri-ciri tren yang

saya rumuskan di bawah.

Tren Naik

Ciri-ciri tren naik:

Page 63: Teknikal Analisis Pasaran Saham Bursa Malaysia

62

Analisa Teknikal

zamrich

Saham bergerak dalam saluran naik yang terdiri daripada upper & lower trendline

Paras sokongan dan rintangan yang semakin tinggi

SMA 10 Minggu menuju ke atas

Pembetulan pasaran sentiasa diiringi dengan volume yang kecilTren Turun

Ciri-ciri tren turun:

Saham bergerak dalam saluran turun yang terdiri daripada upper & lower trendline

Paras sokongan dan rintangan yang semakin rendah

SMA 10 Minggu menuju ke bawah

Lantunan sentiasa diiringi dengan volume yang kecilBertindak Ikut Tren

Setiap pelabur yang bijak akan mengkaji tren utama saham dulu sebelum melompat ke

dalamnya.

Jika tren utama saham adalah naik, maka anda boleh beli saham dengan harga lebih

murah dalam pembetulan sementara.

Jika saham dalam tren turun, anda dapat elakkan diri membeli dalam lantunan palsu.

 

Semoga blog ini dapat menambahkan ilmu pelaburan anda. =)