SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian...

16
SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN l'I'EGERI SARAH ABSTRACf Chua Bee Seok Mohammad Haji- Yusuf Occupational Stress Indicator (OS!) was administered to 249 staff in three government agencies. Specifically, this article examines the sources of occupational stress in three government agencies around KOla Kinabalu, Sabah. The study also examines the effect of specific occupational stresses on job satisfaction, memal ill-health and physical ill-heaLth. The results indicate that having far too much work to do, underpronlOtion, working at a level below the employees' level of ability, being undervalued, covert discrimination and favouritism were the sources experiellce by the subjects from the three government agencies. Results for Agency A revealed that 'career and achievement', 'homel work interface' and 'relationships with other people' were the major predictors of job satisfaction, mental ill-health and physical ill-health. Results for Agency B revealed that 'career and achievement' was the major predictor of job satisfaction and physical ill-health. Results for Agency C revealed that 'organisational structure and climate' was the major predictor of physical ill-health. PENGENALAN Menurut ILO (1993) dalam World Labour Report fenomena sires merupakan satu isu kesihatan yang paling serius bagi abad yang ke-20, iaitu satu zaman yang ban yak mengalami pelbagai cabaran dan perubahan dalam struktur ekonomi dan pembangunan. Kesan negatif akibat daripada stres bukan lagi merupakan masalah peribadi yang harus dipertanggungjawabkan kepada pekerja itu sahaja, tetapi ia juga merupakan satu masalah kepada majikan, organisasi ataupun kerajaan. Pekerja-pekerja mungkin akan menyalurkan masalah peribadi dan keluarga kepada pekerjaan mereka, begitu juga masalah kerja mungkin dibawa balik ke rumah. Akibat daripada itu, pelbagai masalah sampingan telah timbul, misalnya peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak dan isteri, remaja lari dari rumah, remaja terlibat dengan penagihan dadah dan sebagainya (Elder, Gt:orge & Shanahan,l996). Impak stres ke atas majikan, organisasi atau kerajaan pula,jelas kelihatan apabila diperhatikan kos stres yang ditanggung oleh mereka. Matteson dan Ivancevich (1987), menjangkakan fenomena SIres menyebabkan separuh daripada masalah ponteng kerja pekerja, 40% daripada pusingganti (turnover) dan 5% daripada

Transcript of SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian...

Page 1: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN l'I'EGERI SARAH

ABSTRACf

Chua Bee Seok Mohammad Haji- Yusuf

Occupational Stress Indicator (OS!) was administered to 249 staff in three government agencies. Specifically, this article examines the sources of occupational stress in three government agencies around KOla Kinabalu, Sabah. The study also examines the effect of specific occupational stresses on job satisfaction, memal ill-health and physical ill-heaLth. The results indicate that having far too much work to do, underpronlOtion, working at a level below the employees' level of ability, being undervalued, covert discrimination and favouritism were the sources experiellce by the subjects from the three government agencies. Results for Agency A revealed that 'career and achievement', 'homel work interface' and 'relationships with other people' were the major predictors of job satisfaction, mental ill-health and physical ill-health. Results for Agency B revealed that 'career and achievement' was the major predictor of job satisfaction and physical ill-health. Results for Agency C revealed that 'organisational structure and climate' was the major predictor of physical ill-health.

PENGENALAN

Menurut ILO (1993) dalam World Labour Report fenomena sires merupakan satu isu kesihatan yang paling serius bagi abad yang ke-20, iaitu satu zaman yang ban yak mengalami pelbagai cabaran dan perubahan dalam struktur ekonomi dan pembangunan. Kesan negatif akibat daripada stres bukan lagi merupakan masalah peribadi yang harus dipertanggungjawabkan kepada pekerja itu sahaja, tetapi ia juga merupakan satu masalah kepada majikan, organisasi ataupun kerajaan. Pekerja-pekerja mungkin akan menyalurkan masalah peribadi dan keluarga kepada pekerjaan mereka, begitu juga masalah kerja mungkin dibawa balik ke rumah. Akibat daripada itu, pelbagai masalah sampingan telah timbul, misalnya peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak dan isteri, remaja lari dari rumah, remaja terlibat dengan penagihan dadah dan sebagainya (Elder, Gt:orge & Shanahan,l996).

Impak stres ke atas majikan, organisasi atau kerajaan pula,jelas kelihatan apabila diperhatikan kos stres yang ditanggung oleh mereka. Matteson dan Ivancevich (1987), menjangkakan fenomena SIres menyebabkan separuh daripada masalah ponteng kerja pekerja, 40% daripada pusingganti (turnover) dan 5% daripada

Page 2: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Chua Bu Seole

penurunan produktiviti secara keseluruhannya (S300 ribu juta setiap tahun dalam ekonomi Amerika Syarikat). Menurut Cooper dan Cartwright (1994) pula. industri­industri di Amerika hilang 550 juta hari kerja setiap tahun akibat daripada gejala ponteng kerja. Elkin dan Rosch (1990). menjangkakan bahawa 54% daripada kes ponteng kcIja ini adalah berkaitan dengan stres. Confederation of British Industry. pada tahun 1992 telah membuat tinjauan dan melaporkan 360 juta hari kerja di United Kingdom hilang akibat daripada sakit dan mereka talah membelanjakan lapan ribu juta paun wang organisasi terlibat bagi menangani isu ini. United Kingdom Health & Safety Executive menjangkakan sekurang-kurangnya separuh daripada kes ponteng kerja itu adalah akibat sakit yang berkaitan dengan stres.

Menurut Cooper. Sloan dan Wi IIi am (1988) pula. kos stres pekerjaan berpotensi yang mungkin ditanggung oleh organisasi adalah seperti kemerosetan prestasi kerja, peningkatan kadar ponteng kerja, peningkatan kemalangan semasa, peningkatan pusingganti keIja dan kecenderungan pekerja meninggalkan kerja. Perkara-perkara ini akan mempengaruhi prestasi dan keberkesanan tahap pengorganisasian dan lebih serius lagi ia akan menjejaskan produktiviti organisasi.

Gejala ponteng ketja merupakan kos stres yang paling ketara di kalangan pekerja. menurut Hingley dan Cooper (1986) yang membuat tinjauan di United Kingdom (UK). Sejak tahun 1970-an. telah dikenalpasti bahawa kadar pontcng kerja akibat penyakit yang berkaitan dengan stres di tempat ketja jauh lebih tinggi daripada kadar berhenti kerja di UK. Antara tahun 1984 hingga tahun 1985, 328 juta kes (hari) ponteng kerja telah dilaporkan di United Kingdom dan sekurang-kurangnya 40 juta paun bilang akibat dari kes ponteng kerja tersebut.

Keans (1986) mencadangkan bahawa 60% hari daripada kes ponteng ketja adalah diakibatkan oleh kecelaruan yang berkaitan dengan stres. Dalam pad a itu, di UK sahaja 100 juta hari kerja hilang setiap tahun akibat pekerja tidak mampu berdepan dengan tugas yang menekan.

Kadar pusingganti kerja yang tinggi melibatkan satu perbelanjaan besar yang ditanggung oleh syarikat. Syarikat-syarikat terpaksa menanggung kos latihan yang telah diberikan kepada pekerjanya, kurang keberkesanan kerja akibat hilang pekerja terlatih dan perletakan jawatan oleh pekerja. Ia juga mengganggU kelancaran pelaksanaan tugas dalam sesebuah organisasi. Adam (1981) mendakwa kos memberi latihan kepada pekerja yang akhimya berhenti kerja akibat tidak puas hati terhadap kerjanya adalah sebanyak USS 5,000 bagi pekerja kolar biru dan staf sokongan dan lebih daripada USS 100.000 bagi eksekutif di California.

Cooper (1996) membentangkan statistik kewangan yang menunjukkan bahawa 1.3 ribu juta paun hilang setiap tahun akibat penanggungan kos ekoran penglibatan pekerja-pekerja industri dengan tabial ketagihan alkohol. Para majikan di Amerika membelanjakan 700 juta dollar Amerika setiap tahun untuk

120

Page 3: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Sumbu-Sumber SIres Pelcujaan di Tiga Jabalan Kerajaan Negeri Sabah

menggantikan pekerja yang bersara bawah umur akibat daripada pengidapan penyakit koronarijantung.

Secara keseluruhannya, jumlah kos stres pekerjaan yang ditanggung oleh masyarakat, organisasi atau industri mahupun orang perseorangan akibat ponteng kerja, peningkatan pusingganti ketja, penurunan produktiviti, tuntutan pampasan, insuran kesihatan dan perbelanjaan perubatan, telah meningkat lebih daripada 150 ribu juta dollar Amerika setahun (Karasek & Theorall, 1990). Daripada laporan­laporan statistik itu, walaupun masing-masing mempunyai angka laporan tersendiri,jelaslah bahawa stres peketjaan teJah mendatangkan kesan yang serius ke atas individu, majikan, organisasi mahupun kerajaan.

Kajian mengenai stres pekerjaan telah banyak dijalankan. Sering diperkatakan bahawa pekerja sektor awam kurang mengalami stres pekerjaan, tidak mencapai tahap kepuasan ketja yang baik dan kurang bennotivasi jika dibandingkan dengan peketja sektor swasta.

Kajian oleh Bogg dan Cooper (1995) yang bertujuan untuk membandingkan tahap stres peketjaan di antara peketja di sektor awam dengan pekerja sektor swasta di UK menunjukkan satu profil stres peketjaan yang berbeza di an tara pekerja sektor awam dengan peketja swasta. Peketja sektor awam melaporkan mempunyai tahap kesihatan, kesejahteraan dan sikap kerja yang lebih rendah dan juga tahap kepuasan kerja yang lebih rendah berbanding pekerja swasta. Sebaliknya, peketja swasta melaporkan mengalami sumber stres peketjaan terutamanya dalam sumber stres 'peranan dalam pengurusan', 'hubungan dengan orang lain', 'kerjaya dan pencapaian' dan 'halangan ketja/rumah' yang lebih tinggi berbanding pekerja awam. Namun begitu. peketja awam melaporkan pengalaman merasai sumber stres 'faktor intrinsik dalam ketja' yang lebih tinggi berbanding peketja sektor swasta.

Kertas ketja ini bertujuan untuk mengenalpasti sumber-sumber stres pekerjaan bagi tiga buah jabatan kerajaan Negeri Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan sumber stres peketjaan ke atas kesihatan mental, kesihatan fizikal dan tahap kepuasan kerja.

METODOLOGI

Subjek dan Tempat Kajian Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Demi memlihara kerahsiaan, tiga jabatan kerajaan ini hanya akan dikenali sebagai Jabatan A, Jabatan B dan Jabatan C. Subjek kajian ini merangkumi pekerja-pekerja dati tiga peringkat pekerjaan, iaitu pen gurus atasan, pertengahan dan pekerja peringkat bawah. Ketiga-tiga jabatan itu dipilih sebagai subjek kajian kerana jabatan-jabatan ini memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara dan memberi perkhidmatan

121

Page 4: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Chua Bu Stoic

utama kepada rakyat. Secara umum, jabatan-jabatan ini memainkan peranan merancang, men gurus dan membangunkan negara.

AlatKajian Dalam kajian ini, subjek diminta melengkapkan alat kajian Occupational Stress Indicator (OSI) versi Melayu (diterjemah oleh Mohammad Haji-Yusuf, Abdul Halim Othman, Chua Bee Seok, & Sapora Sipon, 2(00). OSI merupakan satu alat kajian mengkaji stres pekerjaan dengan mendedahkan silang rujukan antara empat elemen: sumber-sumber stres pekerjaan, individu yang mengalami stres, strategi daya tindak yang digunakan dan kesan stres pekerjaan (masalah kesihatan mental dan kepuasan kerja). Item-item yang mengukur atau mewakili setiap skala OSI merupakan item berbentuk skala pemeringkatan Likert (enam poin). Dalam kajian ini hanya skala sumber-sumber stres pekerjaan, skala kepuasan kerja, skala masalah kesihatan mental dan skala masalah kesihatan fizikal digunakan.

Skala sumber stres pekerjaan mengandungi 61 item dan dibahagikan kepada enam subskala iaitu faktor intrinsik dalam pekerjaan, peranan pengurusan. hubungan dengan orang lain, kejayaan dan pencapaian, struktur dan iklim organisasi serta halangan-halangan kerjalrumah. Subjek kajian dikehendaki mengidentifikasi sarna ada sesuatu item itu merupakan sualu sumber stres bagi dirinya dengan bertindak ke atas skala pemeringkalan enam mala iaitu dari satu sumber stres yang sangatjelas (6) ke sangatjelas bukan salu sumber stres 0). Semakin tinggi skor yang diperolehi dalam sesuatu sub skala itu semakin tinggi stres yang dirasai akibat sumber stres berkenaan. Ukuran bagi stres pekerjaan keseluruhan adalah jumlah skor daripada semua sub skala sires pekerjaan itu.

Skala kepuasan kerja mengandungi 22 item dan dibahagikan kepada lima subskala iaitu kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan perkembangan, kepuasan terhadap kerja itu sendiri, kepuasan terhadap reka bentuk dan struktur organisasi kepuasan terhadap proses pengurusan dan kepuasan terhadap hubunga~ personal. Dalam skala ini subjek juga dikehendaki bertindak ke atas skala pemeringkatan enam mata iaitu dari amat sangat puas hali (6) hingga amat sangat tidak puas hati (1). Skor tinggi yang diperolehi dalam sesuatu sub skala itu menunjukkan individu berkenaan mempunyai kepuasan yang tinggi bagi sub skala berkenaan. Kepuasan kerja secara keseluruhan adalah jumlah skor bagj kelima-lima sub skala kepuasan kerja.

Skala masalah kesihatan mental dan skala masalah kesihatanfizikal mengambiI berat tenlang kesihatan mental dan fizikal. Bahagian ini mengandungi 30 item yang mengukur dua sub-skala iaitu masalah kesihatan mental (18 item) dan sub-skala masalah kesihatan fizikal (12 ilem). la mengukur kekerapan berlakunya simptom stres dari segi kognitif dan somatik. Bahagian ini juga menggunakan skal pemeringkatan enam mata. ~agi sub skala masalah kesihatan mental, skor (6~ menunjukkan keadaan negatlf dan skor (1) menunjukkan keadaan positif. Bagi

122

Page 5: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Sumbtr-Sumbtr SI"S Pelcerjaan di 1iga Jabaran Kerajaan Negerl Sabah

sub skala masalah kesihatan fizikaI skor (6) menunjukkan penglaman sangat kerap mengalami simptom stres berkenaan dan skor (I) menunjukkan tidak pemah mengalami simptom stres berkenaan. Dalam kajian ini hanya sub skala masalah kesihatan mental digunakan.

Alat kajian Occupational Stress Indicator (OSI) telah diterjemahkan ke dalam versi Melayu oleh Mohammad Haji-Yusuf, Abdul Halim Othman, Chua Bee Seok dan Sapora Sipon (2000) mengikut prosedur back translation yang dicadangkan oleh Brislin (1970). Menurut Anastasi dan Urbina (1997), tahap reliabiliti yang dikatakan tinggi adalah keadaan yang menunjukkan pekali reliabilitinya berlingkar antara 80 hingga 90. Hasil penilaian reliabiliti menunjukkan skala OSI mempunyai tahap relibiliti yang agak tinggi dan boleh diterima. Pekali skala dan sub skala OSI berlingkar antara 0.73 hingga 0.97. Hasil reliabiliti OSI ditunjukkan dalam JaduaI 1.

JaduaI 1. Pekali Alpha Bagi Skala dan SubSkala Sumber Stres Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan Masalah Kesihatan Mental dan Masalah Kesihatan Fizikal Occupational Stress Indicator (OS I)

Skala & Sub Skala OSI

Sumber-sumber stres Faktor intrinsik kerja Peranan pengurusan Hubungan dengan orang lain Kerjaya dan pencapaian Struktur dan iklim organisasi Halangan kerjal rumah

Kepuasan Kerja Kesihatan Mental Kesihatan Fizikal

Analisis Data

Alpha

0.97 0.73 0.82 0.78 0.77 0.82 0.81 0.95 0.87 0.86

Analisis statistik deskriptif yang melaporkan min dan sisihan piawai untuk mengenalpasti sumber stres pekerjaan utama subjek, frekuensi dan peratusan digunakan untuk melaporkan profil latar belakang subjek. Selain itu, analisis statistik inferensi metod analisis regresi pelbagai stepwise digunakan untuk melihat sumbangan varians sumber-sumber stres pekerjaan dalam meramal kepuasan kerja, kesihatan mental dan kesihatan fizikal.

KEPUIUSANDAN PERBINCANGAN

Latar Belakang Subjek Bahagian ini membentangkan keputusan daripada analisis deskriptif yang melaporkan latar belakang subjek dan sumber stres pekerjaan utama pekerja dari

123

Page 6: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Chua Bu Seal

tiga buah jabatan kerajaan di Negeri Sabah dan sumber stres pekerjaan utama mengikutjantina, status pekerjaan dan pengalaman pekerja bagi ketiga-tiga buah jabatan berkenaan. Latar belakang subjek diringkaskan dalam ladual 2.

Jadual2. Latar Belakang Subjek Kajian (N = 249 orang)

Pembolehubab Jabatan A (n=122) Jabalan B (0.76) Jabatan C (0=51) Frekueosl Peralus Frekaensl Peralul Frekuensl Peratus

Jan/ma Lelaki 57 46.72 59 77.63 31 60.78 Perempuan 63 51.64 15 19.73 18 35.29

Status Pektrjaan Pengurusan atasln 25 20.49 18 23.68 7 13.73 Pengurusan penengahan 48 39.34 24 31.58 10 19.61 Pekerja bawahan 49 40.16 34 44.74 34 66.67

Pengalaman Kerja 5 labun ke bawah 36 29.51 4 5.26 11 14.47 5 hingga 10 tahun 22 18.03 9 11.84 8 15.69 10 tabun ke alas 63 51.64 62 81.58 32 62.75

Daripada 249 orang subjek yang dipilih sebagai subjek kajian, 122 orang terdiri daripada pekerja dari Jabatan A, 76 orang dari labatan B dan 51 orang dari labatan C. Daripadajumlah 122 orang subjek labatan A, 57 orang (46.72%) terdiri daripada pekerja lelaki dan 63 orang (51.64%) pekerja perempuan (dua orang tidak memberi maklumat berkenaanjantina mereka). Daripadajumlah pekerja itujuga, 25 orang (20.49%) pekerja adalah dari golongan pengurusan atasan, 48 orang (39.34%) merupakan kakitangan pengurus pertengahan dan 49 orang (40.16%) dari peringkat bawah. Dari segi pengalaman kerja pula, 36 orang (29.51 %) subjek melaporkan mereka mempunyai pengalaman kerja di bawah lima tahun, 22 orang (18.03%) pekerja mempunyai pengalaman kerja dalam lingkungan lima hingga 10 tahun dan 63 orang (51.64%) melaporkan mempunyai pengalaman kerja lebih daripada 10 tahun. Terdapat seorang subjek yang tidak memberikan maklumat tentang tahun perkhidmatannya.

Sementara itu. daripada 76 orang subjek dari Jabatan B. 59 orang (77.63%) adalah terdiri daripada pekerja lelaki dan 15 orang (19.73%) pekerja perempuan (dua orang tidak rnemberikan maklumat berkenaanjantina mereka). Dalam pada itu, 18 orang (23.68%) subjek adalah dari golongan pengurusan atasan. 24 orang (31.58%) dari peringkat pengurusan pertengahan dan 34 orang (44.74%) pekerja dan peringkat bawah. Dari segi pengalaman kerja pula. 4 orang (5.26%) subjek dan labatan ini melaporkan mempunyai pengalaman kerja di bawah lima tahun, 9 orang (11.84%) subjek mempunyai pengalaman kerja dalam lingkungan lima hingga 10 tahun dan 62 orang (81.58%) pekerja melaporkan mempunya' pengalaman kerja lebih daripada 10 tahun. Terdapat seorang subjek yang tida~ memberikan maklumat untuk bahagian ini.

124

Page 7: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Sumber-Sumber SIres Pekerjaan di Tlga Jabalan Kerajaan Negeri Sabah

Daripadajumlah 51 orang subjek dari Jabatan C. 31 orang (60.78%) adalah terdiri daripada pekerja lelaki dan 18 orang (35.29%) pckerja perempuan (dua orang tidak memberikan maklumat berkenaanjantina mereka). Daripadajumlah pekerja itujuga. tujuh orang atau 13.73% pekerja adalah dari golongan pekerja pengurusan atasan. 10 orang (19.61 %) dari peringkat pengurusan pertengahan dan 34 orang (66.67%) dari peringkat bawah_ Sebelas orang atau 14.47% subjek melaporkan mempunyai pengalaman kerja di bawah lima tahun. lapan orang atau 15.69% orang pekerja mempunyai pengalaman kerja dalam lingkungan lima hingga 10 tahun dan 32 orang (62.75%) subjek melaporkan mempunyai pengalaman kerja lebih daripada 10 tahun.

Sumber Stres Pekerjaan Utama Bagi Pekerja Dari Tiga Jabatan Kerajaan Negeri Sabah Bahagian ini membentangkan skor min sepuluh sumber stres pekerjaan utama (mengikut urutan kepentingan sumber stres pekerjaan berkenaan) yang telah dikenalpasti mengikutjabatan. Keputusan sepuluh sumber stres pekerjaan utama yang dikenalpasti mcngikutjabatan disenaraikan dalam Jadual 3 hingga 5.

JaduaJ3. Sepuluh Sumber Stres Pekerjaan Utama (Disusun Mengikut Keutamaan) bagi Subjek Kajian Dari Jabatan A

Bil. Sepuluh Stres Pekerjaan Utama mini- maksi- Min Sisihan mum mum Piawai

1. Diskriminasi tersembunyi dan pilih kasih. 1.00 6.00 4.36 1.34

2. Terlalu banyak kerja. 1.00 6.00 4.27 1.14

3. Tidak dinaikkan pangkat setaraf dengan 1.00 6.00 4.01 1.39 kebolehan saya.

4. Dinilai rendah daripada sepatutnya. 1.00 6.00 3.95 1.37

5. Kurang rundingan dan komunikasi. 1.00 6.00 3.95 1.15

6. Prospek kenaikan pangkat yang tidakjelas. 1.00 6.00 3.91 1.51

7. Membuat keputusan penting. 1.00 6.00 3.87 1.41

8. Bimbingan dan sokongan yang tidak 1.00 6.00 3.80 1.19 mencukupi daripada pihak atasan.

9. Bayaran gaji (termasuk faedah-faedah 1.00 6.00 3.68 1.52 sampingan dan tambahan).

1 o. Kurang maldum balas ten tang 1.00 6.00 3.66 1.33

prestasi saya.

12S

Page 8: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Chua Bu S~o/c

Merujuk ladual 3. sepuluh item telah dikenalpasti sebagai sumber stres yang palingjelas dirasai oleh subjek labatan A. Sumber stres 'Oiskriminasi tersembunyi dan pilih kasih' merupakan sumber stres yang paling dirasai oleh subjek labatan A. diikuti dengan sumber stres 'terlalu ban yak kerja', 'tidak dinaikkan pangkat setaraf dengan kebolehan' dan seterusnya. Keputusan juga menunjukkan daripada 10 item yang diidentifikasikan itu. didapati item-item berkenaan tertabur dalam tiga sub skala stres pekerjaan. iaitu 'faktor intrinsik dalam kerja' (item elf e8, dan e55), 'kerjaya dan pencapaian' (item e 10, e30 dan e39) dan 'struktur dan iklim organisasi' (item ell, e12. e22 dan e35). Oaripada dapatan kajian ini, secara lebih umum. subjek labatan A merasakan 'faktor intrinsik dalam kerja'. 'kerjaya dan pencapaian' serta 'struktur dan iklim organisasi' merupakan sumber stres pekerjaan yangjelas dirasai.

126

Page 9: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Sumber·Sumb~r SIres Pekerjaan di Tiga Jabalan K~rajaan N~geri Sabah

pencapaian' (item e 1 0, e30 dan e39) dan 'struktur dan iklim organisasi' (item ell, e12, e16 dan e22). Secara lebih khusus lagi, daripada hasil analisis, subjek Jabatan B juga seperti subjek Iabatan A melaporkan 'Diskriminasi tersembunyi dan pilih kasih' dan 'terlalu banyak kerja' sebagai sumber stres yang paling jelas dirasai mereka. Ini diikuti dengan 'Dinilai rendah daripada sepatutnya', 'Bimbingan dan sokongan yang tidak mencukupi daripada pihak atasan' dan 'terpaksa mengambil risiko' sebagai sumber stres yang paling kurang dirasai di kalangan sepuluh sumber stres pekerjaan utama bersabit.

JadualS. Sepuluh Sumber Stres Pekerjaan Utama (Disusun Mengikut Keutamaan) bagi Subjek Kajian Dari Iabatan C.

Bi!. Sepuluh Stres Pekerjaan Utama mini- maksi- Min Sisihan mum mum Piawal

1. Terlalu banyak kerja. 3.00 6.00 4.51 0.78

2. Diskriminasi tersembunyi dan pilih kasih. 1.00 6.00 4.18 1.24

3. Dinilai rendah daripada sepatutnya. 1.00 6.00 4.12 1.24

4. Kesan terkumpul tugas·tugas sampingan 2.00 6.00 4.10 1.06 yang banyak.

5. Terpaksa mengambil risiko 1.00 6.00 4.10 1.35

6. Mengurus dan menyelia kerja orang lain. 1.00 6.00 3.94 1.36

7. Tidak dinaikkan pangkat setaraf dengan 1.00 6.00 3.94 1.33 kebolehan saya.

8. Membuat keputusan penting. 1.00 6.00 3.94 0.84

9. Implikasi daripada kesilapan yang anda lakukan. 1.00 6.00 3.90 1.12

10. Tidak boleh melupakan kerja-kerja pejabat 1.00 6.00 3.90 1.36 apabila berada di rumah.

Merujuk Iadual 5, keputusan anal isis ke atas Iabatan C menunjukkan 10 item yang dikenalpasti adalah tertabur dalam keenam-enam sub skala stres pekerjaan OSI. Tetapi secara lebih khusus didapati sumber stres paling jelas dirasai oleh pekerja di Jabatan C ialah 'terlalu banyak kerja', diikuti dengan sumber stres 'Diskrimi~asi. terse~bun~i dan pilih kasih', dan 'Dinilai rendah daripada sepatutnya . Dlperhatlkan uga sumber stres yang palingjelas dirasai oleh subjek

127

Page 10: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Chua Bee Seok

Jabatan C ini juga merupakan sumber stres pekerjaan yang paling nyata bagi subjek Jabatan A dan Jabatan B. Adakah ini menunjukkan satu pala sumber stres pekerjaan dalamjabatan kerajaan Negeri Sabah?

Secara keseluruhannya, daripada taburan sepuluh item atau sumber stres pekerjaan yang dikenalpasti satu pola sumber stres pekerjaan yang agak serupa diperhatikan wujud antara sumber stres pekerjaan bagi subjek Jabatan A dan subjek Jabatan B. Sumber stres pekerjaan yang palingjelas dirasai pekerja dari dua buahjabatan itu ialah dari segi 'kerjaya dan pencapaian' dan 'struktur dan iklim organisasi'. Sementara itu, Jabatan C pula mempunyai pola sumber stres pekerjaan yang tersendiri. Dalam pada itu, diperhatikan juga sumber stres seperti 'terlalu banyak kerja', 'tidak dinaikkan pangkat setaraf dengan kebolehan saya', 'dinilai rendah daripada sepatutnya', dan 'diskriminasi tersembunyi dan pilih kasih' merupakan sumber·sumber stres pekerjaan yang dirasai oleh pekerja dari ketiga·tigajabatan kerajaan Negeri Sabah.

Pengaruh Sumber-Sumber Stres Pekerjaan KeAtas Kepuasan Kerja Di JabatanA. HasiJ analisis bagi Jabatan A menunjukkan daripada enam sumber stres perkerjaan, sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' dan 'halangan kerjalrumah' memberikan sumbangan yang signifikan ke atas kepuasan kerja. Dalam pada itu, sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' menjelaskan 4.3% varians dalam kepuasan keJja. Sumber stres ini memberi sumbangan negatif (Beta = -.644) ke atas kepuasan kerja. Sementara itu, sumber stres 'halangan keJjalrumah' menjelaskan 21.8% varians dalam kepuasan kerja dan memberi sumbangan positif (Beta = .605) ke atas kepuasan kerja. Hasil analisis regresi pelbagai stepwise ditunjukkan daJam Jadual 6,

Jadual6.Analisis Regresi Pelbagai: Peramal Kepada Kepuasan Kerja (Jabatan A)

Pembolehubah Rl B RaIat Beta Kesignifikanan t-(Sumber sires) Piawai B

Kerjayadan .043 ·1.174 .243 ·.644 -4.834 .001 pencapaian

Halangan .218 .868 .191 .605 4.542 .001 kerja/rumah

Kesan negatif sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' ke atas kepuasan kerj menjelaskan semakin ketara lagi sumber stres pekerjaan 'kerjaya dan pencapaian:' Misalnya, semakin ban yak faktor tidak dinaikkan pangkat setaraf denga • kebolehan seseorang individu, atau kenaikan pangkat ke tahap di luar keboleh n seseorang, rasa tidak selamat terhadap jawatan yang dipegang, halangan kepa~n pencapaian atau cita-cita dan sebagainya dirasai oleh subjek labatan A rnak a semakin rendahlah rasa kepuasan kerja subjek dan begitulahjuga sebaliknya. a

128

Page 11: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Sumbtr·Sumber Sires Pelctrjaan di 1iga Jabatan Kerajaan Negtri Sabah

Sementara itu. kesan positif sumber stres 'halangan kerjalrumah' ke atas kepuasan kerja pula menunjukkan semakinjelas sumberstres 'halangan kerja/rumah' dirasai maka semakin puas hati subjek terhadap kerjanya. Sumber stres pekerjaan 'halangan kerja/rumah' merujuk kepada pertindihan tanggungjawab di tempat kerja dengan tanggungjawab di rumah. Hubungan positif di antara sumber stres ini dengan kepuasan kerja, menjelaskan subjek yang men gurus dengan baik perkaitan di antara tanggungjawab di tempat kerja dan di rumah akan memperolehi kepuasan keIja untuk dirinya. Satu lagi penjelasannya ialah sumber stres 'halangan kerja/rumah' merupakan pendorong atau spice of life kepada subjek Jabatan A dalam usaha mencapai kepuasan dalam kerja. Seperti apa yang dinyatakan oleh Selye (1965), stres bukan merupakan satu fenomena yang negatif semata-mata; sebagai contoh, eustres merupakan stres berkonotasi positif yang bertindak sebagai pendorong bagi perkembangan personal dan professional.

Pengaruh Sumber-Sumber Stres Pekerjaan Ke Atas Masalah Kesihatan Mental DiJabatanA Keputusan menunjukkan hanya sumber stres 'Hubungan dengan orang lain' memberi sumbangan positif (Beta = . 291) dan signifikan ke alas masalah kesihatan mental (rujuk JaduaI7). Sumber stres ini dapat menjelaskan sebanyak 8.5% varians dalam masalah kesihatan mental. Kesan positif sumber stres 'hubungan dengan orang lain' ke atas masalah kesihatan mental menjelaskan bahawa subjek Jabatan A yang menganggap hubungan dengan orang lain sebagai sumber stres; atau mengalami masalah dalam menjalin hubungan, misalnya, dengan orang atasan, rakan sekerja atau pekerja bawah. cenderung mengalami masalah kesihatan mental. Sebaliknya mereka yang tidak mempunyai masalah dalam hubungan interpersonal sebegitu kurang cenderung mengalami masalah kesihatan mental.

Jadual7. Analisis Regresi Pelbagai: Peramal Kepada Masalah Kesihatan Mental (Jabatan A)

Pembolehubah Rl B Ralat Beta Kesignifikanan t (Sumber stres) Piawai B

Hubungan dengan .085 .300 .098 .291 3.058 .003 orang lain

Pengaruh Sumber-Sumber Stres Pekerjaan Ke Atas Masalah Kesihatan Fizikal DiJabatanA Hasil analisis regresi pelbagai stepwise menunjukkan hanya sumber stres 'Halangan kerja/rumah' yang memberi sumbangan negatif (Beta = -.257) dan signifikan ke atas masalah kesihatan fizikal (rujuk ladual 8). Sumber stres ini dapat menjelaskan sebanyak 6.6% varians dalam masalah kesihatan fizikal. Kesan negatif sumber stres 'Halangan kerja/rumah' ke atas masalah kesihatan fizikal menunjukkan. semakin jelas sumber stres 'halangan kerja/rumah' dirasai subjek

129

Page 12: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Chua Bee S~ok

maka semakin teruk masalah kesihatan fizikal subjek berkenaan dan dalam keadaan sebaliknya rnaka hal atau perkara sebaIiknya pula akan berlaku. Keputusan ini mungkin menjelaskan seseorang yang gaga I mengurus dengan baik tanggungjawabnya di tempat kerja dan di rumah lama-kelamaan akan mengalami keletihan fizikal seperti mengalami simptom pening kepala, merasa keletihan dan sebagainya.

Jadual8.Analisis Regresi Pelbagai: Peramal Kepada Masalah Kesihatan Fizikal (Jabatan A)

PemboJehubah RZ B RaJat Beta Kesignifikanan t (Sumber sIres) Piawai B

HaJangan .066 .240 .093 -.257 2.577 .012 kerja/rumah

Pengaruh Swnber-Sumber Stres Pekerjaan KeAtas Kepuasan Kerja Di Jabatan B HasH analisis regresi pelbagai stepwise bagi labatan B menunjukkan hanya sumber stres 'kcrjaya dan pencapaian' memberi sumbangan negatif (Beta = -.267) dan signifikan ke atas kepuasan kerja. Terdapat pergaruh negatif sumber stres ini menjelaskan sebanyak 7.1 % varians dalam kepuasan kerja. Terdapat pengaruh negatif sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' ke atas kepuasan kerja. Subjek yang merasai stres, misalnya dari segi tidak dinaikkan pang kat setaraf dengan kebolehan mereka, atau terdapat halangan kepada pencapaian atau kemajuan mereka dalam organisasi itu, akan mengalami perasaan negatifterhadap kerjanya. Sebaliknya, pekerja yang tidak merasai sIres akan men gal ami perasaan yang positif terhadap kerjanya. Hasil analisis ditunjukkan dalam ladual9.

Jadual9. HasH Analisis Regresi Pelbagai: Peramal Kepada Kepuasan Kerja (labatan B)

PemboJehubah (Sumber SIres)

Kerjaya dan pencapaian

.071

B

-.639

RaJat Beta Kesignifikanan t Piawai B

.317 -.267 -2.015 .049

Pengaruh Sumber-Sumber Stres Pekerjaan Ke Atas Masalah Kesihatan Mental DiJabatanB Hasil analisis regresi pelbagai stepwise bagi labatan B menunjukkan keenarn_ enam sumber stres 'faktor intrinsik dalam kerja', 'peranan dalam pengurusan' 'hubungan dengan orang lain', 'kerjaya dan pencapaian', 'struktur dan ikli~ organisasi' dan 'halangan kerja/rumah' tidak memberi sumbangan yang signifika ke atas masalah kesihatan mental. n

130

Page 13: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Sumber-Sumber SIres Pelcerjaan di 1iga Jabalan Kerajaan Negeri Sabah

Pengaruh Sumber-Somber Stres Pekerjaan KeAtas Masalah Kesihatan Fizikal DiJabatanB Hasil anal isis regresi pelbagai stepwise menunjukkan hanya sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' yang memberi sumbangan positif (Beta = .494) dan signifikan ke atas masalah kesihatan fizikal. Sumber stres ini memberi sumbangan sebanyak 24.4% varians kepada masalah kesihatan fizikal. Kesan positif sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' ke atas masalah kesihatan fizikal menjelaskan bahawa subjek labatan B yang jelas merasai stres kerana memikirkan prospek mereka dalam organisasi. soal kenaikan pangkat dan kemajuan mereka dalam organisasi cenderung mengalami masalah kesihatan fizikal seperti susah hendak tidur ataupun susah lena, pening kepala atau sakit kepala, rasa terlalu penat atau letih dan sebagainya. Keputusan analisis ditunjukkan dalam JaduallO.

JaduallO. Analisis Regresi Pelbagai: Peramal Kepada Masalah Kesihatan Fizikal (Jabatan B)

Pembolehubah (Sumber stres)

Kerjayadan pencapaian

.244

B

.953

Ralat Beta Kesignifikanan t PiawaiB

.226 .494 4.214 .D01

pengaruhSumber-SumberStres Pekerjaan KeAtas Kepuasan Kerja DiJabatan C Hasil anal isis regresi pelbagai stepwise bagi Jabatan C menunjukkan keenam­enam sumber stres 'faktor intrinsik dalam kerja', 'peranan dalam pengurusan', 'hubungan dengan orang lain'. 'kerjaya dan pencapaian'. 'struktur dan iklim organisasi' dan 'ha\angan kerjalrumah' tidak memberi sumbangan yang signifikan ke atas kepuasan kerja.

pengaruh Sumber-Sumber Stres Pekerjaan KeAtas Masalah Kesihatan Mental DiJabatanC Hasil anal isis regresi pelbagai stepwise bagi labatan C menunjukkan keenam­enam sumber stres 'faktor intrinsik dalam kerja', 'peranan dalam pengurusan', 'hubungan dengan orang lain', 'kerjaya dan pencapaian', 'struktur dan iklim organisasi' dan 'halangan kerjalrumah' tidak memberi sumbangan yang signifikan ke atas masalah kesihatan mental.

Pengaruh Sumber-Sumber Stres Pekerjaan Ke Atas Masalah Kesihatan Fizikal DiJabatanC Hasil analisis pelbagai stepwise bagi labatan C menunjukkan hanya sumber stres pekerjaan 'struktur dan iklim organisasi' yang memberi sumbangan positif (Beta = .566) dan signifikan ke atas masalah kesihatan fizikal. Sumber stres pekerjaan ini dapat menjelaskan 32.1 % varians dalam masalah kesihatan fizikal. Kesan positif sum~r stres 'struktur d~n iklim organisasi' .ke atas masalah kesihatan fizikal menJelaskan kenapa subJek yang mengalaml stres seperti kurang keterlibatan

131

Page 14: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Chua Bu Stok

dalam proses membuat keputusan. kurang rundingan atau komunikasi yang efektif, politik pejabat dan sebagainya cenderung mengalami masalah kesihatan fizikal dan keadaan sebaliknya pula menghasilkan kesan yang sebaliknya juga. Hasil analisis ditunjukkan dalam Jadualil.

Jaduaill. Hasil Analisis Regresi Pelbagai: Peramal Kepada Masalah Kesihatan Fizikal (Jabatan C)

Pembolehubah (Sumber stres)

Struklur dan iklim organisasi

.321

B

.497

Ralat Beta Kesignifikanan t Piawai B

.119 .566 4.181 .001

Secara keseluruhannya. dapatan kajian menunjukkan sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' merupakan peramal signifikan kepada kepuasan kerja bagi subjek di Jabatan A dan subjek di Jabatan B. Dapatan kajian menunjukkan subjek yang mengalami sumber stres ini kurang cenderung mempunyai kepuasan kerja yang rendah. Menurut Cooper. Sloan dan Williams (1988). salah satu daripada prinsip dalam operasi organisasi ialah percubaan untuk mencapai kejayaan personal melalui kemajuan kerjaya dan sumbangan individu kepada kejayaan organisasi. Jika keperluan untuk pencapaian personal dan organisasi berjaya ia akan menjadi sumber kepuasan utama kepada pekerja dan akan membawa kepada perasaan yang positif. Sebaliknya. jika keperluan ini terhalang. ia akan menjadi sumber stres utama kepada pekeIja.

Selain itu. dapatan kajian juga menunjukkan sumber stres 'keIjaya dan pencapaian' merupakan peramal signifikan kepada masalah kesihatan fizikal bagi subjek di labatan B. Subjek yang mengalami stres akibat daripada terhalangnya perkembangan personal atau kurang peluang perkembangan cenderung mengalami masalah kesihatan fizikal. Dapatan ini menjelaskan bahawa peluang kemajuan. perkembangan personal dan organisasi sang at dititik-beratkan oleh pekeIja di labatan B. Dapatan ini mungkinjuga menunjukkan peluang untuk maju dalam keIjaya dan peluang untuk naik pangkat di labatan B agak terhad dan kurang mendapat sokongan daripada pihak atasan.

Dapatan kajianjuga menunjukkan sumber stres 'halangan ketjalrumah' merupakan peramal signifikan kepada kepuasan kerjadan masalah kesihatan fizikal bagi subjek di labatan A. Subjek yang merasai stres ini cenderung mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan masalah kesihatan fizikal yang rendah. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan subjek yang merasai stres ini akan lebih berhati-hati dalam menguruskan tanggungjawab atau masalah di tempat ketja supaya ia tidak dibawa balik ke rulTlah Tanggungjawab dan masalah di °rumah juga tidak dibawa ke tempat kerja. Kejay~ mengurus dengan baik tanggungjawab dan masalah di tempat kerja dan rumah boleh meningkatkan kepuasan kerja dan kesihatan fizikal mereka.

132

Page 15: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

Sumber·Sumber SIres Pelcerjaan di Tiga Jabalan Kerajaan Negeri Sabah

Kajian ini menunjukkan sumber stres 'hubungan dengan omng lain' merupakan perarnal signifikan kepada masalah kesihatan mental bagi subjek Jabatan A. Subjek yang merasai stres ini cenderung mempunyai masalah kesihatan mental yang tinggi. Perhubungan ini mungkin berkaitan dengan tabii kerja bagi subjek di Jabatan A yang memerlukan ban yak kontak dengan omng lain sama ada di dalam atau di luar organisasi. Masalah menjalin hubungan baik dengan orang-orang di dalam atau di luar Jabatannya boleh membawa kesan ke atas kesihatan mental subjek.

Hasil anal isis ke atas subjek di Jabatan C menunjukkan hanya satu sumber stres iaitu sumber stres 'iklim dan struktur organisasi' yang memberi kesan signifikan ke atas masalah kesihatan fizikal. Subjek yang merasai sumber stres ini cenderung mengalami masalah kesihatan fizikal yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan subjek di Jabatan C rnengalami keletihan dalam mengurus atau menghadapi perkara-perkara yang berkaitan dengan proses pengurusan, komunikasi atau politik pejabat.

RUMUSANDANCADANGAN

Daripada keputusan kajian, secara keseluruhannya dapat diperhatikan daripada sepuluh sumber stres pekerjaan utama, sumber stres 'diskriminasi tersembunyi dan pilih kasih', 'terlalu banyak kerja' dan 'dinilai rendah daripada sepatutnya' merupakan tiga sumber stres yang dinilai paling tinggi dirasai oleh pekerja-pekerja daripada ketiga-tiga jabatan kerajaan Negeri Sabah. Dapatan ini mungkin menunjukkan satu pola sumber stres pekerjaan bagi jabatan kerajaan di Negeri Sabah. Selain itu, dalam melihat kesan sumber stres pekerjaan ke atas kepuasan kerja, masalah kesihatan mental dan masalah kesihatan fizikaljuga turut terkait. Ketiga-tigajabatan itu mempamerkan keputusan tersendiri.

Profil stres pekerjaan atau sumber stres pekerjaan yang telah dikenalpasti serta kesan sumber stres ke alas kepuasan kerja, masalah kesihatan mental dan masalah kesihatan fizikal boleh digunakan sebagai satu garis panduan bagi pihak-pihak tertentu dalam usaha mereka merangka strategi, pendekatan, program ataupun latihan pengurusan stres yang lebih berkesan demi mengurangkan atau menangani fenomena ini di tempat kerja.

RUJUKAN

Anastasi, A & Urbina, S. 1 W7. Psychological testing ('J'I' ed). New Jersey: Prentice Hall.

Adam, J. D. 1981. Health, stress and the manager's life style. Group and Organisation Studies. 6. 291-30 I.

Bogg, J. & Cooper, C. L. 1995. Job satisfaction, mental health, and occupational stress among senior civil servants. Human Relations. 48 (3). 327-341.

Brislin, R. W. 1973. Cross-cultural research methods. New York: John Wiley.

133

Page 16: SUMBER-SUMBER STRES PEKERJAAN DI TIGA JABATAN KERAJAAN … Stres Pekerjaan... · Subjek kajian terditi daripada 249 orang peketja yang dipilih secara rawak daripada tigajabatan kerajaan

C/ula Bu S~oA:

Chua Bee Seok. 1999. Stres pekerjaan, kepuasan kerja, kesihatan mental dan kesihatan fizikal di kalangan guru sekolah menengah, Kota Kinabalu. Sabah. Jumal Psilwlogi Malaysia.

Chua Bee Seok. 2000. Penilaian terhadap reliabiliti dan validiti alat kajian Occupational Stress Indicator versi Melayu. Kolelc.si Kertas Kerja Psilwlogi Masyarakat Semasa. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Chua Bee Seok & Mohammad Haji-Yusuf. 2000. Sumber, kesan stres pekerjaan dan strategi day a tindak: Satu kajian ke atas kakitangan Hospital Sandakan, Sabah. Borneo 2000: Proceedings 0/ the Sixth Biennial Borneo Research Conference. 723-736.

Cooper, C. L., Sloan. S. J. & WiJJiam, S. 1988. Occupational Stress 11/dicator management guide. Oxford: NFER-Nelson Publishing Company Limited.

Cooper. C. L & Cartwright, S. 1994. Health mind; health organization -A proactive approach to occupational stress. Human Relations. 47 (4), 455-471.

Cooper, C. L 1996. Working hours and health. Work and Stress. 10.1-3.

Elder. G H .• George. L K .• & Shanahan. M. J. 1996. Psychosocial stress over the life course. H. B. Kaplan (Ed.). Psychosocial stress: Perspectives on structure. theory, life-course, and methods. 247-292. New York: Academic Press.

Elkin. A. J. & Rosch. P. J. 1990. Promoting mental health at the workplace: The preventive side of stress management. Occupation Medicine: State 0/ the Art Review, 5(4), 739-754.

Evans. B. J. & Coman. G J. 1993. General versus specific measures of occupational stress: An Australian police survey. Stress Medicine. 9. 11-20.

Hingley. D. & Cooper. C. L 1986. Stress and the nurse manager. Chichester. Wiley.

Karasek, R., & Theorell, T. 1990. Health work: Stress productivity and Ihe reconstruction o/working life. New York: John Wiley & Sons.

ILD 1993. World labour report. New York: ILO.

Matteson, M. T. & Ivancevich, J. M. 1987. Controlling work stress. London: Jossey-Bass.

Oil, Siu-ling. Donald, I. & Cooper, C. L 1997. The use of the Occupational Stress Indicator (OS I) in factory workers in China. lnternational Journal 0/ Stress Managemenl.4(3).171-181.

134