Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil....

11
PENDIDIK DAN PENDIDIKAN .na.a, Bil. 1, Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee Chee Ying Maktab Perguruan Sri Pinang Pulau Pinang The Second World War has either created or accelerated political, economic, sosial and edu- cational changes, particularly in the newly independent developing countries of which our coun- try Malaysia is one. These new changes have brought about many challenges which affect educa- tional policy, aims, organisation and curricula. The function of school has been seen as changing and this inevitably has affected the education and tralning of teachers. In Malaysia, education is seen as an instrument of national integration and development; and teacher education is per- haps the most important part of this, because teachers are the agents responsible for translating educational policies into reality. This paper deals with the development of teacher education from the early days of the British colonial administration to the present post independence era. It attem-pts firstly to describe briefly the teacher education during the pre-independence period of time and attempts made after the World War II and post-independence period in the development of teacher education in this country, secondly to highlight some aspects of the current trends and challenges in the develop- ment of teacher education in our country, Malaysia. Pengenalan Pendidikan perguruan sangat penting dalam perkembangan pendidikan sesebuah negara. Te- pat sekali kalau dikatakan ia merupakan komponen yang penting bagi satu struktur pendidikan kerana guru-gurulah yang akan rnenterjernahkan dan menghayati matlamat-rnatlarnat pendidikan kepada kenyataan. Kekuatan satu-satu sistem pendidikan dalam banyak hal bergantung kepada kualiti guru-gurunya, Keadaan ini menjadi lebih ketara lagi dalam satu masyarakat majmuk seperti yang terdapat di Malaysia yang sedang mengalami perubahan yang sangat pesat dalam bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi. Pendidikan perguruan perlu mengambil kira aspek-aspek kuantiti dan kualiti dalam sebarang rancangan latihan yang menyeluruh. Bilangan guru yang mencukupi perlu dilatih bagi me- nampung bilangan penduduk-penduduk yang dalam peringkat umur persekolahan yang semakin meningkat bilangannya. Guru-guru ini perlu dilatih supaya mereka mernpunyai kemahiran-kema-. hiran yang diperlukan bagi mengendalikan masalah-masalah tertentu. Satu renungan kepada masa yang silam perlu dibuat, yang bukan sahaja akan membolehkan kita melihat pendidikan perguruan dari perspektif yang sewajamya, tetapi juga, akan menjadi titik permulaan kepada kajian masa kini mengenai perkembangan pendidikan perguruan di Malaysia. - Sejarah Latar Dalam sistem pendidikan negara, terutarna aspek latihan perguruan, kita masih menghadapi peJbagai masalah yang rum it seperti bilangan guru pelatih, mutu perguruan, ternpoh latihan, ke-

Transcript of Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil....

Page 1: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

PENDIDIK DAN PENDIDIKAN .na.a, Bil. 1, Jan. 1981

Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan

di Malaysia: Satu Tinjauan

Lee Chee YingMaktab Perguruan Sri PinangPulau Pinang

The Second World War has either created or accelerated political, economic, sosial and edu-cational changes, particularly in the newly independent developing countries of which our coun-try Malaysia is one. These new changes have brought about many challenges which affect educa-tional policy, aims, organisation and curricula. The function of school has been seen as changingand this inevitably has affected the education and tralning of teachers. In Malaysia, educationis seen as an instrument of national integration and development; and teacher education is per-haps the most important part of this, because teachers are the agents responsible for translatingeducational policies into reality.

This paper deals with the development of teacher education from the early days of the Britishcolonial administration to the present post independence era. It attem-pts firstly to describebriefly the teacher education during the pre-independence period of time and attempts made afterthe World War II and post-independence period in the development of teacher education in thiscountry, secondly to highlight some aspects of the current trends and challenges in the develop-ment of teacher education in our country, Malaysia.

Pengenalan

Pendidikan perguruan sangat penting dalam perkembangan pendidikan sesebuah negara. Te-pat sekali kalau dikatakan ia merupakan komponen yang penting bagi satu struktur pendidikankerana guru-gurulah yang akan rnenterjernahkan dan menghayati matlamat-rnatlarnat pendidikankepada kenyataan. Kekuatan satu-satu sistem pendidikan dalam banyak hal bergantung kepadakualiti guru-gurunya,

Keadaan ini menjadi lebih ketara lagi dalam satu masyarakat majmuk seperti yang terdapat diMalaysia yang sedang mengalami perubahan yang sangat pesat dalam bidang-bidang politik, sosialdan ekonomi. Pendidikan perguruan perlu mengambil kira aspek-aspek kuantiti dan kualiti dalamsebarang rancangan latihan yang menyeluruh. Bilangan guru yang mencukupi perlu dilatih bagi me-nampung bilangan penduduk-penduduk yang dalam peringkat umur persekolahan yang semakinmeningkat bilangannya. Guru-guru ini perlu dilatih supaya mereka mernpunyai kemahiran-kema-.hiran yang diperlukan bagi mengendalikan masalah-masalah tertentu. Satu renungan kepadamasa yang silam perlu dibuat, yang bukan sahaja akan membolehkan kita melihat pendidikanperguruan dari perspektif yang sewajamya, tetapi juga, akan menjadi titik permulaan kepadakajian masa kini mengenai perkembangan pendidikan perguruan di Malaysia. -

Sejarah Latar

Dalam sistem pendidikan negara, terutarna aspek latihan perguruan, kita masih menghadapipeJbagai masalah yang rum it seperti bilangan guru pelatih, mutu perguruan, ternpoh latihan, ke-

Page 2: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

2 Lee Chee Ying

lengkapan dan kemudahan serta sebagainya. Jika kit a ingin memahami masalah latihan perguruanyang dihadapi hari ini, kita mesti meninjau kembali dan menganalisa perlaksanaan-perlaksanaanlatihan perguruan, kemudian baru dapat dikaji masalah hari ini yang kemudiannya memungkinkanramalan perkembangan hari depan dibuat.

Semasa Francis Light mendarat di Pulau Pinang pada tahun 1876, beliau telah membawa ber-sama-sarnanya kuasa dan pengaruh-pengaruh politik Inggeris. Pengaruh ini berlanjutan hinggalahMalaya mencapai kemerdekaannya. Penjajah Inggeris menganggap bukanlah tugas mereka mern-berikan pendidikan kepada orang-orang pendatang. Oleh itu pihak Inggeris, menurut perjanjianyang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu, hanya mendirikan sekolah peringkat rendah bagi anak-anak Melayu sahaja. Sejak itu, datanglah badan-badan mubaligh Kristian mendirikan sekolah-seko-lah Inggeris di sini. Bagi kaum China dan India, masing-masing dengan usaha sendiri, telah mern-buka sekolah untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Maka tcrbentuklah empataliran yang menggunakan empat jenis bahasa pengantar yang berlainan.

Dalam masa 170 tahun di bawah pemerintahan Inggeris tidak ada dasar pelajaran yang nyatadan tidak ada sistern latihan perguruar.. Pengambilan guru serta latihan dibuat secara semen tarasahaja (ad hoc). Di bawah ini dihuraikan latihan perguruan empat aliran itu.

Sekolah Inggeris

Kelas-kelas Normal ditubuhkan oleh pemerintah Inggeris untuk melatih guru-guru tempatankerana guru-guru berasal dari England tidak mencukupi. Latihan seperti itu mula-mula sekali di-adakan pada tahun 1905 di Kuala Lumpur oleh En. Howard Tayte di Institut Victoria. Latihanperguruan tersebut diteruskan sehingga menjelang merdeka. Ia dibahagikan ke dalam dua jenis,iaitu guru-guru sekolah rendah dan guru-guru sekolah menengah. Kelayakan masuk ialah °kelulus-an matapelajaran Inggeris dalam Senior Cambridge (SC) dan dua atau tiga matapelajaran yang ber-pangkat kepujian. Latihan ini memakan masa dua tahun. Mulai 1925, Tempoh latihan diperpan-jangkan menjadi tiga tahun. Selepas Peperangan Dunia Ke Dua, buat satu ketika, latihan ini dibuatmelalui cara pos. Kerajaan Malaya pernah menghantar orang-orang Melayu untuk menerirna latihanperguruan di Universiti Hong Kong an tara 1918-1928, selama 10 tahun. Apabila Maktab Rafflestertubuh pada tahun 1928, maka guru-guru pun diberi latihan di sini. Sesudah merdeka, kebanyak-an pegawai pelajaran terdiri dari graduan-graduan sastera atau sains dari Maktab Raffles. Dalamtahun-tahun 1948-1955, semasa Malaya berada dalam keadaan dharurat, pegawai pelajaran Ing-geris seberang laut enggan datang berkhidmat di sini. lni mengakibatkan kekurangan guru-gurudi sini. Oleh kerana kurang tenaga dan kewangan, kerajaan Malaya terpaksa mengadakan maktabKirby di Liverpool untuk menghasilkan guru-guru Bahasa Inggeris bagi sekolah menengah dan ren-.dah, dan Maktab Brinsford Lodge di Wolverhampton derni menghasilkan guru sekolah menengahInggeris. Cuma pada tahun 1964, barulah ditubuhkan Maktab Perguruan Malaya (MTC) di PulauPinang dan dengan itu tamatlah kedua-dua maktab semen tara di England itu.

Sekolah Melayu

Pelajaran Melayu sebelum merdeka diadakan setakat darjah enam sahaja. Walaupun terda-pat darjah tujuh di beberapa negeri, tetapi belum ada sekolah menengah untuk kelulusan aka-dernik. Kebanyakan guru-guru Melayu adalah lulu san darjah enam atau tujuh. Mereka mendapatlatihan melalui sistem guru pelatih iaitu bekerja sebagai guru sementara di sekolah, di sampingmenyertai kelas latihan perguruan selama tiga tahun. Apabila tamat latihan mereka diterirna se-bagai guru bersijil. Jika gagal, mereka menjadi guru tidak bersijil. Guru lelaki yang bersijil yangberjaya dalam pemilihan dihantar oleh kerajaanke Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malimuntuk latihan lanjutan; sementara guru-guru perempuan pula dihantar ke Maktab PerguruanPerempuan Melayu di Melaka, untuk mendapat latihan selama dua tahun. Guru-guru pelatih yangtidak berpeluang memasuki maktab itu diberi latihan sambilan di tempat masing-rnasing selamatiga tahun. '

Page 3: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan 3

Sekolah Tamil

Sekolah Tamil di Malaya tidak banyak bilangannya, dan bilangan murid juga tidak ramai.Sebelum merdeka, seperti keadaan sekolah Melayu juga, pelajaran sekolah Tamil adalah setakatsekolah rendah sahaja. Hingga 1937, masih belum diadakan kelas latihan er l..ruan, maka ituguru-guru dibawa masuk dari India Selatan. Oleh kerana kekurangan tenaga pengajar, kerani-kerani di estet dan pernbantu-pembantu klinik diambil juga sebagai guru sambilan untuk mengajardi sekolah-sekolah Tamil. Menjelang Perang Dunia Ke Dua, iaitu dalam tahun 1941 kelas-kelas la-tihan hujung minggu diadakan selama tiga tahun. Kelayakan masuk ialah darjah enam sekolahrendah. Menurut catatan 1941, terdapat lebih kurang tiga rat us orang guru-guru India menyertaikelas itu. Kemudian oleh sebab perang dunia dan selepas kejatuhan Malaya kelas latihan tersebutdiberhentikan.

Sekolah China

Sebelum merdeka, pelajaran China tidak dianggap sebagai pelajaran orang Malaya keranapada ketika itu orang China dan India dianggap pendatang s.ementara sahaja. Oleh kerana pihakpenjajah tidak memberi apa-apa bantuan kepada sekolah China maka tidak timbullah soal lati-han perguruan sekolah China. Sebelum Perang Dunia Ke Dua, guru sekolah China adalah dida-tangkan dari tanah besar China. Bilangan serta mutu guru-guru sekolah China yang datang darinegeri China adalah mencukupi, jadi tidak diperlukan latihan perguruan di sini. Layanan yangditerima oleh guru-guru dari negeri China· di sini agak baik jika dibandingkan dengan yangada di negeri China. Dalam masa Perang Dunia Ke Dua, guru-guru dari negeri China tidak di-datangkan lagi. Tambahan pula sesudah perang, bilangan sekolah bertambah dan peraturan-peraturan imigresen dikenakan, maka timbullah keadaan kekurangan guru. Oleh kerana bekalanguru tidak dapat menampung perrnintaan, rnaka barulah diadakan latihan perguruan di Ma-laya untuk memenuhi perrnintaan yang kian meningkat itu. Latihan perguruan sekolah Chinasesudah perang dapat dibahagikan kepada tiga peringkat:

Peringkat Pertama (1946-1947): dibuka tiga buah kelas latihan perguruan Simplified (SimplifiedNormal Training Course), iaitu sebuah di negeri Pulau Pinang dan dua buah di negeri Perak. Padatahun 1947, keraJaan telah mernbuka lagi kelas jenis itu di Selangor dan di Negeri Sembilan.Bilangan guru-guru yang menyertai kelas terse but ialah 207 orang. Mereka adalah lepasan sekolahChina. Oleh sebab kelas Simplified ini dibuka untuk menarnpung kekurangan guru-guru yanglayak bagi sekolah China, maka terpaksalah mengambil calon-calon lepasan sekolah menengahrendah dan ditugas sebagai guru semen tara serta diberi peluang menyertai kursus profesyenalSimplified ini. Oleh kerana kelas seperti itu tidak dapat memuaskan pihak lnggeris, rnaka ianyaditamatkan pada tahun 1947.

Peringkat Kedua (1948-1955): Pada tahun 1948, berlakulah pemberontakan bersenjata Kornunisdan Malaya masuk ke zaman dharurat. Pihak militer Inggeris menghirnpunkan segala penghuni desadan di ternpatkan dikarnpung baru. Maka tertubuhlah banyak sekolah dikarnpung baru, bilanganmurid juga turut bertambah. Demikianlah juga keadaan di bandar. Oleh kerana keperluan kepadaguru-guru sangat dirasakan dan derni menampung keperluan itu maka kerajaan pun membukakursus latihan perguruan hujung minggu (week-end Teacher Training Course) bagi melatih guru-guru sekolah China. Oleh kerana terdapat ramai guru-guru yang bertugas di kampung baru, danagak sukar bagi mereka berulang-alik untuk menghadiri kelas tersebut, maka kelas itu ditukardengan kursus latihan guru dalam masa cuti sekolah (Vacation Teacher Training Course). Olehkerana waktu kursus tersebut agak terhad kerana para pelajar adalah guru-guru sepenuhmasadan dibebankan dengan pelbagai kerja dan tugas, masa untuk membaca sangat terhad. Tambahpula buku rujukan pun tidak mencukupi maka kursus ini tidak mencapai hasil yang memuaskan.

Pada tahun 1948, kerajaan membuka kelas latihan Perguruan Senior Normal sepenuh-masa. Oleh kerana pengambilan untuk Kelas Senior Normal adalah secara tidak rasmi, makadalam tempoh 1948 hingga 1955, bekalan guru sekolah China adalah bergantung kepadakedua-dua jenis guru, iaitu guru lepasan Senior Normal dan guru kursus latihan dalam masa

Page 4: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

4 Lee Chee Ying

cuti sekolah. Dalam rancangan pengembangan pelajaran, pada mulanya diura-urakan empatbuah maktab perguruan akan cibuka di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala lumpur dan Melaka. Akan te-tapi kemudiannya terdapat hanya sebuah sahaja dibukadi Pulau Pinang iaitu Maktab Pergu-ruan Green Lane. Sebelurn menjadi Maktab, ia adalah sebuah sekolah menengah China disarn-ping melatih guru-guru untuk sekolah China. Bakal-bakal guru yang menyertai kursus di situ ke-banyakannya terdiri daripada penuntut-penuntut lepasan sekolah itu sendiri. Bahagian sekolahmenengah kemudiannya diberhentikan dan bangunan sekolah itu ditukar menjadi Maktab Per-guruan sepenuhnya. Kelas-kelas Senior Normal yang terdapat di negeri-negeri lain di Malayatelah diadakan di sekolah-sekolah menengah China yang terkenal. Para pensyarah kelas itukebanyakannya terdiri daripada pegawai-pegawai pelajaran negeri dan guru-guru sekolah me-nengah China yang berkelayakan.

Peringkat ketiga (1956-1972): Menurut laporan Razak tahun 1956, calon-calon guru sekolahrendah haruslah mempunyai enam tahun pelajaran di sekolah rendah dan tiga tahun pelajarandi sekolah menengah serta lulus kursus profesyenal perguruan. Berikutan dengan itu maka padatahun 1957, pihak kerajaan mengumumkan peraturan-peraturan baru pendaftaran guru-guru;iaitu selain daripada kelulusan akademik, seseorang calon guru yang ingin mendaftar sebagaiguru tetap hendaklah mempunyai kelulusan profesyenal perguruan. Laporan Razak juga men-cadangkan agar didirikan di setiap negeri, Pusat atau Maktab Perguruan untuk melatih guru-gurubagi ke ernpat-ernpat aliran; iaitu Melayu, Inggeris, China dan Tamil. Maka itu Pusat atauMaktab Perguruan dimulakan di semua negeri pada tahun 1957. Kursus tersebut dibahagi kepadaempat bahagian, iaitu Bahagian Melayu, Bahagian Inggeris, Bahagian China dan Bahagian Tamil.Masing-masing memakai bahasa pengantar sendiri, di samping Bahasa Melayu diwajibkan dipe-lajari oleh semua guru-guru pelatih di Pusat atau Maktab Perguruan tersebut. Dengan ber-mulanya sistem latihan perguruan ini maka latihan kelas-kelas Senior Normal China terus diber-hentikan pada tahun tersebut. :'

Sistem Latihan Perguruan Yang TerkandungDi Dalam Laporan Penyata Razak

Pad a bulan lulai tahun 1955, pilihanraya pertama telah diadakan dan kerajaan Per.katan(UMNO-MCA-MIC) telah dipilih untuk memerintah negara ini. Para pemimpin faham benar baha-wa untuk menyatupadukan ahIi masyarakat yang berbilang kaum di Malaya dan membangunkannegara, pelajaranlah merupakan alat yang paling penting. Atas kesedaran itu, maka dalam bulanSeptember Kerajaan Perikatan menubuhkan sebuah jawatankuasa pelajaran yang dianggotaioleh 15 orang dan diketuai oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu, iaitu Dato' Abdul Razak untukmeninjau dasar-dasar pelajaran yang ada pad a waktu itu dan membuat cadangan bagi menubuhkansatu sistem pelajaran kebangsaan yang dapat diterima oleh semua rakyat. lawatankuasa ini juga di-beri tugas untuk mengkaji matlamat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,tanpa menjejas perkembangan bahasa dan budaya keturunan kaum-kaum lain di negara ini.

Dalam aspek pelajaran perguruan, jawatankuasa itu mencadangkan perubahan, pelaksanaanserta perluasan latihan perguruan. Di samping itu ditegaskan juga bahawa guru-guru sekolah mestimempunyai bukan sahaja kelayakan akademik, tetapi juga latihan profesyenal perguruan untukdidaftarkan untuk mengajar. Dari tahun 1957 hingga 1972, latihan perguruan yang rasmi boleh-!ah dibahagikan kepada tiga kumpulan:- ~

1. Maktab Perguruan Harian untuk menghasilkan guru-guru sekolah rendah. Kelay anakademik yang paling minima ialah tiga tahun di sekolah menengah, memiliki SijilRendah Pelajaran (LCE) dan rnendapat latihan perguruan selama tiga tahun. emu-dian kelayakan itu dilanjutkan menjadi lima tahun pelajaran sekolah menengah sertamemiliki Sijil Senior Cambridge atau kelayakan yang sama dan menerima latihan per-guruan selama dua tahun.

2. Maktab Perguruan Malaya untuk menghasilkan guru sekolah menengah rendah. Kelaya-

Page 5: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan 5

kan rpasuk ialah lima tahun pelajaran sekolah menengan dan memperoieru Sijil SeniorCambridge atau Sijil Federation of Malaya Certificate of Education. Sesudah lulus.da-lam latihan perguruan dua tahun, guru-guru ini dihantar ke sekolah-sekolah untuk men-gaiar di tinokatan-tingkatan satu hingga tiga.

3. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya menghasilkan guru sekolah menengah atas dantingkatan enam. Kelayakan masuk ialah ijazah dari Universiti dan setahun latihan per-guruan untuk mendapatkan Diploma Pendidikan,

Dengan itu guru-guru ini bukan sahaja berbeza dari segi kelayakan akadernik dan tempohlatihan profesypnal, tetapi juga dari segi tugas, gaji dan layanan yang mereka dapat.

Laporan Penyata Rahman Talib Dan Masalah Latihan Guru

Dalam ' laporan Penyata Rahman Talib 1960, beberapa cadangan telah dibuat. Tiga daricadangan-cadangan ini adalah secara langsung berkait rapat dengan perkembangan latihan per-guruan.

1. Umur berhenti sekolah bagi seseorang kanak-kanak dinaikkan kepada limabelas tahundengan tertubuhnya sekolah jenis baharu yang dinamakan Sekolah Pelajaran Lanjutan.Sekolah-sekolah ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyambungkan pela-jaran selama tiga tahun lagi selepas tam at pelajaran sekolah rendah selama enam tahun.

2. Mulai 1962 diadakan pelajaran percuma bagi semua aliran sekolah-sekolah rendah.3. Mengukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan lebih luas di sekolah supaya Ba-

hasa Kebangsaan mendapat kedudukan yang wajar di dalam sistem pelajaran negara ini.

Dalam melaksanakan cadangan-cadangan di atas, Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pela-jaran menghadapi masalah-masalah dan cabaran-cabaran berikut:

a. Oleh kerana diadakan pelajaran percuma di sekolah rendah, bilangan pelajar-pelajarbertambah dengan pesat. Maka itu Kementerian Pelajaran terpaksa menambahkan bila-ngan guru untuk menampung kehendak-kehendak ini.

b. Dengan pemansuhan peperiksaan masuk ke sekolah-sekolah menengah dan perJaksanaankenaikan darjah secara automatik, serta melambatkan umur berhenti sekolah, sekolah-sekolah menghadapi kekurangan guru. Pihak Kementerian Pelajaran dengan segera melatihguru-guru sekolah menengah rendah dengan banyaknya untuk menampung keperluan-keperluan tersebut.

c. Bahasa Kebangsaan digunakan secara meluas dan telahmenjadi matapelajaran wajib sertabahasa pengantar. Maktab Perguruan, bukan sahaja melatih dan membekalkan guru-guruyang boleh mengajar matapelajaran Bahasa Kebangsaan, tetapi juga bertugasmenghasilkanbilangan guru yang besar yang boleh menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasapengantar untuk mengajar Ilmu Alam, Sejarah, Sastera, Sivik dan matapelajaran-mata-pelajaran lain. Di samping menjalankan tugas-tugas ini setengah-setengah maktab men-awarkan kursus Bahasa Khas bagi guru-guru sekolah Inggeris yang bahasa pengantarnyaadalah Bahasa Inggeris supaya setelah menjalani kursus ini mereka dapat mengajar dalamBahasa Kebangsaan,

Oleh kerana permintaan guru-guru sekolah menengah terlalu tinggi, maka kerajaan terpaksamengadakan langkah sementara dengan mengadakan Maktab Perguruan Daerah bagi melatih bakal-bakal guru yang mempunyai Sijil Senior Cambridge (SC) atau Federation of Malaya Certificate of .Education (FMC) yang pada waktu itu bertugas sebagai guru semen tara dan pada masa yang samamenjalani kursus perguruan selama dua tahun. Kursus ini hanya diadakan dari tahun 1965 hingga1968.

Page 6: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

6 Lee Chee Ying

Dalam tempoh empatbelas tahun dari tarikh kemerdekaan, setelah menghadapi dan meng-atasi bermacam-macam masalah dan kesulitan serta cabaran, bolehlah dikatakan bahawa bilanganguru di negeri ini agak mencukupi, tetapi dalam aspek mutu at au kualiti masih perlu diperbaikidan ditinggikan lagi.

Sistem Gabungan Latihan Guru Bagi Sekolah Menengah dan Rendah

Pada tahun 1973, Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pelajaran, telah mengadakan sistemlatihan perguruan yang bergabung. Sistem ini dilaksanakan di sembilan buah maktab perguruandi Malaysia Barat. lni adalah satu gejala baru dalam perkembangan latihan perguruan di negaraini. Sistem ini telah menggantikan tradisi latihan perguruan yang berasingan bagi sekolah menengahdan rendah dan juga menghapuskan jurang perbezaan di antara dua kurnpulan latihan guru ini.

Di bawah ini dihuraikan secara ringkas beberapa aspek yang berhubung dengan sistem latihanitu:-

1. Kelayakan masuk - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia ser-ta dua matapelajaran lain.

2. Had umur - calon-calon yang memiliki SPM harus berusia tidak melebihi duapuluh limatahun dan calon yang memiliki Sijil Tinggi Pelajaran (STP) mestilah tidak melebihi tigapuluhtahun.

3. Tempoh latihan - Dua tahun penuh masa disertai oleh latihan mengajar dan pemerhatian.Waktu kuliah dan tutorial berjumlah tigapuluh tiga jam seminggu di samping bakal-bakalguru itu mesti menyertai kegiatan-kegiatan ko-kurikular.

4. Elaun latihan - calon-calon guru tidak dikenakan sebarang bayaran bagi mengikuti latihantersebut, sebaliknya mereka ini diberi elaun $150.00 setiap bulan.

5. Susunan latihan - Semua pelatih-pelatih tahun pertama didedahkan kepada matapelajaran-matapelajaran yang mementingkan prinsip dan latihan amali pendidikan bagi darjah empathingga tingkatan satu. Selain daripada itu mereka juga mengikuti kuliah-kuliah teknik dankaedah-kaedah mengajar. Pad a tahun kedua mereka dibahagikan ke dalam dua kumpulan,kumpulan A dan kumpulan B. Mereka yang di dalam kumpulan A memilih kursus prinsip-prinsip pendidikan, psikologi pembelajaran dan teknik-teknik mengajar yang khas bagi dar-jah satu hingga tingkatan tiga sernentara mereka yang di dalam kumpulan B mengikuti kursus-kursus yang tersebut, khas bagi kelas peralihan hingga tingkatan tiga.

Dalam melaksanakan latihan perguruan sekolah rendah dan menengah, sudah tentu terdapatbeberapa kesulitan; Dibawah ini diperturunkan beberapa rnasalah:

1. Kandungan pelajaran agak berat dan tempoh latihan terlalu singkat. Para pelatih di sampingmenghadiri kuliah dan kelas, diperlukan juga mengambil bahagian dalam berbagai-bagai kegiat-an ko-kurikular. Dengan itu mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar secarasendiri.

2. Perpustakaan yang ada di kebanyakan maktab-maktab perguruan tidak mempunyai perolehanyang cukup. Buku-buku, majalah-majalah dan rujukan-rujukan dalam Bahasa Malaysia adalahsangat kurang.

3. Secara umum pelatih-pelatih yang berasal dari sekolah aliran kebangsaan agak lemah BahasaInggeris mereka. Mereka menghadapi kesulitan membaca dan menggunakan buku-buku danmajalah-majalah di dalam Bahasa Inggeris sebagai rujukan atau bacaan tambahan.

4. Tempoh menjalani latihan mengajar dalam dua tahun itu agak singkat. Peluang bagi menjalani

Page 7: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

Sejarah Perkernb anqan Latihan Perguruan 7

latihan mengajar hanya duabelas minggu sahaja.

5. Pelatih-pelatih yang memiliki SPM dan SIP bergabung dan menerima latihan yang sarna. Olehkerana mereka berbeza dalarn kelayakan akademik dan pelajaran kemungkinan kuhah yangsarna tidak memberi faedah yang sarna kepada pelajar-pelajar yang berbeza ini.

6. Setelah tamat latihan, kebanyakan pelatih-pelatih dihantar bertugas di luar bandar dan mere-ka jarang berhubung dengan pihak maktab. Oleh itu pihak maktab tidak dapat mengetahuihasil-hasil yang diusahakan oleh para guru yang telah dilatih oleh mereka.

7. Baru-baru ini pengambilan calon-calon guru masuk ke maktab-maktab perguruan telah di-tambahkan sedangkan bilangan pensyarah tidak ditambah. Pensyarah-pensyarah yang bo-leh mengajar dalam Bahasa Malaysia bagi matapelajaran-matapelajaran seperti falsafah pen-didikan, sosiologi pendidikan, psikologi pendidikan, prinsip-prinsip pengajaran dan kursus-kursus yang tertentu adalah sangat kurang, dan sukar hendak dicari.

Walaupun menghadapi bermacam-rnacam masalah seperti yang tersebut di atas, nampaknyaBahagian Latihan Guru, Kementerian Pelajaran telah menyambut cabaran itu dengan mengambilbeberapa langkah demi mengatasi masalah-rnasalah ini.

Langkah-langkah itu termasuklah meninjau semula kandungan pelajaran perguruan, mengkajidan memanjangkan tempoh latihan, menggunakan TV serta juga bermacam-rnacarn alat pandang-dengar untuk mempertinggikan mutu latihan guru.

Di samping itu biasiswa ditawarkan kepada pensyarah yang sedang bertugas untuk mengikutipelajaran lanjutan di Universiti-Universiti tempatan atau seberang laut. Pengetua-pengetua maktabdan pegawai-pegawai pentadbir kanan dihantar keluar negeri membuat lawatan sambil belajar su-pay a dapat meninggikan mutu dan kesan pengajaran di maktab.

Arus Perkembangan Pendidikan Negara Malaysia

Sejak merdeka banyak langkah-langkah telah diambil bagi meninggikan mutu pelajaran di ne-geri ini. Dahulunya pelajaran Melayu hanya sampai peringkat sekolah rendah sahaja tetapi kini su-dah ada sekolah-sekolah menengah Melayu, tingkatan 6 Melayu dan universiti-universiti tempatanyang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu). Duapuluh dua tahun yang lalu.Malay-sia hanya mempunyai sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura. Sekarang ia telahmempunyai lima buah universiti; iaitu Universiti Maiaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Ke-bangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Di sarnpingitu ada juga yayasan pelajaran tinggi seperti Institute Teknologi MARA, Kolej Tengku AbdulRahman, Kolej Politeknik Ungku Umar dan lain-lain lagi. Kini di Malaysia terdapat lebih dari 7ribu buah sekolah dan bilangan murid meningkat ke 2.7 juta orang, sementara bilangan guru telahmelebihi 80 ribu orang.

Segala ini telah membuktikan bahawa perkembangan pelajaran sangat pesat dan permintaanrakyat makin hari makin bertarnbah. Pada masa ini rakyat bukan sahaja berusaha mendapatkanpeluang-peluang pelajaran tetapi juga meminta pelajaran yang bermutu tinggi. Jadi adalah men-jadi tugas yang utama bagi kerajaan mengadakan kelengkapan-kelengkapan pelajaran yang cukupdan baik.

Ditinjau dan dianalisa dari semua aspek, arus perkembangan pendidikan perguruan adalahseperti berikut:

Menambahkan Latihan Perguruan

Oleh kerana bilangan penduduk, sekolah dan murid bertambah ramai, sudah wajarlah baginegara ini melatih lebih rarnai lagi bilangan guru demi menampung keperluan ini. Pada dewasa

Page 8: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

8 Lee Chee Ying

ini walaupun negara kita mempunyai lebih kurang 100,000 orang guru yang sedang berkhidmatdi sekolah, tetapi jika dikira secara nisbah, kita seharusnya memerlukan seramai 120,000 orangguru. Nisbah guru kepada kelas ialah 1:2 bagi sekolah rendah dan 1:4 bagi sekolah menengah.Dengan kadar nisbah yang demikian maka agak susah bagi kaum guru menghasilkan pengajaranyang bermutu seperti yang dikehendaki. Di samping itu, dengan masih adanya bilangan guru se-mentara tanpa latihan profesyenal maka ternyatalah bahawa nisbah guru yang berkelayakandengan kelas amat tidak memuaskan.

Menurut Laporan Rancangan Malaysia Ketiga (1975-1980) Malaysia dewasa ini mempunyai 25buah Maktab Perguruan, iaitu sebanyak 19 buah di Semenanjung Malaysia, tiga buah di Sarawakdan tiga buah lagi di Sabah. Tiap-tiap tahun seramai 25,440 orang guru-guru mendapat latihanprofesyenal perguruan dari rnaktab-maktab tersebut.

Tentang kemudahan dan kelengkapan bagi latihan perguruan, Yang Berhormat Dato'Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia, dalam ucapan pembukaan rasmi seminar penilaian kuriku-lum rnaktab-maktab perguruan di Pulau Pinang pada bulan Mac 1979, telah mengumumkan,bahawa Kementerian Pelajaran sedang mengambil tindakan untuk melengkapkan semua maktabperguruan dengan segala kernudahan yang diperlukan. Di bawah Rancangan 'Malaysia Ketiga,Maktab Perguruan Sungai Petani, Maktab Perguruan Ipoh, Maktab Perguruan Kuantan, dan MaktabPerguruan Trengganu, telah dibina.

Meninggikan Kelayakan Masuk Maktab

Kerajaan dan orang ramai sangat memandang be rat terhadap rnutu pelajaran dan kesanpengajaran, oleh itu adalah wajar bagi mereka merninta guru yang baik. Meninjau kepada tahunpertama sesudah merdeka, seorang individu yang telah menerima sembilan tahun pelajaran sekolahrendah dan menengah, dan mempunyai SRP/LCE sudah boleh mernohon masuk ke maktabperguruan dan dilatih menjadi seorang guru terlatih. Sepuluh tahun kemudiannya, iaitu padatahun 1967, kelayakan minima untuk memasuki maktab perguruan dinaikkan kepada kelulusanSC/MCE/SPM. Kini terdapat pelatih-pelatih yang berada di maktab perguruan, yang mempunyaisijil penuh HSC/STP. Untuk masa-masa yang akan datang, mungkin kelayakan yang lebih tinggidaripada itu diperlukan untuk membolehkan seseorang calon diterima masuk ke maktab perguru-an.

Memanjangkan Tempoh Latihan

Beban latihan hari ini agak berat dan tempoh latihan selama dua tahun dirasai agak singkat.Bahagian Latihan Guru, .Kementerian Pelajaran kini sedang mengkaji semula kursus-kursus danlatihan amali yang tersebut dan besar kemungkinan tempoh latihan yang ada pad a hari ini akan di-perpanjangkan menjadi tiga tahun semoga para pelatih mempunyai masa yang cukup bagi meng-ikuti prinsip-prinsip pendidikan dan mempelajari teknik-teknik mengajar secara yang lebih men-dalam dan berkesan.

Penggunaan Alat Pandang-Dengar

Dengan adanya kemajuan sains dan letronik maka teknologi baru telah digunakan di dalampengajaran. Antara alat-alat baru yang telah digunakan ialal projektor-projektor filem sisipan danfilem sine, radio, pita rakaman vedio, dan mesin perakam vedio dan televisyen (TV). Kini maktabperguruan telah mula menggunakan kamera televisyen, perakam pita vedio dan pita rakaman vediountuk merakamkan sessi pengajaran mikro dan menilai at au menganalisa teknik-teknik mengajarguru-guru pelatih. Di makmal-makmal bahasa pula terdapat alat rakaman penyiaran dan sebagainyauntuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran bahasa ..

Latihan dan Pelajaran daIam Perkhidmatan

Pada zaman perkembangan pengetahuan yang amat pesat, guru yang telah mendapat latihanprofesyenal can yang telah berkelayakan, jika tidak belajar secara sendiri setiap masa untuk men-cari pengetahuan tambahan dan kemahiran baru, nescaya akan ketinggalan dalam perkembangan

Page 9: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan 9

profesyen mereka. Tambahan pula dalam menjalankan tugas, ramai guru dinaikkan pangkat atauditukar jawatan untuk mengambil tempat baru sebagai ketua jabatan, guru kanan dan guru be-sar. Dengan itu mereka harus menyertai kursus-kursus dalam perkhidmatan yang berhubung ra-pat dengan jawatan baru mereka untuk menambah pengetahuan dan kemahiran mereka. Ke-belakangan ini di negara-negara maju di Barat kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru sangatdititikberatkan. Menurut The James Report' di Britain, kursus dalam perkhidmatan sangatlahpenting dan harus selalu diberikan. Laporan itu mencadangkan buat setiap tujuh tahun seorangguru seharusnya diberi peluang bercuti bergaji selama tiga bulan untuk mengikuti kursus dalamperkhidmatan demi memperolehi teknik baru untuk memperbaiki pengajaran mengajar dan mutupelajaran mereka. Pada masa yang akan datang, maktab perguruan dan fakulti atau pusat peng-ajian ilmu pendidikan di universiti-universiti, di samping menjalankan tugasnya mernberi latih-an pra-perkhidrnatan, akan juga memberi kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang terlatihuntuk mempertinggikan mutu pelajaran dalam negara kita ini.

Penutup

Tugas yang dihadapi oleh Bahagian Latihan Guru hari ini di Malaysia ialah: (l) melatih danmembekalkan cukup bilangan guru yang berkelayakan dan menampung keperluan-keperluan se-kolah, dan (2) memaju, menjaga dan meninggikan mutu pengajaran. Kedua-dua matlamat itu dapatdicapai atautidak bergantung kepada tiga unsur: (i) Keperibadian pensyarah; (ii) Mutu pelatih;(iii) Kandungan kursus.

Dalam duapuluh dua tahun yang lalu perkembangan pelajaran perguruan disamping giatmenghasilkan guru-guru yang layak yang cukup juga menghasilkan guru-guru yang boleh men-jalankan tugasnya dalam empat-ernpat aliran di negara ini. Mulai 1970 Sekolah Inggeris JenisKebangsaan telah diubah dengan menggunakan Bahasa Malaysia untuk menggantikan BahasaInggeris sebagai bahasa pengantar yang penting. Dalam tahun 1976 Sekolah Jenis KebangsaanInggeris juga diubah mernakai Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar yang utama. Oleh ituguru yang ada di sekolah Inggeris terpaksa menyertai kursus-kursus dalam perkhidmatan Ba-hasa Malaysia. Tugas ini sudah tentu dipikul oleh Maktab Perguruan. Setakat ini guru Inggerissekolah rendah dan menengah yang telah mengikuti kelas tersebut ialah lebih dari 15 ribuorang. Soal bilangan guru boleh dikatakan telah diatasi.akan tetapi aspek mutu harus diusahakanlagi. Maktab Perguruan dan Universiti di negara ini kebanyakan didirikan di kawasan bandar dankursus latihan serta teknik mengajar dipusatkan pada bandar sahaja, oleh itu para pelatih di luarbandar telah diabaikan perkembangan dan permintaannya. Di bawah Rancangan Malaysia KetigaKerajaan telah memberi perhatian untuk mengurangkan jurang antara perbezaan bandar danluar bandar. Oleh itu kursus latihan perguruan mesti dikaji semula dan disesuaikan dengankehendak luar bandar.

Apabila ditinjau secara ringkas kedua puluhdua tahun yang lalu kita akan dapati bahawakerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah berusaha dengan seberapa yang boleh dan membuatsumbangan yang besar terhadap kemajuan latihan perguruan di negeri ini.

Pada tahun lirnapuluhan telah diadakan sistem latihan perguruan yang bersama bagi rnenarn-pung pennintaan yang besar. Dengan ini masalah kekurangan guru pada tempoh permulaan merde-ka telah dapat di atasi. Dalam tahun-tahun enampuluhan, bilangan guru yang dikeluarkan bertam-bah. Selain daripada itu kelayakan masuk dinaikkan dan kandungan kursus diperbaiki. Dalam ta-hun-tahun tujuhpuluhan telah diadakan sistem perguruan bersepaduan untuk mengukuhkan pe-lajaran perguruan dan menghapuskan perbezaan antara guru sekolah menengah dan rendah. Se-lain daripada itu guru-guru berpeluang mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan dan men-dapat biasiswa latihan. Pensyarah-pensyarah dihantar belajar ke institusi-institusi pengajian tinggidi daJam dan di luar negeri dan pentadbir-pentadbir kanan diberi peluang melawat negeri-negerilain untuk mengkaji sistern-sistern latihan guru.

Meninjau dari segi kernajuan yang telah dicapai dan Iangkah-langkah positif lagi dinamik yangtelah dirancangkan dan dilaksanakan maka tidak dapat dinafikan bahawa prospek pendidikan per-guruan pada masa akan datang itu amatlah cerah dan menggalakkan.

Page 10: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

10 Lee Chee Ying

Rujukan

Cadangan Sukatan Pelajaran Jlmu Pendidikan Untuk Maktab-Maktab Perguruan Rendah dan Menengah, Ke-menterian Pelajaran, Malaysia, 1971. (Mimeograph).

Chan Min Kee, "The National Education System of Malaya - Its Policy and Structure," UMBC EconomicsReviews, Vol. JII, No.1, 1967.

Chang Min Phang, Paul, Educational Development in a Plural Society, Petaling Jaya, Kuala Lumpur: MalayaPublishing & Printing Co., 1973.

Federation of Malaya, Report of the Education Committee 1956, Kaula Lumpur: The Government Press, 1956.

Harridan bin Sheikh Tahir, Opening Address at the National Seminar on Curriculum Development in TeacherEducation, Penang, Malaysia, 1970, (mimeo ).

Kementerian Pelajaran Malaysia, Report of the Education Review Committee 1960.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Report of the Royal Commission on the Teaching Services, West Malaysia,Kuala Lumpur, Malaysia, 1968.

Bahagian Latihan Guru, "Teacher Training Courses Organised by the Department/Ministry of Education Pre1956 and after 1956, KP. 9099/15(9) 1969," Ministry of Education, Malaysia 1967.

Jawataukuasa Mengkaji Tujuan-Tujuan Latihan Perguruan. Tujuan Am Tertentu Latihan Perguruan di Malay-sia, (General Aims of Teacher Education in Malaysia), Kementerian Pelajaran, Malaysia, May 1971.

Wong H.K. and Chang, M.P., The Changing Pattern of Teacher Education in Malaysia, Kuala Lumpur: Heine-mann Educational Books (Asia) Ltd., 1975.

Wong H.K., Teacher Education in ASEAN, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1976.

Rujukan Tambahan

Awang Had bin Salleh, Education and National Development: Agenda for Action mimeograph, August 1

Beeby, C.E, The Quality of Education 'in Developing Countries, Cambridge, Massachusetts. Harvard UniversityPress, 1966.

Chan Kai Yau, Curriculum Evaluation in Teacher Education in Singapore, in Curriculum Evaluation in TeacherEducation in Southeast Asia, August 3 - 7, 1970, University of Malaya, Malaysia.

Curriculum Development in Teacher Education in Asia, Report of a Regional Meeting, 23 September - 3October 1969, Philippines, Unesco , Bangkok.

Draft Report on 'Goals, Aims and Objectives in Teacher Education in Malaysia,' Ministry of Education, Ma-laysia, KP. 9099/15/Jil2 (14) March 3, 1971.

Education Profile - Malaysia, The British Council, Kuala Lumpur, Malaysia August 19'M'.

Lee Chee Ying, "A Study of the balance between academic and professional and in professional educationbetween theory and practice in the preparation of primary school teacher in Malaysia." A.I.T.E. (Unesco)University of the Philippines, 1970.

Long-term Projection for Education in Malaysia, Report of the Unesco Regional Advisory Team for EducationPlanning in Asia, Unesco Regional Office for Education in Asia, Bangkok, 1965.

Maraj, I.A., The Teacher Educator, in Teacher Education in A Changing Society, London: CommonwealthSecreta ria t, 1974.

McGregor, A.B., "Curriculum Evaluation in Teacher Education in Southeast Asia," Bulletin on EducationalProblems, University of Malaya, Vol. 2, No.2, December 1970.

Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy in Malaya, London: Longrnans, Green and CO'I Ltd., 1963.

Report of a Mission invited by the Federation Government to study the problem of the education of Chinesein Malaya, Kuala Lumpur: Malaysia Government Press, 1951.

Page 11: Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu ... filePENDIDIK DAN PENDIDIKAN.na.a, Bil. 1,Jan. 1981 Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan di Malaysia: Satu Tinjauan Lee

Sejarah Perkembangan Latihan Perguruan 11

Report of the Working Committee of the Courses of Studies and Education Syllabuses in the Secondary Train-ing Colleges, 1963, Malaysia.

"Teacher Education and Training," a Report by a Committee of Inquiry appointed by the Secretary of State.for Education and Science, under the Chairmanship of Lord James of Rusholme, HMSO, London, 1972.

Vivekanda, R., & Sim Wong Kooi, "Curriculum Evaluation in Teacher Education in Southeast Asia," August3-7,1970, University of Malaya, Malaysia.

Wong, H.K. and Ee, T.H., Education in Malaysia, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.,1971 .

...- Perspectives: The Development of Education in Malaysia and Singapore,Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1972.

Wong, H.K., Readings in Malaysia Education, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1975.