Prolactus Fertilizer System

download Prolactus Fertilizer System

of 29

Transcript of Prolactus Fertilizer System

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    1/29

    KESUBURAN tanaman bergantung kepada jenis tanah, kawasan tanaman, pengairan, jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika bajayang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaanbertujuan untuk memulihkan atau menggantikan kandungan

    nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman.

    Kekurangan nutrien boleh menyebabkan ketidaksuburan

    tanaman, tumbesaran terbantut, hasil yang kurang, tanamanmudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di

    takrifkan sebagai sumber pemakanan tumbuhan yang bolehdicampurkan kepada tanah untuk membekalkan nutrien yang

    diperlukan oleh pokok. Proses pembajaan pula bermaksud aktiviti

    menggantikan nutrien yang telah di gunakan oleh tanaman bagi

    meneruskan kesinambungan proses kehidupannya.

    Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur nutrien untuk membesar, mengeluarkan hasildan melengkapkan edaran hidupnya. Tumbuhan memperolehi unsur-unsur tersebut

    daripada tiga sumber iaitu udara, air dan tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehioleh pokok daripada air dan udara, manakala nutrien-nutrien lain diperolehi secara

    semulajadi dari tanah atau dari aplikasi pembajaan tanah.

    1. PENGENALAN

    BAJA PEMBERAT BUAH KELAPA SAWIT, TANAMAN KONTAN DAN BUAH-BUAHAN

    Terdapat dua kategori baja iaitu:-

    a) BAJA ORGANIK (Semulajadi)

    Merupakan baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan.

    Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah.

    Contohnya seperti najis haiwan ternakan, bahan buangan kelapa sawit seperti

    tandannya, humus, kompos, darah atau tulang yang diproses dan sebagainya.

    b) BAJA KIMIA (Sintetik)

    Iaitu bahan kimia yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, prill, hablur dan

    cecair. Baja kimia jenis butiran dan prill boleh digunakan secara terus kepada

    tanaman manakala jenis cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebihdahulu sebelum disembur. Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska,

    B y f o l a n , W e l g r o w d a n s e b a g a i n y a .

    Baja kimia jenis butiran atau prill pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

    1.1 Baja tunggal (straight fertilizer).

    1.2 Baja butiran sebatian (compoundfertilizer).

    1.1 BAJA TUNGGALIaitu baja yang punyai satu jenis unsur sahaja, seperti Urea (N), TSP- Triple super 

    fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O). Baja ini memerlukan analisis makmaldan pengiraan tertentu bagi menentukan dos yang optimum.

    1.2 BAJA SEBATIAN

    Baja sebatian ialah baja yang telah diproses lengkap unsur nutriennya dan bahanlengai sebagai bahan pemenuh seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2TE. Baja jenis

    ini direka untuk memudahkan petani membuat pembajaan.

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    2/29

    PROLACTUS   adalah gabungan di antara nutrisi kimia (sintetik) dan bahan mineral

    semulajadi. Ia mengandungi unsur mikro dan makro yang sangat diperlukan oleh tanaman.Dirumus khusus dengan konsentrasi nutrien yang tinggi dan dengan kepakaranbioteknologi.

    Walaupun penggunaannya hanyalah satu sudu sahaja, namun ia mampu memberinutrisi tambahan yang mencukupi untuk keperluan tanaman dan memberikan kesan yang

    optimum terhadap pertambahan kadar perahan MSM dan mempercepatkan kadar 

    kematangan buah. Selain itu, baja ini juga sesuai digunakan untuk tanaman getah, buah-

    buahan dan tanaman kontan untuk mempertingkatkan kualiti hasil dan buah.

    2. PROLACTUS

    FIZIKAL SERBUK (Powder)

    NPK 10:15:27 + TE

    KELAS BAJA TAMBAHAN

    PEMENUH (Filler)   ZEOLITE (Clinoptilolite)

    FUNGSI PEMBERAT BUAH & MENING-KATKAN HASIL

    SPESIFIKASI PROLACTUS

    APLIKASI 1 SUDU 1 POKOK*

    * 40 gram sesudu untuk kelapa sawit

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    3/29

    Dengan kombinasi mineral semulajadi yang bertindak sebagai bahan pemangkin,

    nutrien yang berada di dalam PROLACTUS akan kekal berada di dalam tanah selepas

    ditabur. Ia dihantar kepada pokok mengikut keperluannya pada masa dan ketika yangsesuai melalui tindakbalas pertukaran ion-ion. Mineral semulajadi tersebut jugamembolehkan mikrobiologi tanah bertindak aktif. Mikrobiologi ini akan membuat

    makanan dan sekaligus ia menjadi sumber nutrisi bagi tanaman. PROLACTUS juga dapatmengimbang kadar pH tanah agar ia lebih sesuai digunakan untuk pertanian.

    Secara praktikalnya, PROLACTUS telah menjadi satu produk yang berjaya

    memenuhi kehendak para petani dan peladang kerana ia bukan sahaja dapat

    menjimatkan kos, bahkan dapat meningkatkan hasil sehingga 30% dan tidak mencemarkan alam sekitar.

    Teknologi pembuatannya yang mesra alam juga dapat menghindarkan kesan-

    kesan yang negatif terhadap persekitaran, sekaligus memelihara kelestarian alam yangberpanjangan.

    TDM PLANTATION BHD (JERANGAU, TERENGGANU)

    GEDONG DD PLANTATION (SARAWAK)

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    4/29

    Fungsi dan peranan setiap zat pemakanan bagi pengeluaran tanaman kelapa sawitadalah seperti berikut:

    3.1 NITROGEN (N)

    Nitrogen merupakan unsur utama dalam pembentukan protoplasma sel, asid

    amino, protein, amida, alkaloid dan klorofil. Kekurangan nitrogen akan menurunkan aktiviti

    metabolisma tanaman dan menyebabkan klorosis iaitu warna daun memucat. Pembajaan

    nitrogen sangat berpengaruh terhadap pertumbuhan dan pengeluaran buah. Kajianmenunjukkan baja yang mengandungi unsur nitrogen telah membantu pertumbuhan

    batang serta indeks kawasan daun (leaf area index) sehingga dapat meningkatkan hasil

    pengeluaran setandan buah sawit.

    3.2 FOSFOR (P)

    Fosfor memainkan peranan penting dalam fisiologi tanaman kelapa sawit, baik 

    yang berkaitan dengan pertumbuhan tanaman (vegetatif) mahupun penghasilan buah(generatif). Fosfor merupakan komponen utama asid nukleas yang berperanan dalampembentukan akar. Selain itu, fosfor juga berfungsi untuk membentuk ikatan fosfolipid di

    dalam minyak sayuran. Kekurangan unsur ini akan menghalang pertumbuhan,melemahkan jaringan, serta melambatkan proses fisiologi tanaman. Keperluan unsur P lebih

    sedikit berbanding dengan keperluan unsur N dan K. Untuk meningkatkan hasilpengeluaran setandan buah, unsur P tidak boleh bertindak sendiri, sebaliknya memerlukan

    kombinasi daripada unsur-unsur lain.

    3. MAKLUMAT NUTRIEN

    3.3 KALIUM (K)

    Kalium merupakan unsur yang terpenting untuk tanaman kelapa sawit dan unsur 

    yang paling banyak disalurkan ke dalam buah sawit. Ia juga mempengaruhi beberapa

    proses fisiologi kelapa sawit serta proses fotosintesis dan respirasi. Unsur kalium jugamerupakan pemangkin beberapa proses biokimia dan agen pengatur dalam prosespembentukan minyak sawit. Selain itu, ia membantu pembentukan batang dan

    mempercepatkan proses pemetikan buah. Baja yang mengandungi unsur kalium bolehdigunakan di kebanyakan jenis tanah yang mengandungi kandungan pasir yang tinggi

    atau tanah berlumpur (aluvium) yang berair di mana ia mampu meningkatkan hasil

    pengeluaran setandan kelapa sawit.

    3.4 MAGNESIUM (Mg)

    Magnesium merupakan unsur utama yang membantu mengeluarkan enzim dalampembentukan klorofil semasa proses fotosintesis. Ia juga mempengaruhi sebahagian besar 

    proses pertumbuhan tanaman.

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    5/29

    4. KEPERLUAN PEMBAJAN KELAPA SAWIT YANG SUDAH MENGELUARKAN HASIL (143 pokok 

    per hektar)

    Umur (Tahun) Baja Gram/pokok Kg/ha

    3 N 380 54

    P 500 72

    K 1,000 143

    Mg 500 72

    Bo 25 3.6

    4-5 N 750 107

    P 1,000 143

    K 2,000 281

    Mg 1,000 143

    Bo 50 7.2

    7-9 N 1,000 143

    P 1,000 143

    K 2,500 358

    Mg 1,000 143

    Bo 50 7.2

    10-14 N 1,250 179

    P 1,000 143

    K 3,000 429

    Mg 1,000 143

    Bo 50 7.2

    15-18 N 1,000 143

    P 1,000 143

    K 2,000 286

    Mg 1,000 143

    Bo 50 7.2

    19-22 N 1,000 107

    P 1,000 143

    K 1,500 281

    Mg 750 143

    N = Nitrogen (ZA atau Urea)

    P = Fosfor (TSP, RP atau SP36)K = Kalium (KCL atau MOP)

    Mg = Magnesium (Kreserite)

    Bo = Boron (Bozat)

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    6/29

    N = 10.40%P = 15.10%

    K = 27.20%

    MgO = 0.20%

    B = 0.60%Cu = 7.40 ppm

    Fe = 500 ppm

    Mn = 130 ppmZn = 64 ppm

    Lain-lain mineral

    SiO2Al2O2

    CaOTiO2

    5. KANDUNGAN NUTRIEN PROLACTUS

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    7/29

      Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman.

      Khusus untuk memberatkan buah kelapa sawit dengan meningkatkan kadar 

    pembentukan minyak (peratus perahan akan lebih tinggi).

      Mempercepatkan proses kematangan buah.

      Mudah dan menjimatkan kos pembajaan.

      Meningkatkan sistem imunisasi tanaman.

      Mudah ditabur pada tanaman.

      Penggunaan Zeolite spesis Clinoptilolite sebagai pemenuh (filler) berbanding tanah

    lengai bagi kebanyakan baja-baja biasa.

      Mengandungi unsur mikro dan makro nutrisi yang lengkap untuk keperluan tanaman.

      Penambahan zat supaya struktur tanah lebih baik.

      Meningkatkan aktiviti mikrobiologi tanah.

      Menurunkan kadar akar menyerap zat metal berat seperti Cadmium dan Plumbumyang boleh meracuni pokok.

    6. KELEBIHAN PROLACTUS

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    8/29

    Pertambahan penduduk dan sektor industri yang semakin pesat telah menyebabkan

    banyak kawasan pertanian telah dinaik taraf kepada kawasan industri dan perumahan.Kesannya, tanah tani semakin berkurangan.

    Faktor kos juga memainkan peranan apabila baja tidak terkecuali dengan kenaikanharga. Apabila kos baja meningkat dan hasil tanaman tidak dapat ditingkatkan, ini akanmenyebabkan pendapatan petani merosot. Dengan berlakunya masalah ini, makatercetuslah idea penciptaan baja yang dapat menambahkan hasil tanaman dan

    pendapatan petani.

    Setelah menjalankan kajian dan mengeksploitasi sifat-sifat unik yang ada pada Zeolite

    maka terciptalah PROLACTUS. Baja ini boleh bertindak dengan efisyen walaupun ia

    hanya digunakan dengan kuantiti yang sedikit.

    Melalui proses pertukaran ion secara perlahan dan terpilih, tanaman akan memperolehi

    nutrien yang diperlukan pada masa dan jumlah yang tepat secara konsisten dan secara

    semulajadi (konsep baja pintar).

    Nutrien yang ada di dalam PROLACTUS tidak dibazirkan. Semua nutrien akan

    dimanfaatkan oleh tanaman. Dengan adanya Zeolite, semua nutrien akan kekal di

    dalam tanah sehingga ia diperlukan oleh tanaman. Ia tidak akan dibawa oleh air apabila hujan atau hilang melalui Proses Evoperasi dan Proses Larut-Resap. Dengan katalain, penggunaan PROLACTUS juga dapat mencegah pencemaran alam sekitar.

    7. SEKILAS PANDANG PROLACTUS

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    9/29

    13. TESTIMONI INDIVIDU

    Saya beli 3 pek baja sudu pada bulan April untuk 3 ekar kebun saya di Kluang, Johor.Selepas sebulan saya membaja, hasil kebun saya telah meningkat daripada 1600 kg ke

     2400 kg. Terus terang, saya terkejut dan kini terus menggunakan baja sudu untuk kebun-

    kebun saya yang lain.

    Hj Hanim (Kluang, Johor)

    Saya jarang membaja kebun saya sebab harga baja yang mahal. Bila kawan saya selalucerita tentang baja sesudu sepokok ni pun saya tak percaya sebab tak puas membaja.Tapi bila dia beri percuma satu pek untuk dicuba, saya pun terimalah. Hasilnya Alhamdulil-

    lah, sehingga kini saya terus menggunakan PROLACTUS.

    Mahmud (Benut, Pontian, Johor)

    Pokok durian saya sedang berbuah walaupun tidak dalam musim buah selepas saya ta-

    burkan baki baja yang saya gunakan untuk kebun saya. Selepas buah gugur, pokok terse-but berbuah lagi berterusan.

    Kalam Azad (Parit Raja, B.Pahat, Johor)

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    10/29

      Apabila tanaman memerlukan nutrien, akar akan membebaskan ion H+ dan HCO3-

      PROLACTUS akan menyerap ion H+ dan HCO3- yang dibebaskan oleh akar pokok.

      Sebagai ganti PROLACTUS akan membebaskan ion NH4, PO4 dan K serta lain-lain

    mikronutrien.

      Proses pertukaran ion secara seimbang ini memberikan impak yang besar terhadap

    nutrisi tanaman.

      Berlaku secara semulajadi membuatkan tanaman akan mendapat nutrien pada

    masa dan jumlah yang tepat secara konsisten.

      Dengan itu ianya dapat menggalakkan kadar tumbesaran tanaman dan

    mengelakkan dari tanaman terbantut atau stress akibat dari kekurangan nutrien.

    8. MEKANISMA PERTUKARAN ION (BAJA PINTAR)

    PROLACTUS TANAH AKAR

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    11/29

    Telah dijelaskan bahawa PROLACTUS ini dirumus khas untuk penambahan berat hasil (buah) dan

     jumlah tandan, maka ia disarankan diguna pada pokok yang sudah matang (berbuah).

    Bagi tanaman kelapa sawit, ianya amat sesuai dimulakan dengan pokok yang berumur 5 tahun dan

    keatas.

    Secara umumnya dos penggunaan PROLACTUS adalah satu sudu (40g) untuk satu pokok bagi

    tanaman sawit dengan kekerapan 4 kali setahun. Jarak pembajan ialah 1.0 hingga 3.0 kaki dari pangkal pokok kelapa sawit.

    Bagi tanaman getah pula, dosnya setengah (½) sudu (20g) dengan kekerapan 2 kali setahun. (sila

    lihat jadual dimuka surat sebelah).

    Bagi pokok buah-buahan yang bermusim seperti durian, nangka, cempedak dan lain-lain disarankan

    penggunaannya 2 kali setahun iaitu sekali sebelum musim buah bermula dan sekali selepas musim bagi

    menggantikan semula nutrien yang hilang semasa pengeluaran buah.

    JUGA TELAH DIUJI DI SAWAH PADI, TANJUNG KARANG, SELANGOR

    10. KADAR DOS PENGGUNAAN

    TANPA PROLACTUSDENGAN PROLACTUS

    TANPA

    PROLACTUS

    DENGAN

    PROLACTUS

    DENGAN

    PROLACTUS

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    12/29

    9. CARA PEMBAJAAN

    Pokok Kelapa Sawit

    PROLACTUS

    Musim Pertama Pembajaan

    Musim Kedua Pembajaan

    Musim Ketiga Pembajaan

    Musim Keempat Pembajaan

    Cara Pembajaan PROLACTUS Untuk Kelapa Sawit

    PROLACTUS

    Pokok Getah

    Pembajaan Pertama

    Pembajaan Kedua

    1 Ekar Kelapa Sawit 60 Pokok 

    1 Ekar 60 Sudu (1Pek 2.50 Kg)

    1 Ekar Getah 180 Pokok 

    1 Ekar 90 Sudu (1/2 sudu sepokok)

    Cara Pembajaan PROLACTUS Untuk Pokok Getah

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    13/29

    •   T4 = 100% cocopeat + normal fer-

    •   T2 = Ukaru’s technoloy package + conven-

    T4

    T2

    •  T4 = 100% cocopeat + normal fer-

    •   T2 = Ukaru’s technoloy package + co

    T4

    T2

    •  T1 = Ukaru’s technoloy

    T1

    BELL PEPPER ( FERTIGATION IN SOILLESS MEDIA )

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    14/29

    •  T4 = 100% cocopeat +

    •   T2 = Ukaru’s technoloy package +

    T4T2

    •  T1 = Ukaru’s

    • T1 = Ukaru’s tech-

    T4   T1

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    15/29

    •   T3 = 100% cocopeat + normal fertilizr solution mix UCS 2 in

    •   T1 = Ukaru’s technoloy pack-

    T3

    T1

    T3

    T1

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    16/29

    •   T3 = Ukaru’s technology package (1/2rate ) + practices (1/2

    •   T2 = Ukaru’s technoloy package + conventionally prac-

    T3T2   T2

    T3

    •   T4 = conventionally practices only ( chicken dung + GML +

    •   T1 = Ukaru’s technoloy pack-

    T4

    T1

    T1

    T2T3

    CABBAGE ( SOIL GROWN ) DATE : 29 MAC 2010

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    17/29

    SAYUR SAWI KERINTINGHASIL PENGELUARAN LEBIH KURANG 2 KE 3MINGGU

    • Sawi kerinting berusia 3minggu

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    18/29

    • Pokok terung ini sudah hampil 2 bulan

    Ini adalah buah pertama.

    • Berat sebiji terung Aubergine 300gmatau 400gm Berat sebiji terung bulat

    250gm

    atau 300gm

    POKOK TERUNG AUBERGINE DANTERUNG BULAT

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    19/29

    TANAMAN DOS CARA KEKERAPAN

    Kelapa Sawit 1 sudu 1 pokok (40g) Ditabur 1—3 kaki daripangkal pokok

    4 Kali Setahun

    Buah-buahan

    Getah, Kopi

    Tanaman Kontan(Jagung, Pisang dll.)

    Min 1/2 sudu 1 pokok(20g)

    Ditabur 3 kaki daripangkal pokok

    4 Kali setahun

    4 Kali setahunDitabur ditengah-tengah antara 2 pokok

    Sebulan sekaliDitabur dibawahpokok / diatas batas

    Min 1/2 sudu 1 pokok(20g)

    Bergantung kepadasaiz pokok

    11. JADUAL DOS PENGGUNAAN PROLACTUS

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    20/29

    15. CONTOH SALINAN RESIT TIMBANG SAWIT

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    21/29

    Berdasarkan beberapa siri test plot yang telah kami lakukan sebelum ini, purata kadar pen-ingkatan hasil ialah kira-kira 30%. Peningkatan ini diperolehi melalui:-

    A. Peningkatan Berat Setiap Tandan, Hasil Pertambahan Minyak Yang Terbentuk.

    B. Pertambahan Jumlah Tandan Kerana Kadar Kematangan Lebih Cepat.

    Bagi kebanyakan pekebun kecil yang tidak mengira jumlah tandan yang keluar setiap kali

    menuai hasil, maka perbandingan resit sebelum dan sesudah menggunakan PROLACTUSadalah satu cara yang mudah untuk mengetahui peningkatan hasil.   (Sila lihat lampirandimuka surat seterusnya).

    Pengiraan ini mengambil kira faktor berikut:-

    A. Penggunaan PROLACTUS sebagai baja tambahan (Contoh ilustrasi untuk 10 ekar)

    B. Meneruskan program pembajaan biasa.

    C. Contoh harga jualan BTS pada RM380.00 setiap satu tan.D. Contoh kadar pengeluaran biasa ialah 1 tan sebulan untuk setiap ekar.

    E. Mengambil kira kadar purata peningkatan 25% sahaja iaitu kurang daripada kebiasaanpeningkatan (30%) selepas penggunan PROLACTUS dalam masa sebulan.

      Pertambahan Kos Pembajaan

    RM90.00 x 10 ekar untuk 3 bulan (RM300.00 sebulan).

      Pertambahan Hasil Sebulan

    10 tan (10 ekar) x 25% = 2.50 tan x RM380.00RM950.00-RM300.00 (kos PROLACTUS 10 ekar sebulan)RM650.00

      Pertambahan Hasil 3 Bulan (Semusim Pembajaan)

    RM650.00 x 3 bulanRM1,950.00

      Pertambahan hasil satu tahun

    RM650.00 x 12 bulanRM7,800.00

    Jadi bagaimana jika anda ada lebih dari 10 ekar?

    Nota:   Pengiraan diatas hanyalah ilustrasi. Pertambahan sebenar bergantung kepadaharga pasaran dan musim tuaian. Sekiranya tiada julat perbezaan selepas penggunaan,

    beberapa faktor perlu diambilkira iaitu:-

      Hasil anda telah pun mencapai tahap optimum.

      Keperluan unsur makro dan mikro di ladang anda sudah sedia mencukupi

    (optimum).

      Kitaran musim.   Faktor fizikal seperti keadan pengairan ladang, pemilihan benih (baka) atau kese-

    suaian tanah ladang anda.

    14. ANGGARAN KEUNTUNGAN@PENINGKATAN HASIL JIKA MENGGUNAKAN PROLACTUS

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    22/29

    17. SOALAN-SOALAN LAZIM

    17.1 Cukupkah dengan hanya 1 sudu untuk membaja sepokok kelapa sawit yangmatang?

    Sukatan satu sudu konsentrasi PROLACTUS ini sudah memadai untuk penggunaan selama 3

    bulan. Sukatan ini telah melalui proses penyelidikan yang terbukti berkesan terhadapkelapa sawit, buah-buahan dan lain-lainnya kerana kami mengutamakan unsur mikronya.

    17.2 Adakah ia baja asas?

    PROLACTUS ini adalah baja tambahan untuk memberatkan buah kelapa sawit dan

    tanaman saka yang lain. Jadi baja-baja asas yang lain seperti NPK 15:15:15 atau

     seumpamanya masih diperlukan tetapi boleh dikurangkan dosnya jika perlu.

    17.3 Jika dos ditambah 2 sudu sepokok, adakah hasil akan lebih baik daripada 1 sudu?

    Penggunaan 2 sudu dibolehkan, tetapi tidak digalakkan kerana 1 sudu sudah memadai

    dengan konsep untuk menjimatkan kos pembajaan. 1 sudu untuk 3 bulan adalah sukatan

    yang ideal bagi setiap pokok.

    17.4 Bagaimanakah 1 sudu PROLACTUS boleh mendatangkan hasil yang baik?

    Walaupun hanya 1 sudu, tetapi agen pemenuh (filler) yang digunakan untuk memegang

    unsur-unsur nutrien PROLACTUS ini mempunyai sifat-sifat istimewa untuk memegang unsur-unsur tersebut diatas tanah dan akan membekalkan nutrien tersebut kepada akar 

    tumbuhan apabila berlakunya tindakbalas pembebasan ion-ion daripada akar tumbuhan.Dengan demikian, unsur-unsur NPK dan unsur khusus pemberat buah yang diterapkan

    didalam setiap sudu PROLACTUS ini akan dapat dioptimumkan penggunaannya olehtumbuh-tumbuhan. Baja-baja yang tidak menggunakan agen pemenuh pintar seperti ini

    akan menyebabkan unsur-unsur tersebut tidak dapat dibekalkan kepada akar pokok

     secara konsisten.

    17.5 Apakah kelebihan-kelebihan lain yang ada pada PROLACTUS?

     Agen pemenuh yang digunakan tidak akan membekal unsur-unsur yang tidak diperlukan

    oleh tumbuh-tumbuhan. Contohnya, jika wujud kehadiran kimia seperti plumbum,

    cadmium dan seumpamanya diatas tanah, unsur tersebut tidak akan disalurkan kepadapokok kerana ia tidak memerlukannya.

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    23/29

    17.6 Bolehkah jika saya hanya menggunakan PROLACTUS ini tanpa tambahan baja asas

    lain?

    Berdasarkan kajian dari rekod test plot kami di Ijok, Selangor, (Zeolite & PROLACTUS),

    dengan kadar jadual pembajaan sekerap 3 bulan sekali, peningkatan hasil direkodkan sebanyak lebih dari 30% (Musim tuaian tinggi mencecah 7 tan untuk 4 ekar pokok berusia

    lebih 30 tahun). Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan para pengguna

    mengaplikasikan penggunaan baja asas seperti biasa tetapi mengurangkan kadarnya

    17.7 Adakah ia boleh digunakan keatas tanaman sawit yang berusia 1 hingga 3tahun?

    Pada usia tersebut, kelapa sawit belum mengeluarkan hasil. Jadi kesan ketara peningkatan

    hasil tidak akan dapat dilihat perbandingannya. Walau bagaimanapun, pokok akanmelihatkan perubahan ketara dari segi tumbesaran berbanding pokok yangmenggunakan baja lain. .

    17.8 Bagaimanakah yang dikatakan penggunaan baja ini mampu mengelakkan

    pencemaran alam sekitar?

    Dos penggunaan yang sedikit (40gm) akan membolehkan ianya diambil secara optimum

    oleh pokok tanpa berlakunya pembaziran kedalam sungai-sungai disekitar kebun danladang-ladang. Penggunaan baja asas yang mengandungi sebatian kimia juga telah

    dapat dikurangkan daripada kadar biasa.

    17.9 Adakah PROLACTUS ini sesuai untuk tanaman di semua jenis tanah.

    Pada dasarnya PROLACTUS boleh digunakan keatas semua jenis tanah (liat, gambut, bukit,berpaya dan lain-lainnya). Selain itu, penggunaan dos yang kurang dari 1 sudu (untuk

    kelapa sawit) juga menjadi antara punca ia kurang menampakkan perubahan. Bagi tanah

    berbukit pula, perlu membuat poket diatas tanah sedalam 3 hingga 4 inchi untuk

    mengelakkan PROLACTUS tergelungsur kebawah.

    17.10 Faktor-faktor lain yang menyebabkan tiadanya perubahan setelah

    menggunakan PROLACTUS ini?

     Musim melawas yang ketara, baka yang kurang bermutu, tanah mati, pokok baru

    berbuah, musim kemarau panjang, musim banjir, sistem saliran dan pengairan yang tidak

    diselenggara, kehadiran bahan toksik yang terlalu banyak diatas tanah (kebunberhampiran kawasan perindustrian) dan sebagainya. Sila dapatkan nasihat daripada jururunding-jururunding kami untuk mengatasi masalah tersebut.

    17.11 Berapakah kandungan NPK di dalam PROLACTUS ini?

    Nisbah kandungan NPK PROLACTUS ialah 10:15:27 + TE. Kandungan K yang tinggi akandiserap oleh akar untuk mempertingkatkan hasil BTS disamping fungsi penting unsur-unsur 

     surih (TE).

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    24/29

    LAPORAN TEST PLOT GEDONG DD PLANTATION SDN. BHD.

    PLOT 1

    JUMLAH

    TANDAN

    JUMLAH BERAT

     Kg

    BERAT

    SETANDAN

    JUMLAH TANDAN PER

    TAN

    TUAIAN 1 53 800 15.09 66.25

    TUAIAN 2 76 1,160 15.26 65.53

    TUAIAN 3 103 1,600 15.53 64.39

    TUAIAN 4 57 910 15.96 62.66

    JUMLAH 289 4,470 Purata 15.47Kg

    PLOT 2

    JUMLAH

    TANDAN

    JUMLAH BERAT

     Kg

    BERAT

    SETANDAN

    JUMLAH TANDAN PER

    TAN

    TUAIAN 1 57 640 11.23 89.06

    TUAIAN 2 120 1,260 10.50 95.24

    TUAIAN 3 167 1,700 10.16 98.25

    TUAIAN 4 62 720 11.61 86.13

    JUMLAH 406 4,320 Purata 10.87Kg

    JUMLAH

    TANDAN

    JUMLAH BERAT

     Kg

    BERAT

    SETANDAN

    JUMLAH TANDAN PER

    TAN

    TUAIAN 1 96 900 9.38 106.67

    TUAIAN 2 109 1,190 10.92 91.6

    JUMLAH   447   4,690 Purata 10.52Kg

    PLOT 3

    TUAIAN 3 176 1,860 10.57 94.6

    TUAIAN 4 66 740 11.21 89.2

    PLOT 4

     CONTROL

    10.70

    10.50

    10.57

    11.14

    Purata 10.72Kg

    PLOT 4

     CONTROL

    10.70

    10.50

    10.57

    11.14

    Purata 10.72Kg

    PLOT 4

     CONTROL

    10.70

    10.50

    10.57

    11.14

    Purata 10.72Kg

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    25/29

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    Tuaian 1 Tuaian 2 Tuaian 3 Tuaian 4

    PLOT1

    PLOT4

    Kg/Tandan

    Carta Perbandingan Plot 1 Dengan Plot 4 (Control)

    9

    9.5

    10

    10.5

    11

    11.5

    12

    Tuaian 1 Tuaian 2 Tuaian 3 Tuaian 4

    PLOT2

    PLOT

    Kg/Tandan

    Carta Perbandingan Plot 2 Dengan Plot 4 (Control)

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    26/29

    8

    8.5

    9

    9.5

    10

    10.5

    11

    11.5

    Tuaian 1 Tuaian 2 Tuaian 3 Tuaian 4

    PLOT3

    PLOT4

    Carta Perbandingan Plot 3 Dengan Plot 4 (Control)

    Kg/Tandan

    Kerja-kerja pembajaan telah dilakukan pada 18 Julai 2009. Beberapa orangkakitangan Gedong dengan pantauan Pegawai Teknikal Promark telah memulakan kerja-

    kerja membaja di 3 plot percubaan seluas 3 ekar setiap satu.

    PROLACTUS ditabur setempat dalam jarak 1 kaki dari pangkal pokok dengan

    menggunakan sudu penyukat yang telah disediakan. Bagi tujuan tersebut, sebanyak kira-kira 22.5Kg PROLACTUS telah digunakan. Plot percubaan tersebut boleh didefinasikan

    seperti berikut.

    PLOT 1 PLOT 2 PLOT 3 CONTROL

    Menggunakan

    100% PROLACTUS

    Menggunakan

    PROLACTUS dan

    Plan Pemba- jaan Tahunan

    Menggunakan

    PROLACTUS dan

    MengurangkanPlan Pembajaan

    Tahunan

    100% Meng-

    gunakan Plan

    Pembajaan Ta-hunan

    (Tanpa

    PROLACTUS)

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    27/29

    LAIN-LAIN TEST PLOT

    Dari Disember 2008 hingga Julai 2009, sebanyak 5 siri test plot korporat telah dijalankan di

    seluruh Malaysia dan kesemuanya menunjukkan hasil positif.

    No. Estet/Syarikat Tarikh Luas Percu-

    baan

    Hasil

    1 Felcra Temeris Dis 2008 2 ekar Sila rujuk graf

    2 Felcra Kuala Berang April 2009 10 ha Sila rujuk graf

    3 Ketengah Jaya Sdn. Bhd. April 2009 10 ha Sila rujuk graf

    4 TDM Plantation Bhd. May 2009 10 ha Sila rujuk graf

    5 Gedong DD Plantation

    Sdn. Bhd.

    Julai 2009 9 ekar Sila rujuk graf

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    28/29

    FELCRA TEMERIS (FELCRA BERHAD)

    KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

    0123456789

    1011

    1213141516

    '10/12/08 '30/12/08 '06/01/09 '19/01/09 '04/02/09 '19/02/08

      B  E  R A   T S

      E  T  I A   P

     T A   N  D A 

      N

    0

    0.2

    0.40.6

    0.8

    1

    1.2

    1.4

    1.6

    1.8

    2

    '10/12/08 '30/12/08 '06/01/09 '19/01/09 '04/02/09 '19/02/09

    PURATA BERAT SETIAP

     TANDAN

     JUMLAH HASIL TUAIAN

    8.4

    8.6

    8.8

    9

    9.2

    9.4

    9.6

    Feb March April

    FELCRA TEMERIS (FELCRA BERHAD)KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

    FELCRA KUALA BRANG (FELCRA BERHAD)

    KUALA BRANG (TERENGGANU)

    SEBELUM

    SEBELUM

    SEBELUM

           K     g       /       T     a     n       d     a     n

           K     g       /       T     a     n       d     a     n

           K     g       /       T     a     n       d     a     n

  • 8/17/2019 Prolactus Fertilizer System

    29/29

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    '5/5 '15/5 '25/5 '03/06 '15/06

    TDM PLANTATION BHD. (TDM BERHAD)

    JERANGAU (TERENGGANU)

    SEBELUM

    0

    0.5

    1

    1.5

    2

    2.5

    3

    3.5

    4

    4.5

    March '14/4 '22/4 '2/5 '17/5 '28/5 '12/6

    LADANG KETENGAH JAYA (KERAJAAN NEGERI

    TERENGGANU)

    SEBELUM

           K     g       /       T     a     n       d     a     n

           K     g       /       T     a     n       d     a     n