Presentation ppik
-
Upload
intansyafika -
Category
Education
-
view
231 -
download
4
Transcript of Presentation ppik
SME 3023 : TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL
SCIENCELECTURER’S NAME:
DR. MAZLINI BINTI ADNAN
NAMA NO MATRIK
NORATIKAH BT SOFIAN D20111047984
AZNIDA BT MOHMMAD SHAFIE D20111047985
FATIN AMIRA BT ROSLI D20111047988
• Mengajar merupakan satu aktiviti kompleks yang melibatkan kebih daripada satu siri tindakan oleh guru (Loughran, Berry & Mulhall, 2006).
• Untuk membantu murid memahami idea penting dalam sesuatu mata pelajaran, guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
idea tersebut (Grossman & Schoenfeld, 2005).
• Untuk menggalakkan kefahaman murid, guru mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis pengetahuan professional untuk pengajaran iaitu :
i. Pengetahuan isi kandungan
ii. Pengetahuan pedagogi
iii. Pengetahuan tentang murid
• Shulman (1987) juga menggariskan tujuh kategori pengetahuan teras guru yang diperlukan bagi mencapai tahap pengajaran untuk kefahaman ini.
Pengetahuan isi kandungan
Pengetahuan pedagogi am
Pengetahuan kurikulum
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI
Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar
Pengetahuan tentang konteks pendidikan
Pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan
• Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK), mempunyai ciri yang tersendiri kerana ia merupakan gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi (Aini Hassan, 2001)
• Berkaitan dengan pengetahuan mengenai strategi pengajaran yang khusus (Shulman, 1987)
Pengetahuan Pedagogi
• Bidang pengetahuan guru tentang isi kandungan sesuatu mata pelajaran.
Pengetahuan Isi
Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK)
Menurut Shulman (1987), PPIK merupakan satu jenis pengetahuan yang unik bagi seorang guru
dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (cara
mengajar) kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua
pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.
• Pengetahuan pedagogikal kandungan adalah konstruk yang digunakan untuk menjelaskan bidang pengetahuan guru mengenai isi kandungan (mata pelajaran) dan pedagogi (strategi pengajaran).
• PPIK adalah bentuk pengetahuan yang membezakan antara seseorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan seorang yang bukan guru dan malah dengan seorang guru biasa.
• PPIK ialah kebolehan guru untuk menterjemah sesuatu konsep ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikannya mudah difahami.
• Ini bermakna, pengetahuan isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan pengetahuan untuk menyampaikan mata pelajaran tersebut adalah penting untuk menghasilkan kefahaman yang bermakna.
• Menurut Abd Rafie Mahat (2001), kita boleh merancang
dan menghasilkan satu kurikulum yang lengkap dan
sempurna tetapi jika guru tidak dapat menyampaikannya
kepada pelajar secara berkesan maka usaha murni
tersebut akan menjadi sia-sia.
• Kajian lampau membuktikan perlunya guru-guru memiliki
pengetahuan pedagogi isi kandungan untuk
membolehkan mereka menjadi guru yang efektif
(Clermont et al.,1994).
Pengetahuan Isi Kandungan
• Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran.
• Pengetahuan yang dijelaskan oleh Shulman (1986) merangkumi :
i. Pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur dan teori tertentu bagi subjek tertentu.
ii. Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik.
iii. Pengetahuan tentang perubahan terkini sesuatu subjek.
iv. Pengetahuan tentang kegunaan bukti untuk menyokong, menyanggah dan membina tuntutan
Pengetahuan Pedagogi GuruMerujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan
kaedah mengajar.Pengetahuan pedagogi
umum
Meliputi pengetahuan umum untuk pengajaran seperti pengurusan bilik
darjah dan strategi pengajaran.
Pengetahuan pedagogi topik spesifik
Pengetahuan pedagogi yang spesifik atau khusus
untuk mengajar sesuatu topik atau konsep-konsep tertentu.
Pengetahuan Murid
• Membincangkan pengetahuan umum tentang murid, kesukaran pembelajaran, dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid.
• Guru perlu mempunyai pengetahuan umum tentang muridnya seperti :
i. Latar belakang murid
ii. Tahap kognitif murid
iii. Sikap murid
Pengetahuan Konteks
• Pengetahuan tentang komuniti, persekitaran sekolah dan budayanya yang berkaitan pengajaran topik yang diajar.
• Guru perlu menggunakan pengetahuan tentang konteks bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan relevan dengan kehidupan pelajar.
• Pengetahuan tentang konteks guru menjadikan pengajaran di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan atau membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan mereka di dalam bilik darjah.
Sumber bagaimana PPIK boleh diperolehi dan dikembangkan
Pengalaman mengajar
Pemerhatian dalam kelas
Pendidikan formal
Kursus dalaman
PEMBINAAN PPIKMekanisma pembinaan PPIK
(Kastens, 2004)Melalui kebijaksanaan pelaksananya iaitu guru menerusi pemerhatian sebagai seorang
guru dan murid tentang karier mereka dalam satu jangka masa yang panjang
Melalui kajian tentang situasi yang terkawal oleh penyelidik dalam bidang pendidikan
Proses Pembinaan PPIK (Shulman, 1987)Kefahaman
baru
Kefahaman
Transformasi
Pengajaran
Penilaian
Refleksi
Kefahaman• Seorang guru mestilah mempunyai
kefahaman isi kandungan pelajaran dan muridnya.
Transformasi
• Isi kandungan pelajaran yang difahami ditukarkan dalam bentuk yang boleh difahami oleh murid dengan menggunakan kaedah yang sesuai
Pengajaran
• Pengajaran melibatkan aspek pedagogi, organisasi, pengurusan bilik darjah, penerangan, huraian yang jelas, tugasan, motivasi dan sebagainya
Penilaian
• Guru boleh menjalankan penilaian secara formatif atau summatif berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran yang dikehendaki.
Refleksi
• Melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku, membina semula, melakon semula dan mengingat semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya.
Kefahaman baru
• Satu permulaan baru melalui langkah-langkah yang telah disebutkan iaitu kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian dan refleksi.
Jadual 1 : Tahap penguasaan PPK guru pelatih dari aspek mengemukakan soalan
Norasliza Hasan : Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah
Menengah (2008)
1
• Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) bakal guru matematik masih pada tahap yang sederhana.
• Peranan penyoalan dalam pengajaran adalah penting untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis serta mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan kajian ini mendapati PPIK di kalangan guru baru dan guru berpengalaman berada pada tahap yang rendah.
• Perkembangan pengalaman guru tidak selari dengan perkembangan PPIK.• PPIK yang dimiliki oleh guru Matematik berpengalaman tidak sepadan
dengan pengalaman mengajar yang mereka lalui.• Langkah-langkah pengajaran yang dikemukakan oleh guru-guru Matematik
baru dan berpengalaman tidak banyak melibatkan pengintegrasian dengan beberapa kemahiran generik, seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), kemahiran fasilitator, kemahiran teknologi maklumat, dan kemahiran belajar.
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib : Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan (2009)2
• Seseorang guru yang berpengalaman tidak semestinya mempunyai amalan pengajaran berfikir yang baik sekiranya guru tidak berusaha untuk mengubah corak pengajaran kepada yang lebih baik.
• Kajian oleh Marks (1991) juga mendapati bahawa terdapat guru matematik yang walaupun berpengalaman mengajar selama 30 tahun, tetapi masih mempunyai tahap PPIK yang lemah.
Sukiman Saad, Noor Shah Saad dan Mohd Uzi Dollah : Pengajaran Kemahiran Berfikir : Persepsi dan Amalan Guru
Matematik semasa PdP di Bilik Darjah (2012)3
• Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada guru pelatih Program Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (AT20) memiliki pengetahuan tentang pelajar dan pembelajaran iaitu salah satu komponen pengetahuan pedagogi kandungan.
• Guru pelatih Program AT20 mempunyai pengetahuan tentang gaya belajar pelajar melalui pemerhatian tingkahlaku semasa mengajar. Gaya belajar yang dapat dikesan oleh guru pelatih adalah gaya visual, auditori dan kinestetik.
• Pengetahuan tentang perbezaan gaya belajar antara pelajar adalah penting supaya selari dengan perancangan PdP supaya PdP dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Sulaiman Sarkawi & rakan-rakan :Pengetahuan Tentang Pelajar dan Pembelajaran dalam Kalangan
Guru Pelatih Teknologi Maklumat (2011)4
• Guru pelatih memiliki sebahagian daripada pengetahuan tentang pelajar dan pembelajaran iaitu pengetahuan gaya belajar, keupayaan dan kelebihan pelajar belajar dan tajuk-tajuk yang sukar dipelajari serta puncanya tetapi belum menguasai pengetahuan kesilapfahaman konsep-konsep ICT.
• Perkembangan PPK seseorang guru amat dipengaruhi oleh faktor latar belakang pengkhususan guru dan juga pengalaman guru.
• Dapatan kajian terhadap PPK guru-guru bahasa Iban mendapati faktor keperibadian guru itu sendiri amat mempengaruhi perkembangan PPK guru tersebut.
• Guru yang rajin dan berinovasi dilihat mempunyai tahap PPK yang lebih baik berbanding guru lain tanpa mengambil kira latar belakang pengkhususan dan juga pengalaman guru tersebut.
Zamri Mahamod :Penguasaan Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Bahasa
Iban (2012)5
Definisi : Guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar.
Guru dikehendaki mengajar mata pelajaran bukan bidang setelah mendapat penempatan.
Guru perlu mengisi kekosongan guru mata pelajaran yang terlibat.
Guru mengalami masalah untuk mengajar mata pelajaran yang bukan bidang.
Kajian luar Negara
• Menurut Ingersoll (2011), guru terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah
Kajian di Malaysia
• Intensification of Research In Priority Areas• Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah
menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang.• Analisis data menunjukkan 41%(18 orang) daripada 42 orang guru
mengajar mata pelajaran Matematik sementara yang selebihnya iaitu 59% bukan Matematik.
• Kadar ketidaksepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberi kesan secara langsung terhadap kualiti PdP di sekolah.
Guru Murid
1) Guru tidak dapat mengajar dengan berkualiti dan berkesan.
1) Berasa bosan dengan isi pengajaran guru.
2) Kandungan isi pelajaran yang tidak lengkap.
2) Berasa tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan.
3) Guru menjadi tertekan. 3) Keputusan peperiksaan tidak memuaskan
4) Guru menjadi malas untuk mengajar. 4) Murid menganggap mata pelajaran Matematik susah.
5) Guru kurang berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam pengajaran.
5) Murid hilang minat terhadap Matematik
KESAN
Kajian Marks (1990) membandingkan tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan antara guru yang memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dan berpengalaman dengan guru yang kurang matematik (bukan opsyen matematik
tetapi mengajar matematik)
6
Guru Opsyen Matematik Guru Bukan Opsyen Matematik
1) Menunjukkan gambar rajah
(Melalui aktiviti melipat kertas untuk menghasilkan beberapa bahagian yang sama besar)
1) Menulis dan menamakan pecahan di papan hitam
2) Memperkenalkan konsep 2) Menunjukkan gambar rajah
3) Memberikan istilah yang berkaitan
ISMP DIPINGGIRKAN Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyerap 7079 GSTT ke jawatan tetap di
seluruh Negara selepas menawarkan peluang mengikuti kursus DPLI dalam bidang perguruan di Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan IPTA terpilih.
7000 lepasan ISMP belum ditawarkan tempat menyebabkan ada di kalangan mereka menganggur kerana sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
Utusan, 3 Nov 2011
5000 mahasiswa UPSI berdemo tuntut jaminan yang sama dengan penempatan
GSTT.
Berita Harian, 20 Dis 2011