Kompilasi JPI 10(1)

20
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 37 Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 37-58 METODOLOGI WAQF DAN IBTIDA’ MENURUT TATABAHASA ARAB KE ARAH KESEMPURNAAN MAKNA METHODOLOGIES OF WAQF AND IBTIDA’ ACCORDING TO ARABIC LANGUAGE GRAMMAR TOWARDS PERFECTION IN MEANINGS Muhammad Syafee Salihin Hasan 1* , Dr. Khairatul Akmar bin Abd Latiff 2 , Shaharuddin bin Pangilun 3 1 Muhammad Syafee Salihin, Pensyarah, Jab. Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor (KUIS). E-mel: [email protected]. 2 Dr. Khairatul Akmar bin Abd Latiff, Pensyarah, Jab. Pengajian Bahasa & Linguistik Arab, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor (KUIS). E-mail: [email protected] 3 Shaharuddin bin Pangilun, Pensyarah, Jab. Tahfiz & Qiraat Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor (KUIS). E-mail: [email protected] * Penulis penghubung Artikel diterima: 11 Mei 2017 Selepas Pembetulan: 15 Jun 2107 Diterima untuk terbit: 2 Ogos 2017 Abstrak Waqf dan ibtida' adalah ilmu penting dalam pengajian ilmu tajwid al- Quran. Penguasaan dalam ilmu ini dan memiliki kefasihan bacaan menjadi suatu kemestian kepada setiap pembaca yang ingin memahami dan menghayati al-Quran. Namun demikian tahap penguasaan mereka dalam waqf dan ibtida' amat membimbangkan. Kesalahan dalam waqf dan ibtida'memberi implikasi negatif kepada penyimpangan makna pemahaman al-Quran yang sebenar. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan fungsi tatabahasa Arab dalam menyempurnakan waqf dan ibtida' di dalam setiap ayat al-Quran. Rekabentuk kajian adalah melalui pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan dan pemahaman tatabahasa Arab adalah sangat penting dalam menentukan kesempurnaan waqf dan ibtida' dalam suatu ayat al-Quran. Implikasi kajian ini penting dalam mewujudkan kesedaran ke arah memperbaiki tahap penguasaan waqf dan ibtida'dalam kalangan pembaca al-Quran. Sehubungan itu, penguasaan ilmu ini menjadi satu fondasi utama agar kesempurnaan kalamullah yang mulia ini dapat dijaga dengan sebaiknya khususnya kepada guru al-Quran yang menjadi rujukan utama muslim sejagat.

Transcript of Kompilasi JPI 10(1)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 37

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126

E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 37-58

METODOLOGI WAQF DAN IBTIDA’ MENURUT TATABAHASA ARAB KE ARAH KESEMPURNAAN MAKNA METHODOLOGIES OF WAQF AND IBTIDA’ ACCORDING TO ARABIC LANGUAGE GRAMMAR TOWARDS PERFECTION IN MEANINGS Muhammad Syafee Salihin Hasan1*, Dr. Khairatul Akmar bin Abd Latiff2, Shaharuddin bin Pangilun3

1 Muhammad Syafee Salihin, Pensyarah, Jab. Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor (KUIS). E-mel: [email protected]. 2 Dr. Khairatul Akmar bin Abd Latiff, Pensyarah, Jab. Pengajian Bahasa & Linguistik Arab, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor (KUIS). E-mail: [email protected] 3 Shaharuddin bin Pangilun, Pensyarah, Jab. Tahfiz & Qiraat Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor (KUIS). E-mail: [email protected]

* Penulis penghubung

Artikel diterima: 11 Mei 2017

Selepas Pembetulan: 15 Jun 2107

Diterima untuk terbit: 2 Ogos 2017

Abstrak Waqf dan ibtida' adalah ilmu penting dalam pengajian ilmu tajwid al-Quran. Penguasaan dalam ilmu ini dan memiliki kefasihan bacaan menjadi suatu kemestian kepada setiap pembaca yang ingin memahami dan menghayati al-Quran. Namun demikian tahap penguasaan mereka dalam waqf dan ibtida' amat membimbangkan. Kesalahan dalam waqf dan ibtida'memberi implikasi negatif kepada penyimpangan makna pemahaman al-Quran yang sebenar. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan fungsi tatabahasa Arab dalam menyempurnakan waqf dan ibtida' di dalam setiap ayat al-Quran. Rekabentuk kajian adalah melalui pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguasaan dan pemahaman tatabahasa Arab adalah sangat penting dalam menentukan kesempurnaan waqf dan ibtida' dalam suatu ayat al-Quran. Implikasi kajian ini penting dalam mewujudkan kesedaran ke arah memperbaiki tahap penguasaan waqf dan ibtida'dalam kalangan pembaca al-Quran. Sehubungan itu, penguasaan ilmu ini menjadi satu fondasi utama agar kesempurnaan kalamullah yang mulia ini dapat dijaga dengan sebaiknya khususnya kepada guru al-Quran yang menjadi rujukan utama muslim sejagat.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 38

Kata kunci kalāmullah, waqf dan ibtida', tatabahasa Arab Abstract Waqf and ibtida’ are important in the study of the recitation of the Quran. The mastery of this discipline and the fluency in Quran recitation are crucial for the Quran reciters who wish to understand and appreciate the Quran. However, the reciters’ level of mastery in waqf and ibtida’ is worrying. Mistakes in waqf and ibtida’ have negative implications in the form of the misunderstandings of the true meanings of the Quran. Thus, the objective of this study was to describe the functions of Arabic grammar in the completion of waqf and ibtida’ in every āyahof the Quran. This study adopted the qualitative research design with the use of content analysis method. The results showed that the mastery and understanding of Arabic grammar are crucial in determining the completeness of waqf and ibtida’ in anāyah of the Quran. The implications of this study are important in creating awareness towards improving the level of mastery of waqf and ibtida’ among Quran reciters. In line with this, the mastery of this knowledge is essential so that the perfection of the virtuous Kalamullah is preserved, especially for Quran teachers who are the references for Muslims worldwide.

Keyword kalāmullah, waqf and ibtida', Arabic Language Grammar Pengenalan Kesempurnaan waqf dan ibtida'’ adalah bergantung kepada kesempurnaan dari sudut makna dan tatabahasa Arab.Kedua-dua bahagian ini mesti dipatuhi agar maksud ayat al-Quran menepati dengan kehendak Allah S.W.T serta tidak salah dalam memahami kalamullah ini. Tanpa memahami dan menguasai tatabahasa Arab dan makna kalimah dengan baik, pembaca akan menghentikan bacaan pada kalimah yang tidak menepati tatabahasa Arab dan akan memberi makna yang salah. Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan isu dan tegahan dalam waqf dan ibtida'mengikut kesempurnaan tatabahasa Arab semasa berlakunya proses pembacaan ayat-ayat al-Quran. Hubungan Tatabahasa Arab Dengan Waqf dan Ibtida’ Dalam linguistik Arab, sesuatu ayat itu tidak akan sempurna sekiranya waqf dilakukan pada al-mudhaf tanpa al-mudhaf ilayh, al-rafic tanpa al-marfuc atau sebaliknya, al-mansub tanpa al-nasib atau sebaliknya, al-mu’akkad tanpa al-ta’kyd, al-mactuf tanpa al-mactuf ilayh, al-facil tanpa ficilnya, al-sifah tanpa mawsufnya dan lain-lain lagi (Abd al-Fattahal-Sayyid cAjmy al-Mursofy 1979).

Fucad Nucmah (2014) menyatakan bahawa semua perkataan di atas adalah perkataan yang bergandingan dan melengkapi di dalam ayat

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 39

bahasa Arab. Sekiranya disebut bahagian pertama di dalam gandingan tersebut, maka perlu disebut bahagian kedua, seumpama apabila menyebut mubtada’, maka semestinya disebut khabar tanpa dipisahkan antaranya keduanya. Implikasi negatif terhadap pemahaman makna apabila tidak disebut salah satu daripada dua bahagian tersebut, atau diasingkan bacaannya. Sekiranya pembaca al-Quran melanggar kaedah-kaedah ini, maka ia akan merosakkan struktur ayat secara umum dan menjadikan ayat tersebut tergantung atau tidak sempurna.

Seseorang pembaca al-Quran mesti mengetahui kaedah-kaedah ini, sebagaimana ia mengetahui tentang sifat huruf, makhraj dalam menyempurnakan sesuatu sebutan bacaannya. Manakala kesempurnaan makna bacaan pula, adalah bergantung kepada makna-makna kalimah yang mempunyai maksud yang sempurna tanpa memisahkan fungsi makna-makna tersebut. Mengikut (cAbduhu al-Rajhi 2010) menyatakan kesempurnaan makna-makna kalimah tersebut terbahagi kepada dua:

1. Kesempurnaan kalimah asas (independent word) seperti kalimah “al-Kitabu”

2. Kesempurnaan kalimah yang bergandingan (dependent word) seperti “ al-sirat al-mustaqym”

Kesempurnaan makna pada bacaan bahagian pertama adalah dengan menyebut kalimah tersebut dengan sempurna tanpa memisahkan sebutan huruf-huruf yang terdapat pada kalimah tersebut. Contohnya perkataan al-Kitabu yang mengandungi empat potongan perkataan iaitu:

1. al 2. Ki 3.ta 4. Bu

Seseorang pembaca tidak boleh berhenti pada mana-mana potongan perkataan tersebut, bahkan hendaklah dibaca dengan menyebut keempat-empat potongan perkataan secara bersama. Sekirannya seseorang pembaca memisahkan pada mana-mana potongan dalam perkataan tersebut, maka perkataan tersebut tidak akan difahami (cAbduhu al-Rajhi 2010).

Pada bahagian kedua pula, iaitu perkataan yang berbentuk perkataan gandingan antara dua kalimah, maka perlu disebut kedua-dua perkataan tersebut dengan sempurna tanpa memisahkan salah satu daripadanya secara berasingan sama ada ketika ingin memulakan bacaan dan menghentikan bacaan (Fucad Nucmah 2014). Contohnya seperti kalimah “al-sirat al-mustaqim”. Kedua-dua kalimah yang bergandingan ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain, sama ada berhenti pada al-sirat atau memulakan bacaan pada al-mustaqim. Sekiranya pembaca memisahkan kedua-dua gandingan kalimah tersebut akan menyebabkan makna keseluruhan ayat tidak akan difahami (Aiman Rushdi Suwaid 2011).

Kedudukan kalimah di dalam bahasa Arab memainkan peranan penting di dalam menentukan makna bagi sesuatu ayat.Fucad Nucmah (2014) menjelaskan ayat yang sempurna di dalam bahasa Arab, dinamakan sebagai jumlah mufidah atau jumlah tammah yang

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 40

mengandungi dua rukun asas pada setiap ayat iaitu pada jumlah ismyyah atau jumlah ficlyyah seperti rajah 2.1 berikut.

Rajah 2.1 Jenis al-jumlah dalam bahasa Arab

Sumber : Fucad Nucmah 2014 Bagi jumlah al-ismyyah dua rukun asas akan menyempurnakan

jumlah ini iaitu al-mubtada’ dan al-khabar. Manakala jumlah al-ficliyyah pula, dua rukun asasnya adalah al-facil dan ficil. Selain daripada dua rukun asas yang terdapat di dalam jumlah al-ismyyah dan jumlah al-ficliyyah ini, perkataan-perkataan lain yang datang bagi menyempurnakan sesuatu ayat adalah dinamakan fudlah2 (Antoine El-Dahdah 2000).

Abd al-Latif Fayiz Daryan (1999) menyatakan kesempurnaan waqf dan ibtida' dalam keseluruhan ayat al-Quran sebahagian besarnya bergantung kepada kesempurnaan keadaan kalimah yang terdapat pada jumlah bahasa Arab. Ketidaksempurnaan bacaan akan memberi dua implikasi yang besar iaitu implikasi terhadap kesempurnaan bagi makna bacaan dalam suatu kalimah dan implikasi terhadap kesempurnaan bagi makna ayat secara keseluruhan.

KESEMPURNAAN BAGI MAKNA BACAAN DALAM SUATU KALIMAH.

Kesempurnaan bagi makna bacaan pada suatu kalimah adalah merujuk kepada gambar rajah 2.2 berikut:

Rajah 2.2 Kesempurnaan bagi makna bacaan dalam suatu kalimah 2Perkataan tambahan yang menyempurnakan bagi sesuatu ayat yang menyokong dua rukun yang terdapat pada kedua-dua jumlah. Contohnyaal-hal dansahibal-hal, harf al-Jar dan al-majrur, al-cadad dan macdud dan lain-lain kalimah yang bergandingan dari sudut tatabahasa Arab (Fucad Nucmah 2014).

al-Jumlah

al-Ismyyah al-Ficlyyah

Jumlah

al-Ismyyah

al-Mubtada’ al-Khabar

al-Ficlyyah

Ficil al-Facil

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 41

Sumber :Fucad Nucmah 2014

Mengikut tatabahasa Arab setiap kalimah memainkan peranan penting dari segi memberi makna kepada ayat. Contohnya bagi ayat jumlah al-ismyyah dua rukun asas di dalam ayat iaitu al-mubtada’ dan al-khabar tidak boleh dipisahkan. Ini kerana setiap kalimah memainkan peranan yang penting dalam membina ayat tersebut yang mana al-mubtada’ bergantung kepada al-khabar, begitulah sebaliknya al-khabar bergantung kepada al-mubtada’. Manakala jumlah al-ficliyyah pula, perkataan al-facil juga bergantung kepada ficil, begitu la sebaliknya, ficil memerlukan kepada al-facil dalam menyempurnakan keseluruhan dalam sesuatu ayat. Sekiranya salah satu daripada dua kalimah tersebut dipisahkan, maka ayat tersebut (jumlah al-ismyyah dan jumlah al-ficliyyah) tidak akan berfungsi (cAbduhu al-Rajhi 2010).

Kesempurnaan bagi makna ayat secara keseluruhan Antoine El-Dahdah (2000) menjelaskan dalam menyempurnakan makna keseluruhan ayat, fudlah memainkan peranan penting dalam membantu kefahaman keseluruhan ayat secara lebih sempurna. Ini kerana ia berfungsi untuk menerang dan menjelaskan lagi makna bagi dua rukun yang terdapat bagi jumlah al-ismyyah atau jumlah al-ficliyyah seperti gambar rajah 2.3 berikut:

Rajah 2.3 Kesempurnaan bagi makna ayat secara keseluruhan.

Sumber: cAbduhu al-Rajhi 2010

Berpandukan kepada rajah 2.6 berikut menunjukkan bahawa fudlah terdapat samaada pada jumlah al-ismyyah atau jumlah al-ficliyyah. Walaupun fudlah bukanlah menjadi rukun asas di dalam sesuatu ayat, tetapi bacaan yang tidak mengambil berat tentang fudlah ini akan merosakkan makna bacaan ayat secara keseluruhan. Fucad Nucmah (2014) menyatakan fudlah berfungsi sebagai kalimah yang menerangkan bagi kalimah yang sebelumnya, seperti fungsi sifah dengan mausuf, al-Jar dengan majrur dan lain-lain lagi.

al-Jumlah

al-Ismyyah

al-Mubtada' al-khabar

fudlah

al-ficliyyah

al-ficil al-facil

fudlah

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 42

Abd al-Latif Fayiz Daryan (1999) dan Aiman Rushdi Suwaid (2011) menjelaskan setiap pembaca al-Quran tidak sepatutnya menghentikan bacaan atau memulakan bacaan pada kalimah-kalimah ayat al-Quran saling berkaitan dari sudut tatabahasa Arab. Rajah 2.4 berikut dinyatakan contoh-contoh tatabahasa Arab yang tidak boleh dipisahkan ketika memulakan dan menghentikan bacaan.

Bil Kaedah

tatabahasa Arab

Contoh ayat al-Quran

1 Al-Hal tanpa sahibal-hal ى و

أ

2 Harf al-jar tanpa al-majrur

و ت ٱ ض ٱو

و

ب ٣٨و

3 Ism kana tanpa khabar kana

إ و ب وءا

ل

و

ٱ ن و ٱ ر ر ٧٠

4 Al-Facil tanpa ficilnya

ذ

ل ۦ

5 Ism inna tanpa khabar inna إن وه

أ ٧٥إ

6 Al-cAdad tanpa macdud

ذ ٱ۞ ۦ بٱ ك

ٱ ت ٱ ة ٦٠

7 Al-Khabar tanpa al-mubtada’

ت ٱو ۦ

8 Al-Mumyiz tanpa al-tamyiz إ

ا أ ۥن ن و

9 Ism zanna tanpa khabar zanna

ل ٱ ا

ن ٱ

ذن ة ٱ

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 43

10 Al-Istifham tanpa istafham canhu

رت ن

ا

إ

ٱ ٢٩

11 Al-Jahd tanpa al-majhud

أ إ ن ۦ

ٱأ

وا ٱ

ور ر

12 Al-Sifah tanpa mawsufnya ٱ

ء و

13 Al-Mactuf calayh tanpa al-mactuf

ا

وه ۦور روه و

و

ة وأ ه ٩و

14 Al-Mudaf tanpa al-mudaf ilayh

ءت ة و ت ٱ

١٩

15 Al-Mustathna tanpa al-istithna’

ٱو ور ۥ

ٱ

٨٣إRajah 2.4 Tatabahasa Arab di dalam al-Quran

Sumber: Abd al-Latif Fayiz Daryan (1999)

4.1 Al-Hal tanpa sahib al-hal

Al-Hal ialah satu kata nama yang berbentuk mansub yang ditambah (bukan asal ayat) menceritakan tentang keadaan bagi sahibal-hal akan keadaan berlakunya perbuatan atau seumpamanya. Manakala sahibal-hal ialah sesuatu hukum atau ketetapan yang menjelaskan keadaan pemilik sesuatu keadaan (Antoine El-Dahdah 2000). Firman Allah S.W.T. (al-Jathiah, 45:28):

ى و أ

Maksudnya: Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap ummat akan berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan).

Al-Darwish (1987) menjelaskan kalimah (أمة) di dalam ayat

tersebut merupakan sahib al-hal dan kalimah (جاثية) adalah al-hal dan

pembaca tidak seharusnya untuk berhenti bacaan pada kalimah (أمة) dan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 44

terus memulakan bacaan pada kalimah (جاثية) kerana kedua kalimah ini

saling berkaitan dari sudut tatabahasa Arab. Al-Hal berfungsi menerangkan keadaan sahib al-hal di dalam bacaan ayat al-Quran (Muhammad Sayyid Najib 1985).

Sekiranya pembaca memberhentikan bacaan pada kalimah sahib al-

hal iaitu kalimah (أمة) tanpa menyambung dengan al-hal iaitu perkataan

akan menyebabkan makna keseluruhan ayat tergantung dan ayat (جاثية)

menjadi tidak sempurna kerana al-hal menerangkan secara lebih lanjut keadaan bagi sahib al-hal. Implikasi terhadap makna bacaan tidak lengkap kerana terdapat penerangan khusus daripada Allah S.W.T berkenaan keadaan bagi setiap umat iaitu dalam keadaan yang gundah gelana atau keluh kesah pada hari kiamat nanti. Jesteru pembaca semesti membaca

perkataan (أمة) dan (جاثية) secara bersama tanpa memutuskan keduanya

(Aiman Rushdi Suwaid 2011).

4.2 Harf al-jar tanpa al-majrur

Harf al-jar merupakan satu indikator dalam ilmu nahu yang menyebabkan perubahan baris pada akhir sesuatu kata nama. Manakala al-majrur adalah sesuatu kata nama yang berlaku padanya perubahan disebabkan oleh didahului dengan indikator perubahan (harf al-Jar) (Antoine El-Dahdah 2000). Firman Allah S.W.T. (Qaf 50:38):

و ت ٱ ض ٱو

و و

ب ٣٨

Maksudnya: “Demi sesungguhnya kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam hari dan kami tidak mengalami sebarang susah payah.”

Di dalam ayat di atas kalimah (من) merupakan harf al-Jar dan

kalimah (لغوب) merupakan al-majrur dan pembaca tidak boleh

menghentikan pada kalimah (من) serta terus memulakan bacaan pada

kalimah (لغوب) kerana kedua kalimah ini saling berkaitan dari sudut

tatabahasa Arab (Al-Darwish 1987). Berhenti pada harfal-jar tanpa al-majrurakan merosak maksud ayat secara keseluruhannya kerana al-jar dan al-majrur merupakan shibih al-jumlah yang memberi maksud kepada ficil sebelumnya (Ibn cAqil 1980). Di dalam ayat tersebut Allah S.W.T menjelaskan bahawa “kami tidak merasakan daripada sebarang

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 45

kepenatan”. Sekiranya pembaca menghentikan bacaan pada (من), ayat

tersebut akan tergantung dan tidak difahami. Oleh yang demikian,

pembaca hendaklah menyambung bacaan pada perkataan (من) dan (لغوب) secara bersama tanpa memutuskan kedua-dua kalimah ini supaya makna difahami dengan sempurna (Abd al-Latif Fayiz Daryan 1999).

4.3 Ism kana tanpa khabar kana

Ism kana adalah subjek atau kata nama yang berasal daripada mubtada’, tetapi didahului dengan kata kerja kana. Manakala khabar kana adalah predikat yang terdapat dalam ayat yang didahului dengan kata kerja kana (Fucad Nucmah 2014). Firman Allah S.W.T. (al-Furqan, 25:70):

إ

ل و

و ب وءا ٱ

ن و ٱ ر ر ٧٠

Maksudnya: Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Pembaca ditegah untuk memisahkan bacaan pada ayat ( (كان اللهو

dengan ayat (غفورا رحيما) kerana kedua ayat ini berkaitan dari sudut

tatabahasa Arab, di mana kalimah (الله) merupakan ism kana dan ayat ( غفورا merupakan khabar kana (al-Nuhas 2010). Khabar kana merupakan (رحيما

jawapan kepada persoalan ism kana dan ia dikatogerikan sebagai afcal naqisah yang memerlukan kepada khabar (Ibn Hisham 2010). Jika

berhenti ism kana ( ان اللهكو ) tanpa khabar kana maksud keseluruhan ayat

akan tergantung dan tidak akan difahami kerana seolah-oleh hanya mengithbatkan Allah S.W.T sahaja tanpa mengithbatkan sifat Allah S.W.T (Maha Pemurah dan Maha Pengasih) sebagaimana disebut dalam ayat

tersebut. Oleh itu, pembaca wajib membaca kedua-dua ayat ( dan (كان اللهو

ini secara bersama tanpa memisahkan keduanya (Aiman Rushdi (غفورا رحيما)

Suwaid 2011).

4.4 Al-Facil tanpa ficilnya

Al-Facil ialah suatu perkataan yang menunjukkan bagi pelaku sesuatu perbuatan dan ficil pula perkataan yang menunjukkan berlakunya

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 46

perbuatan pada masa yang tertentu (Fucad Nucmah 2014). Firman Allah S.W.T. (al-Baqarah, 2:54):

ذ

ل ۦ

Maksudnya: Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya.

Al-Darwish (1987) menyatakan kalimah ( قال ) dalam ayat tersebut

adalah merupakan ficil dan kalimah ( موسى ) merupakan al-facil dan kedua

kalimah ini saling berkaitan dari sudut lafaz tatabahasa Arab. Kedua kalimah ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain kerana al-facil adalah tuan kepada perbuatan (ficil) yang dilakukan. Menghentikan bacaan tanpa menyebut al-facil menyebabkan ficil itu tidak akan memberi maksud yang difahami (Ibn cAqil 1980).

Sekiranya pembaca menghentikan bacaan pada perkataan (قال) tanpa menyebut perkataan (موسى) maka tidak difahami siapa yang bertutur

sebenarnya kerana ayat ini ayat yang umum (telah berkata) tanpa mengkhususkan kepada siapa yang berkata. Sedangkan makna keseluruhan ayat ini adalah menjelaskan bahawa Nabi Musa telah berkata kepada kaumnya. Oleh itu, pembaca ditegah untuk menghentikan bacaan

pada (قال) atau terus memulakan bacaan pada kalimah (موسى) serta

hendaklah membaca perkataan secara bersama tanpa memisahkan kedua-duanya supaya makna ayat dapat difahami dengan sempurna (Abd al-Latif Fayiz Daryan 1999).

4.5 Ism inna tanpa khabar inna

Ism inna adalah subjek atau kata nama yang berasal daripada mubtada’, tetapi didahului dengan perkataan inna. Manakala khabar inna adalah predikat yang terdapat dalam ayat yang didahului dengan perkataan inna (Antoine El-Dahdah 2000). Firman Allah S.W.T. (Hud, 11:75):

إن وه أ ٧٥إ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.

Aiman Rushdi Suwaid (2011) menjelaskan bahawa pembaca

ditegah untuk memisahkan bacaan pada ayat (إن إبراهيم) dengan ayat ( لحليم

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 47

kerana kedua ayat ini saling berkaitan dari sudut lafaz bahasa (أواه منيب

Arab iaitu kalimah (إبراهيم) merupakan ism inna dan ayat ( لحليم أواه منيب )

merupakan khabar inna. Ibn cAqil (1980) telah menjelaskan bahawa perkataan inna dalam ayat adalah merupakan perkataan ta’kid3 kepada

maksud khabar. Jika pembaca menghentikan bacaan pada ism inna (إبراهيم) sahaja tanpa menyebut khabar inna (لحليم أواه منيب), maka ayat tidak

memberi makna dan tidak difahami kerana hanya menyebut Nabi Ibrahim sahaja tanpa menyatakan sifatnya secara khusus iaitu Nabi Ibrahim seorang yang bersifat dengan lemah lembut dan banyak melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.

Oleh itu, pembaca ditegah untuk berhenti pada kalimah (إبراهيم) sahaja tanpa membaca (لحليم أواه منيب) secara bersama supaya maksud

keseluruhan ayat ini tidak tergantung (Abd al-Latif Fayiz Daryan 1999).

4.6 Al-cAdad tanpa Macdud.

Al-cAdad adalah perkataan yang merujuk kepada bilangan, manakala macdud pula perkataan yang merujuk kepada sesuatu yang dibilang (Ibn cAqil 1980). Firman Allah S.W.T. (al-Baqarah, 2:60):

ذ ٱ۞ ۦ بٱ ك ٱ ت

ٱ ة ٦٠

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah dua belas mata air.”

Ibn Jarir al-Tabari (2001) menjelaskan ayat di atas menceritakan perihal Nabi Musa bersama dengan pengikutnya iaitu ketika mana mereka meminta kepada Nabi Musa untuk meminum air. Setelah itu, Allah telah berfirman kepada Nabi Musa supaya memukul batu dengan tongkatnya, lalu terpancarlah sebanyak dua belas mata air yang menjadi sumber minuman bagi pengikut Nabi Musa.

Di dalam ayat tersebut pembaca dilarang untuk berhenti bacaan

pada kalimah (اثنتا عشرة) dan terus memulakan pembacaan pada kalimah

kerana kedua kalimah ini saling berkaitan dari sudut tatabahasa Arab (عينا)

di mana kalimah (اثنتا عشر ة) merupakan al-cadad dan kalimah (عينا)

3Satu kalimah untuk menguatkan kalimah yang lain. Contohnya (جح (إن محمدا

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 48

merupakan macdud dan kedua kalimah ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain (Aiman Rushdi Suwaid 2011).

Sekiranya seseorang pembaca menghentikan pembacaan pada

kalimah (اثنتا عشرة) tanpa menyebut kalimah (عينا), maka ayat ini tergantung

dan tidak difahami dengan sempurna kerana hanya menyebut (dua belas) tanpa mengkhususkan dua belas itu kepada dua belas mata air. Sedangkan ayat tersebut secara keseluruhan Allah S.W.T telah mengkhususkan sebanyak dua belas mata air yang menjadi sumber minuman kaum Musa. Oleh itu, pembaca dilarang untuk memisahkan

bacaan (اثنتا عشرة) dengan (عينا) kerana keduanya saling berkaitan antara

satu sama lain (Aiman Rushdi Suwaid 2011).

4.7 Al-Khabar tanpa al-mubtada’

Al-Khabar ialah cerita atau predikat bagi sesuatu ayat, manakala al-mubtada’ ialah kata nama yang terdapat pada permulaan ayat atau dinamakan sebagai subjek di dalam ayat (cAbduhu al-Rajhi 2010). Firman Allah S.W.T. (al-Zumar 39:67):

ت ٱو ۦ

Maksudnya:“Sedang bumi seluruhnya –pada hari kiamat – dalam genggamannya.”

Al-Darwish (1987) menyatakan kalimah ( ت ٱو ) dalam ayat

tersebut adalah merupakan al-mubtada’ dan kalimah ( ) merupakan

al-Khabar dan pembaca al-Quran dilarang untuk memisahkan di antara al-Khabar dengan al-Mubtada’. Al-Khabar merupakan cerita atau pengkhabaran yang telah disebut oleh al-Mubtada’. Di dalam ayat ini Allah S.W.T menjelaskan bahawa Dia berkuasa untuk menggulung langit pada hari berlakunya kiamat.

Sekiranya pembaca menghentikan bacaan pada kalimah ( ت ٱو ),

ayat ini akan tergantung kerana tidak disebut perihal keadaan langit pada hari kiamat sebagaimana dijelaskan oleh Allah S.W.T (langit akan digulungkan oleh Allah S.W.T). Oleh itu, pembaca dilarang untuk menghentikan bacaan pada kalimah ini atau memisahkan kedua-dua kalimah yang saling bergandingan ini (Abd al-Latif Fayiz Daryan 1999).

4.8 Al-Mumayaz tanpa al-tamyiz

Al-Tamyiz ialah perkataan yang membezakan bagi sesuatu secara khusus. Manakala al-mumayaz pula sesuatu perkataan yang umum yang

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 49

dijelaskan oleh al-tamyiz (Fucad Nucmah 2014). Firman Allah S.W.T.: (Sad 38: 23)

ا أ ۥإن ن و

Maksudnya: Sesungguh orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku, ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina.

Kalimah (تسع وتسعون) di dalam ayat ini, merupakan al-mumayaz di

dalam bentuk bilangan dan kalimah (نعجة) merupakan al-tamyiz yang

menerangkan secara khusus bagi bilangan tersebut dan kedua-dua kalimah ini tidak boleh dipisahkan kerana bilangan dan benda yang dibilang adalah saling berkaitan antara satu sama lain (al-Nuhas 2010). Fungsi al-tamyiz adalah untuk menjelaskan sesuatu benda yang memerlukan kepada perjelasan lebih lanjut (Ibn cAqil 1980).

Sekiranya pembaca menghentikan bacaan pada kalimah (وتسعون ayat ini akan tergantung serta tidak difahami dengan jelas kerana (تسع

tidak disebut apakah perkara yang dimaksudkan pada bilangan tersebut. Sedangkan ayat ini secara keseluruhan Allah S.W.T menjelaskan sebanyak sejumlah 99 ekor kambing betina milik salah seorang daripada dua pemuda yang datang berjumpa dengan Nabi Daud A.S. Oleh itu pembaca semestinya menyambung kedua-dua kalimah ini kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain (Abd al-Latif Fayiz Daryan 1999).

4.9 Ism zanna tanpa khabar zanna

Ism zanna adalah subjek atau kata nama yang berasal daripada mubtada’, tetapi didahului dengan perkataan zanna. Manakala khabar zanna adalah predikat yang terdapat dalam ayat yang didahului dengan perkataan zanna (Antoine El-Dahdah 2000). Firman Allah S.W.T. (al-Baqarah 2:249):

ل ٱ ا

ن ة ٱ

ذن ٱ

Maksudnya: “Berkata pula orang-orang yang menganggap bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah..”

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 50

Aiman Rushdi Suwaid (2011) menyatakan pembaca ditegah untuk

memisahkan bacaan dengan memutuskan kalimah (يظنون) dengan ayat

( م ملـقو الله اأ ) kerana kedua ayat ini berkaitan dari sudut lafaz bahasa Arab

dimana ayat ( م ملـقو الله اأ ) merupakan khabar zanna kepada kalimah (يظنون). Sekiranya pembaca menghentikan bacaan pada (يظنون) maka makna ayat

tersebut tidak sempurna kerana tidak dibacakan bersama dengan perkara yang menerangkan secara lanjut berkaitan dengan apa yang meraka sangkakan.

Ayat ini menjelaskan bahawa perkara yang disangka tersebut adalah berkaitan dengan pertemuan meraka dengan Allah S.W.T (mereka yakin pada hari kiamat). Oleh yang demikian, pembaca ditegah untuk

menghentikan bacaan pada kalimah (يظنون) atau terus sahaja

menyambung bacaan pada ayat ( م ملـقو الله اأ ) kerana makna ayat secara

keseluruhan akan tergantung dan tidak difahami (Abd al-Latif Fayiz Daryan 1999).

4.10 4Al-Istifham tanpa istafham canhu

Al-Istifham adalah perkataan yang mennjukkan kepada sesuatu pertanyaan dan istafham canhu ialah perkataan yang merujuk sesuatu yang ditanya (cAbduhu al-Rajhi 2010). Firman Allah S.W.T. (Maryam 19:29):

رت ن

ا

ٱإ ٢٩

Maksudnya:”Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"

Di dalam ayat ini perkataan (كيف) dan ayat (نكلم من كان في المهد صبيا) saling berkaitan antara satu sama lain dari sudut tatabahasa Arab yang

mana kalimah (كيف) merupakan al-Istifham dan ayat (نكلم من كان في المهد صبيا) merupakan istafham canhu (Al-Darwish 1987). Sekiranya pembaca menghentikan bacaan pada salah satu daripada keduanya tanpa menyambungkan keduanya maka makna bagi ayat tersebut akan tergantung kerana hanya terdapat pertanyaan sahaja di dalam bacaanya

4Al-Istifham adalah perkataan yang mennjukkan kepada sesuatu pertanyaan dan istafham canhu ialah perkataan yang merujuk sesuatu yang ditanya (cAbduhu al-Rajhi 2010).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 51

tanpa diiringkan bersama perkara yang ditanya. Di dalam ayat ini Allah S.W.T menerangkan perkara yang ditanya kepada Maryam melalui

pertanyaan (كيف) dan menerangkan secara lanjut perkara yang ditanya

iaitu (نكلم من كان في المهد صبيا). Oleh itu pertanyaan (كيف) dan perkara yang

ditanya (نكلم من كان في المهد صبيا) berkaitan di antara satu sama lain dan tidak

boleh dipisahkan kerana ia akan mencacatkan ayat dan kefahaman bagi uslub istifham5 dalam ayat tersebut.

4.11 Al-Jahd tanpa al-majhud

Al-Jahd ialah ayat untuk menafikan sesuatu dan al-majhud pula merujuk kepada sesuatu yang dinafikan atau sesuatu yang ditetapkan (Fucad Nucmah 2014). Firman Allah S.W.T. (al-Maidah 5:117):

أ إ ن ۦ

ٱأ

وا ٱ ور

ر

Maksudnya:"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu.”

Pembaca dilarang untuk menghentikan bacaan pada ayat ( ما قلت disebabkan ( إلا ما أمتني به ) serta terus memulakan pembacaan pada ayat (لهم

kedua ayat ini saling berkaitan dari sudut lafaz dan tatabahasa Arab yang

mana ayat (ما قلت لهم) merupakan al-jahd dan ayat (إلا ما أمتني به) al-majhud

(Al-Darwish 1987). Di dalam ayat ini terdapat fungsi kelengkapan makna dengan syarat disempurnakan al-jahd dengan al-majhud. Kesempurnaan

makna tersebut dengan diterangkan al-majhud ( لا ما أمتني بهإ ) yang mana

kalimah ini menjelaskan secara lanjut maksud pada ayat (ما قلت لهم). Abd

al-Latif Fayiz Daryan (1999) menyatakanayat ini adalah ibarat daripada ayat nafy dan ithbat di mana terdapat penafian pada awal ayat dan kemudiannya dijelaskan pula oleh ayat ithbat. Penafian di dalam ayat ini bukanlah bersifat secara total bahkan hanya sebahagian daripadanya

sahaja yang dinafikan. Sekiranya pembaca menghentikan bacaan pada ( ما maka tidak akan difahami perkara yang diterangkan secara (قلت لهم

sebenarnya di dalam ayat tersebut iaitu berkaitan dengan penyampaian 5Gaya bahasa istifham (pertanyaan) (Antoine El-Dahdah 2000).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 52

wahyu-wahyu yang disampaikan oleh Nabi Isa. Ini bermakna ayat tersebut menerangkan perkara-perkara yang disampaikan oleh Nabi Isa adalah berdasarkan wahyu yang disuruh oleh Allah dan bukannya dengan kehendak mereka sendiri.

Sekiranya pembaca menghentikan bacaan pada (ما قلت لهم) ayat

tersebut seolah-olah mengatakan Nabi Isa telah menyembunyikan wahyu yang sepatutnya disampaikan kepada umat manusia. Oleh itu, pembaca ditegah untuk berhenti pada kalimah ini (Aiman Rushdi Suwaid 2011).

4.12 Al-Sifah tanpa mawsufnya

Al-Sifah adalah satu kata nama yang menerangkan bagi sesuatu yang

disifatkan, contohnya “كبير” (besar). Manakala mawsuf adalah satu

perkataan yang merujuk kepada seseorang, haiwan ataupun sesuatu benda dan perkara (Antoine El-Dahdah 2000). Firman Allah S.W.T. (Qaf 50:33):

ٱ

ء ٣٣و

Maksudnya:“Iaitu orang yang takut kepada Allah Maha Pemurah serta ia datang (kepada Allah) dengan hati

yang tunduk taat.”

Seseorang pembaca dilarang untuk menghentikan bacaan pada

kalimah (بقلب) atau memulakan pembacaan pada kalimah (منيب) kerana

kedua kalimah ini saling berkaitan antara satu sama lain dari sudut lafaz

iaitu kalimah (بقلب) merupakan mawsuf dan kalimah (منيب) merupakan al-

sifah(al-Nuhas 2010). Antoine El-Dahdah (2000) menyatakan fungsi al-sifah dalam

sesuatu ayat adalah untuk menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan dengan perkara yang disifatkan (mawsuf). Di dalam ayat ini Allah S.W.T telah menjelaskan secara khusus sifat orang yang beriman kepada-Nya iaitu mereka akan kembali kepada Allah S.W.T dengan keadaan hati yang taat, tunduk dan patuh kepada-Nya.

Sekiranya dipisahkan perkataan (بقلب) dengan perkataan (منيب), maka ayat ini tidak difahami kerana tidak menjelaskan secara khusus keadaan hati orang yang beriman semasa mereka kembali kepada Allah pada hari kiamat. Oleh itu, pembaca al-Quran tidak sepatutnya

menghentikan bacaan pada kalimah (بقلب) kecuali membaca kalimah

.ini secara bersama (Aiman Rushdi Suwaid 2011) (منيب)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 53

4.13 Al-Mactuf calayh tanpa al-mactuf

Al-Mactuf ialah perkataan yang merujuk kepada sesuatu, manakala al-mactuf calayh ialah perkataan menerangkan bagi maksud perkataan yang dirujuk kepadanya (Antoine El-Dahdah 2000). Firman Allah S.W.T. (al-Fath 48:9):

ا

وه ۦور روه و

و

Maksudnya:“(kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan supaya engkau kuatkan agama-Nya serta memuliakan-Nya….”

Ibn Kathir (2007) menjelaskan ayat tersebut menceritakan berkaitan tujuan diutusnya Nabi Muhammad S.A.W kepada umat manusia agar mereka beriman kepada Allah S.W.T dan rasul-Nya dan juga agar mereka menguatkan agama Islam serta memuliakan agama Islam. Di

dalam firman Allah S.W.T di atas terdapat perkataan al-mactuf (وتعزروه) dan

kalimah al-mactuf calayh (وتوقروه) dan kedua-dua kalimah ini saling berkaitan

antara satu sama lain dari sudut lafaz bahasa Arab (Al-Darwish 1987). Fungsi al-mactuf dalam sesuatu ayat adalah untuk menerangkan bagi maksud perkataan yang dirujuk iaitu al-mactuf calayh dan sifat-sifat orang beriman yang disebut oleh Allah S.W.T secara berturutan. (Antoine El-Dahdah 2000).

Sekiranya pembaca memisahkan bacaan berkaitan dengan sifat-sifat orang beriman yang dinyatakan dalam ayat tersebut, iaitu dengan

memisahkan hubungan antara al-mactuf (وتعزروه) dengan al-mactuf calayh

maka makna ayat tersebut akan tergantung dan tidak sempurna (وتوقروه)

kerana Allah S.W.T telah menyebut sifat-sifat orang mukmin secara berturutan dan bukan secara berasingan. Implikasi apabila memisahkan antara sifat-sifat tersebut, seolah-olah sifat-sifat orang beriman tersebut tidak berkaitan dan berhubungan antara satu sama lain. Justeru, pembaca al-Quran tidak sepatutnya menghentikan bacaan atau memulakan bacaan dengan memisahkan antara sifat-sifat yang berkaitan di dalam mana-mana yang dihubungkan antara antara al-mactuf dengan al-mactuf calayh (Abd al-Latif Fayiz Daryan 1999).

4.14 Al-Mudaf tanpa al-mudaf ilayh

Al-Mudaf merupakan perkataan yang menjadi sandaran dan al-mudaf ilayh ialah perkataan yang disandarkan kepadanya oleh perkataan lain (Fucad Nucmah 2014). Firman Allah S.W.T. (Qaf 50:19):

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 54

ءت ة و ت ٱ

Maksudnya:“Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “sakarat al-maut” membawa kebenaran (yang dijanjikan).”

Ibn al-Manzur (2010) menjelaskan makna perkataan (سكرة) adalah

mabuk. Perkataan mabuk ini mempunyai makna yang umum disebabkan makna bagi perkataan mabuk boleh disandarkan kepada banyak maksud, contohnya mabuk pada makanan atau mabuk pada cinta atau mabuk kepada kematian. Di dalam ayat tersebut, Allah S.W.T telah menyandarkan perkataan mabuk itu kepada kematian iaitu perasaan yang akan dihadapi oleh setiap manusia yang sedang menghadapi saat kematian.

Sekiranya pembaca memisahkan perkataan mabuk dengan perkataan kematian, ia akan memberi implikasi kefahaman umum (tidak jelas makna mabuk yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T), walhal Allah S.W.T hanya menyandarkan makna perkataan mabuk di dalam ayat tersebut kepada kematian (rasa kesakitan ketika menghadapi kematian). Aiman Rushdi Suwaid (2011) menegaskan pembaca ditegah untuk menghentikan bacaan atau memulakan bacaan dengan memisahkan

antara al-mudaf (سكرة) dengan al-mudaf ilayh (الموت).

4.15 Al-Muthtathnatanpa al-ithtithna’.

Al-Muthtathna suatu perkataan yang merujuk kepada pengecualian, manakala al-ithtithna’ suatu perkataan yang kepada sesuatu yang dikecualikan (cAbduhu al-Rajhi 2010). Firman Allah S.W.T. (al-Nisa’ 4:83):

ٱو ور ۥ

ٱ إ

٨٣

Maksudnya:“Dan jika tidaklah kerana limpah Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang yang

teguh imannya dan luas ilmunya).”

Perkataan (إلا) di dalam ayat ini merupakan al-ithtithna dan kalimah

merupakan al-Muthtathna dan pembaca tidak sepatutnya (قليلا)

memisahkan antara keduanya (Aiman Rushdi Suwaid 2011). Fungsi perkataan al-ithtithna dalam suatu adalah untuk mengecualikan kefahaman makna ayat secara umum dan dengan adanya kalimah al-

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 55

ithtithna akan menjelaskan maksud sebenar bagi sesuatu ayat (Antoine El-Dahdah 2000).

Perkataan al-ithtithna dalam ayat adalah bertujuan untuk menjelaskan hanya sedikit sahaja golongan yang mendapat rahmat dan belas kasihan daripada Allah S.W.T iaitu golongan mereka yang tidak mengikut jejak langkah syaitan. Sekiranya pembaca menghentikan

bacaan pada kalimah (إلا), maka makna akan menjadikan tergantung dan

tidak difahami kerana kesempurnaan ayat tersebut adalah dengan menyebut perkataan al-Muthtathna secara bersama. Aiman Rushdi Suwaid (2011) menjelaskan pembaca dilarang untuk menghentikan bacaan pada

perkataan (إلا) melainkan disebut bersama perkataan (قليلا).

KESIMPULAN

Pengkaji dapat merumuskan bahawa menjadi suatu kemestian kepada setiap pembaca al-Quran untuk mempelajari metodologi waqf dan ibtida' menurut tatabahasa Arab. Abu Amru al-Dani (2006) menjelaskan al-waqf merupakan satu subjek untuk mengetahui cara menyempurnakan bacaan dengan menghentikan bacaan al-Quran pada tempat-tempat yang telah ditetapkan ulama qurra’, agar dapat menyempurnakan makna di tempat-tempat tertentu dengan tidak mengubah makna dan maksud sebenar ayat tersebut.

Pemahaman dan penguasaan berkaitan konsep dan disiplin dalam waqf dan ibtida' adalah sangat penting kepada setiap pembaca al-Quran supaya dapat dihayati dan ditadabbur setiap ayat yang terkandung di dalam al-Quran. Tanpa memahami konsep waqf dan ibtida' ini mendatangkan implikasi yang buruk terhadap makna ayat al-Quran yang akhirnya menyebabkan pemahaman yang menyimpang dari makna yang di kehehendaki oleh Allah S.W.T.

RUJUKAN

Abd al-Fattah al-Sayyid cAjmi al-Mursafi. 1979. Hidayah al-Qariila Tajwid Kalam al-Bari. Madinah: Dar al-Toyyibah.

Abd al-Latif Fayiz Daryan. 1999. al-Tabyin fi Ahkam Tilawah al-Kitab al-Mubin. Birut: Dar al-Macrifah.

Abd al-Fattah al-Qadi. 1955. Al-Budur Al-Zahirah, cet. Pertama. Qaherah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.

Abd Rauf bin Hassan Azhari. 2001. Tanda-Tanda Bacaan al-Quran Rasm Uthmany: Teori dan Aplikasi. Kertas Kerja Seminar Warisan al-Quran Peringkat Kebangsaan. Pulau Pinang, 24-25 Oktober 2001.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 37-58 56

cAbduhu al-Rajhi. 2010. Al-Tatbiq al-Nahw. Mesir: Maktabah al-Macarif li al-Nashr wa al-Tauzyc.

Abu Jacfar al-Nuhas. 2010. Icrab al-Quran li al-Nuhas. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Abu Mardhiyah. 2007. Panduan Waqaf dan Ibtida’ Dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Al-Jenderaki Enterprise.

Aiman Rushdi Suwaid. 2011. Al-Tawjid al-Musawwar. Damsyiq: Maktabah Ibn al-Jazari

Antoine El-Dahdah. 2000. Cetakan kedua. Qamus al-Jaib fi lughah al-nahw al-araby. Beirut: Maktabah Lubnan.

Al-Ashmuni, Ahmad bin Muhammad cAbd al-Karim. 2007. Manar al-Huda fi Bayan al-Waqf wa al-Ibtida’. Ed. Ke-2.Birūt Lubnān: Dār al-Kutub al-clmiyyat.

Al-Dani.2006. Al-Muktafafi al-Waqf wa al-Ibtida’. Ulang cetak. Tanta: Dar al-Sahabah li al-Turath.

Fucad Nucmah. 2014. Cetakan ke-20. Mulakhas al-Qawacid al-Lughah al-cArabiyyah. Beirut: Maktabah Lubnan.

Ibn cAqil, Baha al-Din Abdullah bin cAqil. 1980. Syarh Ibn cAqil. Qaherah: Dar al-Turath

Ibn Hisyam. 2010. Audah al-Masalik ila al-fiyah ibn Malik. Beirut: Maktabah al-cAsriyyah.

Jamal al-Din Muhammad Syaraf (2006). Mushaf dar al-Sahabah li Ahkam al-Waqf wa al-Ibtida’ min khilal kitab Al-Muqtasid li Talkhis mafi al-Mursyid li Shykh Zakariyya al-Ansari. Tanta Mesir: Dar al-Sahabah.

Khairatul Akmal. 2014. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Program Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA, Malaysia. Tesis Dr. Fal. Jabatan Bahasa Arab, Universiti Kebangsaaan Malaysia.

Al-Nahhas, Ahmad bin Muhammad bin Ismacil. 1992. Al-Qatcwa al-Isti’naf. Riyad: Dar cAlim al-Kutub.