KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

23
1 KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA: SUATU TINJAUAN TERHADAP KAEDAH DI MALAYSIA, INDIA, PAKISTAN, ARAB SAUDI, INDONESIA, DAN TURKI. OLEH : SEDEK BIN ARIFFIN 1 ABSTRACT Memorization is one of the methods in preservation of the Quran. It is also a leading method in preservation of the Quran. However, the methods used in memorize Quran is different from one country to another. In this article the author try to put forward an early review of relevant rules of memorizing the Quran from Malaysia, India, Pakistan, Saudi Arabia, Indonesia and Turkey. The differences methodology will give a different impact of memorizing the Quran. PENGENALAN Dalam artikel ini, akan diterangkan mengenai kaedah-kaedah menghafal al-Quran yang terdapat di dunia. Hal ini bertujuan, bagi mengkaji tentang sejauh mana keberkesanan metode-metode hafazan yang terdapat di dunia pada masa kini, dalam membantu kearah melahirkan generasi quran khususnya, dalam menghafaz al-quran. Antara yang dikaji ialah, kaedah darul quran Malaysia, kaedah Deobandy India, kaedah Pakistan, kaedah Makkah al- Mukarramah Arab Saudi, kaedah Indonesia dan kaedah Turki. Kaedah-kaedah ini merupakan cara untuk menghafal al-Quran yang pernah dipelajari dan diamalkan, oleh para huffaz yang berpengalaman dalam proses menjadi seorang hafiz al-Quran yang sempurna. Berdasarkan perkembangan ilmu hafalan al-Quran, beberapa kaedah yang dibawa masuk dari luar negara termasuk kaedah-kaedah yang dihasilkan oleh para huffaz di negara Malaysia ini sendiri. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses menghafal al-Quran merupakan satu perkara yang cukup penting dalam memastikan pelajar berjaya menghafal al-Quran dengan baik, seterusnya dapat mengingati hafalan ayat-ayat al- 1 Pengajar Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur Malaysia.

Transcript of KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

Page 1: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

1

KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA: SUATU

TINJAUAN TERHADAP KAEDAH DI MALAYSIA, INDIA, PAKISTAN, ARAB

SAUDI, INDONESIA, DAN TURKI.

OLEH : SEDEK BIN ARIFFIN1

ABSTRACT

Memorization is one of the methods in preservation of the Quran. It isalso a leading method in preservation of the Quran. However, the methods used in memorize Quran is different from one country to another. In this article the author try to put forward an early review of relevant rules of memorizing the Quran from Malaysia, India, Pakistan, Saudi Arabia, Indonesia and Turkey. The differences methodology will give a different impact of memorizing the Quran.

PENGENALAN

Dalam artikel ini, akan diterangkan mengenai kaedah-kaedah menghafal al-Quran

yang terdapat di dunia. Hal ini bertujuan, bagi mengkaji tentang sejauh mana keberkesanan

metode-metode hafazan yang terdapat di dunia pada masa kini, dalam membantu kearah

melahirkan generasi quran khususnya, dalam menghafaz al-quran. Antara yang dikaji ialah,

kaedah darul quran Malaysia, kaedah Deobandy India, kaedah Pakistan, kaedah Makkah al-

Mukarramah Arab Saudi, kaedah Indonesia dan kaedah Turki.

Kaedah-kaedah ini merupakan cara untuk menghafal al-Quran yang pernah dipelajari

dan diamalkan, oleh para huffaz yang berpengalaman dalam proses menjadi seorang hafiz

al-Quran yang sempurna. Berdasarkan perkembangan ilmu hafalan al-Quran, beberapa kaedah

yang dibawa masuk dari luar negara termasuk kaedah-kaedah yang dihasilkan oleh para

huffaz di negara Malaysia ini sendiri. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses

menghafal al-Quran merupakan satu perkara yang cukup penting dalam memastikan pelajar

berjaya menghafal al-Quran dengan baik, seterusnya dapat mengingati hafalan ayat-ayat al-

1 Pengajar Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur Malaysia.

Page 2: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

2

Quran tersebut setelah bergelar sebagai hafiz al-Quran. Tentunya, dalam menjalani proses

hafalan ini, pelbagai ujian dan cabaran akan dihadapi oleh para huffaz al-Quran ini.

Perkara ini telah dinukilkan dari rasulullah s.a.w di dalam hadithnya :

إنما مثل صاحب القرآن كمثل صاحب اإلبل المعقلة، إن : عن ابن عمر أن رسول اهللا صلى اهللا علیھ وسلم قال

2 عاھد علیھا أمسكھا، وإن أطلقھا ذھبت

1 Muhammad bin Ismail Abu ‘Abd Allah al-Bukhari (1994) Sahih al-Bukhari, “Kitab al-Ilm” No. Hadith 5031.

j.2. Kaherah: Dar al-Fikr, h.70.

Dari Ibn ‘Umar bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya

perumpamaan penghafal al-Quran adalah seperti penjaga unta yang berikat,

sekiranya diikat dapat dijaga dan sekiranya dilepaskan akan hilang.

Antara perkara penting yang perlu difahami adalah, kaedah hafalan merupakan perkara asas

yang hampir ada dalam setiap kaedah menghafal al-Quran. Namun, teknik-teknik atau

pendekatan yang berbeza, memberi impak kepada hasil hafalan tersebut. Teknik-teknik yang

berbeza inilah yang membezakan satu kaedah dengan kaedah-kaedah yang lain. Penerapan

teknik yang berbeza ini, akan menghasilkan kualiti hafalan yang berbeza di antara kaedah-

kaedah tersebut.

KAEDAH DARUL QURAN MALAYSIA

Bagi mengkaji metode yang digunakan oleh Darul Quran JAKIM, kelas hafazan al-

Quran ustaz Yusri bin Chek menjadi pilihan, untuk dijadikan tempat pemerhatian dalam

mengamalkan kaedah Darul Quran tersebut. Kelas ini merupakan kelas pelajar-pelajar

program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat. Selain itu, berpandukan kepada buku kaedah

hafalan al-Quran Darul Quran JAKIM serta risalah-risalah yang berkaitan dengan metode

penghafalan al-Quran di Darul Quran. Kaedah-kaedah penghafalan al-Quran Darul Quran

JAKIM adalah seperti berikut:

Page 3: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

3

1. PEMBAHAGIAN JUZUK3

Al-Quran ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Bahagian pertama dari juzuk 1 surah Al-

Fatihah hingga juzuk 5 ayat 23 surah al-Nisa’. Pelajar perlu menghafal 5 juzuk dari al-Quran

dalam semester pertama. Bahagian kedua dari juzuk 6 ayat 24 surah al-Nisa’ hingga akhir

juzuk 10 ayat 93 surah al-Taubah. 5 juzuk akan dihafal pada semester kedua pengajian di

Darul Quran. Bahagian 3, bermula dari juzuk 11 ayat 94 surah al-Taubah hingga akhir juzuk

15 pada ayat 74 dalam surah al-Kahfi. 5 juzuk akan dihafal oleh pelajar dalam semester

ketiga di Darul Quran. Seterusnya bahagian keempat, dari awal juzuk 16, ayat 95 surah al-

Kahfi hingga akhir juzuk 21 ayat 30 surah al-Ahzab. 6 juzuk akan dihafal dalam semester

keempat. Bahagian kelima dari ayat 31 surah al-Ahzab awal juzuk 22 hingga akhir juzuk 27,

akhir surah al-Tallaq ayat ke-12. 6 juzuk perlu dihafal oleh pelajar dalam semester kelima.

Bahagian terakhir adalah dari awal juzuk 28, ayat 1 surah al-Tahrim hingga akhir juzuk 30

akhir surah al-Nas. Bahagian terakhir ini akan dihafal oleh pelajar dalam semester keenam di

Darul Quran JAKIM.4

2. PEMBAHAGIAN HAFALAN MENGIKUT MINGGU5

Selama 16 minggu diperuntukan kepada pelajar, untuk menghafal al-Quran dari juzuk

1 hingga juzuk 5. Bagi 10 minggu yang pertama, digunakan untuk menghafal 5 juzuk sahaja.

Manakala 6 minggu seterusnya, digunakan untuk mengulang kesemua hafalan tersebut.

Pelajar perlu menghafal setengah juzuk setiap minggu dari minggu 1 hingga 10. Proses

pembahagian hafalan mengikut minggu ini berlangsung secara berterusan hingga pelajar

berada dalam semester 3. Ketika pelajar berada dalam semester 4, pelajar perlu menghafal

dari juzuk 16 hingga 21 dalam masa 16 minggu. 12 minggu pertama digunakan untuk

menghafal ayat al-Quran dari 6 juzuk manakala 4 minggu digunakan untuk mengulangkaji

hafalan tersebut. Bagi proses hafalan tersebut setiap minggu pelajar dikehendaki menghafal

sebanyak setengah juzuk al-Quran. kaedah Darul Quran memperuntukkan sebanyak 16

minggu kepada pelajar semester 5 untuk menghafal dari juzuk 22-27. 12 minggu yang

pertama digunakan untuk menghafal ayat al-Quran dari 6 juzuk tersebut dan 4 minggu

3 AJK Penggubal Akademik (2005), Kurikulum Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM, Darul Quran JAKIM, h. 15-17.3 Ibid.4 Pro Forma Kurikulum Darul Quran JAKIM (2005), h. 22.

Page 4: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

4

digunakan untuk mengulangkaji hafalan tersebut. Bagi proses hafalan tersebut, setiap minggu

pelajar dikehendaki menghafal sebanyak setengah juzuk al-Quran. kaedah Darul Quran

memperuntukkan sebanyak 16 minggu kepada pelajar semster 6 untuk menghafal dari juzuk

28 - 30. 6 minggu yang pertama digunakan untuk menghafal ayat al-Quran dari 3 juzuk

tersebut dan 8 minggu digunakan untuk mengulangkaji keseluruhan hafalan al-Quran, dan 2

minggu diperuntukkan untuk mengulangkaji secara umum hafalan-hafalan terbabit. Bagi

proses hafalan ini, setiap minggu pelajar dikehendaki menghafal sebanyak setengah juzuk al-

Quran. Bagi proses ulangkaji selama 8 minggu, setiap minggu pelajar dikehendaki mengulang

sebanyak 4 juzuk dan pada minggu yang ke-8 sebanyak 2 juzuk untuk melengkapkan 30

juzuk al-Quran.

3. PENGGUNAAN MUSHAF UTHMANI6

Dalam proses menghafal al-Quran, kaedah Darul Quran memperkenalkan kepada

pelajar supaya menggunakan mushaf yang khusus iaitu mushaf rasm Uthmani. Mushaf yang

digunakan, mestilah bersaiz besar menyamai saiz kertas A4. Dengan menggunakan mushaf

ini, akan memudahkan pelajar untuk menghafal al-Quran dan mengurangkan kesalahan

ketika menghafal.7

4. PENENTUAN BILANGAN AYAT-AYAT HAFALAN8

Dalam kaedah ini, terdapat 2 kaedah yang diguna. Pertama mengikut rubu’ hizb

rasm Uthmani. Pada kebiasaannya, guru tasmi’ akan membenarkan pelajar membaca 1 rubu’

hizb al-Quran sahaja. Kedua, pelajar menghafal mengikut muka surat. Pada kebiasaannya,

pelajar akan membaca 2 muka surat. Perkara yang sama turut berlaku kepada pelajar yang

menghafal mengikut rubu’ hizb, sekiranya tidak lancar mereka hanya dibenarkan untuk

menghafal satu rubu’ hizb sahaja.9

5 Ibid.6 Temubual dengan ustaz Nazri bin Abu Zarim, pensyarah Darul Quran pada 22 Februari 2010 di Darul Quran.7 AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), op.cit., h.8.8 Temubual dengan ustaz Yusri bin Chek, Pensyarah Jabatan Al-Quran Darul Quran JAKIM pada 5 April 2010 jam 10.00 pagi di Darul Quran.

Page 5: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

5

5. TALAQQI DAN MUSYAFAHAH 10

Talaqqi dan musyafahah bermaksud menerima sesuatu daripada pihak yang memberi.

Dalam konteks pengajian ilmu, talaqqi merupakan satu wasilah bagi mengembangkan ilmu

pengetahuan. Khususnya dalam bidang hafalan al-Quran yang mementingkan ketepatan dalam

penuturan, sebutan, makhraj huruf dan sifat bagi huruf. Oleh itu, hanya dengan bertalaqqi

sahaja kita mampu menguasainya.11 Secara umumnya, Talaqqi dan musyafahah, merupakan

kaedah di mana guru memperdengarkan bacaannya pada setiap ayat, kemudian diikuti oleh

pelajar atau guru menyemak bacaan pelajar pada ayat yang hendak dihafaz atau

menyemaknya ketika sesi tasmi’ hafazan al-Quran.12

6. HAFALAN MENGULANG-ULANG 10 KALI13

Dalam proses menghafal al-Quran, pelajar perlu mengulang setiap ayat yang telah

dihafal sebanyak 10 kali, Sebelum diperdengarkan kepada guru tasmi’. Setiap ayat perlu

diingat dengan baik dan dibaca dengan lancar. Ayat tersebut perlu dibaca dengan tanpa

melihat kepada mushaf sebanyak 10 kali. Setelah itu, barulah berpindah kepada ayat kedua

dan kaedah yang sama perlu dilakuakan untuk mengingati ayat tersebut. Ayat kedua perlu

dihafal dengan baik dan diulang sebanyak 10 kali, selepas ayat itu dihafal. Pelajar tidak

dibenarkan untuk melihat kepada mushaf al-Quran, ketika ayat-ayat tersebut diulang.

Seterusnya perlu dibaca semula ayat pertama dan diikuti dengan ayat kedua yang telah

dihafal. Pelajar perlu memastikan ayat pertama dan kedua adalah lancar dibaca, tanpa melihat

kepada mushaf al-Quran. Sekiranya dua ayat tersebut tidak lancar, pelajar perlu melancarkan

dua ayat tersebut dahulu sebelum pindah kepada ayat seterusnya. Begitulah seterusnya

sehingga sempurna hafalan satu rubu’ hizb atau mengikut muka surat yang dihafal.

10 AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), Kaedah Hafazan Al-Quran, Batu Caves Selangor : Medan Hikmah Sdn. Bhd., h. 7.11 Ibid12 Ibid.13 AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), Kaedah Hafazan Al-Quran, op.cit., h. 8.

Page 6: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

6

7. HAFALAN BERPASANG-PASANG14

Kaedah ini diterapkan kepada pelajar yang menghafal ayat al-Quran yang baru (hifz

al-Jadid). Pelajar dikehendaki memilih seorang teman, yang mempunyai tahap hafalan

hampir sama dan minat dalam menghafal secara berpasangan. Teknik seorang membaca, dan

seorang menyemak hafalan dengan melihat kepada mushaf al-Quran. Seterusnya orang yang

kedua pula mendengarkan hafalan manakala orang pertama menyemak dengan melihat kepada

mushaf.

Seterusnya teknik uji menguji antara pasangan dilakukan. Ayat al-Quran yang telah

dibaca akan ditebuk oleh pasangan masing-masing. Ini akan dapat menambahkan lagi

kekuatan hafalan terhadap ayat yang telah dibacakan kepada pasangan tersebut. Pendekatan

ini, secara tidak langsung akan menajamkan ingatan pelajar terhadap ayat yang telah dihafal.

Ia sekaligus dapat mengelakkan kekeliruan terhadap ayat yang samar.

8. HAFALAN MENGIKUT MUKA SURAT15

Pada kebiasaannya pelajar akan dilatih untuk membahagikan satu-satu muka surat

kepada dua atau tiga bahagian. Setiap muka surat al-Quran rasm Uthmani mempunyai 15

baris ayat. Pembahagian kepada 2 bahagian akan menjadikan 8 baris bahagian pertama dan 7

baris bahagian kedua. Manakala pembahagian kepada tiga bahagian akan menjadi 5 baris

pertama, 5 baris kedua dan 5 baris ketiga. Namun demikian, bagi pelajar yang mempunyai

ingatan hafalan yang kuat, mereka boleh menghafal satu-satu muka surat al-Quran tanpa

memotong kepada beberapa bahagian. Dengan hanya sekali atau dua kali ulang sahaja,

golongan ini mampu untuk mengingati ayat-ayat yang dihafal.

9. PENULISAN AYAT-AYAT HAFALAN16

Ayat al-Quran yang telah dihafal perlu ditulis semula dalam buku khas bagi

memantapkan hafalan ayat al-Quran tersebut. Setelah ditulis semula, ia perlu disemak dengan

menggunakan mushaf rasm uthmani, pendekatan ini secara tidak langsung akan memahirkan

13 Ibid

15 AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), op.cit., h. 916 Ibid.

Page 7: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

7

pelajar dalam menulis ayat al-Quran yang bertepatan dengan rasm uthmani. Teknik penulisan

ayat-ayat tersebut berdasarkan awal muka surat, rubu’, awal juzuk dan awal surah turut

memberi kesan kepada potongan-potongan hafalan pelajar terbabit. Antara faedah yang

pelajar dapati melalui teknik kitabah ini ialah, sekiranya seseorang pelajar itu cermat dalam

melihat nombor-nombor ayat, mereka turut mampu untuk menghafal nombor-nombor ayat

tersebut.17

10. MENDENGAR AYAT-AYAT HAFALAN18

Sebuah makmal khusus audio yang terdapat di Darul Quran, dijadikan pusat untuk

pelajar mendengar bacaan al-Qari yang mashyur seperti Syeikh Maqari’ Mahmud Khalil al-

Khusairi, Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Huzaifi dan lain-lain. Dengan mendengar kepada

bacaan-bacaan tersebut, pelajar akan mendapat beberapa manfaat yang baik. Pertama dapat

mendengar bacaan yang tepat dari sudut tajwid al-Quran, Fasahah dan lahjah al-Quran yang

tepat. Kedua dapat memperbaiki sekiranya dalam hafalan pelajar, terdapat kesalahan sebutan

huruf, baris dan tempat-tempat waqaf yang sesuai. Ketiga dapat memperbaiki bacaan dengan

menggunakan kaedah bacaan tahqiq yang sempurna, dan mantap. Dan yang terakhir dapat

menambahkan kekuatan ingatan terhadap hafalan yang telah dihafal.

11. SOLAT TAQWIYATUL HIFZI19

Bagi memantapkan hafalan pelajar, kaedah Darul Quran telah melatih pelajarnya,

untuk melakukan solat sunat Taqwiyatul Hifzi. Solat sunat ini, dilakukan secara berjemaah

atau berseorangan. Solat ini terdiri dari 4 rakaat dengan 2 kali tahiyyat akhir.20 Solat ini

dilakukan pada malam Jumaat sepertiga malam yang terakhir. Pada rakaat pertama dibaca

surah Yasin, rakaat kedua dibaca surah al-Dukhan, rakaat ketiga dibaca surah al-Sajadah dan

rakaat keempat dibaca surah al-Mulk. Solat ini menjadi amalan sebahagian pelajar di Darul

Quran. Terdapat program-program yang diatur oleh persatuan pelajar, untuk pelajar dapat

merialisasikan amalan solat sunat Taqwiyatul Hifzi ini.21

17 Temubual dengan ustaz Bakri Amboala, Pensyarah Jabatan Al-Quran Darul Quran JAKIM pada 5 April 2010 jam 12.00 pagi di Darul Quran.18 AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), op.cit., h. 9.19 Ibid., h. 10.20 Ibid.21Temubual dengan ustaz Bakri Amboala, op.cit.

Page 8: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

8

12. MEMBACA AYAT HAFAZAN DALAM SOLAT22

Bagi memantapkan hafalan al-Quran pelajar, mereka perlu mengulang hafazan ayat

al-Quran dalam Solat fardu ataupun solat sunat. Kaedah ini dipraktikkan di Pusat Islam Darul

Quran. Pelajar perlu membaca ayat-ayat hafalan, ketika menjadi imam di pusat Islam

tersebut. Namun demikian, berdasarkan maklumat yang diperolehi, hanya segelintir sahaja

dari pelajar yang benar-benar mengikuti teknik yang diketengahkan oleh Darul Quran ini.

Walaupun pengamalan kaedah ini adalah baik dan dapat memantapkan hafalan pelajar, namun

tiada pemantauan dari pihak Darul Quran terhadap kaedah tersebut.

13. MENGULANG 2 JAM SEHARI23

Kaedah ini menetapkan bahawa, pelajar perlu mengulang hafalan al-Quran sekurang-

kurangnya 2 jam sehari. Ini adalah bagi memastikan hafalan yang telah dihafal, dapat dijaga

dengan baik. Kaedah 2 jam sehari ini membawa maksud, pelajar perlu mengulang sebanyak 3

juzuk. Masa selama 2 jam adalah bersamaan dengan 120 minit. Pada kebiasaannya para

penghafal al-Quran, mampu untuk membaca 1 juzuk dalam tempoh masa 30 - 40 minit

sejuzuk. Ini bermakna, dalam jangka masa 2 jam, pelajar akan mampu untuk mengulang

hafalan al-Quran sebanyak 3 juzuk.

14. UJIAN HAFALAN24

Pada asasnya, pelajar akan diuji setiap penghujung semester. Ujian yang dilakukan

adalah berdasarkan sukatan hafalan pelajar dalam setiap semester. Dalam semester pertama

ujian hafalan adalah dari juzuk 1-5, semester kedua dari juzuk 6-10, semester ketiga dari

juzuk 11-15, semester keempat dari juzuk 16-21, semester kelima dari juzuk 22-27 dan

semester keenam keseluruhan al-Quran bersamaan dengan 30 juzuk al-Quran.25 Pelajar akan

menduduki ujian penulisan (tahriri) al-Quran. Pelajar diberi masa selama 2 jam untuk

menjawab soalan yang diberikan, berdasarkan sukatan hafalan setiap semester. Pada

semester, terakhir pelajar akan diuji dengan keseluruhan al-Quran. Sekiranya pelajar tersebut

22 AJK Penggubal Kaedah Hafazan Al-Quran (2007), Kaedah Hafazan Al-Quran, op.cit., h. 11.23 Ibid., h. 1124 Temubual dengan ustaz Bakri Amboala, op.cit.25 Ibid.

Page 9: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

9

berjaya lulus dalam ujian tahriri dan syafawi, ini bermakna pelajar tersebut telah lulus secara

keseluruhan bahagian hafalan al-Quran.

KAEDAH DEOBANDY INDIA26

Sebagaimana yang diketahui umum, negara India merupakan salah sebuah negara

yang telah menerima kedatangan Islam lebih awal dari Malaysia. Hasil dari kepesatan ilmu

pengetahuan agama Islam di India, menyebabkan wujudnya institusi-institusi agama yang

menjurus kepada hafalan al-Quran di India. Kaedah Deobandy merupakan salah satu kaedah,

menghafal al-Quran yang diguna di India. Perkataan Deobandy itu sendiri merujuk kepada

wilayah Deoband di India. Secara umumnnya kaedah Deobandy ini menggunakan teknik-

teknik berikut :

1. PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAL

Sebelum menghafal al-Quran, beberapa pendekatan telah diperkenalkan melalui

kaedah Deobandy ini, bagi memastikan pelajar dapat menghafaz al-Quran dengan baik.

Pelajar akan diletakkan dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang

guru dengan pelajar 15- 20 orang sahaja. Umur pelajar dalam setiap kumpulan adalah tidak

sekata, ada yang berumur 12 tahun dan ada yang menjangkau 17 tahun. Penentuan kumpulan

ini ditentukan dalam mesyuarat yang dilakukan oleh pihak ustaz.27 Kelas nazirah atau pra

tahfiz telah diwujudkan, bagi membantu pelajar dalam melancarkan bacaan al-Quran sebelum

menghafaznya.28 Kelas ini adalah dikhususkan kepada pelajar yang lemah dari sudut

pembacaan al-Quran secara melihat mushaf al-Quran. Manakala pelajar lain akan diletakkan

dalam kumpulan kelas tahfiz.

Kelas tahfiz al-Quran, kelas ini adalah kumpulan pelajar yang dikhususkan untuk

menghafaz al-Quran. Pelajar akan diletakkan mengikut kumpulan tertentu, dalam bentuk

bulatan. Seorang guru akan mengetuai kumpulan pelajar tersebut dan memantau setiap

pergerakan pelajar, pada setiap masa. Guru tersebut mestilah seorang yang telah menghafal

26 Abdul Hafiz bin Abdullah (2005) Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu, Universiti Teknologi Malaysia, H. 57.27 Ibid28 Ibid.28 Temubual dengan Ustaz Zakri bin Zamzam bekas pelajar Madrasatul Quran Kubang Bujuk pada 15 Oktober 2009.

Page 10: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

10

al-Quran bagi melayakkannya menjadi pengawal kepada pelajar-pelajar tersebut.29 Teknik

duduk dalam halaqah diguna dalam sistem hafazan Deobandy ini. Setiap pelajar duduk

dalam bulatan bersama dengan al-Quran dan rehal masing-masing. Pelajar tidak dibenarkan

untuk bersandar pada dinding kelas. Mereka dikehendaki duduk dengan menjarakkan diri dari

dinding kelas. Ini adalah bagi mengelakkan ada pelajar yang tertidur dengan bersandar di

dinding.

2. SABAK ( HAFALAN BARU )

Sebelum subuh, pelajar mula menghafal hafalan baru atau sabak. Penentuan kadar

hafalan ini adalah ditentukan berdasarkan kemampuan pelajar. Ada pelajar yang menghafal

setengah muka surat, satu muka surat, dua muka surat, tiga muka surat , dan ada yang mampu

sehingga empat muka surat. Namun para guru akan memantau tahap kelancaran hafalan-

hafalan tersebut. Sekiranya pelajar tersebut tidak lancar hafalan hari sebelumnya, mereka

akan dikurangkan dari sudut hafalan baru. Pada kebiasaannya, guru-guru dapat mengenali

kemampuan setiap pelajar dalam kumpulannya.30 Bagi memulakan hafalan, pelajar akan mula

menghafal dari juzuk 30 seterusnya juzuk 29,28,27 dan 26 setelah itu, barulah pelajar akan

memulakan hafalan dari juzuk 1 hingga juzuk 25. Ini akan memudahkan bagi pelajar, untuk

mengingati ayat-ayat al-Quran kerana, 5 juzuk akhir adalah ayat-ayat yang pendek, mudah

dan kebanyakannya sudah menjadi ayat-ayat lazim. Pada pukul 7.30 pagi, pelajar akan

berehat untuk sarapan pagi bersama-sama di dewan makan. Seterusnya pada pukul 8.30 pagi,

kelas sabak disambung semula sehingga pukul 9.30 pagi. Pada keseluruhannya, pelajar

mempunyai sekitar 4 jam waktu untuk sabak.

3. PARA SABAK ( HAFALAN MINGGUAN )

Kaedah ini dinamakan sebagai para sabak atau diistilahkan sebagai hafalan mingguan.

Para sabak ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 11.30 pagi. Pelajar diperuntukkan 2

jam untuk mengulang para sabak ini. Sebanyak 1 juzuk di belakang hafalan baru inilah yang

diistilahkan sebagai para sabak.31 Pelajar perlu melancarkan hafalan para sabak ini sebelum

dibaca di hadapan guru-guru mereka. Pada kebiasaannya, pelajar diberi masa 30 minit untuk

melancarkan para sabak ini sebelum bertemu guru. Dalam melaksanakan peringkat para

30 Ibid.31 Ibid.

Page 11: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

11

sabak ini, guru-guru telah membahagikan pelajar dengan pasangan masing-masing. Pada

kebiasaannya, pasangan pelajar itu adalah mereka yang sama tahap hafalan. Seterusnya,

pelajar ini akan dipanggil dengan pasangan masing-masing untuk duduk berhadapan, di

hadapan guru halaqah tersebut. Seorang pelajar membaca sebanyak sejuzuk, manakala

pasangannya akan menyemak bacaan tersebut dengan melihat kepada mushaf al-Quran.

Sekiranya berlaku kesilapan, pasangan tersebut akan mengira bilangan kesalahan dan

dilaporkan kepada guru halaqah. Seperti biasa, rotan akan digunakan sebagai hukuman dari

kesilapan yang dilakukan. Begitulah seterusnya, pasangan tersebut pula akan membaca dan

disemak oleh rakannya. Dalam waktu yang sama guru di dalam halaqah tersebut sentiasa

memerhatikan perjalanan para sabak setiap pasangan berjalan dengan lancar.

4. AMMOKHTAR ( HAFALAN KESELURUHAN AL-QURAN )

Kaedah ini dikenali sebagai ammokhtar. Ia merupakan ayat al-Quran yang telah lama

dihafal dan melebihi 1 juzuk di belakang hafalan yang terkini. Menurut kaedah ini, pelajar

akan diberi masa dari 2.30 petang - 4.00 petang untuk mengulang ammokhtar ini. 32 Dari

sudut pelaksanaannya, pelajar akan diberi masa 30 minit untuk melancarkan bacaan

ammokhtar. Kemudian akan dipanggil ke hadapan guru seperti dalam kaedah para sabak

untuk memperdengarkan bacaan bersama pasangan masing-masing. Kaedah ammokhtar ini

perlu menjadi satu pusingan lengkap, bagi semua hafalan lama. Contohnya seorang pelajar

sedang menghafal juzuk ke-15 maka memerlukan 14 hari dengan kadar 1 juzuk sehari

bacaan ammokhtar.

Susunan bacaan ammokhtar perlulah mengikut susunan juzuk al-Quran. Perkara ini

penting bagi memastikan hafalan lama tidak hilang dari ingatan pelajar. Seterusnya sekitar

15 minit sebelum waktu Asar, pelajar akan diajar tentang fardu ain oleh guru halaqah

masing.33 Kaedah ini berterusan sehingga pelajar selesai menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Setelah itu, pelajar akan memasuki peringkat Syahadah bagi persediaan untuk peperiksaan

keseluruhan al-Quran.34

5. HALAQAH DAURI ( KELAS ULANGAN HAFALAN )

32 Temubual dengan ustaz Zakri bin Zamzam, Guru Tahfiz Institut Al-Quran Kuala Lumpur pada 15 Januari 2010 di IQKL Kuala Lumpur.32 Ibid.33 Ibid.

Page 12: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

12

Pada kebiasaannya, pelajar akan mengambil masa dari 6 bulan hingga 2 tahun untuk

melalui keseluruhan Halaqah Dauri ini. Bagi pelajar yang tidak lancar mana-mana bahagian

dalam al-Quran, mereka dikehendaki membaca sabak semula bagi ayat-ayat tersebut. Bagi

kelas dauri ini, pelajar akan membaca dengan tidak menurut susunan juzuk dalam al-Quran.

Al-Quran akan dibahagikan kepada tiga bahagian, 10 juzuk pertama, 10 juzuk kedua dan 10

juzuk ketiga. Hari pertama pelajar akan membaca juzuk pertama, hari kedua juzuk 11, hari

ketiga juzuk 21, hari keempat juzuk kedua, hari kelima juzuk 12 dan seterusnya hingga

khatam beberapa kali. Metod bacaan Halaqah Dauri ini adalah sama dengan bacaan

Ammokhtar, pelajar akan diberikan pasangan dan dibaca di hadapan guru. Seterusnya,

melalui arahan guru, pelajar ini akan berpindah kepada 5 juzuk sehari. Peringkat ini pelajar-

pelajar akan membaca berdasarkan urutan juzuk dalam al-Quran sepenuhnya. Hari pertama

juzuk 1 hingga 5, hari kedua juzuk 6 hingga 10, hari ketiga juzuk 11 hingga 15 dan

seterusnya. Ini bermakna para pelajar akan mengkhatamkan al-Quran dalam masa 6 hari

dengan sekali khatam. Setelah sampai di peringkat ini dan para guru berpuas hati dengan

prestasi pelajar tersebut, maka ujian di peringkat Syahadah hafiz akan diadakan.

6. SYAHADAH HAFIZ

Terdapat 3 cara untuk menduduki peperiksaan Syahadah Hafiz ini. Pertama pelajar

membaca 30 juzuk al-Quran dalam masa satu hari, kedua membaca al-Quran 30 juzuk al-

Quran dalam masa dua hari bersamaan dengan 15 juzuk sehari dan ketiga membaca al-Quran

30 juzuk dalam masa tiga hari bersamaan dengan 10 juzuk sehari. Pelajar yang menduduki

peperiksaan akhir ini, akan disemak oleh 3 orang guru, 2 daripadanya merupakan guru dari

halaqah-halaqah yang lain. Peperiksaan akan bermula pada jam 7 pagi dan setiap juzuk al-

Quran akan mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Pelajar yang menduduki peperiksaan

Syahadah Hafiz ini, dikehendaki membaca al-Quran dengan lancar dan tidak boleh melakukan

kesalahan melebihi 10 kali. Sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan melebihi 10 kali

peperiksaan tersebut akan dibatalkan.35

KAEDAH PAKISTAN

35 Temubual dengan Hasbullah guru Madrasatul Quran Kubang Bujuk., Op.Cit.

Page 13: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

13

Kaedah Pakistan ini, dikenali sebagai kaedah Panipati dan cukup masyhur di kalangan

pelajar tahfiz di Pakistan. Ia disebut sebagai Panipati kerana guru pertama yang mempelopori

kaedah ini, adalah berasal dari sebuah daerah yang bernama Panipati. Kaedah ini cukup

berkesan bagi melahirkan para huffaz yang berwibawa. Secara keseluruhannya kaedah

hafazan ini merangkumi beberapa teknik yang diamalkan dalam proses penghafalan al-Quran.

Teknik-teknik tersebut ialah:

1.SABAK ( HAFALAN BARU )

Bermula dari jam 7.00 petang sehingga 9.00 malam, pelajar akan menghafal hafalan

baru dalam dewan musolla yang disebut sebagai sabak. Mereka akan berhenti rehat seketika,

untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Solat isya’ akan dikerjakan pada jam 9.00

malam. Ini bermakna pelajar mempunyai waktu sekitar 2 jam untuk menghafal sabak pada

setiap hari. Selepas solat isya’, pelajar akan diberi minum sebelum ta’lim ringkas diadakan.

Pelajar dikehendaki tidur pada jam 10.30 malam. Pelajar tidak dibenarkan untuk melakukan

aktiviti lain selepas jam 10.30 malam, mereka akan dikenakan denda rotan sekiranya didapati

masih melakukan aktiviti lain.36

Sejam sebelum subuh para pelajar akan dikejutkan untuk mengikuti kaedah hafalan

Pakistan ini. Pelajar dikehendaki mengerjakan solat sunat di awal pagi. 30 minit sebelum

subuh pelajar diwajibkan untuk berada dalam halaqah hafalan masing-masing. Masa ini

digunakan untuk melancarkan sabak yang akan dibaca selepas solat subuh. Penentuan had

sabak adalah berdasarkan kemampuan individu. Namun demikian, setiap pelajar sentiasa

dipantau oleh guru kumpulan masing-masing dalam pembacaan sabak ini.

2. ENAM SABAK

Selesai sahaja pelajar membaca sabak, mereka dikehendaki membaca enam sabak,

iaitu 6 kali hafalan yang terbaru atau 6 hari hafalan sebelumnya. Contohnya pelajar tersebut

menghafal juzuk pertama muka surat 10, maka enam sabak ialah muka surat 9, 8, 7, 6, 5 dan

4. Bacaan ini perlulah dibaca di hadapan guru kumpulan tersebut. Pelajar-pelajar perlu

melancarkan enam sabak ini bagi memastikan mereka boleh terus untuk menghafal hari

36 Ibid.

Page 14: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

14

berikutnya. Sekiranya pelajar gagal membaca dengan baik enam sabak ini, mereka tidak

dibenarkan untuk menghafal ayat-ayat yang baru, melainkan setelah mendapat kebenaran dari

guru kumpulan tersebut. Waktu untuk membaca enam sabak ini adalah, selepas membaca

sabak hingga jam 8.30 pagi.

3. SABKI

Sabki ialah ulangan sebanyak 1 juzuk di belakang enam sabak. Waktu untuk

membaca sabki adalah, setelah selesai enam sabak hingga jam 9.30 pagi. Sabki ini akan

dibaca di hadapan guru masing-masing. Bagi setiap kesalahan ketika membaca sabki ini,

pelajar akan dikenakan 3 kali rotan dengan hanya melakukan satu kesalahan sahaja.

Contohnya seorang pelajar menghafal pada muka surat 62, maka muka surat 62 adalah sabak,

muka surat 61, 60, 59, 58, 57 dan 56 adalah enam sabak. Manakala sabki adalah dari muka

surat 36 hingga muka surat 55 sebanyak satu juzuk di belakang enam sabak. Ini merupakan

contoh sekiranya seseorang pelajar itu menghafal sebanyak satu muka surat setiap hari.37

4. SEPARAH

Peringkat seterusnya, pelajar akan mengulang hafalan-hafalan yang telah lama

dihafal. Hafalan-hafalan lama ini disebut sebagai separah dalam kaedah Pakistan ini. Waktu

separah ini adalah 10.00 pagi - 12.00 tengahari. Dari jam 12.00 tengahari hingga jam 2.00

petang pelajar yang mengikuti kaedah ini dikehendaki tidur semuanya. Ini merupakan satu

perkara yang wajib bagi setiap pelajar. Selain ia merupakan sunnah rasul S.A.W ia dapat

mengembalikan tenaga kepada pelajar untuk mengikuti kelas pada sebelah petang.

5. MUTLAAH

Pada jam 2.30 petang, pelajar di kehendaki memasuki kumpulan masing-masing.

Waktu ini digunakan untuk membaca al-Quran dengan melihat kepada Mushaf al-Quran atau

diistilahkan sebagai mutlaah. Pelajar dikehendaki memastikan bacaan adalah tepat dari sudut

hukum tajwid dan akan dibacakan di hadapan guru. Pada kebiasaannya, pelajar akan membaca

37 Ibid.

Page 15: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

15

1- 4 muka sahaja di hadapan guru masing-masing.38 . Setelah selesai membaca mutlaah di

hadapan guru, pelajar dikehendaki meneruskan persediaan bacaan separah untuk hari

berikutnya. Sekitar jam 4.30 petang, pelajar akan berjemaah bersama-sama menunaikan

solat Asar. Selepas Asar, merupakan aktiviti bebas kepada pelajar untuk berehat dan bermain

sehingga jam 6.30 petang. Mereka akan makan malam pada jam 6.30 petang di dewan makan

yang disediakan. Tepat jam 7.00 petang , pelajar dikehendaki berada dalam musolla dan

duduk dalam saff masing-masing. Kaedah ini berterusan sehingga pelajar dapat menamatkan

hafalan sebanyak 30 juzuk al-Quran buat kali pertama. Seterusnya pelajar akan mengikuti

peringkat kedua untuk menduduki peperiksaan bagi memastikan hafalan mereka adalah benar-

benar mantap.

6. TERTIB WIFAK

Tertib wifak merupakan satu kaedah untuk memantapkan hafalan pelajar sebelum

menduduki peperiksaan akhir. Dari sudut pelaksanaan, pelajar diperingkat awal perlu

mendaftarkan diri sebagai salah seorang yang akan mengikuti tertib wifak ini. Pelajar yang

telah berdaftar akan diletakkan dalam kumpulan yang khusus bersama pelajar-pelajar tertib

wifak sahaja. Pelajar ini masih terikat dengan sistem waktu hafalam biasa. Waktu yang

diambil untuk menduduki kelas ini adalah selama 3 bulan.39 Apabila pelajar telah berjaya

diperingkat ini, mereka telah dikira lulus dalam hafazan al-Quran. Namun bagi pelajar yang

gagal, mereka perlu mengulangi kelas tertib wifak ini bagi menduduki peperiksaan pada sesi

berikutnya.

7. DASTAR BANDI

Setelah berjaya lulus di dalam tertib wifak , pelajar akan dijazahkan dengan sijil khas

hafazan al-Quran dari Jami’ah Darul Quran Pakistan. Majlis khusus ini dikenali sebagai

dastar bandi atau konvokesyen. Pelajar yang berjaya akan dipakaikan dengan serban khas

oleh dekan di Jami’ah Darul Quran Pakistan sebagai lambang telah berjaya menghafal al-

Quran sebanyak 30 juzuk dengan jayanya.40

38 Ibid.39 Ibid.40 Ibid.

Page 16: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

16

KAEDAH MAKKAH AL-MUKARRAMAH ARAB SAUDI

Kaedah Makkah ini merupakan antara kaedah yang agak ringkas dan mudah. Ia hanya

mengambil masa sekitar 4 jam sahaja sehari untuk diamalkan. Kaedah ini bermula selepas

waktu solat Asar hingga solat ‘Isya. Ia dilaksanakan bagi memberi peluang kepada golongan

pelajar yang belajar secara formal di waktu pagi, dan memperuntukkan masa sebelah petang

dan malam untuk al-Quran.41 Secara keseluruhannya kaedah hafalan Makkah ini

mengamalkan teknik-teknik berikut:

1. TASMI’ LUH

Selepas solat Asar, pelajar akan duduk dalam kumpulan. Peringkat pertama guru

dalam kumpulan akan memanggil seorang demi seorang pelajar, untuk mengambil hafalan

baru. Guru akan membaca ayat yang akan dihafal oleh pelajar tersebut, sebelum seseorang

pelajar itu dibenarkan untuk menghafal ayat-ayat tersebut. Kaedah mendengar dan mengambil

bacaan dari mulut guru ini dinamai dengan Tasmi’ Luh. 42

Seterusnya setelah mendengar bacaan dari guru, barulah pelajar tersebut membaca

ayat-ayat yang telah dibacakan kepadanya. Pada ketika inilah, guru akan memerhatikan

bacaan pelajar dan membetulkan kesalahan tajwid dalam bacaan pelajar tersebut secara

talaqqi musyafahah dengan melihat kepada mushaf al-Quran. Pelajar dikehendaki

menggunakan mushaf al-Quran cetakan Madinah Al-Munawwarah secara formal. Mereka

tidak dibenarkan menggunakan al-Quran Imlai atau cetakan lain.

2. HAFALAN TERBALIK

Kaedah ini menerapkan pendekatan susunan hafalan terbalik. Pelajar akan menghafal

al-Quran bermula dari Juzuk 30 hingga juzuk 1. Bukan sekadar itu, pengambilan surah juga

adalah mengikut susunan dari belakang. Bermula dengan surah al-Nas hingga surah al-

Baqarah. Susunan surah adalah didahulukan dari susunan juzuk dalam melaksanakan kaedah

ini.43

41 Temubual dengan Ustaz Abdul Karim bin Zakaria bekas pelajar Madrasah Al-Khairiyyah Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah Arab Saudi.42 Ibid.43 Ibid.

Page 17: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

17

3. ULANGAN TERBALIK

Kaedah susunan ulangan dalam kaedah Makkah ini merujuk kepada 2 bahagian yang

berbeza. Pertama ulangan hafalan yang baru dihafal dan kedua ulangan hafalan yang lama. Ia

dilakukan secara bergilir-gilir. Ulangan hafalan baru adalah mengikut urutan surah yang baru

dihafal. Contohnya, seseorang pelajar sedang menghafal surah al-Nisa’ ayat 61 hingga ayat

70, maka ulangan barunya adalah dari ayat pertama hingga ayat 60 dalam surah al-Nisa’.

Sekiranya pelajar tersebut tidak lancar , maka dia tidak dibenarkan untuk menambah hafalan

baru dan perlu mengulang semula ulangan hafalan baru pada bari berikutnya sehingga benar-

benar lancar.

Bagi ulangan hafalan lama pula adalah mengikut susunan juzuk dalam al-Quran dari

juzuk 1 hingga juzuk 30. Setiap kali ulangan hafalan lama ini pelajar dikehendaki membaca

10 muka surat di hadapan guru masing-masing. Secara tidak langsung kaedah ulangan ini

akan memastikan setiap pelajar lancar setiap ayat yang telah dihafal sama ada ulangan hafalan

baru ataupun ulangan hafalan lama.

4. UJIAN HAFALAN AL-QURAN

Pelajar akan menduduki ujian hafalan al-Quran sebanyak 2 kali. Pertama ketika telah

menghafal 15 juzuk yang akhir dari al-Quran dan kedua setelah khatam al-Quran

keseluruhannya. Ujian hafalan al-Quran hanya akan dilakukan dalam bulan Rejab setiap tahun

hijriyyah. Sebanyak 3 soalan akan ditebuk dari 15 juzuk al-Quran yang telah dihafal dalam

ujian yang diadakan. Setiap pelajar dikehendaki membaca 1 muka surat bagi setiap soalan.

Keputusan ujian adalah dalam bentuk mumtaz, jayyid jiddan, jayyid, maqbul atau rasib namun

demikian, dengan mana-mana keputusan, pelajar tersebut dibenarkan untuk menyambung

hafalan seterusnya.44

Bagi yang telah khatam 30 juzuk al-Quran, 10 soalan akan ditebuk dari keseluruhan

al-Quran. Sebanyak 1 muka surat perlu dibaca bagi setiap soalan yang ditanya. Kaedah soalan

yang ditanya akan diambil secara rawak. Setelah berjaya menduduki ujian ini, pelajar akan

dianugerahkan dengan Syahadah Hifz al-Quran dari Madrasah al-Khairiyyah Masjid al-

Haram, Makkah al-Mukarramah.

44 Ibid.

Page 18: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

18

KAEDAH TAHFIZ DARI INDONESIA

Kaedah ini telah dipelopori oleh ustazah Maesun binti Talmad. Beliau merupakan

anak kelahiran Cirebon Jawa Barat Indonesia. Hafalan al-Quran menurut kaedah Indonesia ini

akan dimulakan dari juzuk 30 hingga ke juzuk 1. Ini akan memudahkan pelajar, kerana ayat

al-quran pada juzuk akhir adalah lebih pendek dan mudah dihafal. Secara keseluruhannya

Kaedah dari Indonesia ini mengamalkan teknik-teknik yang berikut.

1. HIFZ AL-JADID ( HAFALAN BARU )

Setelah solat maghrib secara berjemaah mereka akan duduk dalam kumpulan untuk

menghafal hafalan baru yang telah ditetapkan oleh guru. Masa yang diperuntukkan adalah 1

½ jam bermula dari selepas solat maghrib sehingga jam 9.00 malam. Setelah itu, barulah

mereka akan solat isya’ secara berjemaah. Seterusnya pelajar akan berehat dan tidur pada jam

10.30 malam. Pada jam 7.30 pagi pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan. Masa ini

diperuntukkan bagi setiap pelajar untuk memperdengarkan Hifz al-Jadid. Sekiranya hafalan

baru gagal dibaca dengan lancar maka pelajar terbabit perlu mengulang ayat tersebut sebagai

hafalan baru. Ia berlangsung sehingga 8.30 pagi. Setiap pelajar wajib memperdengarkan

bacaan kepada guru kumpulan yang telah ditetapkan. Seterusnya pelajar akan berehat untuk

sarapan pagi dan khidmat diri selama sejam. Waktu ini digunakan oleh pelajar untuk

mengemas bilik dan membersihkan pakaian.

2. AL-HIFZ AL-USBU’IY ( ULANGAN MINGGUAN )

Al-Hifz al-Usbu’iy ialah ulangan ayat al-quran yang telah dihafal dalam jangka masa

seminggu yang terkini. Waktu yang diperuntukkan untuk al-Hifz al-Usbu’iy ini adalah

bermula 9.30 pagi hingga 11.45 pagi. Setiap pelajar diwajibkan memperdengarkan bacaan

ulangan mingguan kepada guru kumpulan. Setiap pelajar perlu membaca 10 muka surat. Jika

tersangkut pelajar tersebut perlu mengulang semula bacaan terbabit.45 Seterusnya pelajar

diwajibkan untuk tidur dari jam 12.30 tengahari hingga ke jam 1.45 petang. Mereka akan solat

secara berjemaah di surau yang tersedia dan akan makan tengahari sekitar jam 2.00 petang.

45 Ibid.

Page 19: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

19

3. AL-HIFZ AL-QADIM ( ULANGAN HAFALAN LAMA )

Ulangan hafalan lama ini juga dikenali sebagai Al-Hifz al-Qadim. Setiap pelajar

diwajibkan untuk membaca sebanyak 1 juzuk setiap hari hafalan lama ini di hadapan guru.

Al-Hifz al-Qadim ini sangat penting bagi memastikan hafalan pelajar agar sentiasa terjaga

dengan baik. Ulangan hafalan lama ini perlu dijadikan satu pusingan dan sekurang-kurangnya

dalam masa satu bulan mereka akan mengkhatamkan al-Quran keseluruhannya.46 Setelah

kelas ulangan hafalan lama selesai mereka akan mengerjakan solat Asar secara berjemaah di

surau dan seterusnya berehat untuk khidmat diri. Pada jam 6.30 petang mereka akan makan

malam di dewan makan yang disediakan.

4. SYAHADAH HIFZ AL-QURAN

Bagi pelajar yang telah khatam hafalan 30 juzuk al-Quran mereka perlu menduduki

kelas khas untuk melayakkan mereka mengambil syahadah hafiz al-Quran menurut kaedah

Indonesia ini. Beberapa peringkat perlu dilalui bagi melayakkan syahadah hafiz tersebut.47

1. ulangan 1 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca 10 kali

juzuk tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu mengkhatamkan

sebanyak 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna pelajar perlu menghabiskan masa

selama 5 bulan.

2. ulangan 2 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca 8 kali juzuk

tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu mengkhatamkan

sebanyak 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna pelajar perlu menghabiskan masa

selama 2 bulan setengah.

3. ulangan 3 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca 6 kali juzuk

tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu mengkhatamkan

sebanyak 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna para pelajar perlu menghabiskan

masa selama 50 hari.

46 Ibid.46 Risalah kaedah mengambil syahadah Ma’had Tahfiz Al-Husni Batu 20 ½ Jeram Kuala Selangor.

Page 20: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

20

4. ulangan 4 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca sebanyak 4

kali juzuk tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu

5. mengkhatamkan 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna para pelajar perlu

menghabiskan masa lebih kurang 40 hari.

6. ulangan lima juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca sebanyak

dua kali juzuk-juzuk tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu

mengkhatamkan sebanyak lima kali dari juzuk pertama sehingga juzuk 30. Ini bermakna para

pelajar perlu menghabiskan masa selama sebulan.

7. ulangan 10 juzuk setiap hari di hadapan guru dengan syarat telah membaca sebanyak

1 kali juzuk tersebut secara sendiri atau di hadapan rakan-rakan. Para pelajar perlu

mengkhatamkan 5 kali dari juzuk 1 hingga juzuk 30. Ini bermakna para pelajar perlu

menghabiskan masa selama 15 hari.

8. Berpuasa selama 40 hari dan mengkhatamkan hafalan al-Quran sebanyak 30 juzuk

setiap hari. Ini bermakna pelajar perlu mengkhatamkan sebanyak 40 kali khatam al-Quran

secara berterusan selama 40 hari.

9. Membaca juzuk 1 hingga juzuk 30 di hadapan guru dalam masa 1, 2 atau 3 hari untuk

pengesahan terakhir di hadapan guru dan rakan-rakan. Setelah selesai kesemua 8 peringkat ini

dengan jayanya pelajar terbabit akan dianugerahkan dengan syahadah hafiz al-Quran dari

pihak ma’had al-Husni.

KAEDAH TAHFIZ DARI TURKI

Kaedah tahfiz Turki merupakan salah satu kaedah hafalan al-Quran yang terdapat di

dunia. Kaedah ini dibawa dari Institut Tahfiz Tuba Kiz Quran Kusu Suadiye Istanbul Turki.48

Dalam kaedah Turki ini, pelajar perlu melalui 2 fasa yang penting iaitu kelas kelancaran dan

kelas hafazan. Sistem ini agak unik kerana ia sangat menekankan soalan tajwid al-Quran dan

hafalan dari arah belakang.49 Secara keseluruhannya kaedah dari Turki ini merangkumi

beberapa teknik yang diamalkan iaitu :

48 Temubual dengan Ustazah Kasmawati binti Mohd Said di Tahfiz al-Quran Darul Tuba Tangkak, Johor pada 13 Januari 2009 49 Ibid.

Page 21: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

21

1. KHATAM 10 KALI

Setiap pelajar yang mengikuti kaedah ini perlu mengkhatamkan al-Quran secara

melihat mushaf dengan bertajwid 10 kali. Setiap kali bacaan akan dipantau oleh guru

pembimbing dengan memastikan bacaan adalah sempurna dari sudut kelancaran dan tajwid.

Satu borang khas telah disediakan dalam melaksanakan kaedah ini. Setiap muka surat

mestilah dibaca dengan kadar 2 minit dan dalam 1 juzuk pelajar memerlukan masa 45 minit

sahaja. Sekiranya seseorang pelajar tersebut membaca lebih dari waktu tersebut, ini bermakna

pelajar terbabit masih belum lancar dari sudut bacaannya. Pada kebiasaannya pelajar

mengambil masa dalam 3- 6 bulan bagi mengkhatamkan 10 kali al-Quran dan tempoh

maksima untuk kelas kelancaran ini adalah selama 1 tahun.

2. CHI (Hafalan Baru)

Hafalan baru dalam bahasa Turki disebut Chi. Pelajar perlu menghafal dan

melancarkan Chi pada sebelah pagi dari 6.30 hingga 7.30 pagi pada pelajaran pertama.

Seterusnya pelajar akan sarapan dan solat duha, pelajaran kedua akan disambung pada jam

8.30 hingga 10.30 dan pelajaran ketiga dari jam 10.30 hingga 12.00 tengahari. Pada sebelah

pagi ini pelajar perlu membaca Chi dan mukasurat seterusnya dalam juzuk tersebut hingga

akhir juzuk.

3. ZOR PISMIS

Kelas seterusnya adalah pada jam 2.45 hingga 4.00 petang. Para pelajar akan

melancarkan hafalan lama yang susah dalam juzuk tersebut dan ia disebut sebagai Zor Pismis.

Contohnya seseorang pelajar sedang menghafal mukasurat 15 dalam juzuk pertama maka Zor

Pismin adalah mukasurat 16 dalam juzuk pertama. Para pelajar perlu melancarkan mukasurat

tersebut dengan baik. Ini kerana mereka hanya akan membaca ayat tersebut setelah sebulan

berlalu.50

4. KOLAY PISMIS

50 Temubual dengan ustazah Kasmawati, Op.Cit.

Page 22: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

22

Pada jam 4.15 hingga 5.30 petang. Para pelajar dikehendaki melancarkan hafalan lama

yang mudah dalam juzuk tersebut dan ini disebut sebagai Kolay Pismis. Contohnya seseorang

pelajar sedang menghafal mukasurat 15 dalam juzuk pertama maka Kolay Pismis adalah

mukasurat 17 hingga 20. Kolay Pismis ini merupakan ayat-ayat yang telah banyak kali dibaca

dan mudah untuk dilancarkan, pelajar hanya memerlukan masa yang singkat untuk mengulang

ayat-ayat tersebut. Pada jam 5.30 pelajar akan solat asar berjemaah dan riadah pada sebelah

petang sekitar jam 6.30 pelajar akan makan malam dan bersedia untuk menunaikan solat

maghrib secara berjemaah.

5. TEKRAR

Pada jam 7.45 hingga 8.45 malam. Waktu ini digunakan oleh pelajar untuk

mengulang Zor Pismis dan Kolay Pismis secara serentak dan ini dinamakan sebagai Tekrar

atau ulangan lama keseluruhan. Guru sentiasa akan memantau dan mendengar bacaan pelajar

dalam setiap bahagian.51

6. TEKRAR HEPSI SEYFA

Pada jam 8.45 hingga 10.00 malam. Waktu ini digunakan oleh pelajar untuk

mengulang semua muka surat dalam juzuk tersebut dan ia dinamakan sebagai Tekrar Hepsi

Seyfa. Ini bermakna pelajar perlu membaca Chi, Zor Pismis dan Kolay Pismis. Menurut

ustazah Kasmawati pada kebiasaannya, pelajar akan mampu membaca semua ayat-ayat dalam

juzuk tersebut dengan lancar sekiranya mengikuti setiap bahagian dengan baik dan kosisten.

Pusingan ini akan berterusan sehingga pelajar dapat mengkhatamkan al-Quran

keseluruhannya.

7. HAS

Setelah khatam kali pertama 30 juzuk al-Quran, pelajar perlu mengulang mengikut

susunan juzuk 1- 30. Bermula dengan 1 juzuk sehari dibaca di hadapan guru hingga 10 juzuk

sehari dibaca di hadapan guru dan ini dinamakan kaedah Has untuk menduduki peperiksaan

akhir. Setelah seseorang pelajar mampu membaca 10 juzuk sehari mereka akan menduduki

51 Ibid.

Page 23: KEUNIKAN METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN DI DUNIA ...

23

peperiksaan akhir dengan ditebuk sebanyak 10 soalan dari keseluruhan al-Quran. Sekiranya

dapat menjawab dengan baik mereka akan diberi syahadah hafiz al-Quran.52

KESIMPULAN

Menghafal merupakan salah satu metode yang digunakan untuk memindahkan ilmu-

ilmu Islam. Dalam konteks al-Quran, hafalan merupakan perkara yang penting dalam

memastikan kesinambungan pemeliharaan al-Quran itu, dari satu generasi ke generasi

seterusnya. Dalam artikel ini, telah dibincangkan berkaitan metode-metode hafazan di dunia.

Unsur-unsur yang diketengahkan adalah lebih kepada gambaran secara jelas metode atau

kaedah dalam menghafal dan mengingati ayat-ayat al-Quran. Perkara yang dibincangkan

ialah, beberapa metode menghafal al-Quran yang terdapat di dunia, antaranya ialah negara

Malaysia, India, Pakistan, Arab Saudi, Indonesia, dan Turki. Setiap metode hafazan tersebut

mempunyai pendekatan yang tersendiri dan cara yang berbeza-beza dalam mendidik para

huffaz untuk menjaga hafalan mereka. Namun demikian, perlunya digariskan secara khusus

kaedah-kaedah yang terbaik untuk diadaptasi kepada umat islam di seluruh dunia.

51 Ibid