Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 1 (Pkp 3107

download Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 1 (Pkp 3107

of 22

Transcript of Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 1 (Pkp 3107

KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 (PKP 3107) -RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU(RPI)DISEDIAKAN OLEH: SITI NOR HIDAYATULAKMAL BT ROSLAN SYAIDA FARHANA BT KHALED

DEFINISI

1 perjanjian/persetujuan di antara pemberi perkhidmatan (guru) & kanak-kanak yang terlibat serta ibu bapa atau penjaga. Pemberi perkhidmatan bersetuju menyediakan perkhidmatan pendidikan yang khusus yang memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak tersebut.

PRINSIP KEBERKESANAN RPI

Pemilikan

Tanggungjawab

PRINSIP

Ketelusan

Kebolehpercayaan

Pemilikan Ibu bapa & kanak-kanak dengan pihak sekolah di bawah Kementerian muridan Malaysia.

Tanggungjawab Hanya pihak yang terlibat dengan kanak-kanak serta keluarganya sahaja yang terikat kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam RPI. Semua pihak patuh kepada perkara yang telah dipersetujui. Tiada pihak yang harus bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan yang tidak dinyatakan dalam RPI.

Ketelusan Semua pihak yang terlibat diberi: Peluang yang sama untuk memberi pandangan. Peluang yang sama untuk melihat dan menyemak rekod murid. Melihat proses perkembangan dan hasil dimaklumkan kepada ibu bapa.

Kebolehpercayaan Peranan semua pihak dinyatakan secara jelas. Penilaian dan semakan perancangan dan hasil harus diberitahu, sah, boleh dipercayai dan telus kepada semua yang terlibat. Matlamat sesuatu perancangan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Makluman kepada penjaga tentang perkembangan murid.

MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN (LANGKAH-LANGKAH)

Kenalpasti murid

Maklumat murid

Analisis dan penentuan calon

Kaedah & bahan pengajaran

Hipotesis baru

Penilaian kelebihan & kelemahan

Penyediaan RPI

Pelaksanaan & pengurusan program

Penilaian program

LANGKAH 1 Kenal pasti murid. Berdasarkan maklumat yang didapati, guru boleh menilai dan mengenal pasti seseorang murid itu memerlukan bantuan pendidikan individu atau tidak melalui pemerhatian yang dijalankan.

LANGKAH 2 Maklumat murid. Mendapatkan maklumat latar belakang murid. Rekod/fail: Maklumat psikososial pendidikan:- pencapaian akademik & tingkah laku. Maklumat perubatan. Maklumat persekitaran:- tempat tinggal, sejarah keluarga, tingkah laku murid di rumah, temuduga keluarga, pegawai perubatan, terapis dan pegawai kebajikan yang pernah dijalankan.

LANGKAH 3 Analisis keputusan dan penentuan calon dan membuat hipotesis. Berdasarkan pemerhatian dan rekod maklumat, guru membuat penilaian/analisis dengan mengambil kira: Adakah hipotesis awal telah dibuat oleh pihak laian seperti guru dan pakar. Membuat penilaian kelebihan dan kelemhan murid berkenaan. Maklumat yang terlalu lama atau baru sebelum membuat keputusan/taksiran.

Program yang telah disediakan oleh pihak sekolah atau guru kelas, jika ada. Sesetengah maklumat mungkin tidak terperinci & penerangan lanjut diperlukan. Perancangan tidak boleh dibuat dengan maklumat yang ada. Jika tiada maklumat tentang murid, orang yang pertama perlu dirujuk adalah guru sebagai permulaan. Jadi hipotesis tidak dapat dibuat dan penilaian harus dimulakan terhadap murid tersebut. Jika maklumat lengkap telah diperoleh, guru boleh membuat satu hipotesis tentang kelebihan dan kelemhan murid untuk dijadikan panduan merancang satu program pendidikan murid tersebut.

LANGKAH 4 Menilai kelebihan dan kelemahan individu. Pada peringkat ini, satu proses penilaian boleh dijalankan untuk menilai sejauh mana ketepatan hipotesis awal yang telah dibina boleh diterima atau perlu disemak semula atau diubahsuai melalui maklumat yang diperolehi. Jika maklumat awal mencukupi dan hipotesis awal masih releven dengan keperluan murid, guru tidak perlu menilai semula maklumat yang ada untuk membina hipotesis baru.

Guru boleh terus ke langkah pengajaran seterusnya iaitu proses penilaian kaedah dan bahan pengajaran. Jika maklumat tidak lengkap dan maklumat baru diperlukan, guru boleh menggunakan maklumat daripada penilaian umum (global) dan khusus untuk membuat hipotesis. Penilaian umum: Bertujuan membantu mengenalpasti dengan lebih mendalam apakah yang mungkin mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Maklumat ini adalah tentang cara bagaimana murid itu belajar.

Daripada maklumat ini, guru boleh mendapat maklumat sama ada murid berkenaan mengalami masalah kecerdasam mental (IQ), keluarga, tingkah laku dan sebagainya.

Penilaian khusus. Boleh diperolehi selepas mendapat maklumat penilaian global. Ada 4 elemen penting: Analisis kurikulum Untuk menentukan apakah yang kanak-kanak perlu ketahui atau pelajari. maklumat diperolehi melalui kurikulum sedia ada yang digunakan guru dan kurikulum pendidikan khas. Guru boleh menilai keupayaan murid berdasarkan kurikulum yang digunakan.

Maklumat lebih khusus didapati dengan menilai kesesuaian umur atau kemampuan murud dengan kaedah dan bahan pengajaran yang disediakan.

Pemerhatian dalam kelas. Bantu mengetahui pencapaian atau perkembangan tingkah laku. Dapat mengetahui sejauh mana murid menghabiskan masanya terhadap kerja, menumpukan perhatian terhadap pelajaran atau menunjukkan tingkah laku yang negatif atau positif semasa di dalam kelas.

Temu bual. Untuk mengetahui lebih dekat lagi tentang murid itu. Tanya cara yang digemari untuk mempelajari sesuatu.

Analisis contoh kerja. Melihat contoh kerja murid untuk mengetahui pencapaian di dalam kelas.

LANGKAH 5 Hipotesis baru Jika hipotesis awal kurang tepat dan guru perlu membuat hipotesis baru. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, guru membina hipotesis baru dengan menyatakan kelebihan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran (3M)

LANGKAH 6 Penilaian kaedah dan bahan pengajaran. Setelah semua maklumat diperolehi, dinilai dan hipotesis baru dibina, guru mula memikirkan tentang kaedah dan cara bahan pengajaran yang sesuai digunakan untuk P&P murid berkenaan. Sebelum menyediakan RPI sebenar, satu siri percubaan harus dijalankan ke atas kaedah dan bahan yang dipilih untuk melihat keberkesanannya.

Rancangan pengajaran percubaan disediakan berdasarkan hipotesis yang dibina dengan menilai kelemahan utama dalam 3M dan menaakul. Akhirnya, guru menilai keberkesanan percubaan yang telah dijalankan. guru boleh membuat pengubahsuaian. Hasil siri percubaan hendaklah dikemukakan kepada semua ahli yang terlibat dalam membentuk RPI.

LANGKAH 7 Penyediaan RPI.