ISMAIL SABRI BIN NORIHAN - fp.utm.my · PDF file2.1 Gambarajah skematik berkenaan komponen 26...

25
PENAMBAHBAIKAN REKA BENTUK DAN ISI KANDUNGAN MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC – INTRODUCTION TO ELECTRIC ISMAIL SABRI BIN NORIHAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of ISMAIL SABRI BIN NORIHAN - fp.utm.my · PDF file2.1 Gambarajah skematik berkenaan komponen 26...

PENAMBAHBAIKAN REKA BENTUK DAN ISI KANDUNGAN MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC –

INTRODUCTION TO ELECTRIC

ISMAIL SABRI BIN NORIHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

PENAMBAHBAIKAN REKA BENTUK DAN ISI KANDUNGAN MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC – INTRODUCTION TO ELECTRIC

ISMAIL SABRI BIN NORIHAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii

Saya mengakui bahawa karya atau hasil nukilan adalah hasil kerja saya sendiri tanpa

menyunting daripada mana-mana sumber. Namun demikan, terdapat sesetengah

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah diperjelaskan sumbernya.

iii

DEDIKASI

Syukur ke hadrat Ilahi,

Dengan izin-Nya, penulisan tesis ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai

apa yang telah dirancangkan.

Buat Ayahanda,

Norihan Bin Mad Aris

dan Bonda,

Masnon Binti Hj Sahri

Terima kasih atas doa Ayahanda dan Bonda yang sentiasa mengiringi perjuangan

anakanda di medan ilmu. Semoga Ayahanda dan Bonda berada di bawah

lindungan-Nya dan diberkati-Nya.

Ditujukan Khas Buat

En Mahyuddin Bin Arsat

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, hanya Allah yang mampu membalas segala jasa

dan pengorbanan Encik.

Terima kasih

Adinda – adinda, Syukri dan Ismahani

Atas dorongan, doa, dan sokongan yang melimpah. Hanya Allah yang mampu

membalas jasa kalian.

Buat Teman Seperjuangan Terima kasih atas segalanya. Kenangan bersama tidak akan luntur ditelan masa.

iv

PENGHARGAAN

Setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, En. Mahyuddin Bin Arsat yang telah banyak memberi bimbingan,

tunjuk ajar, nasihat serta motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk

menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya

jadikan panduan dan pegangan bukan sahaja sepanjang penulisan tesis ini sahaja,

malahan akan digunakan sehingga ke akhir hayat. Apa yang telah diberikan, akan

saya sampaikan kepada bakal murid-murid saya kelak. Semoga Allah memelihara

dan terus merestui Encik.

Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak

terutama pelajar tahun satu SPH (Seksyen 1 dan 2) semester II sesi 2009/2010 yang

sudi memberi kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada dua orang pakar bidang yang telah membantu mengesahkan

kandungan modul yang dihasilkan.

Rakaman terima kasih juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan; Nasri,

Azizi, Izzati, Niza, Aidah dan juga warga 4 SPA serta individu yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini.

Nasihat, kritikan dan pandangan kalian amat membantu dalam penulisan tesis ini.

Semoga kalian semua berjaya dalam hidup.

Sekian.

Ismail Sabri Bin Norihan

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat satu penambahbaikan

terhadap rekabentuk dan isi kandungan modul akademik yang bertajuk “Basic of

Electric and Electronic – Introduction to Electric”. Modul ini mengandungi empat

sub topik iaitu Safety at Workplace, Electric Current and Units, Measuring and

Testing Equipment, dan Basic of Electric Circuits. Setiap sub topik tersebut

mengandungi objektif pembelajaran, pengenalan, perkembangan isi pelajaran,

penilaian kendiri, jawapan dan rujukan. Penambahbaikan rekabentuk dan isi

kandungan adalah berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek (2005) dan Teori

Beban Kognitif (Sweller et al.,1998) yang bertujuan meminimakan beban ke atas

kognitif pelajar semasa menggunakan modul ini di dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka. Sasaran pengguna modul ini adalah di kalangan pelajar –

pelajar dan pensyarah – pensyarah universiti serta guru – guru di sekolah. Penilaian

modul yang dijalankan adalah terbahagi kepada tiga iaitu kesahan kandungan,

kebolehpercayaan, dan keberkesanan. Seramai dua orang pakar bidang elektrik dan

elektronik diminta untuk menilai kesahan kandungan modul, 19 orang pelajar 1 SPH

(Seksyen 1) terlibat dalam penilaian kebolehpercayaan dan 35 orang pelajar 1 SPH

(Seksyen 1 dan 2) pula terlibat dalam penilaian keberkesanan modul ini. Nilai

kesahan secara puratanya adalah 82.5 %. Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi

pula adalah α = 0.94. Peratus peningkatan bagi penilaian keberkesanan modul untuk

kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan.

vi

ABSTRACT

The objective of this project is to improve on design and content of “Basic of

Electric and Electronic – Introduction to Electric” academic module. This module

consists of four sub topics which are Safety at Workplace, Electric Current and

Units, Measuring and Testing Equipment, and Basic of Electric Circuits. Each sub

topic contains learning objectives, introduction, development of learning content,

self-assessment, answer and reference. The improvement of academic module is

based on Model Pembinaan Modul Sidek (2005) and Cognitive Load Theory

(Sweller et al., 1998) in order to minimize cognitive load of learners during teaching

and learning process. Prospective users for this module are university students and

lecturer and also school teachers. Module evaluation was divided into three parts

which content validity, reliability and effectiveness. A total of two lecturer

specialized in electric and electronic field were asked to do content validity, 19

students of 1 SPH (Section 1) were involved in reliability and also 35 students of 1

SPH (Section 1 and 2) were involved in effectiveness module evaluation. The mean

value for validity was 82.5 % and reliability value, was α = 0.94. Percentage of

improvement for effectiveness module evaluation for experimental group is high

compared to control group.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.6.1 Pelajar 6

1.6.2 Pensyarah mata pelajaran 6

viii

1.6.3 Fakulti Pendidikan 6

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 7

1.9 Definisi Terminologi 7

1.9.1 Modul 8

1.9.2 Basic 8

1.9.3 Electric 8

1.9.4 Electronic 8

1.10 Kesimpulan 9 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Modul 10

2.2.1 Definisi Modul 11

2.2.2 Andaian Modul 12

2.2.3 Ciri – ciri Modul 13

2.2.4 Kegunaan Modul 15

2.2.5 Kebaikan Modul 16

2.2.6 Prinsip – prinsip Modul 18

2.2.7 Struktur Modul 18

2.2.8 Modul Akademik 22

2.3 Teori Beban Kognitif 22

2.3.1 Definisi 22

2.3.2 Prinsip – prinsip 23

2.3.3 Jenis – jenis Beban Kognitif 24

2.3.4 Pengukuran Beban Kognitif 25

2.4 Ingatan 25

2.4.1 Proses 25

2.4.2 Jenis – jenis Ingatan 26

2.4.2.1 Ingatan Jangka Pendek 26

ix

2.4.2.2 Ingatan Jangka Panjang 27

2.5 Model Pembinaan Modul Sidek 28

2.6 Pembelajaran 29

2.6.1 Prinsip – prinsip Pembelajaran 29

2.6.2 Kepelbagaian Pelajar 30

2.6.3 Kesan – kesan Pengajaran 30

2.7 Penyelidikan Eksperimen 31

2.7.1 Reka Bentuk Penyelidikan Eksperimen 33

2.7.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 34

2.8 Penutup 37

3 REKA BENTUK MODUL

3.1 Pengenalan 38

3.2 Proses Penambahbaikan Modul 38

3.2.1 Rasional Pengekalan Model Pembinaan 39

Modul Sidek

3.3 Peringkat I : Menyediakan Draf Modul 41

3.3.1 Pemilihan Isi Kandungan 41

3.3.2 Pemilihan Strategi 41

3.3.3 Pemilihan Logistik 42

3.3.4 Pemilihan Media 42

3.3.5 Menyatukan Draf Modul 42

3.4 Peringkat II: Mencuba dan Menilai Modul 42

3.4.1 Menguji Kesahan Modul 43

3.4.2 Menentukan Kebolehpercayaan Modul 44

3.4.3 Penilaian Keberkesanan 46

3.5 Rekabentuk Kajian 48

3.6 Tempat Kajian 48

3.7 Populasi Kajian 48

x

3.8 Sampel Kajian 49

3.9 Instrumen Kajian 50

3.9.1 Soal Selidik 50

3.9.2 Ujian Bertulis 50

3.10 Kaedah Menganalisis Data 51

3.10.1 Kesahan Modul 51

3.10.2 Kebolehpercayaan Modul 52

3.10.3 Penilaian Keberkesanan Modul 52

3.11 Andaian Kajian 54

3.12 Penutup 54 4 HASIL KAJIAN DAN ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 55

4.2 Penambahbaikan Modul Akademik 55

4.2.1 Modul Basic of Electric and Electronic 56

- Introduction to Electric

4.3 Kriteria Penambahbaikan Modul Basic of Electric 56

and Electronic – Introduction to Electric

4.3.1 Muka depan Modul 57

4.3.2 Isi kandungan Modul 58

4.3.3 Objektif Topik 59

4.3.4 Perkembangan Isi Pengajaran 60

4.3.5 Penilaian dan Jawapan 68

4.3.6 Rujukan 69

4.4 Penilaian Kesahan Modul 70

4.4.1 Kesahan pakar bidang 1 71

4.4.2 Kesahan pakar bidang 2 75

4.5 Penilaian Kebolehpercayaan Modul 76

4.6 Penilaian Keberkesanan Modul 77

xi

4.7 Penutup 83

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 84

5.2 Rumusan 84

5.3 Perbincangan 86

5.3.1 Isi kandungan dan reka bentuk modul 86

yang ditambahbaik

5.3.2 Nilai Kesahan dan kebolehpercayaan 87

Modul yang ditambahbaik

5.3.3 Penilaian Keberkesanan Modul yang 89

ditambahbaik

5.4 Kesimpulan 90

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.6 Penutup 91

BIBLIOGRAFI 92

LAMPIRAN A 97

LAMPIRAN B 99

LAMPIRAN C 112

LAMPIRAN D 115

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Reka bentuk eksperimen yang mudah 33

2.2 Reka bentuk eksperimen sebenar 36

3.1 Skala Likert 50

3.2 Sistem Gred Pemarkahan UTM 53

4.1 Jadual Skala Likert 76

4.2 Nilai kebolehpercayaan modul 77

4.3 Jadual kekerapan dan peratus ujian pra bagi kumpulan 78

kawalan dan kumpulan eksperimen

4.4 Jadual kekerapan dan peratus ujian pasca bagi kumpulan 79

kawalan dan kumpulan eksperimen

4.5 Peratus peningkatan skor min 82

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Gambarajah skematik berkenaan komponen 26

pemprosesan maklumat bagi proses pembelajaran

3.1 Model Pembinaan Modul Sidek 39

3.2 Proses Menghasilkan Modul 40

3.3 Proses untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan 45

menggunakan model Selari

3.4 Proses Penilaian Keberkesanan 47

3.5 Populasi dan sampel 49

4.1 Paparan muka depan modul sebelum (a) dan selepas (b) 57

penambahbaikan modul

4.2 Paparan isi kandungan sebelum (a) dan selepas (b) 58

penambahbaikan modul

4.3 Paparan objektif topik sebelum (a) dan selepas (b) 59

penambahbaikan modul

4.4 Paparan bagi topik Safety at Workplace sebelum (a) 60

dan selepas (b) penambahbaikan modul

4.5 Paparan bagi topik Safety at Workplace sebelum (a) 61

dan selepas (b) penambahbaikan modul

4.6 Paparan bagi topik Safety at Workplace sebelum (a) 62

dan selepas (b) penambahbaikan modul

4.7 Paparan bagi topik Electric Current and Units sebelum (a) 63

dan selepas (b) penambahbaikan modul

xiv

4.8 Paparan bagi topik Measuring and Testing Equipment 64

sebelum (a) dan selepas (b) penambahbaikan modul

4.9 Paparan bagi topik Measuring and Testing Equipment 65

sebelum (a) dan selepas (b) penambahbaikan modul

4.10 Paparan bagi topik Basic of Electric Circuit 66

sebelum (a) dan selepas (b) penambahbaikan modul

4.11 Paparan bagi penambahan sub sub topik Basic of Electric 67

Circuit selepas penambahbaikan modul

4.12 Paparan bagi penilaian (a) dan jawapan (b) selepas 68

penambahbaikan modul

4.13 Paparan bagi rujukan selepas penambahbaikan modul 69

4.14 Nilai kesahan pakar bidang 1 71

4.15 Keratan muka surat yang berkaitan subtopik dan 72

sub – subtopik (sebelum)

4.16 Keratan muka surat yang berkaitan subtopik dan 72

sub – subtopik (selepas)

4.17 Keratan muka surat yang berkaitan penggunaan 73

“photograph” (sebelum)

4.18 Keratan muka surat yang berkaitan selepas 73

penukaran kepada “figure” (selepas)

4.19 Keratan muka surat yang berkaitan selepas 74

penambahan first aid bagi type of electrical

accidents jenis burns.

4.20 Nilai kesahan pakar bidang 2 75

4.21 Graf Gred melawan peratus kekerapan 80

(Kumpulan Ekperimen – Ujian Pra)

4.22 Graf gred melawan peratus kekerapan 80

(Kumpulan Eksperimen – Ujian Pasca)

4.23 Graf Gred melawan peratus kekerapan 81

(Kumpulan Kawalan – Ujian Pra)

xv

4.24 Graf gred melawan peratus kekerapan 81

(Kumpulan Kawalan – Ujian Pasca)

4.25 Graf peringkat ujian melawan skor min 82

xvi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

% - Peratus

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteeraan

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik Kesahan Kandungan Modul 97

B Borang Soal Selidik Kebolehpercayaan Modul 99

C Sebahagian daripada Soalan Ujian Pra 112

D Sebahagian daripada Soalan Ujian Pasca 115

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan pada masa ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan

kelancaran pembangunan negara terjamin. Pihak kerajaan Malaysia sendiri telah

menetapkan sebanyak 23 % daripada belanjawan tahunan negara bagi tahun 2009

diperuntukan untuk sektor pendidikan dan latihan (Berita Harian, 30 Ogos 2008).

Melalui peruntukan yang sebegitu besar, reformasi pendidikan dalam sistem pendidikan

negara kita telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran di mana banyak perubahan telah

diperkenalkan dan kandungan kurikulum adalah menjadi teras utama kepada perubahan

ini (Abdul Rahim dan Nor Hidayah, 2008).

Perubahan – perubahan tersebut termasuklah pelancaran Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Terdapat enam teras di dalam PIPP iaitu

membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah

Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan

melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Menerusi teras pembangunan modal

insan, salah satu mekanisme yang dijalankan adalah peningkatan keupayaan dan minat

pelajar dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui penghasilan bahan

bacaan bercetak yang bermutu dan terkini.

2

Bagi memastikan hasrat membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berkemahiran, penghasilan bahan bacaan bercetak yang bermutu, mudah, ringkas dan

difahami perlu ditingkatkan menerusi usaha yang berterusan dipelbagai peringkat bidang

pendidikan. Justeru, pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan hasrat tersebut dapat

dijayakan dan salah satu caranya adalah melalui penghasilan modul bagi tujuan

pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiyah (1984) di dalam Norshahidah (2009),

pembelajaran bercorak modul sudah lama diperkenalkan khususnya di peringkat maktab

perguruan dan pembelajaran bercorak ini mempunyai kebaikan dan tidak sukar untuk

menyediakannya.

Di peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S), telah

diperkenalkan bahan bacaan bercetak yang dinamakan modul akademik berkonsepkan

memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti pengajian yang telah ditetapkan di

institusi pengajian tinggi masing-masing. Modul ini boleh digunakan oleh pelajar

sepenuh masa dan juga pelajar separuh masa. Isi kandungan modul ini sangat lengkap

dan mempunyai sumber rujukan dan nota yang sangat diperlukan oleh penggunanya.

(Sidek dan Jamaluddin, 2005).

Menerusi penggunaan modul tersebut, adalah diharapkan berlaku peningkatan

dalam kualiti pengajaran oleh pensyarah dan prestasi pembelajaran serta penilaian oleh

pelajar. Adalah diharapkan juga, ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dan diaplikasi

dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan pihak-pihak lain yang terlibat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Seiring dengan usaha berterusan daripada pihak kerajaan dalam melahirkan

individu atau modal insan yang seimbang, berpengetahuan, berketrampilan dan

bermoral tinggi, transformasi dalam sistem pendidikan perlu dilakukan. Kaedah

3

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru atau pensyarah perlu

dimantapkan lagi selaras dengan hasrat di tersebut. Transformasi dari perspektif

penyelidik dalam kajian ini ialah pembelajaran menggunakan modul.

Pengunaan modul (yang mana akan disebut sebagai ”modul akademik” selepas

ini) pada masa ini telah mendapat perhatian meluas di kalangan pensyarah dan pelajar-

pelajar institut pengajian tinggi awam mahupun swasta. Walaupun modul akademik

sedia ada telah pun menggunapakai bahasa pengantar bahasa Inggeris dalam

penulisannya, namun aras penggunaan bahasa yang tinggi di dalam modul sedia ada

menyukarkan kefahaman dan kurang mendapat perhatian daripada penggunanya.

Selain itu, modul sedia ada juga tidak banyak membantu pelajar dari segi elemen

gambar rajah, info tambahan, reka letak huruf dan senarai rujukan. Elemen – elemen

tersebut tidak kurang pentingnya dalam sesebuah modul akademik di samping

memberikan penerangan yang dapat menarik minat pelajar untuk membaca, memahami

dan menguasai modul tersebut serta membuat rujukan lanjutan. Penjelasan kepada

pengekalan teori dan model yang bertepatan dan bersesuaian akan diterangkan secara

terperinci di dalam bab 2.

Secara amnya, sasaran pengguna modul ini adalah pelajar dan pensyarah di

IPTA/S serta guru – guru teknikal dan vokasional dalam bidang elektrik dan elektronik

di sekolah. Walaubagaimana pun, dalam kajian ini penyelidik memberi fokus kepada

pelajar kursus teknikal, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Oleh itu, menjadi suatu keperluan bagi pelajar kursus teknikal tersebut

mempunyai satu modul akademik yang mempunyai isi kandungan yang ringkas, mudah

difahami dan padat di dalam bahasa Inggeris sebagai bahan bacaan dan rujukan utama.

Dengan demikian, penambahbaikan modul akademik bagi subjek Asas Elektrik dan

Elektronik di dalam bahasa Inggeris ini akan dapat membantu pensyarah dan pelajar di

4

mana-mana institusi pengajian tinggi amnya dan di UTM khususnya di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka.

Melalui penambahbaikan modul akademik ini, adalah diharapkan kualiti

pembelajaran, kefahaman dan penguasaan pelajar di dalam subjek ini dapat ditingkatkan

di samping membantu pensyarah menyampaikan isi pengajaran dengan jelas dan

sistematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah yang dinyatakan, modul akademik sedia

ada mempunyai kelemahan dari segi aras bahasa, reka bentuk modul yang kurang

menarik dan paparan gambarajah yang tidak membantu. Satu penambahbaikan reka

bentuk dan isi kandungan akan dilakukan dengan mengaplikasikan Model Pembinaan

Modul Sidek (2005) dan Teori Beban Kognitif (Sweller et al., 1998). Responden yang

terlibat dalam kajian ini adalah pelajar 1 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) semester dua, sesi 2009/2010 dan dua orang pakar bidang yang

merupakan pensyarah di UTM. Kajian ini akan dijalankan di Jabatan Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk melakukan penambahbaikan

rekabentuk dan isi kandungan terhadap modul Basic of Electric and Electronic –

Introduction to Electric bagi mata pelajaran Asas Elektrik dan Elektronik dengan

menggunakan Model Pembinaan Modul Sidek (2005) menerusi aspek:

5

i. Pemilihan isi kandungan dan reka bentuk modul

ii. Menguji kesahan dan kebolehpercayaan modul

iii. Penilaian keberkesanan

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan adalah seperti berikut:

i. Adakah isi kandungan dan reka bentuk modul yang ditambahbaik

mengaplikasikan Teori Beban Kognitif?

ii. Adakah modul yang ditambahbaik memenuhi nilai kesahan dan

kebolehpercayaan yang ditetapkan?

iii. Adakah modul yang ditambahbaik berkesan kepada sasaran pengguna

modul?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini sudah pasti mempunyai kepentingan yang tersendiri terutamanya

kepada pelajar Fakulti Pendidikan UTM yang mengambil mata pelajaran Asas Elektrik

dan Elektronik dan juga sebagai rujukan tambahan kepada guru-guru teknikal dan

vokasional bidang elektrik dan elektronik di sekolah. Penambahbaikan modul akademik

daripada kajian ini boleh dikongsi bersama beberapa pihak, antaranya: