INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

69
2012 PEJABAT KESIHATAN DAERAH BATU PAHAT INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC AMONG ADOLESCENTS

Transcript of INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Page 1: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

2012

PEJABAT KESIHATAN DAERAH BATU PAHAT

INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING

CLINIC AMONG ADOLESCENTS

Page 2: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

KANDUNGAN UNIT MODUL LATIHAN PBMDS

KANDUNGAN MUKA SURAT

A) PROGRAM BERHENTI MEROKOK DI SEKOLAH

1. Pengenalan program

2. Objektif program

3. Strategi program

4. Analisa SWOT

5. Rumusan

i

ii

iii

iv

iv

B) KATA ALUAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH v

C) PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1

D) PENGENALAN MODUL PROGRAM BERHENTI

MEROKOK DI SEKOLAH (PBMDS)

2 – 4

E) PELAKSANAAN PBMDS 5 - 11

F) LAMPIRAN

Lampiran 1: Carta Gantt

Lampiran 2: Kaedah intervensi

Lampiran 3: Jadual interpretasi skor fagerstrom

Lampiran B1: Borang saringan intervensi 3A

Lampiran B2:Borang Jadual pelaksanaan PBMDS

Lampiran B3:Borang penilaian awal PBMDS

Lampiran B4:Borang ujian skor Fagerstrom

Lampiran B5: Borang pemantauan individu PBMDS

Lampiran B6: Borang penilaian akhir PBMDS

Lampiran B7: Buku daftar PBMDS

Lampiran B8: Rekod aktiviti PBMDS

i

ii – v

vi

vii

viii

ix – xii

xiii

xiv

xv – xvii

xviii

xix

Page 3: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Lampiran B9: Format Reten PBMDS xx

G) NOTA FASILITATOR:

MINGGU 2:

MINGGU 3:

MINGGU 4

MINGGU 5:

MINGGU 6:

MINGGU 7:

MINGGU 8:

1

2 – 5

6 – 11

12 – 13

14 – 16

17 – 18

19 – 23

24 - 26

H) RUJUKAN 27

I) SENARAI NAMA PENYUMBANG

PENYEDIAAN MODUL

27 - 28

Page 4: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

i

A)PROGRAM BERHENTI MEROKOK DI SEKOLAH (PBMDS)

1 Pengenalan

1.1 Remaja menjadi sasaran industri rokok untuk kesinambungan perniagaan mereka.

Petugas industri rokok sentiasa memerhati dan membuat kajian terhadap tingkahlaku

remaja bagi membentuk strategi supaya lebih ramai remaja merokok dan kekal merokok.

1.2 Kajian NHMS III (2006) menunjukkan pengurangan prevalens merokok dalam

kalangan remaja berumur 13 – 18 berbanding dengan NHMS II ( 8.7% vs. 16.0%).

Mungkin ini disebabkan kurang pelaporan. Walau bagaimanapun min mula merokok

untuk remaja lelaki ialah 13.6 tahun dan remaja perempuan ialah 14.1 tahun. Maka,

tindakan segera perlu diambil untuk mencegah remaja daripada mula merokok dan

menjadi statistik perokok tegar dan berpenyakit kronik di Malaysia. Persoalannya, adakah

kita sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan anak-anak kita bebas dari masalah

merokok?

1.3 Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat giat menjalankan program kesedaran

bahaya merokok sejak tahun 2007. Antara kumpulan sasar ialah bilal dan imam, 1500

guru sekolah, dan lebih kurang 250 wanita dari 7 NGO berkaitan wanita. Hasil daripada

kempen kesedaran ini, guru-guru mula menghantar pelajar mereka ke klinik berhenti

merokok di klinik-klinik kesihatan.

1.4 Kajian NHMS 2011 mendapati perokok remaja ingin berhenti merokok tapi tiada

akses kepada kemudahan ini. Data terkini menunjukkan kumpulan umur antara 15 -24

tahun merupakan kumpulan tertinggi (60.8%) membuat percubaan untuk berhenti

merokok berbanding dengan mereka yang berumur 45-64 iaitu 46%. Walau

bagaimanapun hanya 26% sahaja daripada kumpulan umur 15-24 ini mempunyai akses

ke fasiliti kesihatan jika dibandingkan dengan kumpulan umur lebih tua 45 -64 tahun

yang lebih akses (38.9%) ke fasiliti kesihatan. Kajian pada tahun 2008 daerah Batu

Pahat menunjukkan faktor penyebab keciciran golongan pelajar ke klinik berhenti

Page 5: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

ii

merokok di klinik kesihatan adalah kekangan masa & masalah pengangkutan. Maka

bermulalah program berhenti merokok di sekolah dengan objektif berikut.

2 Objektif

2.1 Untuk meningkatkan kesedaran bahaya rokok pada warga sekolah amnya dan

pelajar sekolah khasnya.

2.2 Untuk menyediakan kemudahan berhenti merokok di sekolah agar pelajar tidak

tercicir dari program ini

2.3 Untuk mengurangkan prevalens merokok di kalangan remaja dan seterusnya

prevelens masalah kronik akibat dari merokok rakyat Malaysia.

3 Strategi yang digunakan:

Strategi 1:- Meningkatkan kesedaran bahaya merokok

Aktiviti-aktiviti

i. Melatih anggota kesihatan, pergigian & guru-guru akan fakta-fakta mengenai

bahaya rokok, industri rokok dan kesan rokok pada kesihatan, sosial & ekonomi

Strategi 2:- Mewujudkan perkhidmatan berhenti merokok di sekolah

Aktiviti-aktiviti

i. Membentuk modul berhenti merokok di sekolah melibatkan anggota kesihatan

dan guru kaunseling sekolah berdasarkan 2 bahan rujukan iaitu

a) ‘NOT(Not On Tobacco oleh American Lung Association (ALA)’ dan

b) Modul berhenti merokok di klinik kesihatan oleh KKM

ii Melatih fasilitator dari kalangan guru-guru, anggota kesihatan & pergigian

iii Melaksana & memantau program berhenti merokok di sekolah-sekolah terpilih

iv Memurnikan modul & penambahbaikan perjalanan program bersama dengan

jabatan pendidikan.

Page 6: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

iii

Strategi 3:- Perluasan program

Aktiviti-aktiviti

i. Melatih lebih ramai fasilitator di sekolah-sekolah daerah Batu Pahat, ke daerah

lain di negeri Johor & KIV latihan ke negeri lain.

ii. Perluasan secara berperingkat – mengikut kesesuaian & kemampuan daerah. Ini

sangat penting supaya program ini dapat bergerak dengan secara pasti &

berterusan. Di bimbangi perluasan secara cepat & mendadak, akan mendapat

tentangan hebat daripada industri rokok kerana remaja merokok adalah masa

depan industri mereka.

4 Analisa SWOT Program Berhenti Merokok di sekolah

Analisa Penyelesaian/cadangan penambaikan

Strength/Kekuatan

Kumpulan fasilitator yang ramai & boleh

dilatih

Tidak memerlukan belanja yang banyak

Dijalankan waktu sekolah dalam kawasan

sekolah

Komitmen ’stakeholders’ tinggi

Modul mudah dijalankan

Pemurnian modul secara berkala

Pembentukan & permurnian melibatkan

pihak pendidikan

Weakness/ Kelemahan

Kumpulan guru yang merokok

mengurangkan komitmen

Program bergantung pada kerjasama

guru-guru & pasukan sekolah

Kurang pemantauan – reten yang tidak

Kenalpasti guru yang merokok & rujuk

ke klinik berhenti merokok terdekat

Penglibatan PPD & guru dari awal.

Jadikan ia program bersama

Buat ‘updates’ pada fasilitator.

‘Celebrate small successes –

penghargaan bukan sahaja pada pelajar

yang berjaya berhenti bahkan kepada

Page 7: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

iv

sistematik

guru & staff kesihatan yang aktif dan

giat menjalankan program

Libatkan PPKP unit KPAS

Opportunities/Peluang

Latihan fasilitator boleh dijalankan di

Instituit Perguruan

Perluasan ke daerah dan negeri lain

Telah melibatkan IPTHO. Akan latih

pelajar perguruan mulai tahun 2013

PKD/FMS daerah perlu mainkan

peranan yang aktif

Threat/Ancaman

Industri tembakau akan cuba

menggagalkan program kerana kumpulan

sasar mereka terancam

Program perlu dijalankan secara

berperingkat dan berterusan dengan

meningkatkan komitmen semua

peringkat. Jika program adalah ‘TOP-

BOTTOM” dikhuatiri industry rokok

akan mencari jalan melalui

‘stakeholders’ atasan untuk

menggagalkannya

5. Rumusan

Perbincangan kumpulan kecil mengenai Modul Program Berhenti Merokok di Sekolah

(PBMDS) telah dijalankan di peringkat daerah, negeri & beberapa wakil dari KKM.

Maklumbalas yang positif telah diberikan dan mereka bersetuju program ini diperluaskan ke

negeri lain menggunakan modul daerah Batu Pahat. Buku modul ini boleh digunakan sebagai

panduan bagi mana-mana sekolah dan Pejabat Kesihatan Daerah yang berminat untuk

melaksanakan Program Berhenti Merokok Di Sekolah (PBMDS) bagi membantu perokok remaja

untuk berhenti merokok.

Page 8: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

v

B) KATA-KATA ALUAN

PEGAWAI KESIHATAN DAERAH BATU PAHAT

Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana buku Program Berhenti Rokok

Sekolah telah berjaya diterbitkan . Penerbitan buku ini menjadi titik tolak dalam meningkatkan

kesedaran kepada semua pihak untuk menganding bahu menggalas tanggungjawab bagi

mempastikan remaja akan datang yang diwarisi dari sekolah daerah Batu Pahat tidak merokok

malahan beliau dapat menjauhi asap rokok.

Penerbitan buku ini amat bertepatan memandangkan senario hari ini menunjukan kita

harus berhati-hati untuk mempastikan remaja kita tidak ditipu oleh industri tembakau.

Fakta merokok didunia – hanya 9 % wanita berbanding 40 % lelaki yang merokok, iaitu

200 juta adalah perokok wanita dengan satu billion lelaki yang merokok . Prevalens merokok di

Malaysia ialah 21.7%. Prevalens Merokok di Johor pula 25% dimana 48.7% adalah lelaki dan

3.8% adalah wanita . Apakah industri tembakau akan berdiam diri?

Mereka – Industri tembakau telah merancang lebih awal untuk menjadikan remaja lelaki

dan remaja wanita pelanggan setia mereka. Mereka memerlukan pelapis penagih dan pembeli

rokok mereka KERANA tanpa remaja yang mula merokok - perniagaan mereka akan terjejas.

Perokok aktif dan pasif hampir separuh akan mati awal kesan dari rokok dan ada juga akan

berhenti. Mereka maut akibat kanser, serangan sakit, jantung, emphysema, dan banyak penyakit

lain berkaitan dengan rokok. Yang menyedihkan dari lebih 5 juta kematian sebab rokok, 1.5 juta

adalah wanita. Jika TIADA tindakan tegas dari sekarang tembakau akan membunuh 8 juta

manusia pada 2030 dimana 2.5 juta adalah wanita. Apakah kita masih berdiam diri?

Ayuh, kita ada fakta, kita ada kemahiran dan kita ada semangat juang yang tinggi. Kita

kerja berpasukan dalam satu daerah tidak kira latar belakang agensi kita. KITA akan

mempastikan anak remaja kita TIDAK menjadi perokok dan mati awal disebabkan tembakau.

DR. HJH. ARBAIAH BTE OTHMAN

Pegawai Kesihatan Daerah,

Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat

Page 9: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

1

C) PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

TUJUAN

Modul ini dihasilkan bagi melatih fasilitator mengenai intervensi berhenti

merokok di sekolah

KANDUNGAN MODUL

Modul ini mengandungi tatacara pelaksanaan Program Berhenti Merokok

Di Sekolah (PBMDS) dan nota fasilitator yang mencakupi skop

pembelajaran yang perlu disampaikan kepada pelajar mengikut minggu

intervensi selama 8 minggu.

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Fasilitator perlu dilatih dengan menggunakan modul dan kemahiran

melaksanakan intervensi berhenti merokok di sekolah.

Fasilitator perlu memahami skop pembelajaran yang akan disampaikan

mengikut minggu intervensi.

Fasilitator perlu menggunakan kreativiti dan kemahiran kaunseling sedia

ada dalam penyampaian dan pelaksanaan aktiviti.

Fasilitator perlu menilai tahap perubahan tingkahlaku pelajar sebelum,

semasa dan selepas intervensi dijalankan.

Page 10: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

2

D) PENGENALAN MODUL PROGRAM BERHENTI MEROKOK DI

SEKOLAH (PBMDS)

1. 1 PENDAHULUAN

Program Berhenti Merokok di sekolah (PBMDS) merupakan usaha

membendung amalan merokok dalam kalangan pelajar (remaja) dan

mempromosi budaya tidak merokok di peringkat awal iaitu di peringkat sekolah

itu sendiri agar dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (Non

communicable disease) dalam melahirkan generasi masa hadapan yang sihat dan

cergas.

1.2 KONSEP

PBMDS berkonsepkan ”intervensi berhenti merokok untuk pelajar sekolah

yang dijalankan semasa sesi persekolahan, dalam lingkungan sekolah itu sendiri

oleh guru sekolah yang bertindak sebagai fasilitator dengan dibantuselia oleh

anggota kesihatan sepanjang pelaksanaannya.

1.3 SKOP

Modul latihan ini akan memberi tumpuan kepada kaedah pelaksanaan

seterusnya membentuk kemahiran fasilitator menjalankan intervensi berhenti

merokok di sekolah supaya dapat memberi kesedaran tentang bahaya merokok

dalam kalangan pelajar sekolah.

1.4 OBJEKTIF

i. Memberi kesedaran bahaya merokok kepada pelajar sekolah

ii. Mendapatkan prevalens pelajar yang merokok dan pernah merokok

iii. Meningkatkan bilangan pelajar yang berjaya berhenti merokok

Page 11: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

3

1.5 KUMPULAN SASARAN:

Pelajar sekolah rendah dan menengah:

a) Pelajar tahun 4 & 5 bagi sekolah rendah

b) Pelajar tingkatan 1 & 2 bagi sekolah menengah

1.6 STRATEGI

Bagi mencapai objektif program, strategi berikut digunakan:

i) Penggunaan sekolah sebagai tempat menjalankan PBMDS:

Menggunakan fasiliti sekolah sebagai medan interaksi secara langsung dengan

remaja. Ia memudahkan proses mendapatkan remaja yang merokok,

memudahkan sesi kaunseling dijalankan (dalam kawasan sekolah dan tidak

perlu hadir ke klinik), seterusnya memudahkan proses pemantauan dan rawatan

susulan dijalankan.

ii) Pembangunan Sumber Manusia:

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran fasilitator melalui latihan yang

dijalankan di peringkat daerah. Sebaik-baiknya latihan ini dijalankan pada

awal tahun dengan menggunapakai modul yang disediakan. (Rujuk

lampiran 1: Carta Gantt’s)

Fasilitator yang dilatih terdiri daripada:

a) Guru kaunseling sekolah

b) Pasukan kesihatan yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong

pegawai perubatan dan jururawat.

.

iii) Penyelaras peringkat daerah dan sekolah

PBMDS boleh dimasukkan sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat

permuafakatan peringkat daerah. Bagi tujuan penyelarasan dan

pemantauan aktiviti, penyelaras peringkat daerah perlu dilantik yang

terdiri daripada:

a) Pegawai yang dilantik dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD):

Dicadangkan Pegawai Perubatan/ Pen. Pegawai Perubatan /

Page 12: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

4

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) unit Kesihatan

Persekitaran Alam Sekitar (KPAS).

b) Pegawai Bimbingan kaunseling & kerjaya murid di Pejabat

Pelajaran Daerah (PPD)

Jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah:

o Pengerusi: Pengetua/ Guru Besar

o Timb. Pengerusi: GPK HEM

o Penyelaras: Guru Kaunseling

o Setiausaha: Guru kaunseling (jika lebih seorang)/ Guru kesihatan

o AJK:

Guru kaunseling lain (melibatkan sesi pagi dan petang)

Guru sukan

Guru disiplin

Guru anti-dadah

Wakil PIBG

Wakil klinik kesihatan

Wakil klinik pergigian

Lain-lain yang dilantik

iv) Penekanan terhadap perubahan tingkahlaku

Fungsi PBMDS menekankan kepada modifikasi tingkahlaku (behavioural

modification) dan perubahan tingkah laku (behavioural change) bagi mencapai

status tidak merokok seterusnya mengekalkan status tidak merokok. (Rujuk

lampiran 2; Rajah 3: Model Transtheoretical Prochaska)

v) Pelaksanaan program secara berperingkat

Program ini perlu dilaksanakan secara berperingkat ke sekolah lain berdasarkan

sumber sedia ada (contoh: bilangan kaunselor dan anggota kesihatan yang

mencukupi) bagi memastikan kesinambungan program.

Page 13: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

5

2. PELAKSANAAN PBMDS

Program ini akan menggunapakai modul latihan yang standard dan dijalankan selama 8 minggu

diikuti dengan pemantauan susulan sehingga 6 bulan. Perbincangan antara pasukan kesihatan

dengan pengetua/guru besar dan guru kaunseling perlu dibuat terlebih dahulu untuk memastikan

kelancaran program.

2.1 DEFINISI:

i. Klien: Pelajar yang dikenalpasti merokok dan dimasukkan dalam program

berhenti merokok di sekolah

ii. Merokok: Perbuatan menghisap rokok /bahan hasil tembakau walaupun satu

sedutan dalam tempoh 6 bulan lalu.

iii. ”berjaya berhenti merokok”: Jika klien dapat mengekalkan status tidak

merokok selama 6 bulan dan lebih dari tarikh mula berhenti merokok.

iv. Merokok semula (relapse): Klien yang menghisap rokok semula walaupun

hanya satu sedutan selepas dikategorikan sebagai ’berjaya berhenti merokok’.

Page 14: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

6

Rajah 1: Carta Alir Klien dalam PBMDS:

Page 15: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

7

Jadual 1: Proses kerja PBMDS:

Bil

. Aktiviti

Pegawai bertanggungjawab

1. Pemilihan sekolah dan memberi latihan kepada

fasilitator peringkat sekolah

Pegawai dilantik di peringkat

daerah dan fasilitator peringkat

daerah.

2. Mengatur jadual perjalanan program bersama

pengetua/guru besar (Lampiran B2: Borang Jadual

Pelaksanaan PBMDS) bagi mengelakkan

pertindihan dengan peperiksaan dan program

sekolah yang lain. Rujuk takwim sekolah.

Pasukan Kesihatan / Guru

kaunseling

3. Kenalpasti klien baru dan klien yang merokok

semula (jika telah menjalankan program ini pada

tahun sebelumnya):

1. Edarkan borang saringan intervensi 3A

(Lampiran B1):

a) kepada semua pelajar dalam kumpulan sasaran

( tahun 4 & 5, tingkatan 1 & 2).

b) kepada kohort pelajar yang telah mengikuti

program ini pada tahun sebelumnya.

2. Rujukan dari pasukan pergigian, guru disiplin dan

lain-lain.

Pasukan kesihatan /guru

kaunseling

Pasukan pergigian / guru

disiplin

4. Dapatkan jumlah bilangan pelajar

mengikut kategori (merokok dan tidak

merokok) dan masukkan dalam reten

PBMDS (Lampiran B9: Format reten

PBMDS)

Pasukan sekolah

5. Daftar butiran klien merokok dalam Buku

Daftar PBMDS (Lampiran B7)

Guru kaunseling

6. Edarkan borang soalselidik (Lampiran B3

dan B4) untuk mendapat maklumat

peribadi, tabiat merokok, tahap ketagihan

(skor Fagerstrom) dan tahap pengetahuan.

Guru kaunseling /

jururawat

7. Membuat saringan karbon monoksida

(optional)

Pasukan kesihatan

8. Menentukan tahap ketagihan setiap klien

berdasarkan interpretasi skor fagerstrom

Pasukan kesihatan

Page 16: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

8

dan bacaan karbon monoksida (jika ada).

9. Menjalankan aktiviti di sekolah secara

berjadual selama 8 minggu:

Aktiviti dijalankan selama ½ jam

sehingga 1 jam setiap minggu

semasa sesi persekolahan (Rujuk

jadual pelaksanaan PBMDS yang

telah dibuat (Lampiran B2)

Guru kaunseling /

Pasukan kesihatan

10. Membuat penilaian individu secara

berkala sepanjang 8 minggu dan 6

bulan seterusnya bagi

mengenalpasti klien yang berhenti

merokok.

Daftar tarikh mula berhenti dalam

buku daftar PBMDS

Guru kaunseling /

Pasukan kesihatan

sekolah

11. Melakukan saringan semula menggunakan borang

penilaian akhir PBMDS (Lampiran B6) bagi menilai

tahap pengetahuan dan perubahan tingkahlaku klien.

Guru kaunseling /

Pasukan kesihatan

12. Daftarkan klien sebagai berjaya berhenti

merokok selepas 6 bulan kekal tidak

merokok dalam Buku Daftar PBMDS

Guru kaunseling /

Pasukan kesihatan

13. Laporan setiap 3 bulan kepada PPD dan

PKD (Lampiran B9:Reten PBMDS)

Guru kaunseling /

Pasukan kesihatan

14. Penghargaan kepada sekolah dan klien

yang Berjaya berhenti merokok

(‘optional’)

Penyelaras daerah

JADUAL 2 : KURIKULUM PENGAJARAN DAN PELAKSANAAN PBMDS

Page 17: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

9

MIN

GGU TAJUK OBJEKTIF

SPESIFIK

AKTIVITI

FASILITATOR

PERALATA

N

PENILAIAN

1 Pengenalan

/isi borang

biodata &

fagerstrom

score

1. Penilaian

peserta

-Penilaian sejarah

peserta, Masalah

kesihatan, keluarga

dan psikososial,

faktor risiko

Modul latihan

; Buku Daftar

KBM

Individu

2. Penilaian

status merokok

-Mengambil

sejarah tabiat

merokok

Fail peribadi,

borang biodata

Tabiat merokok

Individu

3.Penilaian

tahap ketagihan

-Menjalankan

ujian Fagerstrom

Borang ujian

Fagerstrom

Tahap

ketagihan

individu

2 Pengenalan:

-Kandungan

kimia dalam

rokok

1.Memahami

kandungan

rokok

2.Mengetahui

kesan nikotin

dan

ketagihannya

Informasi dan

perbincangan

Flipchart,

poster,

pamphelet,

soalan pre &

post

-penilaian

kefahaman

individu/

kumpulan -Merokok

menyebabkan

ketagihan

3 -Padah

merokok

1.Memahami

kesan buruk

merokok kepada

pelajar/individu -Informasi dan

perbincangan

Powerpoint,

risalah &

poster

Penilaian

individu/

kumpulan -Illustrasi

kesihatan

akibat

merokok

2.Mengetahui

penyakit yang

dikaitkan

dengan merokok

4 -Kebaikan

tidak

merokok/

1.Mengetahui

kebaikan yang

diperolehi jika

tidak merokok

Informasi dan

perbincangan Powerpoint

Penilaian

individu/

kumpulan

-Persepsi

remaja tentang

merokok

2.Mengenalpasti

persepsi yang

betul tentang

tabiat merokok

dalam kalangan

remaja

5 Peruntukan

undang-

undang

1.Mengetahui

undang-undang

berkaitan informasi,

perbincangan

kumpulan kecil

Powerpoint Penilaian

individu Pandangan

Islam

mengenai

merokok

2.Mengetahui

dengan jelas

hukum merokok

dalam Islam

Page 18: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

10

6 Faedah

berhenti

merokok

1.Mengetahui

faedah yang

akan diperolehi

dengan berhenti

merokok

Perbincangan Powerpoint

Penilaian

individu/

kumpulan

7 Persiapan dan

kaedah

berhenti

merokok

1.Membantu

peserta

membuat

persiapan awal

untuk berhenti

merokok

Perbincangan: sebab

mengapa saya ingin

berhenti merokok dan

apa faedah yang saya

akan perolehi

Powerpoint

Penilaian

individu/

kumpulan 2. Memberi

pengetahuan

tentang kaedah

yang betul

berhenti

merokok

Perbincangan

kaedah yang boleh

digunakan

8 Mengatasi

keinginan

untuk

merokok

(gian)

1.Memahami

tanda-tanda gian

dan cara

mengatasinya

-Perbincangan Powerpoint

Penilaian

individu/

kumpulan Mengekalkan

status tidak

merokok

2.Kaedah

mengekalkan

status tidak

merokok

Fasa pemantauan setiap 2 minggu selama 2 bulan ; lakukan penilaian individu

Fasa pemantauan setiap bulan selama 4 bulan; lakukan penilaian individu

2.2 PERSIAPAN TEMPAT DAN PERALATAN PBMDS:

1) Tempat Atau Bilik Yang Sesuai (Privacy) untuk kaunseling individu/

berkumpulan. Dicadangkan bilik kaunseling sekolah.

2) Peralatan seperti berikut

Buku Modul Latihan Program Berhenti Merokok Di Sekolah

(PBMDS)

Risalah bahaya rokok dan poster (disediakan oleh pasukan

kesihatan)

Alat Karbon monoksida (CO) analyser (’optional’)

Page 19: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

11

2.3 PENGUMPULAN DATA DAN PENILAIAN

Untuk menentukan keberkesanan dan kemajuan PBMDS, pemantauan dan

penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Ini akan dilakukan dengan

melengkapkan borang-borang / rekod yang perlu seperti di bawah.

A) Borang saringan/ pemantauan:

Borang intervensi 3A – lampiran B1

Borang Jadual Pelaksanaan PBMDS- lampiran B2

Borang soalselidik : Penilaian awal PBMDS– lampiran B3

Borang ujian skor Fagerstrom – lampiran B4

Borang pemantauan individu PBMDS- lampiran B5

Borang soalselidik: Penilaian akhir PBMDS – lampiran B6

B) Buku Rekod

Buku daftar PBMDS- lampiran B7

Rekod aktiviti PBMDS – lampiran B8

C) Reten PBMDS setiap 3 bulan: (Lampiran B9)

Jan-Mac Bil. Sekolah terlibat

Bil. Fasilitator dilatih (guru dan pasukan kesihatan)

Prevalens pelajar yang merokok dan pernah merokok

April-Jun Bilangan pelajar yang berhenti merokok

Julai-Sept Bilangan pelajar yang berhenti merokok

Oktober- Disember Bil. Pelajar yang ”berjaya berhenti merokok”

Bil. Pelajar yang merokok semula (’relapse’)

2.4 PENGHARGAAN

Dicadangkan penghargaan diberi kepada pelajar yang berjaya berhenti merokok,

fasilitator dan sekolah yang aktif serta komited menjalankan program ini.

Page 20: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

i

Carta Gantt pelaksanaan aktiviti PBMDS: LAMPIRAN 1

No. Aktiviti Tanggungjawab Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec

1

Melatih

fasilitator di

peringkat daerah

Pegawai dilantik

di peringkat

daerah

2

Membuat jadual

perancangan

program

Guru kaunseling/

pasukan sekolah

dan pengetua

/guru besar

3

Menjalankan

ujian saringan

intervensi 3A

Jururawat

kesihatan/ guru

kelas

4

Mendapatkan

maklumat

pelajar merokok

dan ujian

fagerstrom

Guru kaunseling/

pasukan sekolah

5

Daftar butiran

klien merokok

dalam Buku

Daftar PBMDS

Guru kaunseling

6

Menjalankan

aktiviti di sekolah

secara berjadual

selama 8 minggu

Guru kaunseling

7

Daftar tarikh

mula berhenti

merokok dalam

buku daftar

PBMDS

Guru kaunseling

8

Buat pemantauan

berjadual selama

6 bulan

Guru kaunseling

& pasukan

sekolah

9

Melakukan

penilaian akhir

menggunakan

borang penilaian

akhir PBMDS

Pasukan

kesihatan

10

Daftarkan klien

sebagai berjaya

berhenti selepas 6

bulan kekal tidak

merokok dalam

Buku Daftar

Guru kaunseling

11 Laporan kepada

PPD dan PKD Guru kaunseling

12

Maklumbalas

kepada

secretariat QA

dan JKNJ oleh

PKD

PKD

Page 21: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

ii

LAMPIRAN 2

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGENDALIAN PBMDS:

A) AKTIVITI SARINGAN PELAJAR MENGGUNAKAN BORANG SARINGAN INTERVENSI 3A

(Ask, Advise, Act):

Ask : Bertanya tentang status merokok

Advise: Nasihat untuk berhenti

Act : Bertindak (Bagi pelajar sekolah, semua klien yang merokok perlu dimasukkan

dalam program ini walaupun tiada keinginan untuk berhenti).

B) INTERVENSI KHUSUS:

INTERVENSI 5 A’s digunakan sepanjang pengendalian klien PBMDS

1. Ask : Tanya status merokok

2. Advice : Nasihat untuk berhenti merokok

3. Assess : Menilai status ketagihan (rujuk skor Fagerstrom) dan tahap mengubah tingkahlaku

(berdasarkan transtheoretical model oleh Prochaska): Rujuk rajah 3.

4. Assist : Membantu dan sokongan berterusan untuk terus berhenti merokok.

5. Arrange : Mengatur rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan

rujukan kepada doktor sekiranya perlu.

Page 22: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

iii

Rujuk Rajah 2: CARTA ALIR PENGURUSAN KLIEN MENGGUNAKAN INTERVENSI 5A‟s

C) PENILAIAN TAHAP PERUBAHAN TINGKAH LAKU

Tahap dan kesediaan klien membuat perubahan tingkahlaku perlu dinilai dari semasa ke semasa

dengan menggunapakai PROCHASCKA’s TRANSTHEORETICAL MODEL sepanjang program ini

dilaksanakan.

Tahap tingkahlaku semasa perlu direkodkan dalam pengendalian klien supaya penilaian dapat

dilakukan ke atas status perubahan tingkahlaku secara individu. Nyatakan sama ada klien berada

dalam fasa “precontemplation, contemplation, preparation, action, maintenance, established change

atau relapse” supaya tindakan lanjut yang bersesuaian dapat diambil.

Page 23: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

iv

Rajah 3: PROCHASCKA’s TRANSTHEORETICAL MODEL

b) Rajah 4: CARTA ALIR PENILAIAN TAHAP PERUBAHAN TINGKAH LAKU PEROKOK:

Action Maintenance

Relapse (Kembali merokok)

Preparation

Established change (Berubah sepenuhnya)

Pre Contemplation (Tidak sedia berhenti)

Contemplation (Berazam berhenti)

Page 24: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

v

Bagi klien yang tiada keinginan untuk berhenti, gunakan strategi 5R untuk meningkatkan motivasi untuk

berhenti pada masa akan datang

Relevance: nyatakan apakah relevannya untuk beliau berhenti sama ada pada diri atau orang

sekelilingnya.

Risks: Nyatakan risiko yang bakal dihadapi jika meneruskan tabiat merokok

Rewards:Minta klien kenalpasti apa faedah yang boleh didapati jika berhenti merokok (Cth: jimat

wang, lebih sihat)

Roadblocks: Minta klien kenalpasti apa halangan untuk beliau berhenti merokok

Repetition: Intervensi ini perlu diulang-ulang setiap kali klien hadir untuk meningkatkan motivasi

beliau untuk mula berhenti.

Page 25: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

vi

LAMPIRAN 3

JADUAL INTERPRETASI UJIAN FAGERSTROM DAN TINDAKAN SUSULAN

Markah ujian

Fagerstrom

Tahap ketagihan Tindakan

0-3 markah

Ketagihan rendah

kepada nikotin

Kaunselor/fasilitator memberi kaunseling dan

sokongan untuk klien membuang tabiat merokok.

Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan

kawan-kawan

Jika perlu rujuk kepada doktor.

4-6 markah Ketagihan

sederhana kepada

nikotin

Kaunselor/fasilitator memberi kaunseling dan

sokongan untuk klien membuang tabiat merokok

Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan

kawan-kawan

Perlukan terapi kaunseling lebih kerap mengikut

jadual yang ditetapkan atau kaunseling individu jika

perlu.

Rujuk kepada doktor jika perlu

7-10 markah Ketagihan tinggi

kepada nikotin

(mungkin

mengalami gejala

ketagihan /gian

yang kuat jika

berhenti

merokok).

Kaunselor/fasilitator memberi kaunseling dan

sokongan untuk klien membuang tabiat merokok

Kaunseling secara individu

Perlukan kaunseling mengikut jadual yang ditetapkan

atau lebih kerap jika perlu

Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan

kawan-kawan

Rujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut

Page 26: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

vii

Lampiran B1

Borang Saringan Intervensi 3 A

Nama :_____________________________

Kelas :_____________________________

Bulatkan jawapan anda:

1. Adakah anda merokok

a. Tidak pernah Merokok

b. Merokok (Setiap hari/ kadang-kadang/ pernah merokok dalam tempoh 6 bulan)

c. Telah berhenti merokok (tidak pernah merokok lagi dalam tempoh 6 bulan)

2. Jika masih merokok, adakah anda ingin berhenti merokok?

a. Ya

b. Tidak

c. Tidak pasti

Page 27: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

viii

LAMPIRAN B2

BORANG JADUAL PELAKSANAAN PBMDS:

Sekolah: ______________________

Minggu Tarikh Aktiviti Tanggungjawab

1

2

3

4

5

6

7

8

10

12

14

16

20

24

28

32

Masa yang akan digunakan untuk sesi kaunseling individu/ kelompok: ..........................................

Guru kelas dan mata pelajaran diminta memberi pelepasan kepada murid/pelajar yang terlibat

dalam program ini untuk mengikuti sesi kaunseling pada tarikh dalam jadual di atas.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

(Pengetua/Guru besar)

Page 28: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

ix

Lampiran B3

BORANG PENILAIAN AWAL PROGRAM BERHENTI MEROKOK DI SEKOLAH (PBMDS)

A) BIODATA:

1. Nama:_____________________________________________

2. Kelas: __________________

3. No. kad pengenalan (jika ada) : ________________________

4. Alamat: _________________________________________________________

____________________________________________________________

5. No. telefon: _________________________

6. Umur: __________ tahun

7. Jantina: a) Lelaki b) Perempuan

8. Bangsa:

a) Melayu

b) Cina

c) India

d) Lain-lain: ____________________ (nyatakan)

8. Pekerjaan ibu bapa/penjaga:

a) Bapa/ Penjaga (nyatakan): _______________________

b) Ibu/ penjaga (nyatakan) : ________________________

B) TABIAT MEROKOK

1. Berapa lama anda telah merokok? Nyatakan: ___________ bulan / tahun

2. Berapa batang rokok yang anda hisap dalam sehari? Nyatakan: ____________ batang rokok sehari.

3. Jenis rokok yang biasa dihisap (nyatakan jenama) :_____________________

PERHATIAN: Bagi soalan berikutnya yang bertanda (*), anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan

*4. Sumber mendapat bekalan rokok

a) beli sendiri 1 kotak rokok dari kedai

b) beli sendiri beberapa batang rokok dari kedai

c) melalui kawan

d) melalui ahli keluarga

e) Lain-lain (nyatakan) ______________________

Page 29: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

x

*5. Apakah faktor yang menyebabkan anda mula menghisap rokok?

a) Pengaruh kawan

b) Pengaruh daripada ahli keluarga lain yang merokok

c) Stress

d) Ingin mencuba

e) Lain-lain: _____________________________________ (nyatakan)

*6. Di manakah biasanya anda merokok?

a) Di rumah (nyatakan) ______________________

b) Di sekolah (nyatakan) ______________________

c) Di kompleks membeli belah

d) Surau/masjid/ rumah ibadat

e) Kedai makan

f) Perhentian bas

g) Lain-lain tempat : __________________________________ (nyatakan)

*7. Bilakah anda biasanya merokok?

a) ketika stress (meghadapi tekanan)

b) ketika „boring‟/ tiada aktiviti

c) selepas makan

d) sewaktu belajar

e) Ketika menonton televisyen

f) sewaktu menghadiri kelas tambahan/tiusyen

g) Ketika melepak/ bersantai bersama kawan-kawan

h) Lain-lain (nyatakan): __________________________________

*8. Dengan siapakah biasanya anda merokok?

a) Bersendirian

b) Dengan ahli keluarga; nyatakan: ___________________________

c) Dengan kawan

d) Lain-lain: ____________________ (nyatakan)

Page 30: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xi

9. Adakah ahli keluarga yang serumah dengan anda merokok?

a) Ya b) Tidak

jika ya, nyatakan siapa: ___________________________

10. Pernahkah anda cuba berhenti merokok?

a) Ya b) Tidak pernah

Jika “Ya”, berapa kali? ______________ kali.

11. Adakah anda mahu berhenti merokok sekarang?

a) Ya b) Tidak

12. Adakah anda perlukan bantuan untuk berhenti merokok?

a) Ya b) Tidak

13. Selain dari merokok, adakah anda mengambil sebarang jenis dadah lain?

a) Ya b) Tidak

*14. Jika “ Ya”, apakah jenis dadah tersebut:

a) Heroin

b) Pil kuda: Syabu /ice/ecstasy

c) Hidu gam

d) Syisya

e) Lain-lain: _____________________ (nyatakan)

Page 31: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xii

C) TAHAP PENGETAHUAN

Tandakan ( / ) di ruangan kosong bagi jawapan yang dipilih:

1) Tempat/kawasan larangan merokok:

Tempat Ya Tidak

Tandas awam

Panggung wayang

Taman bunga

Kenderaan awam

Kafe internet

2) Kesan-kesan merokok:

Kesan Ya Tidak

Bibir kemerahan

Meningkatkan keupayaan mental

Mati pucuk

Kecacatan bayi dalam kandungan

3) Kandungan dalam asap rokok:

Kandungan Ya Tidak

Tar

Oksigen

Nikotin

Karsinogen

Karbon monoksida

4) Kesan merokok kepada kesihatan

Kesan merokok Ya Tidak

Angin ahmar

Menjejaskan kesuburan

Kanser perut

Meningkatkan stamina

5) Berikut adalah maklumat mengenai merokok:

Kenyataan Ya Tidak

Perokok pasif berisiko tinggi untuk mendapat

penyakit berkaitan dengan merokok

Merokok tidak menjejaskan prestasi pembelajaran

Asap rokok tidak menjejaskan kesihatan orang lain

Page 32: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xiii

BORANG SKOR FAGERSTROM Lampiran B4

1.Berapa cepatkah anda menghisap rokok yang pertama selepas bangun dari tidur?

Dalam masa 5 minit (3)

6 hingga 30 minit (2)

31 hingga 60 minit (1)

Selepas 60 minit (0)

2.Adakah anda berasa sukar untuk tidak merokok di tempat-tempat larangan merokok? Contohnya di sekolah,

kompleks membeli belah, perhentian bas

YA (1)

TIDAK (0)

3.Menghisap rokok yang manakah yang paling sukar untuk anda tinggalkan?

Yang pertama di sebelah pagi (1)

Yang lain (0)

4..Berapa batang rokok yang anda hisap dalam sehari?

10 atau kurang (0)

11 hingga 20 (1)

21 hingga 30 (2)

31 atau lebih (3)

5.Adakah anda lebih kerap merokok dalam jam pertama selepas bangun tidur berbanding masa-masa lain sepanjang

hari?

YA (1)

TIDAK (0)

6.Adakah anda masih merokok walaupun anda sakit teruk dan terpaksa berbaring di atas katil untuk kebanyakan

masa?

YA (1)

TIDAK (0)

-TAMAT-

Page 33: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xiv

LAMPIRAN B5

BORANG PEMANTAUAN INDIVIDU PBMDS

NAMA: ................................................ TARIKH: ..........................

KELAS: ........................................ SKOR FAGERSTROM: ................

KES BARU / KES ULANGAN (nyatakan) ANALISA CO: ...............................

Minggu Tarikh Kehadiran

Y= Ya;

T= tidak

Status semasa

MM=masih merokok

BM=berhenti merokok

Catatan

M1

M2

M3

M4

M5

M6

M7

M8

M10

M12

M14

M16

M20

M24

M28

M32

Status pelajar 6 bulan selepas program berlangsung/ selepas berhenti merokok;

Status selepas 6 bulan Ya Tidak Skor fagerstrom Analisa CO

a) Kekal berhenti merokok

b) Masih merokok*

c) Merokok semula*

*Nota: teruskan pemantauan kedua dan seterusnya sebagai kes ulangan

Page 34: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xv

BORANG PENILAIAN AKHIR PBMDS LAMPIRAN B6

A) BIODATA: TARIKH: ………………….

1. Nama:_____________________________________________

2. Kelas : _____________________

3. No. telefon: _________________________

4. Umur: __________ tahun

5. Jantina:

a) Lelaki b) Perempuan

6. Bangsa: a) Melayu b) Cina c) India d) Lain-lain (nyatakan) ________________

B) TABIAT MEROKOK

1. Bulatkan salah satu jawapan di bawah:

a) Saya telah berhenti merokok kurang daripada 6 bulan

b) Saya telah berhenti merokok lebih daripada 6 bulan

c) Saya cuba berhenti merokok, tetapi telah merokok semula.

d) Saya masih merokok

e) Selain jawapan di atas; nyatakan: __________________________________________

Bagi jawapan a & b, terus ke soalan 2 , 3 dan (C) Tahap pengetahuan.

Bagi jawapan c & d, terus ke soalan 4, 5, (C) Tahap pengetahuan dan (D) ujian Fagerstrom

2. Faktor utama yang mendorong saya berhenti merokok (pilih satu jawapan sahaja) ialah:

a) Merokok membahayakan kesihatan saya

b) Merokok perbuatan membazir

c) Merokok dilarang dalam agama

d) Ibu bapa melarang saya merokok

e) Guru/ kaunselor telah membimbing saya untuk berhenti merokok

f) Kawan-kawan saya telah memberi dorongan untuk saya berhenti merokok

g) Selain jawapan di atas; nyatakan ___________________________________________

3. Saya berazam untuk terus kekal tidak merokok Ya / Tidak

*Bagi perokok/ telah merokok semula, sila jawab soalan di bawah (4, 5, dan C) Ujian Fagerstrom)

4. Faktor utama menyebabkan saya terus merokok/ merokok semula adalah (Pilih satu jawapan sahaja):

a) Merokok menyeronokkan

b) Kawan-kawan rapat saya masih merokok

Page 35: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xvi

c) Keluarga saya tidak kisah jika saya merokok

d) Merokok dapat menghilangkan tekanan/ stress yang saya hadapi

e) Saya tidak kisah bahaya merokok kepada saya

f) Selain jawapan di atas; nyatakan __________________________________________

5. Saya mahu berhenti merokok satu masa nanti Ya / Tidak

C) TAHAP PENGETAHUAN

Tandakan ( / ) di ruangan kosong bagi jawapan yang dipilih:

1) Tempat/kawasan larangan merokok:

Tempat Ya Tidak

Tandas awam

Panggung wayang

Taman bunga

Kenderaan awam

Kafe internet

2) Kesan-kesan merokok:

Kesan Ya Tidak

Bibir kemerahan

Meningkatkan keupayaan mental

Mati pucuk

Kecacatan bayi dalam kandungan

3) Kandungan dalam asap rokok:

Kandungan Ya Tidak

Tar

Oksigen

Nikotin

Karsinogen

Karbon monoksida

4) Kesan merokok kepada kesihatan

Kesan merokok Ya Tidak

Angin ahmar

Menjejaskan kesuburan

Kanser perut

Meningkatkan stamina

Page 36: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xvii

5) Berikut adalah maklumat mengenai merokok:

Kenyataan Ya Tidak

Perokok pasif berisiko tinggi untuk mendapat penyakit

berkaitan dengan merokok

Merokok tidak menjejaskan prestasi pembelajaran

Asap rokok tidak menjejaskan kesihatan orang lain

D) UJIAN FAGERSTROM

1.Berapa cepatkah anda menghisap rokok yang pertama selepas bangun dari tidur?

Dalam masa 5 minit (3)

6 hingga 30 minit (2)

31 hingga 60 minit (1)

Selepas 60 minit (0)

2.Adakah anda berasa sukar untuk tidak merokok di tempat-tempat larangan merokok? Contohnya di sekolah, kompleks membeli

belah, perhentian bas

YA (1)

TIDAK (0)

3.Menghisap rokok yang manakah yang paling sukar untuk anda tinggalkan?

Yang pertama di sebelah pagi (1)

Yang lain (0)

4..Berapa batang rokok yang anda hisap dalam sehari?

10 atau kurang (0)

11 hingga 20 (1)

21 hingga 30 (2)

31 atau lebih (3)

5.Adakah anda lebih kerap merokok dalam jam pertama selepas bangun tidur berbanding masa-masa lain sepanjang hari?

YA (1)

TIDAK (0)

6.Adakah anda masih merokok walaupun anda sakit teruk dan terpaksa berbaring di atas katil untuk kebanyakan masa?

YA (1) TIDAK (0)

Page 37: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xviii

( / )

Skor

fagerst

rom

( / )

Skor

fagers

trom

BUKU DAFTAR PBMDS Lampiran B7

Tarikh /

minggu

Mula

berhenti

(M)

Berh

en

ti

Bangsa

(H)

Berhenti

MerokokNo.

K/P@

Surat

beranak

(E)

Umur

(F)

Jantina

(G)

Jum.

Rokok

sehari

(I)

Merokok Semula

Status selepas 6 bulan

(N)

Masih merokok

Ya

(K)

Tidak

(L)

Tarikh

berjaya

berhenti

merokok

(O)

Kela

s D

SEKOLAH:………………………………………………. Tahun: ………………

Tarikh

daftar

(A)

Catatan

Skor

fagerstro

m

(Semasa

Daftar)

(J)

Nama

(C.)

No.

Daftar

(Bil.)

(B)

Page 38: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xix

Lampiran B8

REKOD AKTIVITI PROGRAM BERHENTI MEROKOK DI SEKOLAH (PBMDS)

Tarikh: ………………………….

Aktiviti(bulatkan) : Ceramah / Kaunseling individu / kaunseling kelompok

Tajuk ceramah / aktiviti: …………………………………

Fasilitator:

1) ……………………………………… 3) ………………………………………..

2) …………………………………….. 4) ……………………………………….

Bil Nama

Kelas Catatan

Page 39: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xx

Lampiran B9

RETEN PROGRAM BERHENTI MEROKOK DI SEKOLAH (PBMDS) DAERAH ………………………………...TAHUN : ………

BULAN Jan- Mac

April- Jun

Julai-Septemb

er

Oktober- Disember

Bil Sekolah

Bil. Fasilitator dilatih

Bil. Pelajar

Disaring

Jumlah pelajar Bil. Perokok yang ingin

berhenti merokok (Penilaian tingkahlaku) Bil.

Pelajar didaftar

Bil. Pelajar

berhenti merokok

Bil. Pelajar

'berjaya berhenti merokok

'

Bil. Pelajar yang

relapse Guru Anggota

kesihatan

Tidak pernah

merokok

Masih merokok

Telah berhenti

> 6 bulan

Ya Tidak Tidak Pasti

1

2

Reten ini perlu dihantar oleh PKD setiap 3 bulan

Page 40: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xxi

Page 41: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

xxii

Page 42: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

1

G) NOTA UNTUK FASILITATOR

MINGGU KE-2:

TAJUK: ROKOK DAN KETAGIHAN

MINGGU KE-3

TAJUK: BAHAYA MEROKOK & PEROKOK PASIF

MINGGU KE-4

TAJUK: KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN PERSEPSI REMAJA TENTANG ROKOK

MINGGU KE- 5

TAJUK: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PANDANGAN ISLAM MENGENAI

MEROKOK

MINGGU KE- 6

TAJUK: FAEDAH BERHENTI MEROKOK

MINGGU KE- 7

TAJUK: PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK

MINGGU KE- 8

TAJUK: MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN) DAN MENGEKALKAN

STATUS TIDAK MEROKOK

Page 43: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

2

PENGISIAN MINGGU KE – 2

TAJUK: ROKOK DAN KETAGIHAN

A. JENIS ROKOK DAN KANDUNGANNYA:

1. Pengetahuan mengenai produk tembakau yang terdapat dalam pasaran :

a. Tidak terbakar (smokeless tobacco) : e-cigarette, tembakau kunyah

b. Terbakar : rokok, cerut, shisha, bidis

Rokok Rokok Gulung Cerut

Bidis Tembakau kunyah Shisha

Page 44: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

3

Tobacco snuf e-cigarette rokok paip

B. KANDUNGAN DALAM SEBATANG ROKOK.

1. 4000 bahan kimia

2. 200 racun

3. 69 penyebab kanser

Page 45: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

4

C. BAHAN-BAHAN MERBAHAYA DALAM ROKOK:

D. NIKOTIN DAN KESAN KETAGIHAN:

NIKOTIN:

• Adalah sejenis dadah yang terdapat dalam tembakau

• Bahan yang menyebabkan perokok sukar untuk berhenti merokok

• Sampai ke otak dlm masa 7-10 saat selepas disedut

• Menyebabkan “ kebergantungan fizikal dan psikologi”

i. Kesan fizikal:

● Meningkatkan degupan jantung

● Meningkatkan tekanan darah

● Meningkatkan paras kolesterol dalam darah (LDL)

● Pernafasan menjadi cepat dan pendek

ii. Kesan Psikologi:

Pada peringkat awal, merokok memberi kesan selesa dan seronok akibat dari rangsangan Dopamin yang

dikeluarkan oleh otak. Lama kelamaan, kebergantungan akan berlaku dimana perokok akan terus merokok

untuk mengatasi masalah ketagihan

Page 46: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

5

iii. RAJAH PUTARAN KETAGIHAN

iv. KONSEP KETAGIHAN

Seseorang akan ketagih merokok jika :

Toleran

Keperluan untuk meningkatkan pengambilan rokok bagi mendapatkan kesan yang sama dengan

yang sebelumnya.

Perokok akan terus menambah jumlah rokok yang dihisap untuk meningkatkan keperluan

ketagihan nikotin.

Sindrom Tarikan

Timbul tanda-tanda seperti kegelisahan, keresahan atau cepat marah akibat kekurangan jumlah

nikotin dalam badan.

Perokok perlu merokok bagi meningkatkan semula jumlah nikotin dalam badan.

Rokok perlu diambil dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap berbanding sebelumnya.

Keinginan merokok adalah di luar kawalan perokok.

Sanggup menghabiskan wang dan masa bagi memenuhi keperluan.

Menjejaskan pelajaran, pekerjaan dan pergaulan.

Tahu tentang bahaya rokok tetapi tidak mampu berhenti kerana kebergantungan yang kuat terhadap

nikotin.

Page 47: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

6

PENGISIAN MINGGU KE-3

TAJUK: BAHAYA MEROKOK & PEROKOK PASIF

A) BAHAYA MEROKOK

1. Merokok adalah langkah pertama ke arah:

Penyalahgunaan dadah ---- 90% penagih dadah bermula dengan rokok

Pengambilan alkohol ---- 70% penyalahgunaan alkohok bermula dengan rokok

2. Masalah disiplin sekolah

Ponteng

Vandalisma

Gangsterisma

3. Menjejaskan prestasi akademik dan ko-kurikulum

4. Stamina menurun: Kurang minat dalam aktiviti sukan sekolah

5. Menjejaskan penampilan diri:

Selekeh/comot

Nafas berbau

Bibir lebam/birat

Gigi kuning

Batuk

6. Mempercepatkan proses penuaan

Kelihatan lebih tua:

Kulit cepat berkedut

Rambut cepat beruban

7. Menjejaskan kesuburan perempuan dan lelaki (mati pucuk)

8. Pendek umur

Secara purata, perokok kehilangan 20-22 tahun jangka hayat biasa

9. Menghidap penyakit-penyakit akut

Penyakit radang gusi

Jangkitan saluran pernafasan

10. Menghidap penyakit-penyakit kronik (keterangan lanjut di mukasurat seterusnya)

Page 48: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

7

B) PENYAKIT- PENYAKIT KRONIK YANG DIKAITKAN DENGAN MEROKOK

1. Penyakit kanser:

Paru – paru (7-15 kali ganda risiko) pangkal rahim (servik)

Mulut (3-15 kali ganda risiko)

Hati

Perut (2 kali ganda risiko)

Oesophagus Buah pinggang

dan pundi kencing

Page 49: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

8

2. Penyakit-penyakit kronik:

Penyakit paru-paru kronik seperti

‘emphysema’ (10-20 kali ganda risiko)

Serangan sakit jantung (1.5 - 3

kali ganda risiko)

PUSAT DIALISISPUSAT DIALISIS

Kerosakan buah pinggangAngin ahmarKebutaan

Page 50: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

9

C) PEROKOK PASIF ATAU SECOND HAND SMOKER

i. Definisi perokok pasif

Individu yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok basi.

(Seseorang yang terdedah kepada asap rokok basi selama 15 minit dalam masa 2 hari dalam masa 1

minggu)-WHO

ii. Asap rokok basi:

Rokok yang menyala mengeluarkan 2 jenis asap iaitu:

Asap aliran utama (main-stream) : asap yang dihembus keluar oleh perokok

Asap aliran sisi (side-stream smoke) : asap yang dibebaskan di hujung puntung rokok yang

terbakar

Kedua-dua ini dikenali sebagai asap rokok basi

20% asap rokok dihisap oleh perokok manakala 80% akan dilepaskan di persekitaran.

Asap rokok sisi tidak tertapis dan terhasil oleh proses pembakaran yang tidak sempurna. Konsentrasi bahan

kimia dalam asap rokok sisi umumnya lebih tinggi berbanding asap rokok aliran utama.

Di antaranya

2 X ganda kandungan Nikotin

3 X ganda konsentrasi kandungan Tar

5 X lebih tinggi konsentrasi karbon monoksida (CO)

50 X lebih tinggi konsentrasi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser

Page 51: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

10

Gambarajah asap rokok yang dikeluarkan oleh perokok:

ASAP ROKOK BASI ADALAH SANGAT BERBAHAYA DAN TIADA TAHAP SELAMAT

iii. Risiko kesihatan perokok pasif

30% lebih tinggi mendapat Kanser paru-paru

25% lebih tinggi mendapat sakit jantung

Asma bertambah teruk

Merencatkan perkembangan dan tumbesaran bayi di dalam kandungan

Ibu melahirkan bayi yang mempunyai kurang berat badan

Kanak-kanak terdedah kepada penyakit seperti jangkitan salur pernafasan dan jangkitan kuman di

telinga

Mengganggu pertumbuhan paru-paru kanak-kanak.

Orang-orang di sekeliling perokok akan mengalami impak negatif apabila mereka menghisap asap rokok

basi.

Kajian mendapati bahawa:

• Mereka yang tinggal bersama perokok lebih daripada 30 tahun, adalah 30% lebih mudah mendapat

demensia (nyanyuk) berbanding dengan golongan yang tidak pernah tinggal bersama perokok.

• Meninggikan risiko serangan jantung, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi berpenyakit

jantung.

Page 52: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

11

Dewasa Kanak-kanak kurang 15 tahun

Kanser

paru-paru

Asma

Sakit

jantung

Jangkitan telinga

tengah

Asma

Jangkitan salur

pernafasan

Kandungan laporan WHO pada bulan November 2010:

Anggaran kematian akibat terdedah kepada asap basi di

seluruh dunia pada tahun 2004

Page 53: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

12

PENGISIAN MINGGU KE-4

TAJUK: KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN PERSEPSI REMAJA TENTANG ROKOK

A) KEBAIKAN TIDAK MEROKOK

Lebih segak

Matang

Berketerampilan

Keyakinan diri tinggi

Perawakan yang menarik

Kecemerlangan akademik

Lebih cergas dan berstamina

Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit

Sentiasa ceria

Lebih disenangi orang lain

Lebih wang saku dan dapat berjimat cermat

B) PERSEPSI TENTANG MEROKOK

Bil Persepsi salah Fakta sebenar

1. Merokok melambangkan

kedewasaan

-Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih matang dan

dewasa.

-Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin pada diri sendiri.

2. Dengan merokok seseorang

itu mudah dapat kawan

- Apa guna mendapat kawan sekiranya memberi pengaruh negatif

terhadap anda.

-Dengan tidak merokok, remaja akan mendapat ramai kawan yang

baik kerana majoriti remaja adalah tidak merokok.

3. Merokok boleh

mengekalkan kelangsingan

badan

-Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan kelangsingan badan.

-Cara yang betul ialah dengan bersenam dan mengamalkan

pemakanan yang sihat.

Page 54: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

13

-Ini akan menjadi kan remaja lebih sihat dan terhindar daripada

berbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, kanser dll.

4. Merokok melambangkan

kehebatan (macho) bagi

lelaki dan bergaya (trendy)

untuk perempuan

-Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah ciptaan palsu yang

diketengahkan oleh pengeluar rokok melalui iklan.

-Sebenarnya perokok kelihatan lebih selekeh, nampak tua dan nafas

berbau.

5. Merokok merupakan

sumber ilham

-Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham tetapi hanya sekadar

meredakan ketagihan.

-Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat

berfikir secara produktif.

Page 55: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

14

PENGISIAN MINGGU KE- 5

TAJUK: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PANDANGAN ISLAM MENGENAI

MEROKOK

A. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI MEROKOK:

Di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004) Pindaan 2009:

i. Melarang penjualan rokok kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun

ii. Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilarang merokok, mengunyah, membeli atau mempunyai

hasil tembakau

iii. Larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Remaja-remaja yang di dapati bersalah di bawah peraturan ini boleh dikenakan denda sehingga RM

1000.00.

Perokok dinasihatkan agar tidak merokok di kawasan larangan merokok dan sebaiknya berhenti

merokok.

B. KAWASAN-KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Beberapa kawasan telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan

Kawalan Hasil Tembakau 2004 pin 2009 iaitu:

Hospital dan klinik (Kerajaan dan Swasta)

Pusat hiburan dan teater

Lif awam

Tempat makan berhawa dingin

Kenderaan awam

Sekolah dan Institusi Pendidikan (Kerajaan dan Swasta)

Lapangan terbang

Premis kerajaan

Dewan Orang Ramai

Bas Sekolah

Page 56: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

15

Tadika, taman asuhan kanak-kanak

Hentian pengangkutan awam

Kaunter perkhidmatan awam:

Bank atau institusi kewangan

Tenaga Nasional Berhad

Pos Malaysia Berhad

Telekom Malaysia Berhad

Kompleks membeli-belah serta kaki limanya

Kompleks sukan

Stadium

Stesen minyak.

Kem PLKN

Kafe internet

Perpustakaan

Bangunan tujuan keagamaan.

C. PANDANGAN ISLAM MENGENAI MEROKOK

Hukum merokok adalah haram. Berikut adalah fatwa dan nas yang menyokong pandangan ini:

i. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia

kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa:”

Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan”.

ii. Islam menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara kesihatan jasmani dan rohani.

Setiap benda yang apabila digunakan mendatangkan kemudaratan kepada manusia adalah

diharamkan seperti firman Allah: ”...Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke

dalam kebinasaan...”Al Baqarah:195

iii. ”..Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau, maka merokok diputuskan

sebagai haram..” Sheikh Abdul Aziz Abdullah bin Bazz, Pengerusi J/kuasa Tetap Akademi

Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi

Page 57: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

16

iv. ”..Kami berpendapat haram merokok, mengimportnya, mengeluarkannya dan menjalankan

perniagaan di dalamnya..”. Ulama Al-Azhar Lujnah( fatwa di Al-Azhar)

v. ”..Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apa pun akan

merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai

penyakit. Justeru itu berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan..”Sheikh

Gadul Haq Ali Gadul Haq, Imam Besar Masjid Al-Azhar.

vi. ”..menghisap rokok adalah haram dalam Islam..” Fatwa oleh Bekas Mufti Mesir. Dr Nasr

Farid Wasil.

Hukum agama boleh menjadi satu faktor dorongan untuk berhenti merokok.

Page 58: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

17

PENGISIAN MINGGU KE- 6

TAJUK: FAEDAH BERHENTI MEROKOK

FAEDAH BERHENTI MEROKOK:

A. KESAN POSITIF PADA FISIOLOGI SELEPAS BERHENTI MEROKOK

Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula pulih secara spontan. Paras karbon

monoksida dan nikotin dalam sistem badan anda akan turun secara mendadak, dan jantung serta paru-paru

anda akan membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh rokok.

Carta di bawah menerangkan perubahan drastik yang berlaku dalam badan anda selepas anda berhenti

merokok:

TEMPOH BERHENTI PERUBAHAN DALAM BADAN

Hari 1

Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon monoksida

telah disingkirkan daripada badan anda.

Hari 2

Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan. Deria rasa

dan bau anda juga bertambah peka

2 hingga 3 minggu Kesan gian rokok telah hilang.

3 minggu Lapisan silia, unjuran berupa rerambut dalam peparu anda mula

menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam paru-paru . Ini

menyebabkan anda batuk untuk mengeluarkan bahan-bahan tersebut

4 minggu Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak tangga kerana

pengaliran udara ke dalam peparu anda telah bertambah baik.

2 bulan Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik , maka

suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.

1 tahun Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh berbanding

dengan seseorang yang masih merokok.

10 hingga 15 tahun Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal diminimumkan seperti

mereka yang tidak pernah merokok.

10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat kanser paru-paru

adalah 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada golongan yang masih

merokok

Page 59: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

18

B. KESAN PSIKOSOSIAL

- Terlepas daripada belenggu ketagihan

- Keyakinan pada diri akan meningkat

- Prestasi sekolah sama ada akademik mahupun ko-kurikulum akan meningkat

- Kehidupan akan lebih ceria

- Kelihatan lebih tampan dan kemas

- Terbentuk imej baru yang lebih matang dan bergaya

- Menjadi contoh teladan yang baik kepada seisi keluarga dan juga rakan-rakan

- Tidak lagi dipinggirkan oleh rakan-rakan lain yang kebanyakannya tidak merokok

C. FAEDAH EKONOMI

Banyak wang dapat dijimatkan

Batang rokok 10 20 30 40

Kos rokok

sehari

1 minggu(RM)

Satu bulan(RM)

Satu tahun(RM)

5 tahun(RM)

10 tahun(RM)

3.40

23.80

95.20

1,142.40

5,712.00

11,424.00

6.80

47.60

190.40

2,284.80

11,424.00

22,848.00

10.20

71.40

285.60

3,427.20

17,136.00

34,272.00

13.60

95.20

380.80

4,569.60

22,848.00

45,696.00

- Dengan berhenti merokok, risiko mendapat penyakit dapat dikurangkan dan kos rawatan.penyakit akibat

merokok dapat dijimatkan.

- Dengan berhenti merokok, risiko kebakaran dapat dikurangkan. 10% daripada kebakaran rumah

berpunca daripada puntung rokok yang menyala.

Page 60: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

19

PENGISIAN MINGGU KE- 7

TAJUK: PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK

A. PERSIAPAN AWAL BERHENTI MEROKOK

1. Cara untuk berhenti merokok

Terdapat 2 cara untuk berhenti merokok:

o Berhenti merokok secara serta-merta

o Berhenti secara beransur-ansur

2. Hari berhenti

Tentukan tarikh untuk berhenti merokok – catat dalam diari

Pilih hari yang penting, contohnya tarikh hari lahir

3. Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti (fading day)

Bagi yang memilih untuk berhenti secara beransur-ansur, perkara berikut boleh dilakukan dalam masa 2

-4 minggu sebelum tarikh berhenti :

A) Pelan berhenti- gunakan STAR

a) Set - Menentukan tarikh berhenti merokok

Sebaik-baiknya tarikh berhenti dalam tempoh 2 minggu selepas membuat keputusan

untuk berhenti

b) Tell –memberitahu; Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan dengan

memaklumkan tarikh klien akan berhenti merokok

c) Anticipate challenges – Menjangka cabaran/rintangan yang akan dihadapi apabila berhenti

merokok

Memahami cara-cara untuk menangani hari-hari sebelum berhenti

Memahami tanda-tanda dan cara untuk mengatasi masalah gian apabila berhenti merokok

d) Remove- Buang semua perkara yang boleh mengingatkan anda kepada rokok

o Buang rokok yang ada dalam simpanan,

Page 61: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

20

o Sembunyikan atau buangkan saja bekas abu rokok dan pemetik api yang ada di dalam

rumah, dalam kereta dan tempat kerja

B) Aktiviti lain yang perlu dilakukan :

Kurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam sehari

Minum lebih banyak air (air masak)

Mulakan bersenam

Senaraikan semua sebab anda ingin berhenti merokok dan baca setiap malam sebelum tidur

Dapatkan kawan atau kumpulan sokongan untuk berhenti merokok

Wujudkan rumah , sekolah atau persekitaran bebas asap rokok

4. Bantuan untuk hari berhenti

Klien dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut pada hari berhenti:

Buang semua rokok, mancis, tempat habuk rokok

Tukar rutin yang berkaitan dengan rokok seperti:

Tukar minum kopi kepada minuman lain yang tiada kafein contohnya susu/air suam

Jangan kunjungi kedai di mana anda sering membeli rokok

Jangan bersama kawan-kawan yang merokok

Basuh semua baju yang berbau rokok

Jauhi tempat di mana ramai orang merokok

Berada di kawasan larangan merokok

Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam.

Jika berjaya, hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang anda suka

Jumpa doktor gigi untuk membersihkan kesan merokok pada gigi

5. Tanda-tanda awal apabila berhenti merokok

Apabila klien berhenti merokok, beliau mungkin akan mengalami tanda-tanda berikut:

Pening atau ringan kepala. Ini disebabkan oleh penurunan paras karbon monoksida dan peningkatan

paras oksigen dalam darah / otak .

Kebas di tangan dan kaki yang disebabkan oleh pengaliran darah yang lebih baik.

Page 62: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

21

Batuk – berfungsi untuk membuang lendir di salur pernafasan.

Selera makan bertambah kerana deria bau dan rasa yang semakin baik.

Mulut menjadi tawar atau payau dan terjadi luka-luka kecil kerana pertukaran organisma di dalam

mulut.

Sembelit – tembakau mempunyai kesan laksatif.

Perasaan gian kerana paras nikotin ke otak berkurangan

Gelisah, cepat marah dan kurang tumpuan disebabkan oleh kesan ketiadaan rangsangan nikotin dan

pertukaran tabiat.

Semua tanda-tanda di atas adalah sementara semasa di peringkat awal berhenti merokok. Tanda-tanda ini

menunjukkan bahawa kesihatan perokok akan menjadi bertambah baik dan ianya adalah sebagai proses

permulihan dan penyesuaian kepada gaya hidup sihat tanpa rokok.

6. Tanda-tanda gian

Kegelisahan

Cepat marah

Kurang tumpuan

Hilang sifat sabar

Susah tidur

Nadi menjadi perlahan

7. Bagaimana menangani masalah gian

Perkara-perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan perasaan gian terhadap rokok:

Ingat bahawa perasaan ini akan hilang dalam masa beberapa minit sahaja. Lihat jam dan anda akan

menyedari perasaan gian ini akan hilang selepas 3 – 5 minit sahaja.

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula, makanan ringan tanpa lemak, buah-buahan

dan lain-lain

Membuat sesuatu dengan tangan seperti menaip, bermain komputer, mengait, melukis dan

sebagainya.

Membuat pekerjaan di mana merokok adalah menyusahkan seperti membasuh kenderaan, mandi

Page 63: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

22

atau beriadah

Jangan duduk diam tanpa melakukan sesuatu atau menonton TV terlalu lama.

Melakukan teknik-teknik relaksasi seperti bersolat, berwirid dan lain-lain.

B. KAEDAH UNTUK BERHENTI MEROKOK

a) KAEDAH BUKAN MENGGUNAKAN UBATAN/ NON-FARMAKOLOGI

Kaedah bukan farmakologi merangkumi semua kaedah selain daripada penggunaan ubatan. Ini termasuk

cara agama, herba, akupunktur, terapi tingkah laku dan sebagainya.

Beberapa cara boleh diguna pakai seperti:

1. Pemikiran positif

Ingatkan diri. Banyak manfaat diperolehi dengan membuat keputusan berhenti merokok.

• Meningkatkan kesihatan badan, stamina dan tenaga

• Menurunkan risiko mendapat kanser, penyakit jantung, penyakit paru-paru kronik

• Mewujudkan rumah dan tempat kerja tanpa pencemaran asap rokok

• Sikap dan tauladan yang baik

• Menjimatkan kewangan

• Melindungi orang sekitar anda dari penyakit akibat asap rokok basi

2. DEAD pointer:

D – Delay (melengahkan)

Sengaja melengah-lengahkan masa untuk menyalakan / menghisap rokok dengan melakukan kerja

lain sehingga rasa gian hilang

E - Escape (melepaskan diri)

Contoh melakukan aktiviti di kawasan larangan merokok atau menghindarkan diri dari kumpulan

yang sedang merokok

Page 64: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

23

A - Avoid (mengelak)

Mengelak dari apa-apa kaitan dengan rokok

Tidak mengelak pekara yang dapat membantu berhenti merokok

D – Distract (mengalihkan fikiran)

Teknik relaksasi

Fokus minda

Melakukan perkara lain

b) KAEDAH MENGGUNAKAN UBATAN/ FARMAKOLOGI

Kaedah ini akan digunapakai di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Walau bagaimanapun

rawatan farmakologi hanya diberikan kepada perokok berumur 18 tahun ke atas sahaja

Page 65: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

24

PENGISIAN MINGGU KE- 8

TAJUK: MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN) DAN

MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK

A. CARA MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK SEMULA/GIAN

GUNAKAN PETUA 12 M :

1. Melengahkan

- Melambat-lambatkan mencari rokok atau tunggu sekurang-

kurangnya 5 minit sebelum menyalakan rokok.

2. Menarik nafas panjang

- Tarik nafas dalam – dalam (deep breathing), tahan selama 5

minit dan lepaskan perlahan – lahan.

3. Minum Air.

- Minum banyak air kosong dan jus buah – buahan.

- Elakkan minuman berkafein atau beralkohol.

4. Membuat sesuatu

- Buat sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok.

5. Mandi dan Membasuh tangan

- Basuh tangan setiap kali terasa ingin merokok

6. Mengunyah sesuatu

- Bila terasa ingin merokok – kunyah sesuatu menggantikan

rokok.

- Simpan bahan gantian (makanan - oral substitutes) seperti

kuaci, epal, kismis, gula-gula getah tanpa gula di rumah / sekolah.

Page 66: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

25

7. Melakukan senaman regangan

8. Memohon doa

9.Menjauhkan diri

10.Mengelakkan diri dari merokok semula

- Jangan mudah berputus asa

- Berjanji tidak merokok lagi walaupun sebatang

- Mendapatkan sokongan dan pemerhatian dari keluarga, kawan dan

guru/fasilitator

11. Menyibukkan diri

12.Meditasi

B. MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK/TINGKAHLAKU

BERULANG (RELAPSE PREVENTION)

1. KENALPASTI SEBAB-SEBAB MEROKOK SEMULA

a. Faktor diri sendiri :

lemah jati diri, tiada matlamat kukuh, tidak tegas dan

mudah terpengaruh

Tiada keyakinan diri

Tiada kemahiran menangani stress

Ketagihan yang tinggi

b. Faktor sekitaran :

Di kelilingi ahli keluarga dan rakan yang merokok

Mudah mendapatkan bekalan rokok

Sukar mengatakan ’tidak’ kepada rokok.

Page 67: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

26

2. MENCEGAH ULANGAN

a. Kemahiran mengatakan “TIDAK” (Assertive) dengan tegas.

b. Mengurus stress – senaman regangan , berekreasi

c. Mengurus emosi –teknik relaksasi

d. Meningkatkan aktiviti fizikal- senaman

e. Mengawal berat badan

f. Imej baru, mengubah gaya hidup, menjauhi kenalan yang merokok / tidak

boleh memberi sokongan.

3. MELINDUNGI DIRI DARIPADA TABIAT MEROKOK

Kaedah yang boleh digunakan untuk melindungi diri dan menjauhi daripada

merokok:

Ketahui fakta-fakta tentang bahaya merokok.

Bina keyakinan diri-katakan ’TIDAK’ pada rokok

Bersikap positif terhadap cabaran

Libatkan diri dalam aktiviti berfaedah:

- Bersukan

- Berekreasi

Berpersatuan

Sentiasa patuh ajaran agama

Tidak terpedaya dengan promosi dan iklan rokok

“SEMOGA BERJAYA”

Page 68: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

27

H) Rujukan:

1. World Health Organisation/ Western Pacific Region- Smoking statistics. -

http://wpro.who.int/media_centre/fact_sheets/fs_20020528.htm

2. Malaysia Third National Health and Mortality Survey (NMHS III) 2006 report

3. NOT(Not On Tobacco oleh American Lung Association (ALA):

http://www.notontobacco.com

4. Clinical Practice Guidelines on treatment of tobacco use and dependence 2003.

5. Glynn & Manley, 1989: Glynn et al., 1990

6. Lee, L.K, Paul, C.Y.C Kam, C.W. Smoking among Secondary School Students in Negeri

Sembilan, Malaysia. Asia Pacific Journal Of Public Health, 2005. 17 (2). Pp. 130-136

7. Hu, Mei-Chen PhD; Davies, Mark MPH; Kandel, Denise B. PhD. 2006. Epidemiology

and correlates of daily smoking and nicotine dependence among young adults in the

United States. American Public Health Association, Inc 96(2): 299-308

I) SENARAI NAMA PENYUMBANG PENYEDIAAN MODUL PBMDS

SEKALUNG PENGHARGAAN:

Dr Hjh Arbaiah bt Othman: Pegawai Kesihatan Daerah Batu Pahat

PESERTA BENGKEL PENYEDIAAN MODUL: EDISI PERTAMA (2009):

a) Anggota Pejabat Kesihatan Batu Pahat:

Dr. Marina bt Mohd Said, Dr Hjh Zaleha bt Jailani, Dr Hjh Rosdina bt. Abd. Kahar, Dr Hj Yunos

bin Sharif, En. Zainal Abidin bin Redzuan, KJK Hariyraton bt Rahmat, KJK Baesah bt Gasar,

KJK Hasnah bt Ambolok, KJK Dewi Murni bt. Mohd Yusof, KJK Hayati bt Sahadan,

En. Rozaidi bin Yaacob, JK Nora bt Arshad, JK Asfalila bt Muhammad,

JK Fauziah bt. Jamaluddin, JK Mariyaton bt Marshikin

b) Guru Kaunselor & Guru Kesihatan Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat:

En. Jaafar bin Sami, Pn. Jamnah bt. Mohd Zain, Pn. Hasanah bt. Slamat, Tn Hj Shahberan b.

Otoh, Pn. Hamida bt Ahmad, En. Zaini bin Mansur, Pn Jamaton bt Hasbi, Pn. Rose Dewi bt.

Mesran, Tn. Hj. Moksin bin Imam, En. Musa bin Md Tahir, Pn. Wong Huey Ling, Pn. Vimala

Devi A/P Arunasalam, En. Izuddin bin Ismail, En.Boo Choon Keng, Pn. Aishah bt. Maarop

Page 69: INCREASING THE SUCCESS RATE OF QUIT SMOKING CLINIC …

Program Berhenti Merokok Di Sekolah

28

PESERTA BENGKEL PEMURNIAN MODUL 2013:

Dr Hjh Arbaiah Othman (Pakar Kesihatan Awam,PKD Batu Pahat, Johor)

Dr Marina Mohd Said (Pakar Perubatan Keluarga, KK Parit Raja)

Dr Yunus bin Sharif (Pakar Perubatan Keluarga, KK Batu Pahat)

Dr Zaleha Jailani (Pegawai Perubatan & Kesihatan, KK Batu Pahat)

En Zainalabidin bin Redzuan (Pen. Pegaai Kesihatan Persekitaran, PKD Batu Pahat)

Dr Noorhaida Ujang (Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Muar)

Dr Rosdina Abd Kahar (Pakar Perubatan Keluarga, KK Sg Mati Ledang)

Dr Nazma Salleh(Ketua Pen. Pengarah Kesihatan Caw. Primer, BPKK,KKM)

En. Mustaffa Ibrahim (Pen. Pengarah PPDa, JPN Johor)

En. Kamarudin Yusop (Penyelia JPN Johor)

Dr Fazilahton Rajulin (Pegawai Perubatan & Kesihatan, KK Kota Tinggi)

Dr Azhani Ismail (Pegawai Pergigian, Klinik Pergigian Batu Pahat)

Dr Sasikumar AL Silvaretnam (Pegawai Perubatan KK Parit Raja)

Pn Faezah Jurimi (Pegawai Pendidikan Kesihatan, JKNJ)

Cik Nizatuledayu (Kaunselor, Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat)

Hj Aezyl Syuheary (PPPD Perhubungan PPD Batu Pahat)

Pn. Hjh Jamnah bt Mohamed Zain (Guru Kaunseling, SM Tun Ismail)

Pn Wahidah bt Hamidon (Guru Bimbingan & Kaunseling, SK Pintas Puding)

Pn Noorlaila Janamin (Guru Bimbingan & Kaunseling, SK Pintas Puding)

En. Ibrahim bin Yaakub (Guru Kaunseling, SMK Linggiu, Kota Tinggi)

Pn Nur Amalin Ishak (Pegawai Farmasi KK Batu Pahat)

Pn Fatihah Hj Mustafa (KPJK Caw. Primer, BPKK, KKM)

En Marzuki Muhammad (Pen. Pegawai perubatan, Unit NCD, JKNJ)

Pn Hariyraton Rahmat (KJK KK Batu Pahat)

Pn Siti Rahanah Abdullah (JK KK Senggarang, Batu Pahat)

Pn Tumijah Ausol (JK KK Pt Sulong, Batu Pahat)