eBook Kontrak Perjanjian

87
8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 1/87  KONTRAK PERJANJIAN

Transcript of eBook Kontrak Perjanjian

Page 1: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 1/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

1

Page 2: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 2/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE2

PAKEJ LENGKAP

KONTRAK PERJANJIAN

MENYEDIAKAN KONTRAK

SEMAKIN MUDAH

RISI YUSOFF

www.risiyusoff.com

2016

Page 3: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 3/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE3

Hak cipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apacara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau

cara lain sebelum mendapat izin bertulis Isir Enterprise.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan 

Risi Yusoff, 1981- : 

Kontrak Perjanjian / Risi Yusoff  

1. Motivation (Psychology). 2. Law (Contract) 

3. Success. I. Judul 158.1 

Penerbitan sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini berautoriti dari segi

topik yang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku tidak boleh menganggap

memberikan khidmat perundangan, atau khidmat profesional yang lain kepada

pembaca. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan

nasihat bertauliah dan berkelayakan. 

Diterbit / Dicetak / Isir Enterprise (002166121-K)

Diedar Oleh Mcc- 005 Jalan Pinggiran Delima,

Taman Pinggiran Delima,

Kajang 43100, Selangor Darul Ehsan.

Phone: (6013) 210-7034 (SMS / Whatsapp Sahaja)www.risiyusoff.com 

Pengurus Siti Hajar Binti Awang @ Abi Sofian 

Editor Muhammad Adam Miqdad 

Susun Atur Sarah Nur Tasnim 

Kulit / Grafik Khaulah Nur Insyirah

Penulis Risi Yusoff  

Hak cipta © Isir Enterprise Cetakan Pertama 2010, Cetakan Kedua 2016

Page 4: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 4/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

4

PRAKATA

Jangan bimbang tentang kontrak, Jika anda berurusan dengan orang yangtidak baik, tidak ada kontrak akan melindungi anda! – Donald Trump

Kepercayaan sesama insan pada hari ini tidak lagi seperti dulu ibarat kata

pepatah “hari ini kawan esok menjadi lawan” ianya disebabkan oleh cara hidup

dan didikan yang sudah berubah. Rasa saling mempercayai dan syak prasangka

adalah perkara biasa pada hari ini. Ini bukan saja berlaku dibandar-bandar

besar malah sudah merebak di kampung-kampung.

Kisah benar yang berlaku pada saya perebutan harta pusaka antara adik

beradik yang menyebabkan pertelingkahan yang menyebabkan bermasam muka

dan tidak bertegur sapa. Itu adalah adik beradik yang sedarah sedaging. Inikan

pula individu yang kita kenali yang tiada langsung sebarang pertalian

bagaimana kita boleh menjamin integriti dan kepercayaan sekiranya kita

berurusan dengan mereka.

Oleh itu mesti terdapat sesuatu yang perlu dipegang untuk menuntut hak kita

sekiranya kita merasakan diri kita telah dikhianati . Maka satu-satunya “ tali”

yang boleh kita bergantung harap adalah Kontrak Perjanjian.

Kontrak Perjanjian memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan

perniagaan. Tiada syarikat yang berani menanggung risiko untuk ditipu dan

dikhianati apatah lagi dengan urusan perniagaan yang bernilai ratusan ribu dan

jutaan ringgit yang dilaburkan.

Page 5: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 5/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

5

Silap haribulan anda boleh diistiharkan muflis oleh mahkamah pasti banyak

insan yang akan terasa kesan bahana daripada perkara ini.

Namun sebagai usahawan, kita tidak boleh menyerahkan periuk nasi kita secara

bulat-bulat kepada orang lain yang mementingkan diri sendiri.

Usahawan harus pintar merebut peluang dan memperlengkapkan diri dengan

ilmu pengetahuan untuk bersilat di gelanggang perniagaan. Bagaimana untuk

mengelakkan anda daripada dibuli dan dikhianati ? Bagaimana untuk

menyiapkan sebuah Dokumen Kontrak Perjanjian yang profesional? Semua ini

akan dikupas secara terperinci didalam buku ini.

Tips-tips di dalam buku ini, adalah melalui pengalaman saya selama empat (4)

tahun dalam menguruskan pelbagai kontrak kerajaan. Oh ya, dalam buku ini

juga contoh-contoh kontrak yang pernah disediakan oleh saya dan telah

diperakui oleh Pegawai Undang-Undang juga akan diberikan sebagi contoh bagi

memudahkan anda menyediakan Kontrak Perjanjian anda sendiri mengikut

kesesuaian urusan perniagaan anda.

Diharapkan, kita sama-sama dapat memanfaatkan panduan-panduan di dalam

buku ini untuk menyiapkan sebuah dokumen Kontrak Perjanjian bagi

memantapkan lagi perniagaan kita.

“Siapa yang membuat pembayaran, dia yang mengawal  perjanjian” 

Yang Ikhlas, 

Risi Yusoff,

Penulis dan Penyemak Kontrak,http://kontrakperjanjian.Blogspot.My

Page 6: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 6/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

6

K ANDUNGAN

Kata Pengantar  4

BAB1 

1.1

SEKILAS TENTANG KONTRAK PERJANJIAN 

Hukum Perjanjian Kontrak 13 

1.2 Syarat Sah Perjanjian Kontrak 13

1.3 Kepentingan Kontrak perjanjian 15 

1.4 Kontrak Boleh Batal Dan terbatal 21

1.5 2 Salah Faham Umum Mengenai Kontrak Perjanjian 25

BAB2  PERSIAPAN MEMBUAT KONTRAK PERJANJIAN  27 

2.1 Perundingan 28

2.2 Persetujuan 29 

2.3 Penyediaan Maklumat Kontrak Perjanjian 30 

BAB3  MEMBUAT KONTRAK PERJANJIAN  32 

3.1 Pemilihan Tajuk Kontrak Perjanjian 32 3.2 Kalimah Pembuka 33

3.3 Pengenalan Pihak-Pihak Yang Terlibat 34 

3.4 Persetujuan Kontrak Perjanjian 36 

3.5 Isi Kontrak Perjanjian 37 

3.6 Penutup 37

BAB4  PELAKSANAAN KONTRAK PERJANJIAN  39 

4.1 Pelaksanaan Kontrak Perjanjian 39 

4.2 Penafsiran Isi Kontrak Perjanjian 40 

4.3 Skop Kerja 42 

4.4 Harga Dan Nilai Kontrak Perjanjian 43

Page 7: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 7/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

7

4.5 Pembayaran 43 

4.6 Wang Tahanan 44

4.7 Tempoh Perjanjian 45

4.8 Obligasi Bagi Pihak-Pihak 464.9 Permohonan Untuk Perubahan 48 

4.10 Penalti/Denda 49

4.11 Set Off 50 

4.12 Tanggung Rugi 50

4.13 Had Kewajipan 51

4.14 Waranti 52

4.15 Force Majeure 53 

4.16 Menyelesaikan Pertelingkahan 55

4.17 Penafian 56 

4.18 Pindaan Kontrak Perjanjian 57

4.19 Insurans perkhidmatan/Kerja-Kerja 57

BAB5  PENAMATAN KONTRAK PERJANJIAN  60 

5.1  Pelaksanaan 61 

5.2  Perjanjian 62 

5.3 Kekecewaan 62

5.4 Kemungkiran Pembayar & Kontraktor 63

BAB6 

6.1

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KONTRAK

PERJANJIAN 

Menandatangani Kontrak Perjanjian

68 

69 

6.2 Tempoh Menandatangani Kontrak Perjanjian 70

6.3 Pengedaran Dan Penyimpanan Kontrak Perjanjian 70

6.4 Hakmilik Dokumen-Dokumen Perjanjian 71

Page 8: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 8/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

8

BAB7  LAMPIRAN KONTRAK PERJANJIAN  72

7.1 Jadual Pelaksanaan 72

7.2 Spesifikasi Teknikal 73

7.3  Skop Kerja 73 7.4 Senarai Kuantiti 73

7.5  Jadual Pembayaran 74 

7.6 Pelan-Pelan 74

7.7

7.8

Surat Setuju Terima/ Pemberitahuan Penerimaan

Sebutharga/Tender

Bon Pelaksanaan

74 

75 

7.9  Polisi Insurans 77 

7.10 Skim Keselamatan Sosial Pekerja 77 

7.11 Borang Sebutharga/Tender 77 

BAB8  KATEGORI KONTRAK PERJANJIAN  78 

8.1 Kontrak Perkhidmatan 78

8.2 Kontrak Pembekalan 79

8.3 Kontrak Kerja-kerja 79

9.0  STAMPING DAN ZERO DUTI SETEM  81 

10.0 KATA-KATA AKHIR   84 

11.0 TENTANG PENULIS  86 

Page 9: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 9/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

9

Bagaimana Membuat Kontrak Perjanjian

Yang Profesional Dan Diterima

Di Mahkamah

Page 10: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 10/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

10

BAB 1

SEKILAS TENTANG K ONTRAK

PERJANJIAN

Kita pernah mendengar istilah “ perjanjian “ atau “ kontrak” dalam kehidupan

kita seharian mahupun daripada nenek moyang kita yang terdahulu tidak akan

lari daripada istilah ini. Manusia telah lama memerlukan satu sistempenguatkuasaan dalam kehidupan dan urusan seharian di antara mereka.

Dengan perlakukan aktiviti-aktiviti seperti jual beli, kerjasama, gotong-royong

dan sebagainya, seorang manusia perlu mendapatkan suatu kelebihan daripada

manusia lain demi kepentingan dirinya, dan begitu juga manusia lain itu

daripada manusia pertama.

Tiada manusia yang dapat hidup berdikari seorang diri dan manusia saling

perlu-memerlukan antara diri mereka. Di mana satu manusia tiada kelebihan

yang diperlukannya, tetapi mempunyai kelebihan yang dicari orang lain,

apabila orang yang dijumpainya mempunyai kelebihan yang dicari, orang

pertama itu akan menawarkan kelebihan yang ada pada dirinya sebagai tukaran

kepada kelebihan yang dicarinya itu.

Proses ini dinamakan sebagai tawar-menawar, atau jual beli pada

kemudiannya. Namun bagaimana untuk memastikan komitmen kedua-dua belah

pihak kepada persetujuan yang dicapai mereka? Satu jalan penyelesaian adalah

dengan penguatkuasaan persetujuan yang dicapai oleh undang-undang, dan ini

Page 11: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 11/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

11

mewujudkan Kontrak Perjanjian.

Perjanjian adalah suatu persetujuan di antara dua pihak atau lebih berkenaan

sesuatu perkara. Perlulah difahami bahawa istilah kontrak adalah lebih khusus

manakala istilah perjanjian adalah lebih umum. Hanya perjanjian yangmempunyai ciri-ciri kontrak sahaja yang mempunyai implikasi undang-undang.

Contoh ringkas perbezaan perjanjian dengan kontrak: Seorang sahabat anda

berjanji untuk membelanja anda makan malam di Saloma Restaurant & Bistro,

Jalan Ampang pada pukul 8.30 malam esok.

Pada pukul 8.30 malam keesokan harinya anda sudah berada di tempat letak

kereta Saloma Restaurant & Bistro tetapi sahabat anda tidak muncul-muncul.Secara umumnya anda tidak boleh menyaman sahabat anda itu tadi kerana

mungkir perjanjian untuk membelanja anda makan malam.

Contoh Kedua : Anda selaku pembekal barangan alat tulis kepada sekolah-

sekolah di Lembah Klang telah memberitahu pengilang bahawa anda mahu

membeli 100 unit mesin photostat daripada pengilang berkenaan. Anda berjanji

akan membayar harga 100 unit mesin photostat tersebut apabila pengilang

menghantar 100 mesin photostat ke sekolah yang telah anda persetujui

bersama.

Apabila barangan telah sampai ke sekolah-sekolah yang dipersetujui

,anda telah bertukar fikiran dan tidak mahu membayar harga 100 unit mesin

photostat tersebut. Secara umumnya pengilang tadi boleh menyaman anda dan

kes ini boleh dibawa ke mahkamah. Maka anda bersedialah untuk mengeluarkan

wang bagi mengupah firma guaman.

Page 12: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 12/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

12

Kontrak di Malaysia merujuk kepada elemen-elemen serta pembentukan satu

kontrak yang sah dari sisi undang-undang di negara Malaysia. Kontrak juga

merujuk kepada satu persetujuan yang boleh dikuatkuasakan undang-undang.

Undang-undang dan pembentukan satu kontrak di Malaysia diperintah oleh satu

Akta Parlimen yang bergelar Akta Kontrak 1950 disamping beberapa provisi

dalam Akta Relief Spesifik 1950. Namun demikian, Akta ini bukanlah satu

sumber segala elemen kontrak yang menyeluruh.

Sesetengah elemen yang perlu, seperti elemen niat mewujudkan perhubungan

sah dari segi undang- undang, tidak disentuh oleh mana-mana provisi yang

terkandung dalam Akta Kontrak. Dalam keadaan ini, elemen-elemen sebegini

didatangkan daripada undang-undang common law dan ekuiti undang-undang

Inggeris, yang beraplikasi melalui peruntukan dalam seksyen 3 dan 5 Akta

Undang-Undang Sivil 1956.

Dalam pengertian yang lain Kontrak Perjanjian adalah kesepakatan antara dua

orang atau lebih mengenai sesuatu perkara. Sama ada dibuat secara lisan atau

pun secara bertulis. Pihak-pihak yang membuat Kontrak Perjanjian, masing-

masing mempunyai hak dan kewajiban terhadap pihak lainnya.

Page 13: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 13/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

13

1.1  HUKUM PERJANJIAN KONTRAK  

Hukum Kontrak Perjanjian yang diamalkan di Malaysia dan dikebanyakan negara

lain adalah bersifat terbuka dan bebas. Ianya bermaksud anda dan satu pihaklagi adalah bebas untuk membuat Kontrak perjanjian di mana isi dan

kandungannya adalah ditentukan oleh anda dan pihak satu lagi, asalkan ianya

tidak melanggar undang-undang yang terdapat di Malaysia iaitu undang-undang

yang bertulis dan yang tidak bertulis.

Ruang lingkup asas kebebasan berkontrak meliputi hal-hal berikut :-

a)  Kebebasan untuk membuat atau tidak perjanjian

b)  Kebebasan untuk memilih dengan siapa perjanjian ingin dibuat.

c)  Kebebasan untuk menentukan atau memilih klausa dari perjanjian yang

ingin dibuat.

d)  Kebebasan untuk menentukan tujuan perjanjian

e) 

Kebebasan untuk menentukan bentuk suatu Kontrak Perjanjian.

f) 

Kebebasan untuk menerima dan memilih syarat-syarat Kontrak

Perjanjian.

1.2 

SYARAT SAH KONTRAK PERJANJIAN 

Perlulah difahami bahawa ciri-ciri asas sesuatu kontrak berbeza di antara

negara-negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang berbeza.

Di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem "Common Law" seperti

England, Malaysia dan India, ciri-ciri asas sesuatu Kontrak adalah seperti

berikut:

Page 14: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 14/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

14

Sekiranya ciri-ciri asas itu tidak wujud, maka di negara-negara yang

mengamalkan sistem "Common Law" suatu kontrak yang sah dianggap tidak

wujud. Yang mungkin wujud hanyalah perjanjian yang tidak boleh

dikuatkuasakan di mahkamah

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK  

Page 15: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 15/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

15

Perjanjian 

Kata sepakat dalam sesuatu perkara oleh dua pihak (pencadang dan penerima

cadangan)

Balasan harga, nilai atau perbuatan yang diberikan oleh satu pihak utk membalas janji

pihak yang lain.

Niat 

Niat untuk memasuki kontrak dan mewujudkan hubungan di sisi undang-

undang.

Keupayaan 

Bukan dari golongan tidak sempurna akal atau kanak-kanak.

Ketentuan 

Syarat dan terma kontrak tidak samar-samar.

Kerelaan bebas 

Tiada unsur-unsur paksaan, khilaf, penipuan dan sebagainya .

Tujuan yang sah 

Tidak menyalahi undang-undang.

1.3 

KEPENTINGAN KONTRAK PERJANJIAN 

Raja Kurma Malaysia iaitu Yusuf Taiyoob juga tidak lari daripada ditipu oleh

rakan-rakan niaga daripada Iran dalam urusan pengimportan Kurma, di mana

beliau beranggapan apabila berurusan sesama Islam tidak akan berlaku

sebarang penipuan. Tetapi beliau terkena juga dek kelicikan rakan-rakan niaga

dari Iran dan lain-lain dari negara Asia Barat yang kadang-kala meletakkan

prinsip bahawa segala-galanya atas nama Allah, Allah lebih tahu dan Allah

maha melihat oleh itu Kontrak Perjanjian tidak perlu ditulis sekadar mulut

sahaja dan beliau mempercayai prinsip seperti itu. Disebabkan ketiadaan

Kontrak Perjanjian yang boleh digunakan sebagai bukti urusan perniagaan

dijalankan beliau mengalami kerugian yang bukan sedikit. Oleh itu anda

Page 16: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 16/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

18

hendaklah berhati-hati dengan pihak yang suka menabur janji dan bersumpah

supaya anda tidak akan menyesal dikemudian hari. Berfikirlah semasak-

masaknya sebelum anda membuat urusan perniagaan tanpa Kontrak Perjanjian.

Pada satu masa dahulu kontrak membina rumah, terutama sekali di kawasan

luar bandar, dilaksanakan hanya dengan perjanjian mulut. Perjanjian lisan

mungkin berbunyi sebegini:

Awang: “Roslan, awak tolong bina rumah saya. Awak carilah mana-mana

juruteknik untuk buat lukisan dan tunjuk pada saya. Saya tanggung semua

bayaran.” 

Setelah lukisan siap Roslan pun jumpa Awang yang ingin membina rumahnya

dan berkata:

Roslan: “Awang, ini lukisan rumah Awak. Jika Awak setuju, Saya buat.

Harganya RM40,000.00.” 

Awang: “Saya suka pelan lukisan Awak ni. Tapi boleh kurang sikit harga?”

Roslan: “Paling kurang Saya boleh turun RM35,000.00” 

Awang: “Okay, Saya setuju. Awak uruskan semua. Saya akan bayar secara

ansuran” 

Walau pun perbualan ini menjadi asas kontrak pembinaan kebanyakan projekini berjaya dilaksanakan dengan memuaskan kepada kedua belah pihak.

Kontrak lisan diatas berasaskan kepercayaan kerana pihak terlibat saling

mengenali dan saling mempercayai terhadap integriti masing-masing.

Ianya sebuah kontrak yang dijamin oleh maruah serta harga diri pihak yang

terlibat serta kesedaran sebarang penipuan hanya memberi faedah jangka

pendek tetapi kerugian masa panjang.

Pada masa sekarang, projek hanya boleh dilaksanakan setelah menandatangani

Kontrak Perjanjian di antara pihak-pihak yang terlibat. Selain daripada menyata

tanggungjawab dan peranan pihak yang berinteraksi, perjanjian menentukan

Page 17: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 17/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

19

pengagihan serta petempatan kuasa. Ia selalunya mengandungi

berbagai-bagai syarat yang telah di tambah dari masa kesemasa berasaskan

pengalaman dengan projek yang sama.

Pada umumnya syarat perjanjian cuba mengambil pertimbangan pelbagai

kemungkinan yang mungkin timbul dan menyatakan respons serta

mengenalpasti pihak bertanggungjawab demi melindung pihak yang membuat

perjanjian tersebut. Atas sebab inilah kita akan nampak kecenderongan

berbeza diantara syarat-syarat kontrak JKR ,CIDB dan jabatan-jabatan kerajaan

yang lain.

Perjanjian dengan syarat-syarat yang jelas adalah penting untuk mengenalpasti

tanggungjawab dan peranan semua pihak. Ianya dapat memberi gambaran yang

lebih jelas tentang kos yang terlibat di dalam menjalankan projek tersebut.

Malangnya, sekira pengurusan projek melalui kontrak bertulis digunapakai,

justeru mana-mana yang tersirat atau tidak tertulis tidak diberi pertimbangan

atau diambilkira sekira timbulnya pertikaian.

Ini bermakna syarat-syarat kontrak harus mempertimbang semua kemungkinan

bagi menyatakan remedi yang setimpal dan dipersetujui bersama. Jika kita

banding cara projek dijalankan pada zaman dahulu di kawasan luar bandar,

dengan cara ianya dijalankan mengikut undang-undang jelaslah undang-undang

kontrak tidak mengharapkan sangat kepada daya integriti pihak yang terlibat

tetapi lebih menumpu kepada apa yang dinyata secara ketara.

Lebih kuat pergantungan kepada pendekatan bersifat keundangan lebih sepi lah

peranan integriti di dalam aktiviti urusniaga perniagaan.

Page 18: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 18/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

20

Anda hendaklah meletakkan di dalam minda anda bahawa kes pelanggaran

urusan perniagaan di Malaysia adalah wujud di mana kita boleh perhatikan

sebagai contoh statistik kes-kes di mahkamah tinggi Kuala Lumpur dari 8

Januari 2007 sehingga 23 April 2008 berjumlah 78 kes mahkamah, 12 kes atau

15.4 peratus berkaitan industri pembinaan yang kebanyakan kes adalah kes di

mana kontraktor telah di aniaya dan terpaksa membuat tuntutan melalui

mahkamah.

Ianya menegaskan bahawa sesuatu urusniaga perniagaan mestilah mempunyai

Kontrak Perjanjian bagi mengelakkan berlakunya perlanggaran

kebolehpercayaan dan mestilah diamal oleh semua pihak dan bukan sahaja

kontraktor, terutama mereka yang berada di dalam kedudukan berkuasa.

Walau pun ianya menunjuk keadaan semasa dimana kontraktor dikawal rapi

oleh pelbagai syarat kontrak dan peruntukan perundangan dapat menjaminkan

tindakan berintegriti daripada kedua-dua pihak, ianya juga menunjukkan anda

mungkin di antara peratusan yang saya nyatakan di atas sekiranya anda tidak

memperincikan urusan perniagaan di dalam Kontrak Perjanjian.

“Siapa Yang Membuat Pembayaran, Dia Yang Mengawal Kontrak

Perjanjian” 

Siapa yang bertanggungjawab membuat pembayaran akan mengawal kandungan

Kontrak Perjanjian. Suatu ketika saya pernah dihubungi oleh seorang kontraktor

daripada Kuala Kangsar bertanyakan tentang kontrak perjanjian yang

melibatkan syarikat beliau dengan pihak kilang dan juga pelanggan yang

Page 19: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 19/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

21

syarikat beliau berurusan. Di mana beliau bertindak sebagai orang tengah untuk

mendapatkan peralatan daripada kilang untuk dihantar kepada pelanggan.

Beliau hanya memerlukan masa selama tiga (3) hari untuk menyediakan

Kontrak Perjanjian tersebut.

Kontrak Perjanjian yang perlu disediakan oleh beliau adalah kepada si

pengilang dan juga kepada si pelanggan. Di dalam situasi ini di antara beliau

adalah pelanggan dan pengilang adalah pembekal maka beliaulah yang perlu

mengawal kandungan Kontrak Perjanjian memandangkan syarikat beliau yang

membuat bayaran kepada si pengilang.

Berbalik pula hubungan antara beliau dan si pelanggan , beliau akan

berperanan sebagai pembekal dan si pelanggan berhak untuk mengawal

Kandungan Kontrak kerana si pelanggan adalah orang yang memberi bayaran

dan menerima bekalan. Oleh itu kesimpulannya “ siapa yang membuat bayaran

dia yang akan mengawal kontrak”.

Namun pun begitu, syarat-syarat Kontrak Perjanjian haruslah dipersetujui

bersama sebelum Kontrak Perjanjian ditandatangani bagi mengelakkan rasa

tidak puas hati kedua-dua belah pihak.

1.4  KONTRAK TERBATAL DAN BOLEH BATAL 

1.4.1 

KONTRAK TERBATAL 

Kontrak terbatal bukanlah merupakan kontrak yang sah sama sekali. Pihak-

pihak yang berkenaan langsung tidak terikat dan tiada tanggungjawab yang

wujud di sini. Undang-undang akan menganggap seolah-olah tiada kontrak yang

Page 20: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 20/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

22

wujud dan pihak-pihak akan dikembalikan kepada keadaan asal. Kontrak batal

adalah kontrak yang dibuat tanpa mengambil kira unsur-unsur atau elemen-

elemen penting di dalam pembentukan kontrak.

1.4.2 

KONTRAK BOLEH BATAL 

Sesuatu kontrak adalah sah sehinggalah salah satu pihak yang berkontrak itu

membuat pilihan untuk membatalkannya. Pihak yang berkontrak boleh

membatalkan kontrak dengan alasan terdapat sesuatu unsur yang boleh

membatalkan kontrak tersebut. Harta atau barang yang telah dipindah milik

sebelum pihak tersebut membuat pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut

biasanya tidak boleh dituntut semula kerana ianya sah.

Perkara-perkara yang menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal adalah

seperti di tunjukkan rajah di bawah.

Kontrak Boleh Batal

Page 21: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 21/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

23

PAKSAAN 

Seksyen 15 AK 1950 mendefinisikan maksud paksaan secara amnya sebagai apa

saja kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan terhadap diri

seseorang, keluarga atau harta, atas tujuan supaya seseorang itu membuat

kontrak.

Contoh Kes :

CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN. BHD. LWN TAI KIM 

COO & 4 ORS (1988)2 MLJ 117 

Isu sah atau tidaknya kontrak yang dibuat atas paksaan di mana perayu 

meminta bayaran tambahan untuk tempahan rumah tanpa kerelaan responden.

Keputusan : Kontrak terbatal disebabkan terdapat unsur paksaan perayu dimana responden memasuki kontrak tanpa kerelaan.

PENGARUH TAK WAJAR  

Seksyen 16(1) AK 1950 mentakrifkannya sebagai ,

Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai pihak yang lain dan

Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil.

Contoh Kes:

CHAIT SINGH LWN BUDIN BIN ABDULLAH (1918) 1 FMSLR 348 

Isu samada kadar faedah yang begitu tinggi yang dikenakan oleh

plaintif terhadap defendan yang buta huruf dikira sebagai suatu

pengaruh tak wajar.

Keputusan : Plaintif gagal untuk membuktikan tiada pengaruh tak wajar

dikenakan terhadap defendan.

FRAUD (TIPUAN) 

Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang

membuat kontrak dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat

kontrak dengannya.

Page 22: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 22/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

24

Perbuatan-perbuatan itu ialah :

a.  menyarankan sesuatu fakta,

b.  menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,

c.  membuat janji tanpa niat menepati janji,

d. 

melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,

e.  mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh undang-

undang sebagai penipuan.

Contoh kes: SENANANYAKE LWN ANNIE YEO (1965)

Isu samada kenyataan tidak benar yang diberikan oleh defendan terhadap

kedudukan kewangan firma defendan yang menyebabkan plaintif mengalami

kerugian setelah melabur di dalam firma defendan. Mahkamah memutuskan

defendan berniat menipu plaintif dan kontrak terbatal.

SALAHNYATAAN 

Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyataan hendaklah berbentuk

satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja, ia tidak boleh

menjadi salahnyataan walaupun jika pendapat itu tidak benar. Salahnyataan

boleh jadi dalam 2 bentuk iaitu salahnyataan fraud dan salahnyataan ikhlas

yang mana ianya tidak mempunyai niat untuk menipu.

Contoh Kes: R LWN KYLSANT (1932) 

Isu samada kenyataan bersifat menipu di dalam prospektus syarikat dianggap

sebagai suatu salahnyataan fraud.

Keputusan: Penipuan tentang fakta sebenar mengenai kedudukan kewangan

syarikat adalah dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.

KHILAF (KESILAPAN) 

Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan terhadap fakta-

fakta penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkontrak, perjanjian

adalah batal.

Page 23: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 23/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

25

Contoh Kes : RAFFLES LWN WICHELHAUS (1864) 

Isu berkaitan dengan kesilapan mengenai 2 buah kapal yang membawa muatan

kapas iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu dianggap sebagai kesilapan

mengenai fakta penting di dalam kontrak yang menjadikan kontrak terbatal.

Apabila khilaf berlaku disatu pihak, kontrak tidak batal. Ini diperuntukan oleh

seksyen 23 AK 1950.

1.5  2 SALAH FAHAM UMUM MENGENAI KONTRAK PERJANJIAN 

Ada sebahagian orang awam berpendapat bahawa apa sahaja perjanjian yang

mereka buat boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Pendapat ini adalah silap

kerana bukan semua perjanjian memenuhi ciri-ciri Kontrak. Jika sesuatu

perjanjian itu tidak memenuhi ciri-ciri Kontrak, maka ia tidak boleh

dikuatkuasakan melalui undang-undang.

Contohnya jika suatu perjanjian itu tidak wujud "balasan", maka perjanjian itu

bukanlah suatu kontrak yang sah dan oleh itu tidak boleh dikuatkuasakan

melalui undang-undang.

Ada sebahagian ahli masyarakat juga berpendapat bahawa perjanjian yang

dibuat oleh seseorang dengan seseorang lain akan mengikat pihak-pihak lain

yang tidak terlibat dengan perjanjian itu (Dalam istilah undang-undang, pihak-

pihak yang lain itu bukan " privy to the contract").

Contohnya si A membuat perjanjian bertulis menjual keretanya (yang masih

dalam pembiayaan bank) kepada si B. Biasanya si A telah membuat perjanjianpinjaman (atau sewa beli) lebih awal dengan suatu bank semasa dia mula

membeli keretanya. Oleh itu jika hutang dengan bank gagal dibayar, maka

bank berhak merampas kereta tersebut berdasarkan perjanjian pinjaman di

antara bank dengan si A.

Page 24: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 24/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

26

Manakala si B tidak boleh menghalang bank untuk tidak merampas kereta

tersebut dengan alasan kereta tersebut telah dijual kepadanya melalui suatu

perjanjian bertulis. Sebab si B tidak boleh menghalang dari sudut undang-

undang ialah kerana bank tersebut tidak terlibat sebagai pihak kepada

perjanjian penjualan kereta tersebut, maka dengan itu bank tidak terikat

dengan apa-apa syarat perjanjian penjualan kereta tersebut.

Ada beberapa jenis perjanjian bertulis yang mengikat pihak lain yang tidak

terlibat dengan perjanjian tersebut tetapi ia dalam situasi yang terhad.

Contohnya adalah perjanjian perkongsian.

Page 25: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 25/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

27

BAB 2

PERSIAPAN MEMBUAT

K ONTRAK PERJANJIAN

Sebelum kedua-dua pihak membuat kesepakatan di dalam sesuatu Kontrak

Perjanjian yang jelas terperinci, biasanya kedua-dua pihak akan membuat satu

dokumen kesefahaman (Memorandum of Understanding) atau dikenal dengan

istilah MoU. Di dalam hal ini akan dibuat nota, resume pembicaraan, atau

intisari dari hal yang telah disepakati. Kegunaan utama MoU adalah sebagai

panduan dalam penyusunan Kontrak Perjanjian yang bakal dibuat.

MoU ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang akan membuat Kontrak

Perjanjian sehingga dapat digunakan bagi “ mengikat” kedua-dua pihak untuk

mengikuti semua kesepakatan yang telah dibincangkan. Hal-hal yang telah

dipersetujui dalam MoU kemudiannya akan disempurnakan dengan pembuatan

Kontrak Perjanjian yang lebih lengkap. Di dalamnya akan mencakupi

keseluruhan aspek hukum dan hal-hal yang harus dimasukkan, termasuk

menandatangani di depan saksi.

Di dalam MoU biasanya ditentukan tempoh waktu untuk Kontrak Perjanjian

disediakan. Apabila tempoh waktu tersebut telah tamat maka kesefahaman

tersebut akan terbatal dengan sendirinya.

Berlainan pula jika ia melibatkan projek yang yang dikeluarkan oleh pihak

Kerajaan. Sekiranya anda ditawarkan projek oleh pihak kerajaan setelah

Page 26: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 26/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

28

menang sebutharga/tender . Anda akan diberikan surat niat terlebih dahulu

tetapi ianya bergantung kepada agensi. Surat niat merupakan surat yang

dihantar kepada anda yang mana kandungannya meliputi kenyataan hasrat/niat

untuk menerima tawaran syarikat anda, tertakluk kepada persetujuan syarat-syarat agensi yang dikehendaki dipatuhi oleh anda sama ada melalui rundingan

atau cara-cara lain. Surat niat ini tidak mengikat kedua-dua pihak kepada suatu

Kontrak Perjanjian.

Oleh itu sekiranya agensi bercadang untuk menerima sesuatu tawaran tetapi

dengan beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh anda terlebih dahulu, maka

Surat Niat dikeluarkan. Namun terdapat juga agensi yang terus memberikan

Surat Pelantikan tanpa memberikan surat niat sekiranya perundingan di antara

kedua-dua pihak adalah muktamad dan tiada pindaan lanjut. Berikut adalah

tahap permulaan kepada pelengkap sesebuah Kontrak perjanjian :-

2.1  PERUNDINGAN 

Perundingan merupakan satu keperluan bagi pihak-pihak yang akan

membuat suatu perjanjian Kontrak Perjanjian untuk mengadakan

perbincangan dua hala bagi mencapai kesepakatan sebagai akibat

adanya perbezaan-perbezaan terhadap sesuatu perkara dan

dilatarbelakangi oleh kesamaan /ketidaksamaan kepentingan di antara

pihak-pihak tersebut.

Dengan kata lain perundingan merupakan poses tawar menawar antara

kedua-dua pihak yang akan membuat sesuatu Kontrak Perjanjian agar

masing-masing pihak tidak mengalami kerugian dan mendapatkeuntungan dari Kontrak Perjanjian yang dibuat.

Perundingan dilakukan sebelum Kontrak Perjanjian disusun atau sebelum

melakukan suatu perhubungan bersyarat yang menimbulkan suatu

Page 27: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 27/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

29

hubungan “mengikat” kedua-dua belah pihak. Perundingan merupakan

proses permulaan sebagai usaha untuk mencapai kesepakatan antara

kedua-dua pihak. Ketika berunding, masing-masing pihak mengemukakan

penawaran terhadap yang lain. Akhirnya mencapai sesuatu persetujuanatau kesepakatan antara kedua-dua belah pihak.

2.2 

PERSETUJUAN. 

Pada peringkat ini kedua-dua pihak bersetuju dengan perundingan yang

telah dilakukan maka pihak agensi akan mengeluarkan satu Surat Setuju

Terima yang mengesahkan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan

kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam dokumen

sebutharga/tender, syarat yang telah dipersetujui dalam surat niat dan

apa-apa syarat lain yang telah dipersetujui melalui rundingan

sebelumnya. Sehubungan dengan itu, apa-apa syarat yang telah

dipersetujui sebelumnya hendaklah dinyatakan dengan jelas dan

persetujuan tersebut merupakan sebahagian daripada Kontrak

Perjanjian. Surat Setuju Terima ialah satu surat dokumen perundangan

yang sah dan merupakan sebahagian daripada Kontrak Perjanjian.

Apabila semua perkara telah diselesaikan dan tiada rundingan lanjut

diperlukan, Surat Setuju Terima akan dikeluarkan kepada anda oleh

agensi. Satu ikatan Kontrak Perjanjian wujud di antara kedua-dua pihak

Setelah Surat setuju Terima ditandatangani dan dikembalikan oleh anda

Page 28: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 28/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

30

kepada agensi. Surat Setuju terima juga perlu ditandatangani di hadapan

saksi dan saksi juga perlu menurunkan tandatangan. Surat Setuju Terima

dikenali juga sebagai surat Pemberitahuan Penerimaan

Sebutharga/Tender ianya adalah perkara yang sama .

2.3 

PENYEDIAAN MAKLUMAT KONTRAK PERJANJIAN 

Terdapat beberapa item yang anda perlu kenalpasti sebelum anda

membuat Kontrak Perjanjian. Ini kerana data yang disediakan sebelum

Kontrak Perjanjian dibuat akan memudahkan ianya dilaksanakan. Item-

ietem tersebut adalah seperti :-

2.3.1 

No.Kontrak 

No Kontrak perlu diletakkan pada bahagian atas Kontrak Perjanjian. Jika

anda berurusan dengan kerajaan letakkan juga nombor sebutharga pada

bahagian kulit luar Kontrak Perjanjian. Tujuan anda disediakan nombor

kontrak adalah bagi memudahkan urusan pengfailan dan pencarian

apabila ia diperlukan kelak.

2.3.2 

Nama Alamat Syarikat 

Pastikan nama syarikat yang anda membuat Kontrak perjanjian adalah

betul dan tepat termasuklah nama syarikat anda. Nama syarikat

hendaklah mengikut nama pendaftaran syarikat yang digunakan semasa

berdaftar dengan SSM. Jika menggunakan nama seseorang di dalam

Kontrak perjanjian pastikan nama tersebut adalah seperti yang tercatat

di dalam Kad Pengenalan. Terdapat kes di mana seorang Komposer lagumenang kes mahkamah kerana namanya yang dieja di dalam Kontrak

Perjanjian adalah tidak sama seperti yang tertera di dalam Kad

Pengenalan.

Page 29: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 29/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

ee

 

2.3.3  NO.PENDAFTARAN ROB/ROC/ROS 

Nombor pendaftaran syarikat juga hendaklah tepat dan sama dengan

nombor pendaftaran yang terdapat pada sijil Pendaftaran di SSM.Pastikan anda memeriksa dua kali nombor pendaftaran. Jika masih tidak

yakin minta kerani anda memeriksa untuk anda kerana kali pertama kita

tidak akan perasan mungkin orang kedua akan nampak jika terdapat

kesilapan.

2.3.4  KAEDAH PEROLEHAN 

Untuk Kontrak Perjanjian dengan Kerajaan terdapat tiga jenis kaedah

perolehan iaitu rundingan terus, sebutharga dan Tender. Bagi Kontrak

Perjanjian Perkhidmatan yang di bawah RM 50,000.00 ianya adalah

Kontrak Perjanjian secara rundingan terus. Kontrak Perjanjian RM

50,000.00 hingga RM 200,000.00 ianya adalah Sebutharga dan 200,000.00

hingga ke atas adalah Tender. Itu adalah untuk Kontrak Perkhidmatan.

Saya tidak akan membincangkan secara terperinci mengenai perkara ini

anda boleh merujuk kepada Kaedah Perolehan Sebutharga/Tender yang

dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

2.3.5  TEMPOH KONTRAK (BERTEMPOH/SEKALI GUS) 

Tempoh Kontrak juga perlu dikenalpasti dalam menyediakan Kontrak

Perjanjian anda. Tempoh Kontrak akan bermula mengikut tarikh suratsetuju terima yang anda tandatangan. Bukannya tarikh Kontrak

Perjanjian ditandatangan. Kebanyakkan syarikat yang menyediakan

Kontrak Perjanjian keliru dengan Tempoh Kontrak dan Tarikh Kontrak.

Tempoh kontrak selalunya di buat selama 1 tahun mengikut kebiasaan.

Page 30: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 30/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

30

Malah terdapat juga Tempoh Kontrak Perjanjian yang dibuat selama 6

bulan malah 2 tahun ianya bergantung kepada jenis perkhidmatan yang

anda laksanakan. Sebagai contoh Kontrak Perjanjian untuk Membekal

Komputer riba selalunya adalah 2 tahun . Kadang kala tempoh Kontrakjuga dikelirukan oleh Tempoh jaminan barangan. Anda perlulah jelas di

antara tempoh kontrak dan tempoh jaminan barangan. Di mana tempoh

jaminan merupakan jaminan terhadap barang yang dibekalkan oleh

pembekal atau pengilang. Jaminan boleh diberikan oleh

pembuat/pengilang atau syarikat.

2.3.6  TARIKH KUATKUASA KONTRAK PERJANJIAN 

Anda juga perlu memastikan tarikh kuatkuasa dan tarikh tamat kontrak

sekiranya tarikh kuatkuasa kontrak adalah pada 26 Ogos 2010 makan

tarikh tamat Kontrak Perjanjian untuk tempoh 1 tahun adalah 25 Ogos

2010. Semasa di dalam tarikh kuatkuasa kontrak keseluruhan isi dan

syarat-syarat yang terdapat di dalam Kontrak Perjanjian adalah aktif dan

sekiranya terdapat sebarang pelanggaran di dalam Kontrak Perjanjian

maka ianya boleh digunakan dan boleh di bawa ke mahkamah. Selepas

tarikh tamat Kontrak Perjanjian maka Kontrak Perjanjian tersebut tidak

akan terpakai lagi dan secara automatiknya anda tidak akan terikat

kepada Kontrak Perjanjian tersebut.

2.3.7  NILAI KONTRAK PERJANJIAN 

Nilai Kontrak perjanjian pertamanya anda perlu semak kepada suratsetuju terima yang diberikan untuk tandatangan anda sebagai tanda

yang anda bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan atau kerja-kerja

yang ditawarkan. Pastikan jumlah yang dinyatakan adalah betul dan

semak setiap titik perpuluhan yang tercatat pada surat setuju terima

Page 31: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 31/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

31

dan yang ditulis pada Kontrak Perjanjian. Terdapat satu kes di mana

kontraktor terpaksa menolak Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membekal

Kerusi Dan Meja untuk satu program yang di jalankan oleh agensi

Kerajaan kerana kesilapan pada titik perpuluhan.

2.3.8  JADUAL PEMBAYARAN 

Pastikan jadual pembayaran untuk proses pembayaran telah dipersetujui

oleh kedua-dua pihak yang membuat Kontrak Perjanjian. Terdapat 2

kaedah pembayaran yang dilakukan iaitu secara berfasa mengikut

peratusan kerja yang telah siap atau dibayar sekali gus. Tetapi saya

nasihatkan anda sekiranya anda sebagai pihak pembayar, kaedah yang

paling baik adalah dengan membuat bayaran secara berfasa mengikut

peratusan kemajuan kerja yang dilaksanakan.

Ini kerana saya pernah mengalami sendiri masalah di mana syarikat yang

di berikan projek untuk Perkhidmatan Membina Laman Web tidak

membuat kerja dengan memuaskan. Apabila bayaran sekali gus dibuat

iaitu bayaran penuh , syarikat tersebut membuat kerja sambil lewa dan

memberi alasan sibuk dengan projek lain.

Oleh itu saya nasihatkan anda buatlah bayaran secara berfasa mengikut

peratusan kemajuan projek kerana ianya adalah kaedah yang paling baik

untuk mengikat dan “memaksa“ pihak yang satu lagi dalam

melaksanakan sesuatu projek yang di amanahkan. Kuasa wang adalahpendorong yang paling berkesan dalam menyuruh seseorang membuat

apa yang kita inginkan.

Page 32: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 32/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

32

BAB 3

MEMBUAT K ONTRAK

PERJANJIAN

3.1 

PEMILIHAN TAJUK  

Pemilihan tajuk atau judul sesebuah Kontrak Perjanjian adalah penting

dan hendaklah bersesuaian dengan perkhimatan/kerja yang akan

dilaksanakan. Tajuk hendaklah mencerminkan isi Kontrak Perjanjian,

hendaklah dibuat secara singkat, padat dan jelas serta tidak

menimbulkan sebarang tafsiran yang mengelirukan.

Kesilapan menulis tajuk Kontrak Perjanjian akan mengundang masalah

dari segi mengkategorikan Kontrak Perjanjian, implikasi daripada tajuk

yang digunakan akan menyebabkan sesuatu projek itu menjadi KontrakPerjanjian Perkhidmatan, Bekalan atau pun Kerja-Kerja.

Di dalam Kontrak Perjanjian selain dinyatakan di kulit hadapan Kontrak

Perjanjian, tajuk juga hendaklah diisytiharkan pada bahagian atas

syarat-syarat Kontrak Perjanjian sebelum tarikh kontrak. Tetapi ianya

tidak menjadi suatu kesalahan jika ianya tidak diletakkan di bahagian

atas syarat-syarat Kontrak Perjanjian. Contoh tajuk Kontrak Perjanjian :-

Page 33: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 33/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

33

PERJANJIAN MEMBEKAL PERALATAN PEJABAT DI

INSTITUT PENERANGAN MALAYSIA  

PERJANJIAN ini diperbuat pada ……. haribulan ……………. 2010  

3.2 

KALIMAH PEMBUKA 

Dalam kalimah pembuka suatu Kontrak Perjanjian biasanya digabungkan

hari, bulan dan tahun pembuatan Kontrak Perjanjian yang berkenaan. Ini

dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengetahui waktu Kontrak

Perjanjian dibuat. Tarikh Kontrak Perjanjian boleh juga diletakkan pada

bahagian akhir dari Kontrak Perjanjian semasa proses menandatangani

Kontrak Perjanjian oleh kedua-dua pihak. Terserahlah kepada kedua-dua

pihak . Namun kaedah terbaik adalah tarikh diletakkan dibawah

No.Rujukan seperti di bawah:-

No. Ruj : KPM/PM (S) 563-9 Jld.3 ( 45 ) TAHUN 2010  

SATU PERJANJIAN dibuat pada………..hari  bulan.............2010  

Fungsi bahagian ini adalah untuk menghubungkan segala sesuatu yang

tersirat di dalam tajuk dengan kedua-dua pihak yang berkepentingan di

dalam Kontrak Perjanjian tersebut.

Untuk memudahkan anda, berikut ini diberikan beberapa contoh kalimah

pembuka sesuatu Kontrak Perjanjian yang diiktiraf oleh pakar

perundangan:-

Page 34: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 34/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

34

(No. Ruj :KPM/PM (S) 563-9 Jld.3( 45 ) TAHUN 2010  

SATU PERJANJIAN dibuat pada………..hari bulan.............2010

Di Antara 

KERAJAAN MALAYSIA yang diwakili oleh [Nama Kementerian] yang beralamat

t..................................](kemudian daripada ini disebut sebagai “Kerajaan”) bagi satu

 pihak, 

Dan 

[Syarikat Kontraktor] (No. Pendaftaran Syarikat: [.......................]) sebuah syarikat yangdiperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan beralamat (atau pejabat

berdaftarnya yang terletak di) [.....................................................................................],.(  kemudian dari ini disebut “Kontraktor”), bagi Pihak yang satu lagi. 

Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara persendirian sebagai “Pihak” dan

bersesama sebagai “Pihak -Pihak”. 

3.3 

PENGENALAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT 

Pengenalan ataupun pihak yang terlibat dalam meterai kontrak

perjanjian akan digabungkan selepas Kalimah pembuka. Di bahagian ini

biasanya akan ditulis nama, pekerjaan, jabatan, alamat dan bertindak

untuk untuk dan atas nama siapa. Untuk Kerajaan akan dinyatakan nama

kementerian dan alamat Kementerian. Identiti kedua-dua pihak

hendaklah ditulis secara lengkap, tepat dan tiada kesilapan dari segi

ejaan. Ini kerana supaya pihak-pihak yang mengikat Kontrak Perjanjian

tidak lari daripada tanggungjawab terhadap pelaksanaan Kontrak

Perjanjian yang dibuat dan jika terdapat kesalahan pada perisytiharan

identiti kedua-dua pihak akan menyebabkan lepasnya salah satu pihak

atau pihak-pihak daripada kewajipan yang harus dipenuhi.

Jika orang perseorangan nama yang digunakan hendaklah menggunakan

nama penuh dan jika jabatan pula perlulah ditulis secara penuh.

Page 35: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 35/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

35

Contohnya jika nama Muhammad jangan dipendekkan menjadi Muhd

atau Mohd . Bagi Agensi Kerajaan untuk Kementerian atau jabatan

jangan disingkatkan Kepada Kem atau Jab. Pengenalan para pihak

hendaklah ditulis mengikut bukti diri yang dimiliki oleh para pihak sesuaidengan ketentuan perundangan negara Malaysia. Untuk membuat

kontrak Perjanjian biasanya yang digunakan sebagai bukti pengenalan

diri adalah Kad pengenalan, pasport dan maklumat yang terdapat pada

sijil Pendaftaran SSM. Bukti-bukti tersebut haruslah bukti-bukti

pengenalan yang masih sah pada masa Kontrak Perjanjian dibuat.

Pengenalan pihak-pihak yang meterai Kontrak Perjanjian akan

dinyatakan selepas kalimah pembuka iaitu:-

UNIQRAFT WORKS ENTERPRISE (No. Pendaftaran Perniagaan:14124444-V) yangbagi tujuan perjanjian ini sebuah perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah AktaPendaftaran Perniagaan 1956 yang beralamat di K5-3-06, Blok K5 Nuri Court ,JalanPandan Indah 6/1, Kenari Court Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur (selepas ini disebutsebagai “Kontraktor”) bagi satu pihak. 

ASURA MANUFACTURER (M) SDN BHD (No. Pendaftaran Perniagaan: 4562354-M)

sebuah perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan1956 dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 6, 21, 22, 32-36, Medan BusinessCentre, Bandar Baru Kepong , 50695 Kuala Lumpur (selepas ini disebut sebagai“Pembekal”) di pihak yang satu lagi. 

Kontraktor dan Pembekal secara individu boleh dirujuk sebagai “Pihak” dan secarakolektifnya dirujuk sebagai “Pihak -Pihak”  

Dari rumusan di atas jelas bahawa Uniqraft Woks Enterprise adalah

individu yang atau organisasi yang menawarkan projek kepada Asura

Manufacturer (M) SDN BHD. Manakala Asura Manucfacturer (M) SDN BHDadalah pihak yang akan melaksanakan projek yang diberikan oleh

Uniqraft Works Enterprise. Contoh untuk Kontrak Kerajaan pula adalah

seperti di bawah :-

Page 36: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 36/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

36

KERAJAAN MALA YSIA yang diwakili oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang

beralamat di Tingkat 6, 21, 32-36, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra 

(PWTC), 45, Jalan Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut

sebagai “Kerajaan”) bagi satu pihak, 

Dan 

MIX NETWORK CONSULTANCY (M) SDN BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 663074-E) sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 danberalamat (atau pejabat berdaftarnya yang terletak di) No. 18-4, Jalan Cahaya T U7/t,Pinggiran Subang, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor. ( kemudian dari ini disebut“Kontraktor”), bagi Pihak yang satu lagi. 

Kerajaan dan Kontrakt or boleh dirujuk secara persendirian sebagai “Pihak” dan

bersesama sebagai “Pihak -Pihak”. 

3.4  PERSETUJUAN KONTRAK  

Persetujuan Kontrak Perjanjian akan dinyatakan selepas Perisytiharan

kedua-kedua pihak yang memeterai Kontrak Perjanjian. Persetujuan

Kontrak Perjanjian yang melibatkan kedua-dua pihak adalah bagi

menyatakan peranan masing-masing di mana pihak yang berkehendakkan

sesuatu perkhimatan atau kerja akan menyatakan tujuan secara jelas

dibahagian ini. Manakala pihak yang akan membekal atau melaksanakan

perkhidmatan atau kerja akan dinyatakan juga secara jelas pada

bahagian ini.

 A. Kontraktor berkehendakkan Pembekal membekal peralatan pejabat di PejabatUniqraft Works seperti mana dinyatakan di Lampiran A Perjanjian ini. 

B. Pembekal bersetuju membekal peralatan pejabat di Pejabat Uniqraft Works seperti

mana dinyatakan di Lampiran A Perjanjian ini mengikut terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini. 

Rumusan di atas menunjukkan persetujuan di antara kedua-dua pihak

bagi Membekal Peralatan Pejabat. Ianya dinyatakan secara jelas apakah

peranan yang akan dimainkan oleh pihak yang akan membekalkan

Page 37: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 37/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

37

barangan tersebut. Contoh di bawah pula adalah untuk Kontrak

Perjanjian di antara pihak swasta dengan Kerajaan bagi Perkhidmatan

Membekal, Memasang dan Menyelenggara Peralatan ICT.

(a) Kerajaan berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Kontraktor untuk

Membekal, Memasang dan Menyelenggara Peralatan ICT di Institut Penerangan

Malaysia, Jalan Angkasapuri , Kuala Lumpur; dan 

(b) Kontraktor bersetuju mengendalikan Perkhidmatan Membekal, Memasang dan

Menyelenggara Peralatan ICT di institut Penerangan Malaysia, Jalan Angkasapuri ,

Kuala Lumpur tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di

dalam Perjanjian ini. 

3.5 

ISI KONTRAK PERJANJIAN 

Isi Kontrak Perjanjian adalah inti bagi sesebuah Kontrak Perjanjian. Pada

bahagian ini akan dihuraikan secara panjang lebar isi Kontrak Perjanjian

yang diinginkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Isi Kontrak

Perjanjian akan meliputi objektif Kontrak Perjanjian, hak, kewajipan,

kedua-dua pihak dan huraian lengkap mengenai prestasi dan syarat-

syarat yang dipersetujui bersama.

Sesuai dengan sistem terbuka yang diamalkan di Malaysia. Maka kedua-dua pihak yang meterai Kontrak perjanjian adalah bebas untuk

memasukkan syarat-syarat yang dipersetujui sesuai mengikut kehendak

masing-masing ke dalam Kontrak Pejanjian selagi tidak melanggar

Undang-undang Kontrak Malaysia dan mengikut ciri-ciri yang perlu ada di

dalam sesebuah Kontrak Perjanjian seperti yang dinyatakan pada awal

bab.

3.6  PENUTUP 

Bahagian Penutup bagi Kontrak Perjanjian merupakan bahagian akhir

dari Kontrak Perjanjian tersebut. Pada bahagian ini dikemukakan 1

Page 38: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 38/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

38

mukasurat terakhir yang perlu di tandatangani oleh Kedua-dua pihak

yang membuat memeterai Kontrak Perjanjian serta 2 orang saksi. Bagi

Kontrak Kerajaan untuk penjawat awam penandatangan Kontrak

Perjanjian hendaklah individu yang diberikan Kuasa oleh Menteri.Contohnya adalah seperti di bawah:-

DENGAN DISAKSIKAN di bawah ini, pihak-pihak di sini telah menandatangani Perjanjian

ini melalui wakil-wakil yang diberi kuasa oleh mereka pada hari, bulan dan tahun yang

mula-mula ditulis di atas. 

Ditandatangani untuk dan bagi ) Disaksikan oleh :

 pihak KERAJAAN ) 

 ) 

 )  ) 

 ) 

Tandatangan: ................................ ) Tandatangan: .............................. 

 ) 

Nama: ............................................. ) Nama: .......................................... 

 ) 

Jawatan: ......................................... ) Jawatan: ...................................... 

 ) 

No. K/P: ........................................... ) No. K/P: ....................................... 

Ditandatangani untuk dan bagi ) Disaksikan oleh :

 pihak KONTRAKTOR  

 ) 

Tandatangan: ................................ ) Tandatangan: .............................. 

 ) 

Nama: ............................................. ) Nama: .......................................... 

 ) 

Jawatan: ......................................... ) Jawatan: ...................................... 

 ) 

No. K/P: ........................................... ) No. K/P: ....................................... 

Cap Syarikat: .................................... ) Cap Syarikat: ............................... 

Page 39: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 39/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

39

BAB 4

PELAKSANAAN K ONTRAK

PERJANJIAN Setelah Kontrak Perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak maka terdapat

3 perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kedua-dua pihak tersebut iaitu

pelaksanaan, penafsiran terhadap Kontrak Perjanjian dan penyelesaian

sengketa.

4.1 

Pelaksanaan Kontrak Perjanjian 

Setelah menandatangani suatu Kontrak Perjanjian bermakna telah

terjalin hubungan syarat-syarat antara kedua-dua pihak. Perkara

penting yang harus diperhatikan dalam melaksanakan Kontrak Perjanjian

adalah pematuhan hak dan kewajipan masing-masing. Tujuannya supaya

tidak menimbulkan kerugian dari salah satu pihak terhadap pihak yang

lain.

Dalam amalan biasa kelambatan dalam mematuhi kewajipan dan

ketidakmampuan dalam memenuhi sebahagian atau semua kewajipan

yang terdapat di dalam kontrak Perjanjian. Sekiranya perkara ini berlaku

,sangat digalakkan supaya perkara tersebut diberitahu kepada pihak

yang satu lagi. Dengan demikian , muncul niat baik daripada pihak yang

tidak mampu memenuhi kewajipannya.

Perkara ini akan sangat membantu dan boleh menjadi faktor yang

menguntungkan bagi individu tersebut sekiranya timbul isu yang

Page 40: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 40/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

40

melanggari syarat-syarat Kontrak Perjanjian. Contohnya kes yang

berlaku kepada diri saya bagi projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem

Penghawa Dingin Di Bilik Server . Di mana 3 unit pengahawa dingin telah

pun dipasang tetapi pihak Kontrak memaklumkan bahawa Sistem

Pemantauan SMS untuk projek tersebut akan dipasang lewat kerana

sistem itu perlu diimport daripada Amerika Syarikat. Dengan

memaklumkan lebih awal maka saya dapat bertolak ansur dengan

Kontraktor dan meminta pihak Kontarktor memberikan surat secara

bertulis tentang kelewatan pemasangan sistem tersebut.

4.2  Penafsiran Isi Kontrak Perjanjian 

Didalam setiap Kontrak Perjanjian perlulah diadakan takrif bagi setiap

entiti atau badan sesuatu organisasi di mana ianya perlu untuk anda

membuat pengecaman dan perisytiharan perkataan-perkataan serta

ungkapan-ungkapan di dalam kontrak tanpa perlu mengulanginya banyak

kali. Contoh takrif yang selalu digunapakai oleh penyedia Kontrak

Perjanjian adalah :

(a) “KERAJAAN” ertinya Kerajaan Malaysia yang bagi tujuan ini diwakili oleh Menteri

Penerangan Malaysia dan termasuklah mana-mana pegawai awam yang diberi

kuasa secara bertulis oleh Menteri menurut Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120).  

(c) “KONTRAKTOR ” ertinya MiX NETWORK CONSULTANCY (M) SDN BHD, No. 10-

1, Jalan Cahaya T U7/t, Pinggiran Subang, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor

dan termasuklah wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, pengganti dan penerima pindah

milik; 

(e)“PERKHIDMATAN” ertinya Membekal, Memasang d an Menyelenggara Peralatan

ICT di Pusat Penerangan Malaysia, Jalan Ang kasapuri , Kuala Lum pur.  

(f) “ PREMIS ” ertinya Pusat Penerangan Malaysia yang beralamat di 549, Jalan Angkasapuri 50400 Kuala Lumpur; 

(g) “ TEMPOH PERJANJIAN ” ertinya tempoh kuatkuasa Perjanjian ini iaitu selama satu 

(1) tahun mulai 1 Disember 2009 hingga 30 November 2010. 

Page 41: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 41/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

41

4.2.1 Tafsiran 

Tafsiran berbeza dengan takrif di mana tafsiran bagi setiap Kontrak Perjanjian adalah

lebih kepada penggunaan ayat atau perkataan berbanding dengan takrif yang lebih

menfokuskan kepada perkara yang disebut di atas. Tafsiran adalah standard ini

bermakna anda tidak perlu bersusah payah untuk mengantikan dengan tafsiran yang

lain yang anda rasa perlu kerana tafsiran-tafsiran seperti di bawah telah diiktiraf oleh

pakar perundangan. Ini kerana terdapat beberapa perkataan undang-undang yang anda

tidak pernah jumpa semasa di sekolah menengah. Contohnya seperti di bawah :

Pihak-pihak kepada Perjanjian bersetuju melainkan dikehendaki sebaliknya, ayat-ayat

dan ekspresi-ekspresi yang digunakan di dalam Perjanjian ini hendaklah mempunyai

tafsiran berikut: 

(a) klausa, lampiran, jadual dan mana-mana dokumen yang dirujuk di dalamPerjanjian ini hendaklah diterima, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian

yang penting dan perlu di dalam Perjanjian ini; 

(b) rujukan kepada klausa, lampiran dan jadual hendaklah ditafsirkan sebagai

rujukan terhadap klausa, lampiran dan jadual Perjanjian ini, melainkan jika yang

lain dikehendaki; 

(c) semua rujukan kepada mana-mana peruntukan statut adalah termasuk mana-

mana peruntukan yang telah dipinda, diubah dan digubal semula; 

(d) mana-mana perkataan yang menunjukkan genus adalah merangkumi genus

neutral; 

(e) mana-mana perkataan yang menunjukkan mufrad adalah merangkumi

 perkataan jamak dan begitulah sebaliknya; 

(f) mana-mana rujukan kepada “hari bekerja” adalah merupakan rujukan kepada

hari selain daripada hari Sabtu dan Ahad dan hari yang telah diisytiharkan oleh

Kerajaan sebagai hari cuti umum atau hari yang tidak bekerja bagi pekerja-

 pekerja Kerajaan dan mana-mana rujukan kepada “hari”, “minggu”, “bulan” atau

“tahun” adalah merupakan rujukan kepada hari, minggu, bulan dan minggu

tersebut menurut kalendar Gregory; 

(g) mana-mana rujukan kepada “waktu bekerja” yang berkait dengan Kerajaan

adalah bererti waktu-waktu: 

(i) di antara 7.30 pagi hingga 5.30 petang daripada hari Isnin hingga Jumaat

bagi negeri-negeri yang di mana hari minggunya jatuh pada hari Sabtu

dan Ahad; dan 

Page 42: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 42/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

42

(ii) di antara 7.30 pagi hingga 5.30 petang daripada hari Ahad hingga Khamis

bagi negeri-negeri yang di mana hari minggunya jatuh pada hari Jumaat

dan Sabtu; 

(h) mana-mana rujukan kepada “kelulusan” atau “persetujuan” adalah bererti

kelulusan atau persetujuan bertulis; 

(i) mana-mana rujukan kepada “pihak - pihak” adalah bererti pihak -pihak di dalam

Perjanjian ini. 

4.3  SKOP KERJA 

Kontrak Perjanjian juga perlu disertakan dengan Skop Kerja. Kesilapan

yang biasa dilakukan oleh Penyemak Kontrak Perjanjian adalah dengan

menganggap Skop Kerja dan spesifikasi Teknikal adalah perkara yangsama. Walhal ia merupakan dua dokumen yang berbeza.

Di mana Skop merujuk perihal perkhidmatan yang dilaksanakan dan

semua kerja yg terlibat dalam menyiapkan projek dan proses yang

digunakan untuk mencipta projek. Ini bermakna proses daripada serahan

tapak sudah dikira termasuk didalam Skop Kerja Sehinggalah proses

penghantaran barangan, pemasangan produk dan pengujian projek

dilakukan.

Skop Kerja akan di lampirkan di bahagian belakang Kontrak Perjanjian.

Pada bahagian ini anda perlu menyatakan Kuantiti barang-barang yang

dihantar hendaklah tepat dan anda perlu memeriksa barang-barang yang

diterima terlebih dahulu sebelum menandatangani Dokumen Pesanan.

Selain itu perlu dinyatakan juga Peralatan yang dibekalkan dan dihantar

oleh Kontraktor hendaklah baru, asli, belum digunakan( kecuali bagi

tujuan ujian mutu di kilang), dari keluaran semasa serta sesuai dan baik

untuk digunakan bagi tujuan ia diperolehi, mematuhi kehendak anda

dan mempunyai keupayaan prestasi yang baik, bebas dari kecacatan,

kerosakan dan kekurangan sama ada dari segi kualiti, prestasi, bahan

Page 43: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 43/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

43

yang digunakan dan mutu serta mematuhi semua syarat-syarat Kontrak

Perjanjian Perjanjian.

4.4  HARGA DAN NILAI PERJANJIAN 

Harga dan nilai perjanjian perlu dinyatakan jelas di dalam Kontrak

Perjanjian. Anda perlu perhatian betul titik perpuluhan bagi harga

Kontrak Perjanjian dan sebutan harga yang dinyatakan di dalam bentuk

ayat. Contoh Klausa yang selalu digunakan adalah seperti:-

Nilai Perjanjian ini ialah RM 141,198.30 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Emp at Puluh

Satu Ribu Satu Ratus Sem bilan Puluh L apan Dan Sen Tiga Puluh Sahaja) dan ia

tidak boleh ditambah atau dikurangkan kecuali dengan persetujuan bersama Pihak-Pihak

di dalam bentuk pindaan kepada Perjanjian ini dan ditandatangani oleh Pihak-Pihak. 

4.5 

PEMBAYARAN 

Sebagai balasan kepada Perkhidmatan yang dibekalkan oleh Kontraktor,

Kerajaan akan membuat pembayaran bagi Perkhidmatan tersebut boleh

dilakukan secara berperingkat mengikut peratusan kemajuan projek atau

Page 44: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 44/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

44

pun secara 1 kali (lump sum) dan anda perlulah lampirkan di Jadual

Pembayaran. Tempoh maksimun pihak Kerajaan perlu membuat bayaran

adalah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Kontraktor

mengemukakan Inbois Perdagangan kepada Kerajaan. Sekiranya dalamtempoh tersebut pembayaran masih tidak lagi dibuat dan dokumen-

dokumen proses pembayaran yang lengkap telah dikemukakan , anda

boleh membuat aduan kepada Bahagian Perolehan, Kementerian

Kewangan.

Bagi memudahkan proses bayaran dibuat anda perlulah mengemukakan

dokumen-dokumen pembayaran yang lengkap kepada Kerajaan.

Pembayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia mengikut kadar

pertukaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tarikh

pembayaran dibuat oleh Kerajaan sekiranya harga Perkhidmatan yang

dipersetujui di dalam Perjanjian ini dibuat dalam matawang Negara

asing. Sebarang isu yang timbul di antara Kontraktor dengan mana-mana

pihak ketiga mengenai pembayaran dalam Perjanjian ini adalah di luar

tanggungjawab Kerajaan.

4.6 

WANG TAHANAN 

Wang tahanan merupakan sejumlah wang yang akan ditahan oleh pihak

pembayar kepada kontraktor yang melaksanakan projek . Tujuan wang

tahanan dikenakan adalah bagi mengelakkan pihak kontraktor daripada

lari daripada mengjalankan kerja-kerja yang timbul projek selesai

dilaksanakan. Tempoh wang tahanan adalah enam (bulan) ataupun satu

(1) 

tahun daripada tarikh siap projek. Wang Tahanan boleh ditahan

sama ada pihak pembayar tidak membuat pembayaran penuh terhadap

jumlah keseluruhan projek . Contohnya, pihak pembayar hanya

membayar 95% daripada harga projek dan baginya akan dibayar selepas

selesai tempoh kecacatan. Kaedah yang kedua adalah pihak kontrator

Page 45: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 45/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

45

sendiri yang memasukkan sejumlah wang yang telah dipersetujui oleh

kedua-dua pihak ke dalam Bank dan dikemukakan bukti wang tersebut

telah di masukkan iaitu sebuah dokumen yang dinamakan Bon

Pelaksanaan. Wang Tahanan yang dimasukkan oleh kontraktor itu tadihanya boleh dikembalikan kepada pihak kontraktor setelah pihak bank

menerima surat pelepasan wang tahanan daripada pihak pembayar.

Contohnya, Kontraktor dikenakan sebanyak 5% daripada harga kontrak

bagi wang tahanan iaitu berjumlah Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Enam

Puluh (RM7,060.00) sahaja bagi harga Kontrak perjanjian yang bernilai

RM 141,198.30 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Empat Puluh Satu Ribu

Satu Ratus Sembilan Puluh Lapan Dan Sen Tiga Puluh Sahaja) . Wang

tahanan ini akan dikembalikan setelah tamat tempoh liability kecacatan

dan segala kerja-kerja kecacatan telah diambil tindakan.

4.7  TEMPOH PERJANJIAN 

Tempoh perjanjian adalah jangka masa Kontrak Perjanjian berkuatkuasa

dan boleh diguna pakai sekiranya terdapat sebarang isu yang timbul.

Selepas tarikh tamat tempoh perjanjian Kontrak Perjanjian tidak akan

sah dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tuntutan. Contohnya ,

Perjanjian ini adalah berkuatkuasa untuk tempoh satu (1) tahun mulai 1

Disember 2009 hingga 30 November 2010. 

Walaubagaimanapun Kontrak Perjanjian boleh dilanjutkan kepada suatu

tempoh yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak secara bertulis. Permohonan

bagi melanjutkan Perjanjian ini boleh dibuat oleh mana-mana pihak

dengan memberi notis bertulis, sebelum tamatnya tempoh Perjanjian.

Sebarang pindaan mengenai tempoh Kontrak Perjanjian hendaklah

dibuat dengan cara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Page 46: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 46/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

46

4.8 

OBLIGASI PIHAK-PIHAK  

Obligasi pihak-pihak merupakan pematuhan oleh kedua-dua pihak

terhadap syarat perjanjian. Balasan daripada pematuhan yangdilaksanakan oleh Kontraktor pihak Kerajaan akan memberikan balasan

berupa wang ringgit dengan syarat semua obligasi telah dipatuhi. Contoh

klausa Oligasi adalah seperti di bawah:-

Syarikat hendaklah :- 

(a) menjalankan dan menyempurnakan Perkhidmatan tersebut menurut

terma dan syarat Perjanjian ini; 

(b) membekalkan Perkhidmatan tersebut mengikut peringkat-peringkat

 pembangunan di Jadual Pelaksanaan dan Skop K er ja Perjanjian ini; 

(c) sentiasa mengendalikan keseluruhan Perkhidmatan tersebut dengan

tenaga pekerja yang cekap, berkelayakan dan berpengalaman

bersesuaian dengan pelaksanaan perkhidmatan tersebut; 

(d) bertanggungjawab untuk keseluruhan kos dan perbelanjaan

Perkhidmatan tersebut dan membuat perancangan yang wajar untuk

 peruntukan-peruntukan kewangan bagi menjalankan Perkhidmatan

tersebut; 

(c) mengupah dengan kos dan perbelanjaannya sendiri Kontraktor-

Kontraktor Pakar, para perunding dan/atau agen-agen yang diberi kuasauntuk kewajaran perlaksanaan dan prestasi perkhidmatan-perkhidmatan

tersebut; 

(e) menghantar dan menyerahkan Peralatan kepada Kerajaan di Premis

yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada Waktu Hari Bekerja; 

(f) menyediakan dengan kos dan perbelanjaannya sendiri segala peralatan

dan bahan-bahan yang diperlukan untuk perlaksanaan Perkhidmatan

tersebut; 

(g) membekal dan menghantar Peralatan yang baru, asli, belum ( kecuali

bagi tujuan ujian mutu di kilang), dari keluaran semasa serta sesuai danbaik untuk digunakan bagi tujuan ia diperoleh, dan mempunyai

keupayaan prestasi yang dinyatakan di dalamnya, bebas dari kecacatan,

kerosakan dan kekurangan sama ada dari segi kualiti, prestasi, bahan

yang digunakan dan mutu serta mematuhi semua syarat-syarat

Perjanjian ini bagi tujuan Perkhidmatan tersebut; 

Page 47: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 47/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

47

(h) Memberi latihan penggunaan peralatan tersebut kepada kakitangan

Kerajaan ; 

(i) sentiasa memberi akses dan membekalkan maklumat-maklumat yang

berkaitan degan Perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa diperlukan

Kerajaan. Apabila Kerajaan membuat permintaan ini, Kontraktorhendaklah patuh dan mengemukakannya dalam tempoh tiga (3) jam dari

 permintaan Kerajaan atau tempoh yang disetujui oleh Kerajaan sama

ada secara lisan atau bertulis diterima oleh Kontraktor dan mana-mana

 pekerja, ejen, kontraktor bebas yang dilantik oleh Kontraktor atau mana-

mana orang lain yang diberikuasa dan dilantik oleh Kontraktor bagi

maksud melaksanakan Perkhidmatan tersebut; 

(j) sentiasa melindungi dan memelihara kepentingan Kerajaan berkaitan

dengan Perkhidmatan tersebut dan mengambil semua langkah-langkah

yang wajar dan betul untuk menghalang dan/atau mengelakkan

 penyalahgunaan kemudahan-kemudahan yang tidak ekonomik, jika ada

yang diwujudkan oleh Kerajaan kepada Kontraktor; dan 

(k) memberitahu Kerajaan secara bertulis dengan segera tentang

berlakunya apa-apa faktor atau peristiwa yang dilihat boleh memberi

kesan kepada Perkhidmatan tersebut. Pemberitahuan tersebut

hendaklah tidak ditaksirkan sebagai melepaskan apa-apa jua obligasi-

obligasi Kontraktor di bawah Perjanjian ini. 

Kerajaan hendaklah :- 

(a) membayar nilai Perjanjian ini sebanyak RM 141,198.30 (Ringgit

Malaysia: Satu Ratus Empat Puluh Satu Ribu Satu Ratus Sembilan

Puluh L apan Dan Sen Tiga Puluh Sahaja) tersebut satu (1) kali secara

lump sum di Jadual Pembayaran kepada Kontraktor dalam tempoh empat

belas (14) hari dari invois Kontraktor diterima oleh Kerajaan selepas kerja-

kerja membekal, memasang dan mentauliah selesai dijalankan; 

(b) membayar kesemua kos dan perbelanjaan tambahan yang ditanggung

oleh Kontraktor akibat dari Variation Order dan/atau kelewatan Kerajaan; 

(c) membenarkan Kontraktor dan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Kontraktor pada setiap masa yang sesuai dan setelah notis bertulis yang

munasabah diberikan kepada Kerajaan, masuk ke dalam Premis Kerajaan

bagi maksud memeriksa dan menjalankan Perkhidmatan tersebut; 

(d) menyediakan segala maklumat, data dan kerjasama yang diperlukan

kepada Kontraktor dalam pelaksanaan Perkhidmatan tersebut; dan 

(e) memberitahu Kontraktor tentang sebarang perubahan alamat Kerajaan

atau sekiranya Perkhidmatan tersebut perlu diubah ke tempat yang

diarahkan oleh Kerajaan. 

Page 48: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 48/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

48

4.9 PERMOHONAN UNTUK PERUBAHAN 

Pada klausa ini kedua-dua pihak dinyatakan bagaimana perubahan ke atas Kontrak

Perjanjian boleh dilaksanakan. Semestinya perubahan sesuatu Kontrak Perjanjian

adalah berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Maka pada klausa ini

diperincikan bagaimana perubahan terhadap Kontrak perjanjian dilaksanakan. Contoh

klausa ini adalah seperti di bawah:-

Kerajaan boleh, secara bertulis mencadangkan kepada Kontraktor untuk

mengubah Skop Kerja seperti di dalam Jadual Skop Kerja termasuk

menambah Skop Kerja pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Perjanjian.

Kontraktor hendaklah dalam masa tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh

 penerimaan notis yang tersebut di dalam Perjanjian ini, menghantar secara

bertulis kepada Kerajaan masa dan kos yang diperlukan untuk mengkaji

implikasi cadangan tersebut bagi mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan. 

Setelah Pihak-Pihak bersetuju dengan masa dan kos yang diperlukan oleh

Kontraktor bagi memastikan implikasi cadangan tersebut, Kontraktor

hendaklah menjalankan kajian tersebut dan menghantar kepada Kerajaan

suatu laporan bertulis bersama-sama dengan pelan pelaksanaan yang telah

disemak, kos pelaksanaan Perkhidmatan tersebut berdasarkan kepada

cadangan perubahan dan lain-lain maklumat atau dokumen yang berkenaan. 

Setelah menerima laporan dan maklumat Pihak-Pihak hendaklah

merundingkan satu tambahan kepada Perjanjian sedia ada untuk

 pelaksanaan Perkhidmatan tersebut selaras dengan cadangan perubahan

dan mana-mana perkara yang berkaitan. 

Setelah Pihak-Pihak bersetuju, Kerajaan akan mengeluarkan notis bertulis

kepada Kontraktor supaya meneruskan pelaksanaan Perkhidmatan tersebut

menurut terma-terma dan syarat-syarat yang termaktub di dalam Perjanjian

ini. 

Sementara menunggu persetujuan kedua-dua Pihak mengenai cadangan

 penukaran, Kontraktor akan meneruskan pelaksanaan Perkhidmatan

tersebut sepertimana jika Kerajaan tidak membuat sebarang cadangan

 perubahan. 

Jika Kerajaan menarik balik cadangan penukaran dalam sebelum pengeluaran notis, Kerajaan tidak akan dipertanggungjawabkan dengan

sebarang caj berhubung dengan penarikan tersebut. Jika penarikan tersebut

dibuat oleh Kerajaan selepas empat belas (14) hari bekerja dari tarikh

 pengeluaran notis, Kerajaan akan dipertanggungjawabkan dengan semua 

Page 49: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 49/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

49

kos pemasangan dan juga semua kos berkaitan yang ditanggung oleh

Kontraktor dalam melaksanakan perubahan tersebut. 

Kontraktor akan mengambil semua tindakan yang berpatutan untuk

memastikan gangguan yang minimum terhadap Peralatan tersebut yang

telah ditauliahkan pada tarikh notis dikeluarkan ketika melaksanakan penukaran tersebut. 

4.10  PENALTI 

Penalti merupakan klausa yang mesti diletakkan di dalam Kontrak

Perjanjian kerajaan kerana ia akan menjamin kesempurnaan sesuatu

projek siap mengikut tempoh waktu yang dipersetujui. Sekiranya

terdapat kelewatan pada jadual yang sepatutnya telah di buat

penyerahan akhir dan kontraktor tidak dapat patuhi maka klausa di

bawah akan aktif. Terdapat beberapa cara denda yang dikenakan kepada

kontraktor sama ada kontraktor perlu membayar sejumlah wang

mengikut formula pengiraan di bawah atau pemindahan teknologi di

mana Kontraktor memberikan sesuatu gajet yang terkini kepada

Kerajaan mengikut nilai harga denda yang dikenakan oleh Kerajaan.

Mengikut amalan biasa pihak Kerajaan dengan kata lembut tidak akan

sampai hati untuk meminta anda membayar sejumlah wang kepada

mereka. Oleh itu anda perlulah membuat rayuan dan cuba alternatif

yang kedua iaitu pemindahan teknologi masukan sekali dengan training

kepada kakitangan kerajaan dan ini akan mengurang kos mengalir keluar

daripada pihak anda.

Masa adalah intipati kepada Perjanjian ini. Kerajaan mempunyai hak-hak berikut,

sekiranya : 

a) kelewatan penyiapan dan penyerahan Perkhidmatan tersebut dalam tempoh

masa yang diperincikan di dalam Pelan Pelaksanaan di dalam Jadual

Pelaksanaan, Perjanjian ini  

(i)menolak penyiapan dan penyerahan Perkhidmatan tersebut dan

menamatkan Perjanjian ini; atau 

Page 50: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 50/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

50

(ii) mendapatkan perolehan perkhidmatan yang dikenakan itu daripada

 pihak ketiga atau sumber lain dan menolak Perkhidmatan yang

diberikan oleh Kontraktor. Sekiranya kos perolehan perkhidmatan

daripada pihak ketiga atau sumber lain ini melebihi Nilai Perjanjian,

maka Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang lebih itusebagai pampasan kepada Kerajaan; atau 

(iii) mengenakan denda lewat sekiranya Kerajaan bersetuju menerima

 penyiapan dan penyerahan Perkhidmatan tersebut, yang mana

adalah dikira seperti berikut: 

Formula Denda Lewat = [ V(T+D) x 5% ] / T

Di mana: 

V : Nilai perkhidmatan yang lewat diserahkan 

T : Tempoh penyiapan dan penyerahan yang ditetapkan

D : Bilangan hari lewat  

b) Sekiranya perkhidmatan yang diberikan adalah tidak diserahkan

sepenuhnya oleh Kontraktor selepas persetujuan dibuat, Kerajaan boleh

mengenakan tindakan tanpa menyentuh hak  –  hak lain yang ada pada

Kerajaan 

4.11  SET OFF 

Kerajaan sentiasa berhak memotong apa-apa wang yang kena bayar oleh

Kontraktor kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini atau di bawah

mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada

apa-apa wang yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kotraktor di

bawah Perjanjian ini di mana Kontraktor telah melanggar syarat-syarat

perjanjian ini.

4.12 

TANGGUNG RUGI 

Klausa tanggung rugi adalah klausa yang berupa “amaran” kepada

Kontraktor bahawa jika terdapat sebarang kos yang timbul semasa

Page 51: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 51/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

51

projek dijalankan ianya akan ditanggung oleh kontraktor. Contohnya

sekiranya Kontraktor tidak dapat melaksanakan perkhidmatan atau

kerja-kerja yang di berikan dan Kerajaan terpaksa melantik Kontraktor

lain untuk membuat kerja tersebut maka pihak kontraktor yang awalhendaklah menanggung kos bagi perkhidmatan atau kerja-kerja yang

dilaksanakan oleh kontrator yang baru dilantik oleh Kerajaan.

Kontraktor hendaklah membayar tanggung rugi kepada Kerajaan daripada dan

terhadap segala bayaran tuntutan, belanja gantirosak, tanggungan, kerugian dan

kos perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan

sebagai akibat yang langsung atau tidak langsung dari kelonggaran syarat-syarat

Perjanjian ini oleh Kontraktor. Jika bilangan Kontraktor itu dua (2) atau lebih

daripada dua (2) orang, maka tangungan bagi mereka itu dibawah Perjanjian ini

hendaklah disifatkan sebagai bersama dan masing-masing. 

Kontraktor hendaklah membayar gantirugi kepada Kerajaan ke atas apa-apa jua

tindakan terhadap pelanggaran surat jaminan hak atau rekabentuk berdaftar

kerana mengguna atau menjual mana-mana barang yang dibekalkan oleh

Kontraktor dibawah Perjanjian ini dan terhadap segala belanja dan gantirosak

yang dibayar dan/atau tanggung dahulu oleh Kerajaan. Kerajaan akan menuntut

segala belanja dan gantirosak itu dari Kontraktor dan Kontraktor hendaklah

membayar segala jumlah tersebut kepada Kerajaan, dengan syarat sentiasa

gantirugi itu tidak akan dikenakan terhadap apa-apa juga pelanggaran yang

disebabkan oleh Kontraktor kerana menurut rekabentuk atau arahan yang

diberikan oleh Kerajaan. 

4.13 

HAD KEWAJIPAN 

Klausa had kewajipan diwujudkan bagi melindungi kontraktor daripada

keadaan yang mungkin berlaku bukan disebabkan oleh perkhidmatan

atau kerja-kerja yang sedang dijalankan oleh kontraktor. Klausa ini juga

merupakan Klausa yang standard dan anda hanya perlu letakkan ia di

dalam Kontrak Perjanjian anda. Contohnya klausa yang anda boleh

gunakan adalah seperti di bawah:-

Kontraktor tidak bertanggungjawab di atas segala kerugian yang timbul atau

berkaitan dengan gangguan, kegagalan pengendalian, interaksi atau sambungan 

Page 52: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 52/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

52

sistem, walau apa jua sebab dan apa jua tempoh samada kerugian, gangguan,

kegagalan pengendalian, interaksi atau sambungan tersebut disebabkan oleh

aplikasi, peralatan, servis atau rangkaian yang disediakan oleh pihak lain atau

 pihak ketiga atau melalui akses yang tidak dibenarkan atau kecurian dan

 pindaan. 

Kontraktor juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau

kemusnahan aplikasi, data, program, maklumat, rangkaian atau sistem milik

 pihak Kerajaan atau pelanggan-pelanggan Kerajaan disebabkan kemalangan,

 penipuan atau kaedah-kaedah lain yang diguna oleh Kerajaan atau pelanggan-

 pelanggan pihak Kerajaan. 

Di dalam apa jua keadaan, Kontraktor tidak bertanggungjawab terhadap segala

kerugian samada secara tidak langsung, sampingan, akibat, balasan, tergantung

atau kerugian utama, termasuk dan tidak terhad kepada kehilangan keuntungan,

anggaran simpanan, nama baik, perniagaan, hasil, pertambahan kos operasi

dalam apa jua keadaan dan timbul. 

4.14 

WARANTI 

Klausa untuk waranti juga perlu diletakkan didalam Kontrak Perjanjian

Bagi menjamin barangan yang diterima. Contohnya Perkhidmatan

Pengawal keselamatan Tanpa Senjata Api, perlu diletakkan klausa ini

kerana ianya memberi jaminan servis yang diberikan adalah kualiti.

Sekiranya Peralatan atau servis yang diberikan tidak memenuhi kehendak

salah satu pihak maka contoh klausa di bawah akan terpakai.

Tempoh waranti yang dijamin oleh Kontraktor bagi kerja-kerja yang dilaksanakan

oleh Kontraktor adalah untuk tempoh selama dua b elas (12) bulan selepas

 pentauliahan dan diakui terima oleh Kerajaan. 

Kontraktor menjamin bahawa Peralatan yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini

kepada Kerajaan adalah baru, asli, belum digunakan, dari keluaran semasa serta

sesuai dan baik untuk digunakan bagi tujuan ia diperolehi, mematuhi kehendak

Jadual Spesif ikasi dan mempunyai keupayaan prestasi yang dinyatakan di

dalamnya, bebas dari kecacatan, kerosakan dan kekurangan sama ada dari segi

kualiti, prestasi, bahan yang digunakan dan mutu serta mematuhi semua syarat-

syarat Perjanjian ini. 

Page 53: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 53/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

53

Sekiranya dalam tempoh waranti Kerajaan mendapati bahawa barang-barang

kerja rosak bukan disebabkan kecuaian Kerajaan, Kontraktor hendaklah

membaikinya dan jika perlu mengganti mana-mana bahan dengan memuaskan

dalam tempoh waranti tersebut tanpa apa-apa bayaran tambahan. Laporan-

laporan mengenai kerosakan itu termasuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan. 

 Apa-apa bahagian, komponen dan/atau pemasangan Peralatan tersebut yang

diganti atau dibaiki oleh Kontraktor hendaklah diberi jaminan yang serupa untuk

satu tempoh yang sama seperti ditetapkan , bermula dari tarikh Peralatan yang

diganti / dibaiki itu diterima oleh Kerajaan. 

Kegagalan Kontraktor mengganti atau membaiki Peralatan yang tidak mematuhi

kehendak di dalam tempoh yang ditetapkan adalah disifatkan sebagai kegagalan

Kontraktor membekalkan Peralatan dan Kerajaan berhak melaksanakan haknya. 

Tanpa mengambil kira tempoh tamat Perjanjian ini, peruntukan-peruntukan

mengenai jaminan ini hendaklah kekal sah dan berkuat kuasa sehingga berakhir

tempoh jaminan bagi semua Peralatan yang dibekalkan. 

4.15 

FORCE MAJEURE 

Klausa Force Majeure adalah perlu diletakkan di dalam Kontrak

Perjanjian untuk persediaan bagi suatu keadaan yang tidak dijangka

akan berlaku contohnya seperti pemberontakan, peperangan dan

rusuhan. Apabila terjadinya perkara yang saya sebutkan di atas maka

kedua-dua pihak tidak akan terikat ke atas obligasi-obligasi yang

terdapat di dalam Kontrak Perjanjian. Namun kontraktor perlu

melaksanakan kerja-kerja yang tidak terjejas terhadap peristiwa yang

dinyatakan. Contoh standard klausa yang digunakan oleh mana-mana

penyedia Kontrak Perjanjian adalah seperti di bawah anda hanya perlu

copy dan paste ke dalam Kontrak Perjanjian anda.

Pihak-Pihak adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kemungkiran

obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini sekiranya Pihak-Pihak tidak

dapat melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini atau mana-mana

bahagian daripadanya selain daripada obligasi bayaran akibat daripada 

Page 54: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 54/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

54

berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah

bermaksud : 

(a) peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran,

 penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing; 

(b) pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atautindakan pengganas; 

(c) bencana termasuk gempa bumi, banjir, kebakaran bawah tanah,yang

spontan, ombak besar (tsunami) atau apa-apa bencana alam yang

secara munasabahnya, seseorang yang berpengalaman tidak dijangka

dapat mengambil langkah berjaga-jaga; 

(d) letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi; 

(e) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa

 peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik; dan 

(f) rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam selain dihadkan kepada

 pekerja, personel atau pengkhidmat atau agen Penaja. 

Jika berlaku kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak

dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-

mana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada kejadian Force

Majeure tersebut, Pihak-Pihak tersebut hendaklah dengan serta-merta

memaklumkan akan kejadian Force Majeure itu kepada Pihak yang satu lagi dan

diikuti dengan butir-butir terperinci mengenai kejadian Force Majeure tersebut

dan kesannya kepada pelaksanaan Perjanjian ini. 

Jika Pihak-Pihak mendapati kejadian Force Majeure telah menjadikan Perjanjian

ini mustahil untuk dilaksanakan maka Pihak  –Pihak kepada Perjanjian ini

bolehlah bersetuju bahawa Perjanjian ini boleh ditamatkan atas persetujuan

bersama. 

Jika Perjanjian ini ditamatkan di bawah subklausa 19.3 di atas, semua hak dan

obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti dan mana-mana

Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi dan

masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain melainkan

berkaitan dengan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya

Force Majeure tersebut. 

Mana-mana Pihak tidak boleh menggunakan mana-mana peruntukan dalam

Perkara ini jika Pihak-Pihak telah memutuskan secara munasabahnya bahawa

suatu kejadian Force Majeure tidak berlaku. 

Bagi mengelakkan apa-apa keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini

hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini

yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan

obligasi berkenaan hendaklah terus berkuat kuasa sementara menunggu

 pelaksanaan peruntukkan Fasal 19 ini. 

Page 55: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 55/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

55

4.16 

MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN 

Terdapat 2 kaedah yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan

pertelingkahan iaitu melalui Jawatankuasa Penyelesaian pertikaian dan

juga Timbang Tara . Di mana klausa yang diberikan di bawah anda boleh

gunakan untuk menyediakan Kontrak Perjanjian anda. Klausa ini adalah

standard dan yang perlu anda lakukan adalah edit perkataan yang tidak

diingini. Untuk bahagian timbang tara pula anda perlu meyemak akta

timbang tara yang baru untuk dimuatkan ke dalam Kontrak Perjanjian.

Buat masa sekarang Akta timbang Tara 2005 merupakan akta yang

terbaru .

4.16.1 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN 

Sebarang pertikaian di antara Pihak-Pihak mengenai Perkhidmatan tersebut hendaklah

diselesaikan dengan cara rundingan atau perbincangan di antara Pihak-Pihak dengan

merujuk isu pertikaian kepada satu Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri

daripada:- 

(a) Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia atau wakilnya yang bertindak

sebagai Pengerusi; 

(b) dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kerajaan; 

(c) dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kontraktor.  

Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini boleh dan bebas untuk melantik mana-mana

 pakar bebas yang diakui mempunyai kepakaran dalam hal yang menjadi isu atau

 pertikaian untuk menasihatinya dalam perkara-perkara yang memerlukan kepakaran

 pakar bebas tersebut dan apa-apa kos, fi dan perbelanjaan yang dikenakan oleh pakar

bebas tersebut hendaklah dijelaskan secara sama rata oleh Pihak-Pihak kepada

Perjanjian ini; 

Walau bagaimanapun, perlantikan pakar bebas ini adalah tertakluk kepada keperluan

kepakarannya dalam menyelesaikan pertikaian yang wujud antara Pihak-Pihak sekiranya

Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sendiri gagal untuk menyelesaikannya; 

Setiap ahli di dalam Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian, termasuk Pengerusi

hendaklah mempunyai satu undi sahaja dan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian

tersebut bolehlah membentuk dan merangka sendiri kaedah-kaedah yang terbaik untuk

menyelesaikan apa-apa pertikaian yang dirujuk kepadanya; 

Page 56: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 56/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

56

Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah

dibuat berdasarkan kepada undian majoriti mudah dan apa-apa keputusan yang dibuat

oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah mengikat Pihak-Pihak dalam

Perjanjian ini; dan 

Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini adalah muktamaddan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. 

4.16.2 

TIMBANG TARA 

Jika apa-apa perkara, pertelingkahan atau tuntutan yang timbul daripada atau

bersangkutan dengan Perjanjian ini atau kemungkiran atau penamatan yang tidak boleh

dipersetujui atau tidak boleh diselesaikan secara persahabatan oleh kedua-dua Pihak,

 perkara, pertelingkahan atau tuntutan itu hendaklah dirujuk kepada seorang penimbang

tara yang dipersetujui antara Pihak-Pihak dan kegagalan kepada persetujuan tersebut

akan dilantik di atas permohonan salah satu Pihak oleh Ketua Pengarah Pusat Timbangtara Serantau di Kuala Lumpur dan apa-apa rujukan hendaklah disifatkan sebagai

tertakluk kepada timbang tara bagi maksud Akta Timbang Tara 2005. Keputusan

 penimbang tara itu hendaklah muktamad dan mengikat Pihak-Pihak. 

Setiap timbang tara itu hendaklah didengar di Pusat Timbang tara Serantau, Kuala

Lumpur dengan menggunakan kemudahan dan sistem yang didapati di pusat tersebut. 

 Apa-apa rujukan perkara, pertelingkahan atau tuntutan kepada timbang tara mengikut

Fasal ini dan/atau berterusannya prosiding ini hendaklah tidak dengan apa-apa cara

berfungsi sebagai penepian kepada kewajipan-kewajipan Pihak-Pihak untuk

melaksanakan kewajipan-kewajipan masing-masing di bawah Kontrak Perjanjian. 

4.17 

PENAFIAN 

Kegagalan pihak Kerajaan dan/atau Kontraktor menjalankan atau

menguatkuasakan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah

Kontrak Perjanjian ini pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada

suatu penafian hak, melainkan ianya telah dibuat secara bertulis terlebih

dahulu.

Sebarang penafian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah

dirujuk dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Page 57: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 57/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

57

4.18 

PINDAAN PERJANJIAN 

Sebarang pindaan kepada Kontrak Perjanjian hendaklah dibuat dalam

bentuk bertulis dipersetujui sepenuhnya serta ditandatangani bersama

oleh kedua-dua pihak. Pindaan itu hendaklah diikuti dan dibaca sebagai

sebahagian dari Kontrak Perjanjian.

4.19  INSURANS 

Kadar insuarans yang dikenakan ke atas Kontraktor adalah mengikut

kadar insurans yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) seperti didalam jadual di bawah. Di mana Kontraktor hendaklah di atas

perbelanjaannya sendiri, mengambil satu atau lebih, polisi Insurans

Tanggungan Awam dari mana-mana syarikat insurans berdaftar dengan

suatu nilai munasabah dan dipersetujui oleh Kerajaan bagi melindungi

liabiliti Kontraktor dan Kerajaan dari semua bentuk tuntutan pampasan

dan/atau ganti rugi di bawah undang-undang yang dibuat oleh mana-

mana pihak akibat kecederaan diri atau kematian atau bencana

kerosakan harta tanah atau harta diri yang berbangkit dari atau dalam

melaksanakan Perjanjian ini atau akibat dari apa-apa kecuaian,

peninggalan, pecah kontrak atau selainnya oleh Kontraktor atau

pengkhidmat atau ejen kepada Kontraktor.

Page 58: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 58/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

58

Kontraktor hendaklah di atas perbelanjaannya sendiri, mengambil satu

atau lebih polisi Insurans Tanggungan Pekerja atau Insurans Pampasan

Pekerjaan atau apa-apa insurans yang berkaitan bagi pekerja-pekerjanya

dan ejen-ejennya seperti mana yang dikehendaki oleh undang-undangyang sedang berkuat kuasa di Malaysia.

Insurans yang tersebut hendaklah meliputi di sepanjang masa berkuat

kuasanya Perjanjian ini dan hendaklah diperbaharui jika berlaku apa-apa

perlanjutan tempoh atau pembaharuan tempoh Kontrak Perjanjian.

Kontraktor hendaklah mengemukakan polisi atau polisi-polisi insurans

tersebut berserta resit pembayaran premium kepada Kerajaan.

Page 59: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 59/87

KONTRAK PERJANJ

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

59

Kadar Insurans Mengikut Harga Kontrak 

Page 60: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 60/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

60

BAB 5

PENAMATAN K ONTRAK

PERJANJIAN Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan sebelum

menamatkan sesuatu kontrak jika kontraktor/pembekal gagal memenuhi

obligasi-obligasi kontrak?

Sebelum menamatkan kontrak, peluang yang munasabah akan diberikan kepada

kontraktor yang gagal memenuhi obligasi kontrak. Ini termasuk mengadakan

perjumpaan, memberi peringatan bertulis, amaran yang cukup dan

mengeluarkan surat tunjuk sebab (show cause letter). Jika kontraktor tidak

menjawab atau memberikan penjelasan yang tidak munasabah, maka tindakan

menamatkan kontrak boleh diambil. Bagi membolehkan Kerajaan menamatkan

kontrak, klausa penamatan kontrak akan dimasukkan ke dalam semua kontrak

yang melibatkan Kerajaan supaya Kerajaan tidak berada dalam situasi yang

menyulitkan bila pembekal atau kontraktor gagal memenuhi obligasi. Jika

perlu, penamatan kontrak hendaklah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang

supaya urusan penamatan teratur dan untuk mengelakkan sebarang tindakan

sivil terhadap Kerajaan. Itu adalah langkah-langkah yang akan diambil oleh

pihak kerajaan ke atas kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat yang

terdapat di dalam Kontrak Perjanjian. Konsep yang diimplementasikan oleh

Kerajaan juga boleh diguna pakai bagi Kontrak Perjanjian untuk syarikat-

syarikat swasta dalam membuat penamatan ke atas sesuatu kontrak Perjanjian.

Adalah tidak sempurna sesuatu Kontrak Perjanjian sekiranya Klausa untuk

penamatan tidak dimasukkan ke dalam Kontrak Perjanjian.

Page 61: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 61/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

61

Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah

dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan

obligasi tersebut. Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila terdapat faktor-faktor seperti yang ditunjukkan oleh Rajah di bawah :

Faktor Penamatan Kontrak

5.1  PERLAKSANAAN 

Bermaksud penyempurnaan lengkap atau sebenar sesuatu kewajipan

menurut syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam kontrak.

Contoh kes :

BOLTON LWN MAHADEWA (1972) 1 WLR 1009  

Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan.

Setelah siap dipasang defendan enggan membuat bayaran kerana alat

tersebut tidak berfungsi.

Mahkamah memutuskan plaintif tidak berhak menuntut .

Page 62: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 62/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

62

5.2  PERJANJIAN 

Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masing-

masing melalui perjanjian baru.

Perjanjian-perjanjian baru boleh jadi dalam bentuk :

a.  novasi

b.  pembatalan

c.  penggubahan

d. 

remitan

5.2.1 Novasi 

Pengambilalihan tanggungan/obligasi oleh pihak lain.

5.2.3 Pembatalan 

Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas persetujuan

pihak- pihak yang terlibat sebelum sesuatu pelaksanaan dalam sesuatu

kontrak disempurnakan.

5.2.4 

Penggubahan 

Perjanjian dibuat untuk mengubah atau meminda terma-terma kontrak.

5.2.5 Remitan 

Perjanjian untuk mengurangkan atau meringankan atau melepaskan

sama ada keseluruhan atau sebahagian dari perjanjian asal.

5.3 

KEKECEWAAN 

Menurut Seksyen 57 AK 1950 apabila berlaku ketidak mungkinan dalam

pelaksanaan sesuatu kontrak maka kontrak tersebut adalah mustahil

untuk dilaksanakan. Inilah yang dikatakan suatu kontrak yang kecewa.

Page 63: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 63/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

63

Contoh kes :

SENG DJIT HIN LWN NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) 14 SSLR

181 

Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapalberkenaan diambil milik oleh kerajaan selepas peperangan meletus.

5.4 

KEMUNGKIRAN 

Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi

kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah

untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan

kontrak.

Contoh klausa penamatan yang boleh dinyatakan di dalam Kontrak

Perjanjian adalah seperti di bawah. Di mana saya telah membahagikan

kepada 3 bahagian iaitu penamatan Kontrak Perjanjian oleh pembayar

iaitu pihak yang membuat bayaran iaitu kerajaan, penamatan Kontrak

Perjanjian oleh Kontraktor itu pihak yang melaksanakan Perkhidmatan

atau kerja-kerja dan Penamatan Kontrak disebabkan rasuah, atau aktivti

yang menyalahi undang-uandang. Bagi Penamatan yang disebabkan

rasuah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang klausa ini harus

dinyatakan di dalam Kontrak Perjanjian yang berurusan denga pihak

Kerajaan manakala untuk Kontrak swasta bergantung kepada anda untuk

meletakkan klausa ini atau tidak. Namun tidak rugi jika anda meletakkan

saja klausa ini di dalam Kontrak Perjanjian Cuma apa yang anda perlu

lakukan adalah menukar ganti nama Kerajaan kepada nama syarikatanda sekiranya anda berurusan dengan syarikat yang bukan agensi

kerajaan.

Page 64: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 64/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

64

Penamatan Perjanjian Oleh Pihak Pembayar 

Melainkan seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian ini, sekiranya: 20.1 Kemungkiran oleh Kontraktor  

20.1.1 Keadaan-keadaan yang membawa kepada kemungkiran Perjanjian, sekiranya

didapati bahawa: 

( a ) Kontraktor telah gagal menepati, mematuhi atau melaksanakan terhadap mana-

mana syarat dalam Perjanjian ini; atau 

( b ) Kontraktor dengan sengaja mengabaikan secara berterusan daripada

menjalankan obligasi-obligasinya seperti mana yang terkandung di dalam

Perjanjian ini; atau 

( c ) Kontraktor memberikan representasi yang salah atau pengaruh yang tidak wajar

kepada Kerajaan sebelum dan selepas termeterainya Perjanjian ini; atau 

( d ) Kontraktor menyerahkan tugas dan tanggungjawabnya yang khusus di bawah

Perjanjian ini untuk dilaksanakan oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan

Perjanjian ini tanpa persetujuan bertulis dari Kerajaan; atau 

( e ) Kontraktor melakukan perbuatan yang menyebabkan Kerajaan diheret ke dalam

 pertikaian yang tidak munasabah; atau 

( f ) Kontraktor mengolah atau mengabaikan secara berterusan dalam mematuhi apa-apa arahan bertulis daripada Kerajaan dan yang mana telah dipersetujui akan

dilakukan oleh Syarikat; atau 

( g ) Kontraktor tidak jujur atau amanah atau bertanggungjawab atau cuai dalam

melaksanakan Perjanjian ini. 

Maka Kerajaan berhak untuk mengemukakan atau mengeluarkan notis bertulis (selepas

ini dirujuk sebagai “Notis Mungkir”) kepada Kontraktor dan Kontraktor perlu meremedikan

kegagalan tersebut dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh notis tersebut.  

20.1.2 Sekiranya Kontraktor gagal meremedikan kegagalan tersebut dalam tempoh

empat belas (14) hari selepas Notis Mungkir dikeluarkan, Kerajaan berhak

menamatkan Perjanjian ini dengan serta- merta dengan mengemukakan notis

bertulis (selepas ini dirujuk sebagai “Notis Penamatan”) kepada Kontraktor dan

Perjanjian ini hendaklah ditamatkan mulai daripada tarikh yang ditetapkan oleh

Kerajaan di dalam Notis Penamatan tersebut diberikan. 

20.2 Kemungkiran Am oleh Kontraktor  

Page 65: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 65/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

65

Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini (tanpa apa-apa pampasan) dengan memberi

notis secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penamatan diniatkan

kepada Kontraktor jika :- 

( a ) Kontraktor pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan

atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang atau

membuat sesuatu pindah hak atau penyerah hak bagi faedah-faedah sipiutang-

sipiutang atau jika Syarikat adalah suatu syarikat, meluluskan suatu ketetapan,

atau mahkamah membuat sesuatu perintah bahawa syarikat itu digulung (bukan

suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika

seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau

 jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah atau

seseorang sipiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang

memberi hak kepada mahkamah membuat perintah penggulungan; atau 

( b ) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa

yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan

atau di luar pengetahuan Kontraktor melakukan perbuatan jenayah atau rasuah,

dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh

hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak dan lain-lain hak yang

sedia ada; 

20.3 Tanpa menjejaskan subklausa 20.1 dan 20.2, Kerajaan berhak untuk

menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa obligasi

memberikan sebarang alasan dan pampasan kepada Kontraktor. 

20.4 Tanpa menjejaskan subklausa 20.1, 20.2 dan 20.3 Perjanjian ini, Kerajaan boleh

menamatkan Perjanjian ini (tanpa memberi apa-apa pampasan) dengan memberi notistidak kurang dari tiga puluh (30) hari dari tarikh penamatan diniatkan kepada Kontraktor

(tanpa apa-apa obligasi memberikan sebarang alasan) jika Kerajaan berpendapat

bahawa penamatan Perjanjian ini adalah perlu bagi kepentingan negara, demi

keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar Kerajaan Malaysia atau dasar

awam. 

20.5 Bagi tujuan subklausa 20.4 Perjanjian ini, apa yang dimaksudkan dengan

kepentingan negara, demi keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar

Kerajaan Malaysia atau dasar awam hendaklah ditentukan dan ditafsirkan oleh Kerajaan

dan penentuan dan pentafsiran ini hendaklah muktamad dan konklusif dan hendaklah

tidak terbuka kepada apa-apa penentangan atau bantahan daripada Kontraktor. 

20.6 Walau apa pun yang dinyatakan di subklausa di atas, Kontraktor hendaklah

melaksanakan segala obligasinya yang terakru kepada Kerajaan dalam Perjanjian ini. 

20.7 Dengan syarat sentiasa, Kerajaan berhak menuntut daripada Kontraktor apa-apa

ganti rugi yang mungkin timbul akibat dari Penamatan Perjanjian ini, tanpa menjejaskan

hak-hak lain Kerajaan yang terakru di bawah Perjanjian ini.  

Page 66: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 66/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

66

20.8 Setelah penamatan Perjanjian ini:- 

(a) Segala kuasa dan hak yang diberikan oleh dan segala tanggungjawab di dalam

Perjanjian ini hendaklah ditamatkan secara serta merta. 

(b) Kontraktor hendaklah:- (i) Segera menamatkan segala perkhidmatannya; 

(ii) Menyerahkan kepada Kerajaan laporan-laporan terperinci mengenai segala

kos perkhidmatan dan bayaran –bayaran lain yang masih tertunggak dan

terhutang oleh Kerajaan sebelum penamatan untuk pengesahan dan

kelulusan oleh Kerajaan; 

(iii) Menamatkan segala Kontrak pihak ketiga yang dimasuki oleh Kontraktor

berkenaan dengan perlaksanaan/pengendalian Perkhidmatan tersebut. 

(c) Kerajaan hendaklah:- 

(i) Menuntut terhadap Kontraktor atas sebarang kehilangan dan kerosakan

yang dialami akibat daripada penamatan Perjanjian ini; dan 

(ii) berhak untuk melantik Kontraktor lain untuk melaksanakan Perkhidmatan

tersebut dan Kontraktor hendaklah membayar kepada Kerajaan segala kos

dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan dalam menyempurnakan

Perkhidmatan tersebut segala perbelanjaan yang sepatutnya dibayar kepada

Kontraktor lain untuk menyempurnakan Perkhidmatan tersebut sekiranya

Perjanjian ini tidak ditamatkan. 

DENGAN SYARAT BAHAWA penamatan tersebut hendaklah tidak menjejaskan atau

memprejudiskan hak-hak mana-mana pihak sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini dan

segala tanggungjawab di bawah Perjanjian ini hendaklah berterusan walaupun selepas

 penamatan Perjanjian ini mengenai apa jua tindakan, perbuatan perkara atau benda

yang berlaku sebelum penamatan Perjanjian ini. 

21.  PENAMATAN PERJANJIAN OLEH KONTRAKTOR  

21.1 Kontraktor boleh memberi notis bertulis tiga puluh ( 30  ) hari daripada tarikh

 penamatan diniatkan kepada Kerajaan untuk menamatkan Perjanjian ini jika

didapati: 

(a) Kerajaan telah gagal membayar nilai Perjanjian sebagaimana yang dinyatakan

dalam Klausa 3 Perjanjian ini atau bayaran lain yang telah dipersetujui oleh

Pihak-Pihak untuk dibayar oleh Kerajaan selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh

ia perlu bayar; atau 

(b) Kerajaan telah gagal untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana terma

atau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini. 

Page 67: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 67/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

67

21.2 Walau apa pun yang dinyatakan di subKlausa 21.1, Kerajaan hendaklah

melaksanakan segala obligasi Kerajaan yang masih terakru kepada Kontraktor

dalam Perjanjian ini. 

21.3 Setelah penamatan Perjanjian ini di bawah subklausa 21.1, Kontraktor hendaklahmenerima aku janji Kerajaan berikut sebagai penyelesaian penuh dan sempurna

segala tuntutan bayaran di bawah atau yang timbul daripada Perjanjian ini:- 

(a) Kerajaan hendaklah membayar segala wang yang terhutang dan kena bayar

kepada Kontraktor setakat tarikh penamatan Perjanjian ini dan mana-

mana wang yang masih belum dibayar dengan syarat Kerajaan

hendaklah berhak untuk menolak jumlah tertentu yang terhutang kepada

Kerajaan oleh Kontraktor di bawah Perjanjian ini; dan 

(b) Kontraktor hendaklah menamatkan Perkhidmatan tersebut dengan serta

merta. 

22.  PENAMATAN DISEBABKAN RASUAH ATAU AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANG-

UNDANG 

22.1 Tanpa prejudis kepada apa-apa hak Kerajaan, jika Kerajaan berpuas hati bahawa

Kontraktor, pengkhidmatnya, pekerjanya atau agennya terlibat dalam rasuah atau

aktiviti yang menyalahi undang-undang berhubung dengan Perjanjian ini atau mana-

mana Perjanjian lain antara Kontraktor dan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk

menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, dengan segera memberi notis

bertulis berkenaan penamatan Perjanjian ini kepada Kontraktor. 

22.2 Akibat daripada penamatan yang dinyatakan di subklausa 22.1, Kerajaan

hendaklah berhak kepada semua kerugian, kos, kerosakan dan perbelanjaan

(termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang terbit atau

ditanggung oleh Kerajaan yang berbangkit dari penamatan tersebut. 

Page 68: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 68/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

68

BAB 6

PENGURUSAN DAN

PENTADBIRAN K ONTRAK

PERJANJIAN Pentadbiran dan pengawasan Kontrak Perjanjian memainkan peranan

yang penting dalam perolehan Kerajaan bagi memastikan kontraktormemenuhi semua obligasinya di bawah Kontrak Perjanjian yang

ditandatangani.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai untuk memastikan

kerajaan mendapat nilai dan faedah maksimum untuk bayaran yang akan

dibuat oleh kerajaan. Ia termasuk memastikan kualiti barangan yang

dibekalkan menepati spesifikasi dalam kontrak atau jika perkhidmatan

yang diberikan, perkhidmatan tersebut mengikut spesifikasi/kekerapan

dan mengikut mutu yang telah dipersetujui.

Bagi perolehan kerja, ianya hendaklah meliputi skop kerja yang

ditetapkan dan dipersetujui dalam tawaran/kontrak. Di samping itu,

bekalan hendaklah dibekalkan dalam tempoh yang telah dipersetujui

dan jika kerja, maka kerja hendaklah disiapkan dalam tempoh yang

telah ditawarkan atau ditetapkan dalam kontrak.

Jika kontraktor lewat membekal atau lewat menyiapkan kerja, maka

tindakan hendaklah diambil untuk mengenakan denda.

Page 69: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 69/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

69

6.1  Menandatangani Kontrak Perjanjian 

Siapakah yang boleh menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan?.

Daripada pihak Kerajaan Kontrak Perjanjian boleh ditandatangani olehYB Menteri atau pegawai yang diberi kuasa oleh YB Menteri yang

berkenaan selaras dengan peruntukan Akta Kontrak Kerajaan 1949

(Disemak 1973).

Semua Ketua Setiausaha Kementerian hendaklah mengenal pasti

pegawai-pegawai yang sesuai untuk menandatangani kontrak dan

memastikan penurunan kuasa dengan had-had kuasa secara bertulis

telah diperolehi dengan sewajarnya daripada YB Menteri Kementerian

berkaitan.

Penurunan kuasa ini hendaklah dikaji semula setiap tahun dan

dikemaskinikan. Hanya pegawai yang telah diturunkan kuasa sahaja

boleh menandatangani kontrak. Sekiranya ianya ditandatangani oleh

individu yang tidak diberi kuasa oleh YB Menteri berkenaan Kontrak

Perjanjian tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana ditandatangani

oleh mereka yang tidak layak.

Bagi pihak kontraktor pula Kontrak Perjanjian hendaklah ditandatangani

oleh pemilik syarikat atau pun pemilik bersama syarikat yang diberi

kuasa untuk menandatangani Kontrak Perjanjian. Seeloknya

penandatangan adalah individu yang menandatangani surat setujuterima sebutharga/tender.

Ini kerana semasa proses penilaian sebutharga/tender oleh

Jawatankuasa Penilaian Teknikal terdapat satu kriteria di bawah

Page 70: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 70/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

70

kesempurnaan dokumen sebutharga/tender yang mana semakan dibuat

bagi memastikan sebutharga/tender ditandatangani oleh individu yang

diberi kuasa untuk menurunkan tandatangan. Jika tidak

sebutharga/tender tersebut tidak akan layak untuk ke peringkat

seterusnya.

6.2  Tempoh menangani Kontrak 

Kontrak Perjanjian hendaklah ditandatangani secepat mungkin selepas

semua terma dan syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan selewat-

lewatnya empat (4) bulan dari tarikh keluarnya Surat Setuju Terima.

Tarikh kuat kuasa Kontrak Perjanjian (effective date) hendaklah

dinyatakan sebagai tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.

Manakala tarikh Kontrak Perjanjian ialah tarikh Kontrak Perjanjian

ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Tetapi untuk mendapatkan

bayaran awal Kontrak Perjanjian hendaklah segera disiapkan kerana

proses pembayaran tidak akan lengkap jika tidak disertakan dengan

Kontrak Perjanjian. Pastinya anda tidak mahu perkara ini berlaku.

6.3  Pengedaran Dan Penyimpanan Kontrak 

Mengikut Arahan Perbendaharaan Dokumen Kontrak boleh dilupuskan

selepas tujuh (7) tahun . Namun terdapat juga agensi kerajaan yang

memperuntukan selama lima (5) tahun. Tetapi yang pastinya ianya tidak

akan kurang daripada tiga (3) tahun.

Oleh itu anda hendaklah membuat pemantauan ke atas Kontrak

Perjanjian dengan teliti apabila terdapat perpindahan syarikat ke lokasi

baru pastikan Kontrak Perjanjian dibawa bersama. Semasa situasi

beginilah kebanyakan dokumen-dokumen syarikat keciciran. Ini adalah

Page 71: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 71/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

71

bagi menjaga kepentingan syarikat dan melicinkan urusan yang

berhubung kait dengan pelaksanaan sesuatu projek yang dijalankan oleh

syarikat anda. Selain itu bagi memastikan jika terdapat isu yang

berbangkit dikemudian hari anda ada sesuatu untuk dijadikan sebagai

rujukan.

6.4  Hakmilik Dokumen-Dokumen Perjanjian 

Dokumen Kontrak Perjanjian adalah sentiasa menjadi hak milik Kerajaan

dan akan ditunjukkan apabila dan ketika diperlukan oleh Kerajaan. Anda

juga akan dibekalkan oleh kerajaan satu (1) salinan Kontrak Perjanjian

yang telah ditandatangani.

Satu (1) salinan Kontrak yang anda simpan adalah penting kerana jika

terdapat sebarang kes mahkamah yang melibatkan Kontrak Perjanjian

pihak yang satu lagi akan mengemukakan Kontrak Perjanjian yang

terdapat di tangan pihak berkenaan.

Siapa yang berani jamin Kontrak tersebut tidak diubah suai. Pada masa

itu anda bolehlah kemukakan Kontrak Perjanjian yang terdapat di

dalam simpanan anda dan jika perlu anda harus ketahui di mana

letaknya Kontrak Perjanjian yang selebihnya.

Page 72: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 72/87

Page 73: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 73/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

73

untuk memudahkan anda mana-mana format adalah diterima dan ianya

tidak semestinya dibuat menggunakan carta Gant yang sudah tentu anda

tidak mempunyai kemahiran untuk membuatnya dan perlu mahir dalam

menggunakan perisian Microsoft Visio. Tujuan jadual ini adalah untukmenunjukkan  progress sesuatu projek itu dilaksanakan di mana ianya

bermula daripada tarikh milik tapak hingga kepada serahan akhir projek

kepada agensi.

7.2 

Spesifikasi Teknikal 

Spesifikasi teknikal merupakan dokumen yang menerangkan kerja-kerja

teknikal yang akan dilaksanakan oleh Kontraktor. Untuk proses

sebutharga atau tender Spesifikasi Teknikal akan disertakan oleh

Kerajaan untuk dipenuhi oleh Kontraktor sama ada bersetuju atau tidak

dengan spesifikasi teknikal yang akan dilaksanakan. Spesifikasi Teknikal

perlu dilampirkan ke dalam Kontrak Perjanjian dan menjadi sebahagian

daripadanya.

7.3 

Skop Kerja 

Skop kerja merupakan dokumen yang menerangkan kerja-kerja yang

akan dilaksanakan. Ianya bermula daripada pemilikan tapak iaitu hari

pertama anda datang untuk melihat tapak projek atau tempat

perkhidmatan dilakukan hinggalah ke fasa penyerahan akhir

perkhidmatan atau kerja-kerja yang anda lakukan.

7.4  Senarai Kuantiti 

Senarai Kuantiti merupakan satu dokumen senarai barangan yang terlibat

di dalam sebutharga atau tender. Di mana ianya akan menyatakan

kuantiti barang yang diperlukan untuk projek yang akan dilaksanakan. Di

Page 74: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 74/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

74

dokumen ini anda perlu meletakkan harga setiap barangan yang

disenaraikan.

7.5 

Jadual Pembayaran 

Jadual Pembayaran hendaklah dilampirkan bersama Kontrak Perjanjian.

Di dalam jadual ini anda harus nyatakan bagaimana pembayaran

terhadap perkhidmatan atau kerja-kerja yang anda laksanakan dibuat

bayaran. Sama ada bayaran di buat secara berfasa iaitu mengikut

peratusan kemajuan projek atau pun secara pukal (Lump sum)

7.6 

Pelan-Pelan 

Bagi kerja-kerja yang melibatkan lukisan pelan seperti pembinaan

bangunan anda perlu lampirkan bersama Kontrak Perjanjian. Selain itu

bagi perkhidmatan seperti Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Tanpa

Senjata Api juga diperlukan pelan untuk anggota berkawal dan membuat

rondaan serta lokasi  post kawalan. Selain itu bagi Kontrak Perjanjian

seperti Perkhidmatan Membekal, Memasang dan Menguji Terima

Multimedia Electronic Board juga perlukan pelan memandangkan ianya

melibatkan litar-litar elektronik dan juga pendawaian elektrik di

kawasan agensi.

7.7 

Surat Setuju Terima/ Pemberitahuan Penerimaan Sebutharga/Tender 

Surat Setuju Terima ialah surat yang mengesahkan penerimaan sesuatu

tawaran berasaskan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam

dokumen tender, draf dokumen kontrak yang telah dikeluarkan

terdahulu, syarat-syarat yang telah dipersetujui di dalam Surat Niat dan

syarat-syarat lain yang telah dipersetujui. Surat Setuju Terima

hendaklah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya setelah semua

rundingan selesai dan persetujuan dicapai. Apa-apa syarat dan

Page 75: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 75/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

75

perubahan yang telah dipersetujui dalam rundingan hendaklah

dinyatakan dengan jelas dalam Surat Setuju Terima. Contoh surat setuju

terima anda boleh dapati di dalam  folder lampiran yang disertakan

bersama ebook ini.

7.7  Bon Pelaksanaan 

Bon Pelaksanaan ialah suatu bentuk jaminan yang perlu dikemukakan

oleh kontraktor yang mendapat kontrak daripada Kerajaan, yang boleh

dipegang oleh Kerajaan bagi melindungi kepentingannya dan memastikan

kontraktor melaksanakan semua obligasi di bawah sesuatu kontrak. Bon

pelaksanaan diperlukan untuk kontrak bernilai melebihi RM200,000.00sahaja. Kadar bon pelaksanaan adalah 2.5% daripada nilai kontrak bagi

kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai RM200,000.00 hingga

RM500,000.00. Manakala 5% daripada nilai kontrak bagi kontrak

bekalan/perkhidmatan yang melebihi RM500,000.

Bagi kontrak bekalan/perkhidmatan bermasa yang berkuatkuasa bagi

tempoh dua 2 tahun atau lebih, peratus dan amaun bon pelaksanaan

dikira mengikut anggaran nilai kontrak setahun sahaja. Walau

bagaimanapun, bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor

hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa. 5% daripada

nilai kontrak bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM200,000.

Tempoh sah laku bon pelaksanaan bagi Perolehan Kerja adalah Dua belas

12 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan. Manakala

Perolehan Bekalan adalah 12 bulan selepas penghantaran terakhir atau

tarikh tamat kontrak yang mana terkemudian.

Bon pelaksanaan boleh terdiri daripada :

Page 76: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 76/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

76

(i)  Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah

Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia;

atau

(ii)  Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans

yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di

Malaysia; atau

(iii) Jaminan Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat

kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989

yang beroperasi di Malaysia; atau

(iv) Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah

Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau

(v) 

Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang

berdaftar di bawah Akta Takaful 984 yang beroperasi di Malaysia;

atau

(vi)  Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan & Infrastruktur

Malaysia Berhad (BPIMB); atau

(vii) 

Wang Jaminan Pelaksanaan (untuk kerja sahaja).

Contoh surat untuk dikemukan kepada pihak bank adalah seperti yang

terdapat dalam folder lampiran. Cara-cara untuk anda membuat Bonpelaksanaan juga akan dinyatakan di dalam surat setuju terima yang

akan ditandatangani oleh anda.

Page 77: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 77/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

77

7.8  Polisi Insurans 

Polisi insurans merupakan polisi yang dikeluarkan oleh Syarikat Insurans

yang diakui dan diambil di atas nama Kerajaan Malaysia di mana anda

perlu lampirkan 2 jenis polisi iaitu:-

A. Polisi Liabiliti Awam (Public Liability Policy )

B. Polisi Insurans Untuk Kerja (Insurance Policy for the Work ) 

7.9 

Skim Keselamatan Sosial Pekerja (Social Security Scheme ) 

Kemukakan nombor kod majikan di bawah skim PERKESO. Tiada format

khusus untuk dokumen ini. Anda hanya perlu membuat surat rasmi

kepada agensi dan nyatakan nombor kod majikan tersebut pada surat

rasmi berkenaan.

7.10  Borang sebutharga/tender 

Borang sebutharga/tender digunakan oleh pihak Kerajaan yang

mengandungi ciri-ciri terperinci sesuatu projek yang diiklankan. Apabila

anda terlibat dengan projek kerajaan. Borang sebutharga/tender yang

telah anda masukkan ke dalam Peti Sebutharga/tender hendaklah

dilampirkan sekali dengan Kontrak Perjanjian. Namun ianya tidak

menjadi kewajipan tetapi untuk memudahkan anda membuat semakan

pada masa depan anda perlu lampirkan sekali borang sebutharga/tender.

Page 78: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 78/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

78

BAB 8

K ATEGORI K ONTRAK

PERJANJIAN 

Pada dasarnya hanya 3 jenis kontrak sahaja yang diperakui Kementerian

Kewangan iaitu Kontrak Jenis PERKHIDMATAN, BEKALAN dan KERJA-

KERJA. Anda seharusnya dapat membezakan jenis-jenis Kontrak

Perjanjian yang dinyatakan di atas .

8.1 

Kontrak Perjanjian Jenis Perkhidmatan 

Contoh Kontrak Perjanjian jenis perkhidmatan yang paling mudah adalahKontrak Perjanjian Perkhidmatan Menaiktaraf Laman Web ianya dikira

sebagai kontrak Perjanjian kategori Perkhidmatan kerana ianya lebih

Page 79: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 79/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

79

memberikan servis. Iaitu lebih kepada servis yang tidak boleh disentuh

secara fizikal. Namun begitu terdapat juga kerja-kerja fizikal yang

dikategorikan sebagai perkhidmatan seperti Perkhidmatan

Penyelenggaraan Bangunan Secara Komprehensif.

8.2 

Kontrak Perjanjian Jenis Bekalan 

Kontrak jenis ini pula adalah lebih tertumpu kepada penghantaran

barangan ke premis pejabat atau tapak bina. Anda perlu meneliti betul-

betul kategori ini, kerana kadang-kadang terdapat kerja-kerja disebalik

penghantaran barangan. Namun begitu apa yang anda boleh lakukan

untuk memastikan ianya berada di dalam kategori yang betul adalah

dengan melihat peratusan projek tersebut lebih memberat ke arah yang

mana satu sama ada bekalan barangan atau pun kerja. Contoh Kontrak

Perjanjian Bekalan adalah seperti Membekal Peralatan Pejabat dan

Membekal Bunga Segar.

8.3  Kontrak Perjanjian Jenis Kerja-Kerja 

Kontrak Perjanjian ini adalah yang melibatkan tenaga buruh dan

peralatan-perlatan teknikal. Kontrak Perjanjian ini adalah jelas kerana

kita boleh nampak, sentuh dan rasa. Contoh Kontrak Perjanjian jenis ini

seperti Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penghawa Dingin Di Bilik Server.

Walaupun terdapat bekalan peralatan seperti penghawa dingin namun

ianya masih dikategorikan sebagai kerja kerana peratusan ke arah itu

adalah lebih tinggi berbanding bekalan. Contoh yang lain adalah Kerja-

Kerja Menambak Tanah dan Kerja-Kerja Pembinaan bangunan.

Julai 2010, semasa saya dan keluarga berada di AEON Ampang (Dulu di

kenali sebagai Carefour ), Seorang wanita daripada Pasir Gudang Johor

menelefon saya, bertanyakan sama ada ebook ini dijual di di Kedai

Popular atau MPH kerana beliau ingin mendapatkan Panduan untuk

Page 80: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 80/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

80

membuat Kontrak Perjanjian bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan

Bangunan Secara Komprehensif yang meliputi 4 bidang utama iaitu

Pembersihan, M&E dan Lanskap. Saya menjawab ebook ini hanya dijual

secara atas talian kerana kerana memudahkan pembaca untuk membuat

pengeditan kerana contoh-contoh Kontrak Perjanjian boleh di muat turun

secara langsung secara atas talian dan ini akan memudahkan lagi kerja-

kerja pengeditan di lakukan.

Page 81: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 81/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

81

BAB 9

STAMPING & DUTI SETEM Rahsia Yang Ditunggu!!! 

Pembayaran stem hasil RM10 termaktub dalam Akta Setem 1949 yang

memerlukan apa-apa borang rasmi undang-undang perlu dikenakan setem hasil.

Apa-apa duti setem yang kena bayar dengan Perjanjian ini akan ditanggungoleh Kontraktor. YA!! Ianya akan ditanggung oleh anda sebagai syarikat yang

dilantik untuk melaksanakan projek.

Tetapi ada caranya yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan syarikat anda

daripada dikenakan Duti Setem semasa stamping kontrak perjanjian syarikat

anda. Di mana anda boleh menyediakan satu draf surat kepada pihak LHDN

yang memaklumkan kepada pihak LHDN yang anda adalah syarikat yang dilantik

oleh kerajaan.

Memandangkan LHDN adalah sebuah badan di bawah Kementerian Dalam Negeri

oleh itu anda tidak akan dikenakan bayaran oleh pihak LHDN mengikut Akta

Setem 1949 Pengecualian Am Seksyen (35) . Sila lihat Folder Zero Duti Setem

yang disertakan bersama ebook ini sebagai contoh surat yang anda boleh

gunakan untuk mengelak daripada dikenakan Duti Setem daripada pihak LHDN.

Page 82: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 82/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

82

Walaupun ianya nampak mudah namun terdapat banyak syarikat yang terlepas

pandang perkara ini dan semestinya pihak kerajaan tidak akan memaklumkan

kepada anda perkara ini kerana ianya akan merugikan pihak kerajaan.

Terdapat beberapa syarikat yang pernah saya siapkan Kontrak Perjanjian

membayar sendiri cukai Duti Setem yang dikenakan oleh LHDN walhal mereka

boleh mengelak dikenakan Cukai Duti Setem .

Tarikh kontrak perjanjian hendaklah sama dengan tarikh surat setuju terima.

Jangan Isi Tarikh pada bahagian Atas Kontrak Perjanjian sekiranya anda sudah

terlewat untuk stamping Kontrak Perjanjian ini kerana semakin jauh jarak

tarikh yang diisi dengan tarikh anda stamping Kontrak Perjanjian harga

stamping juga akan meningkat mengikut tarikh yang anda tulis pada bahagian

atas.

Pengalaman saya adalah biarkan kosong tarikh tersebut dan isikan selepas

Kontrak Perjajian anda telah di stamping. Jika tidak anda akan dikenakan

denda ianya berdasarkan pengalaman saya dalam menguruskan Kontrak

Perjanjian bagi Perkhidmatan Penyewaan Multimedia Display System.

Anda boleh mematikan setem di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

dan pejabat daerah di mana setem duti boleh dimatikan. Di mana Timbalan

Pemungut Duti Setem akan menurunkan catatan pengecualian setelah

berpuashati bahawa pengecualian adalah terpakai berdasarkan surat yang

dikemukakan oleh anda.

Oh ya! Surat yang anda perlu kemukakan kepada LHDN hendaklah

ditandatangani oleh pegawai di agensi Kerajaan tersebut dengan menggunakan

kepala surat agensi berkenaan. Apa yang anda perlu lakukan minta pegawai

berkenaan berbuat demikian untuk anda dengan memberikan draft surat yang

Page 83: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 83/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

83

saya sertakan. Kadang-kadang terdapat pegawai kerjaan yang tidak mengetahui

tentang pelepasan duti setem untuk Kontrak Perjanjian yang melibatkan

kerajaan dengan pihak swasta. SELAMAT BERJAYA!!!!

Page 84: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 84/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

84

K ATA-K ATA AKHIR  

Akhir sekali selepas anda siap menyediakan kontrak perjanjian. Kontrak

perjanjian hendaklah dibinding seelok-eloknya hendaklah dibinding

menggunakan stapler berbanding menggunakan comb binding.

Ini kerana apabila anda menggunakan stapler kontrak perjanjian tersebut akan

sukar untuk dibuka dan diubah isi kandungannya. Kontrak perjanjian jugahendaklah dicetak minimun empat (4) set dimana setiap satu perlu diberikan

kepada (simpanan syarikat Anda , Simpanan Fail, Bahagian Kewangan,

simpanan pegawai incharge)

Seboleh-bolehnya anda menggunakan hard cover untuk kulit luar . Jika tidak

ada pastikan kontrak anda disaluti  plastic cover pada bahagian luar. Kerana

kerajaan tidak akan melupuskan dokumen Kontrak Perjanjian selagi belum

cukup 5 tahun dan untuk memastikan Kontrak Perjanjian anda bertahan

selama 5 tahun sila lakukan apa yang saya sarankan seperti di atas.

Warna kulit luar sesebuah kontrak Perjanjian adalah terpulang kepada syarikat

anda (Saya menggunakan warna kuning) jika anda tidak tahu warna apa yang

perlu digunakan anda bolehlah bertanya bertanya kepada pihak yang satu lagi

sekiranya mereka mempunyai warna yang spesifik untuk Kontrak Perjanjiansyarikat mereka.

Akhir sekali ,Sekiranya Kontrak Perjanjian adalah di antara anda dan

Kerajaan, anda tidak perlu membuat sesempurna mungkin (zero defect)

Page 85: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 85/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

85

Kontrak Perjanjian anda, ini kerana pihak kerajaan mempunyai Pegawai

Undang-Undang daripada Bahagian Penasihat Undang-Undang (PUU)

Kementerian. Di dalam carta organisasi Kementerian Bahagian ini

melaporkan terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan mereka

adalah orang yang pakar serta berkelayakan untuk memeriksa dan mengubah

semula kontrak perjanjian anda jika terdapat sebarang ralat dan terma yang

tidak berkenaan.

Mereka-mereka ini digaji oleh pihak kerajaan untuk melakukan kerja ini. Oleh

itu, usahlah anda memenatkan diri dengan membuat menyemak Kontak

Perjanjian hingga perlu merujuk kepada Majlis Peguam. Anda perlu ingat ini

hanyalah Kontrak Perjanjian yang hanya melibatkan anda dan Kerajaan.

Jika ianya melibatkan anda dan syarikat swasta situasinya adalah lebih kurang

sama. Syarikat-syarikat besar mempunyai Bahagian Undang-Undang mereka

sendiri yang membezakan dengan Kerajaan. Syarikat besar begitu cerewet

dalam menyemak sesuatu kontrak . Saya bercakap berdasarkan fakta di mana

saya pernah membuat Kontrak di antara saya dengan pihak Bank yang

terkemuka di negara kita .

Sampai sekarang Kontak Perjanjian tersebut tidak dipulangkan kepada saya.

Anda perlu tahu Kerajaan adalah satu organisasi yang tidak berdasarkan kepada

keuntungan dan lebih kepada situasi menang-menang berbanding dengan

syarikat swasta yang lebih mementingkan keuntungan. Oleh itu, mereka akan

begitu terperinci apabila menyemak sesuatu terma di dalam Kontrak

Perjanjian.

Sebolehnya jika terdapat isu yang timbul di kemudian hari mereka tidak ingin

keluar satu sen pun. Oleh itu, anda haruslah berwaspada dalam berurusan dan

membuat Kontrak Perjanjian yang bijak dan menguntungkan kedua-dua belah

pihak.

Page 86: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 86/87

 

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE

86

TENTANG PENULIS 

Biodata Penulis

Risi Yusoff Merupakan lepasan Diploma dan Sarjana

Muda Sains Komputer daripada Universiti Putra

Malaysia serta pemegang Sijil Aptech Certified

Computer Profesional (ACCP) Daripada Universiti Kolej

Antarabangsa Cosmopoint Kuala Lumpur.

Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah

di sebuah agensi Kerajaan di Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau selama 4 tahun sebagai Penyedia

dan penyemak Kontrak Perjanjian kini digunakan

sepenuhnya untuk membantu syarikat-syarikat kecil

yang baru mula mencari tapak di dalam bidangkeusahawanan.

Dengan membantu syarikat- syarikat berkenaan

dengan cara yang mudah, cepat dan betul dalam

penyediaan Kontrak Perjanjian terutama Kontrak

Kerajaan ini kerana beliau berpandangan untuk

memajukan diri kita tidak perlu mencipta sesuatu

yang baru cukuplah dengan mengambil ilmu dan

contoh daripada mereka yang telah berjaya.

Page 87: eBook Kontrak Perjanjian

8/19/2019 eBook Kontrak Perjanjian

http://slidepdf.com/reader/full/ebook-kontrak-perjanjian 87/87

 

KONTRAK PERJANJIAN