Cross Cultural Assigment

download Cross Cultural Assigment

of 15

description

oum

Transcript of Cross Cultural Assigment

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    1/15

    FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

    SEMESTER 5 2014

    BBSB 4103

    CROSS CULTURAL MANAGEMENT

    MATRICULATION NO :

    IDENTITY CARD NO. :

    TELEPHONE NO. :

    E-MAIL :

    LEARNING CENTRE : SHAH ALAM

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    2/15

    - 1 -

    ISI KANDUNGAN M/S

    1.0Pengenalan 2-3

    2.0Analisis Budaya Berdasarkan Dimensi Hofstede.... 3

    2.1Analisis Dimensi Hoftede Bagi Jarak Kuasa .. 4-5

    2.2Analisis Dimensi Hoftede Bagi Individualism/kolektivism . 5-7

    2.3Analisis Dimensi Hoftede Bagi Kelakian/Kewanitaan 7-9

    2.4Analisis Dimensi Hoftede Bagi Pengelakan Ketidakpastian..... 9-10

    3.0Ringkasan 11-12

    4.0Rujukan .... 13-14

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    3/15

    - 2 -

    1.0Pengenalan

    Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayahyang terbentuk

    daripada kata buddhi( budi atau akal ) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi

    dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, budaya disebut culture yang berasal daripada bahasa

    Latin Colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan.Kamus Dewan Bahasa ( 2007 )

    mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Menurut

    Koentrajaraningrat ( 2002 ),budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia

    yang berasaskan proses pembelajaran. Manakala menurutA. Aziz Deraman ( 1994 )mengatakan

    bahawa sifat budaya adalah universal tetap dari segi paradoksnya. Pada masa yang sama terdapat

    perbezaan antara budaya sesebuah masyarakat / negara dengan masyarakat / negara yang lain.

    Ciri-ciri budaya boleh dibahagikan kepada empat iaitu budaya melambangkan tingkah laku yang

    boleh dipelajari ( learned behavior ) ,elemen budaya berkaitan antara satu sama lain ( Interrelated

    ), budaya diadaptasi ( penyesuaian ) dan budaya boleh dikongsi oleh semua anggota

    masyarakatnya .

    Konsep budaya amat penting untuk membanding perbezaan antara satu masyaralat dengan

    masyarakat yang lain. Kepelbagaian kelompok masyarakat akan menjelmakan kepelbagaian

    budaya, sepertimana yang terdapat di Indonesia. Ada dua pendapat tentang budaya di Indonesia

    iaitu kebudayaan Indonesia itu masih belum ada ataupun masih merupakan perbincangan tentang

    cita-cita. Pendapat yang kedua menyatakan bahawa, kebudayaan Indonesia itu sudah ada (Gunadi

    et al, 1995).Beberapa pakar kebudayaan seperti kayam, 1997; Gunadi et al. 1995, Hassan 1989:

    Joesoef 1987; Suriasumantri, 1986 dan Sastrosupono, 1982, menyatakan bahawa kebudayaan

    Indonesia adalah kebudayaan suku-suku yang memuncak pada suatu masa. Dengan penduduk

    hampir 200 juta orang di 13.667 pulau, Indonesia adalah kepulauan terbesar di dunia terletak di

    antara benua Asia dan Australia, dan di antara Pasifik dan Lautan Hindi. Hanya 35% daripada

    penduduk tinggal di kawasan bandar, tetapi terdapat lebih daripada 30 bandar raya dengan

    100,000 + penduduk. Tambahannya , terdapat lima bandar mempunyai penduduk seramai lebih

    satu juta. Mereka adalah Jakarta, Surabaya, Bandung, Semarang dan Surabaya, dan semuanya

    terletak di Jawa. Untuk benar-benar memahami budaya sosio-politik di Indonesia, salah satu

    keperluan untuk memahami Jawa.Walaupun penduduk mempunyai warisan Melayu yang penting,

    ia mempunyai lebih 300 budaya yang berbeza dan tinggal di dalam negara yang sama.. Walaupun

    majoriti besar rakyat Indonesia beragama agama Islam (86.1%), namun terdapat perbezaan

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    4/15

    - 3 -

    kepercayaan mereka akibat daripada campuran kepelbagaian budaya dan suku di negara ini.

    Agama Kristian adalah agama kedua terbesar selepas agama Islam (8.7%).

    2.0Analisis Budaya Berdasarkan Dimensi Hoftede

    Penyelidik-penyelidik ilmu sosial mengunakan dimensi-dimensi budaya yang dikembangkan

    olehHoftede ( 1980 )danHoftede and Bond( 1988, dalam Kirkman et al.,2006)untuk mengukur

    budaya sesuatu masyarakat atau negara. Dimensi-dimensi tersebut adalah Orientasi Sosial

    individualisme / kolektivisme, Orientasi Jarak Kuasa, Orientasi Ketidakpastian, Orientasi

    Matlamatkelakian / kewanitaan dan Orientasi Masa. Pemahaman dan ukuran budaya

    mengunakan dimensi-dimensi Hoftede masih relevan pada masa kini, seperti yang dinyatakan

    oleh de Mooji ( 2004 )iaitu setiap manusia kelihatan sama namun pemikiran dan tingkah laku

    mereka berbeza mengikut wilayah masing-masing. Indonesia merupakan negara yang mempunyai

    budayanya yang tersendiri walaupun wujudnya masyarakat yang mempunyai banyak suku-sukukaum yang wujud . Oleh itu dengan mengunakan dimensi nilai Hoftede untuk menganalisa

    budaya, kita akan lebih memahami budaya Indonesia dengan lebih baik.

    Graf 1.1 Analisis Dimensi H ofstede oleh Geert Hofstede

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    5/15

    - 4 -

    2.1Analisis Dimensi Hoftede Bagi Jarak Kuasa

    Hofstede (1994) telah mengunakan konsep jarak kekuasaan untuk

    mengambarkan hubungan pihak atasan dengan orang bawahan. Jarak kekuasaan

    adalah pengukuran kuasa interpersonal atau pengaruh antara pihak atasan dan pihak

    bawahan dimana kuasa kelompok bawahan biasanya adalah lebih rendah jika

    berbanding dengan kuasa yang ada pada kelompok atasan. Jarak kekuasaan ini diambil

    daripada kajian Mulder. Teori Mulder berdasarkan kepada satu siri eksperimen yang

    panjang dengan struktur sosial yang mudah. Mulder mendefinisikan kuasa sebagai

    potensi untuk memutuskan atau mengarahkan tingkah laku seseorang atau orang lain

    dan bukan sebaliknya dan jarak kekuasaan sebagai tingkat ketidaksamaan

    mengenai kuasa antara individu yang kurang berkuasa dan lebih berkuasa, dimana

    mereka ini tergolong dalam sistem sosial yang sama. Antara ciri-ciri indeks jarak

    kekuasaan yang tinggi ialah orang atasan akan membuat keputusan secara autokratik

    dan paternalistik, gaya pembuat keputusan yang menyebabkan berlakunya polanisasi

    antara autokratik-paternalistik dan peraturan majoriti, takut ketidaksetujuan, enggan

    mempercayai satu sama lain, kurang bertimbang rasa, penyertaan formal boleh wujud

    tanpa perundingan tidak formal dan mereka yang berpendidikan tinggi atau rendah

    menunjukkan nilai yang sama mengenai kuasa ( sumber: Hofstede G. ( 1984 ) )

    Berdasarkan kepada graf 1.1 di atas menunjukkan Indonesia mengunakan jarak

    kekuasaan tinggi dalam pengurusan organisasi mereka iaitu pada skor 78. Keadaan ini

    tidak semestinya dipaksa ke atas penduduk, tetapi sebaliknya diterima oleh masyarakat

    sebagai sebahagian daripada warisan budaya mereka. Purata Jarak Kekuasaan bagi

    negara-negara Asia yang lebih besar adalah 71.

    Model masyarakat Indonesia dalam perspektif dimensi Hofstede jarak

    kekuasaan tinggi menunjukkan dimana orang yang berstatus tinggi dan orang yang

    berstatus rendah merasa selesa dengan sistem perintah berhieraki yang sedia ada,

    malah mereka menganggap model hubungan ini sesuatu yang biasa. Menurut Gibson

    et. al. (2001),masyarakat yang mempunyai jarak kekuasaan tinggi menganggap

    bahawa mereka perlu taat kepada orang atasan mereka. Pemimpin atau orang atasan

    mendapat hak-hak yang sepatutnya sebagai orang atasan dan orang bawahan menerima

    keadaan tersebut dengan rela tanpa paksaan. Namun demikian, hubungan antara orang

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    6/15

    - 5 -

    atasan dan bawahan ini bukanlah sesuatu transaksi jual beli yang berorientasikan

    keuntungan tetapi lebih kepada hubungan kekerabatan.

    Hubungan antara orang atasan dan bawahan di Indonesia lebih kurang sama

    dengan hubungan antara ibu bapa dan anak. Orang bawahan menganggap pemimpin

    mereka sebagai Bapak dan mereka meletakkan posisi diri mereka sebagai anak.

    Dalam konteks hubungan kerja di dalam sesebuah organisasi di Indonesia mereka

    bukan sahaja menganggap pegelarkerjaan itu hanya sebagai pekerjaan tetapi

    pekerjaaan itu perlu dilakukan dengan nilai-nilai sopan santun terutamanya dalam

    menghormati pimpinan organisasi mereka. Gelaran-gelaran yang diberikan kepada

    ahli-ahli keagamaan, akademik dan juga jenis-jenis penghormatan yang lain dianggap

    sebagai sesuatu yang penting. Status seseorang itu ditentukan oleh gelaran-gelaran

    formal yang diberikan, ini untuk menunjukkan siapa orang yang disebut (ascribed

    status) dan bukan apa yang telah dicapai oleh seseorang itu (achieved status).

    Pola hubungan kerja antara atasan dan bawahan di tempat kerja merupakan

    asas pendidikan yang dipeolehi dan diterap dari rumah dan sekolah. Di rumah, ibubapa

    atau orang tua merupakan contoh kepada anak-anak. Terutamanya dari segi nilai-nilai

    moral dan kebaikan yang ditunjukkan dan diajar oleh ibu bapa. Contohnya dengan

    mencium tangan sebelum pergi dan balik dari sekolah atau ketika melakukan kegiatan

    luar rumah yang memerlukn waktu dan jarak yang lama. Sikap menghormati orang

    yang lebih tua telah diajar dan diterapkan dalam kehidupan seharian mereka. Malah

    memberikan nasihat dan petua merupakan tradisi penting sebelum mereka melakukan

    apa-apa aktiviti atau kegiatan.

    Oleh sebab itu, ianya bukan sesuatu perkara yang pelik jika seseorang ketua

    atau pemimpin itu dipanggil dengan gelaran bapak atau ibu, walaupun usia ketua

    atau pemimpin itu lebih muda, kerana gelaran itu menunjukkan hubungan orang tua

    dan anak di dalam sesebuah keluarga dan sesebuah organisasi itu di anggap sebuah

    keluarga yang besar. Pola hubungan dalam organisasi di Indionesia berbeza dengan

    negara-negara barat yang mempunyai jarak kekuasaan rendah, dimana memanggil

    nama secara langsung kepada orang atasan adalah biasa.

    Menurut Mokhtar Lubis (2001:23) , orang atasan mahu supaya orang bawahan

    yang berada dalam kuasanya sama ada dari segi pangkat atau kekayaaan mengabdikan

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    7/15

    - 6 -

    diri mereka kepada pihak atasan dari semua sifat seperti patuh, hormat, takut,

    merendah diri, menyedari tentang tahap diri mereka dan di mana tempat mereka yang

    sepatutnya, menerima serta melakukan sesuatu perkara itu dengan tujuan untuk

    menyenangkan si bapak. Dan orang bawahannya pula akan bersemangat untuk

    mengabdikan diri pada pihak atasan dengan mempunyai sikap ABS Asal Bapak

    Senang iaitu dengan memenuhi dan melaksanakan kehendak pihak atasan dan

    menyimpan atau menyorokkan sesuatu perilaku atau perkara yang dianggap kurang

    menyenangkan oleh pihak atasan.

    2.2Analisis Dimensi Hoftede Bagi Individualism / Kolektivitism

    Dimensi Hofstede bagi individualism / kolektivism mencerminkan sejauh

    mana orang lebih suka untuk menjaga diri mereka sendiri dan keluarga terdekat

    mereka sahaja. Ianya juga merupakan kepercayaan seseorang berkaitan dengankepentingan hubungan antara individu dengan kumpulan dimana seseorang individu

    itu terlibat. Indonesia merupakan salah satu negara yang mempunyai ranking dunia

    terendah dalam dimensi Individualisme dengan 14, berbanding dengan ranking yang

    lebih besar Asia 23, dan ranking dunia 43. Skor pada Dimensi ini menunjukkan

    masyarakat Indonesia adalah kolektivism berbanding individualism.Budaya koletivism

    ialah individu tersebut sama ada tergolong dalam satu atau lebih kumpulan yang

    terdekat dimana kumpulan itu dicipta berdasarkan aktiviti-aktiviti yang seterusnya

    (Hodstede, 1983). Manakala menurut Samovar, Porters & McDaniel,( 2007)pula,

    budaya kolektivism menunjukkan kebergantungan dan kepercayaan terhadap orang

    lain contohnya keluarga, organisasi dan puak/suku kaum.

    Dalam budaya kolektivism, seorang anak akan belajar untuk berfikir dengan

    meletakkan diri dalam konteks kami berbanding saya. Dalam budaya ini ,

    pemikiran yang mencerminkan pendapat bersama lebih dihargai berbanding pendapat

    sendiri, orang yang berada dalam masyarakat kolektivism selalunya tidak biasa

    mempunyai pendapat yang berbeza dari kelompok masyarakatnya. Jika seseorang itu

    menpertahankan pendapat peribadinya dalam kelompok tersebut ianya dianggap

    sebagai tidak berbudaya. Di Indonesia , istilah musyawarah digunakan untuk

    mencari jalan penyelesaian bersama atau menyelaraskan pendapat secara bersama-

    sama. Konsep ini dikukuhkan lagi dengan rukun negara Indonesia yang keempat atau

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    8/15

    - 7 -

    lebih dikenali sebagai Pancasila iaitu kerakyatan dipimpin oleh hikmat

    kebijaksanaan dalam pemusyawaratan/perwakilan.

    Pola dalam menjaga hubungan harmoni dalam masyarakat ini menjadikan

    setiap aktiviti yang melibatkan orang ramai selalunya diwarnai oleh hubungan yang

    bersifat personal dimana ianya sukar untuk memisahkan antara aktiviti dan orang yang

    melakukan aktiviti. Dalam konteks hubungan ini menunjukkan kesalahan adalag

    sesuatu yang baik, namun ianya di anggap sebagai serangan yang bersifat peribadi

    apabila ianya dilakukan di depan khalayak ramai. Malah di Indonesia menjaga

    perasaan orang lain lebih penting daripada menyampaikan kebenaran.

    Kuatnya nilai untuk tidak menyakiti hati orang lain ini sering menimbulkan

    reaksi negatif terutamanya kepada suku kaum jawa. Ini kerana mereka menganggap

    bahawa orang jawa tidak suka berterus terang dan suka berbohong. Paderi Van Lithseorang paderi Kristian Katolik yang juga dikenali sebagai seorang ahli bahasa dan

    falsafah Jawa membetulkan tanggapan negatif tersebut dengan menyatakan Orang

    Barat tidak dapat menyelami tabiat orang Jawa dalam kehidupan bermasyarakat. Bagi

    Orang Barat, anak-anak mereka dididik dan diterapkan dengan lieg nietyang

    bermaksud jangan berbohong, sedangkan anak-anak orang Jawa sejak kecil dididik

    dengangrief nietyang bermaksud jangan menyakiti hati orang lain.

    Perbahasan tentang kolektivism-individualism di Indonesia tidak terlepas dari

    konsep gotong royong yang mana ianya masih kuat dipertahankan di Indonesia. Dalam

    konsep ini manusia dianggap sebagai makhluk yang pada hakikatnya tidak boleh

    berdiri dengan sendiri. Manusia memerlukan bantuan orang lain terutamanya dari ahli

    keluarga dan dan kaum kerabatnya sendiri. Pemikiran ini akan memberikan manusia

    perasaan yang aman terhadap masyarakat sekelilingnya. Ini kerana mereka percaya

    kepada nilai-nilai positif dimana apabila mereka ditimpa bencana maka masyarakat

    mereka akan membantu mereka dalam menghadapi bencana itu bersama-sama. Dalam

    masyarakat kolektivism selalunya akan ada orang lain di samping inidvidu yang

    mempunyai masalah kerana pada masyarakat kolektivism mereka menganggap itu

    adalah masalah mereka juga dan perlu dihadapi bersama.

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    9/15

    - 8 -

    2.3Analisis Dimensi Hoftede Kelelakian / kewanitaan

    Istilah maskulin (kelelakian) dan feminin (kewanitaan) adalah relative

    (berhubung kait) bukan absolute (mutlak). Ianya bermaksud lelaki boleh berperanan

    seperti wanita dan wanita boleh berperanan seperti lelaki, bergantung kepada budaya

    masyarakat setempat. Maskulin tidak bermaksud lelaki tetapi nilai-nilai dominan yang

    terdapat dalam masyarakat tersebut seperti ketegasan, mengutamakan cita-cita dan

    daya saing yang secara umum boleh dikatakan masyrakat ini lebih mengutamakan

    kejayaan, wang dan status ataupun kualiti hidup. Sedangkan feminin pula bermaksud

    budaya masyarkat itu lebih mengutamakan kualiti hidup, keseragaman dan

    ketenteraman hidup, keluarga dan memberi perhatian kepada kaum yang lemah.

    Untuk analisis dimensi Hofstede untuk kelakian dan kewanitaan Indonesia

    mendapat skor indeks sebanyak 46, yang mana ianya menunjukkan negara Indonesiamempunyai tahap maskulin yang rendah dan dianggap negara yang lebih kepada

    feminin. Walapun ianya tidak serendah seperti negara-negara Eropah utara yang

    mempunyai tahap maskulin yang rendah, Indonesia masih dianggap kurang maskulin

    berbanding negara-negara Asian yang lain seperti Jepun, China dan India. Indonesia

    merupakan antara negara yang mempunyai tahap maskulin yang rendah tetapi masih

    dalam tidak terlalu rendah untuk dipanggil negara feminine. Negara ini akan

    menunjukkan ciri-ciri masyarakat maskulin tetapi dalam tahap yang lebih kecil

    Di Indonesia status dan simbol kejayaan merupakan sesuatu yang penting

    walaupun ianya tidak memberikan keuntungan dari segi material yang membawa

    kepada motivasi diri. Masyarakat Indonesia mementingkan konsep gengsi iaitu

    penampilan luaran. Gengsi merupakan sesuatu yang kuat dipertahankan oleh mereka

    kerana ia bertujuan untuk memberikan kesan dan mewujudkan aura status kepada

    orang lain. Sikap mereka yang lebih mementingkan perhatian dari nilai material

    menunjukkan ciri-ciri feminin dalam sifat maskulin.

    Masyarakat Indonesia menurut pandanganMokhtar Lubis ( 2001 )merupakan

    masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang kurang baik iaitu mempunyai perwatakan

    yang agak lemah. Watak yang agak lemah ini di tunjukkan melalui masyarakatnya

    yang tidak begitu gigih atau berusaha untuk mempertahankan atau memperjuangkan

    keyakinannya. Keyakinan mereka sangat mudah untuk diubah dengan hanya sedikit

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    10/15

    - 9 -

    tekanan agar mereka dapat bertahan untuk hidup daripada tekanan tersebut. Penipuan

    seperti dalam kontek pendidikan seperti pembelian sijil akademik atau gelaran seperti

    master atau doktor biasa dilakukan, malah kes ini pernah dibongkarkan tidak berapa

    lama dahulu. Pada persepsi mereka gelaran-gelaran ini dapat meningkatkan status

    mereka walaupun ianya diperolehi dengan cara yang menyalahi undang-undang.

    Watak yang lemah dalam pandangan Mokhtar Lubis di definisikan atau diberi

    label olehKoentjaraningrat ( 2002 )sebagai mentaliti seseorang yang mencari jalan

    yang paling senang untuk menempuh halangan. Mentaliti tersebut adalah jenis

    mentaliti yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk mencapai tujuan dengan cara yang

    paling cepat dan yang paling senang tanpa berusaha selangkah demi selangkah untuk

    mendapatkannya. Ianya kerana tiada sikap untuk rela berkorban dan semangat untuk

    berjuang dalam menghadapai kesukaran demi mencapai satu tahap pencapaian dalam

    bidang tertentu. Kerana dalam dimensi maskulin kejayaan material dan prestasi adalah

    yang paling penting.

    Namun begitu Indonesia masih mempunyai sifat-sifat feminin. Ini kerana

    walaupun terdapat sedikit tekanan dalam pengurusan namun mereka masih

    mengamalkan kebebasan untuk memilih. Antara contoh yang dapat kita lihat adalah

    melalui pemilihan Perdana Menteri mereka yang tidak hanya tertumpu kepada calon

    lelaki tetapi kepada calon perempuan juga. Ini dapat dibuktikan dengan pemilihan

    bekas Presiden wanita Indonesia iaitu Megawati Soekarno Putri.

    2.4Analisis Dimensi Hoftede Mengelak Ketidakpastian

    Budaya orientasi ketidakpastian dirangsang oleh perubahan dan persaingan

    demi peluang-peluang baru. Dalam budaya ini, menerima kepastian merupakan satu

    bentuk kebosanan, aktiviti rutin dan mengongkong .Sebaliknya, golongan yang

    mengelakkan ketidakpastian tidak gemar dengan kekaburan dan berusaha

    mengelakkannya. Mereka lebih sanggup untuk menerima pakai hierarki lebih tegar

    dan peraturan serta prosedur yang lebih rumit. Menurut analisis Hofstede, Indonesia

    mempunyai skor indeks tahap mengelak ketidakpastian yang rendah iaitu 48. Untuk

    masyarakat yang mengelak kepastian, mereka berusaha menghadapi ketidakpastian

    tersebut dengan meningkatkan keselamatan dan mengelakkan risiko semaksimum

    mungkin.

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    11/15

    - 10 -

    Jika penilaian indeks ini di nilai melalui aspek agama maka mungkin ianya

    mempunyai pengaruh dalam mengelak ketidakpastian ini. Jika di negara-negara barat

    mereka umumnya menganggap bahawa manusia menguasai takdir mereka sendiri

    dimana manusia dianggap mampu menentukan takdir dan nasib hidup mereka sendiri.

    Dalam konsep ini, kegagallan dan kejayaan adalah hasil daripada usaha mereka

    sendiri. Sedangkan agama rasmi Indonesia iaitu agama Islam, menyatakan bahawa

    manusia harus mempercayai takdir Tuhan sebagai salah satu sifat keimanan. Dalam

    konsep ini, kejayaan dan kegagalan bukan sahaja kerana usaha tetapi juga kerana

    kekuatan luaran manusia yang lebih kuat iaitu kuasa Tuhan. Kepercayaan kepada

    takdir Tuhan ini boleh dinilai sebagai faktor yang penting dalam menghadapi situasi

    ketidakpastian iaitu sifat reda dan pasrah dalam situasi yang gembira ataupun sedih.

    Dalam konteks konflik di Indonesia, komunikasi secara langsung merupakan

    satu kaedah penyelesaian yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka dan mereka

    tidak selesa mengunakan kaedah ini dalam menyelesaikan konflik atau masalah yang

    timbul. Ini kerana sifat yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi jika tidak

    mampu menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka lebih suka mengunakan kaedah

    yang mereka suka untuk menyelesaikan satu-satu konflik iaitu dengan mengunakan

    pihak ketiga ataupun orang tengah. Kaedah ini lebih berjaya menyelesaikan konflik

    berbanding komunikasi secara langsung. Ianya juga membenarkan mereka bertukar-

    tukar pendapat tanpa menjatuhkan air muka atau maruah mereka. salah satu

    manifestasi utama mengelak ketidakpastian di Indonesia ialah dengan mengekalkan

    keharmonian di tempat kerja dan orang tengah atau pengantara yang digunakan

    mampu membuang ketidakpastian yang berkaitan dengan konfrontasi tersebut.

    Untuk memastikan pekerja diberi ganjaran dan mempunyai ekonomi yang

    sentiasa stabil masyarakat Indonesia mempunyai satu frasa yang selalu digunakan iaitu

    asal Bapak Senang . Ianya bermaksud jika pekerja tersebut mampu membuatkan

    majikan sentiasa gembira mereka mampu menjadi pekerja yang paling berharga dalam

    sesebuah syarikat tersebut. Mereka tidak sanggup untuk mengambil risiko yang boleh

    menaikkan kemarahan majikan mereka dan sekaligus akan menghadapi risiko untuk

    dibuang kerja.

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    12/15

    - 11 -

    Negara Indonesia juga bergantung kepada Bank Dunia untuk menjana modal

    negara mereka. Ini kerana rakyatnya lebih banyak bergantung dengan bekerja makan

    gaji daripada menjalankan perusahaan sendiri. Mereka banyak bergantung kepada

    pelabur-pelabur luar untuk menjalankan perniagaan di negara mereka kerana takut

    untuk mengambil risiko kegagalan dalam menjalankan perniagaan tersebut yang boleh

    mendatangkan kerugian. Keadaan ini yang menyebabkan masyarakatnya lebih senang

    bekerja dengan majikan daripada menjalankan perusahaan sendiri yang mengurangkan

    tahap keselamatan dalam meraih pendapatan mereka. Ini menyebabkan Indonesia

    merupakan salah sebuah negara yang mempunyai jumlah hutang yang tinggi dengan

    Bank Dunia.

    3.0Ringkasan

    MengikutA.Aziz Deraman ( 1994 ),jika tidak ada masyarakat maka tidak ada budaya. Secara

    umumnya budaya bermaksud cara hidup manusia. Budaya merupakan proses perkembangan

    sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.

    Jarak kuasa merupakan tahap kesaksamaan masyarakat dalam kekuasaan. Jarak kuasa

    merupakan satu ukuran di mana ahli dari suatu masyarakat menerima bahawa kuasa dalaminstitusi atau organisasi tidak diagihkan secara sama rata. Hal ini mempengaruhi perilaku anggota

    masyarakat yang kurang berkuasa dan yang berkuasa. Orang-orang dalam masyarakat yang

    mempunyai jarak kuasa besar menerima perintah hierarki di mana setiap orang mempunyai suatu

    tempat yang tidak lagi memerlukan justifikasi. Orang-orang dalam masyarakat yang berjarak

    kuasa kecil menginginkan persamaan kuasa dan menuntut justifikasi atas perbezaan kuasa. Isu

    utama atas dimensi ini adalah bagaimana suatu masyarakat menangani perbezaan diantara

    penduduk ketika hal tersebut terjadi. Hal ini mempunyai kesan jelas terhadap cara orang-orang

    membina institusi dan organisasi mereka. Jarak kuasa akan mempengaruhi setara atau tidaknya

    setiap orang.Misalnya, di Indonesia sendiri budaya status menunjukkan bahawa ada jarak kuasa

    yang tinggi, yang menyebabkan tidak setaranya setiap orang dalam organisasi.

    Kolektivisme berkenaan dengan ikatan dalam masyarakat. Individualisme bermakna

    kecenderungan individu dalam masyarakat di mana individu dianjurkan untuk menjaga diri

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    13/15

    - 12 -

    mereka sendiri dan keluarga dekatnya. Kolektivisme bermakna dimana individu boleh

    mengharapkan kerabat, suku, atau kumpulan lain melindungi mereka sebagai ganti atas kesetiaan

    mutlak. Isu utama dalam dimensi ini adalah status di mana seseorang individu sentiasa

    bergantung kepada masyarakatnya untuk sentiasa membantu. Hal ini berkait dengan konsep diri

    masyarakat: "saya" atau "kami". Setiap masyarakat yang individual diharapkan mengurus dirinya

    sendiri dan keluarganya secara sendiri tanpa bantuan masyarkat sekelilingnya. Misalnya di

    Indonesia ada budaya gotong royong yang banyak membantu menyelesaikan sesuatu tugas yang

    diberikan dengan kerjasama semua ahli masyarakat..

    MenurutPorter, Samovar & Mcdaniel ( 2007 ), Hofstede mengunakan analisis kelakian dan

    kewanitaan untuk melihat ciri-ciri gender sama ada lelaki atau wanita yang mendominasi

    sesebuah budaya itu dan beliau mahu merujuk sejauh mana ciri-ciri maskulin dan feminine itu

    ditonjolkan dalam sesebuah budaya. Isu asas di sini ialah apa yang mendorong orang, mahu

    menjadi yang terbaik (maskulin) atau suka apa yang anda lakukan (feminin).Maskulin bermakna

    kecenderungan dalam masyarakat ke atas prestasi, kepahlawanan, ketegasan, dan kejayaan

    material. Lawannya, kewanitaan bermakna kecenderungan akan hubungan, kesederhanaan,

    perhatian pada yang lemah, dan kualiti hidup. Isu utama pada dimensi ini adalah Pada budaya

    maskulin yang ditonjolkan adalah ketegasan dan kompetitif, sedangkan pada feminim adalah

    kesopanan dan perhatian.

    Mengelak Ketidakpastian yang menunjukkan rasa selesa suatu budaya terhadap

    ketidakpastian. Pengelakkan ketidakpastian merupakan tahap dimana anggota masyarakat merasa

    tak selesa dengan ketidakpastian dan kekaburan. Perasaan ini mengarahkan mereka untuk

    mempercayai kepastian yang nyata. Masyarakat yang mempunyai mengelak ketidakpastian yang

    kuat menjaga kepercayaan dan mempunyai nilai tingkah laku yang ketat dan tidak akan

    bertorenrasi terhadap orang atau idea yang menyimpang. Masyarakat yang mempunyai mengelak

    ketidakpastian yang lemah menjaga suasana yang lebih santai di mana amalan dianggap hanya

    sebagai prinsip dan penyelewengan lebih dapat diterima. Isu utama dalam dimensi ini adalah

    bagaimana suatu masyarakat bertindak balas atas fakta yang datang hanya sekali dan masa depan

    yang tidak diketahui. Apakah ia cuba mengawal masa depan atau membiarkannya berlalu. Seperti

    halnya jarak kuasa, mengelakkan ketidakpastian mempunyai kesan ke atas cara orang-orang

    membangunkan institusi dan organisasi mereka.Contohnya, keusahawan merupakan pekerjaan

    yang menuntut kita untuk dapat menghadapi ketidakpastian. Di Indonesia sendiri, khususnya

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    14/15

    - 13 -

    keusahawan bali kurang diminati oleh kaum pribumi kerana budaya yang takut akan risiko dan

    ketidakpastian.

    Jumlah Perkataan 3195

    4.0Rujukan

    1. Hofstede, G. (1983). The cultural relativity of organizational practices and

    theories.Journal of international business studies, 75-89.

    2. de Mooij, M., & Hofstede, G. (2011). Cross-cultural consumer behavior: A review of

    research findings.Journal of International Consumer Marketing, 23(3-4), 181-192.

    3. De Mooij, M., & de Mooij, M. (2004). Consumer behavior and culture.Consequences for

    global marketing and advertising.

    4. Hofstede, G. (1994). The business of international business is culture.International

    business review, 3(1), 1-14.

    5. Hofstede, G., & Bond, M. H. (1988). The Confucius connection: From cultural roots to

    economic growth. Organizational dynamics, 16(4), 5-21.

    6. Sihombing, S. O., & Pongtuluran, F. D. (2013). PENGIDENTIFIKASIAN DIMENSI-

    DIMENSI BUDAYA INDONESIA: PENGEMBANGAN SKALA DAN

    VALIDASI. Sustainable Competitive Advantage (SCA), 1(1).

    7. Sarwono, S. S. (1998). Cultural Values and Marketing Practices in Indonesia.Journal of

    Indonesian Economy and Business, 13(3).

  • 5/20/2018 Cross Cultural Assigment

    15/15

    - 14 -

    8. Joesoef, D. (1987). Pancasila, kebudayaan, dan ilmu pengetahuan dalamPancasila

    sebagai Orientasi Pengembangan Ilmu, Prawihardjo, S.H,. Bakker, Sutrisno, S. (editor),

    Yogyakarta:PT. BP Kedaulatan Rakyat.

    9. Sjamsuddin, T. (2002). Kebudayaan Aceh. Dalam Koentjaraningrat.Manusia dan

    Kebudayaan di Indonesia.

    10. Sumantri, S., Unpad, F. P., & Suharnomo, F. E. U. (2011). Kajian Proposisi Hubungan

    Antara Dimensi Budaya Nasional Dengan Motivasi Dalam Suatu Organisasi Usaha.

    11. Septarini, B. G., & Yuwono, I. PENGARUH BUDAYA KOLEKTIVISME TERHADAP

    KOMPETENSI INTI PADA KELOMPOK LINI MANAJERIAL PT SEMEN GRESIK

    (PERSERO) TBK.Journal Unair.

    12. Budaya, P. (2008). Pengetahuan Budaya dan Politik.Negara dan korupsi: pemikiran

    Mochtar Lubis atas negara, manusia Indonesia, dan perilaku politik, 85.

    13.Asriwandari, H. (2014). ORIENTASI NILAI BUDAYA PADA KONDISIINEQUALITY: Studi Pada Komunitas yang Berpotensi Konflik Seputar Taman Nasional

    Teso Nilo (TNTN).

    14. Sastrosupono, M. S. (1982).Menghampiri kebudayaan. Alumni.

    15. Kirkman, B. L., Lowe, K. B., & Gibson, C. B. (2006). A quarter century of culture's

    consequences: A review of empirical research incorporating Hofstede's cultural values

    framework.Journal of International Business Studies, 37(3), 285-320.