BOOK COVER ISLAMIC FINANCE CONFERENCE copy kerja/ramizah cmief 2016.pdf · Prospek & Cabaran Oleh...

16

Transcript of BOOK COVER ISLAMIC FINANCE CONFERENCE copy kerja/ramizah cmief 2016.pdf · Prospek & Cabaran Oleh...

Kewangan

Sosial Islam •ISLAMIC SOCIAL FINANCE•

PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN

KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016

PROCEEDINGS OF THE 3RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

Disunting oleh:

Sharifah Shazwani Syed Mohamed

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

Amiratul Nadiah Hasan

Suhaili Alma’amun

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI • 2016

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

ii

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

(CMIEF) 2016

Cetakan Pertama, 2016

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan

untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,

sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis

daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan dan dicetak oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

http://www.ekonis-ukm.my/

Tarikh dan Tempat Persidangan:

24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

Anjuran Bersama:

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS,

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),

Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM

ISBN 978-983-3198-94-8

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iii

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan iii

Kata Pengantar vi

WAQF & CROWDFUNDING

Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan

Wakaf Selangor

Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail

1

Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di

Kuala Langat

Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd

Adib Ismail

8

Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di

Kalangan Negara Islam Terpilih

Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

18

Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru “Perniagaan Sosial Islam”:

Kajian di Air Riths Airline.

Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

31

Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian

Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid

43

Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam

Crowdfunding

Oleh Anisa Syazwani Aris

53

Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia

Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma’amun 62

Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian

Awal

Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma’amun & Shifa’ Mohd Nor

78

Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia:

Satu Tinjauan

Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

89

Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi

Perundangan Malaysia

Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma’amun & Asma Hakimah

Ab. Halim

104

The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A

Proposed Framework

Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,

Mohd Fairuz Md Salleh

129

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iv

TAKAFUL

Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship

Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor 236

Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro:

Prospek & Cabaran

Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan 245

Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z

Altman

Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob & Hairunnizam Wahid 264

Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful

Keluarga

Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob 280

Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful

Keluarga di Putrajaya Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan

291

ZAKAT & PERCUKAIAN

Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan

Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor 142

Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam Wahid Zulkefly Abdul Karim 158

Localization Model for Education Zakat Distribution Among University

Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia

(IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS)

Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor

167

Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian

Atas Status Anak Negeri

Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid 181

Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf:

Kajian di Malaysia

Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 191

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:

Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 200

Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan

Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid 213

Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia

Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma’mun 226

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

v

KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM

Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti

Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir

313

Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam

Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan

Pengguna

Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid

322

Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan

Akaun Amanah

Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad 334

Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan

Secara Islam Oleh Kerajaan

Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai &

Ruzian Markom

343

Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu

Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 357

LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM

Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH)

Terhadap Risiko Kecairan

Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor 367

Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja

Sektor Swasta di Melaka

Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma’amun & Hairunnizam Wahid 381

Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal

Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid 394

Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia

Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor &

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai 405

Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi

Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin

Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 414

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

vi

KATA PENGANTAR

Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan

KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada

persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan

Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM.

Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan

Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia

(ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi

Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016

Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang

kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan

Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara

penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui

prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal

berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak.

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

191

PROCEEDING OF THE 3rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

LOKALISASI DAN SOSIALISASI ANTARA AMIL DAN ASNAF:

KAJIAN DI MALAYSIA

_________________________________________________________________________

Ramizah Begam Abd Aziz1

Hairunnizam Wahid2

Mohd Ali Mohd Nor3

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, UKM Bangi, Selangor

ABSTRAK

Institusi zakat memainkan peranan penting dalam konteks mewujudkan keadilan dan pengagihan

semula kekayaan. Selain dari kepuasan ganjaran pahala dan keberkatan hidup, pembayar zakat juga

mengharapkan agar dana tersebut dapat diagihkan dengan cekap dan efisyen. Kebelakangan ini timbul

isu ketidakcekapan dalam pengagihan zakat dimana ianya menimbulkan masalah lebihan zakat yang

tidak diagihkan. Pihak pengurusan zakat dikatakan tidak dapat mengenalpasti asnaf yang berkelayakan

secara tepat terutamanya golongan fakir dan miskin. Sehubungan itu dicadangkan kaedah lokalisasi

iaitu pengecilan kawasan agihan zakat bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya dibantu oleh

amil yang profesional sebagai pemangkin untuk menjayakan dan melaksanakan kaedah lokalisasi

pengagihan zakat. Justeru itu kajian ini akan mengenalpasti peranan penting amil dalam lokalisasi

pengagihan zakat. Ianya turut menunjukkan hubungan diantara amil dan asnaf serta bagaimana

hubungan ini dapat mengatasi masalah pengagihan zakat. Seterusnya kajian ini juga akan menunjukkan

jurang yang wujud antara amil dan asnaf serta cara untuk mengatasi jurang tersebut. Kajian ini

dianalisis secara deskriptif berdasarkan data primer dari enam negeri di Malaysia iaitu Selangor, Pulau

Pinang, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Kedah dan Melaka. Hasil kajian mendapati bahawa amil

berperanan penting sebagai medium kepada lokalisasi pengagihan zakat. Kajian ini juga akan

menjelaskan beberapa ciri penting yang perlu ada pada setiap ami lagar jurang yang wujud dapat

dirapatkan. Beberapa cadangan dan implikasi dasar juga turut dicadangkan dalam kajian ini.

PENGENALAN

Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama

kepada golongan yang amat memerlukan. Dalam aspek ekonomi Ia dapat meningkatkan

pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan

sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap Muslim. Tambahan lagi ia

bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin

kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi

kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui

mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat. Oleh itu, pihak kerajaan perlu

mengaplikasikan zakat sebagai satu instrumen penting untuk memenuhi kemaslahatan penduduk

dalam ekonomi Islam disamping memastikan pengagihannya dilakukan dengan adil dan telus.

1 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail:

[email protected] 2 Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected] 3 Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected]

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

192

Namun begitu isu pengagihan zakat masih lagi menimbulkan banyak perdebatan dan

permasalahan seperti kaedah pengagihan, agihan zakat kepada asnaf tertentu dan masalah

kemiskinan yang masih berlaku walaupun agihan zakat telah dilaksanakan. Masalah ini dapat

dilihat daripada rasa tidak puas hati pembayar zakat (Muhammad Syukri 2006; Sanep et al, 2006;

Hairunnizam et. al, 2009; dan Hairunnizam et al, 2010) dan pengagihan zakat yang hanya tertumpu

pada asnaf fakir dan miskin sahaja (Muhammad Syukri, 2009). Ia turut diburukkan lagi oleh

fenomena lebihan zakat yang tidak diagihkan setiap tahun oleh kebanyakan negeri di Malaysia

(Muhammad Syukri, 2006; dan Hairunnizam et al, 2010) malah fenomena ini menjadi semakin

bermasalah sekiranya pengurusan zakat diurus secara berpusat (Muhammad Syukri, 2006). Ianya

telah mencacatkan prestasi dan pencapaian institusi zakat itu sendiri (Mohamed Dahan, 1998).

Oleh itu, kerajaan melalui institusi zakat perlu mengambil inisiatif untuk mengenalpasti kaedah

yang lebih efektif melalui pendekatan profesional dan teknologi terkini agar pengagihan zakat

dapat dilaksanakan secara keseluruhan.

Satu cadangan kepada penyelesaian masalah ini ialah mengecilkan kawasan

tanggungjawab dan mengendurkan pemusatan tersebut dan dinamakan sebagai kaedah

penyetempatan zakat (Muhammad Syukri, 2006). Kaedah ini melibatkan proses disentralisasi kuasa

dimana pusat pengurusan zakat perlu mengagihkan kuasa memungut dan mengagih zakat kepada

kakitangan di lokaliti tempatan seperti daerah, mukim kampung atau kariah. Kaedah ini dijangka

akan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan zakat di lokaliti tersebut. Jika dilihat daripada

sejarah zaman Rasulullah s.a.w., kutipan dan pengagihan zakat secara prinsipnya dilaksanakan di

lokaliti yang sama dan tidak ada fakta atau laporan yang menunjukkan lebihan dana atau zakat

diagihkan ke kawasan yang lain ketika zaman Rasulullah s.a.w. (Kahf, 1999).

Oleh itu dalam aspek pengagihan zakat, amil tempatan lebih mudah mengenal pasti

keperluan asnaf di kawasan masing-masing terutamanya keperluan oleh kumpulan fakir dan miskin

dan berusaha meningkatkan tahap kehidupan mereka. Amil boleh mengetahui keperluan asnaf

sekurang-kurangnya jumlah zakat dan jenis sumbangan yang diperlukan. Kebaikan dan faedah

zakat akan dapat dirasai apabila amil memainkan peranannya dengan berkesan seperti yang pernah

disaksikan sepanjang sejarah umat Islam. Proses pengagihan mesti dilakukan dengan perancangan

rapi dan menggunakan mekanisme terbaik. Terdapat banyak hadith yang meriwayatkan tugas dan

tanggungjawab amil, antaranya sebagai pemungut zakat dari orang kaya untuk diserahkan kepada

orang miskin sebagaimana hadis yang bermaksud:

Hadis Ibnu Abbas meriwayatkan; berkata Nabi s.a.w ketika mengutus Mu’adh bin Jabal

ke Yaman, Baginda berkata Engkau akan bertemu dengan Ahli Kitab, pergi dan serulah

mereka untuk bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah

dan sekiranya mereka patuh kepadamu, Beritahulah kepada mereka sesungguhnya Allah

telah mewajibkan mereka lima solat waktu sehari semalam dan sekiranya mereka

mematuhimu, beritahulah mereka, sesungguhnya Allah telah mewajibkan mereka ke atas

harta mereka itu sedekah (zakat), diambil daripada orang-orang kaya di kalangan

mereka untuk diserahkan kepada orang-orang miskin di kalangan mereka, Sekiranya

mereka mentaatimu seperti itu, maka bagi kamu kemuliaan harta mereka, Takutlah doa

orang yang dizalimi, Sesungguhnya tiada antara mereka dan Allah itu hijab (penghadang

/ penghalang).

(Hadith Riwayat Bukhari)

Salah satu mekanisme yang mampu menyelesaikan masalah pengagihan zakat ini ialah

sosialisasi antara amil dan asnaf. Sosialisasi bermaksud hubungan antara satu golongan dengan

golongan yang lain disamping penyesuaian diri dan norma sesama mereka dimana ianya akan

mendatangkan natijah yang positif dalam perhubungan tersebut. Walaupun terdapat beberapa

kajian yang telah membincangkan isu berkaitan amil ini tetapi masih belum ada satu kajian yang

memfokuskan kepada hubungan antara amil sebagai pelaksana pengagihan zakat dan asnaf sebagai

penerima zakat. Oleh itu kajian ini akan memfokuskan kepada hubungan sosial ini dimana ianya

mampu mengurangkan jurang diantara amil dan asnaf dan jika ianya dilaksanakan secara efisien

akan dapat mengatasi masalah pengagihan yang tidak cekap.

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

193

KAJIAN LEPAS

Kajian zakat sebelum ini banyak tertumpu kepada peranan zakat dan meningkatkan jumlah kutipan

zakat. Sabri (2016) telah menghuraikan implikasi agihan zakat terhadap peningkatan kesejahteraan

masyarakat, terutamanya masyarakat Islam. Huraian dipaparkan menerusi konsep maqasid al-

syari’ah. Zakat sangat erat kaitannya dengan maqasid al-syari’ah dan kesejahteraan masyarakat di

mana ia telah ditetapkan oleh Allah dengan matlamat utama sebagai satu bentuk jaminan

keselamatan sosial bagi mereka yang miskin dan memerlukannya, membangunkan pertumbuhan

ekonomi yang seimbang dalam masyarakat, dan juga sebagai satu bentuk penyucian jiwa. Menurut

Jasni dan Anwar (2012) tujuan utama sistem zakat ialah untuk menolong umat Islam yang lain

dengan menjadikan harta zakat sebagai salah satu elemen dalam membentuk kehidupan masyarakat

yang progresif dan produktif. Dalam aspek ekonomi zakat dapat menggalakkan pertumbuhan

ekonomi sesebuah negara. Menurut Zarina et al (2012) pula, zakat sebagai instrumen semula jadi

dasar fiskal Islam boleh berperanan sebagai pemangkin kepada kebangkitan ekonomi negara.

Namun begitu terdapat beberapa kajian semasa yang mendapati permasalahan zakat masa

kini adalah melibatkan aspek pengagihan zakat. Hasil kajian Hairunnizam et al (2009)

menunjukkan ramai masyarakat Islam yang tidak berpuas hati dengan kaedah pengagihan zakat

oleh institusi zakat. Ini akhirnya akan menyebabkan kemungkinan mereka membayar zakat secara

tidak formal malah lebih teruk lagi tidak membayar zakat. Oleh itu beberapa langkah berkesan

perlu difikirkan dan dipraktikkan bagi mengatasi masalah ini. Menurut Hairunnizam et al, (2012)

pihak institusi perlu melakukan perubahan dalam aspek pengagihan zakat untuk memastikan

keberkesanan pengagihan zakat terhadap golongan sasaran. Kerajaan bersama dengan institusi

zakat harus bersama merangka strategi untuk memastikan matlamat pengagihan zakat sebenar

tercapai. Menurut Jasni dan Anwar (2012) aspek pengurusan dengan sistem kutipan dan agihan

yang tersusun, serta tenaga kerja yang mencukupi perlu dititikberatkan bagi mencapai pencapaian

matlamat ini.

Menurut Muhammad Syukri (2006), wujudnya jurang perhubungan antara pusat-pusat

pengurusan zakat dengan pembayar dan penerima zakat telah membawa kesan negatif yang mesti

diperbaiki. Salah satu sebab timbulnya jurang perhubungan tersebut ialah kerana terlalu luasnya

kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu pusat pengurusan zakat tersebut. Maka

penyelesaiannya tentulah mesti berkisar kepada penyelesaian masalah keluasan kawasan dan

pemusatan ini. Salah satu caranya ialah dengan mengecilkan kawasan tanggungjawab dan

mengendurkan pemusatan tersebut. Kaedah penyelesaian inilah yang membawa kepada satu

kaedah yang dinamakan kaedah lokalisasi zakat (localization of zakat). Sehubungan itu,

Hairunnizam et al (2008) telah mencadangkan pengagihan zakat perlu dilakukan oleh institusi

zakat di pelbagai peringkat termasuklah peringkat kampung, bandar atau negeri mengikut kawasan

penduduk Islam. Ianya akan memudahkan amil untuk mengenalpasti dan mendekati para asnaf.

Seterusnya Hairunizam et al. (2012) mengatakan bahawa kejayaan pelaksanaan konsep lokalisasi

ini akan meningkatkan keyakinan pembayar zakat dan akhirnya akan memperkasakan peranan

institusi zakat setanding malah melebihi peranan yang dimainkan oleh institusi percukaian di

Malaysia.

Kaedah lokalisasi ini mampu dilaksanakan dengan kerjasama dari amil yang berdedikasi

dan profesional. Hairunnizam et al (2011) berpendapat bahawa perlaksanaan penyetempatan

pengagihan zakat amat bergantung kepada kualiti amil di peringkat mukim agar ia dapat

menyokong kualiti pengurusan zakat di peringkat daerah dan negeri. Amil yang dilantik perlu

diterapkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi melancarkan dan memudahkan kaedah ini.

Menurut Hairunnizam (2008) pengurusan zakat pada masa kini juga memerlukan pengurus yang

mempunyai ilmu-ilmu lain seperti pengurusan, keusahawanan, teknologi dan sebagainya. Ini

akhirnya akan meningkatkan tahap profesionalisme pengurusan zakat, meningkatkan keyakinan

pembayar zakat dan akhirnya akan meningkatkan lagi dana zakat dalam sistem kewangan Islam

yang akhirnya dapat meningkatkan lagi pengagihan kepada asnaf. Seterusnya Hairunnizam et al

(2012) turut berpendapat bahawa nilai-nilai keagamaan yang berkaitan dengan latar belakang

pendidikan, budaya dan sebagainya antara asnaf mungkin berbeza antara kawasan, kampung atau

negeri yang memerlukan pengalaman amil mukim tersebut menangani dan mengatasi isu tersebut.

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

194

Sehubungan itu sosialisme antara amil dan asnaf memainkan peranan yang penting bagi

mengurangkan jurang yang wujud antara mereka. Wan Ali (2002) berpendapat pekerjaan dan

berorganisasi merupakan sebahagian dari syariat Islamiah. Pemeliharaan hubungan yang harmoni

dalam sesebuah organisasi akan membawa organisasi tersebut kearah kejayaan yang cemerlang.

Amil bukan sahaja perlu berilmu tetapi bersahsiah mulia agar lebih mudah mendekati asnaf.

Faridah (2006) dalam kajiannya menyatakan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni clan kreativiti

melalui proses pengajaran clan pembelajaran memberi sumbangan yang besar kepada pembinaan

akhlak individu Muslim. Ilmu pengetahuan juga mendorong individu ke arah pembentukan nilai-

nilai murni clan kreativiti yang merupakan ciri-ciri dasar yang sejagat yang terdapat pada kesemua

tokoh tamadun Islam yang muncul di dunia ini, seperti Al-Farabi, Al-Mawardi, Al-Ghazali clan Ibn

Khaldun.

Hairunnizam et al (2011) dalam kajiannya berpendapat program khidmat sosial

dicadangkan dilakukan terhadap asnaf yang berminat serta mempunyai keupayaan serta potensi

tertentu yang sesuai dengan diri mereka dan dipantau oleh amil di lokaliti dan komuniti tertentu. Ini

diharapkan akan mengubah sikap mereka menjadi positif sekurang-kurangnya dapat melibatkan

diri serta menyumbang tenaga dalam kegiatan kemasyarakatan. Kesempatan ini boleh diguanakan

oleh amil untuk bersama – sama dengan mereka dan menyelami masalah mereka. Amil juga boleh

melakukan lawatan berkala kepada asnaf tertentu yang tidak berkesempatan untuk menyertai

program khidmat sosial. Menurut Hairunnizam et al (2012) ramai penerima zakat yang mengeluh

kerana mereka berasa amat sukar untuk membuat perjalanan yang jauh bagi memohon bantuan

zakat, khususnya bagi asnaf yang sudah uzur, dan mereka telah memberikan maklum balas yang

kuat supaya amil mendekati mereka atau kedudukan institusi zakat perlu hampir dengan mereka.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan diantara sosialisasi amil dan asnaf dengan pengagihan

zakat. Sampel kajian ini ialah amil iaitu melibatkan amil tetap dan amil sementara yang mengutip

zakat fitrah khususnya di bulan Ramadhan dan ianya tertumpu di negeri Selangor, Pulau Pinang,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Kedah (Jadual 1).

Jadual 1: Responden Kajian

Responden Jumlah Peratusan

Selangor 112 27.3

Pulau Pinang 51 12.4

WP Kuala Lumpur 68 16.5

Melaka 40 9.7

Terengganu 89 21.7

Kedah 51 12.4

Jumlah 411 100.0

Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu latar belakang amil seperti umur, taraf

perkahwinan, tahap pendidikan, lokasi penempatan, pengalaman dan latihan sebagai amil.

Bahagian kedua pula terdiri dari peranan institusi zakat dalam perkembangan asnaf. Hasil kajian ini

menjangkakan hubungan sosialisasi antara amil dan asnaf akan mengurangkan jurang antara

mereka dan memudahkan lagi pengagihan zakat secara adil dan sempurna.

HASIL KAJIAN

Berdasarkan Jadual 2, latar belakang amil yang diperolehi dari respondan terlibat. Berdasarkan

jadual tersebut didapati majoriti amil berumur 56 – 60 iaitu 32.5 peratus dan diikuti dengan amil

yang berumur lebih 60 tahun iaitu 30.6 peratus. Selain itu amil amil terdiri dari pesara iaitu 40

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

195

peratus berbanding dengan pekerja kerajaan, swasta dan bekerja sendiri. Ini menunjukkan tugas

amil ini lebih dipelopori oleh mereka yang berusia atau warga emas berbanding dengan yang muda.

Oleh itu institusi zakat perlulah mengambil inisiatif untuk mendekatkan golongan muda dengan

profesion amil ini dimana golongan ini akan lebih mampu untuk mendekati asnaf berbanding

dengan golongan yang berusia. Golongan muda yang masih sihat dan lebih bertenaga boleh

bergerak lebih aktif berbanding dengan golongan berusia yang mungkin dibatasi dengan faktor

kesihatan dan lain - lain. Sehubungan itu kedua dua golongan ini dapat berganding bahu disesebuah

lokaliti dimana golongan muda boleh bergerak seiringan dengan golongan berusia yang lebih

berpengalaman. 93 peratus amil didapati mempumyai pengalaman melebihi dua tahun dan ada juga

diantara amil yang berpengalaman melebihi 10 tahun iaitu 43.1 peratus. Ini sudah cukup untuk

membuktikan bahawa sebahagian besar amil yang dikaji berpengalaman luas dan cekap dalam

bidang tugas mereka.

Jadual 2 : Latar Belakang Amil

ITEM SELANGOR PULAU

PINAN

G

KUALA

LUMPUR

MELAKA TERENGGANU KEDAH JUMLAH %

Umur

kurang 25 tahun 0 0 6 7 3 0 16 3.9

25-35 tahun 0 0 17 10 4 0 31 7.6

36-45 tahun 10 0 6 7 4 0 27 6.6

46-55 tahun 27 10 12 3 13 12 77 18.8

56-60 tahun 34 31 23 2 19 24 133 32.5

lebih 60 tahun 41 10 4 11 44 15 125 30.6

Jumlah 112 51 68 40 87 51 409 100.0

Lokasi

Penempatan

Bandar 94 51 64 14 14 51 288 70.4

Pinggir Bandar 0 0 3 9 36 0 48 11.7

Luar Bandar 18 0 1 16 38 0 73 17.8

Jumlah 112 51 68 39 88 51 409 100.0

Tahap

pendidikan

SPM dan ke

bawah

75 20 27 18 73 0 213 52.5

Diploma/STPM/

ke atas

36 31 41 22 12 51 193 47.5

Jumlah 111 51 68 40 85 51 406 100

Pengalaman

Amil

Kurang 1 tahun 0 0 8 10 13 0 31 7.7

2-5 tahun 5 10 29 14 34 12 104 25.8

6-9 tahun 46 10 3 3 21 11 94 23.3

10-15 tahun 44 31 15 9 11 28 138 34.2

lebih 15 tahun 14 0 13 2 7 0 36 8.9

Jumlah 109 51 68 38 86 51 403 100.0

Pekerjaan

kerajaan 10 0 23 25 27 1 86 21.2

swasta 0 21 6 1 4 0 32 7.9

bekerja sendiri 25 30 12 3 36 14 120 29.6

pesara 77 0 24 5 20 36 162 40.0

lain-lain 0 0 3 2 0 0 5 1.2

Jumlah 112 51 68 36 87 51 405 100.0

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

196

Pendapatan

Bulanan

kurang RM1000 0 0 9 12 54 0 75 18.4

RM1001-

RM2000

24 9 33 18 26 35 145 35.5

RM2001-

RM3000

87 42 22 7 7 16 181 44.4

RM3001-

RM4000

0 0 4 1 1 0 7 1.7

111 51 68 38 88 51 408 100

Bilangan

Tanggungan

tiada tanggungan 1 0 8 8 11 0 28 6.9

1-4 orang 65 30 41 23 41 40 240 59.0

5-8 orang 46 21 16 9 32 11 135 33.2

9-11 orang 0 0 0 0 4 0 4 1.0

Jumlah 112 51 65 40 88 51 407 100

Majoriti amil yang dikaji menetap di kawasan bandar dan hanya sebahagian kecil sahaja yang

menetap di pinggir dan luar bandar. Namun begitu kebanyakkan asnaf terutamanya asnaf fakir

miskin menetap di kawasan luar bandar dimana ianya menimbulkan kesukaran untuk amil

mengenal pasti, menziarahi dan mendekati asnaf. Oleh itu lebih ramai lagi asnaf diperlukan di

kawasan pinggir dan luar bandar bagi memastikan kelancaran proses pengagihan zakat.

Jadual 3: Latihan oleh Pusat Zakat

Item Selangor Pulau

Pinan

g

WP

Kuala

Lumpur

Melaka Terenggan

u

Kedah Jumlah %

Latihan Oleh

Pusat Zakat

Ya 112 51 47 28 65 51 354 86.3

Tidak 0 0 21 12 23 0 56 13.7

Jumlah 112 51 68 40 88 51 410 100.0

Jenis Latihan

1-Ceramah 0 0 8 13 23 51 95 28.9

2-Kursus Jangka

Pendek

0 0 2 2 6 0 10 3.0

3-Bahan Bahan

Bercetak

0 0 2 1 1 0 4 1.2

1 Dan 2 27 0 7 3 0 0 37 11.2

1 Dan 3 1 20 4 4 7 0 36 10.9

1, 2 Dan 3 84 0 22 5 0 0 111 33.7

2 Dan 3 0 31 2 0 3 0 36 10.9

Jumlah 112 51 47 28 40 51 329 100.0

Majoriti dari amil yang dikaji telah mendapat latihan dari pusat zakat. Berdasarkan Jadual

3, 86.3 peratus amil telah mendapat latihan dan hanya 13.7 peratus sahaja yang tidak

mendapat latihan. Latihan diberi dalam bentuk ceramah, kursus jangka pendek dan edaran

bahan-bahan bercetak. Didapati 33.1 peratus telah mendapatkan minimum satu jenis

latihan. Seterusnya 33 peratus telah mendapatkan dua jenis latihan dan 33.7 peratus pula

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

197

telah mendapatkan ketiga-tiga jenis latihan yang telah disediakan oleh pusat zakat. Oleh itu

amil yang dilantik telah dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran agar mereka dapat

melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus dan cekap.

Jadual 4: Minat dan Kekerapan Amil Menziarahi Asnaf

Item Selango

r

Pulau

Pinang

WP

Kuala

Lumpur

Melaka Terenggan

u

Kedah Jumlah %

Minat menziarahi

asnaf

Ya 112 51 63 38 30 49 343 95.3

Tidak 0 0 5 0 10 2 17 4.7

Jumlah 112 51 68 38 40 51 360 100.0

Pernah menziarahi asnaf

Ya 112 50 62 30 62 51 367 89.5

Tidak 0 1 6 10 26 0 43 10.5

Jumlah 112 51 68 40 88 51 410 100.0

Kekerapan

menziarahi

1-2 Kali 12 20 22 24 40 17 135 36.2

3-5 Kali 52 31 25 2 24 20 154 41.3

Amat Kerap 48 0 17 3 2 14 84 22.5

Jumlah 112 51 64 29 66 51 373 100.0

Majoriti respondan yang dikaji juga menyatakan minat untuk menziarahi asnaf dan 89.5 peratus

daripada mereka pula pernah menziarahi asnaf. Ini menunjukkan amil-amil yang dilantik sentiasa

bersedia menjalankan tugas mereka untuk sentiasa berhubung dengan asnaf-asnaf terlibat.

Jadual 5: Pemantauan Amil dan Pengagihan Zakat Masa Kini

Item Selangor Pulau

Pinan

g

Kuala

Lumpu

r

Melaka Terenggan

u

Kedah Jumlah %

Pemantauan Amil

terhadap asnaf

Tak Puas Hati 14 0 14 5 16 0 49 12.0

Puas Hati 92 51 54 34 68 51 350 85.4

Sangat Puas Hati 6 0 0 1 4 0 11 2.7

Jumlah 112 51 68 40 88 51 410 100.0

Pengagihan zakat

masa kini

Tak Puas Hati 0 0 11 5 12 0 28 6.8

Puas Hati 95 51 57 34 72 48 357 87.1

Sangat Puas Hati 17 0 0 1 4 3 25 6.1

Jumlah 112 51 68 40 88 51 410 100.0

Berdasarkan Jadual 5 didapati majoriti amil berpuas hati dengan pemantauan amil dari institusi

zakat terhadap asnaf serta cara pengagihan zakat di Malaysia dan amat kurang yang tidak berpuas

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

198

hati dengan perkara diatas. Oleh itu masalah pengagihan zakat sepatutnya bukanlah satu masalah

yang membimbangkan dimana pengagihan sepatutnya dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa

adanya lebihan zakat yang tidak diagihkan di lokaliti tersebut. Masalah timbul apabila asnaf-asnaf

tertentu yang sepatutnya menerima zakat tidak dapat dikenalpasti. Ini menunjukkan amil disetiap

negeri mempunyai minat untuk bersosialisasi dengan asnaf di lokaliti masing-masing tetapi

kekerapan untuk bersosialisasi adalah terbatas oleh faktor-faktor tertentu.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Peranan asasi amil ialah mengutip serta mengagihkan zakat dan untuk memenuhi tuntutan semasa,

proses pengutipan dan pengagihan ini mesti dilakukan dengan perancangan rapi dan menggunakan

mekanisme terbaik seperti kreativiti dan teknologi semasa berteraskan amalan di zaman Rasulullah

SAW. Hasil kajian mendapati mekanisme sedia ada sepatutnya telah melancarkan lagi proses

pengagihan zakat tetapi masih ada asnaf yang tercicir dari mendapat bantuan zakat. Di sini peranan

amil sangat penting dimana hubungannya dengan asnaf dilokaliti dapat mengatasi masalah

keciciran asnaf ini. Oleh itu beberapa cadangan akan dibincangkan bagi mengatasi jurang yang

wujud diantara mereka. Antaranya ialah profesion amil perlu dimartabatkan bagi menjayakan

proses pengagihan zakat (Ram 2011). Aspek kerjaya sebagai amil perlu diperkasakan lagi dengan

mewujudkan jawatan amil tetap, secara profesional serta bergaji tetap di kesemua kariah atau

lokaliti agar amil bertugas sepenuh masa sepanjang tahun (Muhammad Syukri 2006). Selain itu

segala kemudahan yang diperlukan oleh amil juga wajar disediakan seperti pejabat, kenderaan dan

hak-hak lain seperti hak menaksir, mengaudit, mengakses maklumat dan seterusnya hak

menguatkuasakan zakat. Standard penilaian juga perlu diaplikasikan dalam profesion amil dan

ganjaran tertentu perlu diberikan sekiranya amil mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan.

Amil juga perlu memperkasakan diri dengan norma norma yang murni agar keperibadian ini akan

mampu mendekatkan amil dengan asnaf. Selain itu, amil juga boleh menggunakan kreativiti dan

kemahiran yang ada pada diri untuk mendekati asnaf. Institusi Zakat juga perlu melakukan

penilaian dari masa kesemasa dan sentiasa melakukan penambahbaikan agar dan menyediakan

ruang yang secukupnya untuk amil berhubung dengan asnaf. Beberapa usaha perlu dilakukan agar

golongan muda berminat untuk menceburi profesion amil ini dan seterusnya dapat mengatasi

beberapa kelemahan yang wujud dalam profesion ini.

KESIMPULAN

Pengagihan zakat di Malaysia semakin bertambah baik kerana pelbagai langkah telah dilakukan

oleh institusi zakat dan kerajaan untuk memastikan pelaksanaannya berkesan. Penambahbaikan

seperti kaedah lokalisasi dan lain lain sentiasa dilakukan agar ia benar-benar dapat dilaksanakan

sepenuhnya. Beberapa masalah dalam usaha ini telah dikenalpasti dan diantaranya ialah wujudnya

jurang diantara amil dan asnaf yang menyebabkan keciciran asnaf tertentu. Oleh itu diharapkan

agar amil dengan kerjasama institusi zakat akan cuba mengenalpasti dan merapatkan kembali

jurang tersebut agar pengagihan zakat dapat dilaksanakan sepenuhnya.

RUJUKAN

Al Quran

Faridah, Sarina. 2006. Pendekatan Psikologi Dalam Pendidikan Akhlak Muslim Sebagai

Pemangkin Pembangunan Insan Dan Tamadun. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17 2006.

Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2009. Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia: Mengapa

masyarakat Islam tidak berpuas hati? Shariah Journal17(1): 89-112.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2010. Pengagihan Zakat oleh Institusi

Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR. 4(1) 2010:

141-170.

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

199

Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2011. Lokalisasi Pengagihan Zakat Dan Cadangan Khidmat Sosial:

Satu Tinjauan Awal di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2011b. Lokalisasi pengagihan zakat

dan cadangan khidmat sosial: Satu tinjauan awal di Malaysia. Kertas kerja di Seminar the

World Universities 1st Zakat Conference 2011. PWTC, 22-24 November 2011. Anjuran

IKAZ

Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2012. Cadangan Penyetempatan Pengagihan Zakat di Malaysia:

Adakah Amil Sudah Bersedia? Jurnal Ekonomi Malaysia 46(2) 2012 17 – 27.

Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2012. Cadangan Melokalisasikan Pengagihan Zakat: Persepsi Amil

dan Penerima Zakat. Jurnal Ekonomi Malaysia.

Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2012. Melokalisasikan Urus Tadbir Pengagihan Zakat: Peranan

Institusi Masjid Di Malaysia. Asian Journal of Accounting and Governance 3: 71–83 (2012)

ISSN ISSN 2180-3838

Jasni Sulong, Anwar Mohd Ali. 2012. Kajian Perbandingan Dalam Pentadbiran Undang-Undang

Kutipan Zakat di Provinsi Aceh Dan Negeri Kedah, Penerbit Universiti Sains Malaysia Vol.

30, No.1, 2012, 107–138.

Kahf, M. 1999 The performance of the institution of zakat in theory and practice. International

conference on Islamic economics towards the 21st Century, Kuala Lumpur, April 26-30,

1999

Mohamed Dahan Abdul Latif. 1998. Zakat management and administration in Malaysia. Seminar

of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh. 2006. Penyetempatan pengagihan zakat: Satu cadangan teoritis Dlm

Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan, disunting oleh Hailani & Abdul Ghafar.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. 2006. Penswastaan Institusi Zakat dan

Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of

Management Studies 13 (2), 175-196.

Wan Ali Bin Jusoh.2002. Hubungan Majikan Dan Pekerja Dari Perspektif Islam. Jurnal Teknikal

Dan Kajian Sosial. Jilid 2 2002.

Zarina, Sanep & Mohd Ali. 2012. Zakat sebagai Pemangkin Pembangunan Ekonomi: Ke Arah

Negara Berpendapatan Tinggi. PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012).