Bab 6 School and Society
-
Upload
arbaiah-daklan -
Category
Documents
-
view
215 -
download
0
Transcript of Bab 6 School and Society
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
1/17
Kata kunci: pencapaian rendah, kemiskinan, pemulihan, program tutor
Pengenalan
Dalam bab sebelum ini, anda telah mempelajari mengenai jenis-jenis mobiliti serta kesan
globalnya. Dalam bab ini pula, anda akan diperkenalkan kepada ciri-ciri pelajar-pelajar yang
berpencapaian rendah, punca-punca pencapaian rendah mereka serta cadangan yang dapat
membantu mereka mengatasi masalah ini.
Siapakah yang dimaksudkan dengan pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah?Secara umumnya, pencapaian rendah yang rendah merujuk kepada perbezaan antara
pencapaian yang dijangka dan pencapaian sebenar. Oleh itu, pencapaian yang rendah merujuk
kepada pelajar-pelajar yang:
Tidak berusaha untuk memenuhi pencapaian mereka di sekolah;
Tidak menumpukan perhatian dalam kelas atau menunjukkan minat terhadap proses
pembelajaran;
“Lupa” atau tidak berusaha untuk menyiapkan kerja rumah mereka;
Tidak kisah mengenai kerja rumah mereka;
Tidak menurut kata guru atau berselisihan faham dengan para guru; dan
Tidak terlibat dengan proses pembelajaran dalam bilik darjah.
Bilakah seorang pelajar akan mula berpencapaian rendah?Kebanyakan kajian melaporkan bahawa pencapaian yang rendah bermula pada peringkat
akhir persekolahan rendah dan menjadi lebih stabil apabila pelajar tersebut memasuki
peringkat menengah atas. Kajian-kajian ini turut mendapati bahawa pelajar lelaki lebih
cenderung berpencapaian rendah berbanding dengan pelajar perempuan.
6.1 Punca-punca pencapaian rendahTerdapat berbagai faktor yang menyumbang kepada pencapaian yang merosot di sekolah.
Namun demikian, bahagian ini hanya akan membincangkan segelintir dari punca-punca yang
mungkin menyumbang kepada pencapaian murid-murid.
Bab 6: Pelajar yang Berpencapaian Rendah
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda akan dapat:
1. Menerangkan maksud golongan yang berpencapaian rendah;2. Mengenal pasti punca-punca pencapaian rendah di kalangan murid di
sekolah;
3. Menerangkan pengaruh kemiskinan ke atas pencapaian kanak-kanak
di sekolah;
4. Mencadangkan program pemulihan bagi kanak-kanak berpencapaian
rendah; dan
5. Menerangkan ciri-ciri pelajar yang berpencapaian rendah di Hong
Kong.
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
2/17
6.1.1 Kurikulum yang kurang sesuai
Sesetengah pihak berpendapat
bahawa sekolah menyumbang
kepada pencapaian rendah para
pelajar. Kebanyakan negaramelaksanakan kurikulum yang
umum bagi semua sekolah tanpa
mengambil kira sama ada
sekolah tersebut terletak di
kawasan pedalaman,
perbandaran atau selainnya.
Apabila seorang pelajar
memasuki sekolah, ia akan
membawa bersamanya
pengalaman yang dialaminya di
rumah. Oleh itu, sekolah-sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan kurikulum yanglebih sensitif yang dapat menggabungkan pengalaman kendiri pelajar dan konteks
pembelajaran semasa. “Sekolah-sekolah tidak bertindak ke atas murid-murid mereka;
sebaliknya, murid-murid bertindak ke atas sekolah melalui gaya hidup kolektif dan individu
yang dbawa ke sistem persekolahan” (Fuller & Clarke, 1994; Buxton, 2004, m.s. 1).
Oleh itu, para guru tidak seharusnya menganggap bahawa pengalaman kebudayaan pelajar
akan menghindari keupayaannya untuk belajar. Sebaliknya, para guru seharusnya
menggunakan pengalam mereka sebagai asas untuk mengembangkan ilmu yang dimiliki oleh
para murid. Para guru mungkin boleh cuba mencetuskan interaksi dan komunikasi verbal
antara pelajar dari latar belakang budaya berbeza. Selain itu, guru dan ibu bapa boleh
bekerjasama untuk memperkenalkan kurikulum yang lebih luas dan menyeluruh yang dapat
menggabungkan ilmu kebudayaan, pengalaman hidup para pelajar serta maklumat dari dunia
Barat yang akan disampaikan melalui proses pembelajaran. Dengan ini, kurikulum yang lebih
menyeluruh dar segi mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah.
Penggabungan ilmu Barat dan pengalaman kendiri pelajar dilihat sebagai suatu kelebihan
dalam meningkatkan kefahaman subjek di kalangan pelajar. Contohnya, ramai pihak
menjangkakan bahawa pencapaian dalam mata pelajaran Matematik akan meningkat apabila
para guru menggabungkan kefahaman tradisi matematik dengan kefahaman para pelajar
sendiri mengenai konsep-konsep matematik. Sebuah kajian telah dijalankan untuk
membandingkan pencapaian matematik pelajar dari China, pelajar berbangsa Cina yang baru berhijrah ke Amerika Syarikat, serta etnik Cina di Amerika (Wang & Lin, 2005). Didapati
bahawa etnik Cina Amerika serta pelajar Cina yang berhijrah ke Amerika akan kehilangan
budaya Cina mereka dan kehilangan ini telah menjejaskan pencapaian mereka dalam mata
pelajaran Matematik. Pencapaian mereka agak rendah berbanding dengan pelajar Cina yang
menetap di Cina. “Perentasan sempadan kebudayaan” ini merupakan pergerakan dari dunia
sebenar atau pengalaman kehidupan sebenar kepada dunia pembelajaran Barat dan mungkin
telah menjejaskan pencapaian mereka di sekolah. Para pelajar mungkin mengalami situasi
yang sama apabila mereka memasuki sekolah rendah atau sekolah menengah buat pertama
kalinya di mana mereka perlu menyesuaikan diri kepada persekitaran sekolah yang baru.
Para pelajar juga mungkin “meninggalkan” pengetahuan berdasarkan budaya mereka supayadapat menyesuaikan kaedah pembelajaran baru ini dengan jayanya. Pada masa yang sama,
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
3/17
golongan lain mungkin menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dan situasi ini
mungkin akan menjejaskan pencapaian sekolah mereka. Oleh itu, para guru seharusnya
berusaha untuk membantu para pelajar dalam menggunakan ilmu mereka sendiri sambil
menyesuaikan mereka kepada pendekatan pembelajaran yang digunakan (Aikenhead, 2000).
Pelajar yang berbakat juga perlu diberi
perhatian. Golongan ini memproses
bahan pembelajaran dengan cara yang
berbeza dari pelajar lain. Oleh itu,
sekolah perlu mencipta kurikulum khas
yang dapat menepati keperluan mereka.
Para guru perlu memastikan bahawa
mereka memperoleh pengalaman
pembelajaran dengan sewajarnya supaya
mereka tidak kehilangan minat.
Golongan ini mungkin tidak akan dapatmencapai pencapaian yang tinggi setelah
mereka hilang minat dalam proses
pembelajaran. Penyelidikan ke atas otak menunjukkan bahawa otak tidak dapat mengekalkan
perkembangan yang tinggi sekiranya pelajar tidak diberi tugasan-tugasan yang mencabar
(Steparek, 1999). Cabaran merupakan aspek penting dalam instruksi dan kurikulum yang
berkesan. Dalam erti kata lain, kita akan dapat merangsang minat dan keupayaan para pelajar
dengan memberikan mereka tugasan yang mencabar supaya mereka semakin bermotivasi
untuk mempelajari sesuatu.
Contohnya, sekiranya seorang pelajar yang berbakat dalam mata pelajaran Matematik diberi
tugasan yang terlalu mudah, dia mungkin tidak akan melibatkan dirinya dengan aktiviti
tersebut dan ini akan menyebabkannya tidak belajar. Menurut Steparek, kajian ke atas otak
manusia menunjukkan bahawa wujud punca fizikal yang dapat menerangkan kegagalan
pelajar. Apabila suatu tugasan dilihat sebagai kurang mencabar, otak manusia tidak akan
mengeluarkan kimia yang diperlukan bagi membantu dengan proses pembelajaran dengan
secukupnya (m.s. 9).
Pelajar yang berbakat dalam mata pelajaran Matematik belajar secara berbeza dan oleh sebab
itu, mereka memerlukan kurikulum yang berbeza supaya dapat berjaya dalam bilik darjah
biasa. Sekiranya mereka diberi tugasan yang sama dengan pelajar lain, mereka tidak akan
dicabar dan mungkin akan berpencapaian rendah sekiranya tidak dibimbing dengansewajarnya (Ciri-ciri pelajar Matematik yang cekap, 2006).
Pelajar yang berbakat dapat belajar dengan kadar yang lebih pantas dan pencapaian mereka
lazimnya lebih tinggi berbanding dengan rakan sebaya mereka. Oleh sebab mereka memiliki
gaya pembelajaran yang unik, mereka memerlukan instruksi dan kurikulum yang berbeza
yang dapat dimuatkan ke dalam keupayaan mereka dan bukannya kurikulum sedia ada yang
digunakan oleh pelajar yang berkeupayaan berbeza darinya.
Para guru juga harus berwaspada dari segi buku teks yang digunakan. Lazimnya, setiap mata
pelajaran hanya menggunakan satu buku teks sebagai bahan rujukan. Buku teks ini ditulis
untuk kegunaan pelajar berkeupayaan sederhana atau rendah. Oleh itu, keperluan pelajar-
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
4/17
pelajar berbakat mungkin tidak diambil kira langsung (The need for curricular differentiation,
2006).
6.1.2 Tanggapan guru
Ramai pihak menyalahkan guru kerana mereka
kononnya tidak cukup bersedia untuk mengajar
pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum (Walker,
2006). Guru-guru ini dilaporkan memiliki
kefahaman yang terhad mengenai pelajar merekaserta tanggapan dan persepsi yang negatif yang
merencatkan semangat mereka untuk mengajar
(Groulx, 2001). Di samping itu, apabila pelajar-
pelajar ini cemerlang dalam mata pelajaran
Matematik, guru-guru mungkin akan melihat ini
sebagai sebab untuk memperbaiki diri. Guru-guru
mungkin tidak menyokong atau memberi pelajar
tugasan yang mencabar kerana mereka memiliki
tanggapan yang buruk tentang keupayaan pelajar
dari kumpulan etnik tertentu.
Ramai guru memiliki tanggapan yang negatif serta jangkaan yang rendah terhadap golongan
yang berpencapaian rendah. Mereka melihat pelajar-pelajar ini sebagai golongan yang
bermasalah dan menganggap bahawa mereka tidak dapat cemerlang dalam hidup. Tingkah
laku dan tanggapan guru sebenarnya dapat mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah
(Good & Nichols, 2001).
Contohnya, pelajar berkulit hitam lebih cenderung menerima penilaian guru yang lebih
rendah berbanding dengan pelajar berkulit putih walaupun pelajar berkulit hitam mendapat
markah yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa laporan yang
mengatakan bahawa pelajar berkulit hitam menerima markah akademik yang lebih rendahkerana tingkah laku mereka dalam kelas.
Lazimnya, para pelajar akan kurang cenderung bertanya soalan apabila mereka menganggap
bahawa guru-guru mereka menganggap bahawa mereka tidak berkemahiran. Setelah para
pelajar dapat mengesan bahawa guru mereka bertanggapan negatif terhadap mereka, mereka
akan lebih cenderung bersikap buruk dalam bilik darjah serta berpencapaian rendah.
Apakah tanggapan pelajar yang memiliki masalah pembelajaran (LD) serta pelajar
berpencapaian tinggi (HA) terhadap tingkah laku guru mereka terhadap pelajar yang
berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah? Sebuah kajian (Matzin, R., Piek, J., Bell, J.,
& Barrett, N., 2003) telah dijalankan ke atas 18 orang kanak-kanak yang berusia antara 7 dan
Aktiviti 6.1
Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian
rendah para pelajar di sekolah?
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
5/17
14 tahun di dua sekolah rendah di Brunei. Penyelidik-penyelidik ini telah menemu bual
kanak-kanak ini dan berikut merupakan maklum balas mereka.
Kanak-kanak LD dan HA bertanggapan bahawa guru-guru mereka melayan kanak-
kanak yang berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dengan berbeza
Kanak-kanak HA lebih cenderung dilayan dengan baik berbanding dengan kanak-
kanak LD. Kanak-kanak LD lebih cenderung dimarahi atau diabaikan.
Oleh itu, kanak-kanak LD lebih cenderung kecewa dengan tanggapan guru mereka terhadap
mereka. Situasi ini mungkin akan menyebabkan mereka berputus asa dan tidak berusaha.
Dengan itu, kita seharusnya meneliti tingkah laku guru dalam bilik darjah. Rosenthal (1973)
mencadangkan tingkah laku berikut:
Suasana: Guru-guru dapat mencipta suasana yang mesra bagi pelajar HA melaluikomunikasi verbal dan non-verbal
Maklum balas: Guru-guru lebih cenderung memberi maklum balas yang positif
(pujian dan ganjaran) kepada pelajar yang berpencapaian baik dan maklum balas yang
negatif (kritikan dan hukuman) kepada pelajar yang berpencapaian rendah.
Input: Guru-guru lazimnya akan menggunakan bahan yang lebih serta bahan lebih
rumit bagi pelajar yang berpencapaian tinggi.
Output: Guru-guru lebih cenderung memberikan pelajar berpencapain tinggi peluanguntuk memberi maklum balas dan ini akan meningkat peluang mereka untuk
mempelajari sesuatu perkara.
Mengapakah guru-guru berkelakuan sebegini?
Menurut Cooper (1979, 1985), guru-guru berpendapat bahawa mereka berupaya mengawal
pelajar yang berpencapaian tinggi kerana mereka mempercayai bahawa mereka dapat
memantau pelajar-pelajar ini dan memimpun mereka ke arah matlamat yang ingin dicapai.Sebaliknya, guru-guru mungkin berpendapat bahawa mereka tidak dapat berbuat demikian
dengan pelajar yang berpencapaian rendah kerana mereka perlu mendisiplin dan mengawal
tingkah laku mereka. Situasi ini bermaksud bahawa guru-guru akan mengalami masalah
dalam usaha mereka untuk memimpin pelajar-pelajar ini ke arah matlamat yang perlu dicapai.
Oleh itu, para guru akan mengurangkan initiatif untuk mendekati pelajar-pelajar ini dan akan
bersikap direktif terhadap mereka. Pendekatan ini akan menyebabkan pelajar yang
berpencapaian rendah bersikap lebih pasif dan bergantung kepada guru.
Namun demikian, sesetengah pihak lain berpendapat bahawa guru-guru sebenarnya tidak
memperlihatkan maklum balas yang berbeza kepada kedua-dua golongan pelajar ini.
Sebaliknya, pelajar yang berpencapaian rendah menerima instruksi dan sokongan pembelajaran yang lebih kerana guru-guru akan menghabiskan lebih banyak masa dengan
mereka dan berusaha untuk mengajar mereka. Oleh sebab guru-guru memiliki tanggapan yang
lebih rendah, instruksi yang diberi kepada pelajar yang berpencapaian rendah selalunya lebih
mudah dan berkualiti rendah. Sebaliknya, pelajar yang berpencapaian baik kurang menerima
perhatian dan sokongan pembelajaran tetapi menerima pengajaran yang lebih berkualiti.
Aktiviti 6.2
Apakah tanggapan para guru ke atas pelajar yang berpencapaian
rendah dan pelajar yang berpencapaian tinggi?
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
6/17
6.2 Implikasi ke atas instruksi
Guru kepada pelajar yang berpencapaian rendah wajar menggunakan instruksi aktif yang
merangkumi aspek-aspek berikut:
Penglibatan awal supaya ketersediaan para pelajar dan keperluan penglibatan intensif
dapat ditangani Membentuk hasil pembelajaran yang jelas dan boleh diukur
Menyaring murid supaya pemantauan berterusan dapat dijalankan
Merancang aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar supaya mereka memberi maklum
balas dengan aktif
Memberi maklum balas susulan yang positif
Contoh: Mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar berkulit hitam dan Latino di
Amerika Syarikat
Sekolah seharusnya memberi sokongan bagi pencapaian baik dalam mata pelajaran
Matematik di peringkat sekolah rendah sebelum mereka naik ke peringkat menengah. Pada
ketika ini, isu pelajar Latino dan Amerika Afrika yang gagal dalam mata pelajaran ini lebih
diutamakan manakala pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran ini diabaikan. Sekolah
seharusnya meneliti pengalaman dan tingkah laku golongan yang cemerlang ke arah
meningkatkan pencapaian individu yang gagal.
6.3 Kemiskinan
Apakah yang dimaksudkan dengan kemiskinan?
Townsend (1996) menakrifkan kemiskinan sebagai
“ketiadaan atau kekurangan makanan, sumber,
kemudahan, standard, perkhidmatan dan aktiviti
yang wujud secara umum atau menjadi kelazimandalam masyarakat”. Biro Kebangsaan Kanak-
Kanak di UK telah menggunapakai tiga kriteria
bagi menakrifkan kesan kemiskinan: anggota
keluarga yang besar atau memiliki ibu atau bapa
tunggal; menerima pendapatan isi rumah yang
rendah; serta menghuni dalam perumahan yang
berkualiti rendah.
Bilangan orang yang menghadapi kemiskinan telah meningkat sebanyak tiga kali ganda
semenkaj 1979 dan kini hampir satu perempat dari keseluruhan populasi Britain hidup dalam
kemiskinan (Walker & Walker, 1997). Sebanyak 32% dari kanak-kanak di Britain hidupdalam kemiskinan berbanding dengan 20% di Kesatuan Eropah (Eurostat, 1997). Kanak-
Aktiviti 6.3
Kenal pasti apa yang boleh dilakukan oleh para guru bagimembantu pelajar yang berpencapaian rendah.
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
7/17
kanak yang serba kekurangan ini tidak memiliki tenaga yang mencukupi untuk belajar, lebih
cenderung terganggu secara emosi kerana persekitaran mereka serta tidak berpeluang untuk
belajar dengan tekun kerana kekurangan sokongan di rumah. Persekitaran sebegini bermaksud
bahawa mereka lebih cenderung memiliki keyakinan diri yang rendah yang mungkin akan
menjejaskan pencapaian mereka di sekolah serta kehidupan mereka secara umum.
Akibat gejala kemiskinan ke atas kanak-kanak
Kemiskinan dapat menjejaskan kehidupan
kanak-kanak dari pelbagai aspek. Dapat
dikatakan bahawa pelajar yang berasal dari
keluarga dari kelas sosial rendah lebih
cenderung berpencapaian rendah daari segi
akademik kerana kod kebudayaan dan
linguistik yang digunakan berbeza dari kod
yang digunakan dalam sistem persekolahan.
Nilai dan norma suatu masyarakat diwarisi
melalui kelas sosial dan kebudayaan para pelajar dari generasi ke generasi.
Dapat dikatakan juga bahawa ketidaksamaan
sosial dan ekonomi mungkin dapat
memupuk tanggapan bahawa golongan tertentu tidak akan cemerlang dari segi akademik.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, kecerdasan dan kejayaan dikaitkan dengan status sosial
yang tinggi dalam masyarakat atau pengamalan nilai-nilai dan budaya "modal kebudayaan
dominan" (pakaian, kod, percakapan). Oleh itu, kita akan dapati bahawa pelajar berkulit hitam
menganggap bahawa mereka berstatus lebih rendah berbanding dengan "modal kebudayaan
bukan dominan" (iaitu nilai-nilai mereka dan tanggapan bahawa mereka merupakan golongan
yang berstatus rendah). Di samping itu, beberapa pelajar berkulit hitam tidak dibenarkan
melibatkan diri dengan "modal kebudayaan dominan" atau tidak sanggup mematuhi "modal
kebudayaan dominan" yang dapat membantu mereka mencapai mobiliti sosial ke atas serta
kecemerlangan akademik. Namun demikian, pelajar berkulit putih juga cenderung
berpencapaian rendah dari segi akademik. Kajian telah menunjukkan bahawa golongan
berkulit putih yang berpendapatan rendah mempunyai memiliki tanggapan atau pegangan
anti-pencapaian.
Kanak-kanak miskin lebih berisiko tinggi berbanding dengan kanak-kanak dari keluarga
berpendapatan tinggi. Semakin lama mereka hidup dalam kemiskinan, semakin tinggi risiko
ini. Risiko ini bermula seawal umur 3 tahun, di mana kanak-kanak yang miskin tidak dapatmencapai pencapaian yang setara dengan kanak-kanak dari keluarga berpendapatan tinggi
dalam ujian yang mengukur kecerdasan otak. Markah dalam ujian sebegini dapat menjangka
pencapaian mereka di peringkat pra-sekolah akhir kelak (Smith, Brooks-Gunn & Klebanov,
1997). Sehubungan dengan itu, kanak-kanak yang membesar dalam keadaan kemiskinan dan
beribu atau bapa tunggal kurang cenderung menamatkan sekolah menengah (Haveman, Wolfe
& Wilson, 1997).
Kemiskinan dapat menjejaskan pembelajaran kanak-kanak. Beberapa kajian telah
menunjukkan bahawa kanak-kanak bagi menguasai kemahiran membaca, persekitaran
prasekolah dan persekitaran rumah perlu menyediakan pengalaman ketersediaan dengan
sewajarnya. Faktor-faktor yang dapat membantu kanak-kanak dalam membaca pada masahadapan termasuklah:
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
8/17
(1) Keutamaan yang diberikan kepada kecelikan huruf,
(2) Penekanan yang diberikan kepada pencapaian,
(3) Ketersediaan dan penggunaan bahan-bahan bacaan,
(4) Aktiviti membaca dengan anak-anak, dan
(5) Peluang untuk berinteraksi secara verbal (Hess & Halloway, 1984).
Majlis Penyelidikan Negara, Jawatankuasa Pencegahan Kesukaran Membaca di kalangan
Kanak-Kanak Muda dan Suruhanjaya Tingkah Laku dan Sains Kemanusiaan dan Pendidikan
telah bersetuju bahawa kanak-kanak miskin lebih cenderung memiliki kemahiran membaca
yang rendah. Hal ini demikian kerana kanak-kanak ini kekurangan akses kepada pengalaman
pembacaan yang merangsangkan di peringkat pra-sekolah serta interaksi verbal di rumah. Di
samping itu, kanak-kanak dari keluarga yang memiliki ibu bapa yang agak berusia atau adik
beradik yang mengalami masalah membaca lebih cenderung mengalami masalah dalam
membaca.
Status sosioekonomi ibu bapa yang rendah juga menyumbang kepada kemahiran membaca
yang rendah di kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak ini tidakmemiliki bahan bacaan yang mencukupi di rumah mereka. Di samping itu, mereka juga
cenderung menghadiri pra-sekolah yang tidak berkualiti. Semua faktor ini tidak dapat
melengkapkan kanak-kanak ini dengan ketersediaan membaca ketika mereka melangkah ke
peringkat sekolah. Kanak-kanak sebegini juga lebih cenderung memiliki ibu bapa yang lemah
dari segi keibubapaan, memiliki kemahiran penyelesaian masalah yang rendah serta hanya
mampu membaca secara berdialog (Whitehurst, Arnold, Epstein & Angel, 1994).
Sekarang kita akan meneliti pelajar yang berpencapaian tinggi dan mengenal pasti faktor-
faktor yang menyumbang kepada kejayaan mereka. Salah satu faktor ialah saiz
perbendaharaan kata di kalangan kanak-kanak status yang berstatus sosioekonomi tinggi
yang dua kali ganda lebih banyak berbanding dengan kanak-kanak yang berstatus
sosioekonomi rendah. Kanak-kanak berpencapaian tinggi ini memiliki ibu bapa yang
mengutamakan membaca dan menganggap bahawa aktiviti ini menyeronokkan. Mereka juga
cenderung membaca secara "semantik" dan bukan dengan menggunakan teknik
"penyahkodan" yang ketat. Ibu bapa sebegini juga cenderung menggalakkan soalan dan
umumnya lebih fasih dan bersikap positif terhadap aktiviti membaca. Selain itu, ibu bapa
sebegini menganggap projek-projek sekolah sebagai peluang keemasan dan mengutamakan
membaca sebagai sumber hiburan (Lancy & Bergin, 1992).
6.4 Status pendidikan pemulihan
Strategi bagi meningkatkan kurikulumPara guru perlu belajar menyesuaikan kurikulum supaya dapat memenuhi keperluan pelajar
berkemahiran rendah. Para guru perlu membantu pelajar-pelajar sebegini dengan
membahagikan kerja sekolah mereka kepada bahagian yang senang diuruskan. Pelajar-pelajar
ini cenderung bergantung kepada guru dan memerlukan maklum balas secara berterusan.Mereka akan belajar menguruskan tugasan apabila mereka menjadi lebih yakin/
Aktiviti 6.4
Apakah akibat kemiskinan ke atas kanak-kanak?
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
9/17
Sekolah perlu mengenal pasti pelajar berkemahiran rendah dengan secepat mungkin dan
memperkenalkan program yang dapat membantu mereka supaya mereka akan berpencapaian
yang setaraf dengan rakan sedarjah mereka.
Sekarang, kita akan meneliti program yang telah ditubuhkan untuk menangani masalah ini.Walker (2006) telah mencadangkan program yang dapat menangani isu pelajar berpencapaian
rendah dalam mata pelajaran Matematik. Program ini menggunakan kaedah “peer tutoring”
bagi menangani pencapaian rendah dalam mata pelajaran ini. Peer tutoring diterima umum
sebagai alat penambahbaikan pencapaian pelajar. Menurut model peer tutoring Walker,
peserta lain dilibatkan sebagai komponen penting dalam proses pembelajaran dan sokongan.
Program tutor Program tutor kerjasama ini dilaksanakan di sebuah sekolah yang memiliki pelajar Latino dan
berkulit hitam. Berikut merupakan prosedur pelaksanaan program ini.
Kelas guru Matematik telah dipantau dan dua sesi pembangunan profesional
perguruan ke atas sikap dan tingkah laku Matematik serta jangkaan tinggi pelajar telahdijalankan
Semua guru dalam sekolah tersebut perlu memberi maklum balas mengenai sikap dan
tanggapan mereka mengenai potensi dan kecemerlangan masa depan pelajar-pelajar
mereka
Pelajar-pelajar ini ditanya mengenai sikap mereka terhadap mata pelajaran ini, rakan
sebaya mereka serta rancangan masa depan mereka. Ini akan mencerminkan faktor-
faktor yang menyumbang kepada pencapaian tinggi atau rendah dalam mata pelajaran
ini.
Sesi temubual telah dijalankan bersama-sama pelajar berpencapaian tinggi mengenai
sokongan yang meyumbang kepada kecemerlangan mereka dalam mata pelajaran ini/
Setelah pemerhatian, temubual dan kaji selidik yang diperoleh diteliti, isu-isu berikut telah
muncul:
Kecenderungan guru menggunakan kaedah pembelajaran-pengajaran matematik yang
tradisional’
Kebanyakan pelajar bergantung kepada guru untuk membantu mereka menyelesaikanmasalah matematik kerana tidak yakin yang mereka akan dapat menyelesaikannya
sendiri. Mereka kelihatan tidak yakin mengenai kebolehan mereka sendiri walaupun
setelah guru memberikan penerangan.
Para guru tidak menyedari bahawa sesetengah pelajar berpencapaian tinggi menolong
membuat kerja rumah rakan-rakan mereka melalui sesi perbincangan dan penyelesaianmasalah
Pelajar yang berpencapaian tinggi melaporkan bahawa mereka menerima sokongan
dalam mempelajari Matematik dari rakan sebaya, kawan dari luar sekolah serta
keluarga.
65% dari pelajar dalam kajian ini melaporkan bahawa mereka memiliki tanggapan
yang positif atau neutral terhadap mata pelajaran ini. Mereka jarang melibatkan pelajar
lain dalam mempelajari Matematik atau orang luar dari sekolah.
Oleh itu, kita dapat menyimpulkan bahawa pelajar yang berpencapaian tinggi:
Memiliki perhubungan positif dengan rakan sebaya dari segi mata pelajaran ini
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
10/17
Cenderung menolong pelajar yang lemah dalam mata pelajaran ini serta bekerja sama
dengan pelajar yang cemerlang selepas waktu sekolah dan membantu pelajar yang
lemah dalam mengembangkan perhubungan ini.
Berdasarkan dapatan kajian ini, program peer tutoring telah ditubuhkan bagi membantu
pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Matematik.
Mengapa program peer tutori ng ?
Kajian menunjukkan bahawa apabila pelajar yang lemah memiliki rakan sebaya yang
menolong mereka dalam mata pelajaran ini, mereka berpeluang untuk memahami
rakan sebaya sambil melakukan aktiviti penyelesaian masalah dan membincangkan
mata pelajaran ini. Dengan itu, pelajar yang cemerlang dapat mengajar pelajar yang
lemah dalam mata pelajaran ini.
Para guru serta pascasiswazah dalam bidang ini seharusnya bekerja sama dengan
pelajar yang lemah dan membincangkan mata pelajaran ini dengan mereka.
Melaksanakan program tutor
Beberapa pascasiswazah telah dipilih sebagai penasihat dan telah bekerja sama dengan
pelajar yang lemah ketika sesi tutor ini. Dengan itu, para pascasiswazah berpeluang
untuk bekerja di sekolah perbandaran sambil mengembangkan perhubungan yang
positif dengan pelajar-pelajar ini di luar bilik darjah.
Enam orang pelajar cemerlang telah dipilih sebagai peer tutor . Tiga dari mereka telahmenjalani seminar latihan mengenai penyelesaian masalah, meneliti jawapan yang
dberi pelajar dalam ujian Matematik dan memikirkan strategi pentutoran. Tiga tutor
yang selebihnya yang tidak menjalani sebarang latihan pula akan mula menolong
pelajar lemah kemudian.
Sesi tutor dijalankan selepas waktu sekolah di bilik darjah salah satu guru Matematik
buat tiga kali seminggu dari pukul 3:30pm sehingga 5:00pm. Seorang guru telah hadir pada setiap sesi.
Tutor dan penasihat diwajibkan melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sesitutor setiap minggu. Para guru pula menggalakkan pelajar yang lemah supaya
menghadirkan diri ke sesi-sesi ini. Sesi-sesi ini melibatkan kerja rumah pelajar serta
persediaan bagi peperiksaan. Setiap tutor telah mengendalikan lebih kurang 8-10
orang pelajar setiap minggu. Sebanyak 20 orang pelajar telah hadir pada setiap minggu
pada akhir program ini.
Interaksi antara tutor dan pelajarTutor-tutor telah menasihati pelajar-pelajar
lemah dalam aspek disiplin mereka dalammenyiapkan kerja rumah, memberi perhatian
dalam bilik darjah serta berfikir mengenai
masalah matematik yang sedang
diselesaikan. Tutor-tutor ini lazimnya diberi
hanya seorang pelajar pada setiap sesi dan
akan merujuk kepada guru penyelia
sekiranya mereka mengalami masalah dalam
mengendalikan pelajar tersebut. Lambat
laun, setelah tutor-tutor ini menjadi semakin
pengalaman, mereka akan menggunakan strategi-strategi yang berbeza untuk menangani
masalah dalam Matematik. Penasihat-penasihat ini memiliki tanggapan yang positif mengenaikefahaman dan perhubungan tutor dengan pelajar mereka.
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
11/17
Kesimpulan
Kerja sama antara tutor, pelajar, penasihat dan guru telah menghasilkan interaksi yang
produktif mengenai Matematik di sekolah. Bilik darjah yang digunakan bagi sesi-sesi ini telah
mencipta peluang untuk para guru belajar dari pelajar-pelajar mereka. Pelajar yang cemerlang
telah didedahkan kepada unsur matematik tambahan sambil belajar berdikari dan bekerjadengan sendiri di rumah. Para tutor pula telah membina keyakinan diri dari pengalaman
mereka dalam mengendalikan pelajar-pelajar ini.
Pelajar-pelajar ini amat menghargai interaksi dengan tutor mereka. Dalam program ini, pelajar
cemerlang telah memberi perkhidmatan tunjuk ajar kepada pelajar yang kurang cemerlang.
Dengan itu, program ini telah membuktikan bahawa para guru, pascasiswazah dan pelajar
dapat bekerja sama demi membangunkan komuniti pelajar yang berfokus kepada
meningkatkan pencapaian dalam bidang matematik. Program ini juga menunjukkan bahawa
pelajar dapat menjadi pendidik dan pelajar matematik pada masa yang sama. Golongan
dewasa dapat mempelajari strategi pengajaran dari pelajar sambil bekerja sama demi
menolong pelajar yang lemah. Guru-guru dapat menambahbaik kemahiran mengajar merekadengan menerangkan konsep-konsep rumit sambil memberikan pelajar peluang untuk
mengendalikan perbincangan bilik darjah mengenai mata pelajaran ini serta penyelesaian dan
idea.
Akhirnya, pengajaran matematik tidak dihadkan kepada golongan dewasa yang mahir dalam
bidang ini. Kajian ini membuktikan bahawa kemahiran mengajar mata pelajaran ini dapat
diperkembangkan di kalangan pelajar melalui berbagai kaedah, termasuklah pelajar yang
lemah atau tidak berminat dalam mata pelajaran Matematik.
MediaSekolah dan ibu bapa perlu melibatkan media massa, terutamanya televisyen, supaya merka
menyampaikan mesej kepada penonton dengan berhemah. Pihak media perlu digalakkan
supaya tidak memusnahkan usaha-usaha sekolah dan ibu bapa. Rancangan-rancangan
televisyen yang menyampaikan mesej positif mengenai keluarga dan dunia sebenar perlu
diwujudkan.
Tanggapan ibu bapaKedua-dua ibu bapa perlu bekerja sama dengan guru anak-anak mereka untuk
membincangkan dan menetapkan matlamat yang dapat dicapai oleh anak-anak mereka. Ibu
bapa perlu memberi sokongan apabila anak-anak mereka menghadapi masalah atau
kekurangan keyakinan. Pelajar yang lemah seharusnya dapat mendekati ibu bapa mereka bagimeluahkan dan membincangkan masalah mereka. Ibu bapa yang tidak memberi sokongan
kepada ibu bapa akan menggalakkan anak-anak mereka secara tidak langsung untuk bersikap
negatif terhadap guru. Anak-anak mereka akan menganggap bahawa mereka tidak perlu
mencapai jangkaan guru kerana ibu bapa mereka tidak menghormati guru.
Tanggapan guruSetiap guru perlu mengetahui dan memahami budaya sendiri serta budaya pelajar-pelajar
mereka. Mereka perlu memahami bahawa pegangan dan kepercayaan mereka akan
mempengaruhi pengajaran mereka (Gay, 2002). Di samping itu, para guru perlu memiliki
sifat-sifat berikut: perasaan empati, kebolehan untuk mencipta persekitaran bilik darjah yang
kondusif kepada pembelajaran, kemahiran kepimpinan, perasaan humor serta penglibatandalam interaksi sosial pelajar.
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
12/17
Para guru juga perlu mempercayai bahawa pelajar yang lemah mampu cemerlang dan tidak
seharusnya berfikir bahawa masalah pembelajaran merupakan salah pelajar tersebut. Mereka
seharusnya memiliki jangkaan yang tinggi dan menggalakkan pelajarnya supaya cemerlang
secara akademik dan bersikap dengan cara yang sewajarnya. Guru sebegini dikenali sebagai
“peminta mesra” (Banks & Tucker, 1998). Mereka perlu meluahkan keprihatinan mereka
terhadap kebajikan emosi, fizikal, ekonomi dan sosial murid-murid mereka. Di samping itu,mereka juga seharusnya berusaha untuk membina perhubungan peribadi positif dengan
pelajar mereka.
6.5 Kajian kes dari sistem pendidikan Asia tertentu
Pelajar-pelajar berpencapaian rendah di Hong Kong dan Taiwan
Beberapa kajian telah dijalankan bagi meneliti ciri-ciri pelajar-pelajar lemah di Hong Kong.
Berikut merupakan ciri-ciri pelajar berpencapaian rendah:
Pelajar lelaki lebih cenderung berpencapaian rendah berbanding dengan pelajar
perempuan (Lau & Chan, 2001).
Pelajar berpencapaian rendah lazimnya memiliki konsep kendiri yang rendah, penilaian akademik yang rendah serta kurang cenderung menggunakan strategi
pembelajaran berkesan berbanding dengan pelajar berpencapaian tinggi.
Ciri-ciri negatif ini wujud akibat dari punca-punca dalaman seperti usaha, kemahiran
belajar, minat terhadap pembelajaran dan keupayaan.
Hampir semua pelajar Asia mengaitkan pencapaian rendah mereka dengan usaha, iaitusuatu faktor dalaman yang dapat dikawal.
Di Hong Kong, perkhidmatan pendidikan khas hanya disediakan bagi pelajar-pelajar
berbakat. Pelajar yang berpencapaian rendah sering kali diabaikan kerana tidak
mampu cemerlang di sekolah walaupun mereka mungkin berbakat secara intelektual.
Guru-guru mungkin akan menganggap bahawa pelajar berpencapaian rendah malasdan tidak responsif.
Pelajar lemah memiliki ibu bapa yang tidak responsif dan tidak mengambil kisahmengenai pencapaian akademik atau perkembangan psikososial anak-anak mereka.
Golongan bapa dianggap memiliki ciri-ciri keibubapaan yang negatif berbanding
dengan golongan ibu (Shek, Lee & Chan, 1998).
Di Taiwan, gred dalam mata pelajaran sains akan menurun setelah pelajar-pelajar memasuki
Tahun 8 (She, 1995a, b, 1998b), terutamanya di kalangan pelajar perempuan. Berikut
merupakan sebab-sebab yang diberikan.
Pelajar perempuan dianggap tidak cukup bijak untuk menjadi ahli saintis
Pelajar perempuan khuatir yang mereka akan dianggap terlalu berbeza (terlalu mahir) jika mereka bersaing dengan lelaki
Pelajar perempuan kurang cenderung menjawab soalan yang diberi oleh guru dan guru
lebih cenderung memberi perhatian kepada pelajar lelaki (She, 1998a, 2000).
Amalan negara-negara Asia yang berpendidikan yang wajar dicontohi
Negara-negara seperti Korea Selatan dan Taiwan merupakan contoh baik dari segi mendidik
kanak-kanak. Dalam Laporan Persaingan Dunia 1995, Singapura dan Taiwan telah menerima
tempat pertama dan ketiga berdasarkan kecekapan sistem pendidikan untuk memenuhi
keperluan ekonomi (Jadual 6.1 dan Jadual 6.2). Masyarakat negara-negara ini bertanggapan
bahawa semua lapisan masyarakat perlu dididik dan bukan golongan elit sahaja. Mereka jugalebih mengutamakan pendidikan peringkat rendah berbanding dengan pendidikan peringkat
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
13/17
tinggi. Sebagai contoh, hanya 30% dari
semua kanak-kanak Pakistan telah
menghadiri sekolah rendah pada tahun 1960
manakala di Korea Selatan bilangan ini ialah
sebanyak 94%.
Amerika Syarikat dan Britain telah
memperdebatkan sekiranya budaya
pendidikan Asia adalah lebih baik dan
sekiranya budaya pendidikan Barat adalah
salah. Keputusan ujian membuktikan bahawa
pelajar Asia berpencapaian lebih tinggi berbanding dengan pelajar Barat. Mengapakah hal ini
demikian? Salah satu puncanya ialah bahawa lebih ramai kanak-kanak Barat cenderung gagal
di sekolah.
No. Negara Pencapaian purata
1 Singapura 604
2 Korea Selatan 587
3 Taiwan 585
4 Jepun 579
5 Belanda 540
6 Hungary 532
7 Kanada 531
8 Rusia 526
9 Australia 525
10 Finland 520
Rajah 6.1: Markah dari negara terpilih dalam mata pelajaran Matematik
No. Negara Pencapaian purata
1 Taiwan 569
2 Singapura 568
3 Hungary 552
4 Jepun 550
5 Korea Selatan 549
6 Belanda 545
7 Australia 5408 Republik Czech 539
9 England 538
10 Finland 535
Rajah 6.2: Markah dari negara terpilih dalam mata pelajaran SainsSumber: The Third International Mathematics and Science Study, 1999
Mengapakah sekolah Asia berpencapaian lebih tinggi berbanding dengan sekolah
Barat?
Di negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Jepun, kanak-kanak sering menghadirikelas tambahan (mirip kepada kelas tuisyen yang dijalankan di Malaysia) di sebelah petang
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
14/17
sebagai sokongan kepada persekolahan asas mereka. Peperiksaan di negara ini lebih
diutamakan berbanding dengan di dunia Barat. Penekanan yang diberikan kepada
peperiksaan menyebabkan mereka berpencapaian tinggi dari segi pendidikan.
Di samping itu, pelajar di Asia bertanggapan bahawa mereka mampu cemerlang dan perlu
cemerlang. Di Taiwan, sistem pendidikan mereka memastikan bahawa setiap kanak-kanakakan menerima pendidikan asas apabila mencecah umur 12 tahun. Pada permulaan
persekolahan mereka, kanak-kanak di negara ini akan ditempatkan dalam kelas yang
menggabungkan kanak-kanak dari pelbagai peringkat keupayaan dan kebolehan. Kanak-
kanak yang tidak mampu bersaing dengan kanak-kanak lain akan ditempatkan dalam kelas
tuisyen khas di mana mereka akan diajar secara “one-on-one”. Semua sekolah rendah
memiliki peruntukan yang sama dari segi kewangan, saiz bilik darjah dan keputusan
peperiksaan berbanding dengan sekolah di Barat.
Faktor lain yang menyumbang kepada pencapaian pelajar Asia yang jauh lebih baik
berbanding dengan pelajar Barat ialah ketekunan mereka, jumlah hari bersekolah mereka dan
jumlah jam persekolahan setiap hari. Sekolah-sekolah di Asia menetapkan matlamat pendidikan yang minima dan lebih menekankan kefahaman fakta. Guru-guru akan
menyediakan laporan harian bagi pencapaian setiap pelajar yang akan kemudiannya di hantar
ke ibu bapa mereka. Guru besar akan meneliti kerja rumah setiap pelajar bagi mengenal pasti
pencapaian mereka dan memantau pengajaran guru tersebut. Profesion perguruan amat
disanjungi dan guru-guru di negara-negara ini lazimnya menerima pendapatan yang lebih
lumayan berbanding dengan guru-guru di Barat.
Sebahagian besar dari guru-guru di Asia memiliki bilik guru awam yang berasingan dari bilik
darjah. Mereka lazimnya akan menghabiskan waktu selain dari waktu pengajaran mereka di
sini dan membincangkan rancangan pengajaran dan kaedah penyampaian bersama rakan
sekerja mereka. Situasi ini perlu digalakkan kerana guru dalam gred tertentu yang
mengendalikan mata pelajaran yang sama akan mengajar topik yang sama pada masa yang
sama. Situasi ini tidak wujud di Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, setiap guru memiliki
tempat duduk sendiri dalam bilik darjahnya. Hal ini bermaksud bahawa guru-guru tidak dapat
berbincang dan hanya dapat berbuat demikian selepas waktu persekolahan. Dengan itu, dapat
dikatakan bahawa guru-guru sekolah rendah di Amerika Syarikat lebih cenderung bekerja
selepas waktu persekolahan dan pada hujung minggu manakala guru-guru di Asia bekerja
pada waktu persekolahan. Suasana keserakanan di bilik guru di Asia menggalakkan guru-
guru yang berpengalaman menjadi mentor kepada guru-guru junior sebagai latihan bagi
mereka. Sebaliknya, sistem mentor ini tidak wujud di Amerika Syarikat kerana program
latihan telahpun dirancang dan dilaksanakan secara formal di universiti (Stevenson, 1992).
Aktiviti 6.5
Mengapakah pelajar di Asia lebih cenderung berpencapaian tinggi
di sekolah?
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
15/17
KesimpulanBab ini telah memperkenalkan anda kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada
pencapaian rendah pelajar di sekolah. Anda juga telah mempelajari mengenai pelajar yang
lemah (berpencapaian rendah).
1.
Faktor seperti kurikulum yang tidak sesuai serta tanggapan guru menyumbang kepada pencapaian rendah pelajar di sekolah
2. Jenis instruksi yang digunakan oleh guru dalam mengendalikan pelajar-pelajar yang
lemah
3. Kesan negatif kemiskinan ke atas pembelajaran pelajar
4. Strategi penambahbaikan kurikulum bagi pelajar-pelajar yang lemah
5. Program tutor dapat menolong pelajar berpencapaian rendah dalam mata pelajaran
Matematik
6. Peranan media, guru dan ibu bapa dalam menyokong pelajar-pelajar yang lemah
supaya mereka dapat memperbaiki pembelajaran mereka
7. Ciri-ciri pelajar-pelajar lemah di Hong Kong dan Taiwan
8.
Maksud pelajar berpencapaian rendah9.
Punca pencapaian rendah di kalangan pelajar di sekolah
10. Kesan kemiskinan ke atas pencapaian kanak-kanak di sekolah
11.
Program pemulihan bagi pelajar-pelajar lemah
12. Amalan negara-negara Asia berpendidikan yang boleh dicontohi
Self-Check
1. Apakah kefahaman anda mengenai pelajar yang berpencapaian rendah?
2. Berikan dua punca yang menyebabkan pelajar mendapat pencapaian rendah di
sekolah.
3. Apakah instruksi yang perlu digunakan oleh guru dalam mengendalikan pelajar lemah
dalam bilik darjah?
4.
Terangkan maksud istilah kemiskinan.
5. Bagaimanakah kemiskinan dapat mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah?
6. Mengapakah kita perlu menyesusaikan kurikulum sekolah supaya memenuhi
keperluan pelajar lemah?
7. Terangkan bagaimana program tutor dapat menolong pelajar pencapaian rendah?
8. Bagaimanakah media dapat memperbaiki pencapaian pelajar di sekolah?
9. Bagaimanakah pihak media dan ibu bapa dapat menolong kanak-kanak yang
berpencapaian rendah?
10. Apakah ciri-ciri pelajar yang berpencapaian rendah di China?
11.
Apakah ciri-ciri yang dapat dicontohi dari negara-negara Asia yang berpendidikan?
Rujukan
Anks, J.A., & Tucker, M. (1998). Multiculturalism‟s five dimensions. NEA Today Online.
Retrieved from
http://www.learner.org/channel/workshops/socialstudies/pdf/session3/3.multicultualism.pd
f.
Babad, E., Bernieri, F., & Rosenthal, R. (1989). Nonverbal communication and leakage inthe behavior of biased and unbiased teachers. Journal of Personality, Social
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
16/17
Psychology, 56: 89-94.
Brophy, J. (1983). Research on the self- fulfilling prophecy and teacher expectations.
Journal Educational Psychology, 75: 631-661.
Brophy, J. (1985). Teacher-student interaction. In Dusek, J. (ed.). Teacher Expectancies,Erlbaum, Hillsdale, NJ, pp. 303-328.
Cooper, H. (1979). Pygmalion grows up: A model for teacher expectation communication
and performance influence. Review Education Research, 49: 389-410.
Cooper, H. (1985). Models for teacher expectation communication. In Dusek, J. (ed.),
Teacher Expectations. Erlbaum, Hillsdale, NJ, pp. 135-158.
Eurostat. (1997). Reported in The Guardian, 28 April.
Gay, G. (2002). Culturally responsive teaching. Theory, research, and practice. New
York: Teachers College Press.Good, T.L., & Nichols, S.L. (2001). Expectancy effects in the classroom: A special focus
on improving the reading performance of minority students in first-grade
classrooms. Educational Psychologist, 36(2): 113-126.
Groulx, J.G. (2001). Changing preservice teacher perceptions of minority schools. Urban
Education, 36(1): 60-92.
Haveman, R., Wolfe, B., & Wilson, K. (1997). Childhood poverty and adolescent
schooling and fertility outcomes. In Duncan, G.J. and Brooks-Gunn, J. (eds.)
Consequences of growing up poor, 419-460. New York: Russell Sage Foundation.
Hess, R.D., & Halloway, S. (1984). Family and school as educational institutions. In R.D.
Parke (Ed.), Review of child development research: Vol. 7. The family (pp. 179-
222). Chicago: University of Chicago Press.
Lancy, D.F., & Bergin, C. (1992). The role of parents in supporting beginning reading.
Paper presented at the annual meeting of the American Education Research
Association, San Francisco.
Lau, Kit-Ling, & Chan, D.W. (2001). Motivational characteristics of underachievers inHong Kong. Educational Psychology, 21(4): 417-430.
Matzin, R., Piek, J., Bell., & Barret, N. (2003). Teachers‟ differential behavior towards
high and low-achieving children: A qualitative approach. Australian Journal of
Psychology: 195.
She, H.C. (1995a). Elementary and middle school students‟ image of science and scientists
related to current science textbooks in Taiwan. Journal of Science Education and
Technology, 4, pp. 283-294.
She, H.C. (1995b). Elementary and middle school students‟ image of science, scientists,and their work. Proceedings of the National Science Council, Republic of China,
-
8/18/2019 Bab 6 School and Society
17/17
Part D. Mathematics, Science, and Technology Education, 8: 16-21.
She, H.C. (1998b). Gender-and grade-level differences in Taiwan students‟ stereotype of
science and scientists, Research in Science and Technological Education, 16: 125-
135.
She, H.C. (1998a). Interaction between different gender students and their teacher in junior
high school biology classes, Proceedings of the National Science Council, Republic
of China, Part D. Mathematics, Science, and Technology Education, 5: 19-28.
She, H.C. (2000). The interplay of a biology teacher ‟s beliefs, teaching practices and
gender-based student-teacher classroom interaction. Educational Research, 42: 28-
39.
Shek, D.T.L., Lee, T.Y., & Chan, L.K. (1998). Perceptions of parenting styles and parent-
Adolescent conflict in adolescents with low academic achievement in Hong Kong.
Social Behavior and Personality: An International Journal, 26(1): 89-98.
Smith, J.R., Brooks-Gunn, J., & Klebanov, P. (1997). Consequences of living in poverty
for young children‟s cognitive and verbal ability and early school achievement. In
Duncan, G.J. and Brooks-Gunn, J. (eds.). Consequences of growing up poor, 132-
189. New York: Russell Sage Foundation.
Stevenson, H.W. (1992). Learning from Asian schools. Scientific American.
Walker, E.N. (2003).Who can do mathematics? In B. Vogeli and A. Karp (Eds.),
Activating mathematical talent. (pp. 15-27). Boston: Houghton Mifflin and
National Council of Supervisors of Mathematics.
Walker, A., & Walker, C. (ed). (1997). Britain divided: The growth of social exclusion in
the 1980s and 1990s, CPAG: London.
Whitehurst, G.J., Arnold, D.S., Epstein, J.N., & Angell, A.L. (1994). A picture book
reading intervention in day care and home for children from low-income families.
Developmental Psychology, 30: 679-689.
Weinstein, R. (1985). Student mediation of classroom expectancy effects. In Dusek, J.
(ed.). In Dusek, J. Teacher Expectancies, Erlbaum, Hillsdale, NJ, pp. 329-350.
Weinstein, R. (1989). Perceptions of classroom processes and student motivation:
Children‟s view of fulfilling prophecies. In Ames, C., and Ames, R. (eds.),
Research on motivation in education, vol. 3: Goals and Conditions. New York:
Academic Press, pp. 187-221.