Bab 13 Gelagat Kos

download Bab 13 Gelagat Kos

of 20

Transcript of Bab 13 Gelagat Kos

GELAGAT KOS

GELAGAT KOSApa yang anda perlu tahu : 1. Kos berubah 2. Kos tetap 3. Kos bercampur

KOS BERUBAHAdalah kos yg berubah mengikut tingkat pengeluaran. Ia mempunyai hubungan langsung dengan tingkat pengeluaran. Jika tingkat pengeluaran bertambah, jumlah kos berubah akan bertambah. Kos berubah seunit tidak berubah dengan perubahan tingkat keluaran. Contoh: Bahan mentah langsung, buruh langsung.

HUBUNGAN ANTARA KOS BERUBAH DENGAN TINGKAT KELUARAN Jumlah kos (RM) 5,000 500 Kos berubah

100

1,000

Tingkat keluaran unit

KOS TETAP

Kos yg tidak berubah walaupun tingkat pengeluaran berubah. Kos tetap seunit akan berkurang dengan pertambahan dlm tingkat pengeluaran Contoh : Belanja susutnilai mesin, Gaji Pengurus kilang.

HUBUNGAN KOS TETAP DENGAN TINGKAT PENGELUARAN Jumlah kos (RM)

Kos tetap

Tingkat keluaran (unit)

KOS BERCAMPURKos Bercampur mempunyai kedua-dua gelagat kos iaitu kos tetap dan kos berubah. Terdapat kos tetap pengeluaran dan kos berubah pengeluaran. Kos bercampur berubah secara jumlah keseluruhan kos tetapi tidak berubah mengikut tingkat aktiviti pengeluaran. Cth : Bil telefon.

Ujidiri : Edaran : soalan 1(a) &(b)

HUBUNGAN ANTARA KOS BERCAMPUR DENGAN TINGKAT PENGELUARAN Jumlah kos (RM) Jumlah Kos Bercampur Komponen Kos Berubah Kos tetap Komponen Kos Tetap Tingkat pengeluaran (unit)

ANALISIS GELAGAT KOS Tujuan dan kepentingan: mengenalpasti gelagat kos. mengasingkan elemen kos berubah dan

elemen kos tetap.membuat anggaran kos.

ANALISIS GELAGAT KOSKaedah analisis gelagat kos :1. Kaedah tinggi rendah 2. Kaedah graf 3. Kaedah regresi Pada peringkat matrikulasi, anda akan diperkenalkan dengan kaedah tinggi rendah sahaja.

FUNGSI KOS Jumlah kos = Kos Tetap + Kos Berubah Y = a + bxKos berubah seunit

Unit aktiviti

KAEDAH TINGGI RENDAH

Data kos aktiviti tertinggi dan aktiviti terendah digunakan bagi menentukan kos berubah seunit dan jumlah kos berubah.

CONTOH:Data pengeluaran Sykt. Toriton bagi tahun 2005 adalah seperti berikut :Output Jum.kos Bulan Jan 16,000 RM 14,000 Feb 16,300 RM 14,500 Mac 16,500 RM 14,700 April 16,900 RM 14,800 Ogos 18,000 RM 15,000 Sept 16,600 RM 14,750 Okt 16,800 RM 14,850 Nov 17,810 RM 14,900 Dis 17,850 RM 14,950 Aktiviti tertinggi pada bulan Ogos. Aktiviti terendah pada bulan Julai.

Mengira kos berubah seunit.Fungsi kos : Y = a + bx b = kos berubah seunit. b = kos Aktiviti tertinggi kos Aktiviti terendah Aktiviti tertinggi Aktiviti terendah

Mengira kos berubah seunit.b = Kos berubah seunit. b = RM15,000 - RM14,000 18,000 unit - 16,000 unit = RM1,000 2,000 unit = RM0.50 seunit. Kos berubah seunit ialah RM0.50.

Mengira jumlah kos berubahUNIT OUTPUT Terendah 16,000 Tertintggi 18,000 KOS BERUBAH SEUNIT RM0.50 RM0.50 JUMLAH KOS BERUBAH RM8,000 RM9,000

Mengira jumlah Kos Tetap.Fungsi kos : Y = a + bx, di mana ; a = Kos tetap, b = RM0.50.

Kos tetap pada aktiviti pengeluaran 16,000 unit, atau x = 16,000. Y = a + bx RM14,000 = a + RM0.50(16,000) RM14,000 = a + RM8,000 a = RM14,000 RM8,000 a = RM6,000. Kos tetap = RM6,000.

Mengira jumlah Kos Tetap.

Kos tetap pada aktiviti pengeluaran 18,000 unit, atau x = 18,000 unit. Y = a + bx RM15,000 = a + RM0.50(18,000) = a + RM9,000 a = RM15,000 - RM9,000 a = RM6,000. Kos Tetap= RM6,000.

Nota : Kos tetap adalah sama pada semua tingkat aktiviti pengeluaran iaitu RM6,000.

Mengira jumlah Kos Tetap.Unit output 16,000 18,000 Kos tetap Kos berubah RM6,000 RM6,000 RM8,000 RM9,000 Jumlah kos 14,000 15,000

RUMUSAN

KONSEP & GELAGAT KB, KT, KC. ANGGARAN KOS GUNA KAEDAH TINGGI RENDAH.