Assignment Masa

43
1 1.0 Pengenalan Tempoh kehidupan manusia dapat diukur dan mempunyai penanda arasnya yang tersendiri.Kehidupan ini dapat diukur melalui tempoh hayat seseorang manusia itu ketika hidup di dunia.Tempoh hayat ini mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan masa dan masa dikatakan sebagai kehidupan manusia itu sendiri. Namun begitu,ramai yang tidak menyedari peredaran bumi,pergantian siang dan malam merupakan saat-saat dan detik kehidupan mereka yang telah berlalu,seolah-olah perjalanan hidup mereka itu tidak ada perkaitan dengan masa.Keadaan ini dianggap sebagai satu perkara biasa atau lumrah alam yang telah pun wujud sebelum seseorang individu itu dilahirkan ke dunia lagi. Islam sangat menitik beratkan tentang penggunaan masa.Begitu banyak firman Allah dan hadith Rasullullah S.A.W. yang menceritakan dan memperingatkan umatnya mengenai kepentingan masa.Salah satu dalil yang menceritakan tentang kepentingan masa dapat dilihat dalam surah yang khas menceritakan dan memberi peringatan kepada manusia mengenai kepentingan masa.Surah ini terdiri daripada empat ayat yang dikenali sebagai surah al-‘Asr.Sebagaimana dalam firman Allah ‘Azza wa Jalla:

description

xsignment

Transcript of Assignment Masa

22

1.0 Pengenalan

Tempoh kehidupan manusia dapat diukur dan mempunyai penanda arasnya yang tersendiri.Kehidupan ini dapat diukur melalui tempoh hayat seseorang manusia itu ketika hidup di dunia.Tempoh hayat ini mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan masa dan masa dikatakan sebagai kehidupan manusia itu sendiri.

Namun begitu,ramai yang tidak menyedari peredaran bumi,pergantian siang dan malam merupakan saat-saat dan detik kehidupan mereka yang telah berlalu,seolah-olah perjalanan hidup mereka itu tidak ada perkaitan dengan masa.Keadaan ini dianggap sebagai satu perkara biasa atau lumrah alam yang telah pun wujud sebelum seseorang individu itu dilahirkan ke dunia lagi.

Islam sangat menitik beratkan tentang penggunaan masa.Begitu banyak firman Allah dan hadith Rasullullah S.A.W. yang menceritakan dan memperingatkan umatnya mengenai kepentingan masa.Salah satu dalil yang menceritakan tentang kepentingan masa dapat dilihat dalam surah yang khas menceritakan dan memberi peringatan kepada manusia mengenai kepentingan masa.Surah ini terdiri daripada empat ayat yang dikenali sebagai surah al-Asr.Sebagaimana dalam firman Allah Azza wa Jalla:

(Surah al-Asr 103:1-3)

Maksudnya:

1. Demi masa.

2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

3.Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.

4.Yang berpesan-pesan dengan kebenaran. Yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Dapat dilihat dalam surah Yunus,sebagaimana Alllah telah berfirman:

((

(Surah Yunus 10:5)

Maksudnya :Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Kepentingan masa juga dapat dilihat melalui hadith Rasullullah S.A.W iaitu:

Maksudnya: Manfaatkan sebaik mungkin lima hal sebelum datangnya lima hal:masa mudamu sebelum masa tuamu,masa sihat sebelum masa sakitmu,masa kaya sebelum masa miskinmu,waktu luangmu sebelum waktu sibuk dan waktu hidup sebelum waktu matimu

(Riwayat al-Hakim)

Oleh itu,dalil-dalil naqli ini jelas membuktikan kepada kita mengenai kepentingan masa.Setiap manusia perlu tahu cara untuk mengurus masa kerana pengurusan masa yang baik membuktikan bahawa seseorang itu telah berjaya menguruskan kehidupannya sendiri.Kehidupan manusia mempunyai hubungan dengan pencipta kepada manusia itu sendiri iaitu Allah Taala.Pengurusan kehidupan perlulah dilaksanakan dengan baik dan berlandaskan kepada syara dan kehendak Allah Taala.Hal ini demikian kerana setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Allah pemilik segala alam ini sebagaimana dalam firmannya iaitu :

((

(Surah al-Ankabut 29:57)

Maksudnya: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

Hubungan masa mempunyai perkaitan yang rapat antara kehidupan manusia dengan perhubungannya dengan Allah.Masa hidup di dunia perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana tempoh masa seseorang individu di dunia tidak lama jika dibandingkan dengan alam akhirat yang kekal abadi.Oleh itu,kertas kerja ini ditulis bagi membincangkan mengenai pengurusan masa yang baik sebagai seorang hamba Allah dan khalifah kepada makhlukNya yang lain bukan sekadar teori tetapi secara praktikal.Kertas kerja ini juga akan membincangkan secara terperinci kaedah pengurusan masa yang merupakan hasil integrasi pengurusan masa Islam dan pengurusan masa Barat yang disesuaikan dengan syariat Islam.Hal ini demikian kerana objektif utama kertas kerja ini dibuat adalah untuk memberi kesedaran dan panduan kepada masyarakat Islam untuk menguruskan masa yang secara realitinya merujuk kepada kehidupan mereka itu sendiri dengan sebaiknya kerana tempoh masa yang dimiliki oleh setiap individu itu semakin hari semakin sedikit sebelum melangkah ke alam seterusnya iaitu alam baqa.Melalui kertas kerja ini juga,penulis akan berkongsi mengenai kepentingan masa dan pandangan Islam mengenai masa dan seterusnya memaparkan kaedah pengurusan masa secara praktikal supaya tidak hanya dapat dijadikan tatapan di atas kertas tetapi dapat diamalkan dalam kehidupan harian.

Pengurusan masa merupakan satu isu yang sangat penting dan patut menjadi keutamaan dalam kehidupan manusia terutamanya umat Islam kerana masa itu kehidupan yang hanya akan dapat dirasai kehadirannya dan manfaatnya apabila manusia itu dapat menguasai masa iaitu kehidupannya sendiri.

2.0 Pengertian Masa Menurut Islam

( () ( ()Jika dilihat berdasarkan kepada buku yang dikarang oleh Harun Yahya iaitu Hakikat takdir dan Relativiti Masa (http://www.harunyahya.com/malaysian/relativiti.php) beliau menyatakan bahawa di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat telah menjelaskan bahawa manusia menerima masa secara berbeza dan kadang kala manusia menerima satu jangka masa yang sangat pendek atau sangat panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:

( ()

(Surah Al-Mukminun 23:112-114)

Maksudnya :

112..Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?

113.Mereka menjawab: kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari;

114. Maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

Di dalam ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berjalan pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:

(

(Surah Al-Hajj 22:47)

Maksudnya :Dan mereka meminta kepada kamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.

(

(Surah Maarij 70:4)

Maksudnya : Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing -masing terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah ) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).

Semua ayat-ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyatan bahawa natijah ini hanya dapat difahami oleh sains baru-baru ini di dalam abab ke-21, telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh Al-Qur'an, merupakan tanda bahawa Al-Qur'an telah diturunkan oleh Allah, Yang menguasai seluruh masa dan ruang.

Banyak kenyataan-kenyataan di dalam Al-Qur'an menunjukkan bahawa masa adalah sebuah persepsi. Ini merupakan bukti di dalam cerita-cerita ini, sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi. Sekumpulan orang-orang yang beriman yang disebut di dalam Al-Qur'an, berada di dalam tidur yang lena selama lebih daripada tiga kurun. Apabila mereka terjaga, mereka merasakan bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja, dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka telah tertidur;

( () ( ()

(Surah Al-Kahfi 18:11-12)

Maksudnya :

11. Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun yang banyak bilangannya.

12.Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)

(

(Surah Al-Kahfi 18:19)

Maksudnya : Dan demikanlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab : "kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia beramah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di Bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau.

Situasi yang dijelaskan di dalam ayat di bawah juga membuktikan bahawa masa sebenarnya adalah sebuah persepsi psikologi:

(

(Surah Al-Baqarah 2:259)

Maksudnya : Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri telah runtuh segala bengunannya, orang itu berkata : "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? "lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini ? "Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "Ttidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatilah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebgai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutnya dengan daging". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Masa juga mempunyai pentakrifan yang berbeza jika dilihat melalui tafsiran surah al-Asr.Allah bersumpah dengan surah al-Asr yang bermaksud masa,detik,zaman yang dilalui manusia.Allah bersumpah dengan masa dan menegaskan bahawa orang yang hanya memberi tumpuan kepada kerja-kerja dunia dan menyimpang daripada keenaran dalam urusan perniagaan dan kehidupan berada dalam kerugian melainkan golongan yang beramal soleh,berpesan-pesan denggan penuh kebenaran dan kesabaran.(Wahbah Zuhaily 2001:397)

Ada juga ulama yang mentafsirkan bahawa al-Asr membawa maksud solat Asar atau waktu solat Asar dengan tujuan memuliakan masa tersebutan atau disebabkan oleh kelebihan yang ada.Ia juga turut menggambarkan tentang sisa-sisa umur dunia adalah singkat dan diibaratkan seperti tempoh masa antara Asar dan Maghrib.Lantaran manusia perlu bekerja keras dengan melakukan perkara-perkara yang tidak membawa kepada kerugian kerana masa terlalu singkat dan tidak mungkin dapat diambil kembali masa-masa yang telah berlalu. .(Wahbah Zuhaily 2001:398)

3.0 Pandangan Islam mengenai Masa

Menurut Yusuf al-Qaradawi pula dalam bukunya yang bertajuk Detik-detik Masa dalam Kehidupan Muslim (2008:101) masa dari sudut pandangan Islam dapat dibahagikan kepada 3 masa iaitu masa lalu,masa sekarang dan masa akan datang.

Dalam al-Quran,hampir 80% daripada isi kandungan al-Quran menceritakan tentang sejarah yang merupakan peristiwa yang berlaku pada masa lampau.Setiap sejarah yang berlaku ke atas generasi terdahulu merupakan sunnah Allah ke atas mereka pada masa tersebut yang boleh mendatangkan pengajaran kepada generasi selepasnya.Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui dalil yang terdapat dalam al-Quran sebagaimana firman Allah Taala:

(())

(Surah al-Hajj 22:46)

Maksudnya : Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

Meninggalkan sejarah silam kerana menganggap sejarah itu lapuk merupakan satu tanggapan yang salah kerana terdapat barang yang bernilai yang tidak boleh ditukar ganti.Umpamanya al-Quran merupakan satu mukjizat yang tidak akan lapuk buat selama-lamanya.Kaabah merupakan suatu tempat yang mempunyai kelebihan dari dahulu sehingga sekarang,akan datang dan seterusnya dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menyangkal hakikat ini (ibid:103)

Golongan era baru atau moden menolak keupayaan dan kepentingan sejarah dalam hidup manusia.Sikap seperti ini amat keterlaluan kerana ada barang lama lebih berguna jika dibandingkan dengan barang yang moden.Jika diperhatikan dengan teliti kebanyakan perkara-perkara yang wujud pada zaman moden lebih merbahaya dan merosakkan.(ibid: 103)

Namun begitu pandangan mengenai baru atau lama sesuatu perkara itu datangnya daripada persepsi atau pandangan manusia itu sendiri.Hal ini demikian kerana baru atau lama itu sifatnya tidak mutlak kerana yang baru akan menjadi lama dan perkara lama boleh menjadi perkara baru.

Isi kandungan al-Quran banyak mengisahkan tentang waktu yang telah berlalu atau lebih dikenali dengan sejarah.Isi kandungannya tidaklah sia-sia kepada sesiapa sahaja yang sentiasa membaca dan menghayati makna yang terkandung di dalam ayat-ayatnya.Mempelajari sejarah umat terdahulu merupakan salah satu cara untuk seseorang itu muhasabah atau menilai semula diri mereka sama ada melalui pengalaman lepas individu lain atau melalui perbuatan diri sendiri.Sejarah juga menjadi petunjuk kepada manusia untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang berdasarkan kepada perkara yang telah berlaku pada masa lampau.Selain itu,sejarah merupakan sesuatu yang abstrak untuk ditafsirkan tetapi faktanya sahih dan tidak mempunyai unsur-unsur penipuan.

Masa sekarang pula merupakan masa yang sedang dimiliki oleh manusia pada ketika ini.Hal ini demikian kerana masa lalu telah berlaku dan tidak dapat diganti atau kembali kepada masa tersebut buat selama-lamanya manakala masa akan datang merupakan masa yang belum tentu dimiliki oleh seseorang individu itu kerana manusia tidak tahu tempoh hidup masing-masing.Oleh itu masa sekarang merupakan masa yang pasti yang sedang dilalui olehnya.

Menurut M.Azhari Hatim dalam buku yang telah diterjemahkan yang bertajuk Efisiensi Waktu(2000:61) yang mengajak para pembaca menggunakan semaksima mungkin masa sekarang terutamanya para pemuda kerana zaman muda merupakan zaman yang penuh dengan kekuatan,fikiran yang tajam dan semangat yang tinggi.

Selain itu,beliau turut memaparkan kehidupan beberapa orang tokoh yang sangat menghargai waktu seperti Sheikh Fakhruddin ar-Razi yang merasa rugi dan menyesali waktu yang dihabiskan untuk melakukan perkara-perkara harus dalam kehidupan seperti makan dan tidur sedangkan perkara-perkara ini merupakan satu keperluan yang perlu dipenuhi oleh setiap manusia.Bagi Sheikh Fakhruddin ar-Razi tidak dapat menerima keadaan tersebut malahan telah bersumpah bahawa : Demi Allah,sesungguhnya aku menyayangi waktu yang hilang tidak disibukkan untuk menimba ilmu dan bahkan waktu makan kerana waktu dan masa teramat penting.(ibid:67)

Kisah ini pula telah diceritakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah r.a bahawa Muadz bin Jabal r.a berkata kepada Musa al-Asyari r.a, Sesungguhnya aku mencari pahala pada waktu tidurku sebagaimana mencarinya sewaktu jagaku Kata-katanya jelas menggambarkan bahawa beliau menggunakan waktu jaganya untuk perkara-perkara kebaikan sebagaimana saat dan ketika beliau tidur pun sentiasa mengharapkan redha Allah Taala (ibid:85)

Malahan golongan sufi dan orang saleh yang terdahulu turut mengajar dan mendidik anak-anak mereka mengenai kepentingan waktu seperti Abdullah bin Abdul Malek pernah menceritakan didikan yang telah diterima oleh bapanya sewaktu beliau masih kecil :

Kami pernah melakukan perjalanan bersama-sama rombongan ayah kami,lalu beliau berkata, Bertasbihlah kalian sehingga sampai di bawah pohon tersebut.Lalu terlihat ada pohon berikutnya,beliau berkata, bertakbirlah kalian sambil berjalan ke pohon itu!dan begitulah seterusnya ayah kami memperlakukan kami.(ibid:85)

Masa akan datang juga banyak dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran mengenai kehidupan selepas kematian iaitu alam barzakh dan alam akhirat.Rasulullah S.A.W turut menyampaikan risalah islam yang mengandungi peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang seperti dalam hadis Rasullullah S.A.W (Sulaiman Endut 2007 :33):

jika demikian maka berilah tahu kepadaku tentang tanda-tanda kedatangan Hari Kiamat.Nabi S.A.W bersabda: Tanda-tanda itu engkau dapati adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau melihat penduduk desa berkaki ayam,yang berpakaian tidak smepurna,yang miskin menderita,yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu sama lain membina bangunan yang mewah dan tinggi

(Hadis riwayat Muslim)

Selain itu terdapat juga hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan mengenai peristiwa yang akan berlaku ketika Hari Pengadilan kelak.Daripada Jabir r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda:

Diletakkan neraca pada hari Kiamat ,lalu ditimbang amal-amal yang baik dan amal-amal yang jahat,maka sesiapa yang berat amalan baiknya daripada amalan jahatnya,masuklah dia ke syurga dan sesiapa yang berat timbangan amal-amal jahatnya daripada amal-amal baiknya masuklah dia ke neraka.

(Riwayat Abu Syaikh)

Manusia juga perlu memikirkan tentang masa hadapan agar seseorang itu lebih berhati-hati,tidak lalai dan lebih bersedia untuk menghadapi segala perkara yang akan berlaku terhadap dirinya. Tidak akan ada sesiapa pun yang mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan sama ada baik ataupun buruk.Inilah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala sebagaimana dalam firmannya:

( ())

...

(Surah al-Luqman 31:34)

Maksudnya : tidak siapapun tahu apakah yang dia akan diperolehi di hari berikutnya

4.0 Pengertian Pengurusan Masa

Pengertian pengurusan masa dapat dilihat melalui dua persepsi iaitu persepsi Barat dan Islam.Jika dilihat kepada golongan Barat terdapat beberapa kenyataan yang memberi pengertian pengurusan masa dalam kehidupan mereka seperti yang terdapat dalam IECC News Your Career Our Concern. Vol 2. No. 6. Nov 1996:

Time management means taking to make time so you can get more done and have freedom to do more of the thing you want

Strategies on using time

(http://www.studygs.net/timman.htm)

Manakala menurut Islam dapat dilihat berdasarkan kepada tafsir surah al-Asr dalam Tafsir al-Wadhih yang ditulis oleh Muhammad Mahmud Hijazi (2005:216) iaitu semua manusia berdosa dan berada dalam kesalahan yang membinasakan diri mereka sendiri kecuali golongan yang beramal soleh,berpesan-pesan dengan yang hak(benar) dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Oleh itu,golongan-golongan inilah yang petanda kepada kecemerlangan mereka dalam menguruskan masa dengan efisien. Sebenarnya apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi. (http://hafizfirdaus.com/content/view/17/80/)

5.0 Teknik Pengurusan Masa yang Produktif dan Efisien

5.1 Fiqh al-Awliyyat

Dalam Islam fiqh al-Awliyyat bermaksud meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan sama ada mengenai perbuatan,pemikiran,hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak manusia.Perkara yang paling penting didahulukan dan diutamakan,kemudian yang penting,kurang penting dan selanjutnya berdasarkan kepada syariat Islam.(Yusuf Abdullah al-Qaradhawi 2009:1).

Pertimbangan terhadap Fiqh al-Awliyyat dikenali sebagai Fiqh al-Muwazanat dan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu al-Daruriyyat,al-Hajiyyat dan at-Tahsiniyyat.al-Daruriyyat ialah perkara mutlak yang diperlukan dalam kehidupan manusia manakala al-Hajiyyat adalah perkara apabila ianya tidak ada maka kehidupan manusia akan menjadi sangat susah dan at-Tahsiniyyat pula ialah perkara pelengkap yang menjadi hiasan tambahan dalam kehidupan dan dengan kewujudannya akan menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna (ibid:25-26).

Mengutamakan perkara yang sangat penting dan lebih penting merupakan satu perkara yang dapat mengelakkan manusia daripada berada dalam keadaan bahaya atu berada dalam perangkap masa.Oleh itu untuk mengetahui kepentingan dan mengetahui keburukan atau kebaikan sesuatu perkara yang ingin dilaksanakan tidak boleh bergantung kepada akal secara mutlak kerana sifat akal yang terbatas.Kebaikan dan keburukan ini hanya dapt diketahui melalui syariat Islam itu sendiri iaitu berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah.(ibid:35)

Jika dilihat dari segi praktikal pula,fiqh ini boleh diaplikasikan melalui kaedah pembahagian tugas berdasarkan kepada beberapa peraturan asas iaitu berdasarkan kepada tanggung jawab dan kedudukan,tempoh masa dan keluangan masa,kemampuan dan keupayaan,kemudahan dan peralatan sokongan,keperluan dan kehendak kita.(Ahmad Fadzli 2004: 81-87)

5.2 Keluar daripada Sifat Menangguhkan Kerja

Masalah yang paling besar untuk seorang penangguh kerja ialah dia mahir dalam membuat alasan sama ada tidak mempunyai alat,maklumat,orang hubungan,masa,wang ringgit,terlalu tua,terlalu sibuk,orang bencikan dirinya dan pelbagai persepsi lain. (Norzaiha 2003:93):

Sedangkan sikap ini jelas bertentangan dengan firman Allah:

(

(al-Baqarah 2:148)

Maksudnya:Berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan

5.3 Jimatkan masa

Menangguh kerja atau amal juga boleh membawa kepada pembaziran masa seperti dalam firman Allah Taala:

(Surah al-Isra17:27)

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.

Oleh itu,sesorang individu itu perlu mengetahui dan menukar cara berfikir bahawa masa tidak akan menunggu manusia.

Dan salah satu caranya adalah berani berkata tidak. Apabila orang lain mengajak anda untuk melakukan aktiviti yang sia-sia atau minimum manfaatnya, beranikan diri berkata tidak. Tolaklah ajakan tersebut dengan sopan.(Norzaiha 2003:23)

Gunakan kaedah temujanji (appointment). Kaedah temujanji bukan hanya untuk orang yang sudah berjaya tetapi juga untuk orang yang ingin berjaya. Apabila ada rakan yang ingin datang menziarahi, tetapkan waktu bermula dan berakhir. Apabila ada mesyuarat persatuan, minta ditetapkan waktu mula dan akhir. (http://hafizfirdaus.com/content/view/17/80/1/4/)

Selain itu kita juga boleh memanfaatkan waktu menunggu. Dua suasana yang lazim kita lalui tetapi tidak sedar bahawa masa boleh dimanfaatkan di dalamnya. Ketika dalam pengangkutan awam dan tandas, kita sebenarnya memiliki masa untuk membaca, mengkaji dan berfikir. (http://hafizfirdaus.com/content/view/17/80/1/4/)

Pengagihan tugasan juga dapat menjimatkan penggunaan masa.Pengagihan masa yang berjaya tidak bermaksud untuk meletakkan segala tugas yang kita tidak suka kepad orang lain.Selain itu,pengagihan kerja juga bermaksud meletakkan kepercayaan kepad orang lain untuk menguruskannya dengan cara mereka sendiri. .(Norzaiha 2003:23)

5.4 Melaburkan masa

Pelaburan bererti menggunakan modal yang kecil untuk memperoleh manfaat yang besar di kemudian hari. Pelaburan bukan sahaja berkaitan dengan wang ringgit, tetapi juga masa. Gunakan masa yang sedikit sebagai pelaburan untuk mencapai manfaat masa yang besar di kemudian hari.( http://hafizfirdaus.com/content/view/17/80/1/4/)

Kenyataan ini dapat dilihat melalui contoh pembelajaran ilmu yang terkini seperti ilmu sains dan teknologi maklumat yang sentiasa berkembang.Oleh itu,segala gerak kerja perlu berdasarkan kepada ilmu pengetahuan ini agar gerak kerja manusia lebih efisien,pantas dan teratur.tidak rugi melaburkan sedikit masa untuk mempelajari ilmu-ilmu ini kerana faedahnya lebih besar yang akan diperoleh setelah kita mempelajari dan mengusai ilmu tersebut.

6.0 Cara Praktikal Menguruskan Masa

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh manusia dalam menguruskan masa mereka yang sebenarnya menguruskan kehidupan mereka sendiri.Kita dapat melihat sendiri berdasarkan bukti yang jelas bahawa individu yang berjaya menguruskan masa dengan baik ialah individu yang berjaya dalam kehidupannya.Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas pengurusan masa yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W yang begitu menghargai nilai masa dan memanfaatkan masa dengan perkara yang berkualiti sehingga menjadi individu yang berjaya di dunia malahan di akhirat.Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui penulisan yang dilakukan oleh Zulkarnain Dollah (2010) dalam bukunya yang bertajuk amalan 24 jam dalam kehidupan Rasullullah S.A.W.Bermula daripada Baginda bangun daripada tidur sehinggalah Baginda tidur semula dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat setiap dan detik dan saat.Pada waktu tengah malam,Baginda akan berqiamullail,apabila terbit sahaja cahaya di kaki langit di sebelah timur,Baginda akan bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah bersama-sama dengan para sahabat Baginda yang lain.Setelah itu,Baginda akan keluar mencari rezeki dan membantu isteri dan ahli keluarga Baginda yang lain.Pada waktu siangnya masa Baginda banyak dihabiskan dengan berdakwah dan membantu masyarakat manakala pada waktu malam Baginda lebih banyak menumpukan kepada ibadat khusus kepada Allah.

Oleh itu,sebagai umat Islam dan umat Nabi Muhammad S.A.W,kita seharusnya mencontohi sikap Baginda dalam menguruskan masa dengan baik.Terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya sebagai seorang Muslim dalam menguruskan waktu berdasarkan kepada syariat Allah Taala agar waktu yang ada itu dapat dikuasai dan dimanfaatkan sepenuhnya secara berkualiti iaitu memenuhi tuntutan syariat dan mendapat keredhaan Allah Taala.

6.1 Pembinaan jadual

Salah satu contoh pengurusan masa yang biasa digunakan ialah melalui pembinaan jadual.Pembinaan jadual mestilah berdasarkan kepada kemampuan diri sendiri.Perjalanan kehidupan seseorang individu itu berbeza antara satu sama lain.Oleh itu penyusunan masa perlulah mengikut kesesuaian individu itu sendiri.

Pembinaan jadual bukan hanya merujuk kepada jadual untuk menyiapkan tugasan tetapi boleh diperincikan daripada jadual harian,bulanan dan seterusnya kepada jadual tahunan.Pembinaan jadual dapat menjadikan kehidupan seseorang individu itu lebih terarah dan dapat dijadikan panduan dalam memanfaatkan waktu dengan sebaiknya.

6.2 Senarai semak

Senarai semak dapat membantu seseorang individu itu membuat semakan terhadap dirinya atau turut dikenali sebagai muhasabah.Senarai semak boleh dilakukan secara harian,mingguan,bulanan atau tahunan.Senarai semak ini disusun mengikut kepentingan atau keutamaan agar masa dapat digunakan dengan efisien.

Oleh itu,dalam aspek pengurusan masa,hal ini perlu dititik beratkan agar kita dapat menggunakan waktu dengan sebaiknya dan tidak terperangkap dengan masa yang ada.Jika dilihat kepada realiti kehidupan masyarakat pada hari ini,perkara-perkara yang berkaitan dengan hiburan dan kesenian lebih diutamakan daripada perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan.Manusia juga dilihat lebih mementingkan pembinaan badan dan pertumbuhan fizikal jika dibandingkan dengan pembinaan roh atau jiwa mereka.( Yusuf Abdullah al-Qaradhawi 2009:9)

Oleh itu,dalam menyenaraikan senarai semak,seseorang individu itu perlu meletakkan perkara yang terpenting pada senarai yang teratas dan diikuti dengan perkara-perkara lain yang kurang penting untuk mendapatkan kualiti penggunaan masa secara maksima.

6.3 Log Masa

Log masa merupakan salah satu cara untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti dan siapa yang mencuri masa seseorang individu itu.Log masa sangat sesuai untuk dilakukan dalam perjalanan masa harian .Log masa mengandungi objektif yang perlu dicapai pada satu-satu hari tersebut.Seseorang individu perlu menganalisis log masanya sendiri untuk mengesan aktiviti yang mencuri waktunya.Berikut merupakan beberapa contoh persoalan yang digunakan bagi menganalisis log masa(Norzaiha 2003:23):

1)Dapatkah anda mencapai objektif anda pada setiap hari?Dalam mencapai objektif tersebut,adakah anda mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan?

2) Senaraikan semua aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut dan campurkan jumlah masa yang digunakan untuk semua aktiviti tersebut.Berapa banyakkah gangguan yang ada dan apakah perkara yang mengganggu anda?Berapa lamakah masa yang diambil oleh gangguan-gangguan tersebut.

3) Berapa banyakkah krisis yang dihadapai dan berapa lamakah masa yang digunakan untuk menghadapi krisis?

4) Berapa banyakkah mesyuarat yang perlu dihadiri dan adakah mesyuarat tersebut data memberikan pulangan yang wajar kepada anda?

6.4 Penggunaan notis atau perisian pengingat(reminder)

Penggunaan notis adalah untuk menyenaraikan atau menyatakan perkara penting yang perlu dilakukan dalam kadar segera,penting atau sebagai pengingat agar seseorang inividu itu tidak terlupa atau terleka.Notis tersebut biasanya berwarna terang atau garang dan berbentuk kecil dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat.

Menurut Norzaiha dalam buku yang diterjemahkan olehnya iaitu Pengurusan Masa Lebih Berkesan dalam 21 Hari (2003:165) ,sistem komputer juga boleh digunakan dalam menguruskan masa seseorang individu terutamanya golongan yang lebih banyak menghabiskan masa di hadapan komputer.Namun begitu,seseorang individu perlu mengetahui kebaikan dan keburukan menggunakan sistem komputer untuk dijadikan sebagai medium pengurusan masa.Hal ini demikian kerana sistem berasaskan komputer memerlukan tenaga elektrik dan perlu rajin untuk mengecas baterinya.Oleh itu adalah lebih baik menggabungkan kedua-dua sistem pengurusan masa iaitu kertas dan komputer dalam menguruskan kehidupan seharian.

Terdapat beberapa contoh perisian yang dapat digunakan sebagai pengurus masa seseorang individu seperti http://www.daytimers.com, Corel Wordperfect 7.0 Office Siute, Franklin Quest Ascend,Maximizer dan Quick Access (ibid:171-175).

6.5 Penggunaan Planner atau Planning Sheet

Time planner is a system of loose pages held together in a binder , clearly and systematically divided in sections.It is an appointment book,diary,notebook,encyclopaedia and control instrument all in one.(Richard D Irwin 1989:73)

Planner atau planning sheet sesuai untuk digunakan dalam pengurusan masa bulanan seseorang individu.Seseorang itu hanya akan menulis tarikh-tarikh penting dalam setiap bulan dan sedikit penerangan penting tentang tarikh-tarikh tersebut.

6.0 Kesimpulan

Masa merupakan kehidupan manusia itu sendiri.Jika diteliti dan diperhatikan secara keseluruhan kehidupan manusia,masa itu sesuatu yang tidak dapat dipegang dan dilihat tetapi lebih bernilai daripada wang dan emas.Terlalu banyak perumpamaan yang diwujudkan bagi menggambarkan kepentingan masa seperti dalam pepatah Arab ada menyebut, Bertangguh itu pencuri masa,pepatah Inggeris turut menyatakan kepentingan masa seperti, Time is the life of the soul.Peribahasa Cina turut menyatakan kepentingan masa seperti An ounce of gold will not buy an inch of time.Begitu juga dengan peribahasa mengenai kepentingan masa daripada negara lain seperti Jerman iaitu , Time waits for no man.

Namun begitu dari sudut Islam,kualiti masa adalah lebih penting jika dibandingkan dengan kuantiti masa.Seseorang muslim perlu mengetahui kebaikan dan keburukan berdasarkan kepada kaca mata Islam agar perbuatan yang disangka baik menurut akal dan adat tidak mennjadi sia-sia untuk dilakukan apabila perbuatan yang dituntut dalam agama ditinggalkan atau tidak diutamakan.Kualiti masa juga menunjukkan keadilan Allah Taala terhadap para hambaNya.Hal ini demikian kerana tidak semua manusia mempunyai tempoh masa yang sama ketika hidup di dunia.Oleh itu waktu yang dimiliki oleh setiap manusia akan dinilai berdasarkan kepada kualiti amalannya iaitu takwa kepada Allah dan bukannya berdasarkan lama masa kehidupannya di dunia.

RUJUKAN

Al-Qaradawi Yusuf. 2008. Detik-detik Masa dalam Kehidupan Muslim

.Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar

Norzaiha Ahmad Norhan .2003. Pengurusan Masa Lebih Berkesan dalam 21 Hari.Petaling

jaya :Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Bradley C.McRae.1988.Guide to Effective Time Management.Canada :

International Self-Counsel Press Ltd.

Al-Muthawi Jasiem M.Badr. 2000.Efisiensi Waktu. Surabaya:

Risalah Gusti

Al-Qaradawi Yusuf.1996.Fiqh Keutamaan.Kuala Lumpur:

Thinkers Library Sdn.Bhd.

Muhammad Mahmud Hijazi .2005.Tafsir al-Wadhih. Kuala Lumpur :

Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Zulkarnain Dollah.2009.Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Rasullullah S.A.W.Batu Caves:

PTS Islamika Sdn.Bhd.

An-Nadwy Abdul Hasan Ali.1983.Riwayat Hidup Rasullullah SAW.Singapura:

Pustaka Nasional Pte. Ltd

Sulaiman Endut.2007.Asas-asas Fardhu Ain.Batu Caves:

Pustaka Haji Abdul Majid

Harun Yahya. 2003.Penciptaan Alam Raya .Setiawangsa:

Saba Islamic Media

Panella Vince.2002.The 24 Hour Day .United State of America:

Bookmart Press

D Irwin Richard.1989.Time is Money Gave It.Canada:

Briddles Ltd.

Al-Zuhaily Wahbah.2001.Tafsir al-Munir Juzu Amma.Shah Alam :

Persatuan Ulama Malaysia

Ahmad Fadzli Yusof.2004.Mengurus Kerja dan Waktu.Bentong :

PTS Publication

((Richard D Irwin 1989:58)) (LENGTHOFPLANNINGPERIOD)

(DEGREEOFDETAIL)

(Multi Year)

(Multi Year)

(Monthly)

(Weekly)

(Daily)