Sejarah & Falsafah Sains
Persamaan, perbezaan dan implikasi kegiatan amalan sains sekular
berbanding sains tauhidik
Pengenalan
• Sains Tauhidik (Islam) – istilah (Tauhidik)
mengetahui dengan sebenarnya bahawa Allah S.W.T itu Ada dan Maha Esa.
– bahasa (Tauhidik) satu ilmu yang membentangkan
tentang kewujudan Allah dan membuktikan kerasulan rasulNya.
sambungan…
• Secara kasarnya, sains tauhidik adalah gabungan antara ilmu sains dan ilmu ketuhanan dimana ilmu ketuhanan ini digunakan sebagai garis panduan dalam mendalami ilmu sains. Dan semakin kita mendalami sains, semakin kita mendekati penciptaNya.
Pengenalan
• Sains Sekular maksud sekular –Saeculum: semasa, kini, dunia
Tiada kaitan dengan akhirat, tiada kaitan dengan politik, tanpa akidah
Tolak agama atau ciri agama dlm hal yg tiada kaitan dengan agama spt urusan pentadbiran, politik, ekonomi dll
sambungan…• Sains sekular ialah cabang ilmu pengetahuan mengkaji
himpunan pernyataan yang terbukti atau fakta – fakta yang dicerap dan disusun secara bersistem kemudiannya dihimpunkan dalam bentuk hukum – hukum umum .
• Secara kasar , sains sekular dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Sains Tulen , Sains Sosial dan Sains Gunaan . Dari segi falsafah alam , falsafah manusia dan falsafah ilmu , mungkin sains moden telah terikat dengan Sains Islam dan Sains Pra – Moden yang lain . Namun Sains sekular bertitik– tolak daripada pengetahuan saintifik yang sebahagian besarnya adalah sumbangan daripada tamadun–tamadun yang beragama , khususnya Tamadun Islam . Paradigma Sains sekular kini adalah berpandukan sistem falsafah logikal sekular , yang menolak doktrin metafizik dan agama .
Pengenalan
• Pemisahan sains dari agama: Penolakan Barat terhadap agama dalam
kegiatan sains disebabkan pengalaman para saintis berhadapan dengan gereja pada Zaman Pertengahan dan juga Renaisans. Pada Zaman Pertengahan, ramai ahli sains telah dihukum dengan pelbagai hukuman bahkan ramai dihukum mati kerana mengeluarkan teori-teori sains yang bercanggah dengan dogma gereja.
Persamaan kegiatan amalan sains sekular dan sains tauhidik
• Mempermudahkan aktiviti dan urusan seharian manusia khususnya
• Membuktikan kesahihan sesuatu perkara yang belum dibuktikan
• Mempertingkatkan lagi taraf hidup dengan penemuan baru mahupun dengan memajukan tenologi tradisional
Perbezaan kegiatan amalan sains sekular dan sains tauhidik
• Perbezaan dari segi proses pengkajian:
Teknologi Alam nyata Formulasi
KeputusanTafsiranProses Sains sekular
Ujian
Abstrak
Objektif
Kaedahsains
Teknologi
Alam Ghaib
Al-Qur’an dan Hadith (ilmu wahyu)
RumusanAlam Nyata
Tafsiran Keputusan AkalRasional
Kaedah Sains
Objektif
Pengujian
Tidak
Ya
Proses Sains Tauhidik/Islam
Perbezaan kegiatan amalan sains sekular dan sains tauhidik
Bil. Sains sekular Sains Tauhidik/Islam
1 Mengimani logik akal Mengimani wahyu [rasional]
2 Sains hanya utuk sains Sains sebagai medium mendekatkan diri dengan Allah
3 Bebas daripada Emosi (neutral) untuk mencapai tahap kerasionalan
Emosi dilibatkan untuk peningkatan pengetahuan sains dari sudut Rohani dan
sosial
4 Tidak memihak, hanya meminati ilmu baru dan hasil penggunaanya
Memihak kepada Kebenaran, mengambil kira kesan timbul dari penemuan dan
perlaksanaan sains [etika]
5 Kaedah tunggal untuk mengetahui kebenaran
Kaedah penaakulan dan wahyu, baik yang subjektif mahupun objektif; semua diakui
Perbezaan keseluruhan:-
Bil. Sains sekular Sains Tauhidik/Islam
6Pengesahan hanya bergantung kepada bukti yang didapati [objektif] dan orientasinya adalah positif
Dari suatu sudut zahir ia ‘positif’, pada aspek teras kebenaran ia ‘objektif’ dan pada keluasan bidang ilmunya ia universal [subjektif]
7Keputusan dibuat berasaskan pembuktian yang meyakinkan [emperikal]
Keputusan yang temporal, berasaskan bukti saintifik yang sentiasa ditingkatkan [zanniyat al-thubut ]
8 Sains dikuasai untuk mencapai kemajuan
Sintesis adalah dominan untuk mencapai kemajuan meliputi Sintesis S&T dan Sistem Nilai
9Orientasi Pemecahan sub-bidang untuk mengurangkan kerumitan [Reductionistic] disiplin sains
Holistik-Sepadu, tidak diceraikan penggabungan [integrated or Holistics] antara bidang-bidang ilmu pengetahuan sains
10 Hasil sains adalah untuk gol mampu memilikinya sahaja
Hasil sains untuk seluruh manusia, dan merahsiakannya dianggap sebagai tidak bermoral [rahmatan lil ‘alameen]
Bil. Sains sekular Sains Tauhidik/Islam
11.Ahli sains perlu memisahkan diri dari perihatin terhadap sosial, politik dan ideologi
Aktiviti-akitiviti sains adalah melaksanakan tanggung jawab kpd masyarakat [fardu kifayah]
12 Sains itu tidak baik dan tidak buruk Sains mestilah berorientasikan Nilai baik [ma‘ruf] dan terpuji [mahmudah]
13Kesetiaan kepada kumpulan sepenuhnya tanpa melihat kepada nilai baik atau buruk
Kesetiaan hanya kepada Allah swt [dan prinsip nilai kebenaran hakiki – al-haqiqah] dan wajib mempertahankannya
14 Kebebasan sepenuhnya di dalam aktiviti penyelidikan
Menghargai pengurusan yang baik terhadap sumber alam yang tidak ternilai harganya
15 Matlamat menghalalkan cara Matlamat tidak menghalalkan cara, ia perlu mendapat reda Allah swt
Implikasi
• Sains sekular• Manusia menerusi falsafah etika hedonisme, liberalisme
dan individualisme yang menjadi teras kepada sains sekular sebenarnya bertentangan atau bercanggah dengan etika dan moral agama
• Implikasinya kepada manusia moden masa kini juga amat jelas menjejaskan kehidupan sosial manusia seperti kemerosotan bilangan penduduk, peningkatan jenayah berat dan kehilangan kepercayaan kepada orang lain di semua negara maju.
Implikasi
• Sains sekular• Kebocoran lapisan ozon, peningkatan suhu bumi,
pencemaran air dan udara adalah hasil daripada amalan sains yang tidak beretika. Manusia dengan penggunaan alat teknologi canggih mengeksploitasi semahunya sumber-sumber alam demi memenuhi keinginan kebendaan manusia, bukan untuk diagih-agihkan sesama manusia secara saksama antara manusia menerusi pemindahan teknologi dan sebagainya. Justeru, sains dan teknologi digunakan untuk memaksimakan eksploitasi sumber alam seperti yang menjadi matlamat kapitalisme
Implikasi
• Sains tauhidikDalam ajaran Islam, sains merupakan ilmu yang berkaitan dengan alam dan alam ini menurut Islam adalah ayat-ayat Allah s.w.t. yang dilihat (al-Manzuroh). Al-Quran pula adalah ayat Allah s.w.t. yang dibaca (al-Maqru’ah). Allah s.w.t. memerintahkan manusia membaca kedua-duanya; yang dilihat (al-manzuroh) dan yang dibaca (al-Maqruah). Kedua-duanya datangnya daripada Allah s.w.t. dan oleh sebab itu sekiranya kedua-duanya dikaji, nescaya berlaku pertemuan antara keduanya
Implikasi
• Sains tauhidikSemua aktiviti membangunkan alam yang dilakukan oleh orang Islam sewajarnya berlandaskan kepada asas-asas falsafah yang bertunjangkan ajaran Islam. Dalam kegiatan sains, seperti juga dalam kegiatan pembangunan yang lain seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya, perlu berlandaskan kepada lima asas iaitu Tawheed Uluhiyyah, Tawheed Rububiyyah, Khilafah, Tazkiah an-Nafs dan al-Falah.
Kesimpulan
• Seperti yang telah disebutkan oleh tokoh sains seperti Einstein, beliau kuat berpendapat bahawa sains dan agama tidak seharusnya dipisahkan. Sains sekular tempang dari segi teori dan amali kerana ia telah membelakangkan agama. Sains itu sendiri telah banyak membawa manusia kepada kesesatan serta disalahgunakan. Dalam sejarah manusia, terbukti bahawa ilmu tauhid adalah punca utama kemajuan sains.