7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
1/112
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
NORASHIMA BINTI MOHMED
(03DKA11F2017)
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
IBU PEJABAT KEJORA,
JLN. DATO HJ. HASSAN YUNUS, BANDAR PENAWAR,
81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAZIM
JUN 2013
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
2/112
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
OLEH
NORASHIMA BINTI MOHMED
(03DKA11F2017)
DI
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
IBU PEJABAT KEJORA ,
JLN. DATO HJ HASSAN YUNUS, BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,JOHOR DARUL TAKZIM
Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukan Kepada
Jabatan Kejuruteraan Awam
Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat
Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Awam
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
JUN 2013
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
3/112
PENGESAHAN PELAJAR
Sayaakui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.
Tandatangan :
NamaPelajar : NORASHIMA BINTI MOHMED
No. Pendaftaran : 03DKA11F2017
Tarikh : 01 NOVEMBER 2013
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
4/112
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurniaNya dan keredhaanNya, kami telah dapat menyelesai dan
menyiapkan laporan Latihan Industri ini dengan baik dan jayanya
sebagaimana yang telah disyaratkan untuk penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Awam.
Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih dan penghargaan kepada En.Mohd Hairuddin Bin Mohd
Yasin kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan industri dan
Puan Rosnita Binti Mohamad sebagai penyelia kepada saya dalam usaha
menjayakan latihan industri ini. Sesungguhnya dengan kepercayaan,
bimbingan, dan panduan yang diberikan secara berterusan maka latihan
industri ini dapat dijayakan dengan sebaik mungkin.
Tidak lupa para pensyarah dan rakan sepejuangan yang sudi
memberikan kerjasama yang baik sepanjang waktu latihan industri ini
dijalankan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan bakti
yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau pun tidak di dalam penghasilan latihan industri ini.
Sekian, terima kasih.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
5/112
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
Judul i
Pengesahan Pelajar ii
Penghargaan iii
Isi Kandungan iv
Senarai Rajah viii
Senarai Jadual ix
Senarai Lampiran x
Senarai Simbol xi
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Objektif Latihan Industri 3
1.3 Objektif Laporan 4
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 5
BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI2.1 Pengenalan Organisasi 6
2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 7
2.3 Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit Di
KEJORA7
2.3.1 Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Sumber Manusia7
2.3.2 Bahagian Kewangan 8
2.3.3 Bahagian Perancangan Strategik 8
2.3.4 Bahagian Hartanah 9
2.3.5 Bahagian Teknologi Maklumat 9
2.3.6 Bahagian Pertanian dan Industri Asas
Tani10
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
6/112
2.3.7 Bahagian Perancang Bandar dan Desa 10
2.3.8 Bahagian Pelancongan 11
2.3.9 Bahagian Pembangunan Sosial dan
Pemajuan Desa11
2.3.10 Bahagian Kerajaan Tempatan / (LBJT) 12
2.3.11 Unit Ekonomi dan Usahawan 12
2.3.12 Unit Teknikal 12
2.4 Objektif, Visi dan Misi 13
2.4.1 Objektif 13
2.4.2 Visi 13
2.4.3 Misi 13
2.5 Piagam Pelanggan 14
2.6 Struktur Carta Organisasi KEJORA 18
2.7 Maklumat Bahagian (Unit Teknikal) 19
2.7.1 Latar Belakang Bahagian 19
2.7.2 Objektif Bahagian 19
2.7.3 Fungsi Bahagian 20
2.7.4 Carta Organisasi Bahagian 21
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan 22
3.2 Ringkasan Mingguan Latihan Industri 23
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan Projek 37
4.2 Pembinaan Suction Tank, Elevated TankdanPump House
40
4.3 Jenis Tangki 41
4.4 Preliminaries Works 44
4.4.1 Pengenalan 44
4.4.2 Susun Atur Tapak dan KemudahanPerkhidmatan di Tapak Bina
44
4.4.2.1 Jalan Sementara 44
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
7/112
4.4.2.2 Pejabat Tapak 45
4.4.2.3 Tandas 45
4.4.2.4 Stor Menyimpan Alatan danBahan-Bahan
45
4.4.2.5 Papan Tanda 45
4.4.2.6 Pagar Sekeliling Tapak Projek 46
4.4.2.7 Bekalan Elektrik dan Bekalan Air 46
4.4.3 Pemantauan Perlaksanaan Kerja 46
4.4.4 Ujian Tanah 47
4.5 Kerja-Kerja Tanah 47
4.5.1 Pengenalan 47
4.6 Kerja-Kerja Cerucuk49
4.6.1 Pengenalan 49
4.6.2 Jenis-Jenis Cerucuk 49
4.6.3 Perlaksanaan Kerja 52
4.6.4 Prosedur Kerja Perlantakan Cerucuk 53
4.6.5 Prosedur Pelaksanaan Topi Cerucuk 56
4.7 Ujian Bebanan 58
4.7.1 Pengenalan 58
4.7.2 Perlaksanaan Kerja Ujian Beban 60
4.7.3 Penilaian Ujian 62
4.7.4 Cara Mengatasi Kegagalan Ujian Beban 63
4.8 Kerja-Kerja Konkrit 64
4.8.1 Pengenalan 64
4.8.2 Peralatan Yang Digunakan 65
4.8.3 Bahan Binaan 67
4.8.3.1 Pengenalan 67
4.8.3.2 Bahan Untuk Kerja Konkrit 67
4.8.3.3 Bancuhan Konkrit 71
4.8.3.4 Ujian Yang Dilakukan 75
4.8.3.5 Langkah-Langkah Kerja Konkrit 83
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
8/112
4.8.3.6 Pengawetan Konkrit atau Curing 89
4.8.3.7 Penanggalan Acuan Konkrit 91
4.8.3.7.1 Pemeriksaan Konkrit 91
BAB 5 KESIMPULAN 93
BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN 97
RUJUKAN
LAMPIRAN
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
9/112
SENARAI RAJAH
NO
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
2.2 Logo Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA)13
4.1 Bahan gentian kaca digunakan dalam
pembinaan Suction Tank43
4.2 Pemasangan gentian kaca di Suction Tank 43
4.3 Spun Pile 51
4.4 RC Pile 51
4.5 Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Suction
Tank55
4.6 Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Elevated
Tank55
4.7 Load Testdi Elevated Tank (Piling Point No.
56)59
4.8 Load Testdi Elevated Tank (Piling Point No.15)
59
4.9 Jenis-Jenis Penurunan 77
4.10 Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak
900mm)79
4.11 Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak
100mm)79
4.12 Ujian Kiub 82
4.13 Ujian Penuangan Konkrit di Suction Tank 84
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
10/112
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
4.1 Jenis-Jenis Tangki Simpanan dan
Fungsinya42
4.2 Peralatan, Loji dan Mesin Yang Digunakan
Dalam Kerja-Kerja Tanah48
4.3 Peralatan Yang Digunakan Dalam Kerja
Konkrit66
4.4 Antara Jenis-Jenis Kecacatan Pada ElemenYang Telah Dikonkritkan dan Cara
Mengatasi
92
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
11/112
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 Carta Aliran
2 Borang Senarai Kecacatan
3 Surat Kelambatan dan Lanjutan Masa
(EOT)
4 Surat Siap Kerja
5 Borang Laporan Ujian Kiub
6 Borang Permohonan Pemeriksaan Tapak
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
12/112
SENARAI SIMBOL
KEJORA - Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
RWS - Ranhill Water Services Sdn. Bhd.
P.P - Pegawai Penguasa
UT - Unit Teknikal
KKLW - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah
SBKS - Serah Balik Kurnia Semula
ICT - Information and Communications
Technology
KAS - Kemudahan-kemudahan Awam dan
Sosial
PSI - Pembangunan Sosial dan Institusi
GDayaW - Program Gerakan Daya Wawasan
JKR - Jabatan Kerja Raya
SPKR - Skim Pembangunan Kesejahteraan
Rakyat
PBR - Program Bina Rumah
PPP - Program Peningkatan Pendapatan
PLK - Program Latihan Kemahiran
EOT - Sijil Lanjutan Masa
BMP - Bilik Mesyuarat Pengerusi
PPJHK - Perakuan Pelarasan Jumlah Harga
Kontrak
PPSM - Pentadbiran dan Pengurusan Sumber
Manusia
CIDB - Construction Industry Development
Board Malaysia
JPD - Jalan Perhubungan Desa
LAD - Denda Lewat
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
13/112
CPC - Sijil Perakuan Siap Kerja
CNC - Sijil Perakuan Tidak Siap Kerja
CMGD - Sijil Perakuan Membaiki Kecacatan
CE - Civil Engineering
LP - Laporan Penilaian
SST - Surat Setuju Terima
BKPP - Borang Kelulusan Perancangan Projek
SH - Sebutharga
PBT - Pengambilalihan Tanah
UPEN - Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor
D&B - Design and Build
M&E - Mechanical and Electrical
C&S - Civil and Structure
CPM - Critical Path Method
TNB - Tenaga Nasional Berhad
SAJ - Syarikat Air Johor
RC - Reinforcement Concrete
PDA - Pile Dynamic Analysis
KDH - Kejora Development Holding
BS - British Standard
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
14/112
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Latihan Industri adalah salah satu perkara wajib yang harus
dilaksanakan oleh pelajar Politeknik untuk mendapatkan Sijil ataupun
Diploma. Bagi pelajar yang mengambil peringkat Sijil akan menjalani
latihan industri pada semester yang ketiga manakala pelajar yang
mengambil peringkat Diploma pula akan menjalani latihan industri
pada semester yang keempat.
Pelajar akanditempatkan di syarikat di jabatan kerajaan
ataupun swasta. Pelajar boleh memilih sendiri tempat untuk
menjalani latihan industri dengan syarat tempat yang dipilih
bersesuaian dengan bidang yang diambil. Pelajar akan menjalani
latihan industri dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama enam
bulan. Pelajar perlulah memanfatkan tempoh yang diberi untuk
mendapatkan pengetahuan yang luas tentang alam pekerjaan yang
sebenar.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
15/112
Pelajar perlu mematuhi semua peraturan Politeknik dan
peraturan syarikat. Tahap disiplin yang tinggi perlulah dipamerkan
untuk menunjukkan minat pelajar dalam pekerjaan. Pihak Politeknik
akan memberikan sebuah buku untuk pelajar dan pelajar perlu
menulis aktiviti yang dilakukan ketika menjalani Latihan Industri.
Selain itu, pelajar juga diamanahkan untuk menjaga privasi
syarikat. Pelajar juga diberikan sebuah buku reflektif jurnal untuk
menulis aktiviti mingguan. Pelajar dikehendaki menghantar buku
tersebut untuk disemak dan mendapatkan tandatangan penyelia
setiap dua minggu sekali.
Selain itu, pelajar yang akan menjalankan latihan industri perlu
bersiap sedia untuk menjalani latihan industri. Pemakaian yang
kemas akan menunjukkan keperibadian seseorang pelajar. Pelajar
perlu menjaga nama baik Politeknik dengan cara menujukkan sikap
yang baik dan sopan.
Jika pelajar gagal menunjukkan prestasi yang baik atau
melanggar mna-mana peraturan maka pihak Politeknik atau syarikat
berhak memberhentikan pelajar tersebut. Pelajar yang gagal harus
mengulangi semula latihan industri. Sekiranya pelajar tersebut gagal
melebihi dua kali maka pihak Politeknik akan terus memberhentikan
pelajar. Hal ini bermakna pelajar tidak dapat menjalankan semester
akan datang bersama rakan-rakan yang lain.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
16/112
1.2 Objektif Latihan Industri
Latihan industri adalah perkara yang diwajibkan dalam
pengajian di Politeknik. Untuk mencapai wawasan 2020 kerajaan
mewajibkan latihan industri untuk pelajar politeknik. Selain dapat
menghasil calon pemegang Diploma yang lebih bersedia untuk
menempuh pekerjaan pada masa akan datang, latihan industri ini
juga bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada pelajar.
Objektif latihan lndustri adalah seperti berikut:
1) Membina keyakinan diri pelajar.
2) Mendedahkan pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.
3) Melahirkan pelajar yang amanah.
4) Pelajar dapat mempraktikan teori yang telah diajar atau
sebaliknya.
5) Menambah pengetahuan teknikal.
6) Meluaskan tahap pergaulan pelajar dengan kumpulan masyarakat
pekerja.
7) Membentuk pelajar kearah profesionalisme, bijak berkomunikasi
dan berdaya saing.
8) Memberi kesedaran tentang kepentingan akademi.
9) Menyediakan laporan selepas tamat Latihan Industri.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
17/112
1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri
Setelah tamat menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan
menyediakan laporan latihan industri. Pelajar perlu membuat laporan
tersebut mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik.
Laporan ini bertujuan menilai tahap keberkesanan latihan industri
yang telah dijalankan oleh pelajar.
Laporan ini juga bertujuan untuk melatih pelajar menguasai
kemahiran dalam mencari pengalaman sebelum memasuki alam
pekerjaan. Pelajar diwajibkan menghantar laporan ini dalam waktu
yang telah ditetapkan oleh Politeknik.
Selain itu, pelajar juga dapat berlatih untuk membuat
penyediaan laporan sebelum bekerja. Laporan ini juga menguji tahap
disiplin pelajar samada pelajar dapat menghasilkan laporan mengikut
tempoh yang ditetapkan. Laporan ini juga membantu pelajar untuk
berkomunikasi sesama pekerja, pengarah dan rakan-rakan untuk
mendapatkan maklumat tentang laporan.
Jika pelajar tidak dapat menyiapkan laporan maka pelajar
akan didenda atau diberhentikan oleh pihak Politeknik. Pelajar perlu
mengikut jadual yang telah diberikan oleh pihak Politeknik supaya
pelajar dapat menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan.
Sikap disiplin yang tinggi diperlukan oleh pelajar supaya pelajar
dapat menyiapkan laporan tersebut.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
18/112
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Latihan industri yang telah dijalankan oleh setiap pelajar
mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Pelajar dapat melalui
alam pekerjaan yang sebenar sebelum tamat pengajian. Pelajar juga
akan lebih bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan di masa akan
datang. Ketika pelajar menjalankan latihan industri, pelajar akan
didedahkan dengan tugasan-tugasan yang dilakukan di syarikat yang
telah ditetapkan.
Pendedahan awal tentang pekerjaan akan membuatkan
pelajar lebih yakin untuk dalam bidang teknikal. Pelajar akan
menyedari tentang kepentingan akademi. Pelajar juga akan lebih
bersemangat dalam kerja berkumpulan. Dengan adanya latihan
industri pelajar akan mendapat pengalaman yang lebih luas.
Oleh itu, pelajar perlulah memanfaatkan tempoh yang
diberikan untuk menjalani latihan industri. Pelajar juga perlu
mempraktikan apa yang dipelajari di Politeknik di syarikat.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
19/112
BAB 2
LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Pengenalan Latar Belakang KEJORA
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) adalah
sebuah agensi kemajuan wilayah yang diletakkan di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Telah ditubuhkan
pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
1972 (Akta 75) dan Enakmen (Penyerahan Tugas-Tugas) Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Enakmen Bil. 7 1972) yang
memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu untuk membangunkan
Wilayah Johor Tenggara. Wilayah KEJORA terletak di dua (2) daerah
iaitu Kota Tinggi dan Kluang meliputi kawasan seluas 300,364
hektar.
KEJORA berfungsi seperti yang termaktub dalam Akta seperti
memaju, menggalak, membantu mengusahakan pembangunan
ekonomi dan sosial dalam kawasan Johor Tenggara dan
mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian,
perusahaan, dan perdagangan dalam kawasan Johor Tenggara.
Selain itu, KEJORA mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
20/112
kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas dalam kawasan Johor
Tenggara.
2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi
Telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta 75,
Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Enakmen
Bil.7/1972 Enakmen Kejora dan Enakmen Lembaga Kemajuan
Johor Tenggara 1972.Secara umumnya KEJORA
bertanggungjawab untuk memajukan kawasan Johor
Tenggara yang mempunyai keluasan 300,364 hektar.
2.3 Bahagian-bahagian dan unit-unit di KEJORA
KEJORA mempunyai dua belas (12) bahagian dan unit di
mana setiap bahagian mempunyai tugas dan peranan masing-
masing.
Kesemua bahagian dan unit serta tugas dan peranan di
KEJORA adalah seperti berikut :
2.3.1.1.1 Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber
Manusia
Menyediakan perkhidmatan dalam bidang-bidang
Pentadbiran Am, Kontrak dan Bekalan, Pengurusan
Sumber Manusia dan Perhubungan
Awam/Koporat/Kualiti kepada anggota KEJORA dan
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
21/112
masyarakat yang dapat memenuhi kehendak
pengurusan dan kepuasan pelanggan.
2.3.1.1.2 Bahagian Kewangan
Menguruskan sumber kewangan dan aset KEJORA
secara berhemah dan telus berdasarkan arahan dan
peraturan kerajaan ke arah mencapai objektif
penubuhan KEJORA.
2.3.1.1.3 Bahagian Perancangan Strategik
Membantu merealisasikan wawasan untuk
memajukan kawasan Johor Tenggara menerusi
aktiviti Perancangan, Pelarasan, Pelaporan,
Pemantauan serta Penilaian ke atas pelaksanaan
program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan
fizikal dan sosial.Penumpuan diberikan kepada
Bandar-bandar baru, pusat-pusat penempatan dan
kampung-kampung tradisional yang melibatkan
penyediaan prasarana, kemudahan-kemudahan
awam dan sosial, pembangunan ekonomi,
pembangunan sosial, dan institusi serta usaha-
usaha untuk merapatkan jurang digital antara
penduduk luar Bandar dengan bandar.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
22/112
2.3.1.1.4 Bahagian Hartanah
Melaksanakan tugas-tugas mendapatkan hak milik
tanah daripada Kerajaan Negeri bagi tujuan
pembangunan projek-projek perumahan,
perindustrian, pelancongan, pertanian dan projek
kemudahan awam dan memberi perkhidmatan
kepada bahagian-bahagian di KEJORA dalam
melaksanakan projek pembangunan seperti
menyediakan perakuan Serah Balik Kurnia Semula
(SBKS).
2.3.1.1.5 Bahagian Teknologi Maklumat
Membangun dan mengurus selia teknologi
maklumat yang berkesan sebagai input kepada
pihak pengurusan dalam melaksanakan dasar dan
mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf
hidup dan sosio ekonomi penduduk di wilayah
KEJORA dan membentuk masyarakat yang mampu
memanfaatkan ICT untuk tujuan kesejahteraan
hidup serta menilai dan melaporkan kemajuan
pelaksanaan projek-projek pembangunan ICT
kepada pengurusan KEJORA dan Kementerian.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
23/112
2.3.1.1.6 Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani
Memaju, menyelaras dan memantau pembangunan
lapan (8) perojek pembangunan pertanian iaitu,
Pembangunan Projek Tanaman Campuran,
Pembangunan Projek Ternakan Haiwan,
Pembangunan, Projek Akuakultur, Pembangunan
Ladang Fertigasi, Pembangunan, Projek
Infrastruktur Pertanian, Pembangunan Agro
Pelancongan, Pembangunan Kompleks PPPHT dan
Pembangunan Projek Ekonomi Pertanian.
2.3.1.1.7 Bahagian Perancang Bandar dan Desa
Menghasilkan pelan-pelan tataatur dan pelan-pelan
pembangunan serta Kawalan Pembangunan dan
Kelulusan Pelan Pembangunan selain menyelia dan
memantau projek-projek pembangunan yang
dijalankan di dalam wilayah KEJORA dan
melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang
berkaitan dengan jabatan.Selain itu, bahagian ini
membuat penyediaan maklumat-maklumat projek
pembangunan yang berkaitan dengan jabatan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
24/112
2.3.1.1.8 Bahagian Pelancongan
Menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu
pemangkin utama bagi pertumbuhan ekonomi
Wilayah Johor Tenggara menerusi penyelidikan
pelbagai kemudahan dan tarikan pelancongan sama
ada kerajaan dan pihak swasta.
2.3.1.1.9 Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan
Desa
Merancang dan menyelaras pembangunan di
wilayah KEJORA dengan penumpuan kepada
bandar baru, pusat-pusat penempatan dan
kampung-kampung tradisional dari segi penyediaan
Kemudahan-kemudahan Awam dan Sosial (KAS),
pembangunan ekonomi dan program Pembangunan
Sosial dan Institusi (PSI) dan membangunkan
masyarakat termiskin serta pelaksanaan Program
Gerakan Daya Wawasan (GDayaW).
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
25/112
2.3.1.1.10 Bahagian Kerajaan Tempatan / (LBJT)
Melaksanakan kuasa pentadbiran dan perkhidmatan
di Bandar-Bandar Baru KEJORA mengikut Seksyen
7 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang
Kecil serta undang-undang yang dikuatkuasa serta
meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan
Tempatan KEJORA dalam melaksanakan kerja-
kerja penyelenggaraan dan kebersihan di Bandar-
Bandar Baru KEJORA dengan mengadakan
kemudahan-kemudahan yang lebih baik untuk
kesejahteraan masyarakat.
2.3.1.1.11 Unit Ekonomi dan Usahawan
Merancang strategi, menyelaras dan memantau
pembangunan ekonomi dalam sektor-sektor tertentu
di Wilayah KEJORA.
2.3.1.1.12 Unit Teknikal
Unit Teknikal telah diwujudkan di KEJORA sebagai
satu bahagian yang bertanggungjawab untuk
penyeliaan dan pemantauan projek-projek
pembangunan yang dijalankan di dalam Wilayah
KEJORA serta melaksanakan tugas-tugas
pengurusan yang berkaitan dengan jabatan dan
menyediaan maklumat-maklumat projek
pembangunan yang berkaitan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
26/112
2.4 Objektif, Misi dan Visi KEJORA
2.4.1 Objektif
Objektif KEJORA berdasarkan kepada tiga objektif "Dasar
Ekonomi Baruiaitu
i. mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi.
ii. mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.
iii. mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah
Johor Tenggara.
2.4.2 Visi KEJORA
Menjadikan Wilayah KEJORA Makmur dan Sejahtera Pada
Tahun 2020.
2.2.2 Misi KEJORA
Menerajui Pembangunan Wilayah Johor Tenggara Melalui
Pemerkasaan Modal Insan dan Pemapanan Ekonomi Secara
Strategik dan Berkesan.
Rajah 2.2 LogoKEJORA
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
27/112
2.5 PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan KEJORA seperti berikut:-
1. KEJORA komited dalam melaksanakan program peningkatan
taraf social ekonomi penduduk luar Bandar menerusi penyediaan
kemudahan awam dan amenity social serta program
pembangunan social termasuk individu, keluarga dan
masyarakat.
2. Projek-projek kemudahan awam serta ameniti sosial yang
diluluskan dan mula dilaksanakan dalam tempoh 90 hari daripada
tarikh kelulusan dan diserahkan kepada pihak berkaitan tidak
lewat dari 7 hari setelah projek siap.
3. Bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan yang diluluskan
disalurkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum program atau aktiviti
dijalankan.
4. KEJORA sentiasa komited membantu Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Masyarakat Bandar (JKKMB) supaya program
pembangunan sosial dan institusi dapat dilaksanakan dengan
berkesan termasuklah penyaluran peruntukan tahunan, latihan
AJK, mesyuarat bersama dan kehadiran di dalam aktiviti.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
28/112
5. Komited untuk membantu golongan miskin tegar dan miskin
Wilayah KEJORA melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan
Rakyat (SPKR), Program Bina Rumah (PBR), Program
Peningkatan Pendapatan (PPP), Program Pembangunan Minda
Insan (PPMI) dam Program Latihan Kemahiran (PLK), iaitu
penyelenggaraan data profail peserta serta penyediaan dan
perlaksanaan pelan tindakan.
6. Permohonan menyewa tanah kawasan tanaman campuran
diluluskan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup.
7. Permohonan sewaan premis/bengkel diluluskan dalam tempoh 60
hari dari tarikh iklan ditutup.
8. Skim pinjaman usahawan diluluskan dalam tempoh 60 hari dari
tarikh penerimaan permohonan bayaran yang lengkap.
9. Meluluskan permohonan kelulusan pelan :
i. Kelulusan Pelan Susunatur, Pelan Bangunan, Pelan Kerja
Tanah, Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan Tambahan
dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh
permohonan lengkap iaitu telah memenuhi keperluan
Jabatan Teknikal.
ii. Meluluskan Pelan Ubahan dan Tambahan dan Pelan
Pindaan yang tidak melibatkan Jabatan Teknikal (tidak
melalui OSC) dalam tempoh tidak melebihi 30 hari.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
29/112
iii. Meluluskan Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan
Tambahan Rumah Ringkas (Pelan yang di kenakan fee
minima RM 35.00) dalam tempoh tidak melebihi 14 hari.
10. Memastikan kesemua permohonan lesen perniagaan baru
diproses dalam tempoh 7 hari bekerja bagi permohonan lesen
yang tidak berisiko dan 30 hari bekerja bagi permohonan lesen
perniagaan yang berisiko setelah permohonan yang lengkap
diterima termasuk ulasan dari Jabatan Teknikal yang lain seperti
Jabatan Bomba.
11. Perkhidmatan mengangkut sampah sarap di kawasan kediaman,
perniagaan dan kilang bermula antara jam 7.30 pagi hingga 1.00
tengahari, iaitu sebanyak tiga kali seminggu mengikut kawasan.
Pembersihan kawasan tapak pasar malam dilakukan lebih kurang
12.00 malam pada hari-hari tertentu.
12. Semua aduan pelanggan akan diberi maklumbalas dalam tempoh
14 hari selepas aduan diterima.
13. Urusan jualbeli lot industri, diproses sebagaimana berikut:
i. Permohonan untuk membeli lot industri diluluskan dan
ditawarkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh iklan ditutup.
ii. Surat perjanjian jualbeli lot industri antara pembeli dan
KEJORA disempurnakan dalam tempoh 30 hari daripada
bayaran 10% dijelaskan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
30/112
iii. Permohonan tanah lot industri dimajukan kepada Kerajaan
Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan
dokumen-dokumen lengkap daripada pihak syarikat.
iv. Permohonan pertukaran nama syarikat, aktiviti syarikat dan
mencagarkan lot industri kepada institusi kewangan dimajukan
kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh
penerimaan permohonan yang lengkap.
14. Permohonan pelepasan gadaian akan diselesaikan dalam tempoh
18 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
15. Menyediakan, menyiapkan dan membekalkan maklumat aktiviti
dalam tempoh 14 hari daripada permohonan diterima.
16. Memberi layanan mesra, adil dan saksama kepada semua
pelanggan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
31/112
2.6 STRUKTUR ORGANISASI KEJORA
2.6.1 Struktur Organisasi KEJORA
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
32/112
2.7 Maklumat Bahagian (Unit Teknikal)
2.7.1 Latar Belakang Bahagian
Mesyuarat Pengurus Bahagian Bil 4/2011 bertarikh 1 Mac
2011 dan perbincangan susulan dengan tuan pengurus besar
pada 12 April 2011 telah bersetuju untuk mewujudkan Unit
Teknikal bagi melaksanakan kerja-kerja Pembangunan projek
dengan lebih teratur.
2.7.2 Objektif Bahagian
Unit Teknikal telah diwujudkan di KEJORA sebagai satu
bahagian yang bertanggungjawab untuk :
i) Penyeliaan dan pemantauan projek-projek
pembangunan yang dijalankan di dalam Wilayah
KEJORA.
ii) Melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan
dengan jabatan.
iii) Penyediaan maklumat-maklumat projek pembangunan
yang berkaitan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
33/112
2.7.3 Fungsi Bahagian
i. Merancang projek-projek pembangunan (fizikal) bersama
bahagian lain.
ii. Menyelia pembangunan projek bermula daripada pengeluaran
dokumen tawaran projek sehingga proses pengeluaran
perakuan muktamad.
iii. Mengurus proses perlantikan perunding.
iv. Menyediakan pelan rekabentuk dan anggaran kos
pembangunan fizikal.
v. Menyediakan khidmat teknikal untuk penentuan rekabentuk
dan kos yang diperlukan daripada bahagian-bahagian yang
lain.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
34/112
2.8 STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN
2.8.1 Carta Organisasi Unit Teknikal
Noriza bt. Jaffar
(Pelukis Pelan J22)
Sharifah bt Minhaj
(Pelukis Pelan J22)
Shalan bin Yahya(Pelukis Pelan J17)
En. Hairudin b.Mohd Yasin(Ketua Unit Teknikal)
Unit Pentadbiran Unit Pro ek Unit Ukur Bahan
Venugopal a/l K.BDharan
(Pemb. Tadbir N22)
Murnee bt Isman
(Pemb. Tadbir N17)
Mokhtar b.
Mohd Salleh
(Pemb. Am N4)
Ahmad Razali
b. Sunarwi
(Pemb. Am N4)
Intan Farhana bt.Mohd Roslan
(Jurukur Bahan)
Noorzeyanna bt.
Md Jawat
(Pen.Jurukur
Bahan)
Rosnita bt Mohamad(Jurutera)
Noorazlan b. AhmadSihab
Jurutera Awam
Mohd Azri b. Zunaidak
(Jurutera Elektrik)
Zaidi b. Abd. Rahman
(Pen. Peg. Senibina)
Ramli b. Shafie
(Juruteknik Awam)
Siti Aisah bt.Mohamad
(Juruteknik Awam)
Hj.Rosli bin Hj. Surip(Juruteknik Awam)
Hj. Rozahan binA.Kadir
(Pelukis Pelan J17)
Khairul Amri b. uding(Pelukis Pelan J17)
Norazlinda bt. sahat
(Pen. Jurutera Awam)
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
35/112
BAB 3
RINGKASAN MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan
Latihan Industri boleh dijalankan di jabatan kerajaan atau firma swasta
supaya pelajar dapat membezakan suasana kerja sebenar dengan suasana
di politeknik. Pelajar juga terdedah kepada cabaran dan masalah yang akan
dilalui setelah bekerja kelak. Pelajar yang menjalani Latihan Industri
mestilah merekodkan setiap kerja yang dilakukan di tempat Latihan Industri
dijalankan di dalam buku laporan harian.
Ringkasan mingguan ialah ringkasan bagi kegiatan atau kerja yang
dilakukan semasa menjalani Latihan Industri iaitu di Lembaga Kemajuan
Johor Tenggara (KEJORA). Skop kerja yang dilakukan adalah merangkumi
pelbagai perkara yang berkaitan dengan kos kejuruteraan awam yang di
ambil semasa menuntut di Politeknik POLIMAS seperti kejuruteraan jalan,
kejuruteraan binaan dan juga kejuruteraan senggara. Tujuan ringkasan
aktiviti ini disediakan adalah sebagai petunjuk untuk ulangkaji dan
memenuhi syarat bagi melengkapkan proses Latihan Industri ini.Pelajar
perlu menghantar buku reflektif jurnal 2 minggu sekali untuk mendapatkan
tandatangan penyelia dan buku tersebut perlulah disemak oleh penyelia.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
36/112
3.2 Ringkasan Mingguan Latihan Industri
MINGGU PERTAMA (17.06.2013 - 21.06.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu pertama ialah:
1. Membaca profil syarikat dan kod etika untuk mengetahui tentang
syarikat dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di syarikat.
2. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari
yang telah ditetapkan.
3. Membantu menyiapkan surat untuk minit mesyuarat.
MINGGU KEDUA (24.06.201328.06.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua ialah:
1. Mengemaskini senarai projek tender pada tahun 2009-2013.
2. Belajar cara berkomunikasi mencari maklumat berkaitan tender di
unit teknikal.
3. Belajar membuat Bill Of Quantitidalam bentuk microsoft excel.
4. Pergi lawatan tapak di Mini RTC Bukit Raja projek membaikpulih
pusat komputer.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
37/112
MINGGU KETIGA (01.07.201305.07.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketiga ialah:
1. Memperbetulkan semula senarai tender dan laporan sebutharga.
2. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari yang
telah ditetapkan.
3. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan Julai 2013.
4. Fotostat beberapa dokumen.
5. Menaip beberapa muka depan untuk dokumen sebutharga.
MINGGU KEEMPAT (08.07.201312.07.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keempat ialah:
1. Menaip semulaBill of Quantityuntuk kg jaya sepakat.
2. Menaip beberapa muka depan untuk dokumen sebutharga
3. Fotostat dokumen untuk rujukan pelanggan.
4. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari
yang ditetapkan.
MINGGU KELIMA (15.07.201319.07.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelima ialah:
1. Mengira jarak crusher runbagi setiap projek.
2. Pergi ke tapak di bandar mas untuk mengukur jalan yang rosak di
setiap bahagian.
3. Belajar baca pelan dan melipat pelan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
38/112
4. Menyenaraikan status bayaran bagi setiap syarikat.
5. Fotostat dan menyusun dokumen untuk dibuat lampiran.
MINGGU KEENAM (22.07.2013 - 26.07.2013)
Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu keenam ialah:
1. Masukkan data ke dalam sistem.
2. Membantu untuk scan surat masuk ke dalam my surat yang
hendak di hantar ke bahagian lain.
3. Membantu menyediakan surat mesyuarat tapak.
4. Pergi ke lawatan tapak di bilik fail.
MINGGU KETUJUH (29.07.2013 - 02.08.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketujuh ialah
1. Membantu menyediakan borang pelantikan jawatan Jurutera
Residen dan Penyelia Tapak secara kontrak bagi projek tender
kejora.
2. Membantu menyediakan surat untuk mesyuarat tapak.
3. Membantu memperbetulkan semula kesalahan sebutharga
SH1643.
4. Membantu memasukkan sebutharga dari excel ke dalam e-
perolehan.
5. Membantu menyediakan surat akuan sumpah untuk perakuan
muktamad.
6. Menghadiri perhimpunan bulanan untuk bulan ogos 2013
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
39/112
7. Fotostat 1 dokumen senarai kuantiti.
MINGGU KELAPAN (05.08.201307.08.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelapan ialah:
1. Menghantar perakuan bayaraan interim kepada unit kewangan.
2. Membantu membuat salinan fotokopi untuk surat penyerahan
tapak.
3. Mendapat tugasan dari En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat
laporan penilaian bagi sebutharga SH1648.
4. Mendapat tugasan dari En.Noorazlan (Jurutera Awam) untuk
membuat laporan penilaian bagi sebutharga SH1634.
5. Kemaskini buku jurnal refleksi.
6. Mengemas semua ruang di unit teknikal sempena Hari Raya
Aidilfitri.
MINGGU KESEMBILAN (12.08.201316.08.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesembilan ialah:
1. Mencari maklumat yang berkaitan dengan syarikat untuk
dimasukkan ke dalam laporan akhir latihan industri sesi jun 2013.
2. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat
pembetulan dalam laporan penilaian sebutharga SH1634.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
40/112
3. Mendapat tugasan dari En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat
laporan penilaian sebutharga SH1683 dalam bentuk microsoft
worddan memberi softcopysetelah siap.
4. Mendapat tugasan dari Cik Linda (Jurutera Awam) untuk
membuat laporan penilaian sebutharga SH1700 dalam bentuk
microsoft word dan memberi softcopy and hardcopy kepada Cik
Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) setelah siap.
5. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (Pen.jurukur bahan)
untuk membuat kadar harga pembinaan jalan dalam bentuk
microsoft excel dan memberi softcopy and hardcopysetelah siap.
6. Belajar dan mendengar keterangan mengenai pelan bersama
Pn.Noriza (Pelukis Pelan)
7. Pergi ke tapak di bilik fail bersama En.Azri (Jurutera Elektrik)
untuk melihat keadaan semasa.
8. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (pen.jurukur bahan)
untuk menyemak semula penyata akaun dan analisis kecukupan
modal.
9. Pergi ke lobi untuk mendapatkan senarai nama staff kejora.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
41/112
MINGGU KESEPULUH (19.08.201323.08.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesepuluh ialah:
1. Mendapat tugasan dari En.Gopal (Pem.Tadbir) untuk menyemak
no.siri di setiap barang (borang daftar inventori) dalam bilik setiap
pegawai di unit teknikal.
2. Pergi tapak di johor lama bersama Hj. Rozahan (pelukis pelan)
untuk melihat proses yang sedang dijalankan di tandas masjid
johor lama.
3. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi mendapatkan no.VOT
dan TARIKH IKLAN untuk laporan penilaian di unit kewangan.
4. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (Pen. jurukur bahan)
untuk menyiapkan kadar harga.
5. Mendapat tugasan dari En.Noorazlan (Jurutera Awam) untuk
menghantar pelan kepada En.Mazlan (unit PSPD) untuk dicop
dan minta borang hijau darinya.
6. Mendapat tugasan dari Pn.Murnee (Pem.tadbir) untuk
menghubungi setiap syarikat yang terlibat dalam mesyuarat yang
diadakan oleh unit teknikal (bagi memastikan pihak mereka
maklum dan menghantar wakil untuk mesyuarat tersebut).
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
42/112
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
43/112
MINGGU KEDUA BELAS (02.09.201306.09.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua belas ialah:
1. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) menyiapkan dokumen
outcome dalam bentuk worddan membuat salinan fotokopi bagi
borang selidik Outcome.
2. Membantu En.Gopal (Pem.Tadbir) bagi meminta maklumat
mengenai peratusan prestasi projek setiap pekerja yang
memegang projek tersebut.
3. Sesi perjumpaaan bersama penyelia Pn.Rosnita (Jurutera) untuk
perbincangan mengenai Progressreport akhir.
4. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) bagi menyediakan
Power Pointuntuk laporan anugerah kualiti pengurusan projek.
5. Sesi pemantauan penyelia dari Politeknik Mersing (Cik Azreen bt
Khamis).
6. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan september 2013.
7. Menghadiri program membudayakan al-quran di KEJORA.
8. Membantu En.Gopal (Pem.Tadbir) bagi mengemaskini dokumen
sebutharga daripada tahun 2010-2013.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
44/112
MINGGU KETIGA BELAS (09.09.201313.09.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketiga belas ialah
1. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) menyiapkan
hardcopyslide presentation sebanyak 25 salinan dan menghantar
kepada Pn.Noorazah (Unit Perancangan Strategik).
2. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) fotostat
dokumen dan mengira semula jumlah sebutharga bagi setiap
projek.
3. Membantu En.Zaidi (Pen.Peg.Senibina) bagi menyiapkan
sebutharga dalam bentuk microsoft excel
4. Membantu membuat salinan gambar dari kamera kependrive.
5. Membantu Azwani (Pelajar Praktikal) membuat tag nama untuk
unit teknikal.
6. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) memasukkan
sebutharga AK600 ke dalam sistem e-Perolehan.
7. Faxs surat dan menelefon untuk memaklumkan bagi mesyuarat
tapak ke 2 (RAPID) kepada 8 buah syarikat.
8. Masuk mesyusarat mengenai sukaneka sempena cuti malaysia.
9. Lawatan tapak di (RAPID) bersama En.Noorazlan (Jurutera
Awam) dan berbincang mengenai projek tangki air di pejabat tapak
RWS.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
45/112
MINGGU KEEMPAT BELAS (16.09.201320.09.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keempat belas ialah:
1. Melawat tapak bersama Pn.Sharipah (Pelukis Pelan) di kg.sayang
untuk melihat projek pondok rela
2. Sesi bergotong-royong di setiap unit sempena bulan 5S.
3. Pergi ke tapak di masjid johor lama bersama Hj.Rozahan (Pelukis
Pelan) bagi penyerahan siap kerja.
4. Menyusun atur pelan-pelan di bilik pelupusan sementara di unit
teknikal.
MINGGU KELIMA BELAS (23.09.201327.09.2013)
Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu kelima belas ialah:
1. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyemak
dokumen sebutharga untuk disahkan oleh Dato Hj Azizan B. Md.
Rais (Pengurus Besar KEJORA).
2. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) mengisi borang untuk
di faxskan ke syarikat lain.
3. Membantu Pn.Rosnita (Jurutera) bagi melengkapkan dokumen
lampiran untuk Laporan Penuh Anugerah Kualiti Pengurusan
Projek Tahun 2013.
4. Melihat Progresss Project longkang di Jalan Murni, Jalan
Pembangunan dan Jalan Perumahan timur Bandar Penawar.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
46/112
5. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat
salinan fotokopi dokumen lampiran.
MINGGU KEENAM BELAS (30.09.201304.10.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keenam belas ialah:
1. Membantu cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyiapkan
dokumen sebutharga daripada format Microsoft Word ke format
Microsoft Excel.
2. Mendapat arahan untuk bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi
memantau progress di tapak bina bangunan Ibu Pejabat
KEJORA.
3. Menolong mengisi borang CIDB yang tidak lengkap untuk
pekerja.
4. Mendapat arahan untuk bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi
penyerahan siap kerja di kawasan tempat letak kereta Tg. Balau
dan kawasan tanah perkuburan bandar penawar.
5. Membantu En.Ramli (Juruteknik Awam) melengkapkan dan
menyiapkan dokumen Bayaran Interim 1 dan surat lanjutan masa
(EOT).
6. Mendapat arahan untuk bersama En.Noorazlan (Jurutera Awam)
bagi meminta gambar yang berkenaan projek untuk Laporan
Akhir di pejabat RWS Teluk Ramunia.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
47/112
MINGGU KETUJUH BELAS (07.10.201311.10.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketujuh belas ialah:
1. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membukukan
dokumen perakuan pelarasan jumlah harga kontrak (PPJHK).
2. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi menyemak dan
melengkapkan senarai lukisan/pelan lampu jalan untuk dipasang
di 14 buah kampung.
3. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat
salinan hardcopy (print) bagi profil syarikat CIDB untuk tawaran
tender/sebutharga/arahan kerja-SULIT.
4. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober 2013.
5. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyiapkan
surat dokumen pusat komuniti.
6. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) menyiapkan laporan
penilaian SH1703.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
48/112
MINGGU KELAPAN BELAS (14.10.201318.10.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelapan belas ialah:
1. Mengurus surat keluar / masuk ke dalam sistem.
2. Pemantauan tapak untuk pemasangan longkang di jalan murni.
3. Pemantauan tapak di The Wetlands Belukar Durian, Sedili.
4. Penyerahan siap kerja di jeti sedili kechil, kota tinggi.
MINGGU KESEMBILAN BELAS (21.10.201325.10.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesembilan belas ialah:
1. Pemantauan tapak di Kg. Sayang.
2. Bersama-sama Encik Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat
Pemantauan Tapak dipersimpangan Petronas Desaru-Bandar
Penawar.
3. Penyerahan siap kerja di Kg.Jaya Sepakat.
4. Mendapat arahan untuk bersama-sama Puan Aisah (Juruteknik
Awam) ke Penyerahan Siap Kerja dan memantau progress
projectdi Pengerang (Inspectionbesi for Elevated Tank)
5. Mendapat arahan untuk bersama-sama Encik Noorazlan (Jurutera
Awam) ke Mesyuarat Tapak Kali Ke-3 di Pejabat Tapak RWS di
Teluk Ramunia.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
49/112
MINGGU KEDUA PULUH (28.10.201301.11.2013)
Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua puluh ialah:
1. Memantauprogresskerja untuk cube testdan compaction testdi
anak syarikat Kejora Development Holdings.
2. Membantu Puan Rosnita (Jurutera) membuat Surat Panggilan
Sesi Taklimat Pembentangan Projek Bagi Tujuan Perunding dan
memperbetulkan kesalahan di dalam minit mesyuarat.
3. Mendapat arahan untuk mengikuti Encik Shalan (Pelukis Pelan)
ke Kampung Belukar Durian melihat progress work bagi
pembinaan chalet dan jambatan gantung.
4. Mendapat arahan untuk bersama-sama Haji Rosli (Juruteknik
Awam) ke pemantauan kerja-kerja Coring Test bagi sepanjang
jalan ke Muzium Johor Lama.
5. Memulangkan badge kepada Puan Marliana di Bahagian
Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
50/112
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan Projek
Pihak Petronas akan membangunkan sebuah Hub Industri Minyak dan Gas
di Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Lanjutan dari itu, sebanyak tiga (3) buah
kampung yang akan dibuatpengambilalihan tanah (PBT) iaitu, Kampung
Sungai Kapal, Kampung Langkah Baik dan Kampung Teluk Empang bagi
Fasa 1, manakala bagi Fasa 2 ialah Kampung Jawa, Kampung Batu Mas
dan Kampung Sebong. Di Fasa 2, terdapat empat (4) buah kampung yang
disediakan lotnya. Tetapi hanya tiga (3) buah kampung sahaja yang
terdapat di Fasa 2.Sebuah lagi kampung belum ditentukan lagi nama
kampungnya, tetapi lot untuk sebuah kampung itu memang disediakan.
Dalam mesyuarat diantara pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri
Johor (UPEN) dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),
pihak UPEN meminta KEJORA melaksanakan projek Cadangan Pembinaan
Tangki Air dan Pemasangan Paip Retikulasi Untuk Pembangunan
Perumahan dan Insfrastruktur di Plot A Bagi Penduduk Yang Terlibat
Dengan Pembangunan Hub Industri Minyak dan Gas di Pengerang, Kota
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
51/112
Tinggi, Johor.Bagi projek ini, kaedah turnkey telah digunakan.Kaedah ini
adalah salah satu kaedah conventionalyang telah sekian lama digunakan di
Malaysia.Seperti yang diketahui makna kaedah ini ialah perjanjian di antara
dua pihak yang bersetuju di mana satu pihak menawarkan kerja (majikan)
dan satu pihak lagi bersedia menjalankan kerja-kerja yang ditawarkan
(kontraktor).Turnkeypula bermakna menyerahkan kunci apabila projek siap
kelak.Kontrak turnkey yang ditakrifkan di dalam bahan rujukan membawa
maksud satu perjanjian di antara majikan yang mencadangkan projek
dengan kontraktor di mana kontraktor bertanggungjawab merekabentuk,
menyiapkan dan membiayai kos-kos pembinaan sehingga projek yang
dicadangkan siap (Hand Over).Majikan hanya membuat pembayaran
setelah projek siap (apabila kontraktor menyerahkan kunci).
Kontraktor mempunyai kuasa ke atas projek dan boleh menentukan
apa yang patut dilakukan ke atas projek yang sedang dijalankan. Ini kerana
kontraktor adalah sebagai majikan sehinggalah projek diserahkan. Pihak
kontraktor akan mengeluarkan modal untuk menjalankan projek dan
memastikan projek berjalan mengikut apa yang terkandung dalam
perjanjian untuk memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan secara
sempurna bagi mendapatkan bayaran daripada majikan.
Di sini kontraktor hendaklah memberi jaminan bahawa rekabentuk
yang dicadangkan dan dipersetujui oleh majikan adalah yang terbaik.Ini
penting kerana kontraktor bertanggungjawab terhadap majikan di atas apa-
apa kecacatan yang timbul dari kesilapan rekabentuk.Ini bermakna
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
52/112
kontraktor bertanggungjawab walaupun itu bukanlah berpunca dari
kesalahan dan kecuaiannya.
Dalam hal ini, pihak KEJORA bertindak sebagai pemilik projek telah
bersetuju untuk melantik Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaksanakan
projek tersebut.Tetapi SAJ tidak mempunyai lesen untuk melaksankan
projek pembinaan.Pihak SAJ telah mencadangkan anak syarikat mereka
iaitu, Ranhill Water Services Sdn. Bhd. (RWS) sebagai kontraktor untuk
melaksankan projek pembinaan ini.
Sekiranya sesuatu projek menggunakan kaedah turnkey, maka
secara automatik kaedah Design and Build digunakan.Maka dengan itu,
pihak RWS diminta untuk mencari atau melantik pihak perunding dan sub-
kontraktor yang berkaitan. Pihak Perunding yang dilantik oleh pihak RWS
ialah perunding dari Syarikat RAF Consult Sdn. Bhd. sebagai Juruperunding
Sivil dan Struktur, perundingdari Syarikat NHK Ultimate Consult Sdn. Bhd.
bertindak sebagai Juruperunding Mekanikal dan Elektrik dan perunding dari
syarikat Pakatan Ukur Bahan Sdn. Bhd. sebagai Perunding Jurukur Bahan.
Pegawai Penguasa bagi projek ini ialah Pengurus Besar KEJORA,
manakala Wakil Pegawai Penguasa ialah Ketua Unit Teknikal,
KEJORA.Mesyuarat Serah Tapak telah dilakukan pada 9Julai2013 dan
sekali gus merupakan tarikh bermulanya proses pemibinaan. Tarikh siap
projek dijangka pada 8Januari2015.Jangka masa pembinaan di dalam
kontrak ialah selama 18 bulan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
53/112
Kaedah Design and Build digunakan secara automatik kerana
kaedah turnkey telah digunakan. Jumlah harga di dalam kontrak ialah
RM16,978,831.43. Kaedah Design and Build merupakan satu konsep di
mana hanya satu pihak sahaja dipanggil iaitu RWS yang akan memeterai
kontrak dengan pihak KEJORA untuk menjalankan kerja-kerja
perancangan, kerja reka bentuk dan kerja pembinaan mengikut kehendak-
kehendak yang telah dinyatakan dan dipersetujui dengan pihak KEJORA.
Setelah projek itu siap dibina dengan sempurna, RWSakan menyerahkan
projek tersebut kepada pihak KEJORA untuk dilengkapkan dengan
landskap, hiasan dalaman, peralatan serta kelengkapan-kelengkapan lain
yang tidak termasuk didalam kontrak.
4.2 PembinaanSuct ion Tank, Elevated Tankdan Pump House
Dalam projek ini, cadangan membina tangki air melibatkan tiga elemen iaitu,
pembinaan tangki air (Elevated), tangki air (Suction) lengkap dengan pam
serta kuarters pekerja dan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk
operasi.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
54/112
4.3 Jenis Tangki
Tangki simpanan juga dikenali sebagai tangki agihan, kerana selain
menyimpan air tangki ini juga berfungsi mengagihkan air kepada pengguna.
Terdapat pelbagai jenis tangki simpanan yang digunakan dan lazimnya
diletakkan pada aras yang lebih tinggi dari kawasan bekalan bagi
memastikan tekanan yang diperlukan untuk pengagihan mencukupi
sehingga ke kawasan yang paling jauh dari tangki simpanan. Tangki ini
dibina daripada pelbagai jenis bahan.Bahan-bahan yang biasa digunakan
untuk membina tangki ialah konkrit, keluli dan bahan gentian seperti kaca
dan plastik.Bagi projek ini, bahan gentian kaca digunakan dalam pembinaan
suction tank.Jadual 4.1 menunjukkan jenis-jenis tangki simpanan dan
fungsinya.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
55/112
Jadual 4.1 : Jenis-Jenis Tangki Simpanan dan Fungsinya.
Bil Jenis Tangki Fungsi
1. Tangki Simpanan Loji Menyimpan air yang telah diolah di loji
rawatan sebelum disalurkan untuk
diagihkan kepada pengguna melalui
tangki pengimbang dan tangki
perkhidmatan.
2. Tangki Pengimbang Menerima bekalan air bersih dan
mengagihkan kepada satu atau
beberapa tangki perkhidmatan. Tangki
pengimbang juga perlu menyimpan
bekalan air dalam kuantiti yang
banyak. Muatan minimum ialah 450m
dan maksimum 9000m
3. Tangki Perkhidmatan
a. Tangki bentuk cendawan
b. Tangki bentuk silinder
c. Tangki segi empat
Tangki perkhidmatan ialah tangki yang
membekalkan air yang diterima dari
tangki pengimbang untuk diagihkan
kepada kawasan agihan seperti
kawasan perumahan atau
perindustrian. Terdapat pelbagai
bentuk tangki perkhidmatan seperti
bentuk cendawan, silinder dan segi
empat.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
56/112
Rajah 4.1 : Bahan gentian kaca digunakan dalam pembinaan Suction Tank
Rajah 4.2 : Pemasangan gentian kaca di Suction Tank
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
57/112
4.4 Preliminar ies Work s
4.4.1 Pengenalan
Dalam sebuah projek pembinaan, preliminaries adalah salah satu
perkara yang paling utama di mana ia telah dipersetujui oleh kedua-
belah pihak iaitu pihak KEJORA dan RWS dan telah termenterai di
dalam tender kontrak yang telah dikeluarkan.
Ini termasuklah dokumen-dokumen yang terlibat seperti
terkandung di dalam kehendak permulaaan syarat-syarat am.
Contonhya, sample dan ujian, pemeriksaan tapak, insurans untuk
kemalangan dan kerosakan harta benda, Insurans of Workmen
Compensation/ SOCSO, contoh-contoh bahan atau ketukangan,
susun atur tapak, program kerja Critical Path Method (CPM), gambar
kemajuan kerja dan segala dokumen yang berkaitan.
4.4.2 Susun Atur Tapak dan Kemudahan Perkhidmatan Di Tapak Bina
4.4.2.1 Jalan Sementera
Adalah penting bagi sesebuah tapak projek menyediakan jalan
keluar masuk bagi kemudahan untuk laluan jentera.Selain itu,
ianya bagi memudahkan bahan-bahan binaan dibawa masuk
dengan mudah dan cepat.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
58/112
4.4.2.2 Pejabat Tapak
Merupakan tempat untuk menjalankan mesyuarat tapak dan
tempat menyimpan segala dokumen penting mengenai tapak
serta carta-carta program kerja. Kontraktor juga akan
menyediakan segala kelengkapan dan alatan bagi keselesaan
Pegawai Penguasa dan semua yang terlibat dari pihak
KEJORA.Bagi projek ini, pejabat tapaknya di Teluk Ramunia.
4.4.2.3 Tandas
Keperluan ini juga akan disediakan oleh pihak kontraktor bagi
kemudahan kedua-dua belah pihak.
4.4.2.4 Stor Menyimpan Alatan dan Bahan-Bahan
Stor memainkan peranan penting bagi menyimpan segala alat
kelengkapan yang akan diguna di dalam projek. Stor akan
dipastikan selamat dan terjamin daripada dicuri. Ianya juga
untuk mengelakkan bahan-bahan yang mudah rosak terdedah
pada cuaca.
4.4.2.5 Papan Tanda
Papan tanda akan disediakan oleh pihak kontraktor kerana ia
telah tertakluk di dalam tender projek. Lukisan pelan bagi
papan tanda juga disediakan mengikut spesifikasi KEJORA.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
59/112
4.4.2.6 Pagar Sekeliling Tapak Projek
Merupakan salah satu daripada langkah keselamatan yang
harus dipatuhi oleh pihak kontraktor. Tujuannya adalah untuk
memastikan orang awam tidak memasuki kawasan pembinaan
yang boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak
disengajakan atau disengajakan.
4.4.2.7 Bekalan Elektrik dan Bekalan Air
Pihak kontraktor juga akan memastikan segala bekalan
kemudahan ini disediakan di tapak projek. Kontraktor akan
memohon kepada TNB dan kepada SAJ bagi memenuhi
keperluan ini. Pemasangan bekalan ini akan dipasang oleh
sub-kontraktor.
4.4.3 Pemantauan Perlaksanaan Kerja
Secara amnya, tugas KEJORA adalah memantau perjalanan segala
aktiviti di tapak pembinaan bagi setiap kerja yang dilakukan untuk
memastikan aktiviti yang akan dilakukan mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan. Antara skop aktiviti yang dilihat adalah kerja ukur,
kerja tanah, penyediaan pelan tapak, penyiasatan tapak, kerja-kerja
awalan, kerja substruktur dan superstruktur, kerja kayu, kerja-kerja
konkrit dan sebagainya yang terlibat dalam pembinaan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
60/112
4.4.4 Ujian Tanah
Dalam projek pembinaan tangki air ini, ujian yang dilakukan ke atas
tapak bina adalah menggunakan ujian Proba Mackintos. Secara
amnya, penyiasatan tanah adalah satu langkah yang paling utama
dalam sesebuah pemibinaan yang dilaksanakan.
Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengelak masalah-
masalah pada struktur pembinaan. Antara masalah yang mungkin
timbul adalah berlakunya enapan tanah dan boleh menjejaskan
struktur yang lain.
4.5 Kerja-Kerja Tanah
4.5.1 Pengenalan
Dalam melaksanakan kerja-kerja penggalian, beberapa aspek
penting harus diambil kira. Pihak kontraktor mestilah memastikan
kawasan pengalian berada dalam keadaan selamat bagi
memudahkan untuk membuat anggaran bagi segala keperluan untuk
kawasan kerja tersebut mengikut had kerja yang telah diberikan
mengikut spesifikasi.
Sepanjang pemantauan saya ke tapak bina, segala kerja
tanah telah siap dilaksanakan, kerja yang sedang dilakukan adalah
kerja-kerja perlantakan cerucuk. Jadual di sebelahadalah peralatan,
loji dan mesin yang digunakan dalam kerja-kerja tanah.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
61/112
Jadual 4.2 : Peralatan, Loji dan Mesin Yang Digunakan Dalam
Kerja-Kerja Tanah
Bil. Jentera dan
Mesin
Kegunaan
1. JCB Digunakan untuk kerja pengorekan,
memunggah tanah dan mengangkut
barang.
2 Bad Pusher Digunakan untuk kerja-kerja seperti
meratakan tanah pada ketebalan
yang diperlukan.
3. Mesin Compact Diguna bagi kerja-kerja seperti
pemadatan tanah bagi mencapai
kehendak yang diperlukan.
4. Mini Roller Digunakan bagi meratakan
permukaan tanah terutama selepas
menggunakan mesin compact.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
62/112
4.6 Kerja Cerucuk
4.6.1 Pengenalan
Asas bangunan merupakan elemen terpenting dalam
sesebuah binaan di mana ianya berfungsi untuk menanggung
dan mengagihkan beban daripada struktur bangunan terus ke
lapisan tanah. Beban yang ditanggung adalah beban hidup,
beban mati, beban angin yang akan disebarkan dengan
selamat tanpa berlaku kerosakan pada bangunan. Asas juga
mesti mempunyai kedalaman yang mencukupi bagi
mengukuhkan kedudukan bangunan dari dipengaruhi oleh
keadaan tanah sekeliling. Asas yang digunakan mestilah
mempunyai daya ketahanan dari serangan bahan kimia yang
terdapat dalam tanah.
Dalam projek ini, spun piledigunakan untuk pembinaan
elevated tank. Manakala square pile digunakan dalam
pembinaan suction tank.
4.6.2 Jenis-Jenis Cerucuk
Cerucuk boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut
keadaan tanah iaitu :
i) Cerucuk Tanggung Hujung (End Bearing Pile)
ii) Cerucuk Geseran (Friction Pile)
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
63/112
Cerucuk tanggung hujung adalah cerucuk yang dilantak
sehingga ke lapisan tanah keras iaitu setelah mencapai set
yang telah ditetapkan, di mana beban yang di bawa dari
bangunan akan terus disebarkan ke permukaan tanah keras.
Cerucuk geseran pula adalah cerucuk yang tidak
mencapai permukaan tanah keras tetapi telah mencapai set
yang telah ditetapkan sewaktu kerja perlantakan dijalankan, di
mana beban akan ditanggung oleh geseran antara permukaan
cerucuk dengan permukaan tanah.
Panjang cerucuk yang digunakan adalah 12m bagi
starter pile dan 6m bagi sambungan. Set perlantakan bagi
cercucuk pula adalah 24m. sekiranya kerja perlantakan
cerucuk telah mencapai 24m dalam, maka hentakan akan
dihentikan. Cerucuk yang digunakan mestilah telah cukup usia
dan mendapat kelulusan sebelum digunakan. Segala kerja
perlantakan cerucuk adalah mengikut pelan yang telah
ditetapkan dan akan diawasi oleh penyelia tapak dari pihak
kontraktor dan wakil dari pihak KEJORA.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
64/112
Rajah 4.3 :Spun Pile
Rajah 4.4 :RC Pile
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
65/112
4.6.3 Perlaksanaan Kerja
a) Maklumat Cerucuk
Apabila cerucuk tiba di tapak bina, pemeriksaan dan
pengesahan adalah perlu dilakukan supaya cerucuk yang
dibekalkan telah mencapai usia 28 hari. Cerucuk mestilah
tertera tarikh ianya dibuat, kelas cerucuk, berat cerucuk
dan nombor rujukan. Selain itu, memeriksa rekod ujian bagi
setiap cerucuk adalah penting dan menyemak jumlah
cerucuk yang dibekalkan mengikut pesanan yang telah
ditetapkan.
b) Pelan Terperinci
Setelah semua maklumat telah lengkap diperolehi, pelan
kedudukan cerucuk pada bangunan perlu disertakan bagi
memudahkan kerja perlantakan berjalan lancar dan
menepati kedudukan yang telah ditetapkan. Pelan tersebut
juga akan melampirkan lukisan topi cerucuk dan saiz
acuan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
66/112
c) Aktiviti Menanam Cerucuk
Sebelum aktiviti perlantakan cerucuk dilakukan, kedudukan
cerucuk mestilah tepat pada tanda yang telah ditetapkan
mengikut pelan yang sedia ada. Bahan-bahan dan alatan
yang digunakan untuk kerja perlantakan cerucuk adalah
mesin perlantak, drop hammer (bergantung pada diameter
pile), mesin welding, minyak antiras atau pencegah karat
dan driving cap.
4.6.4 Prosedur Kerja Perlantakan Cerucuk
1) Jarak cerucuk yang hendak dilantak mestilah sama dengan
jarak yang terdapat pada borang perlantakan cerucuk.
2) Semasa mendirikan cerucuk, pastikan cerucuk mengikut
kedudukan yang telah ditanda dan mengikut pelan.
Kepugakan cerucuk dipastikan dengan menggunakan
timbang air atau pelambab antara dua sudut berbeza.
3) Pada peringkat awal, perlantakan dilakukan perlahan-lahan
mengikut ketinggian sebenar jatuhan penukul apabila
kedudukan telah stabil.
4) Rekod perlantakan akan dicatat pada borang perlantakan
yang disediakan.
5) Setiap kedalaman 0.3m, bacaan bilangan hentakan akan
direkod pada borang sehingga mencapai set.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
67/112
6) Starter pile yang digunakan berukuran 12m dan akan
disambung menggunakan cerucuk 6m panjang.
Sambungan akan dibuat selagi belum mencapai set.
Sambungan dibuat menggunakan welding dan disapu
dengan cat antirasatau cat cegah pengaratan. Perlantakan
akan diteruskan selepas 15 minit bagi memastikan
sambungan betul-betul kukuh.
7) Kepugakan akan diperiksa seklai lagi sebelum kerja
perlantakan dilakukan.
8) Setelah mencapai set, graf akan diletak pada cerucuk dan
bacaan akan diambil pada 10 hentakan terakhir di mana
setiap satu kotak graf mewakili 1mm dan sekiranya set
yang ditetapkan oleh RWS adalah 24mm, maka graf yang
terhasil mestilah tidak melebihi 24mm tersebut.
9) Semasa mengambil set, jatuhan penukul hendaklah
diperlahankan untuk memastikan graf yang terhasil lebih
berkesan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
68/112
Rajah 4.5 : Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Suction Tank
Rajah 4.6 : Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Tangki Elevated
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
69/112
4.6.5 Prosedur Perlaksanaan Topi Cerucuk atau Pile Cap
Selepas kerja-kerja lantakan cerucuk dilakukan disetiap point
yang ditetapkan mengikut pelan, kerja pemotongan cerucuk
akan dilakukan untuk membuat topi cerucuk. Terdapat 3 jenis
topi cerucuk iaitu 1point, 2pointdan 3point.
Berikut adalah langkah-langkah bagi kerja membuat topi
cerucuk :
i. Selepas kerja pilingsiap dilakukan, permukaan keliling
tanah pada cerucuk akan dikorek sedalam 1.5m dalam.
ii. Bentuk cerucuk bergantung pada beban yang hendak
ditanggung di mana sekiranya beban yang ditanggung
besar nilainya, bentuk tiga segi atau 3pointdigunakan.
iii. Cerucuk akan dipotong mengikut panjang yang telah
ditetapkan sehingga hanya menampakkan 50mm
sahaja.
iv. Kotak bentuk dipasang mengikut saiz yang ditetapkan
dalam pelan. Saizpile cap biasanya mengikut standard
spesifikasi.
v. Besi bagi pile cap akan dimasukkan terlebih dahulu
sebelum pile plug dimasukkan.Pile plug akan
dimasukkan 1m dalam keadaan cerucuk dan besinya
akan diikat pada besi topi cerucuk.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
70/112
vi. Saiz besi pula bergantung pada beban yang ditanggung
dan rekabentuk topi cerucuk mengikut lukisan pelan.
vii. Lapisan kedap atau lean concrete dilakukan pada
permukaan tanah yang telah dipadatkan.
viii. Pemeriksaan besi pada topi cerucuk akan dilakukan
oleh Pegawai Penguasa bersama Perngurus Projek
untuk mendapatkan kelulusan sebelum dikonkrit.
ix. Selepas tempoh konkrit tamat, pengawetan atau curing
pada topi cerucuk akan dilakukan menggunakan guni
basah.
x. Tamat tempoh pengawetan, semburan anai-anai akan
dilakukan yang bertujuan untuk membentuk satu
rintangan bahan kimia untuk tempoh jangka masa
panjang di tanah di bawah lantai bangunan untuk
mencegah serta menghalang kehadiran anai-anai.
xi. Selepas semua kerja di atas dilakukan pada semua
pointyang terdapat pada pelan, permukaan yang digali
akan ditimbus semula dan dipadatkan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
71/112
4.7 Ujian Bebanan
4.7.1 Pengenalan
Terdapat dua kaedah dalam menjalankan ujian beban iaitu
kaedah PDA (Pile Dynamic Analysis) dan Load Test (Maintain
Load Test). Ujian ini dijalankan untuk menguji kekuatan
cerucuk untuk menampung beban yang akan menampung
beban yang akan ditanggung bagi mengelak berlakunya
lebihan beban dan kegagalan cerucuk yang dilantak. Selain
itu, ianya juga untuk memastikan kerja melantak cerucuk
mencapai kedalaman yang maksimum (end bearing)
PDA pula beroperasi menggunakan teknologi moden di
mana penggunaan computer digunakan untuk mendapatkan
keputusan. Cara ini mengambil masa yang singkat dan cepat.
Namun, keputusannya tidak begitu tepat. Kaedah Maintain
Load Testpula mengambil masa selama 2 hari atau 48 jam.
Beban akan dikenakan berperingkat-peringkat dan diturunkan
juga berperingkat dan cara ini lebih berkesan berbanding
kaedah PDA.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
72/112
Rajah 4.7 : Load Testdi Elevated Tank (Piling Point No.56)
Rajah 4.8 : Load Testdi Eleveted Tank (Piling Point No.15)
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
73/112
4.7.2 Perlaksanaan Kerja Ujian Beban
Terdapat tiga (3) peringkat dalam kerja ujian beban iaitu :
a. Penambahan Beban
b. Maintained Load(Tida Penambahan Beban)
c. Penurunan Beban
i. Penambahan Beban
Beban diletakkan di atas cerucuk semasa
menambahkan berat berperingkat-peringkat
sama nilai hingga berat iaitu berat beban dua kali
beban working load(berat beban + 10% berat
maksimum)
Penambahan beban dibuat secara
8peringkat untuk bangunan dan bagi kerja jalan,
12 peringkat dilakukan. Bacaan pemendapan
cerucuk akan dibaca pada Dial Gauge bagi
setiap 15 minit untuk jam pertama dan 30 minit
untuk jam kedua.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
74/112
Penambah beban akan dibuat setelah
bacaan pemendapan atau kadar pemendapan
tidak melebihi 0.25mm atau 0.01 inci dalam satu
jam. Sekiranya perbezaan pemendapan melebihi
had di atas, penambahan tidak akan dibuat lagi
sebaliknya bacaan setiap 15 minit diteruskan
sehingga kadar pemendapan tidak melebihi
kadar 0.25 mm/jam. Gred graf pemendapan
melawan masa akan ditunjukan pada setiap
beban penambahan.
ii. Maintained Load(Tida Penambahan Beban)
Beban untuk maintained load adalah
penambahan beban mencapai beban maksimum
(2 kali working load). Beban maksima ujian akan
dikekalkan selama 24 jam dan bacaan
pemendapan dibuat pada setiap satu jam.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
75/112
iii. Penurunan Beban
Penurunan beban dibuat secara peringkat pada
kadar berat yang sama nilai dan dilakukan pada
setiap satu jam. Bacaan pemendapan diambil
pada setiap 15 minit. Bagi bacaan ujian beban
berakhir setelah 1 jam bebanan sifar di mana
bacaan diambil pada setiap 15 minit.
4.7.3 Penilaian Ujian
Residual Settlement selepas bebanan disifarkan tidak
melebihi 6.5mm. Jumlah pemendapan telah melebihi
12.5mm ketika beban pada paras working load. Jika
jumlah pemendapan telah melebihi 38.0mm atau 10%
daripada garis pusat cerucuk yang mana nilai terendah
pada bebanan maksima ujian (2kali working load).
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
76/112
4.7.4 Cara Mengatasi Kegagalan Ujian Beban
Berikut adalah langkah bagi mengatasi sekiranya
berlaku kegagalan ujian beban ditapak bina :
i) Kerja Ukur Aras atau Survey Level
Survey Level harus diperiksa terlebih dahulu.
Sekiranya Dial Gauge tidak bertindak balas, ini
menunjukkan terdapat kesalahan pada Gauge.
Load juga akan diplotkan dan Settlement
menggunakan Survey Level.
ii) Kesalahan Bacaan
Ketika mengambil bacaan pada Dial Gauge
pastikan permukaan unitnya betul.
iii) Pemeriksaan Graf Load
Graf Loadharus dipastikan dengan teliti.
iv) Jika Masih Berlaku Kegagalan
Maintained Load akan dipercepatkan
(bergantung pada bahagian yang gagal). Perlu
menggunakanpileyang lain untuk ditetapkan.
v) Jika Berlaku Dua Kegagalan Load
Buat penyemakan rekod cerucuk dan pastikan
Damn Grade The Pile, 1 Psi = 14.223kg sq in.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
77/112
Faktor-faktor penting sebelum ujian beban
dibuat ialah memastikan Hydrolic Jack tidak
bocor dan mempunyai simpanan, memastikan
jarak antara alatan atau susunan batu, pastikan
pile yang digunakan mempunyai permukaan
yang rata dan diluluskan serta memastikan berat
konkrit blok yang digunakan ialah 1tan.
4.8 Kerja-Kerja Konkrit
4.8.1 Pengenalan
Dalam kerja-kerja konkrit di tapak bina, beberapa aturcara
perlaksanaan kerja konkrit telah dipraktikalkan bagi
memperoleh kualiti pengkonkritan yang menepati sfesifikasi
kerja bagi menjaga mutunya.
Bagi projek pembinaan tangki air ini, bancuhan konkrit
yang digunakan adalah konkrit siap campur (ready mix).
Memandangkan industri konkrit siap campur sedang
membangun, maka ramai kontraktor akan menggunakan
kaedah ini dalam projek pembinaan mereka. Kebaikan cara ini
adalah bekalan konkrit akan dibekalkan berterusan mengikut
masa yang ditetapkan dan mutunya lebih terjamin.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
78/112
Gred konkrit yang digunakan adalah Gred 35 yang
memenuhi kehendak KEJORA dan menepati kehendak pihak
RWS. Kilang pembekal konkrit sebaik-baiknya terletak hamper
dengan tapak bina iaitu tidak melebihi 4km. dalam projek ini
pembekal konkrit adalah Syarikat Long Yong Sdn. Bhd. dan
Kejora Development Holding.
Sewaktu lawatan yang dibuat sepanjang tempoh
bekalan konkrit dihantar ke tapak bina, pihak pembekal
menggunakan sukatan yang dipersetujui oleh pihak KEJORA
dan RWS setelah lulus ujian percubaan. Hasil daripada
keputusan itu, konkrit siap campur ini boleh dibancuh dan
dibekalkan ke tapak bina.
4.8.2 Peralatan Yang Digunakan
Dalam menghasilkan konkrit yang bermutu, penggunaan
mesin dan jentera moden diperlukan bagi menjimatkan masa
dan memudahkan kerja konkrit selain menjimatkan
penggunaan tenaga kerja. Jadual di bawah menunjukkan
peralatan-peralatan yang digunakan dalam kerja konkrit.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
79/112
Jadual 4.3 : Peralatan Yang Digunakan Dalam Kerja Konkrit
Bil. Peralatan Kegunaan
1. Jentera Kren Diguna untuk mengangkut bancuhan
konkrit siap campur dari lori ke tapak
bina.
2. Langkau Diguna untuk meletakkan bancuhan
konkrit yang akan diangkat oleh kren.
3. Mesin
Penggetar
Diguna untuk mengeluarkan udara
yang terperangkap di dalam bancuhan
tanpa menyebabkan pengasingan
bahan-bahan dan untuk mendapatkan
ketumpatan konkrit yang maksimum.
4. Perkakas
Kemasan
Diguna untuk mendapatkan kemasan
yang dikehendaki akibat daripada
bancuhan konkrit yang tumpah semasa
penuangan.
5. Guni Basah Digunakan untuk memastikan konkrit
yang dituang, diawet untuk mencapai
kekuatan maksimum dan
ketahanlasakkan konkrit.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
80/112
4.8.3 Bahan Binaan
4.8.3.1 Pengenalan
Konkrit adalah bahan yang terhasil daripada campuran
batu baur, simen, pasir dan air mengikut nisbah yang
ditetapkan untuk mendapatkan kekuatan yang
diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung pada nisbah
bancuhan.
4.8.3.2 Bahan Untuk Kerja Konrit
Bahan-bahan di atas akan diuji oleh pihak KDH dan
Long Yong yang bertanggungjawab untuk menentukan
sifat bahan tersebut mematuhi kehendak spesifikasi.
Kadar pensampelan dan ujian bagi bahan-bahan
hendaklah mematuhi arahan Pegawai Penguasa atau
sebagaimana yang disyorkan di dalam kontrak.
Segala kerja pensampelan dan ujian yang
dijalankan adalah di luar bidang kuasa KEJORA. Maka
KEJORA hanya akan meluluskan ujian dan
pensampelan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
81/112
i) Simen
Simen yang digunakan mestilah simen yang telah
diluluskan. Simen yang biasa digunakan adalah simen
Portland dan mestilah mematuhi kehendak Piawai
Malaysia M.S 7.13. Perakuan ujian oleh pembekal
secara amnya boleh diterima sebagai bukti keutuhan
bahan tersebut, namun Pegawai Penguasa mungkin
memerlukan ujian tambahan dilakukan ke atas mana-
mana simen yang disyaki rosak yang disebabkan oleh
faktor usia atau kerosakkan pada kampit. Pegawai
Penguasa boleh mengarahkan supaya simen dibawa
keluar dari tapak bina jika didapati kampit simen
mengalami kerosakkan. Dalam projek ini, Simen
PortlandBiasa digunakan.
Kontraktor biasanya akan memilih simen
Portlandbiasa atau simen Portland cepat keras, tetapi
tiada bayaran tambahan dibuat sekiranya simen yang
lebih mahal digunakan. Simen hendaklah dihantar ke
tapak bina dalam kenderaan yang bertutup untuk
mengekalkan mutunya. Di tapak bina, simen mestilah
disimpan di dalam stor untuk dilindungi daripada cuaca
dan akan dikeluarkan mengikr giliran penghantaran ke
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
82/112
dalam stor. Bekalan simen pukal hendaklah disimpan di
dalam silo yang diluluskan.
ii) Batu Baur
Penggunaan bau baur mestilah mematuhi Piawaian
Malaysia M.S 74. Semua batu baur hendaklah dari jenis
yang kuat, tahan lasak, bersih dan tidak mengandungi
bahan-bahan perosak yang boleh member kesan
kepada kekuatan dan ketahanlasakkan konkrit dan
tetulang. Batu baur hendaklah terlindung dari
pencemaran dan batu baur yang mempunyai saiz yang
berlainan disimpan secara berasingan. Terdapat dua
jenis batu baur iaitu batu baur halus dan batu baur
kasar.
a) Batu Baur Halus :
Batu baur halus hendaklah dari pasir yang terdapat
dikawasan air tawar. Ianya hendaklah mengandungi
selut atau bahan-bahan halus yang lain dan
melebihi 3% mengikut isi padu apabila diuji
mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan juga tidak
mengandungi bahan-bahan organic yang boleh
menampakkan warna yang gelap berbanding
dengan kecerahan warna No.3 apabila diuji
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
83/112
mengikut Piawaian Malaysia yang sama.
Penggunaan pasir dari pecahan batu adalah tidak
dibenarkan.
b) Batu Baur Kasar :
Batu baur kasar hendaklah terdiri daripada pecahan
batu baur keras kecuali bagi kerja bawah tanah, di
mana hanya pecahan batu granit sahaja yang oleh
digunakan. Batu baur mestilah bersih dari
mengandungi ketul-ketul tanah liat yang melebihi
1% mengikut berat. Contoh batu baur yang kering
hendaklah tidak menunjukkan pertambahan berat
yang melebihi 8% setelah direndam dalam air dan
diuji mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan
hendaklah mempunyai bentuk yang sesuai dan tidak
menyerpih dengan indeks sepihan tidak melebihi 35.
Saiz maksimum batu baur adalah batu baur 19mm.
c) Penggredan Batu Baur
Analisa untuk penggredan batu baur hendaklah
mengikut Piawaian Malaysia M.S 7.5 dan hendaklah
mengikut had-had yang ditetapkan di dalam
spesifikasi. Penggredan di antara had-had yang
ditentukan hendaklah mengikut sepertimana yang
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
84/112
diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Jika didapati
perlu, batu baur halus hendaklah dibasuh atau
ditapis untuk mematuhi piawai yang disebut di atas
kehendak Pegawai Penguasa.
iii) Air
Air yang digunakan dalam kerja konkrit mestilah bersih
dan bebas dari unsur-unsur yang memudaratkan dan
hendaklah mendapat kelulusan dari Pegawai
Penguasa. Kontraktor hendaklah mengatur untuk
membekal dan menyimpan air yang secukupnya di
tapak bina untuk kegunaan membancuh dan mengawet
konkrit. Air juga hendaklah menepati kehendak
Piawaian Malaysia M.S 7.3.
4.8.3.3 Bancuhan Konkrit
Bancuhan konkrit hendaklah sepertimana yang
ditentukan di dalam spesifikasi dan sepertimana
yang telah diluluskan oleh P.P. Campuran konkrit
hendaklah dikadarkan mengikut salah satu cara
berikut :
i. Campuran direkabentuk..
ii. Nisbah air simen.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
85/112
a) Campuran Konkrit Nominal
Kecuali jika selainnya diluluskan oleh P.P, konkrit
hendaklah dikadarkan sepertimana yang
terkandung di dalam spesifikasi. Kuantiti untuk
simen, batu baur halus dan kasar hendaklah
ditentukan dengan timbangan berat dan air
dengan sukatan isipadu. Batu baur halus dan
kasar hendaklah disukat secara berasingan.
Penimbang sukatan hendaklah digunakan untuk
menimbang berat simen, batu baur halus dan
kasar. Kejituan berat yuang ditunjukkan oleh
penimbang sukatan hendaklah sentiasa
diperiksa dan hendaklah dipastikan supaya
berada dalam lingkungan 2 % daripada jumlah
berat sebenar batu baur dan simen dalam satu
sukatan.
Kadaran campuran bahan-bahan tersebut
adalah bertujuan untuk kegunaan kerja kecil di
tapak bina yang terpencil dan hanya boleh
digunakan dengan kelulusan P.P. Dalam situasi
ini, kuantiti simen hendaklah ditentukan dengan
timbangan berat dan untuk batu baur halus dan
kasar dengan sukatan isipadu. Isipadu batu-batu
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
86/112
baur hendaklah disukat dengan menggunakan
kotak penyukat yang diluluskan.
Timbangan berat dan sukatan isipadu
batu-batu baur halus dan kasar seperti yang
terkandung di dalam spesifikasi adalah untuk
bahan-bahan dalam keadaan kering. Ujian ke
atas batu baur hendaklah dilakukan dua kali
sehari atau lebih kerap lagi sekiranya difikirkan
perlu oleh P.P. Kandungan air di dalam batu
baur hendaklah di ambil kira apabila menentukan
kuantiti air yang akan di masukkan ke dalam
campuran. Nisbah air simen yang betul akan
menghasilkan kekuatan konkrit yang akan
mampu dikerjakan dan dipadatkan secukupnya
dengan menggunakan penggetar.
Sekiranya didapati campuran konkrit
adalah keras semasa bancuhan,
pengubahsuaian hendaklah dilakukan dengan
menambah kadaran kedua-dua air dan simen
tanpa menambah nisbah air simen tersebut.
Kadaran simen hendaklah ditambah sekiranya
kekuatan kiub kerja jatuh di bawah paras yang
ditentukan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
87/112
b) Campuran Konkrit Direkabentuk
Campuran konkrit direkabentuk boleh digunakan
dan hendaklah menepati perakuan Kod Amalan
C.P 114. Gred-gred konkrit yang digunakan
hendaklah sepertimana yang ditunjukkan di
dalam jadual di bawah ini dan jadual ini adalah
menggantikan Jadual 4 dari Kod Amalan C.P
114.
Simen, batu baur halus dan kasar dan air
hendaklah menepati fasal-fasal yang ditentukan
di dalam spesifikasi sebelum daripada ini.
Sekiranya kontraktor memilih untuk
menggunakan campuran konkrit direkabentuk,
dia hendaklah mengambil kerja seorang pekerja
yang cekap dan mempunyai kelayakan yang
sesuai untuk mereka bentuk campuran tersebut,
untuk mengawasi dan mengarahkan semua
peringkat kerja persediaan dan peletakan konkrit.
Percontohan, pembuatan, pengawetan dan
pengujian kiub-kiub kerja hendaklah
dilaksanakan oleh P.P atau wakilnya dan
kontraktor hendaklah menyediakan semua
kemudahan. Kontraktor atau wakilnya boleh
hadir semasa kiub kerja ini dibuat dan diuji.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
88/112
Berikut adalah butiran yang perlu
dikemukakan oleh kontraktor sebelum P.P boleh
membenarkan sebarang campuran direkabentuk
digunakan.
a. Keadaan dan sumber bahan.
b. Butir-butir lengkap campuran-campuran
percubaan, kesemuanya menepati Kod
Amalan C.P 114 dan Piawaian British B.S
1881.
c. Kuantiti yang dicadangkan mengikut
timbangan berat bagi setiap bahan untuk
menghasilkan satu meter padu konkrit
yang dipadatkan secukupnya.
4.8.3.4 Ujian Yang Dilakukan Ke Atas Konkrit
Bagi memastikan bancuhan konkrit sesuai dan
telah mengikut standard yang telah ditetapkan.
Maka terdapat dua jenis ujian yang biasa
dilakukkan di tapak bina untuk menguji kekuatan
konkrit iaitu ujian penurunan dan ujian kiub.
Ujian-ujian ini akan dilakukkan sebaik
sahaja bancuhan konkrit sampai di tapak bina.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
89/112
a) Slump Test
Tujuan utama ujian penurunan adalah untuk
memastikan konkrit yang dikehendaki mengikut
prosedur yang ditetapkan. Ia dilakukan sebelum
kerja penuangan konkrit pada struktur bangunan
dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas
semua truck mixeryang masuk ke tapak.
Terdapat 3 jenis penurunan yang kerap
kali terjadi iaitu penurunan sebenar (true slump),
penurunan ricih (shear) dan penurunan runtuh
(collapse).
Peralatan Dan Bahan
i. Ferastrem berbentuk kon setinggi 300mm
. berdiameter bahagian atas 100mm dan
diameter bahagian bawah 200mm dan
terdapat dua pemegang sisi.
ii. Rod pemadat diperbuat daripada keluli.
Berdiameter 16mm dan pajangnya
600mm.
iii. Pembaris
iv. Plat tapak
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
90/112
Rajah 4.9 : Jenis-Jenis Penurunan
Prosedur Kerja
1. Letakkan plat tapak yang telah dilembabkan
diatas permukaan lantai yang rata.
2. Letakkan kon ferastem di atas plat.
3. Tahan kon ferastem menggunakan kedua-dua
belah kaki pada pemegang kaki.
4. Masukan konkrit pada lapisan pertama dan
dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25
hentaman
5. Masukkan konkrit untuk lapisan kedua dan
dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25
hentaman.
6. Masukkan konkrit untuk lapisan ketiga dan
dihentak menggunakan rod besi sebanyak 25
hentaman kemudian diratakan pada
permukaannya
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
91/112
7. Angkat kon acuan dengan berhati-hati secara
pugak.
8. Biarkan konkrit bergerak secara sendiri tanpa
ada sebarang gegaran
9. Setelah runtuhan stabil terbalikkan kon acuan
dan letakkan rod besi diatas acuan.
10. Bacaan diambil dan dicatatkan.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
92/112
Rajah 4.10 : Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak 900mm)
Rajah 4.11 : Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak 100mm)
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
93/112
b) Ujian Kiub(Cube Test)
Tujuan ujian ini adalah untuk mendapatkan
persampelan 150mm kiub yang seragam agi
menentukan ketumpatan kekuatan mampatan. Ujian
ini juga dilakukkan sebaik sahaja bancuhan tiba di
tapak bina.
Peralatan yang digunakan adalah :
i) Acuan besi tuang keluli (150mm x
150mm)
ii) Klip penahan
iii) Plat tegak, bolt dan nat
iv) Bar penghentak (25mm, 1.8kg)
Prosedur Ujian Kiub
a) Sebelum konkrit dimasukan ke dalam acuan,
pastikan acuan bersih dan telah disembur
minyak bagi memudahkan acuan dibuka.
b) Konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan dan
setiap lapisan dihentak 35 kali.
c) Acuan akan dibiarkan selama 24 jam dan setiap
kiub akan ditanda untuk lebih mudah
dikenalpasti.
7/25/2019 Report Akhir Latihan Industri
94/112
d) Selepas acuan dibuka, kiub akan dimasukkan ke
dalam tangki yang disediakan untuk tujuan
pengawetan.
e) Pastikan paras air tangki melebihi ketinggian
kiub.
Tempoh ujian kiub yang dilakukkan di tapak bina ini
ialah 7 hari dan 28 hari. Setelah mencapai tempoh
tersebut, kiub akan di bawa ke makmal konkrit untuk
ujian tekanan ke atas kiub. Tujuan ujian ini adalah
untuk memastikan konkrit tersebut mematuhi
piawaian yang ditetapkan. Sewaktu ujian tekanan ini
dilakukkan, ianya hendaklah diwakili oleh pihak
RWS dan pihak KEJORA.
Alat yang digunakan untuk ujian ini adalah mesin
menguji kekuatan konkrit (concrete compression test
machine).
7/25/2019 Repo
Top Related