GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TAJUK ARTIKEL:
Liability for careless teaching:should Australians follow the
Americans or the British?
Andrew HopkinsUniversity of Melbourne, Melbourne, Australia
Journal of Educational Administration, 34(4):39-59.
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
PENSYARAH:
DR. ISHAK BIN SIN
BAHIYAH BT OTHMAN
800447
ROSHIDA BT MUSTAFFA
800638
SABRI BIN AWANG
800643
1
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
SARJANA SAINS (PENGURUSAN PENDIDIKAN)
Di Amerika “Penyelewengan dalam pendidikan” yang berkaitan dengan sekolah
dan guru yang di dakwa oleh pelajar tidak akan dilayan oleh mahkamah. Undang-undang
Amerika Syarikat tidak akan memberi pampasan kepada pelajar dan menghukum guru
dan sekolah berdasarkan kecuaian/kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Pelajar-pelajar di Amerika Syarikat tidak akan memperolehi pampasan dari
mahkamah daripada kecuaian atau kelemahan guru dan sekolah untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Undang-undang ini tidak akan berubah melainkan mahkamah di Amerika
Syarikat diyakinkan untuk mengubah undang-undang mengenai perkara ini atau Badan
Perundangan Negeri meluluskan undang-undang untuk membolehkan tindakan saman
dilaksanakan.
Manakala undang-undang di ‘Common Law’ di United Kingdom pula meletakkan
tanggungjawab sekolah dan guru untuk pembangunan intelektual pelajar. Pelajar akan
disediakan dengan pengalaman yang mencabar dalam bentuk kerja sekolah, guru pula
akan bertanggungjawab memantau pelajar untuk menilai dan memberi nasihat dalam
pendidikan yang diperlukan oleh pelajar.
Di Australia pula, sekolah dan guru-guru pada masa itu terpaksa
bertanggungjawab samada mengikut peraturan atau undang-undang terhadap kecederaan
yang dialami oleh pelajar kesan daripada kelemahan pengajaran dan pembelajaran di
2
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
sekolah, lebih kepada undang undang di United Kingdom berbanding di Amerika
Syarikat. Contoh kes yang berkaitan kecuaian pendidikan yang diambil dari United
Kingdom ialah E (a minor) v. Dorset County Council; Christmas v. Hampshire County
Council; Keating v. London Borough of Bromley.
Di Amerika, polisi mahkamahnya enggan mengiktiraf tuduhan yang di sebabkan
oleh kecuaian atau kelemahan dalam pendidikan. Oleh itu adakah mahkamah di
Australia perlu mengikuti mahkamah Amerika Syarikat atau United Kingdom di dalam
tuntutan kecuaian pengajaran ini, menjadi satu persoalan di dalam artikel ini.
Kemungkinan di Australia pada masa depan, sekolah boleh disaman atas kesalahan,
kelemahan, penyelewangan dalam pendidikan. Hal ini bergantung kepada pihak yang
terlibat dalam perundangan di Australia.
Mengikut suasana di Australia pada masa ini, terdapat dua cara untuk guru dan
sekolah dipertanggungjawabkan dalam kecedaraan yang di alami oleh pelajar-pelajar
kesan daripada kelemahan atau kecuaian pengajaran iaitu:
a) Melalui penggubalan undang-undang oleh parlimen(parlimen mempunyai
kuasa untuk melaksanakannya) sekarang komanwel telah mengiktiraf ‘UN
Convention’ dalam hak kanak-kanak, kemungkinan untuk menggunakan
hubungan luaran sebagai kuasa konsituasi dalam penggubalan undang-
undang untuk menguatkuasakan hak tersebut terhadap pendidikan.
3
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
b) Melalui mahkamah pula, mengenalpasti hak undang-undang bagi
menyaman atau mendakwa guru dan sekolah atas segala kerosakan dan
kecederaan akibat daripada kecuaian pengajaran dalam keadaan tertentu.
Menurut Akta Pembaharuan Pendidikan New South Wales 1990, ada menyatakan
dalam Seksyen 4 : Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk menerima pelajaran untuk
memastikan setiap kanak-kanak menerima pelajaran dengan kualiti yang terbaik.
Perkara ini diperjelaskan lagi dalam Seksyen127: yang menerangkan dengan lebih jelas
bahawa Seksyen4 tidak memberi peluang untuk sebarang tindakan oleh pihak awam.
Manakala, tanggungjawab guru yang terkandung dalam ‘Common Law’ Australia
pula menyatakan bahawa sekiranya peraturan parlimen tidak memberi kuasa kepada
pelajar untuk mendakwa di atas sebarang kecuaian atau kekurangan/kelemahan
pengajaran, undang-undang mahkamah mungkin wujud untuk memberi hak mendakwa
berdasarkan kecuaian.
Undang-Undang TORT dalam kecuaian pula ada menggariskan tiga perkara utama yang
perlu dibuktikan wujud sebelum kes kecuaian ini dibuktikan bersalah dalam mahkamah.
Tiga perkara tersebut adalah:
a) Pihak plaintif mesti membuktikan bahawa undang-undang menuntut pihak
tertuduh bagi memikul tanggungjawab dengan hormat terhadap pihaknya.
4
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
b) Pihak plaintif perlu membuktikan bahawa pihak defendan telah memungkiri
tanggungjawabnya dan gagal untuk melaksanakannya dengan baik mengikut
standard yang diperlukan dalam undang-undang semasa mengendalikan sesuatu
urusan berkaitan dengan plaintif.
c) Pihak plaintif perlu membuktikan bahawa pihak tertuduh telah memungkiri
tanggungjawabnya yang mengakibatkan kerosakan/kecederaan yang boleh
diramalkan oleh plaintif.
Tujuan “law of tort” (undang-undang kesalahan)berbeza dengan undang-undang
jenayah, dimana” law of tort” hanyalah perlu membayar gantirugi kepada plaintif
berbeza dengan undang-undang jenayah yang perlu hukuman yang berat.
Kecuaian Dalam Memberi Kenyataan Semasa Pengajaran.
Seseorang boleh dipertangungjawabkan sekiranya dia membuat tuduhan atau
kenyataan yang salah yang membawa kesan yang serius di mana orang itu menyedari
atau perlu menyedari bahawa orang lain bergantung atau bertindak di atas nasihat atau
maklumat adalah wajar atas tindakan tersebut.
Guru-guru kelas di sesebuah sekolah hendaklah menyediakan khidmat nasihat
dalam kariernya, pilihan subjek, keperluan untuk memasuki kursus, bagaimana untuk
5
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
belajar menghadapi peperiksaan dan kadang-kadang mereka memberi soalan ramalan
dalam peperiksaan umum.
Guru-guru bertanggungjawab dalam menyediakan maklumat di dalam kelas,
contohnya guru ekonomi memberi maklumat terkini dalam inflasi dan trend pengurusan
apabila menyediakan pelajar ke arah peperiksaan dan bertanggungjawab memaklumkan
kepada pelajar tentang kandungan dalam kurikulum wajib di sekolah.
Jika maklumat yang diberikan itu memberi kesan buruk akibat daripada salah
maklumat, maka berlakulah kecuaian dalam pengajaran. Kesannya guru-guru ini boleh
disaman dalam mahkamah. Antara kes-kes mengenai kecuaian pengjaran yang dibawa ke
mahkamah adalah E (a minor) v. Dorset County Council; and Christmas v. Hampshire
County Council. Namun kesemua kes ini berpihak kepada guru dan sekolah.
KEPUTUSAN KES HOUSE OF LORDS
i) Kes E (minor) v. Dorset Country Cuoncil.
ii) Christmas v. Hampshire Country Council.
iii) Keating v. London Borough of Bromley.
Ketiga-tiga kes pelajar ini di tuntut secara berasingan di atas kecuaian pihak
pendidikan yang gagal menyediakan kelas khas kepada ketiga-tiga pelajar ini.
Setiap tuntutan dibuat di mahkamah oleh keluarga mereka.
6
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
Pihak plaintif mengatakan bahawa pihak pendidikan perlu
bertanggungjawab di atas kegagalan anak-anak mereka. Misalnya kes E (minor)
yang mengalami masalah disleksia (sukar mengenal huruf dan kadangkala
menulis huruf terbalik) tidak diendahkan oleh pihak yang
dipertanggungjawabkan. Kanak-kanak ini di letakkan di dalam kelas murid
normal. Oleh itu, pelajar ini telah tercicir dan gagal menguasai kemahiran belajar
di dalam pembelajarannya. Ibubapa mangsa telah memaklumkan tentang
kesihatan anaknya kepada pihak pendidikan sejak mereka di peringkat rendah
lagi. Namun, aduan mereka tidak di beri perhatian dan di ambil tindakan.
Setiap tuntutan di atas telah di tolak sepenuhnya oleh hakim mahkamah di
dalam perbicaraan pertama. Seterusnya plaintif membuat rayuan di mahkamah
Persekutuan juga kes ini di tolak sepenuhnya.
Mahkamah di Amerika Syarikat tidak mempunyai atau menggubal
undang-undang yang berkaitan kecuaian di dalam pendidikan yang telah
menyebabkan kagagalan para pelajar menguasai pembelajarannya sepanjang di
sekolah. Mahkamah juga tidak melayan kes-kes yang berkaitan dengan kualiti
pengajaran mahupun kesesuaian lokasi pelajar – pelajar.
7
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
Kes Peter W. v. San Francisco Unified School Distric [9]: (Californian).
Kes Peter W adalah kes di mana pihak plaintif mendakwa setelah tamat
pengajian di sekolah Tinggi, beliau masih tidak menguasai kemahiran-kemahiran
dalam pembelajaran. Beliau mendakwa bahawa sekolah telah gagal menyediakan
pendidikan yang secukupnya kepadanya. Situasi ini juga telah menyebabkan dia
gagal mendapat pekerjaan yang bagus dan sering diperlekehkan.
Justeru, Peter mengambil tindakan ke atas pihak pendidikan di
Mahkamah, namun juga di tolak atas alasan kes yang melibatkan kecuaian
pendidikan dalam pengajaran tidak dilayan di mahkamah. Kes ini juga terbatal
dan pihak plaintif gagal di dalam tuntutannya.
Enam polisi kenapa kes ditolak
i) Walaupun terdapat banyak teori-teori di dalam pembelajaran
namun tidak mungkin akan membolehkan kesemua pelajar dapat
atau berjaya menguasai sepenuhnya pembelajarannya. Ini
menunjukkan bahawa tidak mungkin untuk mencipta satu standard
yang paling sesuai untuk diadili ke atas guru samada cuai ataupun
tidak.
ii) Faktor-faktor perbezaan seperti fizikal, neurology, emosi,
kebudayaan dan persekitaran juga memainkan peranan utama.
Adalah tidak mungkin dasar pendidikan dapat mengatasi
8
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
perbezaan latar belakang ini untuk memastikan setiap murid
memperolehi hak masing-masing.
iii) Kecederaan yang di alami oleh Peter iaitu plaintif bukan
terkandung di dalam Law Of Torts di Amerika Syarikat.
iv) Pendapat ada berkata bahawa, jika mahkamah menggubal dan
mengadakan dasar yang di kenali sebagai amalan salah ini, maka
banyaklah kes-kes akan menghujani ke mahkamah-mahkamah
tentang kes ini. Malah, bertambahlah masa dan wang yang
dipersis-siakan untuk mempertahankan hak-hak mereka.
v) Masalah ini jika diambil kira, maka akan ujudlah beban tambahan
terhadap sistem pendidikan yang akan sentiasa dikritik pada setiap
masa.
vi) Mahkamah mangatakan bahawa jika kes-kes ini dilayan, maka
akan menjadi lambakan kes-kes di mahkamah yang tertunggak.
Oleh itu, sudah tentu ia akan menyusahkan bidang penghakiman
dan mungkin akan hilang pertimbangan mereka terhadap
krediabiliti pengurusan pendidikan.
Kes-kes di New York
Kes Donohue v. Copiague Union Free School District. Kes ini melibatkan sorang
pemuda yang menyaman sekolahnya kerana menganggap kecuaian sekolah memberikan
pendidikan yang sepatutnya terhadap beliau. Kes ini adalah sama seperti kes Peter W. Di
9
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
mana beliau yang sangat miskin dan masih gagal menguasai kamahiran belajar sehingga
sukar mendapat pekerjaan yang bagus.
Kes ini juga gagal dan di tolak oleh mahkamah walaupun di rayu sebanyak 2 kali.
Alasan mahkamah ialah sepatutnya mahkamah tidak diganggu dengan kerja-kerja
pentadbiran di dalam pendidikan.
Walaupun, pelbagai isu timbul tentang keputusan kes-kes ini, namun dasar
pendidikan di Amerika Syarikat dan British mempunyai masalah sedia ada yang terlalu
banyak yang timbul ekoran dari perubahan masa . Tidak mungkin Dasar pendidikan ini
dapat memenuhi dan memuaskan hati semua pihak samada sekolah-sekolah awam
mahupun swasta. Malah bukan prosedur mahkamah bagi menentukan bagaimana mencari
sumber-sumber terbaik di dalam bidang pendidikan bagi mengatasi permasalahan ini.
Kadangkala ia amat bertentangan dengan bidang kuasa mereka.
Di dalam artikel ini Hopkins menyentuh beberapa isu seperti yang disenaraikan di
bawah:
a) Di Australia sejaumanakah sekolah-sekolah dan guru-guru, bertanggungjawab
terhadap untuk kecederaan pelajar-pelajar.
b) Meneliti keputusan-keputusan UK dalam E (a minor) v. ( Dorset County Council;
Christmas v.Hampshire County Council; Keating v. London Borough of Bromley;
c) Sebab-sebab mahkamah-mahkamah Amerika Syarikat enggan melayan tuntutan
kecuaian pengajaran.
10
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
d) Adakah mahkamah-mahkamah Australia harus mengikut mahkamah-mahkamah
Amerika Syarikat atau mahkamah-mahkamah United Kingdom mengenai
tuntutan kecuaian pengajaran.
Di sini timbul isu adakah polisi Amerika Syarikat itu boleh diterima oleh Australia atau
tidak.? Terdapat empat pertikaian perundangan yang dibincangkan di dalam artikel ini ,
iaitu dengan merujuk kepada kes Peter W yang telah disebutkan sebelum ini.
a) Adakah terdapat peruntukan taraf penjagaan yang sesuai ‘Standard Of Care’
dalam pendidikan di Australia untuk diapplikasikan dalam amalan pendidikan.
b) Perlu dibuktikan wujudnya hubungan yang kukuh antara kecuaian pendidikan
yang dinyatakan dengan kecederaan yang dialami oleh pelajar.
c) Kecederaaan termasuk dalam undang-undang Tort.
d) Kerosakan/kecederaan yang dialami oleh pelajar tersebut perlu ditafsirkan.
Di sini mahkamah di Us tidak mengendahkah apa-apa kes yang bersangkutan dengan
pendidikan yang menyebabkan banyak kes sedemikian gagal di mahkamah.Terdapat
lima isu utama yang dibincangkan di sini yang diambil daripada kes-kes di Amerika
Syarikat iaitu:
a) Benteng atau penghalang dalam perundangan terhadap bidang pendidikan perlu
dibuka.
b) Pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar supaya mengelakkan diri daripada
mengenakan tindakan undang-undang.
c) Pampasan kewangan adalah pengganti yang kurang baik dalam pendidikan.
11
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
d) Ancaman perundangan menjadi penghalang terhadap pengajaran yang lebih
baik.
e) Pihak mahkamah tidak sepatutnya menjalankan penghakiman terhadap para
pendidik yang dianggap sebagai profesional.
Hujah Mengenai Pembukaan Benteng Penghalang Tindakan Undang-Undang
Terhadap Bidang Pendidikan (Floodgates )
Wujud kesukaran untuk membuktikan hubungan bersebab antara pengajaran guru
yang menyebabkan kegagalan belajar seseorang pelajar. Timbul banyak kesukaran
untuk membuktikan apa-apa kerugian ekonomi penting akibat daripada pengajaran
yang kurang bagus. Adakah pelajar gagal kerana guru lemah dalam pengajaran?
Apabila timbulnya sesuatu kes, maka ia akan membawa kepada kesan lain seperti isu
perbelanjaan untuk mengendalikan prosiding perundangan dan kesukaran untuk
memperolehi bantuan perundangan. Ini menyebabkan kurangnya isu perundangan dalam
pendidikan di bawa ke mahkamah. Pihak mahkamah di Amerika Syarikat , perkara ini
adalah sesuatu yang tidak dipentingkan dimana apabila sesuatu kes kecuaian pengajaran
cuba di bawa ke mahkamah ,biasanya kes itu akan kalah kerana pihak yang berkaitan
dengan pendidikan seperti sekolah dan guru akan dilindungi daripada tindakan undang-
undang atas sebab-sebab di atas.
12
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
Hujah “Mempromosi Pelajar untuk mengelakkan tindakan perundangan”
Pihak yang berkaitan dengan pendidikan di Australia tidak bersetuju dengan cara
yang dilakukan di Amerika Syarikat yang mempromosikan pelajar supaya mengelakkan
tindakan undang-undang terhadap dalam bidang pendidikan. Pihak di Australia lebih
suka mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa pelajar untuk berbincang mengenai
masalah pelajar dan jika ada apa –apa kemusykilan mereka lebih suka berbincang diluar
mahkamah.Antara perkara yang dibincangkan dan dipersetujui bersama antara sekolah
dan ibu bapa ialah mencari jalan meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka
dengan beberapa cara berikut:
a) Memastikan pelajarbersama dengan kumpulan rakan sebaya (group peers)
b) Menjauhi perkara yang boleh menjatuhkan harga diri
c) Mencari cara-cara terbaik untuk meningkatkan kemajuan akedemik pelajar.
Hujah adakah wang ’pengganti yang kurang baik’ dalam pendidikan.
Untuk hujah bagi tajuk ini, pihak Australia bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Namun menurut mereka, dalam ketiadaan jalan lain, pampasan kewangan adalah
pemulihan segera sahaja. Ia adalah nilai yang sedikit sahaja yang ditawarkan oleh
mahkamah berbanding dengan keadaan mereka yang kehilangan anggota badan dan
keseronokan menjalani hidup akibat kematian otak.
Hujah adakah ancaman litigasi menjurus “defensif pendidikan?
Ancaman seperti mengambil tindakan undang-undang terhadap bidang pendidikan akan
menjadi penghalang terhadap pengajaran yang lebih baik. Mereka jadi takut-takut untuk
13
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
mengajar, hal ini juga akan melemahkan kreativiti mereka kerana mereka ingin menjaga
standard minima untuk diterima di mahkamah. Namun menurut Australia, ia dapat
meningkatkan kesedaran liabiliti pengajaran di sekolah. Oleh itu ia dapat membawa
kesan positif. Guru-guru akan sentiasa berjaga-jaga terhadap teknik dan cara pengajaran
mereka. Akhirnya ia membawa kepada peningkatan profesionalisme dalam pengajaran.
Adakah Australia patut mengikut Amerika atau British?
Hal ini telah menghantui sekolah dan guru di Australia sejak 20 tahun lalu. Guru-guru
disarankan melayan integrasi dengan pelajar-pelajar cacat, membuat pertukaran-
pertukaran kurikulum utama, menambahkanbaikan cara penilaian kepada lebih “bukan
bersifat akademik”, mengendalikan pelajar-pelajar yang cenderung ke arah pekerjaan
kerana kemiskinan, menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar, melatih “rasionalisasi”
dan penggabungan, penurunan autoriti untuk peringkat sekolah dan pengurangan-
pengurangan kukuh dalam perbelanjaan kerajaan.
Masalah mereka ini semakin bertambah apabila pihak sekolah terpaksa berdepan
dengan kritikan pihak atasan terhadap guru dan sekolah. Ini boleh menyebabkan
pekerjaan sebagai guru mengalami satu kemerosotan relatif dalam pendapatan vis-à-vis
pekerjaan-pekerjaan kolar putih yang lain. Bidang pendidikan juga menjadi permainan
politik kepada sesetengah orang. Bidang ini menjadi ‘kambing hitam’ kepada permainan
sesetengah ahli ekonomi dan boleh membawa kepada bencana sosial.
14
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
Pendidikan yang standard adalah sentiasa dituntut secara berterusan oleh semua
pihak. Jika terjadinya pengurangan dalam standard tersebut ,maka sekolah sering
dipersalahkan.Adakah guru harus takut terhadap tindakan kecuaian dan menjadi trauma
untuk melibatkan diri dalam hal ini? Prosiding perundangan tidak disukai oleh pihak
sekolah dan guru kerana kelewatan menguruskan isu perundangan ini, membawa
tekanan yang akan dirasai berbulan-bulan malah bertahun lamanya, kerana isu ini
memakan masa yang lama untuk diputuskan oleh mahkamah. Tidak seperti profesion
lain, guru tidak dipandang tinggi oleh masyarakat dan tiada pendapatan yang tinggi untuk
menanggung pampasan akibat tuntutan liabiliti.
Terdapat pertikaian yang kuat untuk untuk mengecualikan guru daripada memikul
tanggungjawab profesional iaitu seperti jika pelajar gagal pelajaran, guru akan disaman.
Sekolah sepatutnya menunjukkan tanggungjawab dalam menyediakan peluang yang
wajar untuk mendapatkan hak mereka dalam pendidikan.
Undang-undang mengenai kecuaian tidak memerlukan kesempurnaan , kecuali
hanyalah kepada penjagaaan yang munasabah sahaja. Prospek perundangan boleh
mempengaruhi bidang pendidikan ke arah keperluan mencapai matlamat dengan jelas.
Untuk memastikan bahawa sumber yang cukup ada dan sistem ini berada dalam arah
matlamat tersebut, pentadbiran pendidikan yang lebih baik perlu diputuskan. Untuk
melepaskan perhatian terhadap seseorang pelajar dalam kelas seramai 30 orang adalah
amalan yang kurang baik ada kalanya tidak dapat dielakkan. Untuk memberi sepenuh
perhatian kepada seorang pelajar daripada 30 orang pelajar, akan menyebabkan guru
15
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
terpaksa berdepan dengan kemungkinan kecuaian dalam pengajaran walaupun guru
tersebut berada dalam kelas tersebut.
KESIMPULAN
Keputusan daripada mana-mana kes kecuaian di mana-mana negara seperti Australia,
Amerika Syarikat dan United Kingdom itu sendiri biasanya bergantung kepada fakta kes
tersebut. Kebanyakkan kes biasanya akan berpihak kepada pihak sekolah dan guru kerana
sukar untuk dibuktikan bahawa wujudnya kecuaian dalam pengajaran. Ianya adalah
sesuatu yang subjektif untuk diukur. Keputusan ‘The House Of Lords’ dalam E(a minor)
dan Other Appeal membawa kesan yang besar kerana menunjukkan bahawa mahkamah
di Australia masih dipengaruhi oleh hukum adat ‘Common Law’ Australia.
Oleh kerana , Australia masih memakai undang-undang ’common law’ maka para
pendidik diAustralia mungkin akan berdepan dengan kes kecuaian apabila mereka gagal
mematuhi ‘Duty Of Care’ dalam memberi masihat kepada pelajar. Ibu bapa pelajar
sekolah bukan kerajaan yang mana membayar yuran yang lebih tinggi dilihat lebih
terdorong untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah dan guru ,jika
mereka merasa wang dilaburkan tidak berbaloi dengan tahap pengajaran yang anak
mereka perolehi .Hal ini juga memberi peluang untuk mendapatkan gantirugi kepada apa
yang mereka bayar.
Apabila benteng perundangan tidak dibuka, sekolah sepatutnya masih proaktif dengan
menyediakan prosedur pengajaran yang sesuai untuk meminimakan kemungkinan
16
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
tuntutan kecuaian dibuat. Langkah yang perlu diambil termasuklah menyediakan
pentafsiran prestasi guru, pembangunan profesinalisme yang relevan, program-program
yang berkaitan dengan kemajuan pengajaran , prosedur yang dapat memastikan bahawa
kesukaran dalam pembelajaran dapat dikesan , faktor-faktor yang membawa ke masalah
dalam pembelajaran disiasat , mengadakan sistem untuk memastikan semua tajuk yang
ada dalam kurikulum wajib diajar. Kesimpulannya jelas bahawa Australia hanya
mengikut Amerika dalam sesetengah perkara dan mereka lebih cenderung kearah
undang2 common law.
Situasi Kecuaian Pengajaran Di Malaysia.
Di Malaysia ,guru-guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan samada
sekolah awam atau swasta termasuklah bagi pensyarah di institusi pendidikan tinggi,
terikat dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Di bawah akta ini jelas memperkatakan
mengenai tugas guru untuk mengajar melalui beberapa seksyen iaitu antaranya Seksyen
19 – sekolah hendahlah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
Oleh itu para guru mestilah mengajar dengan betul dan mengikut kehendak etika
kerja guru yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru di
sekolah kerajaan, pula terikat dengan pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya
Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan –Peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959, terikat
dengan pelbagai surat Pekeliling Iktisas, serta perlu mematuhi Perintah AM .
17
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
Para guru di Malaysia, sentiasa terikat dengan segala macam peraturan yang
menjadikan guru di Malaysia lebih berhati-hati dalam pengajaran. Namun setakat ini
belum ada kes yang di bicarakan ke mahkamah melibatkan kecuaian dalam pengajaran di
Malaysia walaupun beberapa ugutan mengenai perkara ini di terima terutama daripada
kalangan ibu bapa yang berpendidikan tinggi.
Oleh kerana perkara yang berkaitan dengan kecuaian dalam pengajaran sukar
dibuktikan, malah masalah murid lemah dalam pelajaran dipengaruhi oleh pelbagai
faktor, antaranya persekitaran di rumah, rakan sebaya, motivasi ibu bapa, genetik dan
lain-lain, maka kes-kes kecuaian dalam pendidikan boleh dipertikaikan dalam
mahkamah.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk
Guru Besar Dan Guru.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2007). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) &
Peraturan-Peraturan Dan Kaedah-Kaedah Terpilih., Petaling Jaya : International
Law Book Services
Mohd Ismail Othman (2006). Undang-Undang Untuk Pengetua Dan Guru
Besar,Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.
18
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION
LAMPIRAN
19
Top Related