Kajian Tindakan dalam Pendidikan
Buku : A Short Guide to Action Research (2nd Edition) oleh Andrew P. Johnson
Dicetak pada 2005 oleh Pearson Education, Inc.
ABSTRAK Buku ini menerangkan tentang bagaimana untuk
menjalankan Kajian Tindakan dalam Pendidikan.
A Short Guide to Action Research ini adalah satu panduan kepada pengkaji melalui komprehensif dan interpretasi menggunakan kaedah Kualitatif dan Kuantitatif dalam kaedah kajian pendidikan. Ini termasuklah dalam :a) Pemilihan Topikb) Pengumpulan, Penganalisaan dan Melaporkan Datac) Mengkaji Kajian Lepasd) Mempersembahkan Laporan Kajian.
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Hensen, 1996; McTaggart, 1997; Schmuck, 1997. Kajian Tindakan adalah proses untuk mengkaji situasi
sebenar sekolah atau kelas untuk memahami dan memperbaiki kualiti dalam tindakan atau arahan.
Foshy, 1998; Tomlinson, 1995. Kajian Tindakan adalah sejenis inkuiri yang mempunyai pra-
perancangan, tersusun dan boleh dikongsi bersama dengan guru-guru yang lain.
Dinkelman, 1997; McNiff, Lomax & Whitehead, 1996. Kajian Tindakan adalah satu kaedah yang sistematik dan
tersusun bagi guru untuk memerhati amalan mereka atau untuk meneroka masalah dan mencari penyelesaian yang terbaik .
6 LANGKAH KAJIAN TINDAKAN
1) Mengenalpasti masalah, pernyataan masalah atau mendefinisikan masalah yang ingin diteroka.
2) Tentukan jenis data yang ingin dikumpul, bagaimana data hendak dikumpul dan kekerapan untuk dikumpul.
3) Kumpul dan analisa data.
4) Terangkan bagaimana dapatan boleh digunakan dan diaplikasikan.
5) Lapor dan kongsi bersama dapatan dan rancang tindakan yang sesuai dengan yang lain.
6) Menjadikan dapatan atau permasalah sebagai satu sumber kajian lepas/ rujukan.
Kenalpasti Masalah
Tentukan jenis data yang
ingin dikumpul
Kumpul dan analisa data.
Terangkan bagaimana
dapatan boleh digunakan dan diaplikasikan.
Laporkan Dapatan
6 Langkah Kajian
Tindakan
Dapatan atau permasalah
menjadi sumber Kajian
Lepas
KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN
o Kajian Tindakan adalah penting untuk dan kenapa Guru perlu melakukan Kajian Tindakan :
Merapatkan jurang antara teori dan amalan dalam pendidikan
Menjadikan guru sebagai agen perubahan yang efektif
Memperkasakan peningkatan dan perkembangan profession perguruan.
PERNYATAAN MASALAH
Pernyataan masalah dalam buku ini mengandungi 3 elemen :› Mengenalpasti masalah
› Mencari penyelesaian
› Menguji jalan penyelesaian
1) Mengenalpasti Masalah
Masalah dikenalpasti dengan pemerhatian terhadap sesuatu situasi dan kemudian situasi tersebut dilihat boleh diperbaiki.
Mengenalpasti masalah bermaksud memahami amalan situasi dan meneroka semua faktor yang berkemungkinan untuk diperbaiki.
2) Mencari Penyelesaian
Terdapat 2 cara dalam mencari penyelesaian :a) Penyelesaian Masalah yang Kreatif (CPS)- Bermula dengan mendefinisikan masalah dan membina idea untuk penyelesaian.
- Matlamat utama : menghasilkan idea sebanyak mana yang boleh.
- Rangka penyelesaian:
1 • Kenalpasti masalah
2• Hasilkan seberapa banyak
idea
3• Pilih penyelesaian yang
terbaik
4• Kembangkan dan tapis
semula
5 • Implementasikan penyelesaian
6• Teliti, Nilai dan Tapis semula
pada bahagian yang perlu.
b) Analisis Mean-End (MEA)- Menerangkan deskripsi pada hasil yang
diinginkan.- Matlamat ditentukan bagi akhir hasil ini ;
global, sifat, tingkah laku atau situasi yang spesifik pada akhir hasil akan dipertimbangkan.
- Situasi semasa dinilai dan diterangkan.- Analisis dijalankan bagi mencapai hasil
tadi.- Akhirnya, perancangan dibuat untuk
mengubah situasi semasa kepada situasi yang diingini.
- Rangka penyelesaian:
1• Gambarkan hasil yang
diinginkan
2• Hasilkan idea yang perlu untuk
mencapai dapatan yang diingini
3 • Terangkan situasi semasa
4• Analisis min yang perlu untuk
mencapai hasil yang diinginkan
5• Bina dan implementasikan
perancangan
6• Teliti, Nilai dan Tapis semula
Perancangan
3) Menguji Jalan Penyelesaian Bahagian terakhir :
› Mengimplementasikan Penyelesaian ;› Uji penyelesaian tersebut samada ia berkesan atau
tidak.
Setiap rancangan, program atau penyelesaian yang baru perlukan sedikit perubahan semasa fasa implementasi.
Kajian Tindakan boleh digunakan sebagai penilaian formatif dan sumatif.
STRATEGI KAJIAN TINDAKAN
Bahagian akan menerangkan tentang strategi dalam mengumpulkan data terutamanya untuk guru novis.
3 jenis strategi iaitu dari segi Pemerhatian:› Memerhatikan Pelajar› Memerhatikan Guru Kelas› Memerhatikan Amalan Guru Sendiri
1) Memerhatikan Pelajar
Petakan pergerakan pelajar Perhatikan dan bandingkan pelajar
berdasarkan kebolehan mereka. Perhatikan dan bandingkan pelajar dari
pelbagai persekitaran. Perhatikan taman permainan Perhatikan panjang masa pada tugasan
tertentu Perhatikan tingkah laku dan spekulasikan
untuk dorongan Rekodkan topik yang ditulis.
2) Memerhatikan Guru Kelas
Teknik Pengurusan Soalan dan Maklum Balas Tahap Soalan mengikut Taksonomi
Bloom. Strategi untuk Menawan Pelajar Pemerhatian dan analsis yang menarik Penilaian dan Penaksiran
3. Memerhatikan Amalan Guru Sendiri
Penulis menggalakkan guru novis untuk sentiasa merakamkan episod pengajaran mereka.
Dengan rakaman, banyak maklumat dapat diperoleh.
Langkah pemerhatian:› Jenis soalan yang ditanya› Tahap soalan yang ditanya berdasarkan
Bloom› Masa menunggu – gunakan ‘stop watch’
› Pernyataan Pengurusan – Proaktif (untuk mengelakkan sesuatu) & Reaktif (reaksi terhadap sesuatu yang telah terjadi)
› Pemerhatian dan Analisis – rekodkan perkara yang penting dan menarik
Langkah Terperinci Kajian Tindakan
Pada awal bab 3 buku ini, 5 langkah kajian tindakan telah diperkenalkan.
Dalam bab ke-6 ini, lima langkah ini telah dipecahkan lagi kepada 9 langkah untuk lebih terperinci.
Susunan 9 langkah ini seharusnya boleh diadaptasikan dengan keperluan kajian seseorang dan situasi pengajaran.
(1)Kenalpasti Masalah @
Topik Kajian
(2) Tentukan
Masalah @ Topik Kajian
dalam Konteks
Teori
(4)Mulakan dengan
mengumpul dan
menganalisa data
(5) Jika perlu, benarkan soalan @ masalah
untuk berubah semasa
mengumpul data.
(6)Analisa dan susun data
(7)Laporkan
Data(9)
Cipta satu perancangan
untuk bertindak
Kenalpasti Masalah Kajian
Terdapat 3 langkah yang biasa digunakan iaitu :
1. Kaji atau nilai kaedah pengajaran2. Kenalpasti dan siasat sesuatu masalah3. Kaji bidang yang diminati atau yang
menarik.
Literature Review Tujuan utama dalam meneliti kajian lepas ialah :
› Untuk setkan topik kajian anda dalam konteks teoritikal dan
› Untuk membuat hubungan antara teori dan amalan kelas anda.
› Untuk membantu menhubungkan kajian anda dengan apa yang telah dilakukan oleh pengkaji lepas.
› Memberi anda contoh-contoh strategi, aplikasi, persoalan kajian, kaedah pengumpulan data atau teknik analisis data.
› Membenarkan anda untuk menjadi pakar dalam bidang yang anda kaji dan lebih berpengetahuan.
Sumber-sumber Kajian Lepas :a) Jurnal Akademik – sumber paling baikb) Internet – cepat tetapi perlu ditapisc) Buku d) Sumber tidak bercetak – temubual guru
berpengalaman, profession pendidikan yang lain.
Kaedah Pengumpulan Data
Definisi Data : sebarang bentuk maklumat, pemerhatian atau fakta yang dikumpul atau direkodkan.
Pengumpulan data ialah apa yang memisahkan kajian tindakan daripada editorial akhbar .
Data dikumpul dan daripada data ini kesimpulan dibuat.
Penulis menerangkan 13 kaedah pengumpulan data yang boleh digunakan.
Penulis hanya menyarankan pengkaji untuk mengambil 2 jenis kaedah untuk memudahkan kajian.
Kajian yang dikaji mudah dan ringkas. Semakin banyak data yang diambil,
kajian anda akan berkemungkinan menjadi kelam kabut dan tidak terurus.
13 Kaedah Pengumpulan Data
1. Jurnal Kajian2. Nota – Pemerhatian3. Checklists4. Conference & Temubual5. Video & Audiotapes6. Data Retrieval Carta7. Rating Checklists8. Students’ Products or Performance9. Surveys10. Attitude dan Rating Scales11. Seni12. Archival Data13. Websites, Class Journals atau E-mail.
Kaedah dalam Menganalisa Data
1. Kejituan dan Kredibiliti Rekod pemerhatian dengan berhati-hati dan jitu. Terangkan semua fasa pengumpulan data dan analisis. Pastikan anda rekod dan laporkan semua perkara yang
penting. Dalam penjelasan & intrepetasi pemerhatian, seboleh-
bolehnya biarla ia objektif. Gunakan sumber data yang mencukupi. Gunakan sumber data yang tepat Fikirkan secara mendalam dan yang terbaik
2. Kesahan, Kebolehpercayaan & Tiga Segi
Kesahan – darjah satu perkara yang dilaporkan untuk diukur Tiga segi – mengumpul lebih dari satu bentuk data atau
melihat sesuatu perkara lebih dari satu perspektif. Kebolehpercayaan – darjah satu kajian atau eksperimen
boleh diulang dengan dapatan yang sama.
3. Analisis Induktif – untuk memerhati satu bidang dan membina susunan dengan menyusun perkara kepada kumpulan atau kategori.
Perbincangan : Perancangan Tindakan
Bahagian yang paling penting dalam kajian tindakan.
Kesimpulan :› deduksi yang bersebab,› Selalunya tidak lebih daripada satu atau dua
perenggan menerangkan dapatan kajian anda.
Cadangan :› Cadangan umum tentang apa yang boleh
digunakan sebagai tindakan atau pilihan berdasarkan dapatan anda.
Perancangan Tindakan Merancang satu tindakan atau program ialah
menjadikannya satu tindakan dalam kajian tindakan.
Anda perlu melakukan sesuatu dan berikut merupakan 5 kemungkinan yang mungkin berlaku :
1. Pemahaman yang lebih terperinci tentang keadaan, kanak-kanak atau pelajar secara umum.
2. Penemuan pada sesuatu masalah3. Satu kaedah tindakan, program atau pedagogi berkesan yang
dijumpai.4. Satu kaedah tindakan, program atau pedagogi berkesan yang
perlu diperbaiki.5. Satu kaedah tindakan, program atau pedagogi yang dijumpai
tetapi tidak berkesan.
Top Related