Kod Kertas EEN 202 Page 1 of 13
KURSUS / TRADE TEKNOLOGI ELEKTRONIK
TAHAP / LEVEL TAHUN 1 SEMESTER 2
MODUL AUDIO AND VIDEO SYSTEM INSTALLATION
CONTENT STANDARD PELAN AND PREPARE HI-FI INSTALLATION
CODE EEN 202
CREDIT UNIT 3.0
CONTACT HOUR 5.0 HOUR/WEEK
LEARNING STANDARD1.1 Pelan and prepare for instllation Hi-Fi system1.2 Carry out HI-FI system installation1.3 Test of serviceability
NAMA PELAJAR
TUJUAN :
KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN :
1. Sistem HI FI2. Analisa Sistem HIFI3. Peranti HI FI4. Gambarajah Blok Sistem HIFI dan fungsi Cara pemasangan Sistem HIFI
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
KOLEJ VOKASIONAL ARAU PERLIS
KERTAS PENERANGAN
Kod Kertas EEN 202 Page 2 of 13
PENGENALAN
Hari ini ramai pengemar muzik samada di rumah atau di dalam kenderaan ingin
mendapatkan mutu bunyi yang menarik dan baik, oleh itu perancangan yang baik telah di
buat untuk mendapatkan suara ‘high fidelity’ atau ‘hi-fi’. Mutu suara terbaik seperti itulah
yang dicari pengemar audio.
Kita telah diperkenalkan pada produk pemain stereo yang unggul seperti ‘walkman’
yang sangat kecil dan ringan hingga dapat dibawa kemana-mana serta dilengkapi pula
dengan ‘head phone’ yang ringan. Hingga sekarang ‘walkman’ masih lagi popular biarpun
di pasaran ia sudah banyak berkurangan. Agar dapat didengar sambil belajar, ‘walkman’
kini telah dilengkapi dengan sepasang pembesar suara mini tanpa mengurangi mutu
suaranya.
Memang kebelakangan ini terdapat kurang permintaan terhadap peralatan hi-fi. Ini
bukan lagi zaman untuk berdisko dengan muzik yang berdentam bunyinya. Tetapi
sekarang ini ramai pengguna mula menyukai muzik yang berbentuk ringan, sedap didengar
atau berat tetapi enak buat dijadikan halwa telinga. Sekarang ini nampaknya pengeluar-
pengeluar sistem stereo hi-fi sedang giat merancang produk hi-fi yang canggih, mudah
dibawa dan mudah di tempatkan di mana pun di segenap penjuru ruang. Contohnya hi-fi
jenis compo adalah salah satu produk yang amat popular di saat ini dan banyak
penggemarnya dan sangat sesuai untuk seseorang seperti karyawan, mahasiswa dan
orang perseorangan. Mutu suara serta bunyi yang dihasilkannya amat hebat jika
dibandingkan dengan peringkat hi-fi besar. Dimana hi-fi compo terdiri dari komponen-
komponen hi-fi yang lengkap sehingga kita dapat menikmati sajian hi-fi yang benar-benar
memuaskan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas EEN 202 Page 3 of 13
APA ITU SISTEM HI-FI?
Rajah 1.0 dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini
terdiri dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat pick-
up, penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian peringkat
selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau volume, kawalan
suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau balance.
Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan
serta memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat ini
dapat diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita masukkan.
Rajah 1.0. Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah.
PRA PENGUAT
Bila kita ingin menggunakan isyarat-isyarat dari tape head, jarum magnetik, atau
mikrofon sebagai isyarat masukan, maka ia mesti melalui rangkaian penguat isyarat kecil
yang dikenali sebagai pra penguat. Pada peringkat ini semua frekuensi isyarat masukan
akan diperkuat dengan gandaan yang sama besar.
Sebagai contoh, IC uPC1032H buatan NEC digunakan untuk keperluan ini. Sebagai
penguat awal, uPC1032H memenuhi standard low noise dan sesuai bila digunakan untuk
menguatkan isyarat daripada tape head atau isyarat jarum magnetik yang mana nilainya
adalah amat kecil. Pada rajah 2.0 di bawah menunjukkan rangkaian pra penguat yang
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Sumber Masukan
Isyarat
Kuasa
Kod Kertas EEN 202 Page 4 of 13
sederhana. Rangkaian penyama ditentukan oleh nilai-nilai R1, R2, R3, C2, C3, dan C4,
pemilihan nilai komponen-komponen ini dapat ditentukan dengan merujuk pada jadual 2.1.
Rajah 2.0 Rangkaian pra penguat menggunakan IC uPC1032H
Pra penguat Head Tape
Pick Up Mic Aux1
X C:500 pF R:47 k R:47 k R:47 kR1 810 1k 1 k 1 k
R2 12 k 560 kHub.
SingkatHub. Singkat
R3 330 k 56 k 100 k 10 kC2 22 uF 47 uF 47 k 47 uFC3 - 6,8 nF - -C4 10 nF 1,5 nF 100 pF -
Jadual 2.1 Jadual nilai-nilai komponen pada pra penguat
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas EEN 202 Page 5 of 13
RANGKAIAN KAWALAN NADA
Rangkaian kawalan nada pada sistem hi-fi digunakan untuk mengawal gandaan
isyarat dari rangkaian pra penguat. Biasanya isyarat yang dapat dikawal pada peringkat ini
adalah seperti kawalan volume (bahana), kawalan treble, kawalan mid, suis pemilih
loudness dan juga kawalan bass. Pada amnya rangkaian kawalan nada terbahagi kepada
dua jenis iaitu jenis pasif dan juga jenis aktif. Rangkaian kawalan nada jenis aktif terdiri
daripada penapis band-pass yang dibina bersama penguat manakala jenis pasif hanyalah
terdiri daipada penapis-penapis band-pass pada julat frekuensi tertentu. Rajah 3.0 di
bawah menunjukkan rangkaian kawalan nada jenis Baxandall. Rangkaian ini cukup
memadai untuk sistem menerangkan suati sistem hi-fi yang mudah.
Input rangkaian kawalan nada ini adalah melalui suis pemilih yang dapat dipilih
daripada samada dari pra penguat atau sumber lain. Kemudian pada meterupaya 'volume'
dipasangkan suatu rangkaian 'loudness' yang digunakan untuk menonjolkan suara-suara
bass. Untuk potensiometer volume boleh digunakan samada jenis logaritmik (A) ataupun
jenis linear (B). Bila meterupaya linear digunakan maka R6 harus disambungkan supaya
meterupaya tetap bekerja secara logaritmik.
Sebelum masukan litar kawalan nada, terdapat satu penguat transistor yang
disusun dengan konfigurasi colector-base feedback. Pengawal keseimbangan diletakkan
pada masukan transistor tersebut, iaitu dengan P2 linear. Suara bass dikawal oleh P3,
sedangkan suara treble dikendalikan oleh P4. Keluaran dari rangkaian kawalan nada diberi
tambahan untuk kemudahan saluran keluar (line out) bagi membolehkan ia dihubungkan
dengan penguat kuasa di luar yang lebih besar.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas EEN 202 Page 6 of 13
Rajah 3.0 Rangkaian kawalan nada
PENGUAT KUASA STEREO
Penguat kuasa stereo berfungsi untuk menguatkan isyarat yang diambil daripada
rangkaian kawalan nada kepada suatu nilai yang lebih besar supaya isyarat tersebut dapat
menggerakan atau memacu speaker.
Sebagai contoh, IC penguat stereo jenis TA7230P dibincangkan dalam topik ini. IC
ini mengandungi penguat kuasa stereo terbina dalam dan ianya dikeluarkan oleh syarikat
Toshiba dari negara Jepun. Rangkaian luarnya sangat sederhana seperti yang ditunjukkan
pada rajah 4.0. R14, R15, C24, dan C25 pada inputnya merupakan rangkaian low pass filter.
C15 dan C18 digunakan untuk menjodohkan isyarat input dan menghalang voltan a.t. pada
pin 3 dan 8, C16 dan C17 merupakan penjodoh kepada pada isyarat a.u. agar suara-suara
frekuensi rendah tidak diredam. C19 adalah bypass filter untuk voltan riak untuk penguat
AF-nya. Keluaran penguat ini diambil dari pin 2 dan 10 melalui kapasitor C 22 dan C23,
Manakala bekalan kuasanya dibekalkan pada pin1 dan 8.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas EEN 202 Page 7 of 13
Rajah 4.0 Rangkaian penguat kuasa stereo.
BEKALAN KUASA
Bahagian ini tidak boleh tertinggal pada sistem audio mana sekali pun. Di sini hanya
bekalan kuasa yang sederhana dibincangkan seperti yang terdapat pada rajah 5.0
dibawah.
Untuk bekalan kuasa, sebuah transformer tap-tengah digunakan dengan kadaran
1A, 12-0-12 volt. Diod D1 dan D2 berfungsi sebagai liter penerus menukarkan voltan a.u.
kepada voltan a.t. dan ditapis oleh kapasitor C26. Titik positif C26 dibekalkan ke penguat
kuasa, iaitu pada titik VCC. Bekalan kuasa untuk rangkaian kawalan nada dan pra penguat
di ambil dari titik A dan B setelah voltan melalui penapis gyrator R17, C27, R18 dan transistor
BC 107.
Rajah 5.0 Litar bekalan kuasa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas EEN 202 Page 8 of 13
LITAR HI-FI LENGKAP
Rajah 6.0 merupakan litar lengkap dari sistem stereo hi-fi ini. Setelah mengenal
bahagian-bahagian dengan secara satu persatu, kita juga dapat menggabungkan
bahagian-bahagian yang telah dibincangkan di atas secara lengkap.
Rajah 6.0. Litar lengkap penguat stereo hi-fi
RAJAH BLOK SISTEM HI-FI
Gabungan bahagian-bahagian yang dibincangkan dalam bahagian 1.0 hingga 6.0
dapat digambarkan menggunakan gambarajah blok seperti di bawah :-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
1
3
2Penguat pemacu
Penguat kuasa
Pra - penguat
Tranduser masukan seperti mic, tape head dsb.
speaker
Kod Kertas EEN 202 Page 9 of 13
Rajah 7.0. Rajah blok system hi-fi.
FUNGSI SETIAP BLOK
Fungsi setiap blok seperti yang digambarkan pada rajah 7.0 di atas boleh diterangkan
seperti berikut ;
1. Tranduser masukan
1.1 Mikrofon
- Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio
1.2. Tape head
- Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audio
1.3. Antena
- Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio.
2. Pra-penguat 1dan 2
- Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu
3. Kawalan nada
Volume / bahana
- mengawal isyarat audio
- mengawal amplitud isyarat audio
- kawalan maksima
Bass
- mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak
Treble
- mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak
6. Penguat pemacu
- menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nada
- Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarik
- Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas EEN 202 Page 10 of 13
7. Penguat kuasa
- biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik.
- Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat
memacu speaker
8. Speaker
- menukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas EEN 202 Page 11 of 13
CARA PEMASANGAN SISTEM HI-FI
Rajah 8.0 di bawah menunjukkan kaedah memasang sistem hi-fi.
Rajah 8.0 : Cara Pemasangan Sistem Hi-Fi
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas EEN 202 Page 12 of 13
CONTOH-CONTOH KEROSAKAN PADA SISTEM HI-FI
Contoh-contoh kerosakan dalam sistem hi-fi adalah sama seperti kerosakan yang biasa
berlaku dalam sistem audio yang lain. Antaranya adalah seperti berikut :-
i) Tiada keluaran
ii) Keluaran berayun
iii) Keluaran herotan
iv) Keluaran lemah
v) Penerima mati
vi) Kendalian terputus-putus
vii) Gangguan hingar
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 04 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2004 (Versi 1)
Kod Kertas EEN 202 Page 13 of 13
CARA MENGESAN KEROSAKAN
i) Deria pendengaran
Penggunaan telinga untuk mendengar kerosakan pada hi-fi. Bunyi yang
dileluarkan oleh pembesar suara mungkin berayun atau tiada keluaran.
ii) Deria pandang
Penggunaan deria pandang untuk memerhatikan kesan kerosakan yang
berlaku, contohnya kesan kepada isyarat bunyi bagi set penguat audio yang
rosak seperti tiada isyarat keluaran audio.
iii) Teknik suntikan isyarat
Ia bermakna memasukkan isyarat yang sesuai daripada penjana isyarat (audio
generator) ke dalam sesuatu litar penguat audio untuk mengesan kerosakan
yang berlaku dalam set penguat tersebut
iv) Teknik surihan isyarat
Surihan isyarat ialah kita melihat atau menganalisa isyarat dengan
menggunakan osiloskop pada setiap bahagian litardan dibandingkan dengan
bentuk isyarat normal pada litar tersebut dimana ia dilakukan dengan
menggunakan bantuan litar skematik hi-fi.

Top Related