What is the Big6 - Terjemahan

4
Terjemahan APA ITU Big6? “Data yang telah diperolehi daripada beribu-ribu pelajar telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang telah diajar bahan-bahan bacaan bukan fiksyen dan informatif dengan menggunakan pendekatan Big6 melalui gabungan aktiviti-aktiviti berunsur kreatif, analisis dan praktikal, adalah lebih berjaya daripada pelajar-pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah-kaedah alternatif yang lain” Linda Jarvin, Ph. D, Profesor Madya, Pusat PACE, Universiti Yale. Big6 telah dihasilkan oleh dua orang pendidik iaitu Mike Eisenberg and Bob Berkowitz. Big6 ialah pendekatan dalam pengajaran ICT yang amat terkenal dan paling kerap digunakan di seluruh dunia. Big6 adalah sebuah model dan kurikulum bagi pengajaran kemahiran teknologi dan informasi yang telah diimplementasi oleh beribu-ribu sekolah-K, institusi pengajian tinggi, dan program-program latihan dewasa dan korporat. Model menyelesaikan masalah informasi Big6 ini boleh diaplikasikan pada bila-bila masa kita berdepan dengan penggunaan teknologi maklumat. Sesetengah berpendapat bahawa Big6 adalah strategi penyelesaian masalah informasi kerana dengan penggunaan Big6, pelajar-pelajar mampu untuk berhadapan dan menyelesaikan sebarang masalah, tugasan, dan dalam membuat keputusan. Model Big6 ini mengintegrasikan kemahiran mengaplikasikan teknologi maklumat dengan “peralatan-peralatan” teknologi melalui sebuah proses yang sistematik untuk mencari, mengguna, mengaplikasi dan menilai maklumat untuk tujuan dan tugasan yang spesifik. MENGAPA PERLUNYA PENGGUNAAN Big6 Di dalam dunia berinformasi seperti sekarang ini, kita semua mengalami masalah information overload. Terdapat terlalu banyak maklumat yang

Transcript of What is the Big6 - Terjemahan

Page 1: What is the Big6 - Terjemahan

Terjemahan

APA ITU Big6?

“Data yang telah diperolehi daripada beribu-ribu pelajar telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang telah diajar bahan-bahan bacaan bukan fiksyen dan informatif dengan menggunakan pendekatan Big6 melalui gabungan aktiviti-aktiviti berunsur kreatif, analisis dan praktikal, adalah lebih berjaya daripada pelajar-pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah-kaedah alternatif yang lain”

Linda Jarvin, Ph. D, Profesor Madya, Pusat PACE, Universiti Yale.

Big6 telah dihasilkan oleh dua orang pendidik iaitu Mike Eisenberg and Bob Berkowitz. Big6 ialah

pendekatan dalam pengajaran ICT yang amat terkenal dan paling kerap digunakan di seluruh dunia. Big6 adalah sebuah model dan kurikulum bagi pengajaran kemahiran teknologi dan informasi yang telah diimplementasi oleh beribu-ribu sekolah-K, institusi pengajian tinggi, dan program-program latihan dewasa dan korporat. Model menyelesaikan masalah informasi Big6 ini boleh diaplikasikan pada bila-bila masa kita berdepan dengan penggunaan teknologi maklumat. Sesetengah berpendapat bahawa Big6 adalah strategi penyelesaian masalah informasi kerana dengan penggunaan Big6, pelajar-pelajar mampu untuk berhadapan dan menyelesaikan sebarang masalah, tugasan, dan dalam membuat keputusan. Model Big6 ini mengintegrasikan kemahiran mengaplikasikan teknologi maklumat dengan “peralatan-peralatan” teknologi melalui sebuah proses yang sistematik untuk mencari, mengguna, mengaplikasi dan menilai maklumat untuk tujuan dan tugasan yang spesifik.

MENGAPA PERLUNYA PENGGUNAAN Big6

Di dalam dunia berinformasi seperti sekarang ini, kita semua mengalami masalah information overload. Terdapat terlalu banyak maklumat yang terbentang di dunia maya dan bukannya mudah untuk kita mengikut arus dunia IT ini. Tetapi walaupun kita dikelilingi dengan maklumat, masalah yang kita hadapi dengan lebihan maklumat ini adalah kita tidak tahu maklumat yang mana kita perlukan, bila kita memerlukannya, dan maklumat tersebut dalam bentuk yang kita ingini supaya kita boleh menggunakan maklumat tersebut dengan cara yang paling berkesan.

Satu cara untuk menyelesaikan masalah ini – cara yang paling kerap digunakan oleh kebanyakan sekolah, dunia bisnes dan juga masyarakat secara amnya – adalah dengan cara untuk mempercepatkan proses tersebut. Kita cuba untuk memuatkan sebanyak mungkin maklumat supaya kita boleh bekerja

Page 2: What is the Big6 - Terjemahan

dengan lebih pantas dan lebih banyak kerja boleh dilaksanakan. Tetapi, cara ini telah terbukti sebagai kurang memberangsangkan. Mempercepatkan keadaan hanya berkesan untuk jangka masa yang pendek. Apa yang perlu dilakukan adalah kita perlu memikirkan cara untuk mengajar pelajar-pelajar kita supaya belajar secara pintar, bukan secara pantas. Terdapat satu alternatif untuk belajar secara pantas. Ia adalah suatu cara yang lebih pintar – cara di mana pelajar-pelajar akan berupaya untuk menghasilkan kemahiran-kemahiran dan pemahaman yang diperlukan oleh mereka untuk mencari, memproses dan menggguna maklumat dengan cara yang paling berkesan. Penyelesaian yang lebih pintar ini memfokuskan kepada proses dan juga isi kandungan maklumat tersebut. Ia adalah Model Big6.

Selain mentakrifkan Big6 ini sebagai suatu proses, kita juga boleh melihat Big6 ini sebagai suatu set kemahiran-kemahiran hidup asas yang sangat diperlukan oleh para pelajar kita. Kemahiran-kemahiran ini boleh digunakan di dalam semua situasi dan keadaan – di sekolah, di tempat kerja, di peringkat personal. Kemahiran-kemahiran dalam Big6 boleh diaplikasikan di dalam mana-mana subjek sekolah di mana-mana peringkat darjah, tingkatan dan gred. Para pelajar menggunakan kemahiran-kemahiran Big6 apabila mereka memerlukan maklumat untuk menyelesaikan masalah, melengkapkan tugasan dan membuat keputusan.

Kemahiran-kemahiran Big6 ini paling berkesan dipelajari apabila ia di integrasikan di dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan di dalam kelas. Guru-guru dan pakar-pakar media perpustakaan boleh terus mengaplikasikan Big6 dengan cara:

Menggunakan terminologi-terminologi Big6 apabila memberikan tugasan-tugasan dan latihan

Menerangkan kepada para pelajar cara menggunakan proses Big6 untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan

Bertanya soalan-soalan penting dan memfokuskan perhatian kepada tindakan-tindakan dalam Big6 yang spesifik kepada tugasan yang diberikan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Kemahiran-kemahiran komputer dan teknologi informasi adalah komponen-komponen yang sangat penting sebagai sebahagian daripada kemahiran-kemahiran Big6. Sebagai contoh, apabila para pelajar menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan surat, pelajar tersebut telah menggunakan kemahiran Big6 #5 Synthesis (Penggabungan). Apabila mereka menggunakan World Wide Web (internet) untuk mencari maklumat, mereka telah menggunakan kemahiran Big6 #3 Location and Access. Apabila mereka menggunakan e-mail untuk berbincang sesame mereka atau dengan guru mengenai tugasan yang diberikan, mereka telah menggunakan kemahiran Big6 #1 Task Definition. Penggunaan komputer memang boleh mengasah kemahiran-kemahiran para pelajar.

Page 3: What is the Big6 - Terjemahan

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN Big6 SECARA RINGKAS

Dibawah ini disenaraikan keenam-enam peringkat Big6. Terdapat 2 sub-peringkat bagi setiap peringkat di dalam model Big6 ini iaitu:

1. Definisi Tugasan1.1. Memahami maksud masalah1.2. Mengenalpasti maklumat yang diperlukan

2. Strategi Mencari Informasi2.1. Mengenalpasti kesemua sumber maklumat2.2. Memilih sumber yang terbaik

3. Lokasi dan Access3.1. Mengenalpasti lokasi sumber (dari sudut fizikal dan intelek)3.2. Mencari maklumat di dalam sumber yang diperolehi

4. Penggunaan Informasi/Maklumat4.1. Aplikasi melalui mendengar, melihat, membaca, menyentuh4.2. Mengekstrak maklumat yang relevan

5. Penggabungan5.1. Menyusun informasi atau maklumat dari pelbagai sumber5.2. Membentangkan maklumat tersebut

6. Penilaian6.1. Membuat penilaian hasil atau produk (keberkesanannya)6.2. Membuat penilaian proses yang dilalui

Kita melalui keenam-enam peringkat ini – sama ada secara sedar atau tidak – apabila kita mencari atau mengaplikasi maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau dalam membuat keputusan atau pilihan tertentu. Adalah tidak penting untuk melengkapkan keenam-enam peringkat megikut sususannya yang sedia ada dan setiap peringkat tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Kami telah mendapati bahawa kesemua situasi penyelesaian masalah yang berjaya telah menggunakan kesemua enam peringkat.