w126 permasalahan sosial dan politik dalam novel terpilih najib ...
Transcript of w126 permasalahan sosial dan politik dalam novel terpilih najib ...
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 546
PERMASALAHAN SOSIAL DAN POLITIK DALAM NOVEL TERPILIH NAJĪB MAHFŪZ
DAN SHAHNON AHMAD
Ahmad Redzaudin Ghazali, Yaakob Hassan & Muhammad Haron Husaini
Jabatan Bahasa Arab, Akademi Islam, KUIS
ABSTRAK
Kajian ini meneliti, menganalisis dan membincangkan permasalahan berkaitan sosiopolitik masyarakat di
dalam novel al-Qāhirah al-Jadīdah (1946), Baina al-Qasrain (1956), Qasru al-Syauq (1957), al-Sukariyyah
(1957), al-Sumān wa al-Kharīf (1962) dan al-Marāya (1972)yang ditulis oleh Najīb Mahfūz dan novel
Terdedah (1965), Menteri (1967), Perdana (1969), Seluang menodak Baung (1978), Tunggul-tunggul
Gerigis (1988), dan Sutan Baginda (1989) Shahnon Ahmad. Kajian ini juga cuba melihat dan mengukur
sejauhmana permasalahan yang terdapat dalam karya-karya mereka sebagai satu manifestasi kepada
fenomena sosial semasa. Di samping itu, kajian ini juga melihat sejauhmana wujudnya persamaan dan
perbezaan di antara kedua-dua penulis dalam menyatakan permasalahan tersebut melalui karya-karya
mereka dan mengenalpasti sebab-sebab berlakunya perbezaan tersebut. Untuk mencapai matlamat
tersebut, kajian ini telah mengaplikasikan kaedah kajian secara sosiologikal dan perbandingan (al-Naqd
al-ijtimācī al-muqāran) terhadap dua belas buah novel mereka yang terpilih.
Kata kunci:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pendahuluan
Sastera dan politik adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dalam kelangsungan perjuangan hidup
manusia dimuka bumi ini. Antara kedua-duanya saling memerlukan untuk menjadi hidup ini lebih bererti,
berkualiti, dan bertamadun setanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Sejak zaman berzaman bidang
politik adalah salah satu bahan penting bagi seorang sasterawan untuk berkarya. Bagi seorang
sasterawan, dalam membicarakan permasalahan berkaitan isu-isu politik, sudah tentu fokus utamanya
adalah manusia. Ini disebabkan politik itu sendiri tidak bermasalah, tetapi yang bermasalah ialah manusia
yang terbabit dengan politik tersebut.
Politik bagi Najīb Mahfūz adalah bahan utama di dalam karya kreatifnya seperti apa yang diungkapkannya
sendiri “ In all my writing, you will find politics. You may find a story which ignores love, or any other
subject, but not politics...” ( Rasheed El-Enany 1993: 23). Fakta ini tidaklah menghairankan sekiranya
dilihat dalam sejarah hidup Najīb Mahfūz sendiri Beliau telah dibesarkan di dalam suasana
ketidaktentuan politik di Mesir. Ini disebabkan oleh kesan dari situasi politik dunia yang sedang bergolak
dan membawa kepada tercetusnya perang dunia pertama. Ketika umur Najīb Mahfūz baru mengjangkau
tujuh tahun revolusi 1919 menentang penjajahan British meletus. Dalam tahun-tahun 1920an dan 30an
ketika beliau masih lagi di bangku persekolahan seterusnya melanjutkan pelajarannya di Cairo University,
masyarakat Mesir ketika itu sedang berjuang untuk memerdekakan negara dari penjajahan Britain dan
seterusnya menuntut untuk membentuk sebuah kerajaan yang bercorak demokratik sepenuhnya
berbanding kerajaan yang sedia ada di bawah bayangan sistem monarki. Pada tahun 1940an pula,
kerajaan di bawah kepimpinan parti Wafd berhadapan dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap cara
mereka menangani permasalahan dan kehendak rakyat. Kemuncak dari krisis itu, maka pada tahun 1952
Mesir menyaksikan satu revolusi yang dipimpin oleh Jamāl cAbd Nassīr menggulingkan kerajaan di bawah
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 547
parti Wafd yang diasaskan oleh Sacad Zaghlūl itu. Kesemua peristiwa-peristiwa penting ini sudah tentulah
memainkan peranan yang penting dalam membentuk karisma dan kreativiti Najīb Mahfūz ketika berkarya
(Mayfield J. B. 1971: 48-56).
Meskipun Najīb Mahfūz seperti yang dicatatkan oleh sesetengah pengkaji tidak pernah terlibat dalam
memperjuangkan politik kepartian secara langsung ( Zaghlūl Salām1973: 258 ), namun kecenderungannya
kepada parti Wafd sebelum tercetusnya revolusi 1951 bukanlah satu rahsia. Hal tersebut diakui sendiri
olehnya ketika ditemubual oleh wakil akhbar al-Qobs dalam satu temuramah bersamanya selepas
menerima hadiah Nobel pada tahun 1988 (Jihād Fadhīl t.th: 226). Selepas kejayaan revolusi 1951, Najīb
Mahfūz seperti juga anak-anak muda lain, jelas dilihat lebih condong kepada pemikiran marxis yang mula
meresapi pemikiran golongan muda Mesir pada waktu itu (Mahmūd Fauzi 1989: 111). Hal dan keadaan
tersebut merupakan antara faktor-faktor yang banyak mempengaruhi perbicaraan dalam karya-karyanya.
Keadaan tersebut sudah tentunya memberi impak kepada khalayak apabila unsur-unsur magis, tragik,
dan pasrah digaulkan dengan takdir dan pancaroba hidup duniawi.
Shahnon Ahmad seperti juga Najīb Mahfūz, membesar bersama berbagai masaalah politik yang melanda
masyarakatnya. Beliau dilahirkan kira-kira dua puluh empat tahun sebelum negara mencapai
kemerdekaan. Penulisan bercorak politik di zaman penjajahan British adalah perkara yang tidak
dibenarkan.. Penulis-penulis diwaktu itu cuba menggunakan medium penulisan kreatif sebagai alternatif
untuk menyalurkan idea-idea politik mereka dengan menggunakan bahasa-bahasa kiasan. Namun,
selepas kemerdekaan penulis mendapat kebebasan yang lebih meluas untuk menyampaikan mesej-mesej
mereka melalui tulisan-tulisan. Ini memberikan ruang yang lebih besar kepada penulis-penulis untuk
mengkritik dan memberikan pandangan mereka ke arah membentuk kehidupan masyarakat yang lebih
baik. Keadaan tersebut secara tidak langsung telah menyumbang ke arah perkembangan bidang sastera
kreatif di dalam negara.
Sebagai seorang penulis yang pernah dan masih terlibat secara langsung dalam politik Shahnon, dilihat
sebagai penulis tanahair yang sangat produktif dalam menghasilkan novel bertemakan politik sepanjang
penglibatannya dalam penulisan genre tersebut. Penglibatannya dalam Umno pada tahun 1950 an dan
1960an, seterusnya dilantik menjadi ketua penerangan Umno bahagian banyak membantunya dalam
menyelami situasi politik semasa pada waktu itu. Setelah bersara beberapa lama dari alam politik beliau
kembali bergiat cergas dalam politik dengan melibatkan diri dalam Parti Pas pada penghujung tahun
1990an hingga sekarang.
PERMASALAHAN SOSIAL DAN POLITIK DALAM NOVEL NAJĪB MAHFŪZ
Sudah menjadi kebiasaan bagi Najīb Mahfūz dalam menghasilkan novel-novelnya beliau mengambil
situasi politik tertentu, sebagai latarbelakang cerita tersebut seterusnya mengaitkannya bersama. Trilogi
yang mengangkat nama Najīb Mahfūz sebagai novelis tersohor contohnya, adalah jalinan dari tiga
turutan peristiwa dalam sejarah Mesir moden selepas peperangan dunia pertama. Trilogi yang dihasilkan
oleh Najīb Mahfūz selepas beberapa lama menyepi dari menghasilkan karya kreatif imaginatif
mengisahkan kehidupan keluarga kelas menengah di Mesir dari tahun seribu sembilan ratus tujuh belas
hingga tahun seribu sembilan ratus empat puluh empat. Dengan jumlah muka surat setebal seribu dua
ratus empat puluh satu, trilogi telah berjaya merakamkan kehidupan keluarga Ahmad cAbd. Jawwād
selama tiga generasi berturut-turut.
Novel pertama dari trilogi Baina al-Qasrain, ditulis mengisahkan kehidupan keluarga Ahmad cAbd.
Jawwād bermula dari tahun seribu sembilan ratus tujuh belas dimana Ahmad Fuad ditabalkan menjadi
raja Mesir yang berakhir dengan tercetusnya revolusi pimpinan Sacad Zaghlūl pada tahun 1919. Ahmad
cAbd. Jawwād menyara kehidupannya bersama isteri dan lima orang anak dengan berniaga. Seperti juga
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 548
dengan keluarga-keluarga menengah Mesir yang konservetif, Ahmad cAbd. Jawwād adalah penyokong
kepada reformasi yang dibawa oleh Sacad Zaghlūl. Walaupun menjadi penyokong kepada reformasi yang
diperjuangkan oleh parti Wafd pimpinan Sacad Zaghlūl, namun beliau bukanlah seorang yang aktif
didalam gerakan politik. Malahan beliau turut menentang hasrat anaknya Fahmī untuk bergiat dalam
gerakan-gerakan seperti itu. Namun halangan dari Ahmad cAbd Jawwād tidak dihiraukan oleh Fahmī.
Beliau menyertai gerakan pelajar yang menentang kerajaan boneka penjajah dan menjadi seorang
aktivisnya yang aktif. Akhirnya apa yang dibimbangkan oleh Ahmad Abd. Jawwād selama ini menjadi
kenyataan, anaknya Fahmī terlibat dalam satu demonstrasi jalanan menuntut kemerdekaan mutlak untuk
negara Mesir dari penjajahan Inggeris. Di samping itu para penunjuk perasaan itu juga mahukan pihak
kerajaan membebaskan Sacad Zaghlūl dari tahanan politik seterusnya menuntut kerajaan
membenarkannya pulang ke Mesir dari pembuangan di Malta. Dalam menghadapi situasi ini pihak
Inggeris telah menggunakan kekerasan kepada mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Kesan
dari tindakan tersebut telah mengakibatkan ramai dari penunjuk perasaan yang terbunuh, salah seorang
daripada mereka ialah Fahmi cAbd Jawwād. Perjalanan cerita di dalam Baina al-Qasrain berakhir di sini
bersama suasana hiba dan kesedihan kerana Ahmad cAbd. Jawwād kerana kehilangan anaknya.
Novel kedua Qosru al-Syauq pula adalah kesinambungan dari Baina al-Qasrain yang menggambarkan
kehidupan masyarakat dari zaman revolusi sehinggalah kematian Sacad Zaghlūl pada tahun 1927. Jika di
dalam novel pertama penceritaannya banyak tertumpu kepada Ahmad cAbd. Jawwād, kini anak
bongsunya Kamal yang telah dewasa pula memegang watak utama perjalanan kisah ini. Qosru al-Syauq
bermula kira-kira lima tahun dari peristiwa kematian Fahmī yang menjadi penutup kepada novel pertama
trilogi. Kamāl cAbd. Jawwād yang masih kanak-kanak di dalam Baina al-Qasrain kini merupakan seorang
anak muda yang cukup matang. Setelah lulus dalam peperiksaan sijil bakaluria pada tahu seribu sembilan
ratus dua puluh tujuh, Kamāl berkerja sebagai seorang guru dan penulis. Pergaulannya dengan rakan-
rakan sebaya dan kenalan ketika disekolah ditambah dengan sikapnya yang suka membaca telah
membentuk sikap dan pemikirannya seperti anak-anak muda lain pada zaman itu. Setelah kecewa
dengan keadaan masyarakat yang jumud dan kegagalan pihak atasan membawa perubahan kepada
masyarakat yang tersepit kerana ditindas oleh penjajah, pengaruh pemikiran dari barat mula meresap
kedalam pemikiran anak-anak muda di Mesir pada waktu itu. Gerakan perubahan sosial melalui
pendekatan marxisme yang bertunjangkan ekonomi dan teori evolusi Sosialisme banyak diperkatakan
oleh mereka. Kamāl seperti juga anak-anak muda sebaya dengannnya pada waktu itu turut bersama
hanyut dalam arus pemikiran ini. Sebagai seorang penulis Kamāl telah mengambil kesempatan untuk
menyerapkan pemikiran tersebut ke dalam tulisan-tulisannya. Di antara contoh kepada hal tersebut ialah
teori evolusi Darwin yang ditulis didalam sebuah makalahnya (namun ianya telah mengundang
kemarahan ayahnya Ahmad cAbd Jawwād). Secara keseluruhannya, penceritaan di dalam Qasru al-Syauq
sebenarnya didominasi oleh kisah hidup Kamāl dan krisis pemikiran yang dihadapinya diantara ajaran
agama yang diterimanya sedari kecil dari keluarganya atau teori-teori baru dari barat yang amat
dikaguminya dan dirasakan amat bersesuaian dengan jiwanya. Menurut seorang Abd Mucti (1994: 29)
permasaalahan yang dihadapi oleh Kamāl ini sebenarnya adalah permasaalahan yang dihadapi oleh
kebanyakan golongan terpelajar di Mesir yang menghadapi zaman remaja pada tahun seribu sembilan
ratus dua puluhan, kerana mereka sebenarnya menghadapi krisis pemikiran dan dilema dalam mencari
satu asas yang kukuh untuk mengembalikan kegemilangan bangsa Arab pada masa yang lampau.
Novel ketiga dan juga terakhir dari trilogi al-Sukkariyyah, pula menyusul selepas Qosru al-Syauq. Dari segi
kronologi cerita, al-Sukkariyyah berlatarkan kisah-kisah yang berlaku pada tahun seribu sembilan ratus
tiga puluh lima hingga tahun seribu sembilan ratus empat puluh empat. Pada waktu itu, arus kemodenan
telah mula menjengah kehidupan masyarakat Mesir. Ini dapat dilihat dengan kehadiran elektrik dan radio
dalam rumah keluarga besar Ahmad cAbd Jawwād. Pada tahun-tahun tersebut juga menyaksikan Dār al-
Ulūm (sekarang dikenali sebagai Cairo University) membuka pintunya untuk kaum wanita bagi
menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi. Jika dilihat dari suasana politik pada tahun
tiga puluhan dan empat puluhan, menyaksikan kemunculan gerakan-gerakan menentang kerajaan secara
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 549
rahsia yang dipelopori oleh Ikhwan al-Muslimin dan golongan berhaluan kiri (yang mendapat inspirasi
daripada kejayaan revolusi Rusia 1919) ( al-Nacūri. 1966: 144). Situasi tersebut telah mendapat perhatian
Najīb Mahfūz dan dirakamkan melalui dua watak di dalam al-Sukkariyyah Ahmad dan cAbd Mun
cīm yang
merupakan anak saudara kepada Kamal dan cucu kepada Ahmad cAbd Jawwād. Abd Mun
cīm merupakan
seorang anak muda yang berperibadi tinggi. Beliau mendukung perjuangan gerakan Ikhwān al-Muslimin
yang dipelopori oleh Hassān al-Bannā dalam menuntut pembaharuan di dalam masyarakat dengan
berteraskan ajaran islam yang sebenar. Sementara itu Ahmad pula mengikuti jejak langkah bapa
saudaranya Kamāl yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi baru dari barat. Bagi merealisasikan
keyakinannya itu beliau telah menyertai gerakan berhaluan kiri yang dipelopori oleh tokoh-tokoh
reformis Mesir seperti Salāmah Musā dan Dr. Fuād Marsi yang memperjuangkan dasar-dasar ajaran
sosialis dan marxisme. Walaupun berlainan ideologi namun mereka berdua akhirnya menerima nasib
yang sama. Mereka ditahan oleh pihak berkuasa atas alasan terlibat dengan gerakan yang menentang
kerajaan. Sebagai penutup kepada trilogi, watak Syeikh Ahmad cAbd Jawwād (ketua keluarga) juga
diakhiri disini dengan kematian beliau di awal kisah ini.
Secara keseluruhannya, trilogi adalah satu kejayaan kepada Najīb Mahfūz dalam merakamkan kembali
permasalahan dalam kehidupan masyarakat dan situasi politik negara Mesir dari awal abad kedua puluh
hingga pertengahan abad tersebut. Dalam Baina al-Qasrain Syeikh Ahmad cAbd Jawwād kepala keluarga
dari generasi pertama begitu bersimpati dengan parti Wafd. Seperti kebanyakan masyarakat awam ketika
itu beliau menaruh harapan tinggi terhadap parti tersebut agar dapat membela nasib mereka bersama.
Kamal cAbd Jawwād di dalam novel kedua bermula dengan menyokong parti Wafd yang konservatif
namun akhirnya beralih kepada Sosialisme. Sementara itu bagi generasi ketiga trilogi, al-Sukkariyyah
menyaksikan kemunculan gerakan underground Ikhwan al-muslimin yang konservatif tetapi agresif dan
sosialis yang radikal dari keluarga besar ini.
Jika membaca buku sejarah, kita hanya akan dapat mengetahui tentang fakta-fakta yang berlaku tetapi
bersama trilogi kita bukan sahaja memperolehi fakta-fakta yang beku malah dapat juga menyelami
perasaan masyarakat dan apa yang tersirat disebalik peristiwa-peristiwa yang berlaku pada waktu itu.
Menyentuh tentang ketiga-tiga novel di atas, John A. Haywood (1971: 206), turut menyatakan hal yang
sama dan menambah bahawa ketelitian Najīb Mahfūz dalam menyusun dailog-dailog, secara tidak
langsung adalah faktor utama kejayaan novel-novel tersebut menyingkap sejarah politik Mesir pada
tahun-tahun tersebut.
Sebuah lagi novel Najīb Mahfūz yang penting dalam menggambarkan keadaan politik Mesir ialah al-
Sumān wa al-Kharīf. Novel yang diterbitkan pada tahun 1962 ini berkisar pada kerjaya dan nasib seorang
nasionalis pendokong parti Wafd apabila kejatuhan kerajaan Sacad Zaghlūl setelah pihak tentera
melancarkan revolusi pada 23 Julai 1952. cIsā al-Dabāgh seorang anak muda yang gigih berusia dalam
lingkungan tiga puluhan, berjaya menjawat jawatan yang tinggi di sebuah kementerian kerana
kedudukannya di dalam parti pemerintah. Walaupun dalam usia yang masih muda, namun beliau berjaya
membina satu kehidupan yang cukup baik hasil usahanya yang gigih dan hubungannya yang akrab
dengan pemerintah. Bersandarkan jawatan yang dipegangnya, akhirnya beliau berjaya mengumpulkan
kemewahan hidup dan kehidupannya cukup ceria pada waktu itu. Namun sedang dalam perancangan
untuk mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya Salwā anak gadis cAlī Bey, dia dikejutkan
dengan berita kejatuhan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sacad Zaghlūl dan Parti Wafd. Kerajaan
yang ada telah digulingkan dan diambil alih oleh oleh pihak tentera di bawah pimpinan Jamāl cAbd Nassīr.
Hasilnya, dalam sekelip mata kehidupannya berubah. Pangkat dan jawatannya hilang begitu sahaja.
Beliau akhirnya menjadi seorang penganggur tanpa pekerjaan dan hidupnya jadi tidak menentu. Kerana
keengganannya mengikut arus politik semasa pada masa itu walaupun mempunyai peluang untuk
berbuat demikian. Dari seorang yang disegani di dalam masyarakat dia akhirnya menjadi penyebab
kepada masaalah sosial masyarakat. Bagi menghilangkan tekanan yang dihadapinya beliau telah
membawa diri ke Iskandariah. Hubungan sulitnya dengan seorang gadis bernama Rīrī yang dikenalinya di
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 550
sana menyebabkan gadis itu mengandungkan anak luar nikah. Akibat bimbang namanya akan tercemar
beliau enggan bertanggungjawab di atas perbuatannya itu dan menghalau gadis tersebut. Setelah
merasakan dia memerlukan tempat bergantung untuk menjamin masa depan kewangannya, dia akhirnya
mengahwini seorang janda kaya ( yang mewarisi kekayaan dari ayahnya ) yang lebih tua daripadanya.
Namun, perkahwinan ini tidak dapat memberi kebahagian kepadanya. Watak cIsā al-Dabbāgh akhirnya
ditamatkan dengan berakhirnya novel ini, dan beliau masih teraba-raba untuk mencari kebahagian yang
sejati.
Dalam novel ini, permasalahan sebenar yang ingin ditonjolkan oleh Najīb Mahfūz sebagai penganalisis
kehidupan masyarakat ialah wajah sebenar seorang nasionalis yang kononnya adalah seorang pejuang
bangsa. cIsā al-Dabbāgh di dalam novel ini sebenarnya adalah lambang kepada ramai lagi pendukung Parti
Wafd yang memerintah Mesir pada suatu ketika dulu. Politik dan slogan untuk memperjuangkan
kesejahteraan masyarakat yang dilaung-laungkan selama ini sebenarnya hanyalah batu loncatan untuk
mencapai kepentingan peribadi masing-masing. Apabila kuasa dan kepentingan mereka tiada lagi
akhirnya mereka menjadi pembawa masalah kepada masyarakat itu sendiri. Kisah hidup cIsā al-Dabbāgh
setelah kehilangan jawatannya adalah cermin kepada hakikat tersebut. Berpeleseran pada waktu malam
dengan bertemankan minuman keras, menjalinkan hubungan sulit dengan pelacur, dan hidup tanpa rasa
tanggungjawab adalah gaya hidup baru seorang bekas pejuang nasib rakyat.
Tidak ketinggalan juga bagi Najīb Mahfūz untuk mendedahkan wujudnya mereka yang bersifat talam dua
muka seperti dua orang sahabat cIsa yang sama-sama bergiat aktif di dalam parti dahulu iaitu Ibrahīm
Khairāt bekas ahli majlis tertinggi parti Wafd dan cAbbās Sādiq yang dahulunya berjuang bersamanya
telah berpaling tadah dan menjadi penyokong revolusi serta kerajaan di bawah kepimpinan yang baru.
Mereka bukan sahaja dengan begitu mudah meninggalkan ideologi yang diperjuangkan dahulu malah
telah menjadi penentang pula kepada apa yang mereka dukung bersama pada suatu ketika dulu (1962:
39).
Dalam sebuah lagi novelnya Al-Qāhirah al-Jadīdah, Najīb Mahfūz cuba memaparkan kepada khalayak
pembaca keadaan kerajaan di bawah pemerintahan Parti Wafd yang dihitami dengan budaya rasuah dan
nepotisma. Satu perkara yang menarik untuk diperhatikan di sini ialah kenyataan bahawa novel Al-
Qāherah al-Jadīdah yang menemui khalayak sarat bersama kritikan terhadap cara pendukung parti Wafd
mengendalikan pemerintahan waktu itu, ketika parti tersebut masih lagi memerintah. Ini jelas
membayangkan keadaan krisis dan kepercayaan rakyat terhadap parti tersebut pada tahun 1940an yang
sedang memuncak.
Gejala negatif seperti amalan nepotisma yang berleluasa dapat dilihat secara langsung dalam beberapa
dialog yang dipaparkan secara berulang-ulang di dalam novel ini. Antaranya ialah seperti nasihat dari
seorang tua dikalangan mereka yang bekerja dengan pemerintah kepada Mahjūb cAbd. Dāim ketika
beliau mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajiannya ( 1945:80):
مما بيدهم األمر؟ هل لديك شفيع ؟ أأنت قريب أحد: املسألة ال تعدو كلمة واحدة وال كلمة غريها ،وال تضع مثن طلب االستخدام ،تناس مؤهالتك -امسع يا بين -
... وأن أجبت بكال فلتول وجهك وجهة أخرى ،أتستطيع ان تطلب يد كرمية أحد من رجال الدولة ؟ ان أجبت بنعم فمبارك مقدما
Kritikan Najīb Mahfūz terhadap budaya nepotisma ini juga dapat kita ikuti dari pertuturan Mahjūb
cAbd
Dāim sendiri ketika memberikan pendapatnya tentang kerajaan di bawah parti Wafd. Rasa tidak puas
hatinya terhadap budaya nepotisma yang membudaya di dalam golongan pemerintah benar-benar
menghantuinya (1945: 45):
املديرين ينتخبون الرؤساء من ،الء خيتارون املديرين من األقاربالوك ،الوزراء يعينون الوكالء من األقارب. واحلكومة أسرة واحدة. أي األغنياء أو األسر.. احلكومة -
وهي حقيقة بأن ،أو طبقة واحدة متعددة األسر ،فاحلكومة أسرة واحدة. بيوت الكبريةحىت اخلدم خيتارون من خدم ال ،األقاربالرؤساء خيتارون املوظفني من ،األقارب
. تضحى مبصلحة الشعب اذا تعارضت مع مصلحتها
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 551
Najīb Mahfūz juga cuba membayangkan kepada pembaca budaya tersebut telah menjadi barah di dalam
masyarakat sehingga melarat kepada pemilihan ratu cantik di dalam satu program yang dianjurkan oleh
golongan bangsawan juga sebenarnya adalah palsu dan penuh dengan penipuan. Perkara tersebut dapat
dilihat dari monolog di bawah (1945: 98):
؟ ...فلماذا ال يكون انتخاب ملكة اجلمال تزييفا ،رسو العطاءات تزييف ،اختيار املوظفني تزييف. كال ال يدهشين شيء -
Lebih buruk dari itu Najīb Mahfūz juga telah mengenengahkan watak seorang pegawai kanan dalam
kerajaan yang kemudiannya dilantik sebagai menteri adalah seorang yang bermoral rendah. Seorang
yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan menteri di
dalam kerajaan tetapi mempunyai perempuan simpanan. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk
menyembunyikan skandalnya itu dengan menggunakan kuasa yang ada padanya. Kerana ingin membalas
jasa suami kekasihnya beliau sanggup melantik Mahjūb yang belumpun sampai setahun bekerja di
kementeriannya kejawatan yang lebih tinggi (tahap empat) dengan mengenepikan mereka yang lebih
senior dan berkelayakan seperti Al-Akhsyidi. Namun, beliau akhirnya terpaksa meletak jawatan setelah
skandalnya itu terbongkar.
Beberapa cebisan peristiwa yang mewarnai politik negara turut dirakamkan oleh Najīb Mahfūz di dalam
novelnya al-Marāya. Penentangan terhadap penjajah Inggeris melalui demonstrasi, kejayaan Parti Wafd
mengambil alih tampuk pemerintahan, pertelingkahan dikalangan politikus dan sebagainya telah diimbas
kembali melalui dialog-dialog yang disusun rapi. Berbeza dengan buku-buku sejarah yang memaparkan
fakta semata-mata, peristiwa-peristiwa yang digambarkan oleh Najīb Mahfūz adalah rakaman realiti
pandangan dan perasaan masyarakat masa itu terhadap peristiwa-peristiwa tersebut.
Penentangan masyarakat awam terhadap penjajah Inggeris dengan rapat umum yang diadakan sekali lagi
dibawa oleh Najīb Mahfūz di dalam karya kreatifnya. Jika di dalam Baina al-Qasrain, Fahmī Abd Jawwād
adalah korban keganasan pihak Inggeris dalam menghadapi kebangkitan masyarakat awam Mesir, Al-
Marāya pula mengetengahkan Anwār Al-Helwāni sebagai korban kepada penentangan tersebut.
Peristiwa kebangkitan penentangan masyarakat melalui demonstrasi jalanan terhadap kuasa penjajah
yang mengorbankan bukan sedikit korban dari kalangan masyarakat awam. Demonstrasi yang mendapat
sambutan hangat dari seluruh masyarakat termasuk dari kalangan wanita berakhir dengan peristiwa
berdarah akibat dari tindak balas secara kekerasan pihak British. Puluhan mangsa korban senjata tentera
British bergelimpangan di tepi-tepi jalan dengan darah membasahi pakaian mereka. Hal tersebut
dilukiskan secara terperinci oleh Najīb Mahfūz melalui imbasan pengalaman masa lalu narator yang
menunjangi perjalanan kisah tersebut di dalam al-Marāya (1972: 37):
حيملون األعالم ،حىت النساء يف احلناطري والكارو ،قبعت وراء شيش النافذة أنظر بعينني حمملقتني اىل مجوع البشر املتدفقة من ذوي البدل واجلبب والقفاطني واجلالبيب
ورأيت االجنليز رؤية العني بقبعام العالية وشوارم النافرة ،ينطلق من اللوريات ومن فوق صهوات اخليل ،أجل ألول مرة أمسعه ،ومسعت أزير الرصاص. ونويهتف
احلناجر و هي تف من األعماق و مسعت ،ورأيت الدم البشري يلطخ املالبس وأدمي األرض ،و رأيت اجلثث بالعشرات مطروحة يف جوانب امليدان ،ووجوههم الغريبة
). منوت وحييا سعد ( و ،)حييا الوطن (
Kisah yang dibawa oleh Najīb Mahfūz di atas adalah gambaran sebenar kebangkitan masyarakat sebagai
tindak balas dari penahanan pemimpin harapan mereka Saad Zaghlūl dan dijatuhkan hukuman tahanan
di Malta pada tahun 1919. Masyarakat pada masa itu menuntut supaya Saad Zaghlūl dibebaskan dari
penahanan tersebut seterusnya pulang bagi memimpin mereka dalam menghadapi penjajah Inggeris dan
kerajaan monarki yang menjadi boneka kepada pihak penjajah. Bagi menjayakan hasrat tersebut,
masyarakat awam dari segenap ceruk negara telah turun kejalanan mengadakan demonstrasi secara
beramai-ramai.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 552
Selain penentangan masyarakat awam terhadap kerajaan yang menjadi alat penjajah, Najīb Mahfūz juga
mengetengahkan permasaalahan lain berkaitan dengan sosiopolitik semasa. Campur tangan pihak istana
yang mejadi alat penjajah dalam pentadbiran adalah antara peristiwa-peristiwa yang diimbas kembali ke
dalam novel ini. Isu pertelingkahan dalam menentukan perlembagaan di antara Saad Zaghlūl yang
menjadi perdana menteri pada tahun 1920an dan pihak istana sehingga mencetuskan ketegangan,
penentangan masyarakat diatas perlantikan Muhammad Mahmūd al-Hakm sebagai perdana menteri oleh
pihak istana, isu penggantungan perlembagaan oleh Mustafā al-Nuhās dan hinggalah tercetusnya
revolusi Julai 1952 oleh pihak tentera yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Wafd dan pemerintahan
beraja di Mesir membawa kepada tertegaknya kerajaan berasaskan fahaman Sosialis di bawah
pemerintahan Jamāl cAbd Nasīr. Kesemua rangkuman peristiwa ini dapat diikuti oleh khalayak ketika
narator menceritakan pengalamannya bersama seorang sahabat lama yang juga adalah pengikut setia
parti Wafd, Ridhā Hamādah (1980: 89-93).
Dari satu sudut pandangan yang lain, politik sebagai alat dan jalan singkat untuk mencari nama dan
kekayaan adalah antara permasalahan yang cuba diketengahkan oleh Najīb Mahfūz di dalam Al-Marāya.
Politik yang dianggap suci oleh sesetengah pihak dan menjadi jalan untuk membela nasib rakyat telah
disalahgunakan oleh individu-individu tertentu untuk memenuhi tuntutan peribadi dan kehendak nafsu
mereka sendiri. Watak Dr. Zuhair Kamāl adalah contoh terhadap hal tersebut.
Dr Zuhair Kamāl pada awalnya ialah seorang ahli akademik yang boleh dikatakan berjaya dalam
bidangnya. Beliau telah dihantar oleh kerajaan keluar negara (Perancis) bagi melanjutkan pelajaran pada
tahun 1932 hingga ke tahun 1938 atau 1939 (narator yang bertindak sebagai pencerita kurang pasti akan
tahun sebenar kepulangan beliau) dengan membawa pulang ijazah doktor falsafah. Setelah pulang
bersama ijazah dan pengalamannya diluar negara beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar di
Universiti Kaherah. Dengan ilmu dan kepakaran yang dimilikinya beliau telah bergiat cergas dalam bidang
penulisan akademik di Universiti tersebut. Dengan kesungguhan, disiplin dan dedikasi yang ditunjukkan
beliau bolehlah dianggap sebagai model kepada seorang ahli akademik yang sebenar, hal tersebut telah
disisifatkan oleh narator ketika menceritakan perwatakan Dr Zuhair Kamāl yang sebenar (1980:99):
. فلم أعرف له اهتماما عاما أخر. نهاوال حديث له خارج مضامي ،س حياته حياته للبحوث األكادمييةيكر ،ان أستاذا جامعيا باملعىن الدقيقوك
Namun sesuatu yang mengejutkan berlaku dalam kehidupannya bermula pada tahun 1950. Setelah
beberapa lama meghambakan dirinya kepada ilmu dan tugas sebagai pendidik beliau telah beralih arah
lalu terjun kebidang politik. Di dalam satu pilihanraya yang diadakan, beliau telah bertanding sebagai
salah seorang calon bagi Parti Wafd dan berjaya memenangi pemilihan tersebut. Dengan
kemenangannya itu, beliau telah dilantik ke Majlis al-Niābah (Dewan perwakilan rakyat). Kebolehannya
sebagai seorang penulis sewaktu di universiti telah digunakan sepenuhnya di dalam membina imej
barunya sebagai seorang politikus. Beliau telah muncul sebagai seorang penulis politik nombor satu
dalam mengetengah dan memperjuangkan ideologi Parti Wafd.
Setelah merasakan keselesaan dan kesenangan hidup sebagai seorang ahli politik, kehidupan dan
matlamat Dr. Zuhair Kamāl mula berubah. Beliau yang selama ini ialah seorang yang amanah, jujur dan
ikhlas telah mengambil kesempatan dengan menggunakan pangkat dan nama yang dimilikinya untuk
mencari kekayaan sendiri. Rasuah dan nepotisma menjadi rencah baru dalam kehidupannya. Tanpa
memperdulikan etika dan hukum agama, beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan
ganjaran yang besar. Perkenalannya dengan Zahrān Hassūnah (seorang peniaga dipasaran gelap) telah
banyak memberikan keuntungan kepadanya. Segala bantuan yang dihulurkannya kepada Zahrān
Hassūnah telah dibalas dengan imbuhan yang cukup lumayan. Dengan kekayaan secara haram yang
dimilikinya itu, beliau telah tenggelam dalam kemewahan yang jauh lebih tinggi jika diukur dari
pendapatan sebenarnya sebagai seorang ahli Majlis al-Niābah.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 553
Setelah kejatuhan parti Wafd pada tahun 1952, Dr. Zuhair Kamāl seperti juga ahli-ahli politik yang
mendokong kerajaan dari parti Wafd lain telah kehilangan jawatan mereka di dalam kerajaan.
Jawatannya sebagai ahli Majlis al-Niābah berakhir dengan pembubaran badan tersebut oleh kerajaan
baru. Namun begitu beliau kekal sebagai penulis kolum bagi ruangan politik di dalam sebuah majalah
mingguan bagi menyara kehidupannya. Ianya dilakukan setelah percubaannya memohon untuk kembali
berkhidmat di Universiti tidak diterima.
Kesan daripada tekanan pemerintah yang baru terhadap bekas pengikut parti Wafd yang digulingkan dan
desakan hidup yang semakin menekan, Dr Zuhair Kamāl sekali lagi melakukan kejutan di dalam sejarah
hidupnya. Sebuah akhbar telah menyiarkan satu artikel yang ditulis oleh beliau, menyerang habis-habisan
segala pegangan dan keyakinannya dahulu ketika bersama Parti Wafd. Perjuangan Parti Wafd dari
perspektif barunya adalah perjuangan yang sia-sia dan tidak membawa kebaikan apa-apa kepada bangsa
dan negara. Walaupun tulisannya itu telah menimbulkan kemarahan rakan-rakan seperjuangannya
dahulu di dalam parti Wafd, namun ianya telah membuka lembaran baru dalam sejarah kehidupannya
diera pemerintahan yang baru. Dengan ketajaman mata penanya dan kebernasan pandangannya dalam
membela dan memperjuangkan revolusi beliau telah dilantik menjadi wartawan di sebuah akhbar utama
Mesir waktu itu. Bagi meneruskan kesinambungan pemikirannya itu beliau telah diperuntukkan ruangan
khas di akhbar tersebut.
Beliau kekal bersama perjuangan barunya itu hinggalah keakhir hayatnya. Walaupun begitu dua
peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1956 (serangan pakatan Inggeris, Perancis dan Israel ke atas
Mesir bagi mendapatkan kembali terusan Suez) dan 1967 (peperangan diantara Mesir dan Israel)
membuatkan beliau hampir sahaja menukar arah perjuangannya kerana bimbang akan kejatuhan
kerajaan yang ada. Dengan itu ianya sudah tentulah akan menyebabkan beliau akan kehilangan mata
pencariannya. Namun, menyedari keutuhan kerajaan yang sedia ada beliau kembali memberi sokongan
yang padu tanpa berbelah bagi dengan tujuan menjamin kedudukannya supaya tidak terancam.
Jelas dari kisah hidup Dr. Zuhair Kamāl yang penuh dengan kepura-puraan itu, Najīb Mahfūz sebenarnya
mahu melontarkan kritikan kepada sesetengah pendokong revolusi yang pada zahirnya cuba menjadi
hero kepada bangsa dan negara tetapi sebenarnya mereka hanyalah manusia hipokrit dan penipu yang
hanya mementingkan diri sendiri. Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya bukanlah di atas keyakinan
yang sebenar tetapi hanyalah didorong oleh sifat mereka yang tamak kepada nama, pangkat, dan harta.
Dengan sikap yang sedemikian mereka sebenarnya bukanlah penyumbang kepada kemajuan dan
kemakmuran sebaliknya mereka hanyalah pembawa masalah kepada bangsa dan negara.
PERMASALAHAN SOSIAL DAN POLITIK DALAM NOVEL SHAHNON AHMAD
Karya kreatif beliau yang mengenengahkan isu politik, bermula dengan novel seperti Perdana, Menteri,
Terdedah dan yang terbaru seperti Sutan Baginda, Shit dan Muntah. Melalui novel seperti Terdedah dan
Seluang Menodak Baung Shahnon Ahmad cuba meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap fenomena
sosial dan politik yang pada pandangannya tidak memberi keuntungan untuk masyarakat bumiputera
melayu pada waktu itu. Shahnon di dalam kedua-dua novel di atas telah memberikan tumpuan kepada
permasalahan ahli-ahli politik yang tidak menjalankan kewajipan mereka yang sepatutnya kepada bangsa
dan negara, tetapi sebaliknya hanya mementingkan diri mereka.
Ahli politik dalam novel Shahnon digambarkan sebagai manusia yang tidak bertanggungjawab,
mementingkan kedudukan, hamba kepada nafsu sendiri yang akhirnya mencetuskan masaalah sosial
yang teruk. Wujudnya ahli politik seperti ini bukanlah membawa kebaikan sebaliknya menyumbangkan
kesusahan kepada masyarakat. Apatah lagi Malaysia yang baru mencapai kemerdekaan pada waktu itu
sebenarnya begitu memerlukan pemimpin-peminpin yang cekap, amanah dan berwibawa untuk
memperjuangkan nasib rakyat. Namun, mereka yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menabur bakti
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 554
kepada masyarakat, tetapi telah mengabaikan tanggungjawab tersebut yang telah diamanahkan kepada
mereka.
Watak Encik Adnan di dalam novel Terdedah adalah contoh terbaik dalam menggambarkan hal di atas.
Beliau sebenarnya merupakan seorang pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat untuk menjadi wakil dan
memperjuangkan nasib mereka. Tetapi amanah dan tanggungjawab tersebut telah disia-siakan dan
dikhianati oleh En. Adnan. Menurut A Wahab Ali (1989. 85,86) melalui watak Encik Adnan, Shahnon
Ahmad cuba mendedahkan kebinatangan nafsu seorang wakil rakyat hasil daripada mobiliti sosial yang
dialaminya. Dengan mendapat kedudukan sebagai pemimpin politik dan wakil rakyat Encik Adnan telah
tenggelam dengan kemewahan. Ia ingin menikmati hidup ala orang yang segolongan dengannya.
Buktinya dapat kita lihat daripada hubungan beliau dengan Syarifah Shuhada yang digambaran
kebebasan seks adalah menjadi lambang status golongan barunya itu.
Di dalam novel ini juga Encik Adnan telah diperlihatkan sebagai seorang yang lebih mementingkan nafsu
seks daripada tanggungjawab yang sepatut dipikul olehnya sepertimana yang telah diamanahkan oleh
rakyat. Hal ini terbukti apabila beliau sanggup menangguhkan mesyuarat parti yang membincangkan isu
penting mengenai negaranya demi memenuhi tuntutan nafsunya itu. Secara tidak langsung Shahnon
sebenarnya ingin menyatakan, kononnya keghairahan seksual itulah yang lebih banyak mengisi kepala
wakil rakyat kita berbanding dengan hal-hal yang lebih serius dalam politik. Hakikat ini diakui sendiri oleh
Shahnon Ahamad dalam satu wawancaranya bersama Kemala (1983: 185).
Di dalam Seluang Menodak Baung pula, Shahnon sekali lagi mengetengahkan watak wakil rakyat yang
gagal, sebagai subjek kritikannya. Wakil rakyat tersebut hanya diistilahkan dengan nama Waibi sahaja
(berasal dari YB-Yang berhormat) oleh Shahnon. Waibi di sini seperti juga dengan En. Adnan, telah
digambarkan sebagai seorang yang mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang wakil
kepada rakyat. Sikap buruknya itu terselah ketika penduduk kampung Terenas yang diketui oleh Fatah
mengajukan permohonan kepada kerajaan bagi mendapatkan geran tanah melaluinya. Setelah
menunggu sekian lama tanpa sebarang jawapan, ternyata akhirnya ternyata permasaalahan mereka itu
telah diabaikan oleh Waibi. Permohonan tersebut sebenarnya langsung tidak dibawa oleh Waibi kepada
pihak atasan untuk dipertimbangkan.
Menyedari permohonan mereka itu tidak mendapat perhatian dari pihak kerajaan, satu demonstrasi
besar-besaran telah dirancang oleh penduduk kampung Terenas yang diketuai oleh Fatah. Demonstrasi
tersebut yang pada mulanya diibaratkan sebagai angin itu, tiba-tiba bertukar menjadi badai melanda apa
sahaja. Hasil daripada demonstrasi tersebut mereka akhirnya berjaya mendapatkan apa yang mereka
hajati. Menurut Mohd Yusof Hassan (1986: 294), unsur simbolik di dalam novel ini, memperlihatkan badai
rakyat dengan segala kuasanya menentang pihak establishment seperti anak-anak seluang yang
walaupun kecil tetapi telah bersatu hendak menodak baung yang gagah dan jauh lebih besar dari segi
saiznya. Namun, dengan semangat dan kesatuan anak-anak seluang tersebut akhirnya berjaya juga
menggugat sang baung. Begitulah juga rakyat awam yang tidak mempunyai apa-apa kuasa, namun
dengan semangat dan kesatuan mereka mampu mendesak pihak pemerintah yang berkuasa untuk
memenuhi kehedak mereka.
Setelah memperkatakan permasalahan kegagalan orang politik dalam menunaikan tanggungjawab
mereka di dalam Terdedah dan Seluang Menodak Baung lahir pula Tunggul tunggul gerigis yang terbit
pada tahun 1988 dengan isu perbezaan idealogi politik. Perbezaan tersebut telah diketengahkan oleh
Shahnon sebagai penyebab kepada perpecahan dan perbalahan yang serius dikalangan anggota
masyarakat. Novel yang muncul hasil inspirasi dari tragedi sebenar peristiwa Memali ini telah mengambil
kampung Poseng sebagai latarnya (Sahlan. 1994: 300).
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 555
Masyarakat desa di Poseng berpecah kepada dua kumpulan yang dipimpin oleh dua orang anak Su Usul,
Mahmud tokoh PBB (Parti Bumi Bertuah) dan Derani tokoh PSS (Parti Seruan Suci). Mereka sering sahaja
berkonflik kerana mempunyai fahaman politik yang berbeza. Perbezaan tersebut telah menimbulkan
banyak masalah dalam kehidupan masyarakat Poseng yang telah terpecah kepada dua kumpulan itu.
Kehidupan yang selama ini harmoni, aman, dan tenteram telah bertukar kepada pertentangan dan
pergolakan. Semangat tolong menolong yang menunjangi kehidupan masyarakat kampung waktu itu juga
hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Beberapa peristiwa hitam juga terpalit dalam sejarah kehidupan
masyrakat kampung Poseng disebabkan masalah perbezaan ideologi politik tersebut.
Membaca novel ini hingga ke akhir dapat memberikan kita gambaran sebenar mesej yang ingin
disampaikan oleh Shahnon. Mesej tersebut ialah perlunya gerakan-gerakan politik kembali kepada tujuan
dan landasan yang sebenar. Tujuan penubuhan gerakan politik seperti itu ialah untuk memperjuangkan
nasib masyarakat agar lebih terbela dan bukannya untuk menjadi bahan bertelagah sesama sendiri.
Namun hakikat tersebut telah diabaikan oleh para pendokong parti politik pada waktu itu yang hanya
sibuk memperjuangkan idealogi sempit masing-masing. Politik yang sepatutnya menjadi wadah suci
dalam memperjuangkan dan membela nasib masyarakat telah dikotori dengan tragedi-tragedi hitam
yang tidak sepatutnya berlaku.
Ketika negara menghadapi suasana politik yang tidak menentu pada penghujung tahun 1980an, Shahnon
yang tidak berpuas hati dengan situasi tersebut telah menghasilkan Sutan Baginda. Sutan Baginda ialah
sebuah novel politik yang mengisahkan kebejatan moral seorang politikus yang bernama Sutan Bin
Baginda. Agak berbeza dengan novel-novel yang terdahulu Sutan Baginda mempunyai gaya bahasa dan
stail penulisan yang berlainan. Nada-nada protes pengarang terhadap fenomena politik semasa jelas
terserlah mempengaruhi gaya bahasa dan perjalanan cerita keseluruhan novel ini (Shahnon Ahmad.
Sutan Baginda, 1989: vi).
Sutan bekas pemimpin Ppri telah melompat masuk menyertai parti Parayu. Hasil bantuan Nirwan
(pemimpin parti Parayu), bintangnya di Parayu begitu cepat bersinar. Dalam waktu yang singkat dia telah
dilantik menjadi orang nombor dua di dalam parti tersebut. Imej bersih dan taat yang ditonjolkan olehnya
menambahkan lagi kepercayaan Nirwan kepadanya. Melalui bantuan Uji, isteri pertama beliau yang
pernah menuntut di sebuah sekolah arab beliau berjaya menonjolkan imej seorang ustaz pada dirinya.
Ujilah yang menjadi tempat rujuknya dalam hal-hal berkaitan dengan agama Islam terutama nas-nas Al-
Quran dan Hadith yang digunakan untuk menguatkan hujah dan mengiakan pendapat di dalam
ucapannya. Dengan bantuan Dr. Dahlia isteri keduanya (yang merupakan pensyarah di sebuah universiti)
beliau berjaya menampilkan keintelektualan dirinya. Namun, disebalik pembawakannya yang nampak
bersih dan berwibawa itu beliau sebenarnya adalah seorang yang hipokrit. Rasa tidak puashati terhadap
sikap Nirwan yang memimpin secara diktator dan kaya dengan berbagai skandal, ditambah pula oleh
keinginan Sutan untuk berkuasa telah mendorongnya merancang berbagai rancangan untuk
menyingkirkan Nirwan dari kerusi nombor satu parti. Dengan menggunakan Fidah (seorang penyanyi
sebuah kumpulan rock) yang merupakan perempuan simpanannya, dia merancang untuk menjatuhkan
Nirwan. Namun begitu, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sutan bukan sahaja gagal di dalam
perancangannya itu dan kehilangan fidah, malah beliau akhirnya telah kehilangan pangkat, nama,
jawatan dan segala-galanya. Akibat dari tekanan perasaan yang bersangatan dalam dirinya akibat
kegagalan perancangannya itu beliau telah menjadi gila.
Dalam menyatakan rasa ketidakpuasan hati terhadap suasana politik dan politikusnya, Shahnon dilihat
berkongsi idea yang sama dengan Najīb Mahfūz, mereka yang tidak menjalankan tugas dengan baik pasti
akan mendapat pembalasan yang setimpal. Hal tersebut dapat kita saksikan dari kesudahan yang
menimpa Sutan Baginda dan Mahjūb Abd. Dāim di mana pangkat dan kemewahan yang mereka miliki
akhirnya hilang begitu sahaja akibat dari kerakusan mereka sendiri. Walaupun dari segi kenyataannya,
tidak semua para penguasa ataupun yang memegang amanah itu telah menerima hukuman atas
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 556
perbuatan salah mereka itu, namun sebagai seorang sasterawan Najīb Mahfūz dan Shahnon
menggambarkan semua itu sebagai memenuhi tanggungjawab sosial mereka. Sememangnya sudah
menjadi tanggungjawab bagi seorang sasterawan untuk memberi pengajaran dan pendidikan yang baik
melalui karya-karya mereka.
Penutup
Analisis yang dilakukan terhadap karya kedua-dua penulis ini juga mendapati mereka telah berjaya
membawa permasalahan politik semasa ke dalam karya-karya kreatif mereka itu. Bagi Najīb Mahfūz yang
pernah hidup di dalam beberapa suasana politik yang berbeza, telah memberikannya kelebihan dari segi
pengalaman bagi diadaptasi kepada sebuah karya sastera. Beliau lahir dan membesar ketika masyarakat
awam Mesir sedang berjuang menentang pemerintahan kerajaan monarki di Mesir yang mengikut
telunjuk Inggeris. Kerajaan beraja pada waktu itu pada tanggapan mereka tidak dapat membela nasib dan
mengubah kehidupan mereka yang menderita. Suasana penentangan yang diwarnai dengan demonstrasi
jalanan saban hari itu telah dirakamkan dengan baik oleh Najīb Mahfūz di dalam beberapa karyanya.
Masalah kemiskinan yang masih belum berakhir walaupun kejayaan parti Wafd menaiki tampok
pemerintahan hasil sokongan rakyat juga dirakamkan oleh Najīb Mahfūz di dalam novel-novelnya. Suara
hati rakyat yang tidak berpuashati dengan kurangnya usaha oleh pihak kerajaan yang ada dalam
membela dan menaikkan taraf hidup mereka seperti yang dijanjikan juga tidak ketinggalan mewarnai
karya-karyanya. Novel pertama dari siri trilogi, Bayna al-Qasrain diikuti siri kedua Qasru al-Syauq dan
ketiga al-Sukkariyyah, membuktikan hal tersebut dengan membawa peristiwa-peristiwa di atas kepada
khalayak. Peristiwa kejatuhan kerajaan parti Wafd dan naiknya pihak tentera melalui revolusi 1951 pula
dapat diikuti di dalam novel al-Sumān wa al-Kharīf. Berbeza dengan buku-buku sejarah yang hanya dapat
merakamkan peristiwa-peristiwa tersebut secara fizikalnya sahaja, Najīb Mahfūz dengan karyanya
mampu mengungkapkan belahan jiwa dan isi hati masyarakat yang hidup pada waktu itu. Dengan
kekuatan imaginasinya Najīb Mahfūz berjaya menghidupkan kembali peristiwa-peristiwa tersebut untuk
dihidangkan kepada khalayak. Bagi Shahnon Ahmad pula walaupun cuba membawa permasalahan politik
ke dalam karya kreatifnya, namun beliau dilihat tidaklah begitu terang-terangan seperti Najīb Mahfūz.
Beliau dilihat sering sahaja bersembunyi disebalik perlambangan tertentu. Novel Tunggul-tunggul Gerigis
contohnya adalah inspirasi penulis dari peristiwa Memali. Namun, membaca novel tersebut tidak
menemukan kita dengan fakta kejadian yang sebenar malahan nama-nama parti yang digunakan juga
adalah ciptaan Shahnon sendiri dan bukannya seperti yang wujud sebenarnya. Begitu juga dengan Sutan
Baginda yang dikaitkan dengan fenomena kecelaruan politik pada akhir tahun 1990an, yang jika dilihat
kepada fakta tidak akan menemukan kita dengan realiti sebenar. Namun begitu jika diukur dari sudut
kesusasteraan, karya-karya tersebut sebenarnya adalah refleksi dari situasi bermasalah yang wujud ketika
itu. Tanpa peristiwa Memali ataupun pergolakan politik akhir tahun 1990an tersebut, Tunggul tunggul
Gerigis dan Sutan Baginda sudah tentu tidak wujud. Seperti yang diketahui umum karya sastera sudah
tentulah tidak boleh disamakan dengan buku sejarah.
Jika diukur dari skema perbandingan dalam permasalahan yang berkaitan dengan politik, kedua-dua
penulis ini dilihat telah cuba mengetengahkan isu yang hampir sama. Politikus yang tidak
bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri adalah isu yang mendominasi tulisan-tulisan
mereka di dalam perkara yang berkaitan. Isu nepotisma dan rasuah yang berleluasa (melibatkan orang
politik) juga turut didedahkan lewat novel-novel mereka tersebut. Disamping itu juga kegagalan kerajaan
di dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat turut dihidangkan oleh mereka kepada khalayak
pembaca. Karya-karya mereka seperti Trilogi, al-Sumān wa al-Kharīf dan al-Qāhirah al-Jadīdah karya
Najīb Mahfūz dan Terdedah, Seluang Menodak Baung dan Sutan Baginda karya Shahnon Ahmad dapat
menceritakan hal-hal yang berkaitan. Dari sudut perbandingan, sepanjang pemerhatian penulis terhadap
novel kedua-dua sasterawan ini, Najīb Mahfūz dilihat lebih telus dalam mengungkapkan permasalahan-
permasalahan politik di negaranya berbanding Shahnon Ahmad. Di dalam novel-novelnya Najīb Mahfūz
dilihat begitu berterus terang dalam menyatakan identiti parti dan tokoh politik yang dimaksudkan di
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 557
dalam penulisannya itu. Nama-nama seperti parti Wafd, Sacad Zaghlūl, Isma
cīl Sidqī dan lain-lain lagi,
telah digunapakai secara langsung tanpa berselindung disebalik nama-nama berunsur perlambangan
seperti Parti Parayu, Sutan Baginda dan lain-lainnya seperti yang digunakan oleh Shahnon. Pengkaji
melihat diantara faktor yang menyebabkan berlakunya hal ini mungkin disebabkan oleh pengaruh
suasana politik yang berbeza diantara kedua-dua buah negara.
Dalam konteks sejarah politik, sejak perang dunia pertama Mesir telah melalui dua revolusi yang
menyaksikan berlakunya peralihan kuasa tampuk pemerintahan sedangkan Malaysia sejak mencapai
kemerdekaan hinggalah kini kekal di bawah satu pemerintahan sahaja. Sehubungan dengan hal tersebut,
bagi sesebuah karya sastera itu sudah tentulah mempunyai ruang yang lebih terbuka untuk
memperkatakan sesebuah kerajaan atau parti politik yang telah runtuh berbanding dengan kerajaan atau
parti yang masih utuh.
Rujukan
Ahmad Faraj al-Sayyid Dr. 1989. Adab Najīb Mahfūz . al-Mansurah: Dār al-Wafā’ li al-Tibācah wa Al-Nashri
wa al-Tauzic
Ali Jabir al-Mansuri. 2000. al-Naqd al-adabi al-hadith. Amman: Dār Ammar.
Darwīsy, Hassān al-cArābī Dr. t.th. al-Naqd al-adabī baina al-qudāmā wa al- muhaddithīn. Cairo:
Maktabah al-Nahdhoh al-Misriyah.
Enani, M.M.. 1989. Naguib Mahfouz Nobel 1988 Egyptian Perspectives: A collection of critical essays.
Egypt: General Egyptian Book Organization.
Mahfūz, Najīb. 1980. Al-Marāyā. Cairo: Maktabah Misr.
Mahfūz, Najīb. 1985. al-Sumān wa al-Kharīf. Cairo: Maktabah Misr.
Mahfūz, Najīb. 1986. Bayna al-Qasrain. Cairo: Maktabah Misr.
Mahfūz, Najīb. 1987. al-Qāhirah al-Jadīdah. Cairo: Maktabah Misr.
Mahfūz, Najīb. 1987. al-Sukkariyyah. Cairo: Maktabah Misr.
Mahfūz, Najīb. 1987. Qasru al-Syauq. Cairo: Maktabah Misr.
Mohd Yusof Hasan 1995. Koleksi terpilih Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja’ cid Dr. 1974. Dirāsah fi Adab Najīb Mahfūz Tahlil wa Naqd. Iskandariah: Munsyaatul Maarif.
Shahnon Ahmad 1967. Terdedah. Melaka: Penerbitan Toko Buku Abbas Bandung.
Shahnon Ahmad 1978. Seluang Menodak Baung. Petaling Jaya: HEINEMANN Books (Asia) Limited.
Shahnon Ahmad 1988. Tunggul-tunggul gerigis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad 1997. Sutan Baginda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad 1991. Sastera sebagai seismograf kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November
2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 558
Sohaimi Abdul Aziz Dr. 2001. Kesusasteraan bandingan perkembangan pendekatan praktis. Kuala
Lumpur: Utusan Publications&Distributors Sdn Bhd.
al-Tāhir Ahmad Makki. 1992. Manāhij al-Naqd al-Adabi. Cairo: Dar al-Maarif.
Zulkarnain Mohamed. 2002. Karya kreatif islami analisa teori dan aplikasi. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.