Vol.1 2007 Part 6.pdf

17
PENGURUSAN DAN PENYELARASAN FATWA: PELAKSANAAN DAN CABARAN DI MALAYSIA Mohd. Mohadis Yasin Abstract Based on the division of powers in the Federal Constitution, the administration of Islamic affairs in Malaysia is under the jurisdiction of the state government. The Malay rulers are the Heads of Religion for their respective states, whilst the Yang di-PertuanAgong acts as the Head of Religionfor the states which have no Malay Rulers. The administration of Fatwas in the states is enforced by the State Laws being primarily known as the Enactment of the Administration of Islamic Law. Based on the provisions in the State Enactments, the state governments have established the Mufti Departments. The administration of Fatwa which is the responsibility of the Mufti is implemented through this department. In order to promote uniformity in the administration of fatwas and Islamic law in all states, certain streamlining steps have been implemented which include the establishment of the National Council ofIslamic Affairs Fatwa Committee and the State Syariah Committee, to ensure uniformity of fatwas amongst the states and in the appointment of members of the Fawa and the Syariah Committees. Nevertheless, there are still some shortcomings, and several suggestions (proposals) need to be addressed towards empowering andstrengthening theposition of the fatwa institutions in the country. Abstrak ~erdasarkan pembahagian kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan, pentadbiran ha1 ehwal Islam di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama bagi neger- negeri yang mempunyai Raja manakala Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja. pengumsan pentadbiran fatwa di seluruh negeri adalah dikuatkuasakan melalui undang-undang negeri yang dikenali sebagai Enakmen atau undang-Undang Pentadbiran Agama Islam. Melalui peruntukan enakmen negeri-negeri, kerajaan negeri telah menubuhkan Jabatan Mufti. Pengurusan dan pentadbiran fatwa menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Mufti dan dilaksanakan melalui jabatan ini. Bagi

Transcript of Vol.1 2007 Part 6.pdf

Page 1: Vol.1 2007 Part 6.pdf

PENGURUSAN DAN PENYELARASAN FATWA: PELAKSANAAN DAN CABARAN DI MALAYSIA

Mohd. Mohadis Yasin

Abstract

Based on the division of powers in the Federal Constitution, the administration of Islamic affairs in Malaysia is under the jurisdiction of the state government. The Malay rulers are the Heads of Religion for their respective states, whilst the Yang di-Pertuan Agong acts as the Head of Religion for the states which have no Malay Rulers. The administration of Fatwas in the states is enforced by the State Laws being primarily known as the Enactment of the Administration of Islamic Law. Based on the provisions in the State Enactments, the state governments have established the Mufti Departments. The administration of Fatwa which is the responsibility of the Mufti is implemented through this department. In order to promote uniformity in the administration of fatwas and Islamic law in all states, certain streamlining steps have been implemented which include the establishment of the National Council ofIslamic Affairs Fatwa Committee and the State Syariah Committee, to ensure uniformity of

fatwas amongst the states and in the appointment of members of the Fawa and the Syariah Committees. Nevertheless, there are still some shortcomings, and several suggestions (proposals) need to be addressed towards empowering andstrengthening theposition of the fatwa institutions in the country.

Abstrak

~erdasarkan pembahagian kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan, pentadbiran ha1 ehwal Islam di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama bagi neger- negeri yang mempunyai Raja manakala Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja. pengumsan pentadbiran fatwa di seluruh negeri adalah dikuatkuasakan melalui undang-undang negeri yang dikenali sebagai Enakmen atau undang-Undang Pentadbiran Agama Islam. Melalui peruntukan enakmen negeri-negeri, kerajaan negeri telah menubuhkan Jabatan Mufti. Pengurusan dan pentadbiran fatwa menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Mufti dan dilaksanakan melalui jabatan ini. Bagi

Page 2: Vol.1 2007 Part 6.pdf

J u m l Pengurusun cian Penyelidikan Fatwa

menyelaras fatwa dan hukum-hukum Islam di seluruh negeri, langkah- langkah penyelarasan telah dilaksanakan antara lain melibatkan penubuhan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan Jawatankuasa Fatwa atau Syariah Negeri bagi menyelaras dan menyeragarnkan keputusan fatwa di seluruh negeri, mengadakan penyeragaman keanggotaan dan perlantikan Jawatankuasa Syariah. Namun demikian, masih terdapat kekurangan serta saranan yang perlu diberikan perhatian ke arah memperkasa dan memartabatkan institusi fatwa di Negara ini.

PENGENALAN

Setelah negara mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai asas pemerintahan negara. Melalui beberapa peruntukan dalam perlembagaan, kedudukan Islam di Malaysia telah ditetapkan, sementara kedudukan Raja sebagai ketua agama dm Islam sebagai agama persekutuan terus diiktiraf dan dikekalkan. Di antara beberapa peruntukan yang menjelaskan kedudukan ini ialah Perkara 3 (I), mengenai Islam sebagai agama Persekutuan, Perkara 3 (2) tentang Raja sebagai Ketua Agama Islam dalam negerinya, Perkara 3 (3) pula menghendaki perlembagaan negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, memperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri-negeri tersebut. Perkara 3 ( 5 ) pula menyatakan Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ~abuan'.

Berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan di atas, urusan mengenai agama Islam dan hukum Syarak tidak hanya menjadi urusan Raja dm rakyat Islam semata-mata tetapi termasuk di bawah bidang kuasa dm tanggungjawab kerajaan. Perkara 74 (2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dengan jelas bahawa Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai ~ e ~ e r i ~ , sebagaimana berikut:

Sila lihat peruntulcaa dalam Perlembagaan Persekutuau Perkara 3 ( 3 , ( 9 , dan (5). Perlembagam Persekutuan (Hingga 25 hb. Mei 2005), Selangor: International Law Book Services (ILBS), h. 2- 3. Ibid, perkara 74 (2) h. 93 dart Jadual Kesembilan Senarai 2, Senarai Negeri, h. 305 dan 315.

Page 3: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Pengurusan dan Penyelarasan Fatwa: Pelaksanaan dan Cabaran Di Malaysia

Kecuali mengenai B3layah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dun Putrajaya, hukum Syarak dun undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, tennasuk hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasia dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan an&, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan ta 'arif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, pelantikan pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dun yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu: zakat, Fitrah dan Baitul-ma1 atau hasil ugama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; rnengadakun dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islm, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasukdalamSenaraiPersekutuan; keanggotaan,penyusunandan acara bagimahkamah-mahkamah Syariah, yangmempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasukdalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan- kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang yang menganut ugama Islam; menentukan perkara- perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 1 l(4) memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri, untuk mengawal dan menyekat penyebaran apa- apa fahaman atau ajaran agama di kalangan orang Islam3. Manakala Perlembagaan Persekutuan Perkara 12 (2) pula membenarkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menubuh atau menyelenggara institusi Islam dan mengadakan bantuan kewangan bagi kepentingan agama Islam. Hal ini dijelaskan sebagaimana berikut4 :

-

3 perlembagaan Persekutuan Pe~kara 1 l(4) mempmtukkan: Undang-undmg Negeri dun mengenai E1wah-Wilqah Persekutuan Kwla Lumpur, Labuan dun Puhajaya, undmg-undmgpersekufuan b l e h mengawal atau m e ~ e k n t pengembangcu~ spa-spa iktikad atau kepemayam ugama antara orag-orangymg mengmuti ugama zsk.7m.

4 Bid., h. 7 .

Page 4: Vol.1 2007 Part 6.pdf
Page 5: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Pengumsan clan Penyelarasan Fahua: Pelaksanaan dan Cabaran Di Malaysia

pihak berkuasa utama di negeri berkenaan selepas DYMM Sultan atau Yang di-Pertuan Agong7.

Mufti merupakan pihak berkuasa utama selepas Sultan dalam -sari

agama bagi negeri berkenaan dan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak. Bagaimanapun keutamaan ini tidak membolehkan Mufti untuk campurtangan dalam pentadbiran hukum syarak di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah merupakan sebuah badan yang tersendiri dalam pentadbiran keadilan dan bebas daripada sebarang pengaruh. Sebelum pindaan kepada undang-undang negeri dibuat, Mufti merupakan Pengerusi Jawatankuasa Mahkamah Ulang Bicara bagi kebanyakan negerin.

Dalam enakrnen atau undang-undang pentadbiran Islam di negeri- negeri memperuntukkan cara-cara pelantikan MuAi/Timbalan Mufti, kuasa Mufti, cara-cara mengeluarkan fatwa, pindaan fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukurn Syarak (Jawatankuasa Fatwa), kedudukan Mufti dalam mengeluarkan pendapat di Mahkamah dan mazhab yang perlu diikuti. Secara umurn bidang tugas Mufti di negeri-negeri adalah seperti berikutg:

i. Penasihat ha1 ehwal Islam agama Islam kepada Kerajaan Negeri. ii. Ahli Majlis Agama Islam Negeri. iii. Pengerusi Jawatankuasa FatwaISyariah Negeri. iv. Ahli Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan. v. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Imam-Imam MasjidISurau. vi. Menyelesaikan atau menjawab permasalahan berkaitan agama

Islam. vii. Menyemak teks khutbah Jumaat/hari raya. viii. Mengesahkan Taqwim Islam di peringkat negeri. ix. Memberi ceramah dan syarahan di masjid-masjid, surau dan lain-

lain. x. Membaca doa di majlis-majlis rasmi kerajaan.

Dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab di atas, Mufti dibantu oleh pegawai dan penolong pegawai ha1 ehwal Islam serta beberapa orang kakitangan sokongan. Dalam urusan mengeluarkan sesuatu fatwa,

7 Akta Pcntadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Pcrsckutuan) 1993, Scksycn 33. 8 Data' Dr. Abdul Monir Yaacob (1998) "Pcrkembangan Institusi Mufti Di Malaysia", dlm. Abdul

Monir Yaacob dan Wan Roslili Abd. Majid (cd), Mufii dun Faha Di Negara-Negaro Asean, Kuala Lumpur: Institut Kcfahaman Islam Malaysia, h. 13 1-132.

9 Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus (1991), " Ijtihad Dan Amalwya Dalam Pembinaan Fatwa Di Malaysia3', (Latihan Ilmiah Sarjana Pcngajian Islam, Akadcmi Pcngajian Islam, Univcrsiti Malaya), h. 143-252. Lihat juga www.1slam.gov.my. 29 Ogos, 2002.

Page 6: Vol.1 2007 Part 6.pdf

J u r d Pengutusan &n Penyelidikan Fatwa

MuRi boleh bertindak secara proaktif atau berasaskan permintaan mana- mana pihak. Bagaimanapun fatwa berkenaan hendaklah dibuat melalui Jawatankuasa Syariah yang dipanggil bersidang untuk tujuan tersebut oleh Mufti. Sesuatu kenyataan yang dibuat oleh Mufti tidak boleh dianggap sebagai fatwa kecuali ia telah diwartakanI0. Hanya Mufti diberi kuasa untuk meminda, mengubah atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah terlebih dahulu dikeluarkan olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu darinyaU. Setiap fatwa apabila telah diwartakan akan mengikat setiap orang di negeri berkenaan serta mengb t semua Mahkamah Syariah di negeri berkenaan".

PENYELARASAN PENTADBIRAN FATWA

Sebagaimana yang telah jelaskan dengan penubuhan Jabatan Mufti urusan pentadbiran fatwa yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri dilaksanakan melalui Jabatan MuRi yang telah ditubuhkan di seluruh negara. JAKIM selaku urusetia kepada Jawatankuasa Teknikal undang-undan&yarak dan Sivil juga telah berusaha memperkemas dan menyeragarnkan undang-undang pentadbiran agama Islam termasuk urusan fatwa.

Oleh kerana Mufti clan Jawatankuasa Fatwa Negeri mempunyai bidangkuasa sendiri dalam urusan pentadbiran fatwa di negeri masing- masing, justeru itu berlaku perbezaan fatwa antara negeri-negeri meskipun melibatkan persoalan yang sama. Sehubungan dengan itu bagi menyelaras fatwa dan hukum-hukum Islam di semua negeri langkah-langkah penyelarasan yang melibatkan penubuhan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan Jawatankuasa Fatwa atau Syariah Negeri telah dilaksanakan. Usaha-usaha penyelarasan pentadbiran fatwa yang melibatkan keduadua jawatankuasa berkenaan &pat dijelaskan sebagaimana berikut.

lo Enakmen Pentadbirau Pemdangan Islam Negeri Selangor, No. 2. Tahun 1989, Seksyen 3 1 (1) dan (2). Ibid, Seksyen 33 (1) clan (2).

I* Enakmen Pentadbirau Hukum Syaxak Negeri Sembilan, 1991,Seksyen 30 (2).

Page 7: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Pengurusan dan Penyelarasan Fatwa: Pelaksanaan dan Cabaran Di Malaysia

PENTADBIRAN FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAG1 HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA

Bagi tujuan menyelaras dan menyeragamkan keputusan fatwa di seluruh negara, pada tahun 1970, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah menubuhkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Mengikut Perkara 11 (a) Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam MalaysiaI3, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini dianggotai oIehI4:

i. Pengerusi Jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis dari kalangan ahli-ahlinya.

ii. Mufii Negeri-Negeri. iii. Lima orang tokoh ulama yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-

Raja. iv. Seorang ahli yang beragama Islam dari perkhidmatan kehakiman

dan undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja- Raja.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di atas diurusetiakan oleh JAKlM dengan pegawai dan kakitangannya dilantik dari kalangan orang lslaml'. Bidang tugas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagaimana yang diperuntukan dalam Perkara 14, Peraturan Majlis, ialah untuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja dan mengemukakan pendapat serta syor-syor kepada Majlis Raja-RajaI6.

Berdasarkan peruntukan tersebut, proses pengeluaran fatwa berdasarkan amalan yang dilaksanakan sehingga kini adalah seperti berikut17:

i. Sekiranya terdapat sesuatu masalah yang menyentuh agama Islam dan pihak Majlis Raja-raja memutuskan iaperlu dikeluarkan fatwa, maka pihak Majlis Raja-Raja akan kemukakan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

13 Mcngikut Pcraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia., Pcrkara 11 (a) menycbut "Maka hendaklah ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Fafwa ..."

14 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, 1981, Pcrkara 11 (a). 15 Mcngikut pcrkara 15, Pcraturan Majlis Kcbangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, JAKIM

mcrupakan Urusctia Kcpada Jawatankuasa Fahva Kcbangsaan dcngan pcgawai dan kakitangan yang mcnguruskan tugas-tugas pcntadbiran hendaklab tcrdiri dari kalangan orang Islam.

16 Pcraturan Majlis Kcbangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Pcrkara 14. 17 Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus (1991), op.cit., h.91-92.

Page 8: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Jurnol Pengumsan don Penyelidikan Fatwa

ii. Setelah Majlis Kebangsaan menerima perkara yang dikemukakan oleh Majlis Raja-Raja, ia akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk dibincang dan membuat keputusan.

iii. Setelah JawatanhasaFatwamembuat keputusan dan mengeluarkan fatwa, Majlis Kebangsaan akan mengambil tindakan dengan mengemukakan kepada pihak Majlis Raja-Raja.

iv. Fatwa-fatwa yang telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja &an dim- sebagai fatwa rasmi.

v. Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam akan menghantar fatwa-fatwa rasmi berkenaan kepada pihak yang berkenaan di negeri-negeri atau mana-mana agensi yang berkaitan untuk dilaksanakan.

Sebelum Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan sesuatu fatwa, JAKTM selaku Urusetia kepada jawatankuasa berkenaan akan menjalankan kajian dan menyediakan laporan mengenai perkara yang akan dibawa dalarn Persidangan atau Mudcarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Laporan kajian atau kertas ke rja berkenaan seterusnya akan dibentangkan untuk dibincang oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi mendapatkan suatu rumusan dan ke~utusan'~.

Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah suatu fatwa yang menyentuh kepentingan nasional19. Ianya adalah persoalan yang ada hubungan dengan apa-apa perkara, dasar, polisi, program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian, jabatan atau agensiZ0. Fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan telah diperkenanlcan oleh Majlis Raja-Raja akan diselaraskan di semua negeri melalui pewartaan oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Antara fatwa yang telah dikeluarkan melalui proses ini adalah fatwa terhadap kumpulan al-Arqam pimpinan Haji Ashaari Muhammad, Syiah di Malaysia dan Golongan Anti Hadith.

Selain memutuskan perkara-perkara yang dikemukakan oleh Majlis- Raja-Raja, Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan juga berperanan

Is Temubual dengan Zulfakar bin Mamat, Penoloag pen& Cawangan Syariah (Fatwa), Bahagian Penyelidikan, JAKIM, pada 2 September 2002.

l9 Mohd Shahir Hj. Abdullab, Hj., (1991). "htitusi Pentadbinxi Islam Di Malaysia", (KeTtas Kej4 BAHIES, JPM., h. 8.

20 Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri (Wilayah-Wdayah Persekutuan, Fasal39

Page 9: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Pengurusan dan Penyelarasan F m a : Pelabmaan dan C a b Di Malaysia

dalam mengadakan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia. Muzakarah ini melibatkan kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan bertuj- untuk membincangkan pelbagai perkara yang difikirkan arnat penting dan mustahak bagi mendapatkan sesuatu fatwa. Fatwa-fatwa yang diputuskan dalam muzakarah ini akan dibawa dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri. Jawatankuasa Fatwa Negeri boleh meminda keputusan tersebut atau menerimanya tanpa pindaan. Antara fatwa yang dikeluarkan melalui proses ini adalah fatwa penghararnan pengklonan manusia2'.

Sejak Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini ditubuhkan, banyak keputusan-keputusan telah dikeluarkan yang berkaitan dengan ajaran-ajaran salah, ibadat, zakat, pernikahan, kewangan, perubatan, makanan dan minuman, pakaian, haiwan, ha1 ehwal semasa dan lain- lain2'. Keputusan yang dicapai dalam muzakarah ini akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk tindakan selanjutnya. Narnun demikian keputusan yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak bersifat mengdcat (binding) kepada negeri-negeri untuk melaksanakannyau.

PENTADBIRAN FATWA PERINGKAT NEGERI

Mufti-Mufti di Malaysia mengeluarkan fatwa melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri atau Jawatankuasa Syariah Negeri atau Wilayah Persekutuan berdasarkan tatacara clan kuasa yang diberi melalui AktaJEnakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan atau negeri masing-masing. Oleh kerana setiap negeri mempunyai perbezaan keanggotaan dan cara pelantikan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah Negeri, justeru itu JAKIM melalui Jawatakuasa Teknikal Undang-Undang Syarak

- 2' Ternubual dengan Zulfakar bin Marnat, Penolong Pengarah, Cawangan Syariah (Fatwa), Bahagian

penyelidikan, JAKIM pads 2 September 2002. Lihat juga Mohd. Rus bin Yunus (2002), "Fatwa- Fatwa Yang Berkaitan Dengan Pengesahm Makanan Halal" (Kertas Kerja Kmus Pengurusan dan Penyelarasan Prosedur Makanan Dan Bahan-Bahan Gunaan Halal MABIMS", anjuran JAKIM, pa& 9-14 Jun 2002. h. 3-5.

22 Keterangan lanjut fatwa-fatwa yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsam, sila l i t , JAKIM (t.t), Himpunan Kepulusan Muzakarah Jawatankuasa Fahva Mujlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugam Islam Malaysia Tahun 1969-1990. Kuala Lumpur: Bahagian penyelidikan, JAKIM. ~ b d d Monir Yaacob, Dato' Dr. (1998) "Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Pengkan- Reformasi dan Penyelesaian" dlm. J m l Undang-Undang IKIM, Volume 2, No. 2, Julai-Desember 1998, h. 139.

Page 10: Vol.1 2007 Part 6.pdf

J u r d Pengumsan dun Penyelidikrm Fatwa

dan Sivil telah berusaha mengadakan penyeragaman keanggotaan dan pelantikan Jawatankuasa Syariah berkenaan sebagaimana berikue4:

i. Mufti Sebagai Pengerusi. ii. Timbalan Mufti. iii. Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis. iv. Tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh

orang yang layak dan sesuai yang dilantik oleh Majlis. v. Seorang pegawai dari Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis

sebagai Setiausaha.

Jawatankuasa Fatwa Negeri bertanggungjawab dalam menyediakan suatu fatwa bagi negeri masing-masing atas perintah DYMM Sultan atau YDP Agong atau atas kehendak Jawatankuasa sendiri atau perrnintaan masyarakat Islam yang dibuat melalui surat yang dialarnatkan kepada Mufti mengenai apa-apa persoalan yang belum mulctamad atau yang menimbulkan kontroversi berhubung dengan hukum s y d S .

Bagi tujuan mewujudkan prosedur mengeluarkan fatwa yang seragam di setiap negeri, satu tatacara pembuatan fatwa telah ditetapkan. Tatacara pembuatan atau pengeluaran fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri adalah melalui proses berikue6:

i. Kajian dan Penyelidilcan. ii. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri. iii. Mengemukakan keputusan sesuatu fatwa kepada MAIN. iv. Mendapatkan perkenan DYMM Sultan atau YDPA bagi pewartaan

fatwa. v. Menyiarkan dalam Warta.

Sesuatu fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatanlcuasa Fatwa Negeri dan telah diwarta serta dikuatkuasakan akan mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di negeri berkenaanZ7.

" Keahlian Jawatankuasa Fatwa Negeri atau Jawatankuasa Syariah ini adalah sebagaimana yang d i s e r a g h bedasarkan Rang Undang-Undang Pen!adbiran Agama Islam Negeri (Wilayah Persekutuan), F a d 3 4 (1) (2).

25 Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Fasal35 (1). Ibid., Fasal36 (I ) hingga (9).

27 Ibid., Fasal37 (1).

Page 11: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Pengurusan dan Penyelarasan Fatwa: Pelaksanaan dan Cabaran Di Malaysia

Jawatankuasa Fatwa Negeri juga berhak mengkaji sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum diwartakan dan diterima pakai di negeri-negeri. Ini kerana bidang kuasa mengenai agama Islam adalah terletak kepada pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri. Namun demikian Enakrnen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri disarm memperuntukkan supaya dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, fatwa yang diputuskan di peringkat kebangsaan perlu diwartakan tanpa apa-apa pindaan atau pengubahsuaian.28

Rasional kepada ketetapan di atas adalah mengambil kira bahawa sesuatu fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merupakan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional seperti dasar, polisi, program atau aktiviti yang secara langsung menyentuh kepentingan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan atau agensi-agen~inya~~. Dengan itu akan dapat mengelakkan sebarang kelewatan dalam pewartaan atau sebarang pindaan dan pengubahsuaian terhadap sesuatu fatwa yang yang telah diputuskan di peringkat kebangsaan.

Sesuatu fatwa sama ada yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa Negeri adalah merujuk kepada pandangan Imam Shafie kecuali pandangan itu tidak sesuai dengan maslahah umat Islam. Dalam keadaan ini fatwa akan merujuk kepada pandangan mazhab ahli Sunnah lain iaitu Hanafi, Maliki atau Hanbali. Bagaimanapun jika jawatanlcuasa fatwa berpendapat tiada satu pun qaul muktamad daripada empat mazhab tersebut boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, jawatankuasa fatwa boleh membuat fatwa tanpa terikat dengan mana-mana mazhab yang empat berkenaan. Penentuan ini dibuat supaya tidak menimbulkan kekeliruan antara fatwa dengan pandangan peribadi individu tertentu bersabit dengan sesuatu masalah30.

Bagi mengelakkan kebimbangan terhadap kesan negatif daripada kawalan fatwa yang diamalkan kini, temtama dalam menyentuh persoalan semasa atau persoalan baru yang memerlukan banyak disiplin ilmu dan kepakaran tertentu lazimnya Jawatankuasa Fatwa akan mendapatkan

28 lbid., Fasal39 (5) (a), (b). 29 lbid. 30 [bid., Fasal42 (I), (2),(3). L i t juga Hj. Mohd Shahii Hj. Abdullah (1991), "Institusi Pentadbiran

Islam Di Malaysia", (Kerbs Keja, BAHIES, PI@, h. 6.

Page 12: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Jurnal Penguruson dun Penyelidih FoWo

kerjasama pihak tertentu terutama dalam menjalankan kajian dan penyelidikan sebelum sesuatu fatwa diputuskan. Ia bertujuan supaya hukum-hukum yang difatwakan lebih mantap dan padu31.

Sesuatu fatwa yang telah diwartakan, setiap orang Islam adalah dikehendaki mematuhi dan berpegang dengan fatwa berkenaan dan mahkamah pula hendaklah mengiktiraf sesuatu fatwa sebagai berwibawa tentang semua perkara mengenain~a~~. Mana-mana orang yang memberi, mengembang dan menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, hukum syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang telah dikuatkuasakan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ~ e ~ e r i - ~ e ~ e r i ~ ~ . Hanya Jawatankuasa Fatwa Negeri diberi kuasa untuk meminda, mengubahsuai, atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan &lam ~ a r t a ~ ~ .

CABARAN DALAM PENGURUSAN DAN PENYELARASAN FATWA

Bagi tujuan menyelaras fatwa di seluruh negara, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) telah menubuhkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Jawatankuasa ini diberi tanggungjawab dalam menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja- Raja. JAKlM selaku urusetia kepada Jawatankuasa Fatwa berkenaan diberi tanggungjawab dalam membantu dan melaksanakan segala keputusan jawatankuasa tersebut.

Smgguhpun jawatankuasa fatwa kebangsaan telah ditubuhkan, namun demikian didapati masih terdapat beberapa kelemahan berkaitan

" Temubual dengan Encik Zulfakar bin Mamat, Penolong peng- w a n Penyelidikan JAKIM pada 2 September 2002.

32 RBng Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Fasal37 (1),(2). Lihat juga Mahmood Zuhdi Hj. A M Majid (2000). "Fatwa dan Cabaran Isu Semasa" dlm. Fazira Md Sham et al. (ed), D h a h d m Perubahan Sosial, Kuala Lumpw Utusan Publications Distributors Sdn. Bh4 h. 107. Sebagai contoh Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah persehtuan) 1997, Seksyen 12, memvWbahawa"Mmra-mmurorangyangmembeh, mengmbanghataummryebarh apa-apapendapaf tentangqjman Islam, Hukaim Symakatau apa-apa isu yangbertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuafhasa di W7Iayah Pms- addah melakukan suahr kesalahan dun apabila disabitkan boleh didenah fidak melebihi tiga ribu ringgit a m dipenjmakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduqd. Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri (Wilayah-Wilayah) Persckutuan, Fasal38 (1).

Page 13: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Pengumsan dan Penyelarasan Fama: Pelaksanaan dan Cabaran Di Malaysia

penyelarasan fatwa yang dilaksanakan kini. Kelemahan yang dikenalpasti adalah berkaitan dengan penguatkuasaan keputusan-keputusan fama kebangsaan di peringkat negeri, penyelarasan undang-undang pentadbiran fatwa dan keanggotaan dalam jawatankuasa fatwa.

Dari segi penguatkuasaan, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, tidak mempunyai bidangkuasa untuk menguatkuasakan sesuatu fatwa yang telah diputuskan. Hanya Jawatankuasa Fatwa Negeri mempunyai bidangkuasa untuk mewarta dan menguatkuasakan fatwa di negeri masing-masing setelah mendapat perkenan DYMM Sultan. Lazimnya fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan dibincang semula di peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri dan ia tidak terikat untuk mewarta dan menguatkuasakan fatwa berkenaan.

Keadaan di atas menyebabkan penyelarasan sesuatu fatwa tidak dapat dilakukan dengan berkesan malah mengambil masa yang lama untuk diselaraskan. Terdapat fatwa yang telah diputuskan di peringkat Jawatanlcuasa Fatwa Kebangsaan masih belum diambil tindakan oleh Jawatankuasa Peringkat Negeri untuk diwarta dan dikuatkuasakan di negeri masing-masing3'. Sementara itu terdapat isu dan permasalahan yang menyentuh kepentingan nasional dibincang dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri seperti hukum melabur dalam ASN dan A S B ~ ~ , meskipun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sehingga kini belum mengambil keputusan mengenainya. Malah terdapat Mufti negeri

35 Contoh yang dapat dinyatakan di sini ialah fatwa berkaitan zakat gaji dan pendapatan profesional. Sungguhpun JawatankuasaFatwaKebangsaau telahmemutuskanbahawa zakat gaji danpendapatan profesional adalab wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat, namun tidak semua negeri seperti Perak mewarta dan menguahasakan fatwa berkenaau. Demikian juga dengan pengharaman merokok Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam keranapadanya terdapat kemudaratan, bagaimanapun setakat ini hanya negeri Selangor yang menguatkmakan fatwa kerkenaau. Keterangan lanjut berkaitan fatwa zakat gaji dan pendapatan profesional sila lihat JAIUM (tt), Keputusan Fohva Kebangsaan Siri I, Kuala Lumpur: JAKIM, h. 4. Manakala fatwa berkaitan merokok sila lihat JAKIM (t.t), Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fahva Majtis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Tahun 1991-1995, Kuala Lumpur, h. 123- 125.

36 Mengikut Jawataukuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Negeri Kedah Hukum Melabur Dalam ASN dan ASB adalah seperti berikut: a. Bahawa pelaburau yang dilakukan oleh pelabur-pelabur kepada ASN adalah dalam beatuk

urus niaga yang dikenali sebagai "Mudarabah" sekalipun tiada mencangkupi sebagai syarat- syarat mudarabah seperti yang dijelaskan oleh para fuqaha, akan tetapi mudarabah beserta syarat- syaratnya menwt para fuqaha itu adalah tennasuk di dalam per--per- ijtihadiah yang boleh menerima pembahan dari semasa ke semasa menurut maslahah, yang pentingnya pekerjaan itu tiada penipuan dan tiada mengakibatkan persetman di antara dua pihak sebaliknya ads keredaan daripada keduaduanya yang melabur dan yang menerima p e l a b w

Page 14: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Jurnd Penguman &n Penyelidikan Fatwa

yang mengambil pendirian sendiri berkaitan dengan sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ulama luar negara tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bertindak memutuskan sesuatu fatwa di peringkat

Sebagaimana dimaklumi urusan fatwa di negara ini telah diinstitusikan dan ditadbir secara khusus melalui undang-undang pentadbiran h u b Islam di negeri-negeri dan diselaraskan melalui Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Masyarakat umum tidak dibenarkan memberi sebarang fatwa yang bertentangan dengan fatwa rasmi kerajaan. Dengan perbezaan dan percanggahan fatwa yang dikeluarkan di negeri-negeri dan di peringkat kebangsaan khususnya yang menyentuh kepentingan nasional atau melibatkan isu dan permasalahan yang sama boleh mengelirukan masyarakat Islam. Ini secara tidak langsung mendedahkan kepada kritikan di mana fatwa itu sendiri dilihat umum sebagai lemah dan kewibawaan institusi fatwa boleh dipertikaikan.

Manakala Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam berkaitan pentadbiran fatwa pula menentukan bagi setiap fatwa yang dikeluarkan hendaklah berdasarkan pendapat dalam mazhab Syafie, atau tidak terkelw dari mazhab yang empae8. Kenyataan ini menggambarkan bahawa perlantikan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri belum menepati kehendak fatwa yang sepatutnya. Mufti-Mufti dan Jawatankuasa- jawatankuasa fatwa yang diwujudkan tidak melaksanakan ijtihad, sebaliknya mengeluarkan fatwa berdasarkan mazhab tertentu melalui mjukan terhadap kitab-kitab dalam mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali atau lebih menekankan kepada kenyataan dan penjelasan hukum dari kitab-kitab rujukan.

Keadaan di atas berlaku disebabkan Jawatankuasa Fatwa yang ada boleh dikatakan dianggotai mereka yang berkepakaran dalam bidang pengajian

diurusniagakan. b. Bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah hams dan hasil yang diperolehi daripadanya

(dividen dan bonus) adalah halal. c. Oleh kerana Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) pelaksanaannya sama seperti ASN yang

dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpw (BSKL) bahkan ia adalah kesinarnbungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus clan hasil kemtungan daripadanya adalah halal.

Sila lihat Swat Majlis Agama Islam Negeri Kedah Ruj. (79) Dlm Majlis p 21211 Jd 4 , bertan'kh 13 Mei, 1991, Hukum Melabur Dalam ASN dan ASB, h. 34.

37 Berita Harian (2002), Palestin: Tmgganu Setuju Fatwa Dr. Yusof', pada 30 April, 2002, h. 2. 38 Seksyen 38 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Agama Islam Negeri Kedeh. No. 9 Tahun

1962. Lihatjuga Seksyen 36 (I),@) E n h e n Pentadbiraa Agama Islam Negeri Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Bil. 4, Tahun 1994.

Page 15: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Pengurusan dan Penyelarasan Fatwa: Pelaksanm dan Cabaran Di Malaysia

Islam atau golongan ulamak yang alim dalam bidang ilmu syariah semata- mats dan kurang melibatkan pihak lain yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran tentang disiplin ilmu semasa dalam menangani persoalan yang menyentuh isu semasa yang rumit yang memerlukan banyak disiplin ilmu dan kaedah penyelidikan ilmiah dan saintif&.

Dalam aspek kesalahan melanggar sesuatu keputusan fatwa pula masih terdapat perbezaan hukuman antara negeri-negeri. Di Negeri Perlis mereka yang didapati menghina mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah di bawah Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tigaribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-d~anya~~. Di Negeri Sembilan mana- mana orang yang didapati mencela, menghina atau mempermainkan mana- mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah oleh Mufti adalah bersalah dm boleh disabitkan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-d~anya~~. Manakala Negeri Perak sesiapa yang menghma kewibawaan atau ingkar, melanggar atau membantah fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti adalah bersalah dan boleh disabitkan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau ked~a-duan~a~~ .

Justeru dalam usaha menyelaras fatwa, kekurangan dan masalah- masalah berkaitan fatwa sebagaimana yang dinyatakan merupakan cabaran yang perlu diberi perhatian supaya kewibawaan institusi fatwa dm sesuatu fatwa yang dikeluarkan bagi kepentingan masyarakat Islam di negara ini dapat dipertahankan.

MEMANTAPKAN INSTITUSI FATWA DI PERINGKAT NEGARA

Perkembangan mutakhir menunjukkan bahawa melalui usaha penyelarasan yang dilaksanakan di peringkat pusat, pentadbiran institusi fatwa di negara ini telah dapat dipertingkatkan dengan lebih tersusun dan berstruktur. Bagi memastikan usaha ini dapat dipertingkatkan di samping mengatasi beberapa kelemahan yang masih berlaku sebagaimana yang telah dibincangkan adalah d i s d a n pihak berkuasa agama Islam di negara ini dapat mengambil pendekatan dan langkah-langkah berikut:

39 Seksyen 39, Enakmen Jenayab Dalam Syarak (Negeri Perlis)l991. Seksyen 50 (iv), Enakmen Jenayah Syariab (Negeri Sembilan) 1992.

41 Seksyen 16, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Perak) 1992.

Page 16: Vol.1 2007 Part 6.pdf

a. Menubuhkan Jabatan Mufti Negara

Bagi membangun, memantap dan memperkukuhkan institusi fatwa di seluruh negara adalah disarankan supaya Jabatan Mufti Persekutuan diwujudkan. Penubuhan jabatan ini adalah wajar berikutan dengan penubuhan Jabatan Mufti yang telah dilaksanakan di semua negeri. Ia bukan sahaja berperanan dalam menyelaras fatwa di peringkat negara tetapi meliputi tugas-tugas seperti penyelidikan dan pembangunan, pengumpulan, penerbitan, pewartaan, penguatkuasaan sertamengadakan hubungan ke jasama dalam bidang-bidang berkaitan fatwa dengan institusi-institusi fatwa di peringkat negara, serantau dan antarabangsa. Jawatan Mufii Negara ini juga sewajarnya bertaraf Menteri yang bertanggungjawab dalam memberi nasihat secara langsung kepada kerajaan dengan organisasi pentadbiran dan pelaksanaan yang lengkapdibawahnya. MufiiNegarajugasemestinyaseorangulamak yang diterirna semua pihak, berwibawa dan mahir dalam pelbagai disiplin ilmu seperti pengumsan, ekonomi, undang-undang, kemasyarakatan dan seumpanya selain dalam bidang pengajian Islam yang dikuasainya. Bagairnanapun jawatan Mufti Negara ini tidak seharusnya mengganggu bidang kuasa Mufti Negeri ketika ini kerana ia lebih bersifat nasional.

b. Mengemaskini Keanggotaan Jawatankuasa Fatwa

Oleh kerana ijtihad dan fatwa penting kepada masyarakat Islam khususnya dalam menampilkan rumusan konsep, prinsip dan dasar-dasar ajaran Islam dalam segala bidang, selain menampilkan hukum atau fatwa. Oleh yang demikian komposisi jawatankuasa fatwa perlu pertingkatkan, selain melibatkan para ulamak y a g benar-benar diakui ketokohannya dalam bidang keagamaan, penglibatan golongan pakar dalam bidang ilmu semasa seperti perubatan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran dan lain-lain adalah diperlukan. Dengan pengisian golongan ulamak dan tenaga pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan diharap akan &pat menghasilkan fatwa berwibawa, diyakini dan lebih dihormati.

c. Meningkatkan Prasarana Pengurusan Fatwa

Mufti dan ahli-ahli jawatankuasa fatwa perlu dilengkapkan dengan segala kemahiran ilrnu dari semasa ke semasa, sama ada ilmu yang rnerupakan bidang kepakarannya maupun ilmu-ilmu yang

134

Page 17: Vol.1 2007 Part 6.pdf

Pengurusan dan Penyelarasan Fatwa: Pelaksaoaan dm Cabaran Di Malaysia

dapat membantu fungsi mereka sebagai pakar rujuk. Mereka juga perlu dilengkapkan dengan prasarana teknologi yang memungkinkan mereka berinteraksi dengan ulamak-ulamak berwibawa di dalam dan luar negara. Mereka juga perlu dilengkapkan dengan bahan-bahan rujukan terkini sama ada buku, kitab-kitab yang berkaitan atau produk-produk canggih dan terkini.

d. Meningkatkan Kerjasama Pengurusan Fatwa

Penyelidikan ilmiah yang melibatkan persoalan-persoalan baru dan memerlukan banyak disiplin ilrnu perlu ditangani secara serius dan bersepadu. Oleh itu kerjasama antara jawatankuasa Fatwa Negeri dan Kebangsaan dengan para sarjana dalam pelbagai bidang kepakaran perlu diadakan supaya dapat memainkan peranan aktif dalam membantu menghasilkan sesuatu fatwa yang lebih mantap dan berwibawa di peringkat negara.

e. Menyelaras Fatwa Luar Negara

Penyelarasan fatwa di kalangan negara-negara Islam perlu dilakukan supaya dapat dijadikan rujukan dan panduan umat Islam. Melalui pendekatan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan fatwa masing-masing sama ada menyokong atau menolak sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ulamak luar negara sebagaimana yang berlaku kini. Bagaimanapun usaha ini perlu mengambil kira faktor perbezaan mazhab dan keadaan di sesebuah negara.