Ulasan 4

3
Membangunkan Perisian Multimedia Interaktif Teknologi Automotif: Anti-Lock Brake System (ABS) Maklumat Jurnal 4 Penulis : Abd. Wahid Mukhari & Mohammad Faizal Naharuddin Publish / Presented : 2011 Sumber : Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 4 December 2011, Pages 38-57 / ISSN: 2231-7376 1.0 PENGENALAN Ulasan ini membahaskan tentang persoalan berkaitan Membangunkan Perisian Multimedia Interaktif Teknologi Automotif: Anti-Lock Brake System (ABS). Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian multimedia interaktif: Anti-Lock Brake System (ABS) bagi membantu meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan sistem ABS. Fokus kajian ialah untuk membangunkan satu perisian multimedia interaktif bagi dijadikan bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Mata pelajaran Teknologi Automotif Tingkatan 4 . Perisian ini dibangunkan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain membantu pelajar mengenali dan memahami konsep sistem brek ABS serta perbezaan antara sistem brek jenis servo. 2.0 PERBINCANGAN Projek ini dapat menyediakan satu informasi mengenai sistem brek ABS interaktif lengkap dengan maklumat terkini merangkumi grafik dan animasi yang mudah difahami serta mampu menarik perhatian pengguna dan seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih menarik.

Transcript of Ulasan 4

Page 1: Ulasan 4

Membangunkan Perisian Multimedia Interaktif

Teknologi Automotif: Anti-Lock Brake System (ABS)

Maklumat Jurnal 4

Penulis : Abd. Wahid Mukhari &

Mohammad Faizal Naharuddin

Publish / Presented : 2011

Sumber : Journal of Technical, Vocational & Engineering

Education, Volume 4 December 2011,

Pages 38-57 / ISSN: 2231-7376

1.0 PENGENALAN

Ulasan ini membahaskan tentang persoalan berkaitan Membangunkan Perisian Multimedia

Interaktif Teknologi Automotif: Anti-Lock Brake System (ABS). Projek ini bertujuan untuk

membangunkan sebuah perisian multimedia interaktif: Anti-Lock Brake System (ABS) bagi

membantu meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan sistem ABS.

Fokus kajian ialah untuk membangunkan satu perisian multimedia interaktif bagi dijadikan

bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Mata pelajaran

Teknologi Automotif Tingkatan 4 .

Perisian ini dibangunkan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

selain membantu pelajar mengenali dan memahami konsep sistem brek ABS serta perbezaan

antara sistem brek jenis servo.

2.0 PERBINCANGAN

Projek ini dapat menyediakan satu informasi mengenai sistem brek ABS interaktif lengkap

dengan maklumat terkini merangkumi grafik dan animasi yang mudah difahami serta mampu

menarik perhatian pengguna dan seterusnya menjadikan proses pembelajaran lebih menarik.

Perisian yang dihasilkan merupakan gabungan beberapa unsur multimedia seperti audio,

grafik, grafik animasi menggunakan Bahasa Melayu.

Page 2: Ulasan 4

Teori – teori dan strategi pembelajaran yang dikemukakan memberi peluang kepada pelajar

untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan menerusi pembelajaran kendiri. Konsep

pembelajaran interaktif mudah dikendalikan dan difahami. Perisian turut dilengkapi dengan

audio tutorial sebagai tutor serta audio latar belakang untuk menarik minat. Pendedahan

tentang sistem brek jenis Anti-Lock Brake System (ABS) ataupun Sistem Brek Anti Kunci

perlu bagi memastikan para pelajar dapat menyesuaikan diri mereka dengan penggunaan

Sistem Brek jenis ABS kerana sistem ini merupakan salah satu sistem brek yang amat

popular digunakan oleh pengeluar – pengeluar kereta pada masa kini disebabkan ciri – ciri

keselamatan yang terdapat pada sistem brek jenis ini menjadikan ianya lebih popular

penggunaanya daripada penggunaan sistem brek jenis servo. Jelaslah kepentingan sistem ini

dan perlunya didedahkan kepada pelajar sebelum mereka memasuki alam pekerjaan dalam

bidang Automotif. Seterusnya penggunaan

multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran patut dijadikan elemen utama dalam

strategi pengajaran dan pembelajaran dalam meransang perkembangan pengajaran dan

pembelajaran yang seiring dengan keperluan dan kepesatan teknologi .

3.0 MASALAH

Terdapat beberapa masalah dalam hal berkaitan sehingga kajian dibuat antaranya adalah

maklumat mengenai ABS dalam buku rujukan yang dibekalkan di sekolah adalah terhad

manakala keperluan untuk mendapat maklumat mengenai sistem ABS ini meningkat seiring

dengan perkembangan dunia automotif kini. Selain itu teknologi automotif merupakan satu

bidang yang memerlukan penelitian dan kemahiran yang tinggi di dalam melahirkan pelajar –

pelajar yang berpotensi namun realitinya kandungan buku – buku yang digunakan dalam

subjek Teknologi Automotif di sekolah Teknik dan Vokasional agak ketinggalan kerana

masih menggunakan kaedah – kaedah agak lama dan ketinggalan dari segi teknologi. Salah

satu topik dalam sukatan mata pelajaran Teknologi Automotif iaitu Sistem Brek,

memerlukan pengamatan dan simulasi oleh pelajar – pelajar bagi memberi kefahaman kepada

mereka.

4.0 HASIL KAJIAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa mendapati 60 peratus responden amat bersetuju bahawa

perisian yang telah dibina mempunyai rekabentuk grafik yang memenuhi ciri-ciri grafik yang

Page 3: Ulasan 4

baik dan interaktif manakala 40 peratus lagi memilih amat setuju. Ini menunjukkan 100

peratus responden bersetuju bahawa rekabentuk grafik yang dipaparkan dalam perisian ini

menarik dan sesuai digunakan. Ini juga menunjukkan bahawa rekabentuk grafik grafik yang

direka memenuhi ciri–ciri dan bertepatan dengan prinsip pembangunan perisian.

5.0 PENAMBAHBAIKAN

Beberapa penambahan telah dicadangkan dalam penilaian awal untuk menjadikan perisian

ini lebih menarik, padat serta dapat mencapai objektif.

Bahasa yang digunakan dalam perisian ini adalah bahasa Melayu. Sehubungan itu glosari

boleh disediakan untuk memudahkan pengguna dan mengelakkan kekeliruan

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah komponen yang mengekalkan bahasa

Inggeris. Ini disebabkan penggunaan bahasa pada komponen – komponen perlulah di

kekalkan di dalam bahasa Inggeris bagi mengelakkan kekeliruan pengguna kerana istilah

dalam bahasa Inggeris sering digunakan oleh individu yang terlibat dengan bidang automotif

ini.

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya perisian ini adalah baik dan dapat menarik minat para pelajar serta

memudahkan guru menyampaikan pengajaran dalam topik berkenaan.