UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga...

25
1 EMBARGO SEHINGGA DISAMPAIKAN SEMAK MENGIKUT PENYAMPAIAN UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA DATO’ DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI PADA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2020 27 MAC 2021

Transcript of UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga...

Page 1: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

1

EMBARGO SEHINGGA DISAMPAIKAN

SEMAK MENGIKUT PENYAMPAIAN

UCAPAN DASAR

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

DATO’ DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

PADA

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

2020

27 MAC 2021

Page 2: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

2

ۥه

ها ل ٱلغيب مفاتح وعند ورقة من تسق ط وما وٱلبحر ٱلبر فى ما ويعلم ه و إل يعلم

ها إل ت فى حبة ول يعلم ول رطب ول ٱلرض ظ ل م ب فى إل يابس بين كت م

Maksudnya:

“Dan pada sisi Allahlah pemilik kunci kepada semua perkara ghaib; tidak ada

yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia-lah yang mengetahui apa

sahaja yang berlaku di daratan dan di lautan, sehinggakan tiada sehelai daun

pun yang gugur melainkan dalam pengetahuan dan ketentuanNya, dan tidak

pula jatuh walau sebutir biji pun hatta dalam kegelapan bumi, yang basah

mahupun yang kering, melainkan setiap sesuatu ditentukan dan tertulis di

dalam Kitab yang nyata iaitu di Luh Mahfudz"

SIDANG PERWAKILAN PEMUDA SEKALIAN,

1. Saya mulakan ucapan dasar tahun ini dengan memetik surah Al-An‘am

ayat 59, yang begitu dalam maknanya bukan sahaja kepada diri saya

tetapi untuk kita semua.

2. Ayat yang benar-benar menggambarkan betapa besarnya dampak dan

impak, setiap yang berlaku dalam kehidupan kita. Semuanya ditentukan

dan ditakdirkan Allah, sama ada kita sedar ataupun dalam banyak

keadaan berlaku di luar perencanaan kita tanpa terduga.

3. Ya! SIAPA SANGKA badai COVID-19 yang melanda dunia dan negara

pada waktu ini membawa kita buat julung-julung kalinya ke

Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2020, dalam keadaan

Page 3: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

3

norma baharu. Tiada lagi sambutan mega sepertimana kelaziman biasa.

Malah perhimpunan tahunan yang dirai bagaikan pesta kerabat besar

parti, hanya mampu diatur dengan serba sederhana!

4. Ya! SIAPA JANGKA sejak Perhimpunan yang lalu, kita bertemu semula

kali ini, dalam keadaan kita tidak lagi menjadi Pembangkang tetapi

sebahagian daripada kita kini kembali dalam Kerajaan! Tidak tergapai

dek pemikiran, tidak terdetik di sanubari, Kerajaan Pakatan Harapan

hanya mampu bertahan 22 bulan, lantas ranap angkara berantakan

berebut kuasa sesama sendiri.

5. Ya! SIAPA JANGKA dua parti induk Melayu-Islam yang berseteru 40

tahun lamanya, akhirnya mempaterikan agenda Penyatuan Ummah

secara bersama di PWTC ini, atas nama PIAGAM MUAFAKAT

NASIONAL, dengan linangan air mata syukur dan hiba.

6. Namun SIAPA SANGKA, belum pun kering deraian air mata, belum pun

reda hilai tawa bersama, kasih yang baharu berputik, terpaksa pula

dikongsi dengan pihak ketiga. Dengan rasa berat hati, kita pasrah

pilihan sahabat kita untuk bermadu, walau hati rasa terluka.

7. Semuanya ini berlaku tanpa diduga, tanpa dijangka. Yang pasti

semuanya sudah termaktub dalam kitab aturan, ditakdirkan oleh Yang

Maha Berkuasa sebagaimana ayat Al-An’am yang saya bacakan tadi.

UJIAN MENGUKUR KESETIAAN

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Sekalian,

Page 4: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

4

8. “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”.

Prinsip tawakkal mengajar kita bukan sekadar menyerah kepada

takdir Ilahi semata-mata. Sebaliknya ia wajib disulami dengan ikhtiar

dan dicermati dengan usaha. Malah, ujian yang silih-berganti perlu

didepani dengan insaf, sabar dan penuh bijaksana.

9. Demikian jugalah perihal bahtera UMNO yang pernah diuji dengan

hempasan badai yang ganas, hingga hampir menenggelamkannya.

Tidak sedikit juragan hatta nakhoda terjun meninggalkan bahtera,

lantaran mahu selamatkan diri hingga parti sanggup diketepi.

10. Namun saya amat berbangga dengan kesetiaan para Pemuda di akar

umbi, yang sanggup melalui saat getir, harungi susah senang bersama

mempertahankan bahtera dalam tempoh hampir tiga tahun ini.

11. Sudah tentu kita juga harus berterima kasih kepada Nakhoda utama

Datuk Seri Presiden atas kecekalan dan keberanian, memastikan

bahtera UMNO tidak karam, tanpa kuasa, tanpa jawatan. Bahkan

terpaksa pula berhadapan dengan seribu satu ugutan, rintangan dan

tekanan.

12. Ikrar Pemuda, biarpun seganas mana gelombang menghempas

bahtera, namun membujur lalu melintang patah, tidak sesekali kami

akan pernah menyerah kalah. Biar menderu ribut halilintar menerpa,

biar patah pendayung hatta robek layarnya, Pemuda tetap bersama

kepimpinan pertahan bahtera walau terpaksa berkayuh dengan tangan

hatta jari jemari sekalipun!

Page 5: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

5

13. Rupanya roda berputar begitu pantas. Bahtera yang ditakuti karam

bukan sahaja berjaya mengharungi badai, bahkan Tuhan takdirkan kita

kembali ke puncak kuasa, di atas keruntuhan Kerajaan PH yang

bersengketa dan haloba kuasa.

14. Benarlah, kuasa yang dikecap bukan milik mutlak selamanya. Kuasa

dan kepimpinan hanyalah pinjaman Yang Maha Pencipta. Ingatlah

hakikat ini:

ع تشاء من الملك تؤت ي الملك مال ك اللهم قل ن الملك وتنز م ز تشاء م ل تشاء من وتع وتذ

ك تشاء من ير شيء كل على إ نك الخير ب يد قد

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau

berikan kuasa kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau

cabut kuasa dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan

orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau

kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya

Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Ali Imran [3] : 26)

15. Namun ujian kemenangan ini hakikatnya begitu mencabar sekali.

Bagaikan mengulangi tragedi Peperangan Uhud, nikmat kemenangan

yang dikecap seketika telah mengaburi kewarasan apabila ghanimah

harta di hadapan mata, hingga amanah perjuangan dan perintah

Junjungan mudah dilupa.

16. Demikianlah tamsilan sirah yang bagaikan berulang. Kini, ditakdirkan

kita kembali berkongsi kuasa, hanya untuk memelihara kerajaan buat

seketika. Malangnya! Ramai yang mula lupa diri, lupa daratan. Mungkin

Page 6: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

6

ada benarnya singgungan kata-kata pujangga perihal orang lupa diri

tatkala diulit fatamorgana kuasa:

Beriman di mulut, hati berlumut. Beriman di lidah, hati menyalah.

Lidah bercabang, langkah menyilang. Tamak harta, mabuk dunia.

Loba pada pangkat, lupa pada akhirat. Kemaruk puji, lupa diri.

Ke tengah menfitnah, ke tepi mendengki. Ke laut menghasut, ke darat mengumpat.

Ke hulu menipu, ke hilir menyindir. Ke atas mengampu, ke bawah melapah.

Ke gunung menyombong, ke lurah menyumpah.

17. Hakikatnya ujian kuasa dan harta bukanlah mudah untuk dihadapi.

Saat kita sama-sama diuji jatuh kecundang, ternyata kita mampu

melupakan segala sengketa lama, kita boleh pula berganding bahu

meniti bara, sama-sama berdengkit-dengkit, sama-sama merangkak

mengesot, sedikit demi sedikit menulusuri terowong sempit.

18. Namun, tatkala kelihatan sinaran cahaya di hujung terowong, mulalah

menjelma pelbagai kelibat dan watak warga parti yang menzahirkan

warna sebenar diri.

19. Ada yang dulunya bagai merpati dua sejoli, berpimpin tangan

berpisah tiada, tetapi kini “ibarat bunga, mekar dipakai layu dibuang”.

Sikap mereka ini, umpama “biduknya satu, nakhodanya dua”,

lantaran sikap “sayangkan kaki pada terompah”. Ingatlah! “Buruk-

buruk si kayu gaharu (seteruk-teruk Parti UMNO), apabila dibakar

tetap wangi baunya”.

Page 7: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

7

20. Ada juga yang dulunya sanggup berjuang bermati-matian, pantang

musuh cabar menyerang, kekuda dipasang, jiwa raga rela

dipertaruhkan. Tetapi, kini dek mabuk kuasa dan harta, taat dan setia

tergamak digadaikan. Rumah sendiri dilayani bagaikan rumah

tumpangan, sanggup tikam belakang, rela buka pekung di dada tak

kira haluan, bahkan biar diri menjadi gunting dalam lipatan, lupa

hakikat diri bahawa parti inilah yang mengangkat mereka pada

kedudukan penuh penghormatan.

21. Kendati begitu, saya ingin mengimbau sejarah Islam lampau yang

berlaku pada zaman Khalifah ke-4 Saidina Ali bin Abi Talib ketika Ali

terpaksa berdepan dengan Mu’awiyyah dalam peperangan Siffin,

yang menyaksikan umat Islam berpecah teruk kepada beberapa

kumpulan besar. Perpecahan ini terjadi tidak lain hanyalah kerana

wujudnya pelbagai kepentingan yang menguasai diri.

22. Kumpulan pertama ialah Ahlu al-Qurra’ yang kemudiannya masyhur

digelar Khawarij, satu kelompok yang berkepentingan diri, berjuang

kerana mengharapkan imbuhan dan ganjaran.

23. Kumpulan kedua adalah kelompok tentera dari Iraq yang ramai

jumlahnya tetapi LOMPONG PERJUANGAN, bahkan mudah goyah

cepat mengalah tatkala disogok tentera Mu’awiyyah.

24. Kumpulan ketiga pula ialah orang-orang Ansar. Biarpun kecil sahaja

bilangannya, namun tetap teguh di belakang Ali, walau diuji dengan

harta.

Page 8: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

8

25. Ujian bermula tatkala Khalifah Ali akur untuk berunding

menamatkan sengketa. Namun ditentang puak Khawarij. Mereka

mula memberontak, mengadu domba cetus kesangsian terhadap

kepimpinan Ali. Dengan slogan

حكمل لل إل

“Tidak ada hukum kecuali milik Allah”

Kononnya merekalah pejuang sejati menyatukan umat.

26. Sebaliknya mereka inilah sebenarnya pengkhianat, bertopengkan

agama dan retorik dengan madah berhelah, kononnya umat perlu

bersatu kerana Allah, tetapi hakikatnya ‘pepat di luar rencong di

dalam’. Saidina Ali dengan tegas membidas:

ل الب هايرادحق كل مة باط

“Ungkapan yang diluahkan itu benar, tapi punya maksud yang jahat”

27. Apakah sejarah kini berulang kembali? Dinamika politik kini juga

menyaksikan timbul watak-watak manusia seperti ini, penuh

berkepentingan dan licik bermain wayang. Ditarik dia menanduk,

digiring dia menyepak. Diberi sejengkal hendak sehasta. Diberi

sehasta hendak sedepa. Diberi madu dibalas tuba. Diberi berkuku kita

pula hendak dicengkamnya.

28. Buat mereka ini, Pemuda UMNO juga mahu membidas:

Ketika Kuat Lembut Menguntum Bicara pesona dalamnya mendomba Resam berpakat tidak menikam Gelora dusta punca sengketa

Page 9: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

9

Serai malang sekerat di gusi Manisan sendiri dimakan jiran Ramai curang menjual diri Perikatan dicari tinggalkan teman Jika sepat menghalang belida, Ikan yang dipukat mencelah jala, Jika khianat bersarang di dada, Kesatuan yang erat terpisah jua

KELANGSUNGAN AGENDA KEBANGKITAN

Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,

29. Segala mehnah dan ujian yang kita lalui bersama, cukup untuk menguji

tahap kesetiaan kita kepada idealisme dan prinsip perjuangan. Setia

kepada perjuangan bukan hanya di saat kesenangan. Setia kepada

perjuangan bukan hanya ketika berkedudukan. Setia kepada perjuangan

bukan juga di waktu diuji dengan serba kepayahan.

30. Sebaliknya setia yang sejati adalah di saat kita harus membuat

perhitungan besar, antara mempertahankan parti biarpun menjadi lilin

membakar diri, atau merelakan diri diperlakukan semahunya bak

lembu dicucuk hidung oleh tuan yang mendedaknya. Mereka ini

kadangkala terlupa atau buat-buat lupa bahawa tuan dedaknya itu,

umpama serigala berbulu kambing, penuh muslihat, licik tingkah

olahnya.

31. Namun, jangan ingat UMNO ini seperti “kambing kecil, merentak tidak

memutus tali, berantuk tidak melambung bumi”. UMNO masih punya

Page 10: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

10

maruah dan harga diri. Jangan cuba-cuba menjolok sarang tebuan.

Kerana sengatannya masih berbisa lagi.

32. Pemuda berpendirian tegas, mendesak agar kepimpinan parti tidak lagi

memberi muka kepada golongan ini. Jangan sesekali diberi tempat di

barisan hadapan untuk mewakili parti. Malah, ahli UMNO wajar menolak

watak-watak hipokrit seperti ini dalam pemilihan parti. Pesanan Nabi:

تين لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مر

“ Jangan sampai seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang yang

sama dua kali” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)

AGENDA PEMUDA ERA KEBANGKITAN

Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,

PEMUDA BANTU RAKYAT, JURUBICARA RAKYAT

33. UMNO dan Rakyat umpama aur dan tebing, irama dan lagu. Tanpa

rakyat UMNO runtuh. Tanpa UMNO, rakyat lumpuh. Sebab itulah

apabila rakyat susah, resah, dan gelisah memikirkan dapur tak berasap,

makan pakai anak-anak tersekat, di kala pandemik Covid menular

membiak, Pemuda mesti bangkit menggerakkan agenda

#PEMUDABANTURAKYAT.

34. Terus-terang saya ingin merekodkan betapa bangganya saya kepada

anda semua. Rela berkorban tenaga, masa dan wang ringgit demi rakyat

melalui pelbagai inisiatif khidmat bakti terutamanya membantu agih

bakul makanan dan program sanitasi nyahkuman, mencegah virus

Page 11: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

11

covid-19 secara percuma, di semua 191 Bahagian seluruh Negara.

Syabas!

35. Pemuda juga terus istiqomah dengan Agenda

#PemudaJurubicaraRakyat. Pemuda bersuara isu-isu rakyat ‘without

fear or favour’, seperti tuntutan i-Sinar tanpa syarat, lanjutan

Moratorium tanpa faedah tanpa syarat, kemudahan Pembelajaran dan

Pengajaran di Rumah (PdPR), capaian internet dan kebajikan

mahasiwa; bahkan kita juga menyediakan khidmat guaman percuma

untuk mereka yang rasa teraniaya dengan kompaun RM10,000 yang

tinggi dan tidak munasabah.

36. Kita sedar banyak suara-suara sumbang, sindiran dan perlian tajam,

namun sedikitpun tidak melunturkan semangat kita untuk terus

bersuara! Ini bukan soal nak popular, tetapi dua talian khas (hotline)

yang kita sediakan untuk memantau isu-isu rakyat menerima ribuan

mesej orang ramai, menandakan betapa rakyat meletakkan harapan

tinggi untuk kita terus membela mereka.

37. Saya cukup terkesan satu aduan yang kita terima mengenai kes seorang

anak muda yang baru dapat kerja di Larut. Kesalahannya hanya kerana

bertanya tentang ubat ibunya di penghadang kaca kedai Mesra

Petronas, tanpa pelitup muka, tanpa scan MySejahtera. Beliau akhirnya

dikompaun RM10,000. Hakikatnya, ratusan aduan seperti ini kami

terima setiap hari melalui hotline Pemuda.

38. Sebab itulah Pemuda kena terus bersuara. Pemuda harus menyelami

denyut nadi suara hati rakyat yang merana. Pemuda mesti menjadi

penyambung lidah rakyat yang teranianya. Kerana itu darah daging kita.

Page 12: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

12

Itu tradisi perjuangan kita. Tradisi UMNO Membela Rakyat! Jika sudah

tidak sanggup bersuara untuk rakyat, usah bicara soal pengorbanan!

39. Alhamdulillah, hasil desakan semua secara berterusan melalui pelbagai

medium dan cara, banyak juga isu yang kita perjuangkan akhirnya

diterima juga Kerajaan. Ternyata! Ada kalanya kelantangan itu ada

bisanya berbanding kaedah berbisik.

40. Namun, jangan sesekali mendabik dada untuk ‘claim credit’, jauh sekali

untuk kita bersaing dengan sesiapa kononnya kita sahajalah juara

rakyat, kerana yang penting apa juga yang kita usahakan, matlamat

akhirnya rakyat yang dapat manfaatnya.

41. Ambillah semangat regu Pemuda era 70-an Almarhum Bekas Ketua

Pemuda Harun Idris dan Naibnya Musa Hitam yang mempelopori idea

‘Parti dalam Parti’, lantaran kelantangan dan ketegasan Pemuda di

zaman mereka yang sentiasa berani mengkritik dan menjadi agen

‘semak dan imbang’ kepada Kerajaan.

42. Seharusnya para penguasa jangan pula rasa tercabar atau mudah koyak

apabila ditegur. Mendengar dengan hati terbuka dan bersedia

menambah-baik demi rakyat adalah lebih baik daripada melatah atau

merasa terancam, lantas mengambil sikap yang keras. Ingatlah pesanan

Nabi SAW:

ن ما استرعاه عبد م ية، الل ، يحطها فلم رع يحة د لم إل بنص الجنة رائ حة يج .

"Barang siapa dikalangan hamba yang diberikan kuasa oleh Allah

untuk menguruskan rakyat, lalu dia tidak melengkapi dirinya dengan

Page 13: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

13

nasihat atau teguran, maka tidak akan merasa baginya bau syurga”

(Sahih Bukhari)

MEWARISI KEBOBROKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Sekalian,

43. Benar, Kerajaan PH sudah jatuh, tetapi masih banyak lagi isu-isu

tertunggak yang diwariskan kepada Kerajaan hari ini yang belum tuntas

penyelesaiannya.

44. Pemuda ingin bertanya, apa sudah jadi dengan tuntutan rakyat mendesak

ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat segala dakwaan

salah laku dan penyelewengan dalam Tabung Haji (TH)?

45. Apakah status pendakwaan dan keadilan buat Allahyarham Adib Kassim,

anggota Bomba yang dibunuh kejam sebagaimana dapatan Inkues?

46. Bagaimana pula status siasatan dan pendakwaan kes-kes pimpinan PH

yang digugurkan atau ditarik balik termasuk kes banglo dan terowong

Lim Guan Eng, kes ADUN-ADUN DAP dalam aktiviti pengganas LTTE, kes

rogol melibatkan bekas ADUN DAP di Perak dan lain-lain?

47. Apakah kerajaan akan terus berdiam diri juga terhadap tuntutan

penubuhan RCI menyiasat segala pendedahan bekas Peguam Negara

Tommy Thomas dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’,

yang jelas menggambarkan wujud pendakwaan terpilih; wujud campur

tangan politik dalam badan pengadilan dan kehakiman; bahkan wujud

penyalahgunaan kuasa dalam perlantikan Hakim?

Page 14: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

14

48. Bagaimana pula dengan kes perhimpunan pro-komunis di sebuah kolej

swasta Kajang? Atau kes penyeludupan abu mayat Chin Peng? Mahupun

isu Buku Teks Sejarah yang dimanipulasi fakta mengagungkan komunis

hingga mengecilkan peranan polis, tentera dan anggota keselamatan

negara?

49. Semuanya ini umpama ‘Bangkai Gajah yang tak dapat ditutup hanya

dengan nyiru’, baunya yang semerbak pasti terpalit juga ke badan kita.

Kepincangan zaman PH tidak wajar didiamkan begitu sahaja, kelak kita

akan dikaitkan bersama. Melainkan kita rela membenarkan tanggapan

ramai betapa roh PH sudah mulai meresap masuk ke jasad Perikatan!

50. Usahlah berdalih lagi. Jangan menggunakan madah Penyatuan Ummah

bagi mempertahankan kelemahan. Jangan berselindung disebalik slogan

‘No Anwar No DAP’ bagi menyembunyikan agenda peribadi

mempertahan kedudukan. Janganlah diulangi perangai PH lalu yang

hanya pandai menabur janji tetapi semuanya ‘dicapatikan’.

51. Jika benar dakwaan bahawa kerajaan PN kunci kepada perubahan, maka

mengapakah polisi PH yang selama ini kita lawan, masih lagi dikekalkan?

Mengapakah penganiayaan politik yang dimulakan oleh PH dahulu masih

kalian teruskan?

52. Di manakah keadilan apabila pemimpin UMNO yang kononnya terima

peruntukan daripada sumber 1MDB didakwa, sedangkan pengkhianat

yang terima peruntukan serupa tidak pula didakwa, malah terus menjadi

suci apabila melompat ke Parti BERSATU, bahkan boleh diangkat pula

menjadi Menteri?

Page 15: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

15

53. Di manakah keadilan jika anggota keluarga bekas Gabenor Bank Negara

yang mengaku mengetahui tentang ratusan juta wang 1MDB di dalam

akaun mereka tidak pula didakwa, sedangkan pemimpin UMNO begitu

pantas dihadap ke mahkamah pengadilan?

54. Jadi siapa sebenarnya yang khianat? Siapa yang tidak jujur dalam

muafakat? Sekiranya ikhlas, kenapa amalan pendakwaan terpilih warisan

PH masih diteruskan?

KESTABILAN KUNCI KESEJAHTERAAN

Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,

55. Hakikatnya rakyat memang susah. Ramai hilang punca pendapatan.

Ramai hilang pekerjaan. Ramai eksekutif yang dulunya bergaji tetap dan

berelaun lumayan tetapi kini terpaksa lakukan apa sahaja demi

kelangsungan hidup. Ramai yang dulunya berstatus T20, kini jatuh ke

M40 bahkan B40 hingga hidup tertekan tak keruan.

56. Ada juruterbang Malindo yang dicutikan tanpa gaji setahun menghubungi

saya melalui facebook, mempromosi jualan rempeyek bersama-sama tiga

lagi rakan juruterbang lain yang senasib dengannya.

57. Ada pekerja kilang mengadu tertekan memikirkan nasib 3 orang

anaknya yang perlu disara selepas kilang ditutup di Seberang Jaya.

58. Ada seorang pemuda 30-an dari Besut dibuang kerja dengan pelbagai

tanggungan, bawa GRAB pun tak dapat tampung, bergantung harap pada

i-Sinar untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan di kampung.

Page 16: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

16

59. Ada graduan yatim dari Grik, Perak, mesej di instagram saya. Beliau

menjadi sandaran keluarga menyara adiknya OKU sedang ibunya

terlantar sakit barah. Berkongsi resah nak bayar hutang PTPTN tapi

pekerjaan bagaikan tiada kepastian.

60. Inilah realiti sebahagian kehidupan rakyat di bawah, yang memang susah

dan tertekan dengan situasi ekonomi negara hari ini. Apakah puncanya?

Benar, Covid19 adalah sebahagian daripada puncanya. Benar, Kerajaan

telah menyalurkan pelbagai pakej bantuan kepada rakyat.

61. Tetapi mengapa begitu lambat sekali proses pemulihan ekonomi negara?

Sedangkan negara jiran yang kadar wabak jauh lebih buruk daripada kita,

menunjukkan pertumbuhan ekonomi lebih pantas, malah menerima

limpahan pelaburan.

62. Laporan Bank Dunia dan United Nations Conference on Trade and

Development melaporkan dua minggu lalu, kedudukan Malaysia jatuh

tercorot berbanding negara-negara serantau ASEAN lain dari segi

pelaburan asing.

63. Dahulu kita gah di Bursa Malaysia, tetapi trend terkini pelabur luar

mendadak meninggalkan pasaran saham, sedangkan kita pernah menjadi

juara pasaran saham dunia. Syarikat gergasi IT IBM menutup operasi,

Toyota pula mahu memindahkan pusat operasi ke Indonesia. Tesla dan

Google dilaporkan melabur berbilion ringgit di negara jiran kita.

64. Bayangkan, betapa banyak peluang pekerjaan yang terlepas akibat

pelaburan beralih arah. Bayangkan, perasaan lebih 800,000 pengganggur

Page 17: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

17

kini, yang melihat sahaja pelaburan berlalu depan mata, sedangkan diri

terus tertekan, tanpa kerja, tanpa pendapatan.

65. Mujurlah ada juga berita menggembirakan Peneroka Muda Saudara

Zulkarnain di Felda Gunung Besout 3, Sungkai dan Pok Su Mail di Felcra

Teratak Batu Pasir Puteh, apabila harga komoditi minyak sawit naik ke

paras tertinggi awal bulan ini hingga mencecah RM900 setan bagi Buah

Tandan Segar (BTS), berbanding hanya sekitar RM300 zaman PH.

66. Sebenarnya, kunci kepada keutuhan ekonomi terletak kepada kestabilan

polisi dan dasar Kerajaan. Inilah prasyarat asas membina keyakinan dan

meneguh kepercayaan pelabur. Ya, kestabilanlah yang memacu

kesejahteraan. Kestabilanlah yang menjamin keyakinan pelaburan.

Kestabilanlah yang merancakkan pertumbuhan ekonomi hingga

mencipta pelbagai peluang pekerjaan, meningkatkan keberhasilan

rakyat, membina kemakmuran sekaligus menatijahkan keharmonian.

67. Selama lebih 60 tahun, inilah acuan kestabilan yang begitu sebati dalam

pemikiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Ya! Model Barisan Nasional

yang mewakili realiti kemajmukan masyarakat berbilang agama dan

kaum, dengan dipasakkan akar kekuatan keindukan parti yang mewakili

bangsa teras majoriti. Inilah tunjang kestabilan sebenar yang menjamin

kesejahteraan.

68. Namun, bagaimana nak stabil jika polisi-polisi warisan Kerajaan PH yang

ditentang dahulu masih dikekalkan? Bagaimana nak stabil, bila aset-aset

strategik syarikat-syarikat milik Kerajaan pun masih dijual? Bahkan

Page 18: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

18

banyak projek-projek infrastruktur mega pengganda ekonomi

(multiplier effect) yang baik untuk rakyat terus dibatalkan.

69. Rakyat wajar bertanya kepada Kerajaan khususnya Menteri Kanan

Ekonomi merangkap Menteri MITI (Perdagangan Antarabangsa dan

Industri), apa pelan strategik untuk memancing pelabur masuk selain

kesibukan beliau memancing wakil rakyat PKR masuk PN?

Ke Sana Ke Sini Jangan Sekali, Nanti Covid Menular Kembali, YB Nak Bersuara Parlimen Dikunci, Rupanya sibuk Lompat Parti. Ke Sana Ke Sini Setiap Hari Membawa Dulang Membeli YB Titah Tuanku Tak Dipeduli Parlimen Tetap Dikunci Lagi

RESEPI KEMENANGAN

Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,

70. Pilihanraya akan datang adalah lebih besar gelora dan gelombangnya. Ia

bakal menggoncang bahtera bukan sahaja dengan fitnah lama, tetapi juga

dengan pelbagai khabar curiga.

71. Namun, UMNO tidak boleh memasuki medan perang dengan kaki yang

tempang. UMNO tidak boleh memasuki gelanggang dengan kasut yang

berlubang. Justeru, Pemuda menggariskan 5 perkara penting sebagai

pedoman dan resepi kemenangan, untuk menghadapi Pilihanraya Umum

ke-15 akan datang.

Page 19: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

19

RESEPI PERTAMA: KUASAI PERSEPSI ANAK MUDA

72. PERTAMA, kita perlu menyedari bahawa lanskap dan demografi politik

negara hari ini sudah berubah. Dahulu, kita boleh bergantung kepada

undi ahli untuk memenangi kerusi. Tetapi hari ini dengan pertambahan

7.8 juta pengundi termasuk Undi 18 tahun yang tidak berparti, kita mesti

segera memenangi hati dan menguasai persepsi hingga mampu

diterjemahkan kepada undi.

73. UMNO mesti berani berubah dan bersedia melakukan transformasi ke

arah budaya politik yang berintegriti. UMNO mesti dilihat sebagai parti

yang tulus dan telus, berpegang kepada prinsip moral dan berakhlak

tinggi. UMNO mesti dilihat mendekati semua lapisan pengundi bukan

hanya syok sendiri sesama ahli. UMNO mesti dipandang sebagai suara

yang konsisten memperjuangkan kepentingan rakyat, biarpun menjadi

lilin yang membakar diri. Barulah kita mudah diterima kembali.

RESEPI KEDUA: CALON YANG SEGAR DAN DITERIMA RAKYAT

74. KEDUA, untuk UMNO diterima rakyat terutama 47% pengundi muda

yang rata-rata tidak terikat dengan sebarang ideologi mahupun parti,

UMNO mesti berani menonjolkan pemimpin muda yang segar bukan

sekadar pelapis, sebaliknya sebagai barisan peneraju kepimpinan negara

yang baharu.

75. Maka PEMUDA berpendirian, calon-calon PRU akan datang, mestilah

diperbanyakkan orang muda yang kompeten dan berilmu, diterima

rakyat bukannya sekadar hero dikalangan ahli sendiri. Calon-calon juga

Page 20: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

20

mesti terdiri hanya mereka yang setia dan bukannya yang mudah

‘kowtow’ kepada sekutu atau mengkhianati parti sendiri.

RESEPI KETIGA: YAKIN DIRI, PERTAHAN IDEOLOGI

76. KETIGA, jangan sesekali rasa kerdil diri (inferiority)! Merasakan parti

ini lemah, lantas tidak mampu bersendirian. Jangan hilang harga diri!

Merasakan parti ini tidak lagi ada karamah, lantas rela melutut kepada

seteru, kononnya boleh menjamin kemenangan.

77. Ya! Rakyat sudah mencuba Kerajaan PH selama 22 bulan, lantaran

terkesima dengan janji bulan dan bintang, termakan dengan fitnah dan

hasutan kebencian. Namun akhirnya rakyat menjadi mangsa, kerajaan

yang naik mengganti Barisan Nasional rupanya indah khabar dari rupa.

78. Rakyat juga ditakdirkan mendapat Kerajaan PN yang hakikatnya rapuh

dan susah nak bertahan lama, lantaran hanyalah sekadar gabungan

longgar parti-parti yang bekerjasama. Janji untuk bersama hanya buat

seketika, kerana sama-sama telah sepakat untuk kembalikan mandat

kepada rakyat semula.

79. Justeru, Pemuda mesti memahat keyakinan yang jitu bahawa kita ada

jenama Barisan Nasional yang wajib dipertahankan. Inilah sahaja parti

yang terbukti punya ‘track-record’ yang panjang, mampu menawarkan

KESTABILAN.

80. InsyaAllah, rakyat bersedia menerima kita. Rakyat menanti kita

menjadi kerajaan semula. Namun, sudah tentu dengan citra perjuangan

kita yang lebih kudus dan wajah baru yang lebih tulus.

Page 21: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

21

81. Ya! UMNO tidak sempurna kerana kita semua manusia biasa yang tidak

terlepas daripada noda dan dosa. Yang penting kita belajar daripada

kesilapan dan jangan diulangi kepincangan yang sama.

RESEPI KEEMPAT: SEDIA BEKERJASAMA TANPA MENCAIRKAN PRINSIP

82. KEEMPAT, sejak merdeka lagi UMNO tidak pernah bersendirian dalam

membentuk Kerajaan. UMNOlah parti yang sangat terbuka dan

bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi rakyat, demi

negara. Tetapi bukan dengan cara menggadai maruah, mencairkan

wadah dan membiarkan diri diinjak-injak muka kepalanya.

83. UMNO adalah parti yang mendokong penyatuan demi Ummah, tetapi

bukan dengan cara menghalalkan khianat dan merelakan parti terus-

menerus dicurangi dan diperkotak-katikkan semahunya.

84. Kita juga sedar ada parti yang ditubuhkan untuk menggantikan kita,

sengaja membentuk perikatan baharu, untuk menyisihkan barisan kita.

Depan manis, belakang bak ‘telunjuk lurus kelengkeng berkait’.

Bercakap soal kejujuran tapi sebenarnya dialah khianat. Bercakap soal

bersih dan berintegriti tapi cakap tak serupa bikin. Bercakap soal

perpaduan tapi dialah yang mencatur pemecahan. Inilah yang

dikatakan orang tua-tua bijaksana,

ل يستق يم كيف والعود الظ جاجا إعو

“Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya”.

Page 22: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

22

85. Namun bagaimana ‘kepala cuba disorokkan, punggung tetap juga

kelihatan’. Sebab itulah UMNO jangan mudah tertipu dan mesti kenal

kawan dan lawan. Siapa yang boleh dijadikan kawan tapi tidak makan

kawan. Siapa yang sebenarnya lawan walaupun sudah berkawan. Yang

penting UMNO jangan hilang arah dan mesti tegas, berani buat

pendirian ‘bak menikam biar tembus, memancung biar putus,

menggantung biar tinggi’.

86. UMNO tidak pernah curangi kawan. Kita berpegang kepada janji dan

ketetapan bersama dalam Muafakat Nasional, termasuklah tidak

pernah setuju menganggotai Parti Perikatan Nasional, walaupun

akhirnya didaftarkan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan, tanpa

persetujuan.

87. Buat sahabat dan sekutu kami PAS di dalam Muafakat Nasional. Ikhlas

kami Pemuda katakan penyatuan bersama kalian adalah mimpi

terindah, suatu yang kita semua dambakan berpuluh tahun lamanya.

Pegang eratlah ikatan Muafakat Nasional ini seutuhnya! Jangan biarkan

ikatan terlerai atau dileraikan oleh pihak ketiga! Kerana belum tentu

peluang sebegini menjelma lagi buat kali kedua.

88. Seruan Pemuda buat kepimpinan, berpakatlah dengan hikmah,

berundinglah tanpa helah bak “kundur tidak melata pergi, labu tidak

melata mari”. Tidak ada kusut yang tidak boleh selesai. Yang penting

mesti ada ikhlas dan jujur dalam persahabatan mahupun

persepakatan.

Page 23: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

23

89. Kami Pemuda rela menjadi sebahagian daripada kudrat yang memikul

jentera untuk kemenangan semua. Namun, Pemuda ingin ingatkan!

Jangan sesekali khianat dan curang bak “duduk berkisar, tegak

berpaling” kerana kesannya kelak boleh merosakkan kesatuan dan

permuafakatan.

RESEPI KELIMA: PERKASA JENTERA, JAUHI SENGKETA

90. KELIMA, Alhamdulillah 7 PRK dan 1 PRN di Sabah yang dimenangi

sebelum ini memberikan isyarat bahawa jenama Barisan Nasional

masih segar di hati rakyat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

merakamkan ucapan terima kasih kepada Pemuda MCA, Pemuda MIC,

Pemuda PBRS dan Friends of BN kerana kekal setia bersama bahtera

Barisan Nasional di kala susah dan senang. Harapnya kita terus

bersama menuju ke destinasi.

91. Saya percaya, banyak kita pelajari daripada kemenangan ini untuk kita

menyusun AGENDA GERAK PEMUDA bagi mempersiapkan jentera

mengadapi PRU ke-15 nanti, untuk kita sama-sama berusaha

menambat kembali hati dan kepercayaan rakyat.

92. Pemuda tidak lagi sekadar menggalas tugas-tugas tradisi gerak gempur

pasang poster sahaja, kini Skuad Sabil diberikan amanah kali pertama

mengurus keselamatan dan yang terbaru PACABA – Laksanakanlah

amanah ini dengan penuh semangat dan serlahkanlah wibawa kalian

di mata rakyat!

93. Utamakanlah kesatuan dan solidariti! Pertahankanlah tradisi dan

insitusi kepimpinan parti! Jangan mudah percaya cerita-cerita sensasi

Page 24: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

24

yang mencetuskan prasangka sesama sendiri! Janganlah menari

mengikut alunan irama dan lagu dendangan musuh yang sentiasa

mendengki!

94. Usah hanyut dalam gelora pemilihan parti! Mula menyusun ‘rakit’, ‘cai’

kumpulan, mula mencatur peluang nak rebut kedudukan. Ingatlah!

semuanya ini tidak punya makna apa-apa, jika bahtera karam dalam

medan sebenar peperangan.

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Sekalian,

95. Sejujurnya saya ingin merakamkan penghargaan setulusnya kepada

seluruh jentera Pemuda di segenap pelusuk negara! Anda semua

adalah wira-wira yang memberi nafas baharu kepada parti ini! Kalian

terbukti setia bersama saat suka dan duka, tatkala kita mula meniti

bara untuk BANGKIT KEMBALI! Kalian terbukti cekal dan sanggup

berkorban untuk kita bersama MEREKAYASA KEBANGKITAN parti

keramat UMNO ini!

96. Kalianlah sebenarnya sumber kekuatan untuk saya terus berdiri

sehingga ke saat ini, walau tak terbayang dek imaginasi untuk saya

masih bertahan hingga ke titisan ini, dengan segala gelora badai penuh

onak dan duri. Semuanya ini kita telah lalui bersama untuk UMNO

menuju ke DESTINASI – SEBUAH KEBANGKITAN!

Justeru, Wahai Pemuda-Pemuda Teras Kebangkitan!

Page 25: UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA · 2021. 3. 27. · 1 embargo sehingga disampaikan semak mengikut penyampaian ucapan dasar ketua pergerakan pemuda umno malaysia

25

97. Persiapkanlah jentera, Perkemaskan gerakerja bagi memenangi PRU-

15 yang menjadi matlamat kita. This is our goal! This is the real battle!

This is the ultimate war!

98. Yakinlah wahai Pemuda-Pemudaku sekalian!

Selagi nyawa di kandung badan,

Selagi hayat diizin tuhan,

Selagi kudrat menggengam tangan,

Berjuanglah sehabis daya mempertahankan bahtera perjuangan!

Ingat pesan keramat “Dari Hidup Bercermin Bangkai, Lebih Baik Mati

Berkalang Tanah”.

99. Namun IKRAR PEMUDA, bahtera parti keramat ini tidak sesekali kita

korbankan.

100. Jadilah obor dan penggerak kepada edisi KEBANGKITAN ini,

Jadilah penawar kepada semua kesilapan lalu,

Jadilah pewaris kepada perjuangan parti,

Jadilah wira untuk UMNO kembali ke DESTINASI;

demi KESTABILAN, demi agama, demi bangsa, demi negara.

PEMUDA! BANGKIT KEMBALI!

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM

WARAHMATULLAHI WABARAKATUH!