Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila...

22
Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 Oleh NIK ANUAR NIK MAHMUD, Ph.D.' SYNOPSIS Tunku Abdul Rahman began his campaign to seek independence soon after taking over the leadership of UMNO. An UMNO-MCA Alliance leaders meeting in 1952 led to an agreement that focused the Alliance's efforts on demanding for the democratic elections of'the Federal Legislative Council. -.4 proposal was drawn up re- questing for an elected m'!;ority in the Council and for the elections to be held by the end 0{1954. The Colonial Government responded to the Alliance's demands by 'creat- ing an Election Committee to examine the possibility of holding state andfederal elec- tions. and to make recommendations all how the elections should he conducted. The Committee suhsequently recommended that the elected puhlic representation should only be a minority in the Council and it did not specify any dates for holding the elec- tions. Alliance leaders attacked these recommendations. ITunku Abdul Rahman. <!fter consultation wilh olher Alliance leaders , seekedfor all interview with the Secretary of State for the purpo.\'e of convinL'ing him 10 give the Alliance's demands further con· sideration. He led an Alliance delegation to London on 21 April 1953. In London. the delegation learned thaI the Secretary of'Slale had rejected most of the Commillee's recommendations. He proposed a revi.,.d Federal Legislative COl/nei l comprising Rliy-/u!(} elected and fourty-six Ilominated memhers. Tunku Ahdul Rahman was un- happy with the proposed elected majority memher. 'i. His suhsequent request for at least sixty elec ted memhers It'as ignored. The delegation returned to Kuala Lumpur with partial .\'ucce.\'S, The Alliance leaders passed a Re.wlutiol1 Ihat rejected the Colo- nial Office proposals ami demondeel /01' the appointment a special indeperuiel1l Commission, Addilimwlfl'. [he Alliance arranged/or a general work ,\ 'trike pro((Jsting aKain,\', the Colonial Government's decision 10 implement [he Co lonial O./Jke's propo- sals, The AI/orney-General (Michael Hogan ) and Acting Chief Secrelllry ( David Gray) failed to hreak Ihe deadlock, Fil111/(V. Ihe High Commissioner agreed [0 a com- promise in' which llve nominated Cmmcil memhers were chosen 'HI Ihe majorilY parl,,'s leader, The Alliance ca/led oil the strike alld ,he elections were held ill /9.5.5 , Matlamat utama UMNO scmasa di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah untuk mcmbcbaskan Tanah Mclayu daripad a bclcnggu penjajahan British. Pcnulis ia.lah Prof. Mady .. di Jahatan Scjarah, Univcrsiti Kcb.tnt,!saan Malaysia, 18 Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Transcript of Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila...

Page 1: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55

Oleh NIK ANUAR NIK MAHMUD, Ph.D.'

SYNOPSIS

Tunku Abdul Rahman began his campaign to seek independence soon after taking over the leadership of UMNO. An UMNO-MCA Alliance leaders meeting in 1952 led to an agreement that focused the Alliance's efforts on demanding for the democratic elections of'the Federal Legislative Council. -.4 proposal was drawn up re­questing for an elected m'!;ority in the Council and for the elections to be held by the end 0{1954. The Colonial Government responded to the Alliance's demands by 'creat­ing an Election Committee to examine the possibility of holding state andfederal elec­tions. and to make recommendations all how the elections should he conducted. The Committee suhsequently recommended that the elected puhlic representation should only be a minority in the Council and it did not specify any dates for holding the elec­tions. Alliance leaders attacked these recommendations. ITunku Abdul Rahman. <!fter consultation wilh olher Alliance leaders , seekedfor all interview with the Secretary of State for the purpo.\'e of convinL'ing him 10 give the Alliance's demands further con· sideration. He led an Alliance delegation to London on 21 April 1953. In London. the delegation learned thaI the Secretary of'Slale had rejected most of the Commillee's recommendations. He proposed a revi.,.d Federal Legislative COl/neil comprising ~f Rliy-/u!(} elected and fourty-six Ilominated memhers. Tunku Ahdul Rahman was un­happy with the proposed elected majority (~l.\'ix memher.'i. His suhsequent request for at least sixty elected memhers It'as ignored. The delegation returned to Kuala Lumpur with partial .\'ucce.\'S, The Alliance leaders passed a Re.wlutiol1 Ihat rejected the Colo­nial Office proposals ami demondeel /01' the appointment (~l a special indeperuiel1l Commission, Addilimwlfl'. [he Alliance arranged/or a general work ,\'trike pro((Jsting aKain,\', the Colonial Government's decision 10 implement [he Colonial O./Jke's propo­sals, The AI/orney-General ( Michael Hogan ) and Acting Chief Secrelllry ( David Gray) failed to hreak Ihe deadlock, Fil111/(V. Ihe High Commissioner agreed [0 a com­promise in' which llve nominated Cmmcil memhers were chosen 'HI Ihe majorilY parl,,'s leader, The Alliance ca/led oil the strike alld ,he elections were held ill /9.5.5 ,

Matlamat utama UMNO scmasa di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah untuk mcmbcbaskan Tanah Mclayu daripada bclcnggu penjajahan British.

• Pcnulis ia.lah Prof. Mady .. di Jahatan Scjarah, Univcrsiti Kcb.tnt,!saan Malaysia,

18

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PILIHANRAXA PERSEKUTUAN DAN SIKAP BRITISH

Sebagai langkah awal ke arah itu, Tunku dan rakan-rakannya dalam MCA, dengan sokongan kuat daripada Kongres Kebangsaan, telah mendesak Kerajaan British supaya mengadakan pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1954. Justeru tuntutan itu dan bersesuaian pula dengan dasar British, sebuah Jawatankuasa Pilihanraya Persekutuan telah dibentuk bagi mengkaji dan membuat cadangan ber­hubung dengan Pilihanraya Persekutuan. UMNO-MCA turut mengemukakan cadangannya. Bagi mengukuhkan tuntutan tersebut, Perikatan UMNO-MCA juga menghubungi Pcsuruhjaya Tinggi dan Raja-raja Melayu serta mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan di London. Tetapi per­bezaan pandangan antara Pcrikatan UMNO-MCA dcngan kerajaan British ber­hubung dengan soal keanggotaan Majlis dan tarikh pilihariraya menyebabkan ahli­ahli Majlis Perikatan UMNO-MCA meletakkan jawatan daripada menganggotai majlis mesyuarat. Perbalahan ini hartya dapat diatasi selepas kerajaan British ber­janji untuk berbincang dengan ketua atau mana-mana ketua majoriti di kalangan anggota-anggota yang dipilih sebelum melantik lima orang wakil yang dilantik khas dalam Majlis dan juga bersetuju untuk membentuk Suruhanjaya Istimewa dan Bebas bagi mengkaji butir-butir perlembagaan. Kerajaan juga bersetuju untuk mengadakan pilihanraya persekutuan dalam tahun 1955. Dalam pilihanraya tersebut yang berlangsung pada 27 Julai 1955 perikatan UMNO-MCA telah mencapai kemenangan terbesar. Justeru itu Tunku Abdul Rahman telah diberi tanggungjawab untuk membentuk kerajaan sendiri dan seterusnya mem­bimbing Tanah Melayu ke arah kemerdekaan dalam tahun 1957. Makalah ini cuba menyingkapkan kembali peranan Perikatan UMNO-MCA, khususnya Tunku Abdul Rahman. dalam perjuangan menuntut pilihanraya Persekutuan dan juga tentang reaksi pihak British terhadap tuntutan tersebut.

TUNTUTAN PILIHANRAYA

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa langkah-Iangkah ke arah pcmerintahan sendiri aka,n dibual. Pada tahun 1948 dua buah badan telah ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British. Badan-badan tersebut ialah Majlis Kerja dan Majlis Perundangan Persekutuan. Kesemua ahli Majlis ini adalah dilantik. Pihak British telah bersetuju bahawa apabila keadaan mengizinkan pilihanraya akan diadakan untuk memilih ahli-ahli bagi Majlis Perundangan Persekutuan.' Bagaimanapun. usaha-usaha itu terbantut apabila darurat diisytiharkan dalam bulan Jun 1948 menyebabkan kerajaan British lebih mengambil berat untuk mengalahkan peng­ganas-pengganas komunis daripada kemajuan perlembagaan. Sungguhpun begitu. badan-badan politik di Tanah MelaYl' sering kali menuntut supaya kerajaan British menunaikan matlamat perlembagaan Tanah Melayu '1948. Jawatankuasa Per­hubungan Kaum. dalam mesyuaratnya di Johor Sharu dalam bulan September

I Lihat Great Britain. Th" Ft,daufjol/ of Muluya Order ill COl/lld/. 11)48. Jmlllttl K('dllu. Mllkudimah .. hIm. I.

19

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA DARI SEGJ SEJARAH

1949. menuntut supaya kerajaan British menggubal undang-undang bagi pemilihan ahli-ahli beberapa Majlis Perundangan di dalam Persekutuan.'

Ekoran daripada desakan terscbut. beberapa langkah telah diambil oleh ke­rajaan Persekutuan bagi memajukan proses perlembagaan. Dalam tahun 1950. Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya Tinggi bagi Tanah Melayu. telah mengambil tindakan dengan melantik sebuah Jawatankuasa Pilihanraya bagi Majlis Mesyuarat Perun­dangan untuk mengkaji serta membuat eadangan mengenai perkara tersebut.' Dalam bulan Jun 1950 Jawatankuasa itu telah mengeluarkan laporannya dan men­eadangkan supaya pilihanraya tempatan diadakan bagi Majlis Bandaran dan Majlis Tempatan.

Pelantikan Sir Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Tanah Melayu dalam tahun 1951 telah memajukan lagi proses kemajuan perlembagaan di Tanah Melayu. Dalam menggariskan masa depan politik Tanah Melayu. Templer telah menetapkan bahawa Tanah Melayu akan diberikan hak pemeri!ltahan sen­diri dalam tahun 1960' Oleh kerana itu. beliau bereadang untuk mengadakan pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1958. Bagi menambahkan lagi pengalaman ahli-ahli .Majlis Mesyuarat dalam bidang pentadbiran. Templer bereadang untuk memperkenalkan sistem "Timbalan Menteri " , di samping menambahkan bilangan anggota Majlis Mesyuarat Perundangan. Pilihanraya Majlis Bandaran yang per­tama di Tanah Melayu telah diadakan pada bulan Disember 1951.

Sungguhpun kerajaan British telah mengadakan pilihanraya. tetapi pe­mimpin-pemimpin politik. khususnya UMNO. agak keeiwa dengan sikap kerajaan British kerana enggan mengadakan pilihanraya Persekutuan bagi memholehkan penduduk-penduduk di negara ini memilih wakil-wakil mereka ke Majlis Mesyua­rat Perundangan Persekutuan . Selama ini Majlis Mesyuarat Perundangan Perse­kutuan adalah terdiri daripada orang-orang yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, iaitu dengan eara menjemput parti-parti politik. pertubuhan-pertubuhan perkaum­an, badan-badan pekerja, perniagaan dan perusahaan mengemukakan nama-nama ealun yang disukai untuk menjadi wakil-wakil mereka dalam Majlis Mesyuarat. Pesuruhjaya Tinggi juga mempunyai kuasa penuh untuk melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.

Sebagai ahli Majlis Mesyuarat Perundangan dan juga Majlis Mesyuarat Kerja. Tunku Abdul Rahman sedar tentang kekurangan kedua-dua Majlis ini. Ahli kedua-dua Majlis itu bukan mewakili rakyat. Ini kerana kemahuan rakyat bukan dijadikan asas kekuasaan kerajaan seperti yang dikehendaki oleh peng­isytiharan hak-hak man usia. Tunku menganggap kerajaan British sengaja membuat demikian kerana ingin melambat-Iambatkan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Semasa berueap dalam Mesyuarat Agung UMNO di Melaka dalam bulan Mac 1952. Tunku menegaskan bahawa:

71u' Timl',I', 21 September, 1949, J Srruit,\' Til1l!',~, 2 September, 1950, 4 Nota pcrbincangan dengan Sir G, Templer di Pejabat T,mah Jajahun pada J Discmber 1952,

CO 1022/86.

20

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PIUHANRAYA PERSEKUTUAM DAN SIKAP BRITISH

The present system of nomination at the pleasure of t/I(' High Commissioner and the rulers were impeding the progress of the country. These councils were repre­sellted by 'yes men' who did nOi represent the people at all. The most effi'Cli\'e way of gelling Ihe support of the people was to let them elect their own representatives . . The unfortunate thing was that the gm'ernmenl was using the Emergl'fJcy as an ex­cuse for delaying general elections, 5

Dalam mesyuarat itu juga, UMNO memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1954 dan bukan dalam tahun 1958, sebagaimana yang .dirancang oleh Templer. Kedudukan UMNO se­makin kukuh apabila UMNO berjaya membentuk kerjasama dengan Malayan Chinese Association atau MCA dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur dalam bulan Februari 1952. Kejayaan gabungan UMNO-MCA dalam pilihanraya ter­sebut serta tempat-tempat lain menguatkan lagi tuntutan mereka supaya pilihan­raya Persekutuan diadakan.

RUNDINGAN DENGAN MeA

Semasa mengadakan perbincangan dengan rakan gabungannya, Malayan Chinese Association, pada 3 Februari 1953, di Selangor Miners' Club di Kuala Lumpur, Tunku telah membangkitkan soal pilihanraya Persekutuan.' Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan agar pilihanraya Persekutuan diadakan segera sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan. Cadangan Tunku itu telah disokong oleh Kolanel H.S. Lee, Naib Presiden MCA. Mesyuarat telah menerima cadangan UMNO untuk menuntut kerajaan British supaya mengadakan pilihanraya Perse­kutuan dalam tahun 1954. Desakan ini dibuat kerana tempuh perkhidmatan ahli­ahli Majlis Persekutuan dijangka akan tamat pada akhir Februari 1954. Sebuah lawatankuasa telah dibentuk bagi menggubal syarat-syarat pilihanraya. lni men­jadik!1n Perikatan UMNO pertubuhan palitik Persekutuan Tanah Melayu yang pertama menuntut supaya pilihanraya Persekutuan diadakan.

Dalam mesyuarat yang diadakan di lahar Bharu pada 8 Mac 1953, pemim­pin-pemimpin UMNO-MCA di lahar Bharu telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan Kongres Kebangsaan bagi membincangkan saal pilihanraya-' Semua pertubuhan palitik bertaraf kebangsaan akan dijemput menyertainya. Kangres ke­bangsaan ini dianggap terlalu penting aleh Tunku bagi mendapatkan kata sepakat dari semua parti palitik demi masa depan Tanah Melayu. Selain itu, Tunku juga tidak mahu initiatif itu diambil aleh Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (Independece Malayan Party) yang juga bercadang untuk mengadakan Persidangan Negara pada 27 April 1954' Pemimpin-pemimpin Perikatan UMNO-MCA enggan menyertai persidangan itu walaupun mereka telah dijemput.

5 Straits Timt'.\" 30 March. 1952. 6 Minit Mesyuarat Tertutup Pcrikatan UMNO·MCA di Selangor Chinese Miners' Association. Forch

Avenue. Kuala Lumpur pada 3 Fcbruari. 1953. Sumber Rahsia . 1 Minit Mcsyuarat Kelima Tcrtutup Perikatan UMNO·MCA di Melaka pada 4 April. 1953. Sumber

Rahsia. 8 Ibid.

21

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Dalam bulan April 1953, Perhimpunan Agung UMNO di Melaka menim­bangkan cadangan pilihanraya yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja UMNO­MCA itu.· Perhimpunan bersetuju untuk menerima cadangan hendak menubuhkan satu Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan yang mengandungi 75 orang anggota, 31 orang yang dilantik dan 44 orang anggota yang dipilih. Dengan demi­kian, Majlis ini terdiri daripada tiga pcrlima anggota yang dipilih. Satu usul juga diluluskan mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1954. Dan, sekiranya kerajaan menolak cadangan-cadangan itu. semua wakil UMNO dan MCA akan meletakkan jawatan daripada Majli~ Mesyuarat Perse­kutuan. Perhimpunan Agung UMNO ini adalah penting kerana ia dapat mend a­hului kumpulan Menteri-menteri Besar dalam soal kemajuan perlembagaan dan politik.

Berbeza dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO, Persidangan Negara Tanah Melayu yang diadakan pada 27 April 1953 mcmutuskan bahawa Tanah Melayu belum lagi bersedia untuk pilihanraya Persekutuan. Ia mencadang­kan bahawa pilihanraya persekutuan sepatutnya dimulai dengan mengadakan pilihanraya pada peringkat negeri dan daerah dan juga Majlis Perundangan Per­sekutuan akan terus merupakan majlis yang dilantik tetapi mengandungi ke­anggotaan yang ditambah bilangannya.

KONG RES KEBANGSAAN

Pada 23 Ogos 1953, Kongres Keb2ngsaan telah diadakan di Hotel Majestic di Kuala Lumpur. Antara Parti-parti politik yang menyertai Kongres itu ialah Parti Islam Se Tanah Melayu (PMIP), Peninsular Malay Union (PMU) dan Persekutuan Persetiaan . Melayu Malaya Kelantan (PMMK)'o Kongres itu telah memberi pe­luang kepada pucuk pimpinan parti untuk berkumpul dan bertukar-tukar tikiran ten tang masa depan Tanah Melayu. Kongres meluluskan resolusi mendesak ke­rajaan British mengadakan pilihanraya Persekutuan pada tahun 1954." Persi­dangan itu juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi me­nimbang dan mencadangkan reformasi perlembagaan bagi Tanah Mclayu."

OJ SUI/day Mail. 5 April. 1953. 10 Lihat. Laporan Kongres Kebangsaan. 23 Ogos. 1953 dalam C01022/ 191. 11 Minit Kongres Kebangsaan Pertama di Hotel Majestic. Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1954. Sumbcr

Rahsia. 12 Jawatankuasa Khas ini terdiri daripada tokoh-tokoh yang bcrikut:

I. Tunku Abdul Rahman 2. Dr. Ismail bin Abdul Rahm:m 3. Encik Mohd . Yassin bin Haji Salleh 4. Encik Ahmad Haji Abdul Rilhman 5. Kot. H.S. lee 6. Leong Yew Koh 7. S.M. Yong 8. Tiln Siew Seng 9. Ong Yoke Ling

22

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTlfrAN PILIHANRAYA PERSEKUTUAN DAN SIKAP BRITISH

Dalam masa yang singkal saja. Jawalankuasa ilu lelah menghasilkan sebuah blue print." Di anlara perkara-perkara pen ling yang dicadangkan oleh Jawalankuasa ilu ialah mengenai larikh pilihanraya Persekuluan, syaral-syaral ke\ayakan mengundi dan keanggolaan Majlis Mesyuaral Perundangan Persekuluan dan Majlis Kerja. Jawalankuasa lersebul mencadangkan agar pilihanraya Persekuluan diadakan dalam lahun 1954. Bagi memaslikan pilihanraya ilu berjaya, mereka mencadangkan supaya syaral-syaral kelayakan mengundi dilonggarkan berasaskan prinsip jus soli (Iempal kelahiran). Jawalankuasa juga mencadangkan supaya keanggolaan Majlis Perundangan Persekuluan dilambah kepada 81 orang anggola, lermasuk seorang Speaker, iailu 5 orang lebih daripada biasa. Jawalankuasa juga mencadangkan bi­langan ahli ex-officio dan ahli yang dilanlik dilambah menjadi 30 orang. Semen lara 51 orang daripada anggola Majlis ilu meslilah lerdiri daripada anggola-anggola yang dipilih melalui pilihanraya.

Mengenai Majlis Kerja pula, Jawalankuasa ilu mencadangkan supaya badan lersebul mengandungi ahli-ahli yang berikut:

I. Pesuruhanjaya Tinggi sebagai Pengerusi. 2. Tiga orang ahli ex-officio yang lerdiri daripada Kelua Seliausaha, Peguam

Negara dan Seliausaha Kewangan . 3. Tidak kurang daripada 12 orang dan lidak lebih daripada 16 orang ahli me­

wakili ahli-ahli Dewan Mesyuaral Perundangan yang dipilih. 4. Seorang wakil Menleri Besar. 5. 3 orang anggola khas yang dilanlik oleh Pesuruhjaya alas cadangan Kelua

Parli yang lerbesar di Dewan Mesyuaral Perundangan Persekuluan.

Sebagaimana anggola Dewan Mesyuaral Perundangan, lempoh perkhidmal­an ahli-ahli Majlis Kerja ialah selama 4 lahun.

Kertas cadangan Blue prillt ini lelah dibahaskan dalam Kongres Kebangsaan Kedua yang diadakan pad a II Oklober 1953 di HOlel Majeslic, Kuala Lumpur. Dalam perbahasan lersebuI, wakil Parli Islam Se-Tanah Melayu dan Peninsular Malaya Union mencadangkan supaya rakyal Raja dan rakyal Persekuluan sahaja diberikan hak mengundi alas alasan bahawa merck a masih lagi kurang yakin dengan keseliaan penduduk-penduduk yang bukan rakyal Tanah Melayu. Mereka juga mendesak supaya 65% daripada anggola Majlis Mesyuaral Perundangan hendaklah lerdiri daripada orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu yang di­lahirkan di Singapura hendaklah juga diberikan hak mengundi dalam pilihanraya Persekuluan.

Tunku Abdul Rahman menjelaskan bahawa mallamal Persidangan ilu ialah unluk mcnunlul kemerdekaan di mana semua penduduk di Tanah Melayu men­dapal hak yang sarna rala. Dengan ilu. UMNO lidak mahu hak keislimewaan dan kepenlingan-kepenlingan lain dikhaskan unluk orang-orang Melayu sahaja. Tegas Tunku:

n Report on proposals for elections to the Federal Legislative Assemhly and for reform of the federal Exccutive Council prepared by the Special Committee of the NATIONAL CONVENTION. Sum· bcr Rahsia. ~

23

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA DARI SEQI SEJARAH

Kita bukan bcrlikir dari segi kcmerdekaan dalam masa 10 tahun lagi sebagai­mana yang dicadangkan olch Encik Ahmad bin Rahim. Kita berlikir. kiranya bolch. untuk mcndapatkan kemcrdekaan dalam masa JO bulan. 14

Encik Saadon Haji Zubir menambah bahawa perjuangan UMNO adalah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu secara berperlembagaan. Sebagai langkah awal, adalah penting pilihanraya Persekutuan diadakan.

Persoalan kerakyatan merupakan masalah yang sangat besar. Jumlah orang­orang Melayu dan Cina yang layak menjadi rakyat Persekutuan ialah seramai 3.7 juta orang sahaja. Bilangan yang berumur 21 tahun ke atas adalah sedikit. Sekiranya orang-orang Melayu ingin bekerjasama dengan orang-orang Cina, orang-orang Melayu mestilah bersikap "reasonable". Apa yang diperlukan pada peringkat ini ialah pilihanraya Persekutuan diadakan pad a tahun 1954. Sekiranya pilihanraya tidak diadakan pada tahun 1954, mereka tidak lagi mempunyai harap­an untuk mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 30 tahun lagi. Dengan itu adalah penting bagi persidangan itu untuk menerima cadangan Jawatankuasa ba­hawa mereka yang tinggal di Persekutuan Tanah Melayu selama 5 tahun dan yang dilahirkan di Singapura dan telah tinggal di persekutuan selama 7 tahun diberi hak mengundi. Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut. Selepas diadakan pengundian, usul Parti Islam SeTanah Melayu dan Peninsular Malay Union telah ditolak.

Kongres itu telah menerima cadangan bille print tetapi dengan sedikit pinda­an berhubung dengan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan. Persidangan mencadangkan Majlis Perundangan mempunyai seramai 100 orang ahli , sekurang­kurangnya 60 orang daripada ahli itu dipilih dan 40 orang dilantik.

Laporan dan cadangan Jawatankuasa itu kemudiannya dihantar kepada Se­tiausaha Negara bagi Tanah Jajahan pada 13 Oktober 1953."

PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PILIHANRA Y A PERSEKUTUAN

Sementara itu, ekoran daripada desakan perikatan UMNO-MCA serta ber­sesuaian pula dengan kehendak kerajaan British, sebuah Jawatankuasa Pilihanraya Persekutuan bagi mengkaji soal pilihanraya kepada Majlis-majlis Persekutuan telah dibentuk. Jawatankuasa ini mengandungi 46 orang ahli dan majoriti daripadanya terdiri daripada ahli-ahli Parti Negara dan pegawai yang dilantik.'6 Sebuah Jawatankuasa kerja juga telah dilantik untuk menimbangkan semua perkara yang dibincangkan di Persidangan tersebut. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 20 orang anggotan

Dalam persidangan Jawatankuasa Pilihanraya Persekutuan, wakil Perikatan UMNO-MCA telah mengemukakan syor-syor sebagaimana yang terkandung dalam blue print Kongres kepada Jawatankuasa tersebut.

14 Ibid. IS T.H. Tan - Oliver Lyttelton. 13 October. 1953 dalam CO 10221 191. II> Sir G. Templer - Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan. I Mei. 1953 dalam COI022/ 186. 17 Ihid.

24

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PILIHANRAYA PERSEKUTUAM DAN SIKAP BRITISH

LAPORAN JAWATANKUASA PILIHANRAYA PERSEKUTUAN DAN REAKSI PERIKATAN UMNO-MCA

Selepas beberapa kali bersidang, Jawalankuasa Pilihanraya Persekuluan lelah mengeluarkan Laporannya pada I Februari 1954. Jawalankuasa membiarkan isu keanggolaan ke dalam Majlis lanpa sebarang penyelesaian. Golongan majorili, yang lerdiri daripada ahli-ahli Parli Kemerdekaan Tanah Melayu mahukan Majlis Mesyuaral Perundangan Persekuluan mengandungi 92 orang ahli, 44 daripadanya hendaklah dipilih. Dengan perkalaan lain, Majlis ilu akan mempunyai bilangan lerkecil anggola yang dipilih. Mereka juga mencadangkan supaya pilihanraya diadakan pada salu larikh yang 'wajar', dan pengundi-pengundi hendaklah rakyal Persekuluan serla mengundi lidak akan diwajibkan. Pihak minorili, lerdiri dari­pada Perikalan UMNO-MCA dan Parli Buruh SeMalaya, pula inginkan Majlis mengandungi 100 orang ahli dan liga perlima daripada ahli Majlis ialah ahli yang dipilih, dan November 1954 sebagai lempuh dijadualkan unluk pilihanraya." Laporan ilu lelah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi dan Raja-raja Melayu unluk dilimbang sebelum dikemukakan kepada Seliausaha Negara bagi Tanah Jajahan unluk mendapalkan kelulusannya .

Laporan Jawalankuasa Pilihanraya ilU dilolak oleh Perikalan UMNO-MCA dan Parli Buruh SeMalaya. Mereka menghujah bahawa majorili liga perlima adalah imbangan yang minimum yang akan membolehkan sebarang parli alau campuran parli-parli unluk membcnluk sebuah kerajaan yang bcrkesan, Mereka mempersoalkan mengapa pilihanraya diadakan serna la-mala hendak membolehkan sebilangan kedl ahli menganggolai Mesyuaral Perundangan Persekuluan. Tunku Abdul Rahman menganggap Penyala ilu sebagai 'lidak demokralik dan hanya membanlu unluk mengekalkan pemcrinlahan olOkralik kerajaan kolonial sahaja."

Apabila Penyala pilihanraya Persekuluan ilu disebarkan ia lelah menjadi per­bincangan umum. Reaksi daripada orang ramai lelah disiarkan melalui akhbar­akhbar di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar yang menyokong golongan konservalif berpendapal bahawa syor mengecilkan jumlah ahli yang dipilih daripada ahli yang dilanlik ilu sebagai sualu kepulusan yang berani kerana Tanah Melayu masih berada dalam keadaan dllrural. Akhbar-akhbar yang menyokong Perikalan UMNO-MCA menyalakan dengan lanlang bahawa kalau pilihanraya hendak di­adakan juga, maka ia hendaklah berlujuan unluk memilih sebilangan besar lidak rasmi bagi membolehkan mereka mendapal suara yang berkesan dalam majlis Mesyuaral Perundangan Persekuluan ilu. Lagipun, Persekuluan Tanah Melayu lelah mempunyai pengalaman dalam kerajaan bermcnleri semenjak lahun 1951.

Pada 14 Februari 1954, Perikalan UMNO-MCA lelah mengadakan Kongres keliga di Kuala Lumpur bagi membincangkan Laporan Jawalankuasa Pilihanraya Persekuluan. Kongres lelah memulus unluk mengemukakan sural rayuan kepada Pesuruhjaya Tinggi dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu meminla

18 Lihut Luporun J,lwalankuasu PilihanmY<.1 dalam PcsuruhjaY:1 Tinggi - Sctiausaha Ncgara bagi Tanah Jajahan. 12 Fcbruari. 1954. COI022/ 186.

I' Laporan Polilik Bulan;.!n bagi bulan M;.!c. 1954 dalam COI022/245.

25

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA DARI SEGI SEJAR.AH

Penyata itu dikaji semula.'o Mereka juga kecewa dengan sikap kerajaan yang me­rahsiakan perbineangan dan keputusan yang dieapai antara Raja-raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi.

Serentak dengan itu juga kempen-kempen telah dijalankan oleh Perikatan UMNO-MCA di seluruh semenanjung membantah penyata Laporan Jawatankuasa tersebul. Tunku Abdul Rahman, semasa berueap dalam perhimpunan di Kedah, mengingatkan Raja-raja Melayu bahawa:

Sckiranya tuntutan bagi mcngadakan pilihanraya tidak d,lpat dipcrolch, UMNO tidak akan berdiam diri. Kita hamp Duli-duli Yang Maha Mulia Raja­raja Melayu scdar bahawa lUntutan UMNO mcrupakan tuntutan majoriti orang-orang Melayu yang juga rakyat baginda. Setakat ini, sikap Raja-raja Mclayu tcrhadap pcrsoalan pilihanraya dan pcndirian yang mereka ambil masih belum jelas. Setakat ini tumpuan bantahan pcnganjur Persidangan Kcbangsaan .... kita berharap berhubung dcngan isu ini Duli-duli Yang Maha Mulia akan berpcgang kepada cogan mereka: Raja adalah rakyat dan rakyat adalah Raja -cogan yang tclah mcnggcrakkan rakyat untuk mcnghapuskan Malayan Union beberapa tahun yang la1u. 2I

SURAT BANTAHAN KEPADA KERAJAAN BRITISH

Dalam usaha untuk menyekat eadangan-eadangan Golongan Majoriti dari­pada diterima, Perikatan UMNO-MCA memutus untuk merayu kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan seeara langsung dengan harapan bahawa Setiausaha Negara akan mengarahkan Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi mengkaji semua penyata Jawatankuasa Pilihanraya.

Pad a I April 1954. Perikatan UMNO-MCA telah mengemukakan bantahan kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan serta meminta diadakan pertemuan di London sebelum sebarang keputusan diambil ke atas syor-syor yang telah diper­setujui' oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-raja Me­layu." Mereka juga menyatakan kekesalan mereka dengan sikap Raja-raja Melayu kerana tidak mengemukakan keputusan yang telah diambil berhubung dengan per­kara pilihanraya Persekutuan. sebagaimana yang telah dipersetujui dalam per­sidangan Raja-raja Melayu pada 27 Mac 1954. Mereka menegaskan bahawa Rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan rakyat Raja-raja Melayu berhak untuk mengetahui keputusan tersebut yang dianggap "amat penting dan yang akan memberi kesan kepada suasana politik dan sosial di Malaya". Sebaliknya syor-syor Suruhanjaya Rendell telah diumumkan oleh Kerajaan Singapura untuk diulas oleh orang ramai sebelum dikemukakan kepada Kerajaan British. Dengan demikian, mereka bimbang kerajaan British akan mengambil satu keputusan tanpa meng­ambil kira tikiran dan perasaan rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang di­wakilkan oleh pertubuhan-pertubuhan politik mereka. Mereka menegaskan bahawa wakil-wakil UMNO pernah mengambil bahagian dalam perbincangan

20 Lyttelton-Tt:mpler. 16 Mac. 1954. COJ022 /245. 21 Lanoran Politik Bulanan bagi bulan Mac. 1954 dalam COJ022 /245. " Laporan Politik Buhman bagi bulan April 1954 dalam CO 1022/245.

26

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PILIHANRAYA PERSEKUTUAN DAN SIKAP BRITISH

mengenai perlembagaan pada tahun 1946 dan 1947 yang membawa kepada pe­nubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Jelasnya lagi:

Sekarang UMNO lclah mengadakan pcrikalan dengan MeA dan mendapal sokongan yang besar daripada rakyat sebagaimana terbukti dcngan kejayaan yang telah didapati oleh pcrikatan dali.lm pilihanraya-pilih,lnraya yang lclah dijalankan. Dcngan itu adalah dirasai bahawa scbelum pcrsetujuan itu di­sampaikan kcpada tuan sekurang-kurangnya pcrikatan UMNO-MCA dibcri pc­luang mengulas bclul-bctul pcrselujuan yang lelah dicapai oleh Pcsuruhjaya Tinggi dengan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Kami bimbang bahawa kalau langkah yang telah diambil itu diteruskan juga maka ia akan mcnycbabkan perhubungan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Mclayu dengan rakyatnya akan menjadi scrba salah. sepcrti yang telah tcrjadi waktu pcristiwa MacMichael .!.l

Dalam jawapannya yang bertarikh pad a 14 April 1954, Oliver Lyttelton me­maklumkan bahawa permintaan UMNO-MCA untuk berjumpa dengannya di London tidak dapat dipertimbangkan. Alasannya ialah:

Kalau saya bersctuju mcnerima rombongan Pcrikatan. saya juga harus mem­bcrikan maS<l dan pcluang kcpada orang 1:.1in ... lela pi walaupun kcscmpatan tclah diberikan kcpada semua p;.lfti dan pihak di Pcrsckutuan untuk mcnyala­kan pandangan-pandangan J1lcrcka. jcntcra kita tClap tidak akan dapat her­fungsi dcngan licin dan bcrkesan mclainkan dengan perundingan langsung dengan Baginda Raja-raja dan kcrajaan Baginda Ratu yang pcrsclujuan­nya adalah dipcrlukan dari scgi perlcmh.lgaan bagi mcmpcrkcnalkan undang­undang untuk mcminda Pcrianiian Pcrsckutuan.!"

Beliau juga menegaskan bahawa Kawal UMNO-MCA kepadanya mengan­dungi beberapa sala h faham. Persamaan Pcnyala Suruhanjaya Rendell dalam Per­sekutuan Tanah Mclayu bukanlah pcrsetuJuan antara Pesuruhjaya Tinggi dengan Persidangan Raja-raja Melayu lCHIpi ialah Penyata Jawat(Jnk1lasa Pilihanraya Per­sekuluan. Pcnyata Jawatankuasa Pilihanraya PcrsckUlllan juga telah disiarkan dan orang ramai telah dibcri pcluang untuk 11lcngulaskan sebelu111 dipertimbangkan olch kerajaan. Kcdua. syarat-syarat dalam pcrjanjian Pcrsckutuan Tanah Mclayu dengan jebs menghendakkan Pesuruhjaya Tinggi bcrunding dengan pcrsidangan Raja-raja Mclayu scbelum mcmbuat syor-syor kepadanya alas perkara scumpama it ll. Perundingan dcmikian itll mcsliiah dilaksanakan sccara rahsia an lam Pesuruh­jay" Tinggi dcngan Duli-duli Yang Maha Muli" Raja-raja Mclayu. KCliga. scbclum sebarang kcputusa n berhubung dcngan Pcnyata itu dibuat oleh kerajaan British. adalah menjadi kcwajipan beliau sebag'" SCliausaha Nega", bagi Tanah Jajahan u111uk mcnimbang syor-syor ilU dan mcnycmak kcmbali dcngan Pcsuruhjaya Tinggi dan Pcrsidangan Raja-raja Mc!ayu .

Bc liau juga mcncgaskan bahawa wakil-wakil UMNO-MCA dalam Jawal<.ln­kuasa tcrscbut Lclah dibcrikan pcluang scpcnuhnya ullluk mcm b uO:t1 syo r-syor bcr­hubung dcngan pihhanraya Pcrsckutuan. PcllICing illl tclah plln dlgunakan sepcl1uh-

~J Ihid. ~J LVllcllon.Tcmplcr. 10 April 1~ 54. CO IOJOI309.

27

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA OARI SEGI SEJARAH

nya oleh wakil-wakil Perikatan UMNO-MCA dalam merangka syor-syor daripada golongan minoriti untuk dikemukakan kepada Pesuruhjaya Tinggi dan Duli-duli Yang Maha M ulia Raja-raja Melayu.

Jawapan itu telah membangkitkan kemarahan pemimpin-pemimpin Perikatan UMNO-MCA. Sebagaimana dikatakan oleh T.H. Tan, Setiausaha Perikatan UMNO-MCA:

Adalah suatu perkara yang tidak dapat dipercayai bahawa seorang Menteri daripada Kerajaan 8aginda Ratu menolak daripada mendengar fikiran go­tongan politik yang terbesar daripada Pcrsckutuan Tanah Melayu.2s

Sebaik saja menerima jawapan itu Tunku Abdul Rahman, Tan Sir Cheng Lock dan beberapa orang lagi telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Jawapan Lyttelton. Mereka mengambil keputusan untuk menghantar perwakilan ke London bertemu dengan Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan. Sekiranya Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan masih enggan menerima kedatangan Per­wakilan Perikatan UMNO-MCA, sekurang-kurangnya Perwakilan itu akan dapat berjumpa dengan ahli-ahli Parlimen bagi menerangkan tuntutan Perikatan UMNO­MCA.

Pada 18 April 1954, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung Ter­gem par di Melaka. Seramai 1500 orang ahli UMNO dan beberapa orang pemimpin MCA menyertai perhimpunan itU.'6 Perhimpunan telah merestui keputusan pucuk pimpinan untuk menghantar rombongan ke London tetapi menuntut supaya ke­rajaan British menubuhkan sebuah Majlis Mesyuarat Perundangan yang dipilih se­penuhnya dan bukan bersifar majoriti tiga perlima, sebagaimana yang dituntut so­belum ini. Rombongan itu akan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Turut serta dalam rombongan itu ialah T.H. Tan dan Datuk Abdul Razak Hussin.

Keputusan Perikatan U,MNO-MCA untuk menghantar perwakilan ke Lon­don itu telah ditegur oleh Dato Onn, Presiden Parti Negara. Beliau menganggap lawatan delegasi Perikatan ke London itu sebagai "childish prank"."

PERBINCANGAN ANTARA TEMPLER DENGAN RAJA-RAJA MELAYU

Sementara itu, Templer telah mengadakan perbincangan dengan Raja-raja Melayu berhubung dengan Laporan Jawatankuasa Pilihanraya Persekutuan." Hasil perbincangan itu, jelas menunjukkan cadangan golongan majoriti telah tidak diterima sepenuhnya. Raja-raja Melayu menerima cadangan Templer supaya meng­ambil jalan tengah di antara cadangan-cadangan golongan majoriti dan minoriti dalam Jawatankuasa Pilihanraya bagi pemilih. Mereka bersetuju untuk. meminda

2S T.H. Tan. Utu.mn ke London. Pcncrbitan Utusan Mclayu. Singapore. 1954. him. 33 . 211 ResoJusi Perhimpunan Agung - Tergcmpar UMNO di Mclaka pada 18 April 1954 dalam Laporan

Bulanan bagi bulan April 1954. COI022/245, 27 Laporan Bulanan bagi bulan April 1954. C01022/245. 211 Lyuclton-Templer. 10 April 1954 dalam Introduction of Elt'clion to th(' Fedt'rul Legislati\'t' Council

No. 2J of 1954. Kuala Lumpur, April 1954.

28

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 12: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PILIHANRAYA PERSEKUTUAM DAN SIKAP BRITISH

peruntukan keanggotaan ahli yang dipilih menjadi majoriti dengan jumlah 52 orang daripada 98 orang ahli Majlis. Dengan demikian, ahli-ahli yang dipilih mempunyai majoriti enam suara berbanding dengan ahli-ahli rasmi dan dilantik. Templer menjelaskan bahawa ini adalah penting bagi "mewujudkan suasana di mana anggota-anggota akan berasa bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka dalam pemerintahan". Tentang tarikh pilihanraya, Templer dan Raja-raja Melayu mencadangkan supaya pilihanraya diadakan dalam tahun 1955. Tarikh 1954 yang dicadangkan oleh Jawatankuasa tersebut dianggap tidak praktis kerana kesuntukan masa bagi membuat persiapan. Templer telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Pejabat Tanah Jajahan bagi mendapatkan pengesahan.

Oliver Lyttelton bersetuju dengan cadangan Templer dan Raja-raja Melayu bahawa bilangan anggota yang dipilih hendaklah melebihi bilangan anggota yang dilantik. Beliau berpendapat bahawa:

I believe that. by making the Federal Legislative more directly responsible 10 the country as a whole. the introduction of the elected majority to thl' Council will sti­mulate the growth of an effective party system. which as experience has shown, is essential to the success of parliamentary democracy.·)f)

ROMBONGAN KE LONDON

Rombongan perwakilan UMNO-MCA telah berangkat ke London pada 21 April 1954. Semasa di London, Tunku dan rombongannya telah mengadakan pertemuan dengan Lord Ogmore, iaitu David Rees Williams, sahabat lamanya. JO

Lord Ogmore pernah menjadi Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan, 1947 - 1950. Beliau juga ialah anggota Parti Buruh dan pad a masa itu menjadi anggota Dewan Pertuanan (House of Lords). Tunku telah menerangkan maksud kedatang­annya ke London adalah untuk bertemu dengan Lyttelton, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, untuk membincangkan tentang Laporan Pilihanraya Persekutuan. Atas daya usaha Lord Ogmore, pertemuan antara Tunku dan rombongannya dengan Setiausaha Negara telah dapat diaturkan pada 14 Mei 1954 selepas beliau pulang dari Uganda.

Pada 28 April 1954, kerajaan British telah mengeluarkan kertas Putih ber­kenaan dengan pilihanraya Persekutuan." Kertas Putih itu mengandungi surat­menyurat antara Pesuruhjaya Tinggi dengan Setiausaha Negara bagi Tanah Jajah­an bertarikh 10 dan 20 April 1954 berhubung dengan soal pilihanraya Persekutuan. Dari surat-surat itu, Tunku mengetahui bahawa tidak semua syor-syor Penyata Jawatankuasa Pilihanraya itu diterima oleh Pejabat Tanah Jajahan telah menerbit­kan Kertas Puteh tersebut sebelum perjumpaan rombongan Perikatan dengan Se­tiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan. Tunku masih belum berpuas hati dengan kon­sesi baru itu. Pada pendapat Tunku, majoriti enam suara masih belum dapat mem­pastikan sesebuah kerajaan itu mantap. Semen tara menunggu kepulangan Lyttel-

:!9 Lyttelton.Templer. 20 April 1954. C01022/81. JO T.H. Tan. op.cit .. him. 57. 11 Lihat Introduction of Election to the Federal Legislative Council. Op. cit.

29

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 13: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA DARI SF.OJ SEJARAH

ton, rombongan Perikatan UMNO-MCA telah mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Khas Parti Buruh bagi Hal Ehwal Gerakan Kebebasan dari Penja­jahan dan Parti Konservatif. Tunku juga telah mengadakan sidang akhbar bagi menerangkan matlamat perjuangan Parti Perikatan ke arah pemerintahan sendiri. Daya usaha Tunku itu nampaknya memberi kesan yang positif kerana pada 13 dan 26 Mei wakil-wakil Parti Buruh telah membangkitkan isu berkenaan dengan tU!l­tutan Perikatan di Parlimen.

PERTEMUAN DENGAN SETIAUSAHA NEGARA BAGI TANAH JAJAHAN

Pada 14 Mei 1954. Tunku. Dato Abdul Razak dan T.H. Tan telah meng­adak an rundingan dengan Oliver Lyttelton di Pejabat Tanah Jajahan." Per­bincangan merck a adalah tcrtumpu kcpada soal keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan.

Dalam pertemuan singkat itu, Tunku Abdul Rahman menjelaskan bahawa tujuan Perikatan UMNO-MCA menuntut tiga perlima daripada ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih adalah untuk menjaminkan supaya perjalanan scbuah pemcrintahan berparti dapat aerjalan dengan memuaskan. Beliau kurang yakin ada parti yang boleh menjangka bahawa ia boleh menang lebih daripada 70% daripada kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Persekutuan. Oleh sebab itu . . parti yang menang tidak akan mendapat kekuatan yang cukup ahli di antaranya 52 orang dipilih. Akibatnya Parti yang me­nang tidak akan dapat membentuk sebuah pemerintahan yang berkesan.

Tunku juga menolak pandangan Lyttelton bahawa parti yang menang boleh mengharapkan sokongan daripada lima orang ahli rasmi kerana jawatannya dan beberapa orang ahli yang dilantik. Ini kerana sokongan daripada ahli rasmi itu ber­gantllng pada keputusan Majlis Mesyuarat Persekutuan terhadap penman ahli-ahli rasmi. Begitu juga dengan anggota-anggota yang dilantik. Taal setia mereka adalah pada kepenlingan-kepcntingan yang mereka wakili. Kalau pcrkara yang akan dibincangkan dan yang akan diundi lillak ada kena-mengena dengan ke­penlingan yang mcrcka wakili , mercka boleh mengundi sesuka hali mereka. Dengan keadaan ini sokongan kepada parli yang berkllasa lidak dapal dilcnlukan. Keadaan yang dcmikian akan membual pemerinlahan yang dikendalikan oleh parli yang berkuasa ilU lidak lelap. Pad a pendapal Perikalan UMNO-MCA. sualu pe­merintahan yang tidak tClap bukanlah merupakan langkah pertama yang baik me­nuju ke arah berkerajaan sendiri. Tambahan pula. pembangkang akan mempunyai kerusi yang lerlalu sedikil unluk membolehkan mereka memainkan pcranan yang lebih berkesan serna sa perbahasan.

Lyllellon mcnjelaskan bahawa beliau lldak mcmpunyai kllasa unluk mcng­lIbah cadangan-cadangan yang lclah diumumkan dalam Kerlas Pulih. Oleh sebab illl , beliau mencadangkan supaya perikalan UMNO-MCA melaksanakan cadang­an·cadangan .yang telah diurnumkan itu dahulu. Beliau rnengesyorkall pcrwakilan

\~ LYllclton-Tcmplcr. 15 Mci \954. COl 030/309.

30

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 14: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PIUHANRAYA PERSEKUTUAN DAN SIKAP BRITISH

UMNO-MCA itu meminta pengikut-pengikutnya menerima cadangan-cadangan itu dan, sekiranya mereka tidak mahu menerima cadangan-cadangan itu atas nasi­hat perwakilan UMNO-MCA, pemimpin Perikatan UMNO-MCA bolehlah me­letakkan jawatan sebagai pemimpin-pemimpin mereka.

Tunku Abdul Rahman mengingatkan Lyttelton bahawa puak-puak pelampau dalam UMNO pasti akan mengambil tempat pemimpin-pemimpin Perikatan UMNO-MCA sekarang ini sekiranya mereka terpaksa meletakkan jawatan kerana tidak sanggup menjalankan kewajipan mereka. Lyttelton, secara tidak langsung, menjelaskan bahawa beliau sedar akan kemungkinan yang akan berlaku dan aki­bat-akibatnya.

Lyttelton menegaskan bahawa Perikatan UMNO-MCA boleh menyatakan tentangan atau banta han mereka dalam majlis-majlis Mesyuarat kerja dan Perun­dangan Persekutuan. Tunku menegaskan bahawa keadaan itu tidak perlu kerana Perikatan UMNO-MCA akan tetap kalah dalam dua-dua majlis itu. Dengan demikian, cadangan-cadangan itu akan dijalankan juga walaupun Perikatan UMNO-MCA menentangnya. Menurut kelazimannya, Perikatan UMNO-MCA mesti menerima keputusan itu kerana ia berjalan atas perlembagaan. Mereka juga harus tunduk. kepada keputusan golongan yang banyak dalam kedua-dua majlis itu. Walaupun begitu, Lyttelton tetap dengan keputusannya untuk menolak rayuan Perikatan UMNO-MCA. Beliau menegaskan:

To go hack on pr('sent a,rcmgemeflls would do grievous harm to the best illlerests of the country amllhal (( Alliance C'OllIinued to press for a three-fifth elected ma­jority the)' would prel.:ipirare a very damaKing crisis and would be regarded by all reasonable people as pursuing a thoroughly irresponsible cOIlrse . .IJ

Lyttelton memaklumkan kepada Templer keputusannya menolak rayuan Per­ikatan UMNO-MCA berhubung dengan keanggotaan Majlis Persekutuan:" Lyttel­ton menyatakan kebimbangan bahawa Tunku dan pemimpin-pemimpin UMNO-MCA mungkin akan meletakkan jawatan. Beliau mencadangkan supaya langkah-Iangkah tertentu diambil bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku. Satu daripadanya adalah dengan memberitahu Tunku bahawa sekiranya perlem­bagaan baru itu tidak berjaya kerajaan akan melantik sebuah Suruhanjaya untuk mengkajinya semula. Tetapi, cadangan lersebut bel urn lagi dikemukakan kepada Tunku kerana kerajaan tidak mahu terikal dengan janji itu. Beliau juga tidak mahu Tunku menganggap tindakan itu sebagai ':lace-saving formula" yang ditaja oleh pihak British. Cadangan kedua adalah memendekkan perkhidmatan anggota­anggota Majlis Mesyuarat daripada empat ketiga tahun. Tetapi eadangan ini di­anggap t.idak sesuai. Pilihan lain ialah kerajaan memberikan jaminan kepada Per­ikatan UMNO-MCA bahawa cadangan dalam Kertas Putih itu adalah yang ter­baik dan sekiranya Perikatan mengamalkan dasar yang berpatutan sudah pasti ia akan mendapat sokongan daripada e.nggota-anggota lain. Tetapi sekiranya ia

Jl Ibid . .w Ibid.

31

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 15: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

masih lagi belum berkesan, kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengkaji semula masalah itu.

Pada 18 Mei 1954, Lyttelton telah memberi jawapan rasmi berhubung dengan masa depan Tanah Melayu." Lyttelton memberi jaminan bahawa adalah menjadi matlamat kerajaan British untuk melihat parti yang menguasai Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan. Tetapi, sekiranya Parti majoriti gagal untuk membuat demikian discbab­kan oleh halangan daripada anggota-anggota minoriti. Pcjabat Tanah Jajahan akan mengadakan rundingan dengan Raja-raja Melayu bagi mengatasi masalah tersebut.

Tunku dan T.H. Tan pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Mei 1954. Dato' Abdul Razak masih berada di London kerana urusan menubuhkan Biro Merdeka UMNO-MCA. Melalui Biro ini segala maklumat mengenai perjuangan rakyat Tanah Melayu untuk mendapatkan Kemerdekaan akan dapat disebarkan di Britain dan juga Eropah.

PERIKATAN UMNO-MCA MENUNTUT PEMBENTUKAN SURUHANJAYA ISTIMEWA DAN BEBAS

Sekembalinya ke Kuala Lumpur, pada pagi 24 Mei 1954, Tunku telah meng­adakan pertemuan dengan Templer berhubung dengan soal pilihanraya." Sir Donald Mac-Gillivray juga turut hadir dalam perbincangan itu. Tunku memberi­tahu Templer bahawa beliau dan rakan-rakannya mungkin terpaksa meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja sekiranya kerajaan masih enggan bertolak ansur dengan tuntutan Perikatan. Templer menasihat Tunku supaya tidak membuat demikian demi kepentingan negara. Beliau mencadangkan beberapa pilihan yang boleh diambil oleh Perikatan dalam menghadapi masalah itu . Pertamanya, ang­gota-anggota Perikatan UMNO-MCA boleh meletakkan jawatan mereka sebagai anggota Majlis Kerja sebagai tanda protes selepas Majlis itu mengadakan persi­dangan bagi membincangkan rang mengenai pilihanraya. Kedua, anggota-anggota Perikatan UMNO-MCA meninggalkan Majlis Perundangan Persekutuan setelah rang itu dibahaskan pada 23 Jun 1954 sebagai tanda protes. Ketiga, Tunku Abdul Rahman, Dr. Ismail dan H.S. Lee kembali bertugas selepas rang itu dibahaskan. Mereka boleh meletakkan jawatan beberapa bulan sebelum pilihanraya diadakan bagi membolehkan menjalankan kempen pilihanraya dengan lebih berkesan lagi. Keempat, hanya anggota-anggota Majlis Mesyuarat bandaran dan tempatan sahaja meletakkan jawatan. Kelima, mereka harus berusaha bagi memastikan Perikatan UMNO-MCA mendapat kerusi yang terbanyak dalam pilihanraya Persekutuan. Dengan itu, Perikatan mempunyai peluang untuk menuntut supaya Perlembagaan Persekutuan dipindahkan bagi memperbanyakkan lagi anggota-anggota yang di­pilih dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. Tunku berjanji akan

H Lyttelton-Templcr. 18 Mci 1954. COI022/309 . . \6 Lyttclton-Temp1cr. 24 Mci 1954. COI030/310.

32

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 16: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PILIHANRAYA PERSEKUTUAM DAN SIKAP BRITISH

mengemukakan segala eadangan Templer kepada pemimpin-pemimpin UMNO­MCA dalam Perjumpaan Meja Bulat yang akan diadakan pada petang itu. Tunku juga memberitahu Templer bahawa persidangan ketiga Perikatan UMNO-MCA akan diadakan pada 5 Jun 1954 bagi membineangkan langkah-Iangkah yang perlu diambil bagi meneapai tuntutan mereka. Oleh sebab itu, beliau akan menasihat-kan anggota-anggota Perikatan dalam Majlis Kerja meletakkan jawatan sebelum per­sidangan tersebut.

Pad a sebelah petang, Tunku tclah mengadakan Perjumpaan Mcja Bulat Per­ikatan UMNO-MCA di rumah Kol. H.S. Lee. Tunku telah memberi Laporan mengenai pertemuan perwakilan Perikatan dengan Lyttelton di London .. " Salinan­salinan surat Lyttelton juga telah diedarkan kepada ahli-ahli. Tunku menyatakan perasaan keeewanya kerana kerajaan British enggan memenuhi tuntutan Perikatan supaya tiga perlima daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan' hendaklah dipilih. Mereka telah membineangkan tindakan yang perlu diambil oleh Perikatan, termasuk juga eadangan-eadangan Templer. Tunku menjelaskan ba­hawa sekiranya Perikatan UMNO-MCA bcrpegang teguh kepada tuntutannya. beliau pereaya Pesuruhjaya Tinggi akan mengubah pendiriannya. Dengan itu mesyuarat telah mengambil keputusan untuk menolak Kertas Putih mengenai pilihanraya. Mesyuarat telah menerima eadangan H.S. Lee supaya kerajaan British menubuhkan sebuah Suruhanjaya Istimewa dan Bebas untuk tugas utama Su­ruhanjaya ini ialah untuk memberikan Penyata ten tang perubahan-perubahan per­lembagaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Sekiranya permintaan Perikatan UMNO-MCA itu ditolak oleh kerajaan, mereka terpaksa bertindak dengan me­nasihatkan anggota-anggotanya dalam semua majlis mesyuarat meletakkan jawatan. Mesyuarat telah memandatkan Tunku Abdul Rahman, Dr. Ismail bin Abdul Rahman. H.S. Lee dan Leong Yew Koh untuk menyampai kcputusan mesyuarat itu kepada Templer. Keputusan itu telah diserahkan kepada Templer pada 25 Mei 1954 .. " Antara kandungannya adalah scperti yang berikut:

Bah.,wa Kcrtits Putih bagi mclaksanakan Pilihanraya Kcbangsmln dalam Pcr­sekutuan Tanah Mclayu tidak dapat ditcrima olch Perikalan dan dari itu Per­ikatan mcmbangkang dcncan sckcras-kcrasnya pelaksanaannya olch Kcrajaan Pcrsekutuan.

Supaya mcnd,lpat ukuran alas kcmajuan ncgcri ini kc arah kcrajaan scndiri dengan adil. Pcrikatan mcminta suatu Suruhanjaya Istimewa dan Scbas yang mana ahli-ahlinya scmuanya terdiri daripada orang-orang dari luar Malaya di­hantarkan. dengan persctujuan Baginda Queen dan Raja-raja Mclayu. kc ncgcri ini bagi membcri Penyata tentang pcrubahan-pcrubahan perlcmbagaan. Per­ikatan percaya bahawa pelantikan scsuatu Suruhanjaya yang dcmikian itu akan mendapat sokongan dari scmua orang ytlng percaya kcpada dcmokrasi.

Dengan perasa"n insaf sepcnuh-pcnuhnya akan tanggungjawab kcpada rakyat dan negcri ini. Pcrikat.m akan tcrus mcmbcri scpcnuh-pcnuh kerjasama kcpada kcrajaan d<llam scmua pcrkara teristimcwa yang akan mcn<lmatkan darurat

J7 T.H. Tan. op.dt .. him. 105. JM lyttehon-Templer. 26 Mei. 1954. C01030/300.

33

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 17: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA OARI SEGI SEJARAH

dcngan segera kalau perminlaan itu dipcnuhi. Sebaliknya kalau pihak bcrkuasa bcrkeras juga melaksanakan Kerlas PUlih itu. Perikalan dengan amal dukacila­nya. tidak ada mcmpunyai jalan yang lain lagi melainkan menarik scmua ahli­ahlinya daripada mcngambiJ bahagian dalam Kcrajaan. J9

Tunku menjelaskan kepada Templer bahawa apa yang dimaksudkan dengan "reformasi perlembagaan Persekutuan" ialah reformasi keseluruhan rangka per­janjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan bukan sekadar pindaan kepada per­kara yang berhubung dengan pilihanraya Persekutuan sahaja. Reformasi ini ter­masuk juga perkara-perkara yang berhubung dengan hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Nampaknya Templer tidak gentar dengan ugutan tersebut. Malah beliau .memberitahu perwakilan Perikatan UMNO-MCA bahawa beliau akan menge­mukakan rang pilihanraya dalam mesyuarat Majlis Perundangan Persekutuan pada 23 Jun 1954. Berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Istimewa dan Bebas, Templer menjelaskan bahawa penubuhannya adalah hak Persidangan Raja-raja Melayu dan Kerajaan British. Beliau mengingatkan bahawa penubuhan Suruhan­jaya itu. kiranya dipersetujui oleh pihak kerajaan. akan memakan masa yang agak lama. Oleh hal demikian, pilihanraya Persekutuan juga terpaksa ditangguhkan dan boleh jadi akan hanya dapat diadakan pada tahun 1956. Dengan itu. 'beliau me­nasihatkan Perwakilan Perikatan UMNO-MCA menerima sahaja rang pilihanraya yang akan dibentangkan dan dapat mengadakan pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1955. Bagaimanapun Tunku menjawab bahawa pihaknya bersedia untuk menunggu pilihanraya diadakan pad a tahun 1956 daripada menerima rang pilihanraya yang dicadangkan. Templer meminta Tunku supaya tidak mengedar­kan keputusan itu kepada pihak akhbar sebelum beliau mengirimkan tuntutan Perikatan itu kepada Setiausaha Tanah Jajahan dan salinannya kepada Raja-raja Melayu.40

Pad a petang 25 Mei itu juga, Tunku telah menjawab surat Tuan Lyttelyon yang bertarikh 18 Mei 1954.41 Surat itu juga telah disiarkan dalm akhbar-akhbar tempatan. Antara lain Tunku menegaskan bahawa:

While we apprt'ciatl' Ihal )'011 ha\'e (U'c('pl£'d ,H'I'('ral ~f our re('{}mmelUluliolls. you hm'e njl'C'I('e/ Ihe mosl ,lime/am('lItol oj ollr n'COI",1l£'lUlatiol1s, which is thaI Ilm'l'­R/ih (~r Ihe };"Illre memhns of Ihe Fee/nal legislmil'e Council should be' elecled, HavinK acupled the print'ip/(' (?t' elected majorily. Her Majesly:\' Governmelll in ollr humble Opillioll should have mcule Ihe applimlioll of Ihal principle eJJeL'lil'e. [n­slead Her Majesty's Gov('rnmelJl insisls Ihm 52 elecled 10 46 uppointed will give tilt! victorious purl,l' at the election sl~lJidenl majority 10 rUII 11/(' gow!rnmelJl,

Thl' Alliallce h('1!s to dff/er. for I\'e (,(}Ilsider Ihal lhis mujoril), cif six i.'i insuJflciml to (',whi,' ,hl' I'iclorios parly to havl' a workillK majority ill lhl' Council to Jorm u slahle KOI'emn/('III,

III Ihid, M) Ibid, 41 Tunku Abdul Rahman-Lyttclton. 25 Mci 1954, COI020/JIO,

34

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 18: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PIUHANRAYA PERSEKUTUAN DAN SIKAP BRITISH

With such a small majority of elected members. the part)' i" power will be subject­ed to the whims and/ancies o/the nominated members. there are elements who are opposed to real demoermic progress.

While appreciating your assurance that in the ('vem of 'he jimm! govemmem being frustrated because of deliberately obstructive minorities. you would ask the High Commisioner to consider with the Conference of Rulers what steps should be taken to remedy the situation. we beg to poifll out that this assurance is of fW real value because such action will then have 10 be takl!fl ill a,,), case. No responsible party will willingly form a govemment in these circumstam:es.41

Sir John Martin, pegawai kanan di Pcjabat Tanah Jajahan, menasihatkan Lyttelton supaya tidak tunduk kepada tekanan Perikatan UMNO-MCA." Beliau menganggap tuntutan Perikatan UMNO-MCA sebagai tidak berasas. Templer juga berpendapat demikian. Beliau berpendapat bahawa bukan semua anggota Per­ikatan UMNO-MCA bersetuju dengan keputusan pemimpin-pemimpin mereka. Beliau percaya keutuhan Perikatan akan terjejas disebabkan perbezaan pendapat antara ahli-ahli berhubung dengan soal itu.

Berpandukan pandangan ini, pada 10 Jun 1954 Lyttelton telah menjawab kawat Perikatan itu.44 Sekali lagi beliau menolak permintaan Perikatan untuk mendapatkan majoriti ahli yang dipilih dalam Majlis Mesyuarat Perundangan. Walaupun begitu, Lyttelton menerima tuntutan Perikatan supaya dibentuk satu Suruhanjaya Istimewa dan Bebas bagi menyiasat perubahan-perubahan perlem­bagaan termasuk pilihanraya Persekutuan. Cadangan itu, tegasnya, telah menim­bulkan beberapa perkara yang luas dan bukanlah merupakan suatu cadangan yang boleh beliau mengambil kcputusan dengan seorang diri. Dengan itu beliau telah meminta Pesuruhjaya Tinggi membincang perkara tersebut dengan Raja-raja Melayu dalam persidangan Raja-raja Melayu akan datang. Sementara itu, beliau tidak nampak sebarang sebab mengapa rancangan melaksanakan pilihanraya Per­sekutuan yang telah dipersetujui perlu ditangguhkan.

ANGGOTA-ANGGOTA PERIKATAN UMNO-MCA MELETAK JAWATAN

Pada pagi II Jun 1954 Perikatan UMNO-MCA telah mengadakan perjumpaan Meja Bulat bagi membincangkan jawapan Lyttelton itu. Jawapan itu dianggap tidak memuaskan hati dan memutus untuk membantah dengan menasihatkan semua ahli­ahli Perikatan UMNO-MCA menarik diri daripada Majlis Mesyuarat Persekutuan, Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Selat.

Pada petang itu juga satu perwakilan UMNO-MCA telah dihantar ke King's House untuk bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi yang baru, Sir Donald Mac­Gillivray. Beliau menasihat supaya ahli-ahli UMNO dan MCA tidak meletak ja­watan. Beliau mahukan ahli-ahli Perikatan UMNO-MCA mengambil bahagian

42 Ibid. 4} Martin-Templer. 28 Mei 1954. COI030/31O. 44 Ibid.

35

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 19: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA DARI SEGl SEJARAH

dalam perbahasan ke atas tiga rang undang-undang berhubung dengan pilihanraya yang akan dikemukkan pada 23 Jun 1954. H.S. Lee berkata bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab mengapa rang undang-undang itu dikemukakan juga da­lam persidangan itu kerana Pesuruhjaya Tinggi belum lagi berjumpa dcngan Raja-raja Melayu bagi membincangkan permintaan Perikatan UMNO-MCA me­ngenai pembentukan sebuah Suruhanjaya Bebas dan juga mengenai hak mengundi kepada penduduk-penduduk yang lahir di Tanah Melayu.

Keengganan MacGillivray untuk bertolak unsur dengan tuntutan itu menye­babkan Perikatan mengambil keputusan untuk menarik diri dari kerajaan. Mereka juga mengancam akan memulaukan pilihanraya." Keputusan itu diambil dalam mesyuarat Meja Bulat pada 13 Jun 1954.

Tindakan Perikatan UMNO-MCA itu telah disokong oleh Parti Buruh Se­Tanah Melayu. Parti Buruh juga mengambil keputusa n untuk menarik ahli-ahlinya daripada menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan dan Negeri. Akhbar-akhbar semenanjungjuga memberikan sokongan kepada tindakan Perikatan UMNO-MCA. Akhbar Kwong Wah Jit Poh. dalam rencana pengarangnya. menulis:

Baik di London dan di Kuala Lumpur. pihak bcrkuasa British patut mengambil perhalian lerhadap lindakan pemulauan oleh UMNO-MCA dan mcnimbang scmula sikap mercka supayu kcad:.mn illl tidak mcnjadi bcrtambah scri us. Mc­mang tidak dapal dinafikan bahawa Pcrikatan ialah parti politik yang tcrbesar di Tanah Mclayu pada h<lri in;. Sckiranya parti yang SCkU:'11 itll ya ng mcndapat sokongan majoriti rakyat Tanah Mclayu masih bclum dapal ditcrima scbagai mcwakili pandangiln orang ramai. dapatlah dikatakan bahawa pihak bcrkuasa bula dcngan kcnyataan .""

China Press pula berpendapat bahawa:

Kcputusan UMNO-MCA untuk tidak bckcrjasi.lmi.l dcng:'ln kcrajaan adahlh bctl,ll. Adal<lh dipcrc:'IY:'li bah:'IWU pclctakan j:'lwatun anggot<l-anggola Mujlis akan dapat dicapai dcngan scgcra . SCllllla orang. lcrmasuk orung-orang y<l ng tidak bcrt:'lmadun. scdar tcntang kcpcntingan untllk mcngckalkan hak dan mcnjaga air muka. Sckarang pihak bcrkuasa n<lmpilknya tidak ingin untuk mcmberi Illuka dan hak kepada mcrckf.l yang di baw:'lh kepimpinan UMNO­MeA. Sckiranya orang-orang itll tcrlls mcmegang jawatan mcrcka ia :'ldalah bcrtcntang:.m dengan prinsip-prinsip moral orang-orang timor.47

Nan),ang Siang Pall pula mengingatkan kcrajaan Kolo nial bahawa:

Pada mHsa kcmpcn mcncnl(lng pcngganas-pcnggamls dijalankan dan keadaan di Asia Tcnggara scdang mcnuju kc jllrallg kcccmasf.ln, adalah mcnycdihkan b<l­haw:'1 pihak bcrkllasa tidak dapat mcngelakkan kck'lcauan ini. Sckarang ia tclah bcrlaku. Sckiranya pihak bcrkuasa masih bcrdcgil dan mcmbcna rkan kcadaan itu berlaku. merck a tclah mcmbuat satu kcsilapan bcsar.411

.j~ Lihat kenyatOlan Akhb'lr Ibu Pej<lbat Pcrikat'lI1 UMNO-MCA. 13 JUIl 1954 dalam CO 1022/3 10 .

.HI Laporan Politik Bulanan bagi bulan Jun 1954. C01022/245. H Ib id. 4l! Ihid.

36

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 20: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PlliHANRAYA PERSEKUTUAM DAN SIKAP BRITISH

Perikatan juga mengadakan tunjuk pemsaan di seluruh negara. di samping mengemukakan rayuan kcpada Raja-raja Mclayu supaya menimbang scmula tun­tutan merck a ten tang pilihanraya Persekutuan. Pcrarakan pcrtama diadakan di Johor. Pada I Julai 1954. Tunku Abdul Rahman bersama-sama dengan Tan Chcng Lock scrta diiringi oleh 2.000 hingga 3.000 penyokong telah mengadap Sultan Ibrahim." Penyokong-penyokong Pcrikatan. yang majoritinya t~rdiri daripada ahli-ahli UMNO. telah mcmbawa scpanduk-sepanduk yang bcrbunyi: "Bebaskan kami dari penjajahan". "Hapuskan penjajahan" dan "Sokonglah perjuangan ke­merdckaan". Tunku telah menerangkan kepada baginda tentang pandangan Per­ikatan terhadap pilihanraya. (entang perlunya mempunyai majoriti ahli yang di­lantik dan juga kepcntingan merangka perlembagaan baru bagi Tanah Melayu.

Sultan Ibrahim bersetuju untuk mcmbawa pandangan Perikatan ke Persi­dangan Raja-raja Melayu yang akan diadakan pad a pertengahan bulan Julai 1954.'0 Bagaimanapun baginda menasihatkan Tunku supaya berhati-hati berhu­bung dengan masalah perlembagaan terutama yang melibatkan Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan .

Dalam perjumpaa n dengan Raja-raja Melayu. perwakilan Perikatan juga menjelaskan bahawa tujuan Perikatan mengambil kcputusan untuk keluar dari ke­rajaan bukanlah dcngan maksud untuk mendcrhaka kepada Raja-raja Melayu ataupun untuk mengurangkan kuasa Raja-raja. tetapi bagi mcmpercepatkan proses ke arah pcmerintahan sendiri.

KOMPROMJ

Tindakan Perikatan itu tclah dipandang bcrat olch kcrajaan Kolonial. Sebagaimana dikata olch Tunku:

They 11111.'11 ha\'(' ./t'll Ihe K(ll/wring momentllm, (lml jdt Ihal 1I,,/(,s.\· .wmelhillg was dOJll' the .~ itllatio" ("ollid g('t \'uy Sf'riOIlS alld 0111 (~f"lumd,5t

MacGillivray. dalam tclegramnya kepada Pejabat Tanah Jajahan pada 16 Jun 1954. mcnyatakan kcbimbangannya tcrhadap pihak pclampau dalam UMNO dan juga parti kominis Tanah Melayu akan mengambil kescmpatan daripada keadaan kcmelut itu untuk mcmbangkitkan semangat anti-British di kalangan pcnduduk­penduduk tempatan.52 Dalam suasana politik scmasa itu. bcliau mengingatkan bahawa kemungkinan bcriakunya kekacauan tidak dapat diketepikan. Beliau ber­pendapat bahawa tidak scmua anggota UMNO-MCA mcnyctujui kcputusan pucuk pimpinan Pcrikatan . Beliau mencadangbn usalla-usaha dilakukan bagi mcm­bolehkan puak scdcrhana dalam UMNO dapat mcnguasai pimpinan Parti tcrsebut. Antara langkah-Iangkah tcrsebut ialah mcnasihatkan Pcrsidangan Raja-raja Melayu dan juga Pani Negara supaya menerima tuntutan Perikatan UMNO-MCA

.$9 Ihid. ~ Ihid. 51 Tunku Abdul Rahman. Politicul AII'(lkt'"i,,/:. Pctaling Jaya. 1986. him. 49. 52 MacGilIivray-Lyttclton. 16 Jun 1954. COI022/245,

37

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 21: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

samada menambahkan jumlah anggota yang dipilih ataupun membentuk Su­ruhanjaya Istimewa dan Bebas bagi mengkaji butir-butir perlembagaan secara menyeluruh.

Bagi memecahkan kebuntuan itu, dengan persetujuan Pejabat Tanah Jajahan, pada I Julai 1954, MacGillivray telah menghantar wakilnya, Michael Hogan, Peguam Negara, dan David Gray, Pemangku Setiausaha Kerajaan, untuk bertemu Tunku di Johor." Hogan dan Gray mencadangkan kompromi di mana Pesuruh­jaya Tinggi berjanji akan berbincang dengan ketua atau mana-mana ketua majoriti di kalangan anggota-anggota yang dipilih sebelum melantik lima orang wakil yang dilantik khas dalam majlis. Tunku bersetuju dengan cadangan ilU tetapi dengan syarat persidangan Raja-raja Melayu bersetuju untuk membentuk Suruhanjaya Istimewa dan Bebas bagi mengkaji butir-butir perlembagaan. Persetujuan itu di­sahkan dalam sepucuk surat yang dikirimkan oleh MacGillivray kepada Tunku pada 8 Julai 1954. Tunku. sebagai mewakili Perikatan UMNO-MCA, bersetuju untuk memberikan sokongan bagi mewujudkan peraturan perlembagaan baru dan juga akan memberikan kerjasama dengan melibatkan diri dalam Majlis-majlis, Jawatankuasa dan badan-badan kerajaan di semua peringkat. Berdasarkan tolak unsur itu, Perikatan UMNO-MCA bersetuju umuk menarik balik keputusan me­mulaukan MajJis-majlis PeTSekutuan, Negeri dan setempat.

Pada masa tersebut. Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan Pilihanraya telah pun menyelesaikan tugasnya. 54 Berikutnya. pada 18 - 19 Ogos, Rang Undang-undang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan dan secara langsung membolehkan pilihanraya Persekutuan diadakan. Peguam Negara Perse­kutuan telah mengumumkan bahawa pilihanraya Persekutuan akan diadakan se­belum pertengahan tahun 1955. Walaupun pengumuman ten tang tarikh itu tidak memuaskan Perikatan, tetapi sekurang-kurangnya kerajaan British telah bersetuju untuk mengadakan pilihanraya Persekutuan yang dianggap oleh Perikatan sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

PILIHANRA Y A PERSEKUTUAN 1955 DAN PEMBENTUKAN KERAJAAN SENDIRI

15 Jun 1955 merupakan hari penamaan calon bagi pilihanraya Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu. Seramai 129 calon telah berdaftar untuk bertan­ding bagi 52 kawasan pilihanraya. Pecahan mengikut parti adalah seperti berikut:

Melayu Cina India Jumlah

UMNOjMCAjMIC 35 15 2 52 Parti Negara 29 I 30 Pan-Malayan Islamic Party I I II National Association of Perak 8 9

Sl Laporan Politik Bulanan bagi bulan Julai 1954. COI022/245. Sol Persekutuan Tanah MeJayu. Report of the Constitut'ncy Dtdint!Qling Commission, Kuala Lumpur,

1954,

38

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 22: Tuntutan Pilihanraya Persekutuan dan Sikap British, 1952 - 55 · 2016. 3. 30. · Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948. kerajaan British telah menyatakan bahawa

TUNTUTAN PILIHANRAYA PERSEKUTUAN DAN SIKAP BRITISH

Labour Party Perak Malaya League Perak Progressive Party Bebas

3 I

16

103

2 2

20 6

4 3 2

18

129

Perikatan UMNO-MCA-MIC telah mencapai kemenangan cemerlang dalam Pilihanraya Pcrtama yang diadakan pada 27 lulai 1955. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yang baki itu dimenangi oleh PMIP. Perikatan telah membolot sebanyak 818,013 undi, iaitu melebihi 80% undi daripada jumlah sebanyak 1,00 I ,527 undi."

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan, Tunku menyatakan bahawa kemenangan Perikatan ada­lah disebabkan manifesto Parti yang menuntut supaya kemerdekaan diberikan secepat mungkin.

Selepas pilihanraya, Tunku Abdul Rahman telah dijemput oleh MacGillivray untuk berbincang bagi melantik anggota-anggota Majlis Eksekutif dan anggota kabinet. Mereka juga berbincang ten tang pelantikan lima kerusi anggota yang di­lantik, dalam Majlis Eksekutif. Tunku telah mengemukakan 10 orang calon Per­ikatan bagi memegang jawatan Menteri kepada Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada enam orang Melayu, tiga orang Cina dan seorang India.

Selepas dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu, Tunku dan anggota­anggota kabinetnya telah mengangkat sumpah pada 9 Ogos 1955. Bersempena dengan pembentukan kerajaan sendiri, Tunku, dalam ucapan melalui radio kepada penduduk-penduduk di Tanah Melayu, menegaskan bahawa beliau akan berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan melalui cara berperlembagaan. Beliau juga akan berusaha untuk menamatkan darurat di Tanah Melayu dengan menawarkan peng­ampunan kepada pengganas-pengganas komunis dari Parti Komunis SeTanah Melayu.

KESIMPULAN

Memang sukar dinafikan bahawa Perikatan UMNO-MCA telah memainkan peranan utama dalam menuntut kerajaan British mempercepatkan proses ke arah pemerintahan sendiri. Perikatan UMNO-MCA, dengan sokongan Kongres Ke­bangsaan, telah berjaya mendesak kerajaan British untuk mengadakan pilihan-raya Persekutuan dalam tahun 1955 dan juga membentuk sebuah Suruhanjaya Istimewa dan Bebas bagi mengkaji dan membuat cadangan berhubung dengan Per­Icmbagaan Persekutuan Tanah Melayu. Langkah seterusnya yang perlu diambil olch Tunku adalah menghapuskan ancaman komunis.56

5' Slrait.f Budg~t, 4 Ogos, 1954. 56 Untuk keterangan lanjut tentang peranan Tunku dalam usaha menamatkan darurat Iihat, Nik Anuar

Nik Mahmud, 'Tunku Abdul Rahman-Chin Peng Amnesty Talks and British Response" JEBAT. 18. 1990. hal. 175 - 203.

39

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1991 – Persatuan Sejarah Malaysia