Tugasan worksyop4(2)

download Tugasan worksyop4(2)

of 43

Transcript of Tugasan worksyop4(2)

TUGASAN 1(TEKNOLOGI WORKSYOP 4)

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN Hairul Nezam Bin Wahid Yaacub Zaki Bin Ali Md Arif Bin Abd Rahman Ramlee Bin Hussin Saiful Yusri Bin Azmi 14PKM10S1004 14PKM09S2014 14PKM10S1015 14PKM10S1012 14PKM10S1019

PEMBANDING (COMPARATOR)

PENGENALAN & KEGUNAANMerupakan sejenis alat yang digunakan untuk membandingkan dimensi benda kerja yang telah dihasilkan dengan benda kerja pengeset (model) yang telah diketahui nilainya dan dihasilkan terlebih dahulu. Berupaya mendapat bacaan yang tepat sehingga julat skala yang kecil dan digunakan untuk memeriksa bahagian yang mempunyai had yang kecil (sistem had dan padanan). Dipasang pada mesin untuk mengawal saiz bahan yang hendak dikeluarkan.

JENIS JENIS PEMBANDING# Pembanding Optik (Optical Comperator) # Pembanding Mekanikal ( Mechanical Comperator) # Pembanding Elektrik (Elactrical Comperator) # Pembanding Pneumatik (Pneumatic Comperator)

Pembanding MekanikalJenis-jenis dan fungsi Digunakan untuk mengukur perubahan dimensi pada bahan kerja terutamanya dalam bidang pengeluaran contohnya memeriksa banang skru dan garis pusat dalaman dengan bantuan alat tambahan. Terdapat 3 jenis iaitu :Pembanding Sigma Pembanding Jalur Terkilas Pembanding Sesendal Pisah

Kebaikan dan keburukan alat pembanding mekanikal

Pembanding Mekanikal

KEBAIKAN1) Harga lebih murah berbanding dengan pembanding lain. 2) Tidak memerlukan bekalan luaran seperti elektrik atau udara dan oleh kerana itu variasi dalam bekalan luar tidak menjejaskan ketepatannya. 3) Berskala linier yang mudah difahami. 4) Tahan lasak dan mudah untuk mengendalikannya.

Pembanding Mekanikal 1)

KEBURUKANPembanding mekanikal terdapat banyak bahagian yang bergerak berbanding dari jenis yang lain. Ini akan menyebabkan berlaku geseran atau getaran dan mengurangkan ketepatan pengukuran. Setiap kelambanan di bahagian bergerak akan mengurangkan ketepatan. Mempunyai inersia yang tinggi dan ini boleh menyebabkannya menjadi sensitif pada getaran. Had atau jarak pengukuran adalah terhad disebabkan alat penunjuk bergerak diatas skala yang tetap. Ralat paralaks pada peralatan mungkin berlaku disebabkan alat penunjuk bergerak pada skala yang tetap.

2) 3) 4) 5)

Pembanding Mekanikal 1.

PRINSIP KERJA Pembanding sigmaSesentuh pengukuran dibuat dalam bentuk pelocok. Pelocok itu dipasangkan antara gegendung lekah untuk memberikan pergerakan lelurus tanpa geseran. Pelocok itu juga disambungkan pada suatu bar berhujung mata pisau yang menekan permukaan bahagian bergerak pada engsel jalur bersilang. Engsel itu terdiri daripada dua pasang pegas jalur yang nipis yang disilangkan. Bila tekanan dikenakan pada engsel, ia akan berputar dengan sudut kecil pada pusatnya. Pergerakan engsel menyebabkan putaran bersudut berlaku pada lengan Y. Sekiranya panjang lengan Y ialah L dan jarak dari paksi mata pisau ialah X maka peringkat pembesaran pertama ialah L/X . Di bahagian penghujung lengan Y dipasang dengan satu jalur pemacu untuk mengelilingi gelendong kecil. Ini akan menyebabkan jalur itu memusingkan gelendong bila lengan Y berputar. Jarum penunjuk alat ini dipasangkan pada spindal yang sama dengan gegendong supaya ia berputar serentak dengan gegendong. Sekiranya gegendong ialah r dan panjang penunjuk R , maka perinagkat pembesaran kedua ialah R/r . Di belakang jarum penunjuk terdapat skala yang telah ditentukan pada unit tertentu untuk membaca pesongan yang berlaku pada sesentuh pengukuran (pelocok) yang disebabkan oleh perubahan dimensi bahan kerja.

GAMBARAJAH PEMBANDING SIGMA

Pembanding Mekanikal PRINSIP KERJA2.

Pembanding jalur terkilas.Ia menggunakan jalur terkilas sebagai kaedah pembesaran. Jalur ini merupakan satu jalur nipis yang merata dan dikilaskan dengan memulaskan kedua-dua hujungnya dalam arah yang bertentangan. Jarum penunjuk dipasang di tengah-tengah jalur. Bila rengangan dikenakan pada hujung jalur, jalur akan menjadi semula. Keadaan di atas akan menyebabkan jarum penunjuk berputar berkadar kepada nilai daya regangan dilepaskan. Daya regangan itu pula disebabkan oleh gerakan pelocok. Pelocok pula dibebankan dengan pegas berbentuk plat bulat yang rata. Ia disetkan pada ketinggian tertentu. Tuil engkol loceng yang dipasang pada hujung pelocok akan bergerak dan meregangkan jalur. Kadar pembesaran boleh ditukar dengan menukar jalur terkilas yang lebih panjang.

Gambarajah Pembanding Jalur Terkilas (Reed Type)

Pembanding Mekanikal PRINSIP KERJA 3. Pembanding sesendal pisah. Pembanding ini menggunakan sesendal pisah yang diperbuat daripada getah yang mempunyai kekenyalan tertentu. Sesendal itu diletakkan pada badan pembanding dan pelocok dimasukkan ke bahagian dalam sesendal secara paksa. Bila bahan kerja menolak pelocok ke atas, sesendal akan mengikut pergerakan pelocok. Pergerakan ini akan memberikan satu daya pada pelocok yang akan menggerakkan jarum penunjuk kiri dan kanan. Jarum akan menunjukkan bacaan pada skala yang telah ditentukan ukuran berkadar dengan daya yang dihasilkan oleh sesendal.

Gambarajah Pembanding Sesendal Pisah

VIDEO PEMBANDING MEKANIKAL

Pembanding Mekanikal.mp4

Pembanding Elektrikal Fungsi1) 2) 3) Memeriksa diameter luar dan penirusan pada satu bar. Memeriksa kesepusatan dua diameter berlainan pada satu bahan kerja. Memadankan saiz lubang aci dan lubang secara serentak.

Terdapat 2 jenis iaitu :Jenis Litar Jambatan. Jenis Elektropenghad.

Kebaikan dan Keburukan Alat Pembanding Elektrik

Pembanding Elektrikal

1. 2.

KEBAIKANMempunyai sejumlah kecil bahagian yang bergerak dan kerananya ketepatan yang lebih tinggi. Mempunyai dua atau lebih kanta pembesaran dan sesuai digunakan dalam pelbagai julat pengukuran. Mekanisme membawa pointer sangat ringan dan tidak peka terhadap getaran. Dikendalikan menggunakan bekalan AC, ralat disebabkan getaran pada peralatan dapat dikurangkan. Unit pengukuran yang sangat kecil boleh digunakan tanpa alatan tambahan dan boleh menggunakan alat kawal jauh.

3. 4. 5.

Pembanding Elektrikal KEBURUKAN1. Memerlukan bekalan elektrik AC maka variasi voltan atau frekuensi bekalan elektrik boleh menjejaskan ketepatannya. 2. Pemanasan koil dalam unit ukuran boleh menyebabkan ralat dan memerlukan kalibrasi yang kerap pada peralatan. 3. Jika hanya skala tetap digunakan dengan perbesaran yang tinggi, hanya julat pengukuran yang sangat kecil diperolehi. 4. Pembanding jenis ini biasanya lebih mahal dari instrumen mekanikal.

Pembanding Elektrikal PRINSIP KERJA 1. Pembanding Elektrik Jenis Litar Jambatan Kepala pengukuran dilengkapkan dengan litar jambatan untuk menukarkan kerja gerakan itu kepada isyarat elektrik. Litar jambatan mengandungi 4 pengalir di mana tiap-tiap satunya mempunyai rintangan. Katakan rintangannya ialah R1, R2, R3, dan R4. Bila jambatan itu seimbang secara elektrik,maka R1/R2 = R3/R4 Satu galvanometer disertakan pada susunan litar itu dan dalam keadaan keseimbangan itu, tiada arus akan melaluinya. Jika keseimbangan itu terganggu, arus akan mengalir melalui galvanometer, berkadar terus dengan nilai ketidakseimbangan yang berlaku. Isyarat itu kemudiannya dikuatkan dan dihantar ke penunjuk di mana bacaan pada unit lelutus boleh didapati.

Gambarajah Pembanding Elektrik Jenis Litar Jambatan

Pembanding Elektrikal PRINSIP KERJA 1. Pembanding Elektrik Jenis Tolok Elektro Penghad Bahan kerja diletakkan di bawah pelocok dan menolak ke atas di mana pelocok diengselkan pada badan alat. Ini akan menjadikan sela antara angkir dan gegelung tidak seimbang dan akan meningkatkan aruhan pada satu gelung dan mengurangkan pada gegelung yang satu lagi. Aruhan adalah seimbang jika angkir berada di tengah-tengah gegelung. Ketidakseimbangan akan mengakibatkan arus akan mengalir ke dalam galvanometer dan bacaan dalam unit mm boleh dibaca pada galvanometer. Penukaran kadar pembesarannya adalah mudah, iaitu hanya dengan menekan suis amplifier. Julat penuh, pada skalanya adalah antara 0.006mm hingga 0.75mm. Jadi pembesarannya setinggi 4000:1 atau lebih boleh didapati.

Gambarajah Pembanding Elektrik Jenis Tolok Elektro Penghad

Pembanding Optik Fungsi 1) Untuk mengukur perubahan panjang bagi sesuatu bahan kerja.

Kebaikan dan Keburukan Alat Pembanding Optik

Pembanding Optik KEBAIKAN1. Mempunyai sejumlah kecil bahagian yang bergerak dan kerananya ketepatan yang lebih tinggi. 2. Skala boleh dibuat untuk bergerak melepasi garis datum dan dengan mempunyai julat tinggi dan tidak ada ralat paralaks. 3. Skala pembesaran sangat tinggi. 4. Tuil optik adalah ringan.

Pembanding Optik KEBURUKAN1. Memerlukan pelarasan yang sesuai disebabkan skala pembesaran yang tinggi, haba daripada cahaya lampu & transformer. 2. Memerlukan bekalan elektrik yang diperlukan. 3. Peralatan ini besar dan mahal. 4. Memerlukan bilik yang gelap ketika skala dipancarkan pada paparan, supaya mudah mengambil bacaan 5. Skala yang dilihat melalui kanta mata mikroskop tidak sesuai digunakan secara berterusan.

Pembanding Optik1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PRINSIP KERJAAlat ini menggabungkan tuas mekanikal dan prinsip optik untuk operasi sistem pembesarannya Bila cahaya diarahkan 90 darjah pada permukaan pemantul cahaya itu akan terpantul kembali mengikut arah asalnya. Jika pemantul dicondongkan, cahaya yang kena padanya contohnya bersudut 0 dari pugak, akan terpantul pada sudut 2 darjah dari laluan asalnya. Dalam pembanding ini, lampu digunakan sebagai sumber cahaya dan akan dipantulkan pada satu skrin berskala untuk menunjukkan banyak mana cermin pemantul dicondongkan. Cermin pemantul pula dicondongkan oleh pelocok disebabkan oleh perubahan dimensi bahan kerja diletakkan di hujung pelocok. Bacaan diambil dari skrin berskala unit lelurus yang memaparkan bayang imej bahan kerja. Pembesaran mekanikal = 1 x 20 x 1 = 20 unit. Pembesaran optikal = 50 x 2 = 100 unit Jumlah pembesaran = 20 x 100 = 2000 unit

Pembanding OptikJenis sistem optikJenis sistem optik yang pertama ialah sistem yang ringkas. Ia bergantung dengan kadar cahaya lensa pembesaran, pantulan cermin dan skrin. Mesin ini menghasilkan gambar secara menegak atau terbalik. Sistem kedua dipanggil optik pembetulan.Sistem jenis ini menggunakan dua cermin dalaman untuk terbalikkan imej supaya imej yang terhasil berada secara menegak tetapi masih terbalik dalam paksi melintang. Sistem yang ketiga ialah sistem pembetulan keseluruhan di mana menghasilkan imej yang bukan terbalik. Keseluruhannya ketiga-tiga sistem ini senang digunakan walaupun kepada pengguna baru

Pembanding OptikJenis pencahayaanPencahayaan digunakan untuk menggunakan bayangbayang. Sumber pencahayaan termasuk jenis filamen seperti Halogen-Tungsten, jenis arka seperti merkuri arka. Sumber tersebut lebih cerah dan tahan lama berbanding lampu filamen. Sistem pencahayaan mengumpulkan cahaya daripada sumber dan menghalakan cahaya ke bahagian bahan kerja. Dengan menghalakan cahaya selari pada bahagian lensa, dapat menghasilkan imej berkualiti dan mengurangkan kesan sampingan.

Pembanding OptikMengukur lebar dan panjangSebagai tambahan, dibina titik-titik.pengukur mata atau pengukur baris-baris yang muncul pada sebahagian lukisanlukisan dapat dimantapkan dengan cepat atas pembanding optik, membuat ukuran-ukuran relatif daripada ini menghala ke dalam ruang mudah untuk dilaksanakan. Teknik ini adalah berilustrasi ke bawah. Menghala ke dalam ruang Pembanding optik adalah di antara alat-alat pengukuran aling mudah untuk digunakan kerana pembanding ini mempamerkan satu bahagian imej 2-D pada skrin sama seperti lukisan CAD 2-D

Pembanding OptikJenis pengukuran 1. Pengukuran dengan membanding Bahagian imej boleh dibandingkan dengan pembaris atau protaktor pada skrin yang tertera. 2. Pengukuran dengan pusingan skrin. Kaedah yang lain ialah dengan memusingkan skrin untuk mengukur sudut. Pengukuran dapat dibuat dengan cepat, ringkas dan efektif.

Pembanding Optik

Pembanding Optik

Pembanding Optik.flv

Pembanding Pneumatik FUNGSI 1) Memeriksa lubang gerek, silinder kereta dan jet karburetor. 2) Mengukur perubahan panjang 3) Mengukur diameter dalam. 4) Mengukur ketebalan jalur. 5) Menguji keratan lubang gerek. 6) Menguji kepersegian lubang gerek. Juga dikenali sebagai Tolok Hampiran (Proximity Gauge). Berfungsi apabila jet udara dibawa menghampiri satu permukaan, aliran udara disekat dan boleh mengubah tekanan dan kadar alir udara didalam sistem. Perubahan elemen tersebut digunakan sebagai penunjuk jarak antara jet dan bahan yang diukur. Terbahagi kepada 2 bahgian iaitu :unit pengawal udara memastikan udara dibekalkan kepada pembanding dalm keadaan malar dan mengatur jumlah aliran udara melalui sistem dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Terdapat 3 jenis pembanding pneumatik iaitu :Jenis Tekanan Balik. Jenis Kawalan Minyak. Jenis Aliran Halaju.

Kebaikan dan keburukan Pembanding Pneumatik

Pembanding Pneumatik KEBAIKAN1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Boleh digunakan untuk mengukur lubang yang sangat kecil seperti jet karburetor. Boleh diubahsuai dengan mudah kepada unit penolokan berbilang di mana beberapa diameter yang berbeza pada satu bahan kerja boleh diukur serentak. Permukaan yang hendak diuji,dibersihkan sendiri dengan aliran udara. Bacaan skala boleh dibuat dengan mudah. Tekanan semasa mengukur dapat dikawal supaya sama pada setiap pengukuran. Julat pengukuran yang lebih kecil mengurangkan kesilapan yang disebabkan oleh perubahan julat pada bahagian alat yang bergerak. Membolehkan pengukuran yang lebih tepat daripada pengukur yang sedia ada dengan cara membahagikan bacaan yang terkecil pada alat ukur kepada bahagian-bahagian yang diperlukan.

Pembanding Pneumatik KEBURUKAN1. Pembanding ini memerlukan peralatan bantu yang rumit seperti regulator tekanan tepat. skala ini umumnya tidak seragam. 2. Apabila peranti menunjukkan adalah tabung kaca, maka perbesaran yang tinggi diperlukan dalam 3. Untuk mengelakkan kesalahan meniskus. 4. Alat ini tidak mudah mudah alih dan agak rumit bagi banyak industri aplikasi. 5. Kepala ukuran yang berbeza diperlukan untuk dimensi yang berbeza.

Pembanding Pneumatik PRINSIP KERJA

1. Pembanding Pneumatik Jenis Tekanan Balik1- Udara dari saluran bekalan udara disuapkan ke peralatan dimana tekanan yang diperlukan oleh manometer. 2- Udara memasuki tiub rendam di dalam tangki cecair. 3- Pada permulaanya tiub itu diisi penuh dengan cecair pada paras yang sama dengan paras cecair di dalam tangki. 4- Kemasukan udara ke bahagian atas tiub menyebabkan tekanan dikenakan pada cecair dan mengakibatkan tiub itu kosong. 5- Tekanan berlebihan yang diperlukan untuk mengosongkan tiub itu akan dilepaskan ke dalam tangki sebagai gelembung-gelembung udara dan menyebabkan tekanan antara injap dan jet pengawal menjadi sama walaupun pada tekanan udara bekalan yang berbeza. 6- Udara akan dilepaskan melalui jet pengawal pada tekanan yang terkawal kepada jet pengukuran. 7- Jika jet pengukuran tidak dapat melepaskan kesemua isipadu udara dari jet pengawal, satu tekanan balik akan wujud antara kedua-dua bahagian itu. 8- Tekanan balik ini akan dilepaskan dengan segera melalui bukaan pada tiub manometer kedalam manimeter dimana paras cecair dalam tiub manometer akan berubah mengikut jumlah tekanan tersebut.

Pembanding Pneumatik9- Tekanan balik tadi adalah hasil dari halangan pada jet pengukuran yang disebabkan oleh kesan perubahan dimensi pada bahan kerja yang diperiksa. 10- Satu skala yang ditentukurkan dalam unit lelurus (mm) dan ditempatkan dibelakang manometer untuk memberi bacaan perubahan dimensi bahankerja dari dimensi yang telah disetkan secara terus. 11- Ada jenis jet pengukuran yang dipasang dengan tolok tekanan untuk membuat bacaan. 12- Tolok tekanan ini ditentukan dalam unit panjang. 13- Prinsipnya adalah sama dengan penggunaan manometer tetapi tekanan balik akan masuk ke dalam tolok tekanan

Pembanding Pneumatik2. o o o o o o o Pembanding Pneumatik Jenis Kawalan Minyak Jenis ini adalah jenis terbaru direkabentuk. Pembanding jenis ini tergolong dalam jenis tekanan balik dan prinsip kerjanya adalah sama dengan jenis tekanan balik. Perbezaannya ialah unit pengawal udara tidak menggunakan manometer tetapi menggunakan injap. Udara berlebihan dari bekalan dibebaskan dengan mengankat injap. Cecair yang digunakan dalam peralatan ini ialah minyak berkelikatan rendah. Rekabentuk ini lebih padat dari yang lama dan membolehkan beberapa unit dipasang padanya untuk membentuk sistem pelbagai pengukuran. Skala bacaan terus bagi alat ini dan untuk jenis tekanan balik adalah 0.0005mm hingga 0.0025mm bergantung kepada kadar pembesaran yang digunakan. Ia boleh mengukur garispusat hingga 150mm.

Pembanding Pneumatik3.o o o o o o o o o

Pembanding Pneumatik Jenis Aliran HalajuDalam pembanding ini, ukuran jarak antara jet pengukur dan bahan kerja ditentukan dengan kuantiti udara yang masuk ke dala sistem. Udara pada tekanan malar memasuki tolok dan terus ke tiub kaca tirus seragam yang mengandungi pengapung. Daya tujahan aliran udara yang masuk adalah setara dengan berat pengapung. Ini akan menyebabkan pengapung akan terapung dalam tiub berkadar dengan nilai halaju aliran udara tersebut. Jika jarak yang diukur besar, halaju udara yang masuk adalah tinggi dan pengapung akan tertolak menghampiri puncak tiub tirus. Jika jarak yang diukur kecil, halaju aliran udara yang masuk adalah rendah dan pengapung akan terapung pada ketinggian yang menghampiri dasar tiub. Bacaan dibuat mengikut ketinggian apungan pengapung. Perubahan kadar pembesaran pengapung bagi pembanding pneumatik jenis ini boleh dibuat dengan menukar saiz tiub tirus. Pelarasan untuk mendapatkan pengukuran yang lebih sensitif dibuat dengan melaraskan tekanan bekalan.