Topic 6 - Plastic

download Topic 6 - Plastic

of 15

Transcript of Topic 6 - Plastic

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    1/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik)

    Topik ini akan membincangkan berkenaan bahan plastik dari segi sifat, jenis, kegunaan dan proses penghasilan, yang dikatakan mampu menghalang kadar kakisan daripada berlaku.

    Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk

    membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanyadigunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang

    diperlukan.

    Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Polimerterdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Bahan plastik ialah bahan

     polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua bahan-bahan plastik akan

    menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada

    ketika ia berada dalam keadaan lembut. Gambarajah 6.1 di bawah menunjukkan pengkelasan bahan-bahan plastik.

    Bahan plastik

    Thermoplastic Thermosetting

    Polisterina Epoksida

    Polietilena Polyester

    Polyamida Urea / Amino

    Akriliks Melamin

    Plastik Vinil Fenolik

    Plastik Selulos

    Gambarajah 6.1: Pengkelasan Plastik

    6.1 Polimer

    Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan

     peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakan polimer adalah bahan

    organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-

    i.  Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahanorganik dan bukan organik.

    ii.  Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.

    iii.  Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.

    Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur

    ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    2/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu

    dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat.

    Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.

    6.2 Istilah-istilah :

    i.  Amorfus : Tidak berhablurii.  Monomer : Unit tunggal. Molekul-molekul mudah atau kecil yang diikat secara

    kovalen kedalam rantai yang panjang. Dikenali juga sebagai “mer” 

    iii.  Polimer : Molekul rantai panjang yang terhasil daripada ulangan unit-unit monomer

    dan tindakbalas itu dipanggil pempolimeran.

    Contoh: X X-X-X-X-X-X-

    Monomer Polimer

    6.3 Struktur Polimer

    Polimer mempunyai ikatan struktur yang panjang (beribu-ribu Angstrom). Rantai molekul diikat bersama oleh daya yang lemah dan mempunyai sifat boleh ubah (flexible) sebab setiap ikatankarbon boleh berputar di dalam tetulang rantai. Satu ikatan karbon selalunya berada pada sudut

    109○ C kepada ikatan lain. Ini menerbitkan konfigurasi molekul yang kompleks. Polimer boleh

    wujud dalam 2 struktur iaitu Amorphous (tidak berhablur) dan Separa berhablur.

    6.3.1 Struktur Armorphous (tak berhablur)

    Pada suhu yang tinggi, polimer akan menjadi cair likat (viscous) di mana rantai-rantai dapat bergerak dan mengelonsor satu sama lain dalam keadaan kekusutan. Susunan rantai polimer

    adalah rawak dan tidak mengikut corak geometri tertentu. Apabila suhu dikurangkan, sifat

     boleh ubah molekul akan tersekat dan keadaan akan menyamai kaca seperti yang ditunjukkandalam Gambarajah 6.2 di bawah.

    Gambarajah 6.2: Struktur Amorphous

    http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=amorphous&source=images&cd=&cad=rja&docid=k7oXGATq_Gd9LM&tbnid=JRY2JPw508w9xM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fen.wikipedia.org%2Fwiki%2FFile%3ACrystalline_or_amorphous.svg&ei=8K4ZUcimII2RiQflloGgBQ&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNE1BG5lKQIY-B3VFgJrt0_pi3exCA&ust=1360724057612929

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    3/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    6.3.2 Struktur Separuh Hablur

    Sekiranya penyejukan cukup perlahan dan molekul mempunyai struktur tertentu. Hasil daripadalipatan molekul menurut susunan tertentu. Keadaan ini menyebabkan molekul rapat dan

    menambah daya antara molekul serta menghasilakan kekuatan yang tinggi, ketegaran dan

    kerapuhan. Polimer hablur selalunya mengandungi 90% rantai yang tersusun dan bakinya dalamkeadaan amorphous. seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 6.3 di bawah.

    Gambarajah 6.3: Struktur Separuh Hablur

    6.4 Jenis-jenis Rantaian Polimer

    Terdapat empat jenis rantai ikatan molekul yang dihasilkan melalui proses pempolimeran seperti

    yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.4 di bawah. Di antara ikatan tersebut :

    i.  Polimer lelurus (linear) - dibentuk dari rantai molekul gentian panjang, boleh jadirantaian homopolimer atau kopolimer.

    ii.  Polimer bercabang (branch) - Rantai lelurus dengan suatu siri rantai sisi bercantum.

    iii.  Polimer barpaut silang (crosslink) - terdapat pautan pendek yang menyambung rantai polimer yang berdekatan antara satu sama lain.

    iv.  Polimer rangkaian:- struktur molekul berada dalam bentuk jaringan 3 dimensi.

    Struktur biasa bahan termoset.

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    4/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    Gambarajah 6.4: Jenis-jenis struktur polimer (a) Bentuk Rantai Lelurus.

    (b) Polimer bercabang (c) Polimer barpaut silang (d) Polimer rangkaian

    6.5 Proses Pempolimeran (Polymerisation)

    Proses ini adalah proses kimia di mana molekul-molekul dihubungkan untuk membentuk satumolekul yang lebih besar dengan berat serta jisim yang tinggi. Proses ini boleh dilakukan

    dengan dua cara iaitu :

    1.  Proses Pempolimeran tambahan (addition)Jenis pempolimeran ini berlaku di antara molekul-molekul monomer yang mengandungi

    ikatan karbon C = C, apabila diberikan suhu, tekanan dan pemangkin tertentu.

    2.  Proses Pempolimeran kondensasi (Pemeluapan)Jenis pempolimeran ini berlaku apabila dua sebatian monomer bertindak balas bersama

    untuk menghasilkan polimer dan molekul-molekul kecil (biasanya air) akan disingkirkan.

    6.6 Jenis-Jenis Plastik

    Plastik boleh terbahagi kepada 2 (dua) kategori umun iaitu ;1.  Plastik Termo (Thermoplastic)

    2.  Plastik Termoset (Thermoset)

    6.6.1  Sifat Umum Plastik Haba atau Plastik Termo

    i.Plastik jenis ini boleh dilembutkan dan dikeraskan berulang kali.

    ii. Merupakan polimer lelurus yang terbentuk daripada rantai karbon panjang yang terikat secara

    kovalen.

    iii. Termoplastik boleh diperolehi dalam bentuk kepingan, tiub, kepingan nipis, rod dan bahan- bahan pengacuanan.

    iv.Pembentukan boleh dilakukan pada suhu di atas sedikit dari suhu didih air dan memerlukandaya yang sedikit untuk mengubah bentuknya.

    Kegunaannya : Bahan-bahan elektrik, Hulu alatan, Penebat, Pembungkus dan Pakaian.

    6.6.2  Sifat Umum Plastik Termoseti.Merupakan bahan yang lebur semasa pemanasan kali pertama dan kemudiannya terset atau

    terawet kepada bentuk yang keras dan tegar pada suhu tersebut.

    ii.Selepas pembentukan pertama, perubahan tidak akan berlaku lagi walaupun kepanasan dan

    tekanan dikenakan.

    iii.Selalunya lebih keras, lebih kuat dan lebih rapuh berbanding plastik termo.iv.Kegunaannya: peralatan penebat elektrik, lapisan gelas gentian, perkakas dapur dan penebat

    haba.

    Tahukah anda jenis-jenis plastik termo dan jenis-jenis plastik termoset? Untuk memahaminya

    dengan lebih mendalam tentang jenis, sifat dan kegunaanya mari ikuti unit ini sampai akhir.

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    5/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    7. Jenis-jenis Plastik Haba (Thermoplastic)

    i) Polietilena (PE)Merupakan bahan plastik yang paling banyak digunakan.

    Ia tegar dan boleh dilentur apabila melalui satu julat suhu yang besar dan memperolehi

    kestabilan dimensi yang baik.Ianya mudah diacu dan digunakan dalam membuat barangan seperti bekas makanan, bekas air, beg, botol minuman.

    Untuk kegunaan dagangan, ia banyak digunakan untuk membuat paip air, alat-alat kelengkapan

    kimia, kabel dan tahan untuk bahan pelarut biasa. Kelemah bahan ini mudah pudar apabilaterdedah kepada cahaya matahari. Terdapat 2 jenis polietilena yang mempunyai Ketumpatan

    Rendah   (LDPE - Low Density PE) dengan struktur rantai bercabang dan yang mempunyai

    Ketumpatan Tinggi  (HDPE- High Density PE) dengan struktur rantai lurus.

    Ciri-ciri :-

    Takat lebur : 110C - 137C

    LDPE - kurang bercabang penghabluran kurangKetumpatan rendah

    HDPE - lebih bercabang

    rantai cenderung bergabung dekat - lebih kehabluran.lebih kekuatan

    lutsinar (translucent)

    Kos lebih tinggi

    Sifat industri -  Kaku (tough) pada suhu bilik dan suhu rendah

    Kekuatan lebih untuk aplikasi produk

    Kelenturan (flexibility yang baik sehingga 73C)Merintang kakisan

    Sifat penebat yang baik

    Tidak menjerapkan

    Kegunaan :

     bekas (container), penebat elektrik, Tiub kimia, peralatan dapur.

    ii)  Polipropilena (PP)Ciri-ciri :-

    Takat lebur :165C - 177C

    Tahan suhu sehingga 120C tanpa perubahan bentuk.Kuat tetapi flexible.

    Rintangan Kimia - kelembapan, haba.

    Ketumpatan rendah

    Kekuatan pengikat yang baikKestabilan dimensi

    Kegunaan

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    6/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    Alatan dapur, packaging, alat makmal, Ware, botol, bahagian alat elektrik (appliance

     part).

    iii) PolistirenaBahan ini adalah plastik yang liat dan tumpat, keras dan tegar serta mempunyai kestabilan yang

     baik tetapi mudah menjadi rapuh disebabkan suhu peralihan kaca yang tinggi. Ia kurang tahankepada petrol dan pelarut organanan.

    Ciri-ciri :-

    Takat lebur : 150C - 243CTidak berbau.Amat rapuh kecuali diubahsuai.

    Tegar (rigid), inflexible pada suhu bilik.

    Mudah diproses tapi cenderung menjadi rapuh.

    Sifat hentaman boleh diperbaiki dengan kopolimeran (copolymerization) dengan elastomer polybutadiene.

    Kebaikan :

      Kestabilan dimensi yang baik

      Sifat penebat yang baik

      Kecutan tuangan yang rendah

      Mudah diproses

      Kos yang rendah

    Keburukan :

    Kelembapan yang kurang baik

    Diserang secara kimia oleh pelarut organik dan minyak

    Kegunaan :

      Bahagian dalam kereta, perkakas plastik, alatan dapur.

    iv)  Polivinyl Klorida (PVC)

    PVC yang tidak diplastikan adalah keras dan liat. Ianya boleh diacuankan menjadi beberapa

     barang bergerongga seperti pasu dan paip. Jika PVC diplastikkan, ia menjadi mudah untukdiubahsuai dan bergetah di mana dapat dijadikan untuk kalis air yang rendah, tiub paip dan kabel

    elektrik. Ia juga mempunyai rintangan yang cukup baik menentang serangan asid, alkali dan

     pelarut-pelarut biasa.

    Ciri-ciri :-

    Takat lebur : ~ 204C

    Kehadiran atom Cl yang besar pada atom C menyebabkan PVC bersifat amorfus tidakmenghablur.

    Kurang anjal dan boleh lentur

    Kekuatan tinggi (7.5 - 9.0 ksi)

    Rapuh

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    7/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    Sifat elektrik yang baik

    Rintangan pelarut (solvent) yang baik

    Jika kandungan klorin tinggi, PVC akan merintang kimia dan api.

    Kegunaan :

     

    PVC sahaja kurang kegunaannya.  Jika ditambah penstabilan haba, pengisi (fillers) dan sebagainya maka kegunaan boleh

    diperluaskan seperti paip, bingkai (frame) tingkap.

    v)  Polimetil Metakrilat (PMMA)

    Ciri-ciri :-

    Takat lebur :160CTegar (rigid)

    Lutsinar (transparent)Kerintangan hentaman lebih baik dari kaca

    Kerintangan kimia yang baikKerintangan lembapan yang baik.

    Kegunaan :

    Glazing pada kapal, boat.Papan tanda iklan

    Pelindung keselamatan (shield)

    Goggle keselamatan

    vi)  Poliamides (NYLON)Bahan ini adalah kuat, liat dan mudah diubahsuaikan. Mempunyai rintangan lelasan tetapi

    kestabilan dimensi dan sifat penebat elektrik terjejas kerana nilon menyerap air. Ianyamempunyai rintangan yang baik atas serangan bahan pelarut biasa. Malangnya ia mudah luntur

    apabila didedahkan kepada cuaca yang berterusan.

    StrukturTerdapat beberapa jenis nylon seperti nylon 6, nylon 6,6,6,10 dan nylon 6, 12. Unit ulangannya

     berbeza antara satu sama lain.

    Ciri-ciri :-

    Takat lebur - Nylon 6, 6 : 250 - 266C

     Nylon 6 : 216 - 225C

     Nylon mempunyai darjah kehabluran yang tinggi.Kekuatan yang tinggi kerana ikatan hidrogen antara rantai-rantai molekul.Rintangan kimia yang baik

    Kebolehlenturan (flexibility) rantai -rantai karbon menyebabkan kelinciran yang baik,

    geseran pengikatan yang rendah.Menyerap air.

     Nylon 11 & 12 dengan rantaian karbon yang lebih panjang antara kumpulan-kumpulan

    amida adalah kurang sensitif kepada penyerapan air.

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    8/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    Kegunaan :

    Membuat gear, injap, alas, sesondol dan alat-alat pembedahan yang tidak memerlukan pelinciran

    yang lain. Ia juga banyak dijadikan bahan gentian untuk tekstil, tali pancing, tali mendaki.

    8. Jenis-jenis Plastik Termoset (Thermoset)

    i)  Fenol-FormaldehidSifat bahan = rintangan elektrik yang tinggi, konduksi haba yang rendah, rintangan

    terhadap minyak dan gris yang tinggi dan stabil hingga suhu 150C.Kegunaan = telefon, komponen plastik dalam kenderaan dan komponen elektrik yang

    memerlukan penebatan yang tinggi.

    ii)  Urea-Formaldehid / Amino-Formaldehid

    Sifat hampir sama dengan bakelit. Kegunaan sama seperti bakelit dengan suhu kerja

    sehingga 80C.

    iii) 

    Melamina-FormaldehidMelamina, sejenis sebatian amino siklik, boleh dikondensasi dengan formaldehid untukmenghasilkan melamina-formaldehid,MF.

    Sifat dan kegunaan sama seperti Urea-formaldehid tetapi rintangan terhadap haba yang

    lebih baik sedikit dengan suhu kerja mencapai kurang 95C.

    iv)  PolyesterPolyester termoset adalah sangat keras dan kuat, dengan berat molekul yang besar.

    Kegunaan utama adalah untuk komponen plastik dalam kenderaan, topi keledar, kerusi,

    kipas dan sebagainya.

    v) 

    EpoksidaUntuk menghasilkan satu bahan epoksida yang kuat, satu agen pengeras hendaklahdicampurkan (terdiri dari sebatian dalam kumpuan amino). Digunakan sebagai pelekat

    dan penyalut kerana sifatnya yang mudah melekat pada kebanyakan bahan.

    vi)  SilikonSilikon sama seperti karbon boleh membentuk molekul-molekul polimer. Polimer yang

     berasaskan silikon dikenali sebagai silikona.

    Silikona boleh terhasil dalam bentuk cecair, lilin, elastomer dan plastik, berdasarkan

    darjah pempolimeran.

    Kegunaan = untuk berbagai-bagai kegunaan selepas diperkuat dengan serabut kaca dan

     penebat kepada suhu tinggi.Boleh digunakan sehingga 200C dan boleh mencapai sehingga 800C untuk kegunaansingkat.

    Sifat-sifat Am Plastiki.  Graviti tentunya rendah.

    ii.  Perintang haba dan elektrik yang baik.

    iii.  Kemasan muka yang baik.

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    9/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    iv.  Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar.

    v.  Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam.

    vi.  Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi.vii.  Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang lembab.

    Kebaikan Plastiki.  Harga murahii.  Tahan lama

    iii.  Sebahagiannya boleh dikitar semula

    iv.  Mudah untuk dibentukv.  Penebat elektrik yang baik

    vi.  Sebahagian kalis air

    Keburukan Plastiki.  Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan

    ii.  Suhu operasi yang rendah

    iii. 

    Mudah rapuh pada suhu yang rendahiv.  Lembut dan kurang anjal berbanding logam

    v.  Sebahagian plastik amat mudah terbakar

    vi.  Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu

    vii.  Rayapan pada semua keadaan suhu

    9. Kaedah Bagi Pembentukan Bahan Plastik

    Di antara mesin –  mesin pembuatan plastik yang terdapat ialah :-1. Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding).

    2. Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding).

    3. Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding).4. Pengacuanan Pindah/Mampatan (Transfer/Compression Moulding).

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    10/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    1.Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding)Proses pengacuan penyemperitan secara amnya adalah hampir sama dengan proses pengacuan

    suntikan. Berbeza utama proses ini dengan proses pengacuan suntikan ialah ia melibatkanoperasi menghasilkan produk panjangan berterusan serta mempunyai bentuk keratan rentas

    yang sekata. Proses penghasilan produt dilakukan dengan cara serbuk plastik dibawa ke

     bahagian hadapan dan ditekan oleh penyuap skrew. Pemanas akan meleburkan plastik danmenolaknya melalui die. Bentuk dan saiz die adalah mengikut spesifikasi yang dikehendakidalam pengeluaran. Gambarajah 6.6 di bawah menunjukkan kaedah pengacuan penyemperitan

    Gambarajah 6.6: Pengacuan Penyemperitan

    Contoh penghasilan : paip, tiub, dawai, kabel, kepingan, rod, kepingan.kerangka tingkap danlain –  lain.

    http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=extrusion+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=yx5kEVTzzB424M&tbnid=9Yc-pAYI2PAU2M:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Falexpb.com%2Fnotes%2Farticles%2Fcategory%2Fmanufacturing%2F&ei=_aAZUY3KHMe5iQfx84DQCA&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNGoIe_aIC7QNOEBU3jI7NBqDULamA&ust=1360720453800760

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    11/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    2. Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding) 

    Konsep asas mesin pengacuan suntikan adalah keupayaan termoplastik untuk dilembutkansemula dengan pemanasan dan dikeraskan semula ke bentuk tertentu dengan penyejukan.

    Proses ini sesuai untuk pengeluaran plastik haba seperti polietilena, polistirena dan sebagainya.

    Ia merupakan proses yang paling cepat dan meluas digunakan. Gambarajah 6.7 di bawahmenunjukkan kaedah pengacuan penyuntikan.

    Gambarajah 6.7: Kaedah Pengacuan Penyuntikan

    http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=injection+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=IK2srUw9tcp09M&tbnid=3cYyi7RwhY3fsM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fwww.rutlandplastics.co.uk%2Fmoulding_machine.shtml&ei=LKAZUaalAcSeiQfemIHgBg&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNHw8Pr2VudYy8cf4KnBWxiXv_BoHw&ust=1360720287280675

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    12/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    Merujuk kepada Gambarajah 12.6, bahan plastik dimasukkan ke dalam ruang suntikan dan

    ditolak ke dalam bahagian zon pemanasan. Contohnya:- nylon akan dipanaskan pada suhu 190 -

    220C. Plastik akan menjadi lembut dan ia akan mengalir melalui nozel apabila dikenakantekanan oleh pelocok. Seterusnya plastik akan masuk k edalam acuan tertutup yang sejuk.

    Apabila acuan telah penuh, plastik tadi disejukkan dengan cepat. Acuan dibuka setelah plastikmemejal dan komponen dikeluarkan.

    3.Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding)

    Mesin ini digunakan untuk menghasilkan bekas lubang berdinding nipis. Proses ini bermulaapabila bahan plastik di dalam bekas selinder yang dipanggil `parison’ dilunjur keluar secepat

    mungkin diantara dua acuan terpisah. Apabila acuan ditutup, udara akan ditiup dan menolak

     bahan plastik ke permukaan acuan. Sebaik sahaja produk disejukkan, acuan akan dibuka semula

    untuk membenarkan komponan dikeluarkan. Gambarajah 6.8 di bawah menunjukkan kaedah pengacuanan tiupan.

    Lakaran keseluruhan Mesin Pengacuanan Tiup

    Bahagian Parison dalam proses Pengacuanan Tiup

    http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=blow+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=xX3xIFVyReglxM&tbnid=B-JwJXwxDQsH_M:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fmaybach300c.blogspot.com%2F2012%2F09%2F13-blowing-molding.html&ei=TKIZUbiAIuafiAeOloGYAw&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNFTNDoTatrBlwdi46OcUAhN6vGk8A&ust=1360720573181316http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=blow+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=Gw5KvxCKP4x_tM&tbnid=H7lnMoOGoVFbXM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fwww.globalspec.com%2Freference%2F66576%2F203279%2F6-4-blow-moulding&ei=7KEZUcqjL4mziQeg3IGwBg&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNFTNDoTatrBlwdi46OcUAhN6vGk8A&ust=1360720573181316

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    13/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    Bahagian Parison dalam proses Pengacuanan Tiup

    Gambarajah 6.8: Mesin Pengacuanan Tiup

    Di antara produk yang dihasilkan melalui cara ini adalah seperti pembungkus kosmetik, botol

    dan bekas sabun cecair.

    4.Mesin Pengacuan Mampatan (Transfer/Compression Moulding) 

    Proses pengacuan mampatan secara ringkasnya adalah satu proses dimana acuan dua  –  bahagian

    dicantumkan bersama dibawah satu tekanan mampatan. Percantuman ini akan memberikan bentuk rongga (cavity) berdasarkan bentuk komponen. Sebelum dicantumkan, bahan plastik

    (biasanya termoset) diletakkan pada bahagian bawah acuan, selepas itu acuan bahagian atas akan

    ditolak (dimampat) dan pada masa yang sama acuan dipanaskan.Bahan plastik akan melembut dan membentuk kepada komponen yang dikehendaki dalam acuan

    rongga seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 6.9 di bawah.

    http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=compresion+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=26cDudlZ4HrgPM&tbnid=YETVJaRWFL8EiM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fnewthdesign.blogspot.com%2F2011%2F09%2Fcompression-moulding.html&ei=BKkZUZz_IsmsiAeJ3YHQBA&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNHavDxmtWs25WkHCqiCCHvNd_xRZg&ust=1360721212273348http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=blow+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=xI7VR_nEhvBv_M&tbnid=a25P3OEgoRtliM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Falexpb.com%2Fnotes%2Farticles%2F2007%2F11%2F13%2Fmolding%2F&ei=nqEZUZvrD42XiAfq04G4Aw&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNFTNDoTatrBlwdi46OcUAhN6vGk8A&ust=1360720573181316

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    14/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    Rajah (a)

    Rajah (b)

    Rajah (c)

    Gambarajah 6.9 : Rajah (a), (b) dan (c) Mesin Pengacuan Mampatan

    Proses ini biasanya digunakan untuk menghasilkan produk-produk seperti soket, palam, penebat

    voltan.

    http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=compresion+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=0s6w4WpTDn8HAM&tbnid=pL1xHeeIc4FAqM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fkids.britannica.com%2Fcomptons%2Fart-53835&ei=N6UZUYPQK6q0iQfZnICIDA&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNHavDxmtWs25WkHCqiCCHvNd_xRZg&ust=1360721212273348http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=compresion+moulding&source=images&cd=&cad=rja&docid=0m71SpbImfspFM&tbnid=Qny6k6nfGplKqM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fwww.tamko.com%2FDecks-Docks-Railing%2FEverGrainEnvision%2FInner%2FWhatIsCompressionMolding&ei=MaYZUcbcA8SXiQfkq4HoCg&bvm=bv.42261806,d.aGc&psig=AFQjCNHavDxmtWs25WkHCqiCCHvNd_xRZg&ust=1360721212273348

  • 8/18/2019 Topic 6 - Plastic

    15/15

    CHAPTER 6 : PLASTIC (Plastik) JF302 –  Material Tech 1

    Sediakan slide power point berikut :

    (a)

    Definisi istilah –  plastik, Amorfus, Monomer,PolimerPengkelasan plastik –  thermoplastic dan termoset.

    Kebaikan dan keburukan plastik 1 kumpulan

    Proses pempolimeran –  tambahan dan kondensasi(b)Jenis-jenis Rantaian Polimer

    i.  Polimer lelurus (linear)

    ii.  Polimer bercabang (branch)

    iii.  Polimer barpaut silang (crosslink) 1 kumpulaniv.  Polimer rangkaian.

    (c)

    Jenis-jenis Plastik Haba (Thermoplastic)

    1.Polietilena (PE)2.Polipropilena (PP)

    3.Polistirena 2 kumpulan (3 jenis platik/kumpulan)

    4.Polivinyl Klorida (PVC)5.Polimetil Metakrilat (PMMA)

    6.Poliamides (NYLON)

    (d)Jenis-jenis Plastik Termoset (Thermoset)

    1.Fenol-Formaldehid

    2.Urea-Formaldehid / Amino-Formaldehid

    3.Melamina-Formaldehid 2 kumpulan (3 jenis platik/kumpulan)4.Polyester

    5.Epoksida

    6.Silikon (c) dan (d) –  terangkan dari segi ciri-ciri@sifat umum, contoh kegunaan (bersama gambar

     produk)

    (e)

    Proses pembuatan plastik 4 kumpulan (1 proses/kumpulan)1.Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding)

    2. Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding)

    3.Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding)4.Mesin Pengacuan Mampatan (Transfer/Compression Moulding)

    (e) –  terangkan kaedah pembuatan, gambar mesin-mesin terbabit dan contoh produk dihasilkan