tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

13
e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015). (e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/ GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015 110 PENGEMBARAAN VFR: TIPOLOGI DAN SUMBANGAN TERHADAP INDUSTRI PELANCONGAN Sharifah Eisyahtun Syed Darar Unit Perancangan Bandar & Wilayah Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia [email protected] Dr. Hairul Nizam Ismail Unit Perancangan Bandar & Wilayah Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia [email protected] ABSTRAK Pengembaraan melawat rakan dan saudara atau pengembaraan VFR (visiting friends and relatives) merupakan sebahagian daripada faktor sesetengah pihak dalam melakukan perjalanan ke sesebuah destinasi. Di Malaysia, perjalanan dengan tujuan melawat rakan dan saudara telah mencatatkan jumlah bilangan tertinggi pada tahun 2014 iaitu 44 peratus berbanding dengan tujuan percutian santai, bisnes dan lain-lain. Selain dari kepentingan bersosial dan kasih sayang, antara sebab perjalanan ini menjadi keutamaan apabila berlakunya perkembangan populasi serta penghijrahan ke kawasan baru. Permasalahan dalam kajian VFR menjelaskan bahawa pasaran ini sukar untuk diukur kerana terdapat permasalahan dari segi definisi dan tiada model yang spesifik untuk digunakan bagi menggambar karakter pengembara ini. Selain daripada itu, pasaran VFR dianggap pasif kerana hanya tinggal bersama rakan dan saudara dan tidak terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan selain tidak menyumbang daripada sudut ekonomi. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan bagi menerangkan model-model yang digunakan bagi menggambarkan pasaran pengembara VFR serta sumbangan pasaran ini terhadap destinasi pelancongan melalui keutamaan dalam pemilihan penginapan, pilihan tempat tarikan pelancongan serta perbelanjaan di destinasi. Kajian dilakukan ke atas pengembara domestik Malaysia di kawasan rehat dan rawat Lebuh Raya Utara Selatan. Penemuan awal kajian membuktikan bahawa pasaran ini turut memberikan sumbangan yang jelas terhadap ekonomi pelancongan. Hasil dari kajian ini boleh digunakan sebagai alternatif dalam perancangan sesebuah destinasi yang melibatkan pasaran pelancong domestik. Bidang Penyelidikan: Tipologi Pengembaraan VFR, Karakter Perjalanan Pengembara, Perbelanjaan Pengembara ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Transcript of tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

Page 1: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

110

PENGEMBARAAN VFR:

TIPOLOGI DAN SUMBANGAN TERHADAP INDUSTRI PELANCONGAN

Sharifah Eisyahtun Syed Darar Unit Perancangan Bandar & Wilayah

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

[email protected]

Dr. Hairul Nizam Ismail Unit Perancangan Bandar & Wilayah

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Pengembaraan melawat rakan dan saudara atau pengembaraan VFR (visiting friends and relatives) merupakan sebahagian daripada faktor sesetengah pihak dalam melakukan perjalanan ke sesebuah destinasi. Di Malaysia, perjalanan dengan tujuan melawat rakan dan saudara telah mencatatkan jumlah bilangan tertinggi pada tahun 2014 iaitu 44 peratus berbanding dengan tujuan percutian santai, bisnes dan lain-lain. Selain dari kepentingan bersosial dan kasih sayang, antara sebab perjalanan ini menjadi keutamaan apabila berlakunya perkembangan populasi serta penghijrahan ke kawasan baru. Permasalahan dalam kajian VFR menjelaskan bahawa pasaran ini sukar untuk diukur kerana terdapat permasalahan dari segi definisi dan tiada model yang spesifik untuk digunakan bagi menggambar karakter pengembara ini. Selain daripada itu, pasaran VFR dianggap pasif kerana hanya tinggal bersama rakan dan saudara dan tidak terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan selain tidak menyumbang daripada sudut ekonomi. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan bagi menerangkan model-model yang digunakan bagi menggambarkan pasaran pengembara VFR serta sumbangan pasaran ini terhadap destinasi pelancongan melalui keutamaan dalam pemilihan penginapan, pilihan tempat tarikan pelancongan serta perbelanjaan di destinasi. Kajian dilakukan ke atas pengembara domestik Malaysia di kawasan rehat dan rawat Lebuh Raya Utara Selatan. Penemuan awal kajian membuktikan bahawa pasaran ini turut memberikan sumbangan yang jelas terhadap ekonomi pelancongan. Hasil dari kajian ini boleh digunakan sebagai alternatif dalam perancangan sesebuah destinasi yang melibatkan pasaran pelancong domestik.

Bidang Penyelidikan: Tipologi Pengembaraan VFR, Karakter Perjalanan Pengembara, Perbelanjaan Pengembara

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Page 2: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

111

1. Pengenalan

Industri pelancongan adalah sebuah industri besar yang melibatkan pelbagai sektor dalam pembentukan suatu aktiviti dan pergerakan tidak kira sama ada perjalanan jarak jauh mahupun jarak dekat. Banyak impak positif yang terhasil dari industri ini yang mana ia menjana pendapatan sesebuah destinasi dan seterusnya membawakan kepada perkembangan ekonomi negara tersebut. Petikan dari pada laman web rasmi Tourism Malaysia menyatakan kedatangan pelancong ke nagara ini mencatatkan jumlah tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu seramai 27.44 juta orang yang mana telah menjana pendapatan sebanyak 72 bilion ringgit pada tahun 2014. Walaupun dalam situasi ekonomi yang sukar untuk dijangka, industri pelancongan membuktikan bahawa ia tetap mampu memberikan perkembangan positif saban tahun. Pada peringkat domestik pula, kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa sektor pelancongan telah menjana pendapatan sebanyak 62 bilion ringgit. Ini jelas menunjukkan bahawa sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang memberikan sumbangan besar terhadap ekonomi negara.

Pelancong merupakan mereka yang terdiri dari pelawat tidak kira sama ada pada peringkat domestik mahupun antarabangsa yang mana perjalanan mereka memerlukan mereka untuk bermalam. (“International Recommendations for Tourism Statistics,” 2008). Pengembara pula adalah mereka yang bergerak antara dua lokasi yang berbeza dengan tujuan tertentu. Di Malaysia sendiri, pelancong mahupun pengembara melakukan perjalanan dengan pelbagai tujuan pada peringkat domestik. Mereka melakukan sesuatu perjalanan dengan pelbagai faktor. Balik kampung yang merupakan tradisi rakyat Malaysia setiap tahun adalah merupakan tujuan utama rakyat negara ini melakukan perjalanan (Unwto, 2013). Ini kerana pentingnya seseorang itu memenuhi keperluan sosial mereka iaitu melawat rakan atau/dan saudara.

Walau bagaimanapun kajian yang mendalam mengenai pasaran yang melawat rakan dan saudara ini masih kurang mendapat perhatian dari para pengkaji pelancongan. Data mengenai pasaran ini kurang mendapat perhatian dan permintaan dari pelbagai organisasi (AV Seaton & Palmer, 1997). Banyak sebab mengapa pasaran ini diabaikan tidak kira dari sudut ilmiah mahupun sudut pemasaran. Oleh itu amatlah penting untuk pengkaji memahami permasalahan yang dihadapi oleh pasaran ini dan sumbangan mereka terhadap industri pelancongan semasa kerana di Malaysia sendiri, mereka merupakan golongan pengembara terbesar pada peringkat domestik.

2. Definisi Pengembaraan VFR

Visiting friends and relatives (VFR) bermaksud melawat rakan dan saudara yang mana perjalanan yang dilakukan dengan tujuan ini adalah dikelaskan sebagai pengembaraan melawat rakan dan saudara. Ia dikelaskan sebagai suatu pengembaraan bukan pelancongan adalah kerana mereka yang terdiri dari kumpulan ini tidak semestinya adalah pelancong (Backer, 2012).

Terdapat pelbagai usaha dalam mendefinisikan pengembaraan VFR oleh para pengkaji bermula dari tahun 1995 hingga tahun 2007. Pada peringkat awal kajian, pengembara VFR ini diklasifikasikan sebagai mereka yang melakukan perjalanan atas sebab melawat rakan dan saudara sebagai tujuan utama dan tinggal bersama mereka (Yuan, 1995). Walau bagaimanapun, terdapat pasaran yang mempunyai tujuan melawat rakan dan saudara tetapi tidak tinggal bersama mereka dan juga pasaran yang sebaliknya. Ia disangkal oleh McKercher (1995) kerana kajiannya menunjukkan tidak semestinya tujuan melawat rakan dan saudara menjadikan pasaran ini untuk menginap di rumah rakan atau saudara mereka. Beliau juga mengenal pasti pasaran yang tidak meletakkan diri mereka sebagai pengembara VFR tetapi tinggal bersama rakan dan saudara. perkara ini ada diketengahkan

Page 3: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

112

oleh pengkaji yang mana terdapat percanggahan data yang disebabkan oleh masalah definisi. Definisi yang hanya mengelaskan pelancong dengan tujuan lawatan itu adalah suatu masalah (Butler & Jones, 2001). Ini menunjukkan bahawa terdapat perbalahan bagi pasaran ini yang mana percanggahan antara tujuan lawatan dan pilihan penginapan bagi pasaran VFR. Akhirnya Backer, (2007) menyimpulkan bahawa pengembaraan VFR merupakan perjalanan yang melibatkan lawatan sama ada tujuan perjalanan atau penginapan atau kedua-duanya melibatkan lawatan ke atas rakan dan/atau saudara.

3. Tipologi Pengembaraan VFR

Antara sebab mengapa kajian tentang pasaran ini kurang menarik minat para pengkaji kerana pasaran ini sukar untuk diukur. Semua orang yang keluar mengembara boleh tergolong dalam pasaran ini kerana mereka tidak jitu. Melawat rakan dan saudara boleh dikategorikan berdasarkan dengan tujuan lawatan; motivasi; ataupun ciri-ciri lawatan sebagai contoh penginapan yang memerlukan sesuatu trip itu untuk melawat rakan dan saudara (A. V. Seaton, 1994). Oleh itu, pelbagai tipologi telah dicipta bagi menggambarkan karakter pasaran VFR ini.

SEKTOR SKOP JARAK PENGINAPAN FOKUS LAWATAN

Melawat rakan & saudara:

1. Sebagai motif utama atau jenis trip;

2. atau sebagai satu aktiviti

Domestik

Jarak dekat

AFR

(tinggal bersama rakan/saudara secara eksklusif)

VF, VR,VFVR

NAFR

(tinggal di penginapan komersial walaupun semalam)

VF, VR,VFVR

Jarak jauh

AFR VF, VR,VFVR

NAFR VF, VR,VFVR

Antarabangsa

Jarak dekat

AFR VF, VR,VFVR

NAFR VF, VR,VFVR

Jarak jauh

AFR VF, VR,VFVR

NAFR VF, VR,VFVR

Nota: VF = visiting friends (melawat rakan); VR = visiting relatives (melawat saudara); VFVR = visiting friends relatives(melawat rakan dan saudara).

Rajah 1: Model Awal Tipologi Pasaran VFR (Moscardo et al., 2000)

Pada peringkat permulaan kajian mengenai pengembaraan VFR, pasaran ini dikelaskan mengikut kumpulan VF (melawat rakan), VR (melawat saudara) dan VFVR (melawat rakan dan saudara (Seaton

Page 4: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

113

Nota: VR=Visiting Relatives (melawat saudara); VF=Visiting friends (melawat

rakan); POV=Purpose of visit (tujuan lawatan)

& Tagg,1995). Membahagikan pasaran ini mengikut jenis motif perjalanan jelas menunjukkan bahawa setiap faktor demografi dan psikografi bagi setiap bahagian pasaran adalah berbeza. Selain itu, karakter perjalanan juga berbeza mengikut sektor, skop, jarak dan pilihan penginapan bagi pengembaraan VFR. Oleh itu, bagi menggambarkan keseluruhan pasaran VFR ini adalah agak sukar kerana liputan pasaran yang agak besar mengikut gambaran yang diberikan oleh Rajah1 ini. Menurut Lehto et al., (2001), model tersebut perlu diperbaiki dan dipermudah bagi menggambarkan pasaran VFR.

Pasaran VFR seterusnya yang dikenal pasti adalah pasaran GV (Genealogy Visit) atau mereka yang tergolong dalam golongan yang melawat rakan & saudara dari masa lampau atau susur galur keturunan (Morgan et al., 2003). Pasaran niche ini termasuk di dalam jenis pasaran pelancongan diaspora yang semakin mendapat perhatian akan tetapi bagi destinasi tertentu sahaja. Dalam pasaran ini, hubungan antara ahli keluarga yang jauh ini amatlah penting dan sensitif dalam mempertahankan sektor pelancongan kerana apabila terputus hubungan, strategi pemasaran yang baik belum tentu mampu menarik kedatangan pelancong diapora.

Tipologi pengembara VFR yang seterusnya adalah mengikut model tujuan lawatan. Diambil dari pembahagian model awal pengembaraan VFR, pasaran ini dipecahkan kepada dua iaitu VF( melawat rakan) dan VR (melawat saudara). Permasalahan dalam kajian VFR menunjukkan bahawa melawat rakan dan saudara tidak hanya terletak pada tujuan lawatan sahaja, ia juga boleh dikelaskan sebagai sebahagian dari aktiviti ataupun penginapan (Shani & Uriely, 2012).

Rajah2: Model Tujuan Lawatan VFR (Backer, 2010)

Rajah 2 menunjukkan bahawa mereka yang melawat rakan atau saudara tidak semestinya mempunyai tujuan lawatan yang sama. Selain dari tujuan VFR, mereka juga mungkin mempunyai tujuan percutian santai, urusan perniagaan atau rasmi dan sebagainya. Model dari Rajah 2 diadaptasi dari model sistem pelancongan. Model sistem pelancongan menunjukkan perkaitan antara badan-badan induk di dalam industri pelancongan (Leiper, 2004). Dari perspektif pengembaraan VFR, satu lagi induk ditambah dalam model sistem pelancongan iaitu hos atau tuan rumah yang mana ia merupakan satu induk yang penting dalam pembentukan karakter perjalanan

Page 5: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

114

Nota: PVFR=Pure VFR (VFR Asli); CVFR=Commercial VFR (VFR Komersial); EVFR=Exploit VFR(VFR Ekspoitasi): Non-

VFR (Bukan VFR)

pengembara VFR (Backer, 2010).

Model pengembaraan yang terakhir adalah berdasarkan kesimpulan mengenai pengembaraan VFR yang menyatakan bahawa ia merupakan suatu perjalanan yang melibatkan lawatan sama ada tujuan perjalanan atau penginapan atau kedua-duanya melibatkan lawatan ke atas rakan dan/atau saudara.

Penginapan:

Rakan/Keluarga

Penginapan:

Komersial

Tujuan lawatan:

VFR

PVFR CVFR

Tujuan lawatan:

Bukan VFR

EVFR Non-VFR

Rajah 3: Model Definisi Pengembaraan VFR (Backer, 2009)

Rajah 3 yang dipanggil model definisi pengembaraan VFR (Backer, 2009) menunjukkan bahawa pengembara VFR terbahagi kepada tiga bahagian iaitu PVFR, CVFR dan EVFR. PVFR (Pure VFR) atau pengembara VFR yang asli adalah mereka yang mempunyai tujuan melawat rakan dan saudara dan tinggal bersama mereka. CVFR (Commercial VFR) atau pengembara komersial VFR adalah mereka yang mempunyai tujuan lawatan VFR tetapi tinggal di penginapan komersial seperti hotel. Akhir sekali adalah EVFR (Exploit VFR) atau pengembara VFR eksploit adalah mereka mengembara atas tujuan lain tetapi tinggal bersama rakan atau saudara. Walaupun model lebih ringkas berbanding model awal tipologi VFR, tetapi ia tidak lebih spesifik sama ada melawat rakan atau melawat saudara

Daripada model-model yang di jelaskan menunjukkan bahawa pasaran VFR boleh diukur dengan pelbagai cara dan tidak mempunyai satu model yang tetap. Setiap model yang dicadangkan mempunyai ukuran yang berbeza dan membawa kepada karakter perjalanan yang berbeza.

4. Sumbangan Pengembara VFR Terhadap Industri Pelancongan

Sebagaimana yang diterangkan dalam kajian yang sebelumnya, kajian tentang pengembaraan VFR kurang mendapat perhatian dari pengkaji dan operator pelancongan (Backer & Wiley, 2010; Jackson, 2003; 1990; Lehto et al., 2001; Paci, 1994; Seaton & Palmer, 1997; Yuan, 1995). Mereka dianggap

Page 6: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

115

sebagai kurang memberi impak yang positif terhadap sektor ekonomi terutama dari sudut industri pelancongan sendiri (Backer, 2008). Secara tradisionalnya, pasaran VFR dianggap tidak menggunakan kemudahan penginapan komersial seperti hotel kerana mereka tinggal bersama rakan atau saudara (Braunlich & Nadkarni, 1995; Ramachandran, 2006). Dari aspek perbelanjaan, mereka juga dilihat kurang berbelanja berbanding jenis pelancong lain serta mereka juga kurang melawat tempat-tempat pelancongan yang tersedia disebabkan oleh motif mereka sendiri iaitu melawat rakan atau saudara (Lehto et al., 2001; McKercher, Wong, & Lau, 2006). Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti karakter pengembara VFR yang menyumbang kepada ekonomi dari sudut industri pelancongan melalui pilihan tempat penginapan, tarikan pelancongan dan perbelanjaan harian kumpulan pengembara.

4.1 Metodologi kajian

Kawasan rehat dan rawat (R&R) merupakan sebuah hentian yang dilengkapi dengan kemudahan asas bagi orang ramai dalam melakukan sesuatu perjalanan. Di Lebuh raya Utara Selatan Malaysia, Hentian R&R ini dibina bagi setiap 80 hingga 100 kilometer. Ia dibina dengan tujuan keselesaan pengguna yang menggunakan lebuh raya ini. Antara kemudahan utama yang menjadi tumpuan khusus adalah gerai-gerai makanan dan tandas selain dari ruang solat. Selain dari hentian bagi para pemandu untuk berehat, antara kemudahan lain yang ditawarkan termasuk taman permainan kanak-kanak, stesen minyak, mesin auto-teller (ATM), wakaf, dan ruang makan yang berhawa dingin. Hentian R&R merupakan sebuah hentian yang beroperasi 24 jam sehari.

Dengan segala kemudahan yang ditawarkan, ia menjadikan kawasan ini sebagai satu pilihan hentian para pengguna lebuh raya yang terdiri pengembara yang melakukan perjalanan pada peringkat domestik mahupun dari pelancong dari Singapura dan Thailand. Pada musim puncak atau peak seasons seperti musim perayaan dan cuti sekolah, peningkatan pengguna lebuh raya yang tinggi menjadikan kawasan hentian R&R ini sesak dengan pengguna yang terdiri dari pengembara terutamanya rakyat Malaysia. Oleh itu, ia menjadikan kawasan ini sesuai sebagai kawasan pilihan kajian tentang pengembara domestik Malaysia.

Rajah 4: Hentian R&R Lebuh Raya PLUS Negeri Johor

Hentian R&R

Page 7: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

116

Terdapat sejumlah 24 hentian bagi laluan ke utara dan laluan ke selatan Lebuh Raya PLUS. Di negeri Johor terdapat dua kawasan yang dijadikan sebagai hentian iaitu hentian R&R Machap dan hentian R&R Pagoh seperti di dalam Rajah 4 . Terletak di kilometer 146.6, hentian R&R Pagoh laluan ke utara dipilih sebagai kawasan kajian. Berbanding hentian R&R Machap, hentian ini lebih besar dan mampu menampung lebih ramai pengguna. Ia terletak di bahagian utara negeri Johor yang mana ia merupakan hentian R&R terakhir sebelum memasuki Melaka. Kajian dilakukan selama dua hari pada akhir cuti sekolah pada bulan Mac. Musim cuti sekolah dipilih kerana ia mencatatkan jumlah kedua tertinggi bagi rakyat Malaysia keluar bercuti atau mengembara selepas cuti perayaan Aidilfitri.

Tinjauan awal sebelum kajian mendapati pengguna yang menggunakan hentian ini terdiri dari rakyat Johor yang baru memulakan perjalanan ke utara, pelancong dari Singapura yang dalam perjalanan ke utara selain pengguna yang melawat negeri Johor yang dalam perjalanan pulang ke arah utara. Oleh itu, sebelum borang kajian soal selidik diedarkan, pengguna akan ditemu bual terlebih dahulu sama ada mereka rakyat Malaysia atau tidak dan sama ada mereka baru memulakan perjalanan ataupun dalam perjalanan pulang. Seramai 386 responden dipilih yang terdiri daripada pengembara yang dalam perjalanan pulang selepas melawat negeri Johor. Dapatan daripada kajian menggambarkan tripografik bagi pengembara domestik Malaysia yang melawat negeri Johor.

Bagi menggambarkan karakter mereka, model yang digunakan adalah seperti yang dicadangkan oleh Backer (2009) yang mana beliau merumuskan pengembara VFR melalui model definisi pengembaraan VFR melalui tujuan lawatan dan pilihan penginapan

4.2 Analisis Data

4.2.1 Pilihan Penginapan

Jadual 1: Pilihan Penginapan Pengembara

Penginapan:

Rakan/Keluarga

Penginapan:

Komersial

Tujuan lawatan:

VFR

PVFR

n=137

n%=35.7

CVFR

n=109

n%=28.4

Tujuan lawatan:

Bukan VFR

EVFR

n=51

n%=13.3

Non-VFR

n=87

n%=22.6

Jadual 1 menunjukkan jumlah dan peratusan pengembara domestik yang melawat negeri Johor mengikut jenis pengembara VFR seperti yang dicadangkan dalam model definisi pengembaraan VFR. Pilihan penginapan yang utama bagi pengembara domestik Malaysia adalah tinggal bersama rakan atau saudara. Akan tetapi, lebih dari suku daripada sampel kajian memilih untuk tinggal di penginapan komersial iaitu CVFR. Lebih mengejutkan lagi, jumlah mereka lebih tinggi berbanding mereka yang mengembara atau bercuti atas sebab-sebab yang lain. Penemuan ini menyokong kajian yang dilakukan oleh Navarro & Turco, (1994) dan Yuan, (1995) di mana pasaran VFR juga

Page 8: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

117

Jadual 2: Perbelanjaan Pengembara

menggunakan penginapan komersial selain dari mengunjungi restoran dan menghadiri acara di destinasi pilihan mereka.

4.2.2 Pilihan Tempat Tarikan Pelancongan

Selain dari pengaruh hos dan darjah kebebasan pengembara dalam merancang sesuatu perjalanan untuk membentuk paten pilihan tarikan pelancongan, strategi pemasaran mungkin turut mempengaruhi pilihan tempat tarikan pelancongan untuk dikunjungi. Di Malaysia sendiri banyak tarikan pelancongan yang ditawarkan kepada pelancong tidak kira sama ada pada peringkat domestik mahupun antarabangsa. Kajian tentang penglibatan di dalam aktiviti pelancongan amat penting dalam mengenal pasti dan menjangka permintaan terkini para pelancong di mana ia amat penting bagi perancang polisi (Wu, Zhang, & Fujiwara, 2011) Jadual 2 menunjukkan peratusan pilihan tempat tarikan pelancongan oleh pengembara domestik di Malaysia

Bagi pengembara PVFR, mereka lebih gemar untuk mengunjungi pusat membeli belah dan diikuti dengan mengunjungi pantai dan menghadiri acara. Bagi golongan PVFR, tujuan mereka melawat saudara mara atas sebab menghadiri acara yang berkaitan dengan kekeluargaan. Antara tarikan lain yang mereka kunjungi adalah pusat membeli belah dan pantai. Golongan EVFR pula, pusat membeli belah menjadi tempat mereka untuk berkunjung dan diikuti dengan melawat taman tema. Golongan EVFR menyamai dengan mereka yang bukan pengembara VFR dari segi jenis tarikan yang dikunjungi.

4.2.3 Perbelanjaan Pengembara

Tipologi

PVFR

N= 137

N%= 35.7%

CVFR

N=109

N%=28.4

EVFR

N=51

N%=13.3%

NON-VFR

N=87

N%=22.6%

Mean Mean Mean Mean

Penginapan 0 191 0 201

Makan di luar 82 85 119 138

Kenderaan Awam 4 23 18 23

Melawat Tempat Tarikan 72 41 180 178

Hiburan 13 29 25 28

Membeli-belah 202 112 321 163

Belanja Am 80 25 21 18

Bahan Api 134 86 124 178

Bayaran Toll 30 15 30 40

Page 9: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

118

Tipologi

PVFR

N= 137

N%= 35.7%

CVFR

N=109

N%=28.4

EVFR

N=51

N%=13.3%

NON-VFR

N=87

N%=22.6%

Mean Mean Mean Mean

Penginapan 0 191 0 201

Makan di luar 82 85 119 138

Kenderaan Awam 4 23 18 23

Melawat Tempat Tarikan 72 41 180 178

Hiburan 13 29 25 28

Membeli-belah 202 112 321 163

Belanja Am 80 25 21 18

Bahan Api 134 86 124 178

Bayaran Toll 30 15 30 40

Lain-lain 1 0 0 31

JUMLAH 618 607 838 807

Page 10: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015). (e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview

Beach Resort Penang Hotel, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

119

Tarikan Pelancongan Tipologi Pengembara VFR

PVFR

n= 137

n%= 35.7%

CVFR

n=109

n%=28.4

EVFR

n=51

n%=13.3%

NON-VFR

n=87

n%=22.6%

Bil % Bil % Bil % Bil %

Tapak sejarah 12 8.8% 6 5.5% 5 10.0% 4 4.5%

Tapak Seni bina 9 6.6% 6 5.5% 4 8.0% 2 2.3%

Muzium 15 10.9% 6 5.5% 8 16.0% 4 4.5%

Taman Negara 9 6.6% 0 .0% 5 10.0% 4 4.5%

Gunung 15 10.9% 0 .0% 7 14.0% 11 12.5%

Pulau 27 19.7% 6 5.5% 9 18.0% 12 13.6%

Pantai 43 31.4% 38 34.9% 24 48.0% 15 17.0%

Zoo 24 17.5% 6 5.5% 5 10.0% 7 8.0%

Taman Rekreasi 18 13.1% 12 11.0% 8 16.0% 4 4.5%

Dusun 14 10.2% 4 3.7% 1 2.0% 2 2.3%

Taman Herba 6 4.4% 6 5.5% 4 8.0% 2 2.3%

Taman Tema 15 10.9% 9 8.3% 26 52.0% 28 31.8%

Pusat Membeli-belah 47 34.3% 43 39.4% 32 64.0% 28 31.8%

Acara 31 22.6% 65 59.6% 14 28.0% 28 31.8%

Jadual 3:Jumlah dan Peratusan Pengembara Mengikut Tarikan Yang Dilawat

Page 11: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

120

Jadual diatas menunjukkan purata perbelanjaan harian bagi pengembara yang mengunjungi negeri Johor. Golongan PVFR dan PVFR banyak berbelanja membeli-belah dan diikuti dengan bahan api dan makan di luar. Jika dilihat pada purata perbelanjaan mereka, walau pun CVFR berbelanja untuk penginapan mereka, golongan PVFR lebih banyak berbelanja. Bagi mereka yang mengembara bukan atau tujuan VFR, EVFR mencatatkan jumlah yang tertinggi di mana mereka menghabiskan wang untuk membeli-belah dan mengunjungi taman tema selain dari bahan api kenderaan.

4.3 Penemuan kajian dan sumbangan terhadap industri pelancongan

Secara keseluruhannya, melawat rakan saudara bukan hanya bermaksud pulang ke kampung dan tinggal bersama mereka walaupun ia merupakan sebahagian dari tradisi rakyat Malaysia (Unwto, 2013). Dengan menggunakan model seperti yang dicadangkan oleh Backer, (2009) jumlah peratusan dan gambaran karakter mereka lebih besar dari apa yang dijangkakan sebelum ini. Seperti kajian sebelum ini, melawat rakan dan saudara tidak bermakna hanya untuk tinggal bersama mereka (Braunlich & Nadkarni, 1995; Navarro & Turco, 1994). Ini membuktikan bahawa mereka juga turut memainkan peranan yang penting terhadap sektor pelancongan dari sudut industri perhotelan (Lehto et al., 2001; McKercher, 1995). Mereka juga turut mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancongan yang ada seperti pusat membeli belah serta pantai selain dari menghadiri acara. Seperti kajian yang dilakukan oleh King & Gamage, (1994) golongan VFR turut menghabiskan wang mereka dengan membeli belah selain dari kegunaan bahan api dan makan di luar. Secara keseluruhannya, dari sudut aktiviti mereka turut mengunjungi tarikan yang sedia ada di destinasi pilihan mereka walaupun ia mungkin bukanlah motif utama perjalanan mereka. Dari aspek perbelanjaan, jika terus di bandingkan antara pengembara VFR dan bukan VFR, perbezaan yang amat ketara akan berlaku. Namun begitu, apabila dibahagikan lagi kepada tiga bahagian pengembara VFR, golongan EVFR berbelanja paling tinggi berbanding yang lain walaupun mereka tidak berbelanja untuk penginapan. Saiz kumpulan yang besar selain dari tinggal dengan masa yang lebih panjang mempengaruhi jumlah perbelanjaan mereka. Secara keseluruhannya, golongan VFR ini turut menyumbang dalam sektor pelancongan melalui pilihan penginapan komersial, pilihan tempat tarikan pelancongan dan perbelanjaan mereka.

5. Kesimpulan

Sebelum ini kajian tentang pasaran VFR kurang menarik minat para pengkaji kerana ia satu golongan yang pasif tidak seperti yang lain. Antara penyebab utamanya adalah pilihan model yang pelbagai dalam menterjemahkan karakter pasaran ini. Setiap model yang dicadangkan turut membuahkan hasil yang berbeza. Ini kerana pasaran VFR ini sukar untuk diukur. Walaupun model yang diguna pakai adalah berdasarkan model definisi pengembaraan VFR, masih ada lagi golongan yang melawat rakan dan saudara sebagai suatu aktiviti bukan atas sebab tujuan atau penginapan. Walau bagaimanapun, mereka tetap memberikan sumbangan terhadap ekonomi setempat walaupun sesetengah dari mereka tidak melakukan perjalanan atas tujuan melawat rakan dan saudara. Tempat-tempat tarikan pelancongan merupakan satu bonus bagi mereka untuk melakukan aktiviti lain selain hanya melawat rakan dan saudara. Mereka juga turut menyumbang kepada sektor ekonomi di destinasi apabila perbelanjaan EVFR merupakan yang tertinggi berbanding golongan VFR yang lain dan bukan VFR.

Page 12: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

121

Rujukan

Backer, E. (2007). VFR Travel: An Examination of the Expenditures of VFR Travellers and their Hosts. Current Issues in Tourism, 10(4), 366–377.

Backer, E. (2008). Current Issues in Tourism VFR Travel : An Examination of the Expenditures of VFR Travellers and their Hosts VFR Travel : An Examination of the Expenditures of VFR Travellers and their Hosts, (November 2014), 37–41.

Backer, E. (2012). VFR travel : It is underestimated. Tourism Management, 33(1), 74–79.

Backer, E. R. (2009). Opportunities for commercial accommodation in VFR travel. International Journal of Tourism Research, 12(4), 334–354.

Backer, E. R. (2010). VFR travel : an assessment of VFR versus non-VFR travellers.

Backer, E. R., & Wiley, J. (2010). Accommodation in VFR Travel, 354(November 2009), 334–354.

Braunlich, C. G., & Nadkarni, N. (1995). The Importance of the VFR Market to the Hotel Industry. Journal of Tourism Studies, 6(1), 38–47.

Butler, R., & Jones, P. (2001, June 30). Conclusions, problems, challenges and solutions. Butterworth Heinemann.

International Recommendations for Tourism Statistics. (2008), (83).

Jackson, R. T. (2003). VFR Tourism : Is It Underestimated ?, 14(1), 17–24.

King, B. E. M., & Ari Gamage, M. (1994). Measuring the Value of the Ethnic Connection: Expatriate Travelers from Australia to Sri Lanka. Journal of Travel Research, 33(2), 46–50.

Lehto, X. Y., Morrison, a. M., & O’Leary, J. T. (2001). Does the Visiting Friends and Relatives’ Typology Make a Difference? A Study of the International VFR Market to the United States. Journal of Travel Research, 40(2), 201–212.

McKercher, B. (1995). An examination of host involvement in VFR travel. CAUTHE 1995: Proceedings of the National Tourism and Hospitality Conference, 14-17 February 1995, 246.

McKercher, B., Wong, C., & Lau, G. (2006). How tourists consume a destination. Journal of Business Research, 59(5), 647–652.

Morgan, N., Pritchard, a., & Pride, R. (2003). Marketing to the Welsh diaspora: The appeal to hiraeth and homecoming. Journal of Vacation Marketing, 9(1), 69–80.

Moscardo, G., Pearce, P., Morrison, a., Green, D., & O’Leary, J. T. (2000). Developing a Typology for Understanding Visiting Friends and Relatives Markets. Journal of Travel Research, 38(3), 251–259.

Navarro, R. L. . J., & Turco, D. M. (1994). Segmentation of the visiting friends and relatives travel

Page 13: tipologi dan sumbangan terhadap industri pelancongan

e-Proceeding of the Global Conference on Economics and Management Science 2015 (GEMS 2015).

(e-ISBN 978-967-0792-05-7). 12 & 13 October 2015 at Bayview Beach Resort Penang Hotel,

Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/home/

GLOBAL CONFERENCE ON ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCE 2015 (GEMS 2015) OCTOBER 2015

122

market. Visions in Leisure and Business, 13(1), 4–16.

Paci, E. (1994). The major international VFR markets. Travel & Tourism Analyst, 6, 36–50.

Ramachandran, S. (2006). Visiting Friends and Relatives ( VFR ) Market : A Conceptual Framework, 3(1), 1–10.

Seaton, A., & Palmer, C. (1997). Understanding VFR tourism behaviour: the first five years of the United Kingdom tourism survey. Tourism Management, 18(6), 345–355.

Seaton, A. V. (1994). Tourism: the state of the art. In Tourism: the state of the art. John Wiley & Sons.

Shani, A., & Uriely, N. (2012). VFR tourism. Annals of Tourism Research, 39(1), 421–440.

Unwto. (2013). Domestic Tourism in Asia and the Pacific.

Wu, L., Zhang, J., & Fujiwara, A. (2011). Representing tourists’ heterogeneous choices of destination and travel party with an integrated latent class and nested logit model. Tourism Management, 32(6), 1407–1413.

Yuan, T.-F. and others. (1995). Visiting friends and relatives travel market: the Dutch case. Journal of Tourism Studies, 6(1), 19.