The Best Sate Satay

download The Best Sate Satay

of 2

description

aaza

Transcript of The Best Sate Satay

THE BEST SATE SATAY2015

Sate Ayam

Sumber : Iresepi

Dikongsi : Kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

1 ekor ayam 2kg (dibersihkan ,diambil isinya dan dipotong )

5 Batang serai (diblendkan hingga halus)

kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)

200 gram halia (diblendkan hingga halus)

300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)

50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)

30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)

50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)

1 cawan gula pasir (ikut rasa -boleh kurangkan)

5 camca teh garam

Untuk kuah Satay Samuri

kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)

7 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2 batang serai

1 stgh inci halia

5 tangkai cili kering

2 papan gula melaka

2 sudu asam jawa, diambil airnya.

Gula dan garam secukup rasa

Cara buat sate/satay Samuri

Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri

Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak

Bakarkan Satay Ayam samuri hingga Masak

Kipas diguna untuk kontrolkan haba

Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu

Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!

Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit

NOTA KAK NITA : kalu pakai electric grill set mudah je...boleh skip no 2 dan 4 . Letak je ayam tu dan alih2 je...

Cara membuat kuah

Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.

Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)

Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.

Didihkan campuran tadi.

Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.

Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.

Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala

Selamat mencuba!