TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga...

16
Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 1 daripada 16 1. Kempen Wealth Bundle Guaranteed Rewards” (“Kempen”) adalah dianjurkan bersama oleh CIMB BANK BERHAD [No. Pendaftaran: 197201001799 (13491-P)] (“CIMB Bank”) dan CIMB ISLAMIC BANK BERHAD [No. Pendaftaran: 200401032872 (671380-H)] (“CIMB Islamic”). CIMB Bank dan/atau CIMB Islamic hendaklah di sini secara kolektif dirujuk sebagai (“CIMB”). Tempoh Kempen 2. Kempen akan berlangsung dari 3 Mac 2020 hingga 31 Julai 2020, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”). 3. CIMB merizabkan hak untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen dengan memberi notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 4. Kempen adalah terbuka kepada semua pelanggan CIMB Preferred sedia ada dan/atau baru (“Pelanggan yang Layak”). 5. Meskipun Klausa 4, orang/entiti berikut TIDAK akan layak untuk menyertai Kempen ini: - i) Kakitangan atau pekerja tetap, sambilan dan/atau kontrak CIMB Bank, CIMB Investment Bank Berhad, dan/atau CIMB Islamic (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya); dan/atau ii) Pemilikan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Kebajikan/Bukan untung, Pelanggan Korporat dan Komersil; dan/atau iii) Individu di bawah umur 18 tahun; dan/atau iv) orang AS seperti yang ditakrifkan di bawah (terpakai kepada Dana Unit Amanah Konvensional / Dana Unit Amanah Patuh Shariah atau mana-mana produk lain seperti yang ia mungkin): a. Mana-mana warganegara atau pemastautin Amerika Syarikat termasuk mana-mana orang yang mempunyai domisil Amerika Syarikat; atau b. Mana-mana orang yang mempunyai alamat mel akaun Amerika Syarikat; atau c. Mana-mana orang yang memegang Kad Hijau Amerika Syarikat; atau d. Mana-mana individu yang memenuhi “substantial presence test”, iaitu seseorang yang berada di Amerika Syarikat bagi sekurang-kurangnya 183 hari kalendar dengan mengira semua hari (sekurang-kurangnya 31) dalam tahun semasa, 1/3 daripada hari dalam tahun sebaik sebelumnya, dan 1/6 daripada hari dalam tahun sebelumnya yang kedua; atau e. Mana-mana orang yang ditakrifkan sebagai Orang AS bagi tujuan Cukai Amerika Syarikat. v) Pemegang Akaun CIMB tanpa nombor mudah alih yang sah yang berdaftar dalam rekod CIMB; dan/atau TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen “Wealth Bundle Guaranteed Rewards”

Transcript of TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga...

Page 1: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 1 daripada 16

1. Kempen “Wealth Bundle Guaranteed Rewards” (“Kempen”) adalah dianjurkan bersama oleh CIMB BANK BERHAD [No. Pendaftaran: 197201001799 (13491-P)] (“CIMB Bank”) dan CIMB ISLAMIC BANK BERHAD [No. Pendaftaran: 200401032872 (671380-H)] (“CIMB Islamic”). CIMB Bank dan/atau CIMB Islamic hendaklah di sini secara kolektif dirujuk sebagai (“CIMB”).

Tempoh Kempen

2. Kempen akan berlangsung dari 3 Mac 2020 hingga 31 Julai 2020, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”).

3. CIMB merizabkan hak untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau penamatan Tempoh Kempen dengan memberi notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar.

Kelayakan

4. Kempen adalah terbuka kepada semua pelanggan CIMB Preferred sedia ada dan/atau baru (“Pelanggan yang Layak”).

5. Meskipun Klausa 4, orang/entiti berikut TIDAK akan layak untuk menyertai Kempen ini: -

i) Kakitangan atau pekerja tetap, sambilan dan/atau kontrak CIMB Bank, CIMB Investment Bank Berhad, dan/atau CIMB Islamic (termasuk subsidiari-subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya); dan/atau

ii) Pemilikan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Kebajikan/Bukan untung, Pelanggan Korporat dan Komersil; dan/atau

iii) Individu di bawah umur 18 tahun; dan/atau iv) orang AS seperti yang ditakrifkan di bawah (terpakai kepada Dana Unit Amanah Konvensional /

Dana Unit Amanah Patuh Shariah atau mana-mana produk lain seperti yang ia mungkin): a. Mana-mana warganegara atau pemastautin Amerika Syarikat termasuk mana-mana orang

yang mempunyai domisil Amerika Syarikat; atau b. Mana-mana orang yang mempunyai alamat mel akaun Amerika Syarikat; atau c. Mana-mana orang yang memegang Kad Hijau Amerika Syarikat; atau d. Mana-mana individu yang memenuhi “substantial presence test”, iaitu seseorang yang

berada di Amerika Syarikat bagi sekurang-kurangnya 183 hari kalendar dengan mengira semua hari (sekurang-kurangnya 31) dalam tahun semasa, 1/3 daripada hari dalam tahun sebaik sebelumnya, dan 1/6 daripada hari dalam tahun sebelumnya yang kedua; atau

e. Mana-mana orang yang ditakrifkan sebagai Orang AS bagi tujuan Cukai Amerika Syarikat.

v) Pemegang Akaun CIMB tanpa nombor mudah alih yang sah yang berdaftar dalam rekod CIMB; dan/atau

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen “Wealth Bundle Guaranteed Rewards”

Page 2: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 2 daripada 16

vi) Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i dan/atau Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-i terpilih yang telah ditawarkan untuk menyertai kempen CIMB lain;

6. Berhubung dengan Akaun Bersama, hanya pemegang akaun pertama yang dinamakan iaitu pemegang

akaun utama akan layak untuk menyertai Kempen (“Pemegang Akaun Utama”). Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama selain daripada Pemegang Akaun Utama tidak akan layak untuk menyertai Kempen ini.

7. Pelanggan yang Layak boleh memperolehi Barang Premium berkenaan dengan Produk yang

Mengambil Bahagian yang dinyatakan dalam Jadual 1 jika mereka memenuhi Kriteria Kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual 2 di bawah dan tertakluk kepada mereka memenuhi syarat wajib berikut dalam Bulan yang Mengambil Bahagian masing-masing:

Jadual 1

Produk yang Mengambil Bahagian

a)

Deposit merujuk kepada Akaun Semasa/-i dan Akaun Simpnan/-i (melainkan Akaun Junior Savers/-i, Akaun Youth Savers/-i, Akaun Semasa Flexi, Akaun Pelaburan Mudharabah Khas-i,

Akaun Mata Wang Asing/-i, Akaun CIMB Money Multiplier dan Akaun Semasa Private Banking/-i) CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank (“Akaun yang Mengambil Bahagian”)

b) Akaun Pelaburan Emas (“GIA”) merujuk kepada Akaun Pelaburan e-Emas (eGIA), Akaun Pelaburan Emas (GIA) dan Akaun Pelaburan Emas melalui CIMB Clicks (GIA melalui CIMB Clicks)

c) Dana Unit Amanah Konvensional/ Dana Unit Amanah Patuh Shariah atau Dana ASNB Variable Price (secara kolektif dikenali sebagai “Produk Unit Amanah yang Mengambil Bahagian”)

d)

Insurans Hayat (Sun Life Malaysia Assurance Berhad)

Sun Signature Life

Sun Wealth

Sun Prestige Health

Sun Income Secure Max

Sun EduSmart

Sun SaveAssured

SunLink Max Takaful Keluarga (Sun Life Malaysia Takaful Berhad)

Sun Inspirasi

SunLink Istismar Plus

Takaful Suria Plus

Takaful Mulia

Sun Ultimate Coverage-i (Sumbangan Berkala) (secara kolektif dikenali sebagai “Produk Bancassurance/Bancatakaful yang Mengambil Bahagian”)

(secara kolektif dikenali sebagai “Produk yang Mengambil Bahagian”)

Kempen Mekanik

Page 3: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 3 daripada 16

Jadual 2

Kriteria Kelayakan Barang Premium

Tahap 1

Deposit Minimum RM100,000 atau GIA Minimum RM100,000; DAN Unit Amanah / ASNB-V Minimum RM300,000

Penapis Udara Dyson Pure Cool Tower™ TP00 (Putih / Perak)

Tahap 2

Deposit Minimum RM100,000 atau GIA Minimum RM100,000; DAN Unit Amanah / ASNB-V Minimum RM500,000

Penapis Udara Dyson Pure Cool Tower™ TP00 (Putih / Perak)

Pembersih Vakum Dyson Cyclone V10™ Absolute

Pelanggan yang memenuhi kriteria bagi Tahap 1 atau Tahap 2 akan layak mendapat Pengering Rambut Dyson Supersonic™ HD03 (Besi / Fuchsia) atas pembelian Jumlah Premium Tahunan Tahun Pertama / Jumlah Sumbangan Tahunan Tahun Pertama minimum RM50,000 (FYAP / FYAC) Bancassurance / Bancatakaful dalam Mod Kekerapan Bayaran Tahunan sahaja pada bila-bila masa semasa tempoh kempen.

Nota : Kempen melibatkan GIA dan/atau Unit Amanah Konvensional dan/atau Insurans Hayat adalah dianjurkan semata-mata oleh CIMB Bank

8. Pelanggan yang Layak hendaklah memastikan bahawa Jumlah Deposit Minimum dan Jumlah Pelaburan Minimum (Akaun Pelaburan Emas, Unit Amanah dan ASNB-V) yang dinyatakan dalam Jadual 2 hendaklah terdiri daripada semata-mata Dana Baru yang didepositkan dengan CIMB; DAN

9. Menandatangani Borang Pengisytiharan dan Kebenaran yang dialamatkan kepada CIMB di cawangan CIMB semasa Tempoh Kempen; DAN

10. Mengekalkan Jumlah Deposit Minimum dalam Akaun yang Mengambil Bahagian anda untuk dua (2) bulan bermula dari tarikh penempatan Jumlah Deposit Minimum (“Tempoh Peruntukan”).

11. Istilah “Dana Baru” (“Fresh Funds”) yang dirujukkan dalam terma-terma dan syarat-syarat ini ditakrifkan sebagai wang atau dana yang bukan berasal dari CIMB, tetapi dipindah, dikredit atau dibayar ke dalam akaun CIMB Bank dan CIMB Islamic yang mengambil bahagian Pelanggan yang Layak dari bank dan/atau institusi kewangan lain melalui apa-apa jua cara termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Penempatan Tunai; dan/atau

Pemindahan Giro Antara Bank (“IBG”) / Pemindahan Dana Segera (“IBFT”); dan/atau

Pemindahan Telegraf / Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (“RENTAS”); dan/atau

Cek tempatan / cek jurubank,

Page 4: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 4 daripada 16

dan wang atau dana yang dibayar atau dikreditkan ke dalam Akaun yang Mengambil Bahagian Pelanggan yang Layak digunakan oleh Pelanggan yang Layak untuk tujuan Kempen ini menurut terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini dalam tiga (3) hari perniagaan (hanya terpakai kepada Deposit Minimum RM100,000) selepas wang atau dana tersebut telah dibayar atau dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan yang Layak.

12. Berikut TIDAK akan diklasifikasikan sebagai “Dana Baru”:

Deposit Tetap atau Akaun Pendapatan Pulangan Tetap-i (“FD/FRIA-i”) yang matang atau pengeluaran awal mana-mana akaun FD/FRIA-i sedia ada; dan/atau

Pemindahan dana intra bank, iaitu pemindahan dana dari Akaun yang Mengambil Bahagian CIMB, FD/FRIA-i atau Akaun Pelaburan Berjangka-i (“TIA-i”); dan/atau

Pemindahan antara cawangan dalam CIMB termasuk pemindahan pihak ketiga (ke-3).

13. Jumlah Deposit atau Jumlah Pelaburan GIA Minimum dan pelaburan Unit Amanah / ASNB-V mesti

berada dalam bulan kalendar yang sama (iaitu Bulan yang Mengambil Bahagian) yang dinyatakan

dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3

Bulan yang

Mengambil

Bahagian

Bulan Penempatan bagi Dana Baru

Bulan Penempatan bagi Deposit Minimum RM100,000 atau GIA Minimum RM100,000;

Unit Amanah / ASNB-V

Minimum RM300,000

atau RM500,000

3 – 31 Mac 2020 3 – 31 Mac 2020 1 – 31 Mac 2020 3 – 31 Mac 2020

1 - 30 April 2020 1 - 30 April 2020 1 - 30 April 2020 1 - 30 April 2020

1 - 31 Mei 2020 1 - 31 Mei 2020 1 - 31 Mei 2020 1 - 31 Mei 2020

1 - 30 Jun 2020 1 - 30 Jun 2020 1 - 30 Jun 2020 1 – 30 Jun 2020

1 – 31 Julai 2020 1 - 31 Julai 2020 1 - 31 Julai 2020 1 – 31 Julai 2020

Nota:

I. Hanya pelaburan GIA, Unit Amanah dan ASNB-V boleh dikumpulkan dalam Bulan yang

Mengambil Bahagian yang sama.

II. Penempatan yang diperuntukan bagi Deposit Minimum RM100,000 mesti dalam transaksi

tunggal.

III. Dana Baru, Jumlah Deposit Minimum / Jumlah Pelaburan GIA dan pelaburan Unit Amanah /

ASNB-V Minimum mesti dilengkapkan dalam Bulan yang Mengambil Bahagian yang sama

seperti yang digambarkan dalam Jadual 3.

14. Deposit Minimum RM100,000 untuk dikekalkan dalam Akaun yang Mengambil Bahagian semasa Tempoh Peruntukan (dua (2) bulan dari tarikh penempatan) adalah seperti yang digambarkan dalam Jadual 4 di bawah:

Page 5: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 5 daripada 16

Jadual 4

Tarikh Penempatan Tempoh Peruntukan Tarikh Terawal untuk Mengeluarkan Jumlah Deposit Minimum

3 Mac 2020 3 Mac 2020 – 2 Mei 2020 3 Mei 2020

15 April 2020 15 April 2020 – 14 Jun 2020 15 Jun 2020

20 Mei 2020 20 Mei 2020 – 19 Julai 2020 20 Julai 2020

3 Jun 2020 3 Jun 2020 – 2 Ogos 2020 3 Ogos 2020

16 Julai 2020 16 Julai 2020 – 15 September 2020 16 September 2020

15. Tempoh berdaftar Bancassurance / Bancatakaful dinyatakan dalam Jadual 5 apabila pelanggan

melakukan penempatan Deposit Minimum atau pelaburan terkumpul minimum GIA RM100,000,

tambah pelaburan terkumpul minimum RM300,000 atau RM500,000 dalam Unit Amanah / ASNBV

dalam Bulan yang Mengambil Bahagian masing-masing.

Jadual 5

Tempoh berdaftar Minimum RM50,000 FYAP / FYAC

Bancassurance / Bancatakaful

Tempoh Pengeluaran Polisi / Sijil Polisi / Sijil mesti berkuat kuasa pada

3 Mac 2020 – 31 Julai 2020 3 Mac 2020 – 31 Mac 2020 15 April 2020

1 April 2020 – 30 April 2020 15 Mei 2020

1 Mei 2020 – 31 Mei 2020 15 Jun 2020

1 Jun 2020 – 30 Jun 2020 15 Julai 2020

1 Julai 2020 – 15 Ogos 2020 15 Ogos 2020

16. Setiap Pelanggan yang Layak hanya boleh dipertimbangkan di bawah tahap satu (1) seperti yang

dinyatakan dalam Jadual 2 sepanjang Tempoh Kempen.

17. Butiran mengenai Produk yang Mengambil Bahagian A. Rujuk kepada Jadual 1(a) bagi Akaun Simpanan/-i dan Akaun Semasa/-i yang mengambil bahagian

yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit.

B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian (GIA)

i. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian (GIA) merujuk kepada Akaun Pelaburan e-Emas (eGIA), Akaun Pelaburan Emas (GIA) dan Akaun Pelaburan Emas melalui CIMB Clicks (GIA melalui CIMB Clicks).

ii. GIA bukan produk prinsipal yang dilindungi atau akaun berfaedah. Pulangan ke atas GIA bergantung kepada turun naik harga emas, pulangan ke atas pelaburan anda dalam emas adalah tidak pasti dan anda berisiko tidak mendapatkan pulangan dan/atau kemungkinan

Page 6: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 6 daripada 16

mengalami kerugian. Anda dinasihati untuk membaca dan memahami kandungan Perjanjian Akaun Pelaburan e-Emas CIMB Bank dan membuka GIA berdasarkan penilaian anda sendiri dan/atau nasihat bebas yang diperolehi. Produk ini tidak dilindungi oleh PIDM.

iii. Pelanggan yang Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen piawai yang berkaitan dan mematuhi semua terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan pelaburannya dalam produk berkenaan di bawah Kempen yang berasingan dengan terma-terma dan syarat-syarat di sini.

C. Produk Unit Amanah yang Mengambil Bahagian

i. “Produk Unit Amanah yang Mengambil Bahagian” merujuk kepada semua dana Unit Amanah

Konvensional / patuh Shariah dan semua Amanah Saham Nasional Berhad-Dana Variable Price (termasuk ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 5, ASN Imbang 1 (Aset Campuran Seimbang), ASN Imbang 2 (Aset Campuran Seimbang), ASN Sara 1 and ASN Sara 2) (“ASNB-V”). Semua dana unit amanah dengan caj jualan 0% tidak akan layak menyertai Kempen ini.

ii. Senarai Dana Unit Amanah terpilih (kecuali dana tertutup (“closed-ended fund(s)”) dan Dana Unit Amanah mata wang asing yang tidak layak) dengan caj jualan 3% dan ke atas seperti yang dinyatakan di dalam prospektus / memorandum maklumat dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, termasuk semua Dana Unit Amanah baru yang dilancarkan semasa Tempoh Kempen oleh CIMB. Caj jualan minimum yang terpakai akan dibayar oleh Pelanggan yang Layak untuk semua Dana Unit Amanah di bawah Kempen. Pelanggan yang Layak hendaklah merujuk kepada prospektus yang berkaitan setiap dana unit amanah tertentu untuk maklumat mengenai caj jualan maksimum. Semua dana unit amanah dengan caj jualan 0% tidak akan layak menyertai kempen ini. Pada titik pelaburan dalam Dana Unit Amanah terpilih, sebarang tawaran dan/atau promosi lain dan/atau caj jualan yang lebih rendah yang diiklankan oleh CIMB tidak akan terpakai.

iii. Caj jualan terpakai yang kena dibayar oleh Pelanggan yang Layak seperti di bawah:

• caj jualan 3.00% ke atas Unit Amanah dengan julat pelaburan RM50,000 – RM249,999;

• caj jualan 2.80% ke atas Unit Amanah dengan julat pelaburan RM250,000 – RM499,999;

• caj jualan 2.50% ke atas Unit Amanah dengan julat pelaburan RM500,000 – RM999,999; dan

• caj jualan 2.00% ke atas Unit Amanah dengan julat pelaburan RM1 Juta & ke atas.

Pada titik pelaburan dalam dana Unit Amanah terpilih, sebarang tawaran dan / atau promosi

lain dan / atau caj jualan yang lebih rendah yang diiklankan oleh CIMB tidak akan terpakai.

iv. Caj jualan yang terpakai yang kena dibayar oleh Pelanggan yang Layak adalah 4.00% ke atas ASN Imbang 1 (Aset Campuran Seimbang), ASN Imbang 2 (Aset Campuran Seimbang); 5.00% ke atas ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 5; dan 3.50% ke atas ASN Sara 1 dan ASN Sara 2. Pada titik pelaburan dalam ASNB-V terpilih, sebarang tawaran dan/atau promosi lain dan/atau caj jualan yang lebih rendah yang diiklankan oleh CIMB tidak akan terpakai.

Page 7: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 7 daripada 16

v. Pelanggan yang Layak yang melabur dalam mana-mana Produk Unit Amanah yang Mengambil Bahagian melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - Skim Pelaburan Ahli tidak akan layak untuk Kempen ini.

vi. Kempen ini tidak sah bersama-sama dengan sebarang tawaran dan promosi lain (jika ada)

yang ditawarkan oleh CIMB berhubung dengan pelaburan dalam Produk Unit Amanah yang Mengambil Bahagian terpilih.

vii. Dana Unit Amanah dan ASNB-V atau sebarang wang yang dikeluarkan dari deposit yang diinsuranskan untuk tujuan membeli mana-mana unit dalam Dana Unit Amanah [termasuk ASNB-V] tidak dilindungi oleh PIDM.

viii. Jika Pelanggan yang Layak menjalankan hak penyejukannya (“cooling-off right”) atau

pelaburan ditolak atau dibatalkan oleh mana-mana pihak atas sebarang alasan jua dalam Tempoh Kempen, Pelanggan yang Layak tidak akan layak untuk Barang Premium di bawah Kempen. “Penyejukan” adalah tempoh enam (6) hari perniagaan dari tarikh penerimaan permohonan Unit Amanah [termasuk ASNB-V] oleh CIMB.

ix. Pelanggan yang Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen piawai dan mematuhi

semua terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan pelaburannya dalam produk berkenaan di bawah Kempen yang berasingan dengan terma-terma dan syarat-syarat di sini.

x. Pelaburan dalam Dana Unit Amanah [termasuk ASNB-V] bukan merupakan kewajipan, tidak dijamin atau dilindungi oleh CIMB dan tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kerugian jumlah prinsipal yang dilaburkan. Pelanggan yang Layak dinasihatkan untuk membaca terma-terma dan syarat-syarat Dana Unit Amanah [termasuk ASNB-V] sebelum melabur. Pelanggan yang Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj yang terlibat sebelum melabur. Prestasi lalu Dana Unit Amanah [termasuk ASNB-V] bukan merupakan petunjuk prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan tidak dijamin. Pelanggan yang Layak perlu bergantung pada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko sebarang pelaburan. Pelanggan yang Layak yang ragu-ragu tentang tindakan yang diambil hendaklah berunding segera dengan penasihat profesional mereka. Pelanggan yang Layak dikehendaki mematuhi semua terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan pelaburan mereka dalam Dana Amanah Saham [termasuk ASNB-V].

Produk Unit Amanah yang Mengambil Bahagian disusun atau ditawarkan oleh CIMB dan akan diserahkan kepada atau dipengaruhi oleh syarikat pengurusan unit amanah terpilih yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”).

D. Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian

i. Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian merujuk kepada semua Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian yang ditetapkan dalam Klausa 7 (Jadual 1) dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, termasuk semua Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian baru yang dilancarkan semasa Tempoh Kempen oleh CIMB.

Page 8: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 8 daripada 16

ii. Pelanggan yang Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen piawai yang berkaitan

dan mematuhi semua terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan permohonan Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian beliau yang berasingan dengan terma-terma dan syarat-syarat Kempen ini.

iii. Untuk melayakkan kepada Barang Premium yang ditetapkan dalam Klausa 7 (Jadual 2), syarat-syarat berikut mesti dipenuhi oleh Pelanggan yang Layak:

a. Pelanggan yang Layak hanya layak menerima Barang Premium jika permohonan Pelanggan yang Layak bagi Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian ditandatangani dalam Tempoh Kempen dan dikeluarkan oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad / Sun Life Malaysia Takaful Berhad selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2020. Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian juga mesti kekal berkuat kuasa seperti tempoh yang dinyatakan di Klausa 15 (Jadual 5).

b. Pelanggan yang Layak akan layak untuk Barang Premium jika Pelanggan yang Layak mempunyai jumlah minimum RM50,000 FYAP / FYAC Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian dalam kekerapan pembayaran mod tahunan.

c. Pengumpulan FYAP / FYAC tidak boleh terpakai untuk kempen ini.

d. Pelanggan yang Layak hanya berhad kepada satu (1) Hadiah sahaja dengan pembelian polisi/sijil baru tertakluk kepada pemenuhan Kriteria Kelayakan.

e. Jika Pelanggan yang Layak menarik balik atau membatalkan Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian semasa permohonan, tahap pemprosesan atau sebarang tahap lain pada atau sebelum Tempoh Percubaan (“Free-Look Period”), atau sekiranya permohonan Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian tidak berjaya kerana isu pengunderaitan, Pelanggan yang Layak tidak akan layak kepada Barang Premium.

f. Tempoh Percubaan ditakrifkan sebagai tempoh di mana pemilik polisi / sijil diberi Tempoh Percubaan lima belas (15) hari dari tarikh penghantaran polisi / sijil untuk mengkaji semula kesesuaian pelan yang mengambil bahagian baru. Jika polisi / sijil diserahkan dalam tempoh tersebut, premium / sumbangan penuh kurang perbelanjaan perubatan yang ditanggung, jika ada, akan dibayar balik kepada pemilik polisi / sijil. Pelanggan yang Layak mesti menjadi pemilik polisi / sijil Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian.

iv. CIMB tidak bertanggungjawab ke atas permohonan Produk Bancassurance / Bancatakaful yang

Mengambil Bahagian atau surat-menyurat berkaitan yang lewat, hilang, tidak lengkap, salah

hantar, ditangguh, sukar dibaca, rosak atau tersalah arah sama ada disebabkan oleh kesilapan,

peninggalan, pengubahan, gangguan, pemadaman, kecurian, kemusnahan atau sebaliknya

melainkan yang sama timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau

atau keingkaran sengaja CIMB.

Page 9: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 9 daripada 16

v. CIMB hanya pengedar Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian yang

diunderaitkan oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad (197499-U), penanggung insurans yang

dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan

2013 dan/atau diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M), pengendali takaful

yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa

jua cara berkenaan dengan sebarang perkara atau tuntutan yang timbul daripada Produk

Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian yang disediakan oleh Sun Life Malaysia

Assurance Berhad (197499-U) dan / atau Sun Life Malaysia Takaful Berhad (689263-M).

vi. Sun Life Malaysia Assurance Berhad (197499-U) dan / atau Sun Life Malaysia Takaful Berhad

(689263-M) sebagai penanggung insurans berlesen dan pengunderait / pengurus Produk

Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian hendaklah mengakujanji secara penuh

kewajipan insurans / takaful. Produk Bancassurance / Bancatakaful yang Mengambil Bahagian

bukan produk CIMB dan oleh itu bukan kewajipan / tidak dijamin oleh CIMB dan/atau subsidiari-

subsidiari dan syarikat-syarikat berkenaannya.

Barang Premium Ditawarkan di bawah Kempen

18. Terdapat tiga (3) jenis barang premium (“Barang Premium”) yang ditawarkan di bawah Kempen ini dan Barang Premium dan Nilai Barang Premium setiap unit dinyatakan dalam Jadual 6.

Jadual 6

Barang Premium Nilai Barang Premium (RM)

Penapis Udara Dyson Pure Cool Tower ™ TP00 (Putih / Perak) RM1,699

Pengering Rambut Dyson Supersonic™ HD03 (Besi / Fuchsia) RM1,799

Pembersih Vakum Dyson Cyclone V10™ Absolute

RM2,999

19. Barang Premium adalah atas dasar “sebagaimana adanya”, tidak boleh dipindahmilik, tidak boleh dirunding dan tidak boleh ditukar dengan tunai, kredit atau jenis, sebahagian atau sepenuhnya.

20. Barang Premium di bawah Kempen tidak termasuk aksesori atau barang yang ditunjukkan dalam

sebarang iklan dan/atau bahan promosi kerana mereka hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja.

21. Gambar Barang Premium yang ditunjukkan dalam mana-mana kolateral pemasaran dan/atau pengiklanan adalah untuk tujuan visual sahaja dan warna/reka bentuk mungkin berbeza dari Barang

Page 10: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 10 daripada 16

Premium sebenar yang diterima. Pelanggan yang Layak tidak dibenarkan memilih atau menukar warna atau model Barang Premium.

22. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB secara nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengesahan, tersirat atau secara nyata, bertulis atau secara lisan, semua Barang Premium dan tidak akan menanggung sebarang tanggungjawab terhadap Barang Premium yang ditawarkan di bawah kempen. CIMB tidak akan melayan sebarang aduan yang berkaitan dengan Barang Premium.

23. Barang Premium adalah ditawarkan dan/atau dibekalkan semata-mata oleh penjual / pembekal berkenaan, di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh penjual / pembekal tersebut dan CIMB tidak menerima sebarang liabiliti (termasuk tanpa had, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, barbangkit, teladan, punitif atau gantirugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) walau bagaimanapun ia timbul sama ada secara kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berkenaan dengan Barang Premium, walaupun CIMB telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan sedemikian terlebih dahulu, dan semua kerosakan tersebut adalah dikecualikan secara nyata.

24. Dengan menerima atau mendapat Barang Premium, Pelanggan yang Layak bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing dari dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing berkenaan dengan pengambilan bahagian Pelanggan yang Layak dalam Kempen atau penerimaan, penepusan atau penggunaan Barang Premium. Semua risiko, kehilangan atau kerosakan yang berkaitan dengan penggunaan Barang Premium hendaklah ditanggung oleh Pelanggan yang Layak.

25. Pelanggan yang Layak hendaklah merujuk kepada penjual Barang Premium untuk sebarang aduan yang berkaitan dengan Barang Premium. Barang Premium tidak pernah diperakui oleh CIMB dan tidak akan di bawah sebarang keadaan kemasukan sebarang Barang Premium dalam Kempen ini ditafsirkan sebagai pengendorsan atau cadangan Barang Premium oleh CIMB. Liabiliti CIMB berhubung dengan Barang Premium hanya untuk membayar harga yang sama kepada penjual / pembekal.

26. Sebarang kewajipan pemfailan cukai atau sebarang pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat daripada penerimaan Barang Premium kekal sebagai tanggungjawab tunggal Pelanggan yang Layak. Ia adalah tanggungjawab setiap Pelanggan yang Layak untuk mendapatkan nasihat bebas mengenai implikasi berpotensinya ia mungkin ada terhadap keadaan kewangannya sendiri.

Page 11: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 11 daripada 16

Jadual 7

Bulan yang Mengambil Bahagian

Tempoh Hari Penghantaran

Terakhir Barang Premium

Tarikh Lucut Hak Barang Premium

Bulan 1 3 Mac 2020 – 31 Mac 2020 30 Jun 2020 31 Julai 2020

Bulan 2 1 April 2020 – 30 April 2020 31 Julai 2020 31 Ogos 2020

Bulan 3 1 Mei 2020 – 31 Mei 2020 31 Ogos 2020 30 September 2020

Bulan 4 1 Jun 2020 – 30 Jun 2020 30 September 2020 31 Oktober 2020

Bulan 5 1 Julai 2020 – 31 Julai 2020 31 Oktober 2020 30 November 2020

Nota: Hanya terpakai kepada Penapis Udara Dyson Pure Cool Tower™ TP00 (Putih/Perak) dan Pembersih

Vakum Dyson Cyclone v10 Absolute

Jadual 8

Tempoh Pengeluaran Polisi / Sijil

Polisi / Sijil mesti berkuat kuasa pada

Hari Terakhir Penghantaran

Barang Premium

Tarikh Pelucuthakkan Barang Premium

3 Mac 2020 – 31 Mac 2020

15 April 2020 30 Jun 2020 31 Julai 2020

1 April 2020 – 30 April 2020

15 Mei 2020 31 Julai 2020 31 Ogos 2020

1 Mei 2020 – 31 Mei 2020

15 Jun 2020 31 Ogos 2020 30 September 2020

1 Jun 2020 – 30 Jun 2020

15 Julai 2020 30 September 2020 31 Oktober 2020

1 Julai 2020 – 15 Ogos 2020

15 Ogos 2020 31 Oktober 2020 30 November 2020

Nota: Hanya terpakai kepada Pengering Rambut Dyson Supersonic™ HD03 (Besi/Fuchsia)

27. Barang Premium akan dihantar ke alamat mel Pelanggan yang Layak dalam rekod CIMB dalam tempoh tiga (3) bulan selepas penamatan setiap Bulan yang Mengambil Bahagian seperti digambarkan dalam Jadual 7 & 8.

Penghantaran Barang Premium

Page 12: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 12 daripada 16

28. Pelanggan yang Layak akan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa nombor telefon dan/atau alamat e-mel / atau alamat mel yang diberi adalah terkini dan dikemas kini dengan CIMB. Pemberitahuan dan/atau penyerahan Barang Premium oleh CIMB akan berdasarkan kepada nombor telefon dan alamat mel di Malaysia setiap Pelanggan yang Layak yang dikekalkan dengan CIMB. Penghantaran Barang Premium hanya sah untuk alamat mel yang berpangkalan di Malaysia, dan tidak akan sah untuk alamat Peti Surat dan alamat mel yang berpangkalan di luar Malaysia. Pelanggan yang Layak dengan alamat Peti Surat dan alamat mel yang berpangkalan di luar Malaysia perlu menyediakan alamat bukan-Peti Surat, alamat mel yang berpangkalan di Malaysia, atau mengutip Barang Premium dari cawangan CIMB. Untuk Pelanggan yang Layak yang tidak mempunyai alamat mel di Malaysia, Pelanggan yang Layak yang layak kepada Barang Premium hendaklah menghubungi pegawai Perkhidmatan Pelanggan CIMB di nombor telefon 03-6204 7788 untuk memaklumkan CIMB sama ada pengutipan Barang Premium dari cawangan CIMB atau penghantaran Barang Premium ke alamat mel di Malaysia yang diberikan. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan yang Layak untuk sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan yang mengalir dari situ) yang dialami atau untuk sebarang kegagalan bagi memenuhi penghantaran Barang Premium sekiranya nombor telefon dan/atau alamat mel Pelanggan yang Layak dalam rekod CIMB bukan terkini atau betul.

29. Sebarang Barang Premium yang tidak dituntut setakat Tarikh Lucut Hak Barang Premium dalam Jadual

7 & 8, akan dilucuthakkan. Pelanggan yang Layak yang Barang Premium telah dilucuthakkan tidak layak menerima sebarang bayaran pampasan tanpa mengira sebab tidak menuntut Barang Premium.

30. Pemenuhan dan penghantaran Barang Premium dikendalikan oleh Tri E Marketing Sdn Bhd (825150-M) dengan alamat berdaftar di A-5-35 IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, Malaysia. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak menyetujui dan memberi kebenaran untuk maklumat peribadi mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor hubungan, alamat surat-menyurat, dan 4 digit terakhir nombor kad pengenalan mereka dihantar ke Tri E Marketing Sdn Bhd untuk tujuan penghantaran Barangan Premium.

31. Setelah menerima Barang Premium, Pelanggan yang Layak hendaklah:

a) menujukan sebarang pertanyaan, maklum balas, keprihatinan, masalah atau aduan yang berkaitan dengan penghantaran Barangan Premium ke Tri E Marketing untuk diselesaikan;

b) Tri E Marketing sebagai pengendali Barangan Premium hendaklah menangani segala perkara yang berkaitan dengan Barangan Premium;

c) membuat aduan kepada Tri E Marketing @ 03-80761313 atau e-mel ke [email protected] dalam masa 48 jam dari penerimaan Barangan Premium sekiranya terdapat penghantaran yang salah atau kerosakan pada Barangan Premium;

32. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma & Syarat-Syarat ini serta memberi kuasa kepada CIMB untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my dan bersetuju bahawa semua keputusan yang

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am

Page 13: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 13 daripada 16

dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Barang Premium yang diberikan dan penentuan Pelanggan yang Layak, hendaklah muktamad, terikat dan konklusif.

33. Produk yang Mengambil Bahagian yang didaftarkan oleh Pelanggan yang Layak (i) MESTI tidak memungkiri terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Produk yang Mengambil Bahagian DAN (ii) MESTI tidak ditamatkan atau ditutup atau tertakluk kepada sebarang penahanan, perintah bertentangan yang dilakukan oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, berdelinkuen, dan/ atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum penghantaran Barang Premium, jika tidak Pelanggan yang Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai Kempen ini dan/atau Barang Premium akan dilucutkan.

34. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua berkenaan dengan sebarang kegagalan teknikal tidak kira apa jua jenisnya, apa-apa jua intervensi, gangguan, dan/atau kepincangan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui CIMB Clicks melainkan yang sama adalah disebabkan oleh keingkaran sengaja atau kecuaian melampau CIMB.

35. CIMB merizabkan hak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Pelanggan yang Layak yang ia tentukan mengganggu proses pengambilan bahagian, atau bertindak memungkiri atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.

36. CIMB merizabkan hak untuk menggantikan Barang Premium dengan barang-barang lain yang mempunyai kos setara dan/atau melanjutkan, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan memberi notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan yang Layak. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, sebarang pelanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh CIMB tidak akan melayakkan mana-mana Pelanggan yang Layak atau mana-mana orang lain siapa jua kepada sebarang tuntutan atau gantirugi terhadap CIMB untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan yang Layak akibat secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan perlanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini.

37. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak bersetuju bahawa CIMB tidak akan dalam apa jua cara menanggung sebarang tanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada Pelanggan yang Layak sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana kewajipannya di sini, akibat secara langsung atau tidak langsung oleh kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, peperangan, mogok, rusuhan, sebarang “act of God” di luar kawalan CIMB atau disebabkan oleh sebarang faktor dalam sifat force majeure yang berada di luar kawalan munasabah CIMB.

38. CIMB tidak akan bertanggungjawab kapada mana-mana Pelanggan yang Layak atau mana-mana pihak lain untuk sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua sifat yang dialami (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) walau

Page 14: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 14 daripada 16

bagaimana yang timbul, berhubung dengan pengambilan bahagian atau ketidak-pengambilan bahagian di dalam Kempen ini termasuk yang timbul daripada mana-mana ketidak-penerimaan atau penerimaan yang ditangguhkan Khidmat Pesanan Ringkas (“SMS”) Pelanggan yang Layak melainkan yang sama timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh keingkaran sengaja atau kecuaian melampau CIMB.

39. CIMB merizabkan hak atas pemberian notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar untuk mengubah (sama ada secara penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan atau sebaliknya) (“Pindaan”) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. Pemberitahuan kepada Pelanggan yang Layak berkenaan dengan Pindaan akan dilaksanakan melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, melalui paparan komunikasi elektronik di laman web CIMB dan cawangan CIMB di mana peruntukan-peruntukan terperinci berkenaan dengan Pindaan boleh dibekalkan dalam notis tersebut sendiri atau boleh diberikan kepada Pelanggan yang Layak atas permintaan; atau melalui iklan mengenai Pindaan dalam satu surat khabar pilihan CIMB atau melalui apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap terikat ke atas Pelanggan yang Layak dari tarikh pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh lain seperti yang boleh ditentukan oleh CIMB dalam pemberitahuan. Pelanggan yang Layak mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB pada selang masa yang tetap untuk menyemak terma-terma dan syarat-syarat Kempen dan memastikan bahawa mereka sentiasa mengikuti apa-apa perubahan atau pindaan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini.

40. Tiada pampasan dalam tunai atau apa-apa bentuk jua akan diberikan kepada Pelanggan yang Layak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan yang Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung pindaan, variasi, pemadaman, penambahan atau pengubahsuaian kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini.

41. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 39) akan mengatasi apa-apa peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat Produk yang Mengambil Bahagian semasa yang akan diguna pakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini.

42. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah tertakluk kepada pemakaian mana-mana undang-undang, garis panduan, arahan, notis, peraturan semasa yang digubal dan/atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB berhubung dengan atau yang terpakai terhadap Kempen atau sebarang perkara yang terkandung di sini.

43. Dengan menerima atau mendapat Barang Premium, Pelanggan yang Layak bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing dari dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan sekutu-sekutunya dan pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejen mereka masing-masing berkenaan dengan pengambilan bahagian Pelanggan yang Layak tersebut dalam Kempen atau penerimaan, penepusan atau penggunaan Barang Premium. Semua risiko, kehilangan atau kerosakan yang berkaitan dengan penggunaan Barang Premium hendaklah ditanggung oleh Pelanggan yang Layak.

Page 15: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 15 daripada 16

44. CIMB tidak menanggung tanggungjawab untuk sebarang implikasi cukai yang mungkin berbangkit

daripada Barang Premium atau penggunaannya. Sebarang kewajipan pemfailan cukai atau sebarang pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat daripada penerimaan Barang Premium kekal sebagai tanggungjawab tunggal Pelanggan yang Layak. Ia adalah tanggungjawab setiap Pelanggan yang Layak untuk mendapatkan nasihat bebas mengenai implikasi berpotensinya ia mungkin ada terhadap keadaan kewangannya sendiri.

45. CIMB tidak bertanggungjawab ke atas permohonan Produk yang Mengambil Bahagian atau surat-menyurat berkaitan yang lewat, hilang, tidak lengkap, salah hantar, ditangguh, sukar dibaca, rosak atau tersalah arah sama ada disebabkan oleh kesilapan, peninggalan, pengubahan, gangguan, pemadaman, kecurian, kemusnahan atau sebaliknya melainkan yang sama timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB.

46. Pelaburan dalam Produk Unit Amanah yang Mengambil Bahagian, ASNB-V dan/atau Akaun Pelaburan

Emas yang Mengambil Bahagian (secara kolektif dirujuk sebagai “Produk Pelaburan yang Mengambil Bahagian”) bukan merupakan kewajipan, tidak dijamin atau diinsuranskan oleh CIMB dan tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kerugian jumlah prinsipal yang dilaburkan. Pelanggan yang Layak dinasihatkan untuk membaca terma-terma dan syarat-syarat Produk Pelaburan yang Mengambil Bahagian sebelum melabur. Pelanggan yang Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj yang terlibat sebelum melabur. Prestasi lalu Produk Pelaburan yang Mengambil Bahagian bukan merupakan petunjuk prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan tidak dijamin. Pelanggan yang Layak perlu bergantung pada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko sebarang pelaburan. Pelanggan yang Layak yang ragu-ragu tentang tindakan yang diambil hendaklah berunding segera dengan penasihat profesional mereka. Produk Pelaburan yang Mengambil Bahagian tidak dilindungi oleh PIDM. Pelanggan yang Layak dikehendaki mematuhi semua terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan pelaburan mereka dalam Produk Pelaburan yang Mengambil Bahagian.

47. Pelanggan yang Layak tidak dilindungi oleh dana pampasan di bawah Seksyen 158 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (”CMSA”). Dana pampasan tidak terpakai kepada Pelanggan yang Layak yang telah mengalami kerugian kewangan akibat daripada pelesapan atau penyalahgunaan wang atau harta lain secara penipuan, oleh seseorang pengarah, pegawai, pekerja atau wakil CIMB. Jika Pelanggan yang Layak mengalami kerugian kewangan dalam keadaan di atas yang berkaitan dengan tindakan pekerja CIMB, Pelanggan yang Layak boleh membuat aduan dengan Unit Resolusi Pelanggan (“CRU”) CIMB sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 48 Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini. Pelanggan yang Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU CIMB boleh merujuk kes itu kepada Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (“SIDREC”). Secara altenatif, Pelanggan yang Layak boleh merujuk kes kepada Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan dalam tempoh 6 bulan setelah menerima keputusan muktamad daripada CIMB atau selepas 60 hari kalendar dari tarikh aduan difailkan di CIMB di mana tiada balasan diterima oleh Pelanggan yang Layak. Pelanggan yang Layak juga boleh menujukan aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan Suruhanjaya Sekuriti walaupun Pelanggan yang Layak telah memulakan proses penyelesaian pertikaian dengan SIDREC.

Page 16: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Wealth Bundle Guaranteed … · yang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. B. Akaun Pelaburan Emas yang Mengambil Bahagian

Kempen “CIMB Preferred Wealth Bundle Guaranteed Rewards” Muka Surat 16 daripada 16

48. Bagi maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen ini, Pelanggan yang Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat, telefon dan emel yang berikut (atau mempunyai alamat, telefon dan emel lain sepertimana yang boleh ditukarkan oleh CIMB melalui pemberitahuan kepada Pelanggan yang Layak): Unit Resolusi Pelanggan (CRU), P.O.Box 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan, Tel: 603 6204 7788 / Alamat Emel: [email protected]