SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

14
SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 3(2) September 2015 191 © 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri Begawan ISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur USURGALU S R Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ISSN 2302-5808 Published every March and September ASPENSI SITI NORKHALBI HAJI WAHSALFELAH Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei IKHTISAR: Bertenun kain merupakan salah satu kemahiran yang terawal dimiliki oleh manusia. Dalam pada itu, interaksi budaya yang berlaku melalui hubungan politik dan perdagangan di antara negara-negara luar dan Brunei telah menyumbang kepada kewujudan dan penyebaran tradisi seni tenun dalam tamadun Brunei. Bertenun kain, dengan demikian, merupakan salah satu kemahiran yang dimiliki oleh kaum wanita puak Brunei. Melalui catatan pengkaji-pengkaji tempatan menjelaskan bahawa sejarah awal tradisi bertenun kain di Brunei dipercayai dibawa oleh Raja Majapahit dari Jawa, Indonesia, yang pada suatu ketika pernah menaungi Brunei. Selain itu, interaksi luar dengan Brunei melalui penghijrahan, hubungan politik, dan perdagangan juga dilihat mempunyai pengaruh dalam tradisi kain tenunan, yang tidak terhad pada kemahiran bertenun tetapi juga dari segi motif, reka bentuk, warna, dan bahan mentah. Bagi menghasilkan kain tenunan, dengan demikian, Brunei masih bergantung kepada negara-negara luar untuk membekalkan bahan-bahan mentah. Kertas kerja ini akan membincangkan pengaruh-pengaruh luar terhadap sejarah kewujudan dan kesinambungan tradisi kain tenunan di Brunei Darussalam. Kertas kerja ini juga akan menyentuh tentang pengaruh Kesultanan Melayu Brunei terhadap penyebaran pengeluaran dan penggunaan kain tenunan pada peringkat serantau, sama ada di pulau Kalimantan dan Sumatera mahupun di Semenanjung Malaysia dan negara Asia Tenggara lainnya. KATA KUNCI: Interaksi Budaya; Hubungan Politik dan Perdagangan; Penyebaran Tradisi; Bertenun Kain; Bangsa Brunei. ABSTRACT: “Dissemination of Brunei Weaving Traditions”. Cloth weaving is one of the earliest skills possessed by human beings. In the meanwhile, the interaction of the prevailing culture through political and trade relations between foreign countries and Brunei have contributed to the emergence and dissemination of weaving traditions in Brunei civilization. Cloth weaving is one of the skills possessed by Brunei Malay women. Local researchers accounted that, historically, weaving tradition was believed to be inuence brought by the Majapahit Empire of Java, Indonesia, which at one point had protected Brunei. In addition, external interaction with Brunei through migration, trade, and political relations are also seen to have inuenced the weaving traditions that is not limited to textile weaving skills, but also in terms of motifs, designs, colours as well as raw materials. In order to produce woven textiles, Brunei Darussalam is still dependent on foreign countries to supply raw materials. This paper will discuss the inuence of external inuences on the history and the continuity of weaving traditions in Brunei Darussalam. This paper will also touch on the inuence of the Malay Sultanate of Brunei on the dissemination of production and the use of cloth at the regional level, such as in Borneo and Sumatera islands as well as Malaysia and other Southeast Asian countries. KEY WORD: Cultural Interaction; Trade and Political Relations; Dissemination of Traditions; Cloth Weaving; Brunei People. About the Author: Dr. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah ialah Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Brunei UBD (Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, BE 1410, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus melalui emel di: [email protected] How to cite this article? Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (2015). “Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.3(2), September, pp.191-204. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808. Chronicle of the article: Accepted (August 3, 2015); Revised (August 24, 2015); and Published (September 30, 2015).

Transcript of SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

Page 1: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SUSURGALUR:Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 3(2) September 2015

191© 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

USURGALUS RJurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah

ISSN 2302-5808Published every March and September

ASPENSI

SITI NORKHALBI HAJI WAHSALFELAH

Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei

IKHTISAR: Bertenun kain merupakan salah satu kemahiran yang terawal dimiliki oleh manusia. Dalam pada itu, interaksi budaya yang berlaku melalui hubungan politik dan perdagangan di antara negara-negara luar dan Brunei telah menyumbang kepada kewujudan dan penyebaran tradisi seni tenun dalam tamadun Brunei. Bertenun kain, dengan demikian, merupakan salah satu kemahiran yang dimiliki oleh kaum wanita puak Brunei. Melalui catatan pengkaji-pengkaji tempatan menjelaskan bahawa sejarah awal tradisi bertenun kain di Brunei dipercayai dibawa oleh Raja Majapahit dari Jawa, Indonesia, yang pada suatu ketika pernah menaungi Brunei. Selain itu, interaksi luar dengan Brunei melalui penghijrahan, hubungan politik, dan perdagangan juga dilihat mempunyai pengaruh dalam tradisi kain tenunan, yang tidak terhad pada kemahiran bertenun tetapi juga dari segi motif, reka bentuk, warna, dan bahan mentah. Bagi menghasilkan kain tenunan, dengan demikian, Brunei masih bergantung kepada negara-negara luar untuk membekalkan bahan-bahan mentah. Kertas kerja ini akan membincangkan pengaruh-pengaruh luar terhadap sejarah kewujudan dan kesinambungan tradisi kain tenunan di Brunei Darussalam. Kertas kerja ini juga akan menyentuh tentang pengaruh Kesultanan Melayu Brunei terhadap penyebaran pengeluaran dan penggunaan kain tenunan pada peringkat serantau, sama ada di pulau Kalimantan dan Sumatera mahupun di Semenanjung Malaysia dan negara Asia Tenggara lainnya.KATA KUNCI: Interaksi Budaya; Hubungan Politik dan Perdagangan; Penyebaran Tradisi; Bertenun Kain; Bangsa Brunei.

ABSTRACT: “Dissemination of Brunei Weaving Traditions”. Cloth weaving is one of the earliest skills possessed by human beings. In the meanwhile, the interaction of the prevailing culture through political and trade relations between foreign countries and Brunei have contributed to the emergence and dissemination of weaving traditions in Brunei civilization. Cloth weaving is one of the skills possessed by Brunei Malay women. Local researchers accounted that, historically, weaving tradition was believed to be infl uence brought by the Majapahit Empire of Java, Indonesia, which at one point had protected Brunei. In addition, external interaction with Brunei through migration, trade, and political relations are also seen to have infl uenced the weaving traditions that is not limited to textile weaving skills, but also in terms of motifs, designs, colours as well as raw materials. In order to produce woven textiles, Brunei Darussalam is still dependent on foreign countries to supply raw materials. This paper will discuss the infl uence of external infl uences on the history and the continuity of weaving traditions in Brunei Darussalam. This paper will also touch on the infl uence of the Malay Sultanate of Brunei on the dissemination of production and the use of cloth at the regional level, such as in Borneo and Sumatera islands as well as Malaysia and other Southeast Asian countries.KEY WORD: Cultural Interaction; Trade and Political Relations; Dissemination of Traditions; Cloth Weaving; Brunei People.

About the Author: Dr. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah ialah Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Brunei UBD (Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, BE 1410, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus melalui emel di: [email protected]

How to cite this article? Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (2015). “Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.3(2), September, pp.191-204. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808.

Chronicle of the article: Accepted (August 3, 2015); Revised (August 24, 2015); and Published (September 30, 2015).

Page 2: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SITI NORKHALBI HAJI WAHSALFELAH,Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei

192 © 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

PENDAHULUANBertenun kain merupakan salah

satu kemahiran yang dimiliki oleh kaum wanita puak Brunei. Melalui catatan pengkaji-pengkaji tempatan menjelaskan bahawa sejarah awal tradisi bertenun kain di Brunei dipercayai dibawa oleh Raja Majapahit dari Jawa, Indonesia, yang pada suatu ketika pernah menaungi Brunei (Haji Ibrahim, 1985; dan Haji Mail, 2015). Selain itu, interaksi luar dengan Brunei melalui penghijrahan, hubungan politik, dan perdagangan juga dilihat mempunyai pengaruh dalam tradisi kain tenunan yang tidak terhad pada kemahiran bertenun, tetapi juga dari segi motif, reka bentuk, warna, dan bahan mentah.

Kertas kerja ini membincangkan pengaruh-pengaruh luar terhadap sejarah kewujudan dan kesinambungan tradisi kain tenunan di negara Brunei Darussalam. Pengaruh Kesultanan Melayu Brunei terhadap penyebaran pengeluaran dan penggunaan kain tenunan pada peringkat serantau juga akan disentuh.

SEJARAH KEWUJUDAN DAN PENYEBARAN KEMAHIRAN BERTENUN KAIN

Bertenun kain merupakan salah satu kemahiran yang terawal dimiliki oleh manusia (Dhamija, 2000). Dalam konteks ini, R. Maxwell (1990) menjelaskan bahawa walaupun penggunaan tekstil di kalangan masyarakat dilihat secara berleluasa dan nyata serta sudah banyak kajian yang telah dilakukan mengenai tekstil di Nusantara, namun agak sukar untuk mengenal pasti tarikh tepat kewujudannya (Maxwell, 1990). Begitu pun di Brunei Darussalam, sehingga kini masih belum ditemukan tarikh pasti tentang kewujudan kemahiran ini.

Terdapat catatan sejarah yang menunjukan bahawa kemahiran bertenun kain merupakan hasil dari interaksi budaya luar. Haji Abdul Latif Haji Ibrahim (1985) menjelaskan

bahawa kemahiran bertenun ini mungkin berasal dari Jawa dan dibawa oleh Raja Majapahit. Ini adalah berdasarkan hikayat di mana sebelum Raja Brunei yang pertama, iaitu Awang Alak Betatar memeluk agama Islam, baginda pernah bersabung ayam dengan Raja Majapahit. Sebagai taruhan, jika Raja Brunei kalah dalam pertaruhan tersebut, maka Raja Brunei terpaksa menyerahkan negeri Brunei untuk diperintah oleh Majapahit. Manakala jika Raja Majapahit pula mengalami kekalahan, maka baginda mesti menyerahkan kapal milik Majapahit bersama seluruh isinya (Haji Ibrahim, 1985).

Dalam pertaruhan tersebut, Raja Majapahit telah mengalami kekalahan dan baginda terpaksa menyerahkan kapal dengan keseluruhan isinya, seperti yang telah dipersetujui. Di dalam kapal tersebut dipercayai mengandungi empat puluh orang tukang-tukang emas, perak, tembaga, dan tenun kain (cf Haji Ibrahim, 1985; dan Haji Mail, 2015).

Walaupun terdapat catatan yang menunjukan tentang sejarah kemahiran bertenun kain mungkin berasal dari Majapahit, tetapi tidak mustahil bahawa pengaruh seni tenun ini telah wujud lebih awal yang dibawa oleh pengaruh Melayu awal yang di bawa oleh Sriwijaya dari Sumatera Selatan, Indonesia. Ini berdasarkan bukti bahawa Brunei juga pernah berada di bawah perlindungan pemerintahan Sriwijaya pada suatu ketika dahulu (Al-Sufri, 2000; dan Pengiran Haji Abd Rahman, 2007), lebih awal sebelum Majapahit berkuasa.

Ini juga dikukuhkan dengan bukti dari hasil galian yang menemukan alat-alat bertenun kain, yang dipercayai telah wujud sekitar abad ke-9 Masihi (Pengiran Haji Osman, 2002). Fakta ini juga boleh disokong oleh fakta sejarah yang menunjukan bahawa kerajaan Melayu Sriwijaya pernah berpusat di Palembang sebelum berpindah ke Jambi di Sumatera (Ismail, 2006). Selain dari Palembang dan Jambi, kuasa Sriwijaya

Page 3: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SUSURGALUR:Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 3(2) September 2015

193© 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

juga dikatakan meliputi Pahang dan Terengganu di Semenanjung Tanah Melayu (Ismail, 2006). Sehingga kini, seni tenunan kain juga merupakan tradisi yang masih wujud di Palembang (Indonesia), Pahang dan Terengganu (Malaysia).

Pada sekitar abad ke-17, Sultan Brunei dikatakan menganugerahkan satu set rumah tenun dan alat-alatnya, sekaligus dengan tukang tenun, kepada Sultan Sambas ketika baginda berangkat melawat Brunei sebagai perutusan dari Sambas, Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia (Mahyus, 1991). Ketika itu Sambas merupakan tanah taklukan Brunei, seperti juga Kotaringin, Pontianak, Coti, Pasir, Toli-toli, Banjarmasin, dan Burau di Kalimantan (Leake Jr., 1990).

Dari bukti ini boleh ditafsirkan bahawa kemahiran bertenun ini juga telah tersebar dari Brunei ke kawasan Kalimantan. Pada ketika itu, Brunei merupakan suatu kuasa besar yang mempunyai wilayah pemerintahan yang luas. Perkaitan yang dibuat dengan tradisi bertenun kain dengan Brunei mungkin boleh dilihat sebagai suatu cara untuk menghubungkan Sambas dengan Brunei, yang merupakan suatu kuasa besar yang memiliki tradisi agung. Ini bukan suatu perkara yang luar biasa, di mana sesebuah tamadun yang besar mudah menyebar ke wilayah di bawah taklukannya.

Perkembangan seni tenun dipengaruhi oleh faktor luar dan dalam yang menyumbang dalam segi peralatan, proses pembuatan dan teknik, bahan, serta hasilnya. Terdapat perbezaan, namun banyak juga persamaan, di antara seni tenun di Brunei Darussalam dengan kawasan-kawasan lain di Nusantara, seperti: Malaysia, Indonesia, dan Filipina dalam hal susunan bunga, motif, rekabentuk kain, dan alat bertenun (Haji Wahsalfelah, 2010).

Dari segi bahan mentah, Brunei sehingga kini masih bergantung

sepenuhnya kepada bekalan dari luar. Di zaman dahulu, bekalan benang-benang kapas, sutera, dan emas didatangkan dari China dan India. Pengiran Ismail Pengiran Ibrahim (1997) menyarankan bahawa benang-benang tersebut dibawa oleh para pedagang untuk ditukar dengan barangan tempatan, seperti kapur dan rempah ratus. Kini, benang-benang yang diperlukan untuk bertenun kain dibekalkan oleh pemborong yang dilantik dengan membekalkan benang-benang yang berkualiti tinggi dari United Kingdom, Jepun, China dan Vietnam. Dan bagi memastikan kualiti benang yang dibekalkan mempunyai mutu yang tinggi, kemasukan benang adalah dikawal oleh pihak yang berwibawa (Pengiran Ibrahim, 1997).

Dari segi reka bentuk, Islam juga mempunyai peranan penting dalam perkembangan seni tenun di Brunei Darussalam. Dalam reka bentuk kain tenunan Brunei, kita tidak melihat penggunaan motif binatang dan manusia. Walau bagaimanapun, motif bunga dan bentuk geometri banyak diaplikasikan dalam ragam hias kain tenunan Brunei. Islam memang tidak menggalakan penggunaan fi gura manusia dan binatang dalam ekspresi seni. Ini menunjukan bahawa Islam menpunyai pengaruh yang penting dalam rekacipta kain tenunan di Brunei Darussalam.

PENGEKALAN DAN PENYEBARAN TRADISI KAIN TENUNAN

Kedudukan Brunei bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang pernah mempunyai takluk dan kuasa besar, tetapi juga sebuah pelabuhan yang strategik dalam perdagangan yang juga mempunyai peranan yang penting dalam penyebaran tradisi kain tenunan. Brunei tidak hanya menerima pengaruh dari luar, tetapi juga berperanan penting dalam menyebarluaskan lagi tradisi ini ke wilayah atau kawasan taklukannya.

Page 4: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SITI NORKHALBI HAJI WAHSALFELAH,Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei

194 © 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

Jambi adalah salah sebuah Provinsi di Sumatera, Indonesia yang majoriti penduduknya terdiri dari kalangan orang Melayu. Tradisi kain tenunan di Jambi dan Brunei mempunyai persamaan yang sangat banyak. Menurut F. Kerlogue (2000), kain-kain tenunan yang dibuat di Jambi dihias dengan motif yang dirujuk sebagai bunga. Setiap motif yang digunakan mempunyai nama-nama tertentu dan ianya juga digunakan untuk menamakan sesebuah kain tenunan. Dari segi warna, ianya tidak memberikan makna yang sangat penting di Jambi (Kerlogue, 2000).

Walau bagaimanapun, warna mempunyai pengertian bagi melambangkan status sosial. Perkara ini juga sama dengan di Brunei, di mana motif juga dipanggil bunga dan pada kebiasaannya motif tersebut digunakan untuk penamaan sesebuah kain. Begitu juga dari segi warna, terutama dalam adat-istiadat Diraja Brunei mempunyai makna bagi menunjukan status sosial dan politik pemakai atau pemiliknya (Haji Wahsalfelah, 2014).

Di Pahang dan Terengganu, Malaysia terdapat persamaan yang dari segi peralatan-peralatan bertenun kain. Di Terengganu, contohnya, rumah tenun yang dikenali sebagai “kek” adalah serupa dengan rumah tenun yang digunakan di Brunei Darussalam. Malah di Terengganu juga mempunyai reka bentuk kain yang dikenali sebagai Jong Sarat, kain dan nama reka bentuk yang serupa dengan yang terdapat di Brunei Darussalam.

Kain Jong Sarat mempunyai reka bentuknya penuh dengan benang emas, sehingga warna latar tidak begitu menonjol. Asal perkataan Jong Sarat di Brunei dan di Terengganu juga mempunyai persamaan. Jong bermakna perahu atau kapal, dan sarat pula ialah penuh (Haji Wahsalfelah, 2010). Jika melihat kepada latar belakang budaya masyarakat di kedua masyarakat terdapat persamaan, di mana kedua-

duanya tinggal di kawasan air dan menangkap ikan merupakan aktiviti sara diri yang dilakukan oleh penduduk tempatan di mana kegiatan bertenun kain dilakukan.

Kesultanan Melayu Brunei juga diandaikan mempunyai peranan penting dalam memperkenalkan seni tenunan dan telah menyumbang kepada perkembangan seni tekstil di Sarawak, terutama yang dikenali sebagai Songket Rajang (Awang Arshad et al., 2006). Empayar Kesultanan Melayu Brunei memang pernah menguasai keseluruhan pantai di utara Borneo dan Kalimantan serta keseluruhan Kepulauan Filipina sebelum abad ke-17.

Hasil dari pengaruh ini, terdapat perbagai jenis tekstil dan ragam hias yang menyerap di dalam seni tekstil di Sarawak (Shaari & Suleiman, 2006), seperti kain Jong Sarat yang terkenal di Brunei juga ditenun oleh orang Melayu Sarawak (Ismail, 2006). Malah terdapat kain tenunan atau kain songket yang dihasilkan oleh orang Sarawak yang beri nama “Kain Brunei”, yang merujuk kepada kain songket bunga bertabur. Dalam konteks ini, Babel yang dipetik oleh Awangko’ Hamdan Awang Arshad et al. (2006) menjelaskan, seperti berikut:

Kain Bertabur (Scattered fl oral design) or locally known as Kain Brunei or sometimes known as Kain Lunggi. No one seems to know how the term Kain Brunei is derived. It is possible that the design is similar to those from Brunei or worn by Brunei dignitaries who were once rulers of Sarawak (dalam Awang Arshad et al., 2006).

Di zaman moden ini, penyebaran tradisi bertenun kain lebih mudah dengan kemudahan infrastruktur pengangkutan. Hubungan yang baik di antara negeri menyediakan peluang untuk merantau ke sesebuah negara lain atas hubungan politik atau sosial. Dan ini juga memberikan peluang pendedahan kepada kedua pihak untuk mempelajari dan memperoleh pengalaman daripada sesama sendiri.

Page 5: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SUSURGALUR:Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 3(2) September 2015

195© 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

Di Pahang, Malaysia, atas inisiatif Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, serta beberapa pihak yang tertentu, telah memasyhurkan sebagai Tenun Pahang Diraja pada 8 Mei 2006, walaupun kegiatan tenun di Pahang dipercayai telah wujud sejak abad ke-17 Masehi (PKK Malaysia, 2010).1

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,2 menjelaskan terdapat beberapa hal, termasuk dari teknik tenunan berpakan yang telah dipelajari dari pengalaman Negara Brunei Darussalam, walaupun baru menubuhkan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei pada tahun 1975. Program diadakan untuk membantu di kalangan masyarakat yang kurang bernasib baik dengan menyediakan kemahiran agar mereka dapat berdikari. Dari segi peluang pula, program di Pusat Pembangunan Tenun Diraja Pahang, Malaysia juga dibukakan kepada kaum lelaki.

Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan di Brunei Darussalam ditubuhkan untuk menggalakan pengeluaran kraftangan bagi yang berminat, dengan memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Pusat, serta memberikan kemahiran di kalangan generasi baru yang berminat dalam

1Usaha bagi memajukan tenun Pahang di Semenanjung Tanah Melayu diasaskan oleh Residen Inggeris di Pahang, iaitu Cecil Wray. Namun usaha ini tidak mendapat sambutan, sehingga rancangan ini mendapat perhatian oleh Tengku Puan Mariam, sepertimana dipetik oleh PKK (Perbadanan Kemajuan Kraftangan) Malaysia, pada tahun 2010.

2Penerangan yang diperolehi penulis semasa lawatan ke Pusat Pembangunan Tenun Diraja Pahang di Kg (Kampong) Soi, Kuantan, Pahang, Malaysia, pada tarikh 19 Mac 2011.

seni kraftangan Brunei pada tahap kebangsaan dan antarabangsa sebagai sebahagian dari warisan kebangsaan. Selain dari Pusat tersebut, Brunei Darussalam melalui Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga pernah menubuhkan dua buah bengkel bertenun kain di kawasan perumahan Kg (Kampong) Bolkiah dan Kg Sungai Bunga yang terletak di Kampong Ayer.

Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan di Brunei Darussalam secara umum menawarkan latihan tenunan kepada rakyat daripada kalangan wanita yang berminat dan layak untuk mengikuti kursus, manakala di bengkel tenunan Yayasan hanya dihadkan di kalangan penduduk wanita yang tinggal di kawasan Rancangan Perumahan

Gambar 1:Penenun daripada Bengkel Tenunan

di Kg (Kampong) Bolkiah

Page 6: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SITI NORKHALBI HAJI WAHSALFELAH,Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei

196 © 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sahaja, sebagai galakan untuk mempertingkatkan sumber ekonomi mereka dan usaha pengekalan warisan budaya tenunan yang diwarisi oleh bangsa Brunei (Haji Wahsalfelah, 2006). Walau bagaimanapun, bengkel tenunan di Kg Bolkiah kini telah diambil alih pengurusannya oleh pengusaha tenunan tempatan. Lihat gambar 1.

Tidak dinafi kan bahawa kemahiran bertenun kain di Pahang, Malaysia juga telah pun lama wujud. Walau bagaimanapun, dengan penubuhan institusi latihan dan kemahiran seperti ini akan dapat mempertahan dan memperkukuh lagi budaya bertenun kain. Peluang untuk merantau dan memerhati keadaan di tempat lain membukakan kesempatan untuk mempelajari di antara satu sama lain bagi membantu untuk memperkukuh dan memperkaya budaya tenun di rantau Asia Tenggara.

Di Brunei Darussalam sendiri juga telah berlaku penyebaran budaya bertenun yang lebih luas. Kemahiran yang secara tradisinya dimonopoli dari kalangan perempuan dari golongan bangsawan yang tinggal di Kampong Ayer, yang bermastautin di Sungai Kedayan. Mereka ini dipercayai keturunan dari tukang-tukang emas, perak, tembaga, dan tenun yang terdapat di dalam kapal Majapahit dari Jawa, Indonesia, yang ditempatkan di kampung tersebut. Di zaman dahulu, hasil kerja mereka banyak ditempah oleh golongan Diraja, seperti yang dinyatakan oleh Peter Blundell (1923) dan dijelaskan pula oleh Spencer St. John (1962), seperti berikut:

Many of the people are employed in casting brass guns, or are goldsmiths or general traders and latterly their women have commenced the manufacture of expensive and handsome gold brocade (dalam Blundell, 1923; dan John, 1962:256).

Selain dari kaum wanita di Kampung Sungai Kedayan, Brunei Darussalam,

kemahiran bertenun kain ini juga dimiliki kaum wanita yang tinggal di kawasan Kampong Ayer yang lain, seperti Kampung Bukit Salat, Kampung Burong Pingai, dan Kampung Lurong Sikuna. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Syed Hashim Abdullah Al-Habsyi (1983/1984) menemukan bahawa penyebaran itu berlaku disebabkan oleh perkahwinan dan perpindahan (Abdullah Al-Habsyi, 1983/1984).

Di kalangan masyarakat Melayu Brunei, pengantin lelaki lazimnya akan tinggal di rumah keluarga pengantin perempuan selepas berkahwin. Walau bagaimanapun, terdapat juga amalan di mana pasangan pengantin akan berpindah semula ke tempat kediaman asal pengantin lelaki. Apabila berpindah, isteri yang pandai bertenun biasanya akan membawa alat bertenun bersama dan meneruskan kegiatan bertenun kain di penempatan yang baru. Dan apabila mendapat anak perempuan dan cukup umur, si ibu biasanya akan menurunkan kemahirannya kepada anak-anak mereka. Ini secara langsung telah membantu penyebaran kemahiran bertenunan kain (Haji Wahsalfelah, 2006).

Faktor perpindahan tidak hanya menyumbang kepada penyebaran kemahiran bertenun kain dalam lingkungan Kampong Ayer sahaja, tetapi juga ke kawasan darat seperti Kampung Mabohai, Kampung Salambigar, dan Kampung Perpindahan Burong Pingai di Brunei Darussalam. Perlaksanaan perpindahan ini bukanlah berlaku sekaligus, tetapi dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat awal, rancangan untuk memindahkan penduduk Kampong Ayer itu terbit dari pemikiran Residen British yang datang ke Brunei pada tahun 1906, kerana berpendapat bahawa suasana di Kampong Ayer itu kotor dan lembab, serta tidak mempunyai bekalan air bersih yang boleh menimbulkan

Page 7: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SUSURGALUR:Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 3(2) September 2015

197© 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

masalah kesihatan dan merebaknya penyakit radang paru-paru di kalangan penduduk. Walau bagaimanapun, rancangan ini tidak begitu berjaya pada ketika itu, kerana penduduk Kampong Ayer masih terikat dengan cara kehidupan mereka yang menganggap bahawa kehidupan di Kampong Ayer lebih selesa dan menjamin kehidupan mereka (Haji Ibrahim, 1996).

Pada tahun 1909, Istana Sultan Muhammad Jamalul Alam II telah dibangunkan di darat dan Baginda setelah itu berpindah ke darat (Haji Ibrahim, 1996). Perpindahan Sultan, yang sekaligus mengalihkan pusat pemerintahan yang asalnya terletak di Kampong Ayer ke darat ini, telah menyumbang terhadap perpindahan lokasi penenun kain. Golongan Diraja merupakan pengguna utama kain tenunan dan tidak mustahil Raja akan membawa penenun kain juga berpindah bagi memudahkan membuat tempahan.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Donald Brown (1970) menunjukan bahawa kebanyakan pendudukan yang berpindah ke darat adalah mereka yang bekerja dengan kerajaan, terutama mereka yang berasal dari Kampung Lurong Sikuna (Brown, 1970). Mereka ini ada yang mempunyai isteri dan ahli-ahli keluarga yang mahir bertenun. Dan pegawai-pegawai tersebut telah membawa isteri dan ahli keluarga mereka berpindah bersama (Haji Wahsalfelah, 1999). Dari itu, peralihan pusat pemerintahan dan pembentukan pekan Brunei yang baru di darat telah menyumbang ke arah penyebaran tradisi bertenun yang lebih luas.

Pada tahun 1951, Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien III secara rasmi telah menitahkan tentang perancangan perpindahan yang difi kirkan akan membawa manfaat dan kebaikan kepada penduduk Kampong Ayer (Haji Jukim, 2005). Dan pada tahun 1952, pihak kerajaan pula telah mengenalkan dan melaksanakan skim perpindahan secara berperingkat-peringkat. Skim

ini telah pun diperluaskan dengan mengenalkan Program Perpindahan Kebangsaan dan Skim Tanah Rakyat Jati, dimana rakyat yang tidak mempunyai tanah layak untuk memohon kemudahan ini.

Proses perpindahan ke darat juga bertambah disebabkan ancaman kebakaran, dimana beberapa buah kampung telah musnah dan ini menimbulkan kebimbangan dan kecemasan di kalangan penduduk Kampong Ayer. Dengan adanya kemudahan skim ini telah membukakan peluang penduduk Kampong Ayer untuk berpindah ke darat. Walaupun secara umum skim ini terbuka kepada semua rakyat yang bekelayakan (Haji Belaman, 1996), namun secara tidak langsung progam ini telah memberikan implikasi terhadap taburan penempatan baru penduduk Kampung Ayer yang mahir bertenun kain ke kawasan darat.

Penubuhan pusat latihan kemahiran bertenun kain, iaitu Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei dan Bengkel Tenunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, juga merupakan faktor perkembangan dan penyebaran tradisi bertenun kain di negara Brunei Darussalam. Pada suatu tahap, timbul kekhuatiran tentang kepupusan kemahiran bertenun kain, kerana tidak ramai lagi di kalangan wanita muda yang berminat untuk meneruskan kegiatan ini. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan formal dan jaminan peluang pekerjaan yang lebih baik di kalangan wanita di dalam sektor kerajaan dan swasta yang menjanjikan pendapatan yang tetap dan lumayan, serta kemudahan-kemudahan yang lain, telah mengurangkan minat kaum wanita untuk bergiat dalam aktiviti bertenun kain.

Sehubungan itu, penubuhan pusat dan bengkel kemahiran bertenun kain ini boleh dilihat sebagai usaha untuk memelihara serta menggalakan warisan bertenun kain. Penubuhan institusi-institusi latihan kemahiran bertenun

Page 8: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SITI NORKHALBI HAJI WAHSALFELAH,Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei

198 © 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

kain tersebut juga telah membukakan jalan dan sekaligus dapat memberi peluang yang lebih luas dari kalangan kaum wanita yang berminat.

Komersialisasi juga memainkan peranan dalam penyebaran tradisi kain tenunan ke sasaran yang lebih luas. Pihak kerajaan sentiasa memberikan galakan kepada penenun kain agar meneroka bidang ini dan menjadikan sebagai usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi, di samping memelihara warisan budaya bangsa. Secara tradisi, kegiatan bertenun hanyalah kegiatan sambilan yang dilakukan semasa waktu luang di rumah bagi menambah pendapatan. Pada ketika itu, kain tenunan yang telah siap untuk dijual akan diambil oleh pelanggan sendiri. Terdapat juga kain yang diserahkan kepada pengalu,3 atau orang tengah, yang akan menjual kain tersebut kepada penduduk yang tinggal di kawasan darat (Haji Wahsalfelah, 2006). Pada ketika itu, pengalu juga memberikan sumbangan terhadap penyebaran kain tenunan kepada orang-orang yang memerlukan di kawasan darat.

Mulai tahun 1980-an, perusahaan bertenun kain secara komersial telah mula bertapak di negara Brunei Darussalam. Terdapat pengusaha kain tenunan, terutama dari kalangan lepasan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, telah menubuhkan syarikat perniagaan mereka. Walaupun masih banyak di antara pengusaha kain tenunan ini beroperasi di rumah mereka sendiri, terdapat juga pengusaha yang lebih berani dengan menyewa tempat di kawasan pusat perniagaan.

Satu galeri juga telah dibuka di ruang pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam, di mana kain tenunan dan kraftangan

3Pengalu ialah orang tengah yang berdagang barang-barang dengan menggunakan perahu dan menjual barangan dagangan, termasuk ke kawasan darat.

yang lain dipamerkan dan dijual bagi menjangkau sasaran, terutama dari kalangan pelancong-pelancong yang datang dan singgah ke Brunei Darussalam. Pemilihan lokasi yang strategik ini membukakan peluang yang lebih luas, di mana pelanggan mudah untuk datang mendapatkan bekalan kain tenunan yang diperlukan secara langsung.

Bagi meningkatkan pasaran kain tenunan, para pengusaha dan penenun kini juga lebih berani untuk meneroka pasaran global. Terdapat pengusaha dan penenun kain tenunan Brunei yang mempromosi dan mempasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa dan serantau melalui pameran perdagangan yang diadakan di luar negara, seperti di negara-negara ASEAN (Association of South East Asian Nastions), Jepun, dan Eropah. Usaha ini disokong kuat oleh pihak kerajaan, di mana melalui agensi-agensi tertentu seperti Unit Pelancongan, Kementerian Industri dan Sumber-sumber Utama telah menyediakan bantuan dan peluang promosi kepada para pengusaha dan penenun bagi menyertai program-program pameran perdagangan.

Dalam kebanyakan kalangan masyarakat Melayu, kain tenunan merupakan salah satu budaya material yang melambangkan jati diri dan warisan budaya. Di negara Brunei Darussalam, penggunaan kain tenunan meliputi upacara-upacara beradat-istiadat yang berkait rapat dengan pusing kehidupan bermula dari upacara kelahiran sehinggalah upacara kematian. Penggunaan kain tenunan dalam upacara-upacara itu tidak hanya semata-mata sebagai perlambangan nilai budaya, tetapi juga pelestarian tradisi masyarakat (Renne, 1995).

Peranan masyarakat dalam membudayakan kain tenunan dalam kehidupan mereka adalah sangat penting bagi memastikan tradisi seni tenunan tetap lestari. Dalam masyarakat Brunei, kain tenunan

Page 9: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SUSURGALUR:Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 3(2) September 2015

199© 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

mempunyai berbagai-bagai peranan, yang mempunyai makna bersesuian dengan keadaan di mana kain tersebut digunakan.

Kain tenunan adalah hasil pertukangan tangan yang halus dan merupakan sebahagian warisan kebudayaan Melayu. Kain tenunan dilihat sebagai salah satu budaya material yang penting, yang diguna-pakai dalam upacara-upacara yang berkaitan dengan putaran kehidupan, seperti majlis perkahwinan, upacara meraikan kelahiran dan kematangan, serta upacara kematian. Dalam hal ini, ajaran Islam yang menggalakan atau mewajibkan bagi sesuatu ritual yang berkaitan dengan pusingan hidup dilaksanakan telah mempastikan kesinambungan upacara tertentu dalam kebudayaan Melayu dan seterusnya penggunaan kain tenunan. Penggunaan tersebut juga telah menyumbang dalam memperkaya dan memperindah budaya yang menunjukan tamadun Brunei.

Dalam kalangan masyarakat Melayu Brunei, kain tenunan Jong Sarat digunakan sebagai hantaran perkahwinan yang diberikan oleh bakal pengantin lelaki kepada bakal isteri semasa majlis pertunangan. Kegagalan bakal pengantin lelaki untuk memberi hantaran tersebut boleh menimbulkan keaiban kepada diri dan keluarganya. Selain memberikan perlambangan tentang kasih-sayang, pemberian kain tenunan juga menunjukkan kestabilan kedudukan kewangan bakal suami (Haji Wahsalfelah, 2005).

Kini, tradisi memberi hantaran kain tenunan ini tidak hanya terhad di kalangan puak Melayu Brunei sahaja, malah telah menyerap dalam kalangan masyarakat lain di negara Brunei Darussalam secara menyeluruh. Proses sosialisasi yang berlaku melalui perkahwinan campur di antara puak Melayu Brunei dengan puak Melayu yang lain, seperti puak Melayu Kedayan, Dusun, Belait, Tutong, dan lain-lain, telah berjaya menyebarkan tradisi kain

tenunan dengan lebih luas.Ketika upacara kematian, kain

tenunan digunakan sebagai kain penutup keranda, terutama di kalangan golongan atasan. Penggunaan ini dianggap sebagai pemakaian akhir yang menandakan penghormatan kepada si mati dan bagi melambangkan status sosial dan ekonomi si mati serta keluarganya (Haji Wahsalfelah, 2005).

Penggunaan kain tenunan dalam adat-istiadat merupakan aspek penting dalam mempertahankan dan mengukuhkan kesinambungan seni tenun, terutama di negara Brunei Darussalam. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem monarki secara mutlak, Sultan merupakan pemerintah yang tertinggi dan berkuasa. Kain tenunan sering dipakai oleh Sultan dan pembesar-pembesar Diraja semasa majlis beradat-istiadat bagi menzahirkan kedaulatan dan kekuasaan. Ini telah digambarkan semasa istiadat berpuspa bagi Awang Alak Betatar (Al-Sufri, 1990:58).

Setelah Awang Alak Betatar dengan puteri Johor (Singapura Tua) berkahwin, maka Baginda pun berangkat ke Brunei. Tidak berapa lama lepas itu, Baginda pun berpuspa. Semasa istiadat berpuspa itu, selain daripada mahkota kebesaran diraja dan bersinjang kain Jong Sarat, Baginda pun dikatakan memakai aratnatar khas untuk istiadat tersebut (Al-Sufri, 1990).

Semasa Istiadat Berpuspa KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung pada tahun 1968, Baginda juga memakai sepengadak kain tenunan reka bentuk arab gegati bunga bertabur berwarna merah, yang dihiasi dengan motif bunga putar. KDYMM Paduka Raja Isteri Pengiran Anak Saleha juga memakai pakaian sedondon dalam istiadat memuja Baginda. Lihat gambar 2.

Page 10: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SITI NORKHALBI HAJI WAHSALFELAH,Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei

200 © 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

Kain tenunan juga digunakan sebagai sebahagian dari pakaian rasmi ketika menghadiri majlis beradat-istiadat. Bagi pembesar-pembesar Diraja dan negara dianugerahkan pakaian rasmi dengan reka bentuk dan warna tertentu selaras dengan kedudukan dan status masing-masing. Kini, penggunaan kain tenunan dalam “tradisi baru” (Haji Wahsalfelah, 2007) telah memberikan nafas baru, yang memastikan penggunaan kain tenunan berterusan dan penyebaran yang lebih luas. Penggunaan kain tenunan dalam majlis-majlis ciptaan baru, yang berbentuk kenegaraan, telah digiatkan dan memberi makna baru bagi menjelaskan budaya kebangsaan (Haji Wahsalfelah, 2010).

Di samping itu, peggunaan kain tenun itu diperagakan sebagai usaha untuk melestarikan warisan budaya. Tradisi baru ini juga boleh diterjemahkan sebagai menyediakan jalan bagi menjelaskan dan menyebarluaskan ideologi kebangsaan. Pihak kerajaan melalui kementerian, jabatan, agensi-agensi, dan institusi-institusi tertentu telah memainkan peranan melalui saluran-saluran yang terkawal.

Di zaman tradisi, kain tenunan dianugerahkan kepada perutusan yang dilantik oleh Diraja selaku perutusan. Dalam Silsilah Raja-raja Brunei dicatatkan bahawa setiap ahli rombongan perutusan keluar negara akan dikuniakan sepengadak pakaian persalinan, dan pegawai-pegawai utama juga akan dikurniakan dengan alat kebesaran, seperti keris, pedang, dan payung (Sweeney, 1998:73). Penganugerahan ini boleh dilihat sebagai metafora kuasa dan

kewibawaan (Cohn, 1989), yang memberi kuasa ke atas pegawai-pegawai utusan untuk bertindak bagi pihak raja. Penerimaan penganugerahan itu pula melambangkan ketaatan mereka kepada raja dan kesediaan mereka untuk menjunjung perintah raja (Haji Wahsalfelah, 2005).

Selain dari dianugerahkan kepada perutusan ke luar negara, kain tenunan juga dikurniakan kepada perutusan luar negara yang datang ke Brunei. Pigafetta, contohnya, yang datang ke Brunei pada tahun 1521, mencatatkan bahawa rombongan beliau telah

Gambar 2:Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah pada Tahun 1968

Page 11: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SUSURGALUR:Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 3(2) September 2015

201© 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

dikurniakan dengan kain tenunan (dalam Haji Wahsalfelah, 2014). Pengurniaan tersebut dilihat sebagai tanda kenangan untuk mewujudkan hubungan politik dan mengukuhkan persahabatan di antara kedua negara. Amalan ini juga masih diamalkan sehingga kini. Pemberian itu tidak sahaja sebagai tanda kenang-kenangan, tetapi juga menjadi pengenalan tentang budaya Brunei.

KESIMPULANInteraksi budaya yang berlaku

melalui hubungan politik dan perdagangan di antara negara-negara luar dan Brunei telah menyumbang kepada kewujudan dan penyebaran tradisi seni tenun dalam tamadun Brunei. Pengaruh yang datang tidak hanya mengenalkan bangsa Brunei kepada kemahiran bertenun kain, tetapi juga hal-hal yang berkaitan dengan seni tenun, seperti motif, rekabentuk, warna, dan bahan mentah yang digunakan untuk membuat kain tenunan. Bagi menghasilkan kain tenunan, Brunei masih bergantung kepada negara-negara luar untuk membekalkan bahan-bahan mentah.

Sebagai sebuah empayar yang pernah mempunyai kuasa besar pada suatu ketika dahulu, kesultanan Melayu Brunei menunjukan kegemilangan tamadunnya melalui penggunaan dan pemilikan budaya material, seperti pemakaian kain tenunan oleh raja-raja dan para pembesar negaranya. Penggunaan kain tenunan telah dipertahankan dan diperluaskan, dan sehingga kini menjadi bukti keagungan warisan budaya bangsa. Penyebaran kemahiran bertenun kain ke kawasan lain di rantau ini, terutama di kepulauan Borneo di bawah taklukannya, juga berlaku sebagai bukti bahawa berlakunya proses asimilasi di antara kuasa besar dengan kawasan di bawah pengaruhnya.

Kini, walaupun Brunei adalah sebuah negara yang kecil dari segi saiznya,

tetapi ia tetap kekal menjadi sebuah negara yang mempertahankan sistem pemerintahan beraja yang berdaulat dan mempunyai tamadun yang tinggi. Penyebaran melalui proses sosialisasi dan komersial telah memperluaskan ruang pengeluaran dan penggunaannya. Tradisi kain tenunan sehingga kini masih terus bertapak, malah semakin kukuh penggunaannya di negara Brunei Darussalam. Penyebarannya telah menyerap dalam kalangan ahli masyarakat Brunei dan telah menjadi lambang identiti budaya kebangsaan Brunei.4

Referensi

Abdullah Al-Habsyi, Syed Hashim. (1983/1984). “The Traditional Economics Activities in the Kampong Ayer”. Unpublished B.A. Thesis. Singapore: University of Singapore.

Al-Sufri, Mohd Jamil [Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang]. (1990). Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.

Al-Sufri, Mohd Jamil. (2000). Tarsilah Brunei: The Early History of Brunei up to 1432 AD. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei

Awang Arshad, Awangko’ Hamdan et al. (2006). “Songket Rajang: Menenun Kembali Sejarah Keagungan Kerajaan Majapahit dan Tradisi Islam Kerajaan Brunei”. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Sejarah Sosial dan Ekonomi Brunei: Memahami Sejarah Negara, Mengukuhkan Jati Diri Bangsa. Anjuran Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sain Sosial UBD [Universiti Brunei Darussalam], pada tarikh 14-15 November.

Blundell, Peter. (1923). The City of Many Waters. London: Arrowsmith.

Brown, Donald. (1970). Brunei: The Structure and History of a Bornean Malay Sultanate. Bandar Seri Begawan: Monograph of the Brunei Museums Journal 2.

4Kenyataan: Saya, dengan ini, membuat kenyataan bahawa kertas kerja ini adalah dapatan penyelidikan saya secara persendirian. Kertas kerja ini pula bukan merupakan amalan daripada plagiarism, sebab semua sumber yang saya rujuk dalam teks, ianya wujud pula dalam senarai rujukan atau Referensi. Saya juga membuat kenyataan bahawa kertas kerja ini belum pernah dihantar, sama ada untuk dinilai mahupun untuk diterbit oleh mana-mana jurnal akademik lainnya.

Page 12: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SITI NORKHALBI HAJI WAHSALFELAH,Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei

202 © 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

Cohn, Bernard S. (1989). “Cloth, Clothes, and Colonialism: India in the Nineteenth Century” in Annette B. Weiner & Jane Schneider [eds]. Cloth and Human Experience. Washington, DC: Smithsonian Institution Press, pp.303-53.

Dhamija, J. (2002). Woven Magic: The Affi nity between Indian and Indonesian Textiles. Jakarta: Dian Rakyat.

Haji Belaman, Haji Idris. (1996). “Kampong Ayer: Sustaining Our National Heritage”. Kertas kerja dibentang dalam Simposium Antarabangsa Kampong Ayer, anjuran Akademi Pengajian Brunei UBD [Universiti Brunei Darussalam], pada tarikh 6-9 September.

Haji Ibrahim, Haji Abdul Latif. (1985). “The Changing Symbolism and Function of the Bedil: The Cannon of Brunei”. Unpublished M.Phil. Thesis. London UK [United Kingdom]: University of Cambridge.

Haji Ibrahim, Haji Abdul Latif. (1996). “Kampong Ayer: Warisan, Cabaran, dan Masa Depan”. Kertas kerja dibentang dalam Simposium Antarabangsa Kampong Ayer, anjuran Akademi Pengajian Brunei UBD [Universiti Brunei Darussalam], pada tarikh 6-9 September.

Haji Jukim, Maslin. (2005). “Pemberian Nama Anak Damit dalam Masyarakat Melay-Brunei di Kampong Ayer: Antara Tradisi dengan Perubahan”. Kertas kerja dibentang dalam Konferensi Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan ke-1, anjuran UNIMAS [Universiti Malaysia Sarawak) di Sarawak, Malaysia, pada tarikh 29-30 Ogos.

Haji Mail, Haji Awang Asbol. (2015). “Imej Telur dan Ayam dalam Masyarakat Melayu Brunei: Hubungannya dengan Folklor dan Sejarah” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.3(1), Maret. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808.

Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (1999). “The Production of Brunei Traditional Woven Textiles”. Unpublished M.A. Thesis. UK [United Kingdom]: University of Durham.

Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (2005). “Traditional Woven Textiles: Tradition and Identity Construction in the ‘New State’ of Brunei Darussalam”. Unpublished Ph.D. Thesis. Australia: The University of Western Australia.

Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (2006). “Transformasi Lokasi Pengeluaran Kain Tenunan: Kesinambungan Warisan Budaya Brunei Darussalam”. Kertas kerja dibentang dalam Konferensi Antaraunversiti di Borneo-Kalimantan ke-2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/Bandar Borneo-Kalimantan, dianjur oleh Institut Pengajian Asia Timur UNIMAS [Universiti

Malaysia Sarawak] dan UNTAN [Universiti Tanjungpura] di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia, pada tarikh 12-15 Ogos.

Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (2007). “Kain Tenunan Brunei dan Pembentukan Identiti Nasional Brunei Darussalam” dalam Beriga, Bil.94, Januari-Mac, ms.3-18.

Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (2010). “Seni Tenun di Brunei Darussalam: Kesinambungan Kebudayaan Melayu” dalam Janang, Vol.11, ms.55-79.

Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (2014). Kain Tenunan: Pakaian Beradat Istiadat Kebudayaan Melayu Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Jabatan Muzium-muzium.

Ismail, Siti Zainon. (2006). Pakaian Cara Melayu. Bangi: Penerbit UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia]. Siti Zainon 2006

John, Spencer St. (1962). Life in the Forests of the Far East. London: Smith, Elder, and Co.

Kerlogue, F. (2000). “Interpreting Textiles as a Medium of Communication: Cloth and Community in Malay Sumatra” dalam Asian Studies Review, 24(3), ms.335-347.

Leake Jr., D. (1990). Brunei: The Modern Southeast Asian Islamic Sultanate. Kuala Lumpur: Forum.

Mahyus, Mohamed Asfi a. (1991). Hubungan Brunei dengan Sambas dan Sarawak. Bandar Seri Begawan: Akademi Pengajian Brunei UBD [Universiti Brunei Darussalam].

Maxwell, R. (1990). Textiles of Southeast Asia: Tradition, Trade, and Transformation. Melbourne: Oxford University Press.

Penerangan yang diperolehi penulis semasa lawatan ke Pusat Pembangunan Tenun Diraja Pahang di Kg (Kampong) Soi, Kuantan, Pahang, Malaysia, pada tarikh 19 Mac 2011.

Pengiran Haji Abd Rahman, Pengiran Haji Mohammad [Pengiran Dato Seri Setia Dr]. (2007). Islam di Brunei Darussalam Zaman British, 1774-1984. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Pengiran Haji Osman, Pengiran Karim. (2002). “Sejarah Awal Perusahaan Kraftangan Brunei dan Bukti-bukti melalui Kesan Peninggalan Arkeologi” dalam Seminar dan Fiesta Kraftangan Brunei. Bandar Seri Begawan: Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Jabatan Muzium-muzium.

Pengiran Ibrahim, Pengiran Ismail. (1997). Textile: Weaving from Loom to Computer (Brunei Darussalam). Kuala Lumpur: The Department of Museums and Antiquities.

PKK [Perbadanan Kemajuan Kraftangan] Malaysia. (2010). Tenun Pahang Diraja. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Renne, Elisha P. (1995). Cloth that Does Not Die: The Meaning of Cloth in Bunu Social Life. Seattle: University of Washington Press.

Page 13: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SUSURGALUR:Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 3(2) September 2015

203© 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

Shaari, Nazlina & Norhayati Suleiman. (2006). “Peranan Tekstil didalam Sosial-Budaya Melayu Sarawak”. Kertas kerja dibentang dalam Konferensi Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan ke-2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/Bandar di Borneo-Kalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia, pada tarikh 13-15 Ogos.

Sweeney, Amin. (1998). “Silsilah Raja-raja Brunei” dalam Papers Relating to Brunei. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, fi rstly published in 1968, ms.46-127.

Page 14: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah ...

SITI NORKHALBI HAJI WAHSALFELAH,Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei

204 © 2015 by Minda Masagi Press Bandung and UBD Bandar Seri BegawanISSN 2302-5808 and www.mindamas-journals.com/index.php/susurgalur

Tradisi Kain Tenunan di Brunei Darussalam(Sumber: http://www.tabloidbintang.com, 5/7/2015)

Kini, walaupun Brunei adalah sebuah negara yang kecil dari segi saiznya, tetapi ia tetap kekal menjadi sebuah negara yang mempertahankan sistem pemerintahan beraja yang berdaulat dan mempunyai tamadun yang tinggi. Penyebaran melalui proses sosialisasi dan komersial telah memperluaskan ruang pengeluaran dan penggunaannya. Tradisi kain tenunan sehingga kini masih terus bertapak, malah semakin kukuh penggunaannya di negara Brunei Darussalam. Penyebarannya telah menyerap dalam kalangan ahli masyarakat Brunei dan telah menjadi lambang identiti budaya kebangsaan Brunei.