Sushi King Restaurant

45
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA FACULTY OF HOSPITALITY MANAGEMENT DIPLOMA IN HOTEL MANAGEMENT INTRODUCTION TO HOSPITALITY AND TOURISM INDUSTRY (HOM 2013) CASUAL RESTAURANT PREPARED FOR:- MISS NURUL FARHANA BINTI MOHD RADUAN PREPARED BY:- MUHAMMAD NUR HISHAM BIN AMIR (D1320228) DATE OF SUBMITION:- 25 MARCH 2014

description

Some description about Sushi King Restaurant that we're always want to know about (maybe la) ^^ enjoy it people..

Transcript of Sushi King Restaurant

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

FACULTY OF HOSPITALITY MANAGEMENT

DIPLOMA IN HOTEL MANAGEMENT

INTRODUCTION TO HOSPITALITY AND TOURISM INDUSTRY

(HOM 2013)

CASUAL RESTAURANT

PREPARED FOR:-

MISS NURUL FARHANA BINTI MOHD RADUAN

PREPARED BY:-

MUHAMMAD NUR HISHAM BIN AMIR (D1320228)

DATE OF SUBMITION:-

25 MARCH 2014

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya

dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, saya ingin

merakamkan jutaan terima kasih kepada Miss Nurul Farhana binti Mohd Raduan

iaitu pensyarah saya bagi subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau

sepanjang tempoh pembelajaran.

Seterusnya, tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pihak Pustaka Munsyi,

Kolej Universiti Islam Melaka kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan

jitu dalam memberikan maklumat-maklumat yang diingini. Begitu juga kepada

sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina

kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah sayai tempuhi sepanjang tempoh

menyiapkan tugasan ini.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar maklumat yang saya perolehi ini

dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca

khususnya mahasiswa dan mahasiswi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang

restoran Sushi King yang kian berkembang masa kini selaras dengan kemajuan dan

pembangunan negara yang semakin cekap. Wallahu a’lam.

2

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIREH

PENGENALAN 4

RESTORAN KASUAL 5

CONTOH RESTORAN 6

SEJARAH SUSHI 7-9

LATAR BELAKANG RESTORAN 10-11

MOTO RESTORAN 12

MENU RESTORAN 13-27

A’LA CARTE 13SET MEAL 22BREAKFIRST MEAL 24MINUMAN & PENCUCI MULUT (DESSERT) 26

HAL BERKAITAN RESTORAN 28-29

SUSHI KING® FAVOURITES 28SUSHI KING® EXPRESS 29

GAMBAR BERKAITAN RESTORAN 30-36

RESTORAN SUSHI KING 30MESIN PENGHANTAR MAKANAN SUSHI KING 32PERKHIDMATAN KATERING SUSHI KING 33PROGRAM PENDIDIKAN SUSHI KING 35

PENUTUP 37-38

RUJUKAN 39

3

PENGENALAN

Restoran adalah pertubuhan perniagaan yang menyediakan dan menghidangkan

makanan dan minuman kepada pelanggan sebagai tujuan mendapatkan wang, sama

ada dibayar sebelum makan ataupun selepas makan. Makanan biasanya

dihidangkan dan dimakan di premis, tetapi banyak restoran juga menawarkan

perkhidmatan pandu-lalu (drive-thru) dan penghantaran makanan (delivery).

Restoran adalah berbeza dalam penampilan dan persembahan, termasuk

kepelbagaian masakan ketua chef dan contoh perkhidmatan.

Restoran memainkan peranan penting dalam kehidupan dan masyarakat kini

secara keseluruhannya. Peningkatan jumlah penduduk, pendapatan sampingan

keluarga, kepelbagaian jumlah makanan, adalah beberapa faktor yang

mempengaruhi lebih banyak pertubuhan perniagaan dalam perkhidmatan makanan

yang akan dibina. Ini adalah salah satu sebab mengapa industri restoran adalah

membangun dengan pesat di seluruh dunia. Perkataan “restoran” meliputi pelbagai

operasi perkhidmatan makanan. Perkhidmatan makanan adalah istilah yang lebih

luas yang merangkumi semua jenis lokasi awam dan persendirian yang

menyediakan makanan untuk dijual.

Sebagaimana perniagaan restoran yang sentiasa berubah, ia berhadapan

dengan cabaran dan peluang yang amat besar. Ini termasuk perubahan yang

memberi kesan pada restoran kasual dalam industri perkhidmatan makanan.

4

RESTORAN KASUAL

Restoran Kasual (Casual Restaurant) adalah restoran yang berasaskan tema dan

dimiliki oleh individu atau berangkaian. Restoran berangkaian atau dikenali sebagai

restoran rantaian adalah restoran yang dimiliki oleh individu yang sama dan

menjalankan perniagaan yang sama serta berada di merata tempat. Restoran seperti

ini berada di mana-mana tempat yang diingini oleh pemilik sesebuah restoran untuk

membuka cawangan perniagaan bagi mempromosikan lagi restorannya.

Kebiasaannya restoran seperti ini berkonsepkan santai dan tidak formal.

Selain itu, makanan yang disediakan di restoran seperti ini biasanya

dipelbagaikan dan pelanggan mempunyai banyak pilihan. Harga yang dikenakan

juga sangat berpatutan. Selaras dengan itu, mutu dan kualiti makanannya juga

sangat tinggi dan sentiasa dijaga agar menepati piawaian serta objektif sesebuah

restoran tersebut. Bahan mentah serta bahan kering yang digunakan untuk

menyediakan sesuatu hidangan atau makanan sentiasa dijaga agar terjamin

kualitinya.

Restoran Sushi King khususnya merupakan salah satu restoran kasual.

Restoran ini juga dikenali sebagai restoran rantaian kerana sudah membuka banyak

cawangan perniagaan di merata tempat sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Keunikan restoran yang menyediakan masakan yang berasal dari Jepun ini adalah

penyediaan makanan dilakukan di hadapan pelanggan atau dikenali sebagai ‘Open

Kitchen’. Pembuat-pembuat sushi dikelilingi pelanggan dan akan mempamerkan

bakat-bakat tersendiri dalam menyediakan setiap hidangan yang dipesan.

5

CONTOH RESTORAN

Restoran Sushi King dipilih dalam tugasan kali ini kerana memenuhi cita rasa saya

sebagai orang asia. Pun begitu, terdapat beberapa restoran lain yang merupakan

restoran kasual (casual restaurant) sama ada di dalam mahupun luar negara.

Antaranya ialah Anjappar Chettinad Restaurant, Watami Japanese Casual

Restaurant, Hard Rock Cafe, TGI Friday’s dan Red Lobster.

6

SEJARAH SUSHI

Sebelum kita mengenali Sushi King secara mendalam lagi, mari kita lihat dahulu

sejarah dan bagaimana wujudnya sushi ini. Sushi adalah makanan Jepun yang

terdiri dari nasi yang dibentuk bersama lauk berupa makanan laut, daging, sayuran

mentah atau sudah dimasak. Nasi sushi mempunyai rasa masam yang lembut

kerana campuran cuka beras, garam, dan gula.

Asal usul sushi yang kini dikenali nare-zushi pertama kali dihasilkan di Asia

Tenggara. Difahamkan bahawa mengawetkan ikan dengan menggunakan nasi dan

cuka berasal dari daerah pergunungannya. Istilah sushi berasal dari bentuk tata

bahasa kuno yang tidak lagi digunakan dalam konteks lain yang mana secara

harfiahnya, "sushi" bermaksud "berasa masam", suatu gambaran mengenai sejarah

proses penapaian (fermentation). Cara pembuatan sushi dahulu, nare-zushi,

mempunyai persamaan dalam proses ini di mana ikan dibungkus di dalam nasi dan

dibiarkan untuk proses penapaian. Secara ilmiah, proses penapaian melalui ikan

yang diperam di dalam nasi menyebabkan cuka yang dihasilkan dari peraman nasi

menguraikan asam amino dari daging ikan. Melalui proses penapaian itu akan

menghasilkan rasa masam yang disebut umami dalam bahasa Jepun.

Sushi Jepun kontemporari mempunyai sedikit persamaan dengan hidangan

peraman nasi tradisional. Pada asalnya, apabila ikan yang diperam telah dibawa

keluar dari nasi, hanya ikan itu dimakan manakala nasi yang ditapai akan dibuang.

Rasa yang kuat dan bau funazushi, sejenis narezushi dibuat berhampiran Tasik Biwa

di Jepun, menyerupai hidangan tradisional yang ditapai. Bermula pada zaman

Muromachi (1336-1573) Jepun, cuka telah ditambah dalam campuran untuk rasa

lebih sedap dan membuatnya tahan lama. Cuka menyerlahkan rasa masam beras

7

dan memanjangkan jangka hayat dan membolehkan proses penapaian dipendekkan

seterusnya ditinggalkan. Dalam abad berikutnya, sushi di Osaka berkembang

menjadi oshi-zushi. Makanan laut dan nasi telah ditekan menggunakan acuan kayu

(biasanya buluh). Pada zaman dulu, orang Jepun mungkin kuat makan karena sushi

selalu dihidangkan dalam bentuk yang besar. Satu bentuk sushi zaman dulu yang

disebut ikkan-zushi mempunyai bahan yang terdiri dari 9 jenis makanan laut atau

lebih.

Menjelang pertengahan abad ke-18, bentuk sushi ini telah mencapai Edo

(kontemporari Tokyo). Versi kontemporari, di peringkat antarabangsa dikenali

sebagai "sushi", telah dicipta oleh Hanaya Yohei (1799-1858) pada akhir tempoh Edo

di Edo. Ukurannya juga sudah dikurangkan agar lebih mudah dinikmati. Sushi dicipta

oleh Hanaya mulanya merupakan satu bentuk makanan segera yang tidak diperam

(oleh itu disediakan dengan cepat) dan mudah dimakan dengan tangan. Pada

asalnya, sushi ini dikenali sebagai Edomae-zushi kerana ia menggunakan ikan yang

baru ditangkap di Edo-mae (Edo Bay atau Tokyo Bay). Walaupun ikan yang

digunakan dalam sushi hari ini tidak lagi datang dari Tokyo Bay, ia masih secara

rasmi dikenali sebagai Edomae nigirizushi.

8

.

Warung sushi pertama kali didirikan di Osaka pada tahun 1958. Tempat makan

ini diberi nama dengan kaiten-zushi. Namun terdapat sebuah foto sebuah warung

sushi di Tokyo yang diambil pada tahun 1930. Penyebarannya ke daerah-daerah lain

di Jepun juga memakan masa yang lama. Sehingga tahun 1970-an, sushi masih

merupakan makanan mewah. Rakyat biasa di Jepun hanya makan sushi untuk

merayakan acara-acara tertentu dan terbatas pada sushi penghantaran (delivery).

Makan sushi sebagai acara keluarga wujud pada tahun 1980-an selaras dengan

meluasnya kaiten-zushi.

9

LATAR BELAKANG RESTORAN

Pertama kali Sushi King membuka pintu perniagaan adalah pada tahun 1995,

merintis era baru masakan Jepun di Malaysia dengan keunikan 'Kaiten Sushi'

mereka atau 'Sushi pusingan' berkonsepkan restoran kasual. Dengan menawarkan

pelbagai sushi bersama dengan menu makanan Jepun yang lain pada harga yang

berpatutan dalam suasana persekitaran yang mesra dan selesa, Sushi King semakin

mendapat populariti untuk menjadi kegemaran di kalangan penduduk tempatan dan

warga asing.

Dari kedai tunggal yang bertempat di Kuala Lumpur, Sushi King telah

berkembang dan merangkumi lebih daripada 80 (semakin bertambah) buah restoran

di seluruh negara, yang membezakan diri mereka sebagai rantaian restoran sushi

terbesar di negara ini.

Sesuatu yang baru, kemampuan dan kecekapan restoran Sushi King

membuktikan kelebihan tersendiri mereka. Mesin khas untuk membuat sushi yang

dimiliki mereka dan sistem penghantar menunjukkan sushi yang disediakan adalah

berkualiti serta dalam persekitaran yang bersih. Hal ini selaras dengan objektif

mereka yang menawarkan perkhidmatan makanan yang cepat dan segar

bersesuaian dengan suasana serta gaya hidup masa kini. Pengalaman unik ketika

memilih dari pelbagai hidangan sushi yang ada pada ‘tali pinggang penghantar

pusingan’ telah menarik pelbagai pelanggan dari semua lapisan masyarakat, dari

pelancong Jepun dan ekspatriat walaupun pada mulanya mereka ini tidak biasa

dengan makanan Jepun.

10

Kini, Sushi King telah memperluaskan kepakaran mereka untuk melibatkan diri

dalam perkhidmatan katering khusus untuk pelbagai acara dan fungsi. Sebagai cara

untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka, Sushi King telah menetapkan

tumpuan mereka dalam pengembangan serantau dan selanjutnya di peringkat

antarabangsa.

11

MOTO RESTORAN

12

SMILING, SERVED FRESH

MENU RESTORAN

Kebiasaannya di restoran Sushi King, mereka menawarkan makanan secara A’La

Carte dan Set Meal. Namun begitu terdapat juga set untuk sarapan (Breakfast Meal).

Selain daripada itu, disediakan juga minuman beserta pencuci mulut.

A’La Carte

13

14

15

16

17

18

19

20

21

Set Meal

22

23

Breakfirst Meal

24

25

Minuman & Pencuci Mulut (Dessert)

26

27

HAL BERKAITAN RESTORAN

Sushi King® Favourites

Restoran konsep baru dengan Sushi King® menawarkan menu paling lazat

kegemaran pelanggan berdasarkan menu Sushi King sedia ada.

28

Sushi King® Express

Konsep Sushi King® Express bertujuan untuk menyediakan makanan yang sihat

dan lazat untuk mereka-mereka yang sentiasa dalam perjalanan . Anda kini boleh

menikmati makanan yang sihat dalam persekitaran yang mesra dan menyeronokkan

dengan Sushi King® Express di kaunter perkhidmatan.

29

GAMBAR BERKAITAN RESTORAN

Restoran Sushi King

30

31

Mesin Penghantar Makanan Sushi King

32

Perkhidmatan Katering Sushi King

33

34

Program Pendidikan Sushi King

35

36

PENUTUP

Dari berbagai sudut yang diterangkan dalam tugasan kali ini, dapat disimpulkan

bahawa sebagai pemberi perkhidmatan, restoran menyediakan perkhidmatan

makanan yang sangat diperlukan pada masa kini. Kita mempunyai banyak pilihan

yang mana boleh memberikan kepuasan kepada kita setelah makan di restoran

tersebut. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa pemilihan makanan perlulah

mengikut syariat agama.

Seperti yang telah dikemukakan oleh berbagai agama, (dalam tugasan ini

khususnya agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha) yang mengungkapkan

bahawa setiap individu sebagai penganut agama masing-masing, kita perlu

mematuhi segala yang berkaitan dengan agama. Misalnya, Islam tidak

membenarkan penganutnya mengambil makan dan minuman yang mengandungi

alkohol manakala penganut agama Buddha tidak dibenarkan memakan daging

sebagai menghormati Tuhan mereka.

Sushi King misalnya mempunyai isu dimana ia tidak mempunyai sijil halal yang

dikeluarkan oleh JAKIM. Hal ini terjadi kerana syarat yang dikenakan oleh JAKIM

tidak dipatuhi sepenuhnya oleh restoran tersebut iaitu sekurang-kurangnya dua

orang pekerja tetap yang beragama Islam perlu ada bagi memantau segala

penggunaan bahan dalam pembuatan makanan di restoran itu. Namun demikian,

ramai juga pelanggan beragama Islam yang datang ke restoran tersebut untuk

menikmati makanan di situ. Hal ini mungkin disebabkan ada antara kenalan mereka

yang bekerja di restoran tersebut yang meyakinkan segala penggunaan bahan

dalam hidangan yang disediakan.

37

Selain daripada itu, Sushi King sangat terkenal kerana rasa sushinya yang asli.

Sushi King juga kerap membuat pelbagai promosi bagi menarik pelanggan dari

segenap pelusuk kawasan dan masyarakat. Pembuat sushinya pula telah menjalani

pelbagai latihan dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Selain

daripada sushi yang merupakan hidangan utama di restoran tersebut, terdapat

banyak pilihan menu yang disediakan oleh restoran tersebut. Bermula daripada

makanan yang ringan sehinggalah ke juadah makanan yang berat beserta beberapa

hidangan pencuci mulut yang sangat sedap.

Oleh yang demikian, selaras dengan pembangunan negara yang semakin

pesat, Sushi King telah banyak membuka cawangan perniagaan yang memberi

peluang kepada kita untuk mencuba hidangan serta menggunakan perkhidmatan

yang disediakan oleh mereka. Konklusinya, marilah beramai-ramai datang dan

merasai hidangan daripada restoran Sushi King.

Sekian, Wassalam

38

RUJUKAN

Setiap apa yang tercatat di sini adalah hasil rujukan daripada beberapa sumber.

Antaranya ialah:-

Miss Nurul Farhana binti Mohd Raduan

Pustaka Munsyi, Kolej Universiti Islam Melaka

http://www.sushi-king.com

http://www.facebook.com/sushikingasia

39