Student Entrepreneurial Experience Programm (SEEP) PPKS UMK
-
Upload
angahirah6046 -
Category
Documents
-
view
518 -
download
3
Transcript of Student Entrepreneurial Experience Programm (SEEP) PPKS UMK
STUDENT ENTREPRENEURIA
L EXPERIENCE PROGRAMME
(SEEP)
SEMESTER 1
NAMA : NURUL INSYIRAH BINTI AMINUDIN
NO.MATRIX : KS1256200019
TUTORIAL : UMK B
TEACHER : PN AZIAN BT KARIM
ISI KANDUNGAN
bil Item Muka surat
1 INTRODUCTION 3
2 PURPOSE 4
3 COMPANY BACKGROUND 4
4 NAME OF COMPANY 6
5 LOCATION OF BUSINESS 7
7 BUSINESS ADDRESS 8
6 TELEPHONE NUMBER 8
7 OWNER BACKGROUND 9
8 FORM OF BUSINESS 9
9 INFO 9
10 REPORT ON DAY 1REPORT ON DAY 2REPORT ON DAY 3REPORT ON DAY 4
11
11 APPENDIX 15
12 CONCLUSION 17
INTRODUCTION
Student Entrepreneurial Experience Program atau SEEP adalah program
untuk memberi pendedahan kepada pelajar Program Persediaan
Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan dalam usaha mengenali
dunia perniagaan . Bagi memupuk keupayaan sebagai seorang usahawan
dalam diri seorang pelajar, seorang ahli perniagaan atau peniaga atau ahli
usahawan dijadikan sumber kajian. Kerja lapangan ini dijalankan
bertujuan agar pelajar memahami selok belok dunia perniagaan dan
mengetahui serba serbi mengenai sesuatu perniagaan yang dijalankan.
Perbincangan melalui talifon bimbit di antara ayah dan usahawan
terbabit akhirnya membuahkan hasil apabila tanggal 25 Julai 2012 jam
2.30 petang, saya berjaya tiba di kawasan ladang ayam milik usahawan
terbabit.
Saya memilih penternakan ayam sebagai projek SEEP kerana saya
merasakan perniagaan ini sesuatu yang mencabar dan amat laku dalam
industri perniagaan. Saya berhasrat untuk memiliki ladang ayam
berteknologi tinggi sebagaimana yang dimiliki usahawanan tersebut.
Dengan pemilihan penternakan ayam sebagai projek SEEP, saya bukan
sahaja mengerti mengenai selok belok dunia penternakan ,malah saya
dapat mengetahui informasi yang amat berguna mengenai penternakan
ayam yang akan digunapakai kelak apabila tiba waktunya.
PURPOSE
Student Entrepreneurial Experience Programme (SEEP) adalah program kendalian Universiti
Malaysia Kelantan bertujuan memberi pendedahan awal mengenai dunia keusahawanan
kepada pelajar Program Persediaan Keusahawanan Sains (PPKS). Program ini memerlukan
pelajar bersama peniaga atau pemilik kedai selama empat hari untuk memerhati, mempelajari
dan menimba pengalaman keusahawanan. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar
bidang sains yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang
keusahawanan.
COMPANY BACKGROUND
Zaini Rashid Entreprise telah mula beroperasi sejak tahun 1998 lagi. Zaini Rashid Entreprise
diambil sempena nama pemilik syarikat ini. Perniagaan yang dijalankan ketika itu ialah
perniagaan kain, agensi pelancongan haji dan umrah ,dan kedai runcit. Tahun berganjak tahun,
hari berganti hari, Zaini b Rashid usahawan tersohor ini mengorak langkah lagi dengan
menyertai perniagaan kelapa sawit dan burung walid.
Tidak pernah berasa puas dengan apa-apa yang dikecapinya tika itu, usahawan intelek ini
mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menceburkan diri dalam bidang
penternakan ayam setelah menyedari bahawa ayam adalah menu makanan utama rakyat
Malaysia dan mendapat permintaan yang sangat tinggi berbanding haiwan ternakan yang lain.
Bermodalkan hampir sejuta lebih, impiannya untuk mempunyai ladang ayam sendiri
terlaksana pada Mac 2009. Zaini Rashid Entreprise menjalinkan kerjasama dengan syarikat CP
dalam membekalkan ayam, makanan dan ubat-ubatan. Mempunyai keluasan tanah sebanyak
tiga ekar setengah ,mempunyai tiga reban dan setiap rebannya bersaiz 360 kaki panjang dan 60
kaki lebar.
Ladang ayam ini terletak di tempat yang strategik iaitu di tepi jalan yang memudahkan urusan
penghantaran dan pengutipan ayam oleh syarikat CP. Ladang ayam ini adalah ladang ayam
bertutup(aircond) dan berteknologi tinggi. Manakala sistem penternakan makanan dan
minuman bagi ladang ayam ini adalah secara automatik.
Bagi memudahkan urusan penjagaan haiwan ternakannya, Haji Zaini mempunyai tiga orang
pekerja warganegara Bangladesh dan seorang tukang kebun bagi menjaga persekitaran
kawasan ladang ayam tersebut.
NAME OF COMPANY
Zaini Rashid Entreprise (ZRE)
Zaini Rashid merujuk kepada tuan pemilik syarikat
Merupakan jenis perniagaan tunggal
Menjalankan pelbagai jenis perniagaan
=Agensi pelancongan ,upah haji dan umrah
=Perladangan kelapa sawit
=Perniagaan kedai kain ,buku dan runcit
=Penternakan burung walid
=Penternakan ayam
LOCATION OF THE BUSINESS
Lokasi ladang ayam ini ialah di tepi jalan utama , dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.
Perniagaan ini mendapat kelulusan daripada pihak vaterinar dan yang istimewanya di sini
ladang ayam ini bertutup dan masalah lambakan lalat tidak berlaku. Rajah di bawah
menunjukkan peta lokasi ladang ayam tersebut.
ADDRESS OF COMPANY
LOT 1645 JALAN KUALA GULA,
34400 SEMANGGOL,
PERAK DARUL RIDZUAN
CONTACTHaji Zaini bin Rashid
0133927782
0195788755
OWNER BACKGROUND
NAME : ZAINI BIN RASHID
UMUR : 60 TAHUN
STATUS : BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI DUA ISTERI
IC : 521124085055
MOTTO : SENTIASA BERPANDANGAN JAUH
TARIKH LAHIR : 24 NOVEMBER 1952
PENGALAMAN MENGENDALIKAN PENTERNAKAN AYAM:
MEMPELAJARI TEKNIK DAN CARA PENTERNAKAN AYAM DI THAILAND
SELAMA LAPAN KALI
FORM OF BUSINESS
Ayam untuk dipasarkan yang mencapai berat minimum 2.2 kilogram dalam tempoh 36
hari.
Baja tahi ayam untuk aktiviti pertanian.
INFO Saya diberi penerangan mengenai lokasi, keluasan ladang ayam ini dan syarikat
yang membekalkan benih ayam , ubat-ubatan ,makanan dan sebagainya.
CP adalah syarikat yang menguruskan makanan , benih dan ubat-ubatan ayam
tersebut.
Maklumat mengenai modal dan pendapatan diceritakan secara lebih mendalam
36 hari adalah tempoh untuk seekor ayam itu mencapai berat minimum 2.2
kilogram sebelum dijual kepada syarikat CP.
Hari ke 37-40, syarikat CP akan datang untuk mengambil ayam dan urusan jual
beli berlansung di antara Haji Zaini dan syarikat CP.
Ayam dituai sebanyak enam kali setahun dan untung bersih bagi seekor ayam
adalah RM 1.50.
Ladang ayam ini mampu menampung kapasiti 60,000 ekor dalam satu-satu masa
Sekali tuai, pendapatan mampu mencapai RM 88200 untung bersih setelah
ditolak 2% untuk ayam mati atau tidak sihat.
Saya dibawa melawat sekitar ladang ayam
Ayam yang terdapat di situ baru berusia lima hari dan ketika hari pertama
hanya ada 20 ribu ekor sahaja
Pada hari ketiga 20 ribu ekor anak ayam dihantar oleh syarikat CP dan
jumlahnya akan bertambah dari masa ke masa
Modal untuk sebuah reban ialah RM450 ribu dan di situ mempunyai tiga reban
yang berkeluasan tiga ekar setengah
Harga seekor ayam dijual ialah RM 4.80
Pengawalan vector (lalat, hama dan bakteria) dilakukan secara berkala
Sekiranya berlaku musibah seperti banjir atau virus H1N1, syarikat ini
mempunyai insurans dan pihak CP akan menanggung segala kos kerugian.
ACTIVITY COMMENTDAY 1
Melawat sekitar ladang ayam
Mengasingkan ternakan yang mati dan kurang
sihat
Saya merasa teruja tatkala melihat ribuan
anak ayam di ladang ayam tersebut dan saya
terus ingin memegang anak-anak ayam yang
comel itu. Pemilik ladang ayam tersebut
menanyakan sama ada tangan saya bersih
untuk mengelakkan virus atau bakteria
menular kepada ternakannya.
Saya memegang anak ayam yang mati
menggunakan tangan dan pekerja di situ telah
menyuruh saya memakai sarung tangan bagi
melakukan kerja pengutipan ayam yang mati.
Saya terpijak seekor anak ayam dan pemilik
ladang itu menyuruh saya berhati-hati ketika
berjalan kerana saiznya yang masih kecil
membataskan mata untuk melihat dengan
jelas.
Saya telah memegang ayam dengan
cengkaman yang kuat dan pemilik tersebut
menunjukkan cara memegang ayam dengan
betul.
Saya berasa jijik melihat kasut saya yang
terpijak najis ayam. Seharusnya saya
APPENDIX
CONCLUSION
Zaini Rashid Entreprise boleh dikategorikan sebagai perniagaan yang sudah berada dalam
keadaan stabil. Walaupun, ia masih baru dalam dunia penternakan ayam, pengalaman yang
ditimba dan permintaan pasaran yang tinggi telah membantu pertumbuhan ekonomi
perniagaan ini. Pemilik ini mengajar dirinya untuk bermula dari bawah dan sanggup
mengambil risiko untuk membuat pinjaman peribadi dalam membina perniagaan untuk
mempunyai ladang ayam kekal.
Kesimpulannya, SEEP ini adalah sebuah program yang berjaya membantu pelajar untuk
melihat titik sebenar mengenai sesuatu perniagaan dan ia mampu untuk menjana idea kepada
pelajar bagi memulakan sesuatu perniagaan.