Sen Dan Desen

download Sen Dan Desen

of 19

Transcript of Sen Dan Desen

7.2 SENTRALISASI DAN DESENTRALISASIKUMPULAN 11 Pah Shu Yi 198445 Cheng Poh Nee 198472 Heng Peh Kim 199670

SGDC 2013 Kurikulum Sekolah

PENDAHULUAN Konsep sentralisasi dan desentralisasi amat penting dalam menentukan keberkesanan sistem pendidikan di sesebuah negara. Sentralisasi dalam pendidikan bermaksud sistem pendidikan yang dikuasai oleh satu pusat. Manakala desentralisasi bermaksud pemberian kuasa kepada pihak sekolah dalam membuat keputusan dalam sistem pendidikan.

SENTRALISASI Semua dasar pendidikan dan perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan dikawal atau diurus serta ditentukan oleh satu pusat. Pusat bagi pendidikan di Malaysia adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terletak di Kuala Lumpur.

SENTRALISASIMalaysia mengamalkan sistem sentralisasi dalam: Dasar Pendidikan Kurikulum Peperiksaan Skim Pinjaman Buku Teks Sumber Manusia Kemudahan-kemudahan

DASAR PENDIDIKANDasar ditentukan di KPM

Jabatan Pendidikan Negeri Pejabat Pendidikan Daerah

Sekolah

KURIKULUM Sekolah-sekolah di Malaysia menggunakan kurikulum yang sama, iaitu KBSR dan KBSM yang digubal di peringkat pusat oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Sukatan pelajaran, mata pelajaran, aliran dan jenis sekolah ditentukan oleh KPM.

PELAKSANAAN PEPERIKSAAN Sistem peperiksaan awam di Malaysia, iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM ditentukan di peringkat pusat oleh Lembaga Peperiksaan. Soalan-soalan digubal, disemak dan keputusan peperiksaan dilaksanakan di peringkat pusat. Sijil peperiksaan awam dikeluarkan oleh KPM. Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) adalah program sentralisasi, tetapi pelaksanaannya di sekolah adalah usaha desentralisasi.

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Sekolah-sekolah di Malaysia menggunakan buku teks yang berdasarkan sukatan pelajaran yang sama yang diterbitkan oleh Bahagian Buku Teks KPM. Syarat-syarat permohonan SPBT ditentukan oleh KPM. Sebaliknya, pemilihan buku kerja dan buku tambahan seperti kamus, insiklopedia, atlas dan lain-lain merupakan usaha-usaha desentralisasi.

SUMBER MANUSIA Guru-guru terlatih diberi penempatan dan dilantik oleh KPM. Keperluan guru berdasarkan kekosongan di sekolah-sekolah dan ditetapkan oleh KPM. Pengesahan jawatan guru dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Sekolah hanya menerima guru atau kakitangan yang dilantik oleh pusat. Bagaimanapun, perlantikan guru sementara di sekolah adalah atas usaha desentralisasi.

KEMUDAHAN Bangunan-bangunan sekolah di Malaysia dibina melalui peruntukan kerajaan pusat. Makmal komputer, kemudahan pembelajaran seperti bekalan komputer riba, LCD untuk pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan EST (English for Science and Technology). Kemudahan pengangkutan seperti bus, asrama, kemudahan sukan disediakan oleh KPM.

FAKTOR-FAKTOR SISTEM SENTRALISASI DIAMALKAN Memastikan kemudahan-kemudahan dan peluang pendidikan dapat diagih dan disalurkan secara sama rata. Menjamin matlamat, wawasan atau visi sesebuah negara tercapai melalui dasar pendidikan yang disarankan oleh kerajaan. Membolehkan bimbingan dan kawalan mutu pendidikan serta pentadbiran di peringkat negeri dan sekolah dilaksanakan Menjamin sistem pendidikan dilaksanakan dengan baik dan sempurna serta mencapai matlamat yang diharapkan.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SENTRALISASI Kelebihan : pemerintah pusat tidak perlu pusingpusing pada permasalahan yang timbul akibat pengambilan keputusan, kerana seluruh keputusan dibuat oleh pemerintah pusat. Kelemahan : seluruh keputusan yang dihasilkan oleh orang-orang yang berada di pemerintah pusat, sehingga waktu yang diperlukan untuk memutuskan sesuatu menjadi lama.

DESENTRALISASI Semua proses penentuan dasar dan pentadbiran dibuat di peringkat negeri, daerah atau sekolah sendiri. Ini bermakna Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah mempunyai kuasa autonomi penuh dalam menentukan dasar dan pentadbiran sendiri.

EMPOWERMENTProses Pengupayaan Usaha-usaha untuk memberi kuasa kepada JPN, PPD dan sekolah dalam aspek-aspek berikut: Perlantikan guru ganti/ sementara Pengurusan Kursus Dalam Perkhidmatan Penyeliaan dan Pemantauan Pemilihan buku kerja/ buku tambahan Pengendalian PKS

DESENTRALISASI DALAM SEKOLAH Sekolah membuat keputusan tentang kurikulum pendidikan. Sekolah berperanan besar dalam meningkatkan mutu pendidikan melalui penyusunan kurikulum yang sesuai dengan potensi dan aspirasi masyarakat. Namun, di negara kita, kurikulum yang sama diajar dalam semua sekolah dan penyusunan kurikulum adalah di bawah kuasa KPM.

KELEBIHAN DESENTRALISASI Mendorong usaha kepimpinan dari bawah secara lebih luas - Sekolah lebih berdikari dalam pelaksanaan kurikulum - Guru lebih fleksibel dalam menjalankan pengajaran - Kuasa Empowerment meningkatkan daya kreativiti Mewujudkan prinsip demokrasi - Pendapat-pendapat semua pihak dapat diambil kira - JPN, PPD dan sekolah berkuasa untuk membuat keputusan

KELEBIHAN DESENTRALISASI Memberi peluang untuk memanfaatkan potensi daerah secara optimum - PPD dapat merancangkan program yang lebih sesuai - Keputusan dapat diputuskan tanpa campur tangan pusat Mendorong peningkatan kualiti produk yang lebih kompetitif - Sekolah berusaha untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang - Apa yang dipelajari bersesuaian dengan keperluan masyarakat

KESIMPULAN Sentralisasi pendidikan kurang berkesan kerana pemerintahan pusat tidak dapat mengurus organisasi yang begitu besar dan rumit. Desentralisasi menjadikan sistem pendidikan lebih bersesuaian dengan perubahan persekitaran dan keperluan masyarakat. Walau bagaimanapun, konsep desentralisasi sesuai digunakan di sistem pandidikan pada suatu tahap tertentu sahaja, kawalan pusat masih diperlukan untuk mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan kurikulum.