REKREASI MATEMATIK

download REKREASI MATEMATIK

of 15

Transcript of REKREASI MATEMATIK

REKREASI MATEMATIKNOR MUNIRAH JAMALUDDIN NOOR NAJEHA ABDUL RAHMAN

TANGRAM Sejenis permainan cantuman yang berasal dari negara China. Tangram merupakan kepingan segi empat yang dipotong pelbagai bentuk. Kepingan-kepingan ini mempunyai 7 bentuk yang dipanggil tan .

Tangram boleh diaplikasikan dalam tajuk Geometri seperti berikut: I. Luas dan Perimeter II. Bentuk-bentuk 2D Setiap tan dicantum dan disusun untuk membentuk pelbagai imej seperti orang , haiwan, huruf dan pelbagai objek lagi

Apabila membina imej daripada tangram, ketujuh-tujuh kepingan tan haruslah digunakan. Tangram juga telah dimodifikasi mengikut kreativiti. Tangram juga boleh didapati dalam potongan pelbagai bentuk seperti bulatan, tiga segi dan pelbagai lagi.

Kelebihan Menggunakan Tangram dalam P&P Kanak-kanak dalam lingkungan 12 tahun berfikir secara konkrit. Dengan memanipulasikan kepingan-kepingan tan , kanak-kanak dapat mengalami dan merasai sendiri ciri-ciri kepingan-kepingan tersebut. Tangram dapat membantu dalam menstimulasikan pemikiran visual-spatial.

CONTOH-CONTOH TANGRAM

Cardio Tangram

Contoh-contoh imej yang dibentuk daripada cardio tangram.

AKTIVITIhttp://games.ztor.com/tang/

Permainan 2

WORD SEARCH

Merupakan salah satu permainan yang digunakan untuk mencari perkataanperkataan tersembunyi di mana huruf-huruf disusun di dalam garisan grid. Konsentrasi dan fokus diperlukan supaya berjaya menemui perkataan tersebut.

KEBAIKAN DALAM MATEMATIK Dapat mengisi masa lapang dengan mempelajari & membiasakan diri dengan istilah-istilah matematik Menguji kecekapan murid mencari perkataan tersembunyi

AKTIVITI http://www.coolmathgames.com/wordsearch2/index.html