Presentation 2

download Presentation 2

of 12

Transcript of Presentation 2

KUMPULAN 4 Air- conditioning system AIR CONDITIONING SYSTEM

MUHAMMAD ILHAM BIN YUSRIZAL MUHAMMAD ILHAM B. 14DET09F1042 YUSRIZAL F1047 MUHAMMAD NAJMI BINB BORHAN BORHAN MUHAMMAD NAJMI 14DET09F1047 NORSYUHADAH BINTI ZAINI 14DET09F1065 MUHAMMAD AFIQ BIN RUSLEE 14DET08F1116

DEFINISI PENYAMAN UDARA Satu sistem kawalan pergerakan udara, kelembapan, suhu dan kebersihan bagi sesuatu ruang dalamanseperti bilik dan bangunan.

Air Conditioning ComponentsPemampat (Compressor) Pemeluwap (Condenser coil) Injap pengembangan (Expansion valve) Penyejat (Evaporator coil) Penerima (Receiver) Chemical refrigerant Example: Freon

WINDOW UNIT AIR CONDITIONER

Copyright 2003 SKM ILSAS

Injap Pengembangan (Expansion Valve)

Injap pengembangan berfungsi menurunkan tekanan bahan pendingin dan membolehkan bahan tersebut bertukar bentuk daripada cecair kepada wap. Dua jenis injap pengembangan yang lazim dipergunakan adalah tiub rerambut dan injap pengembangan termostatik.

1.TIUB RERAMBUTTiub rerambut adalah segulung tiub dengan diameter dalam antara 1 mm hingga 2 mm. Panjang serta diameter dalam tiub rerambut menurunkan tekanan cecair bahan pendingin. Saiz tiub rerambut ditentukan mengikut keperluan beban haba yang tertentu. Tiub rerambut tidak sesuai digunakan jika beban haba di sistem hawa dingin sering berubah.

2. INJAP PENGEMBANGAN TERMOSTATIKInjap pengembangan termostatik berfungsi membekalkan bahan pendingin yang mencukupi secara automatik kepada gelung penyejat. Jika talian sedutan menjadi panas tekanan dalam buli haba meningkat dan menjadi lebih tinggi daripada jumlah tekanan penyajat dan spring. Keadaan ini menyebabkan jarum ditolak ke bawah dan lebih banyak bahan pendingin akan mengalir ke dalam penyejat.

PEMAMPAT (COMPRESSOR) Fungsi utama pemampat ialah untuk mengalirkan bahan pendingin dalam sistem hawa dingin.

Gas yang masuk kedalam pemampat pada tekanan rendah dimampatkan kepada tekanan tinggi.

Tekanan dalam talian hantaran daripada pemampat meningkat kerana terdapat perubahan diameter pada injap pengembangan.

Apabila tekanan gas yang keluar dari pemampat meningkat, suhu bahan pendingin tersebut turut meningkat lebih tinggi daripada suhu udara yang melalui gelung pemeluap.

PEMELUWAP (CONDENSER COIL)Bahan pendingin yang meninggalkan pemampat adalah dalam bentuk gas yang panas. Gas itu perlu ditukarkan kepada bentuk cecair supaya dapat digunakan semula dalam sistem. Gas pada tekanan dan suhu yang tinggi dialirkan daripada pemampat ke pemeluwap. Pemeluap menukarkan bahan dingin daribentuk gas kepada cecair dengan memindahkan haba daripada gas. Pemeluwap dikelaskan kepada jenis pemeluwap dinginan air dan pemeluwap dinginan angin

PENYEJAT (EVAPORATOR COIL)Fungsi penyejat ialah menyerap haba.

Cecair bahan pendingin bertekanan rendah yang masuk ke penyejat adalah lebih dingin daripada suhu sekeliling.

Keadaan ini membolehkan bahan pendingin menyerap haba dari sekeliling sehingga menjadi wap.

Penyejat dikelaskan kepada jenis penyejat dinginan air dan gelung pengembangan terus.