Pra Tulisan

download Pra Tulisan

of 13

Transcript of Pra Tulisan

Kump.5 Muhammad Syahid B. Mohd Adli Maisyarihafiza Bt. Ismail Siti Nursyairah Bt. Rajami Muhammad Faiq B. Che Kamarudin

Takrif Pra Tulisan Pra : Sebelum Tulisan: Lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyibunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.

Kenapa perlunya Pra Tulisan?Supaya kanak-kanak kenal kesemua huruf. Supaya kanak-kanak dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar. Supaya kanak-kanak menulis dari arah yang betul.

Supaya kanak-kanak menulis huruf dalam posisi dan arah yang betul Supaya kanak-kanak dapat mengikut urutan huruf yang betul.

Kelebihan Pra Tulisan Menyediakan kanak-kanak sebelum beralih kepada kemahiran tulisan. Kanak-kanak yang melalui pra tulisan akan lebih cepat mengenal huruf dan lebih cekap menulis huruf.

Kanak-kanak yang melalui peringkat pra tulisan akan lebih minat untuk belajar kerana mereka dapat memahami peringkat tulisan dengan lebih baik. Guru yang mengajar kemahiran tulisan tidak menghadapi banyak masalah dalam mengajar kanak-kanak yang sudah melalui peringkat pra tulisan.

Latihan pergerakan tangan

Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa

Melakukan latihan pergerakan mata

Melakukan koordinasi pergerakan tangan dan mata

Aktiviti Pra TulisanLatihan pergerakan tangan:Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh. Menggoyangkan tangan Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis

Latihan pergerakan jari:Memainkan jari Mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas Menguntai manik

Latihan yang melibatkan koordinasi tangan dan mata:Mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan Mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri Membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas

~SEKIAN~